LAPORAN KARNIVAL MATEMATIK 2014, ANJURAN PANITIA MATEMATIK & KELAB MATEMATIK, SK BATU KELING Pada 29 Oktober 2014, Panitia Matematik dan Kelab Matematik, SK Batu Keling telah menganjurkan Karnival Matematik yang dilaksanakan selama satu hari yang melibatkan murid-murid tahap satu dan tahap dua. Karnival Matematik merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan di sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang subjek Matematik kepada warga SK Batu Keling serta memberi peluang kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah kepada mereka. Objektif karnival ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengalaman menarik kepada murid untuk melakukan hands-on melalui aktiviti yang dijalankan, menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan murid, memupuk kesedaran murid tentang pentingnya ilmu Matematik dalam kehidupan seharian. Selain itu, karnival Matematik ini juga penting untuk penerapan nilai murni dalam aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan, menarik minat murid untuk mengetahui tentang fakta Matematik, dan memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti sikap berani, yakin diri serta bantu membantu semasa melaksanakan sesuatu aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan ianya sekaligus membantu dalam menjayakan karnival ini serta membantu peserta mencapai objektif yang