MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT TUGASAN BERKUMPULAN 2 LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA AHLI KUMPULAN : NAMA ID MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA SW091981 TUAN NAIM MIQDAD BIN TUAN ZAWI SW092787 AHMAD AZUDDIN BIN AHMAD SALLEH SW092923 MOHD ALLIF SYAZLY BIN SUID SW092341 MOHAMAD MAHADIR BIN AHMAD SW091740 MOHAMED ARSHAD ALI BIN MOHAMED NAZIR ALI SW092340 FIRMA : MERCEDES-BENZ SEKSYEN : 01 PENSYARAH : DR. MARNIYATI BINTI MOHD. NOR TARIKH HANTAR : 28 MAC 2014
41
Embed
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - …madet.my/malb/MALB113.docx · Web viewMereka berkata keghairahan menggunakan bahasa Inggeris oleh 500 buah institusi pengajian swasta di seluruh
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT
TUGASAN BERKUMPULAN 2
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
AHLI KUMPULAN :NAMA ID
MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA SW091981TUAN NAIM MIQDAD BIN TUAN ZAWI SW092787AHMAD AZUDDIN BIN AHMAD SALLEH SW092923MOHD ALLIF SYAZLY BIN SUID SW092341MOHAMAD MAHADIR BIN AHMAD SW091740MOHAMED ARSHAD ALI BIN MOHAMED NAZIR ALI SW092340
FIRMA : MERCEDES-BENZSEKSYEN : 01PENSYARAH : DR. MARNIYATI BINTI MOHD. NORTARIKH HANTAR : 28 MAC 2014
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
DAFTAR ISI
PROFIL AHLI KUMPULAN........................................................................................................................3
MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA........................................................................................4
TUAN NAIM MIQDAD BIN TUAN ZAWI.............................................................................................5
AHMAD AZUDDIN BIN AHMAD SALLEH............................................................................................6
MOHD ALLIF SYAZLY BIN SUID...........................................................................................................7
MOHAMAD MAHADIR BIN AHMAD..................................................................................................8
MOHAMED ARSHAD ALI BIN MOHAMED NAZIR ALI.........................................................................9
PRINSIP HIDUP Tinggikan dirimu setinggi bintang di langit, rendahkan dirimu serendah
mutiara di lautan.
Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-
Pada awalnya saya berpendapat bahawa subjek Bahasa Melayu Korporat ini adalah sama seperti apa
yang saya pelajari pada peringkat sekolah menengah dahulu. Walaupun intipatinya sama, namun
gaya penyampaian dan cara penerangannya adalah sangat berbeza. Saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Dr. Marniyati kerana menjadikan situasi pembelajaran Bahasa Melayu yang
selalunya membosankan kepada sesuatu yang sangat menyeronokkan. Cara pembelajaran yang lebih
praktikal dan tidak menekankan konsep teori, membolehkan pelajar memahami sendiri mesej yang
disampaikan. Perubahan persekitaran yang holistik ini telah menarik minat saya untuk mempelajari
Bahasa Kebangsaan ini dengan lebih mendalam lagi. Setiap kali saya menghadiri kelas MALB113 saya
berasa sangat gembira dan teruja kerana pensyarah sentiasa mengajar sesuatu yang menarik dan
membuatkan kita berfikir tentang perkara tersebut. Setiap topik yang diajar dalam kelas dapat saya
aplikasikan aktiviti harian saya.
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 9
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
PENGHARGAAN
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 10
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah Firma kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada, pensyarah kami iaitu Dr. Marniyati Bte. Mohd Nor kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan tugasan dan membantu kami dalam menyiapkan laporan.
Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kajian dan laporan tugasan kami. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup baik bagi kumpulan kami yang tidak boleh dilupakan.
SEKIAN TERIMA KASIH
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 11
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
BAB IPENGENALAN
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 12
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
Laporan kesalahan penggunaan bahasa ini adalah tugasan yang perlu dilakukan bagi memenuhi
sukatan pelajaran Bahasa Melayu Korporat bagi pengaplikasian komunikasi bertulis.
Di dalam tugasan ini, kami dikehendaki menulis laporan berkenaan kepelbagaian aspek kesalahan
bahasa yang terdapat pada papan tanda atau papan iklan serta memberi analisis yang sewajarnya.
Kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berlaku pada papan tanda dan papan iklan sangat
membimbangkan. Kesalahan bahasa sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari.
Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum tatabahasa yang tepat. Kesalahan
bahasa yang dikenal pasti sering berlaku bukan sahaja salah dari segi ejaan namun terdapat juga
kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak
tepat dan sebagainya. Kesalahan bahasa ini jika tidak diambil serius akan mendatangkan keburukan
kepada generasi muda khususnya selain akan merendahkan martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 13
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
BAB IIISU SEMASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 14
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
ISU 1 - JANGAN REMEHKAN ISU BAHASA
KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim
menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya bahasa Melayu tidak sesuai diangkat untuk subjek
teknikal atau bidang profesional. Beliau berkata, bahasa Melayu pada hakikatnya boleh berada di
tahap itu sekiranya ia disertai kelengkapan dan kemudahan yang cukup selain penggunaannya
diwajibkan di bidang profesional.
"Saya tidak setuju jika kita kata bahasa Melayu tidak boleh berada di tahap teknikal, sebenarnya
boleh. Lantaran kita tidak mempunyai cukup fasiliti atau kemudahan terjemahan, maka kita tidak
dapat bergerak sedemikian.
"Kedua, kita tidak mewajibkan bahasa Melayu dalam bidang kejuruteraan, perubatan, bidang
teknologi yang rumit misalnya teknologi nano.Ini semua sebenarnya boleh diatasi sebab Bahasa
Jepun, Korea dan Mandarin misalnya sudah berjaya, kenapa tidak Bahasa Melayu," katanya. Rais
berkata demikian ketika ditemu ramah Radio24 Bernama dalam program 'Mentari Minda' yang
dikendalikan penyampai Shuhadah Armawan di sini, hari ini. Rais menarik perhatian kepada usaha
mengangkat martabat bahasa Melayu, melalui pelbagai kempen dan saluran yang digunakan
kementerian itu termasuk bantuan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penterjemah dan
penulis di negara ini.
Beliau menegaskan isu bahasa bukan perkara remeh sebaliknya soal pokok yang perlu diberi
keutamaan kerana bahasa menjadi cermin kepada tamadun manusia selain mampu menyatukan
masyarakat."Kenapa Inggeris gagah? Mereka gagah bukan sebab senapang atau meriam tapi oleh
kerana bahasa mereka telah dikomersil dan diantarabangsakan, diteknikal dan dicantikkan menerusi
penulisan William Shakespeare dan sebagainya.
Rais menekankan bahawa masyarakat harus sedar dengan kombinasi bahasa yang digunakan di
Malaysia dan Indonesia yang dituturkan tidak kurang daripada 300 juta orang, ia wajar menjadi
bahasa dunia serta bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 15
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
Menurutnya, kecenderungan masyarakat bertutur dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dan
Inggeris juga tanpa disedari boleh melenyapkan cara berkomunikasi yang betul, menghilangkan
budaya bangsa, menyebabkan perbendaharaan kata menjadi semakin terhad dan akhirnya dilabelkan