LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BAGI FEBRUARI 2019 Purata peredaran angin bulan Februari 2019 untuk troposfera paras 850hPa ditunjukkan pada Rajah 1. Ciri-ciri sinoptik utama monsun timur laut jelas kelihatan iaitu palung hampir khatulistiwa, rabung subtropika yang terletak berhampiran 20 o N, dan angin timur hingga utara di Malaysia. Negara kita mengalami angin timur selaju 10 knot di utara Semenanjung dan juga Sabah. Kawasan-kawasan pula lain menerima angin utara selaju 5 knot. Kelajuan angin di Malaysia pada bulan ini menurun berbanding bulan Januari 2019 walaupun arah angin masih sama. Palung monsun pula terletak berhampiran garisan khatulistiwa bermula dari Lautan Hindi sehingga barat Lautan Pasifik. Selain itu rabung subtropika jelas terbentuk antara 15 o N hingga 20 o N merentasi Laut Arab, utara India dan Teluk Bengal, Indochina dan barat Lautan Pasifik (20 o N hingga 25 o N). Corak peredaran angin pada bulan ini menyerupai purata klimatologi. Peredaran angin purata bulan Februari 2019 bagi troposfera paras 200hPa ditunjukkan pada Rajah 2. Jet subtropika dengan kelajuan maksimum 140 knot di selatan Jepun berhampiran 30 o N hingga 35 o N jelas kelihatan. Rabung subtropika aras atas terletak antara 5 o N hingga 10 o N dan memanjang dari Lautan Hindi sehingga barat Lautan Pasifik. Malaysia pula mengalami angin tenggara aras atas dengan kelajuan 5 hingga 10 knot. Kedudukan ciri-ciri sinoptik tersebut adalah separa pegun jika dibandingkan dengan Januari 2019. Namun demikian kelajuan peredaran angin aras atas telah berkurangan pada bulan ini. Secara keseluruhannya corak peredaran angin di troposfera aras atas adalah hampir sama dengan purata klimatologi. Purata peredaran angin 850hPa untuk setiap dekad Februari 2019 digambarkan pada Rajah 3A, 3B, dan 3C. Ciri-ciri sinoptik secara amnya mempunyai kedudukan dan kelajuan angin yang sama dari dekad yang pertama hingga yang terakhir. Negara kita mengalami angin timur laut selaju 5 hingga 10 knot sepanjang dekad. Pada waktu yang sama juga rabung subtropika terletak di sekitar 20 O N merentasi barat Lautan Pasifik, Indochina, Teluk Bengal dan utara India untuk setiap dekad. Taufan Wutip bermula dari kepulauan Marshall di bahagian tengah Lautan Pasifik serta mencapai kategori taufan pada 21hb Februari 2019 dan berakhir pada 28hb