i LAPORAN KAJIAN TINDAKAN ISI KANDUNGAN halaman MUKA DEPAN i ISI KANDUNGAN ii-iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK 1 1.0 PENGENALAN 2-3 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 4-5 3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN 6 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 7 4.1 Objektif Am 4.2 Objektif Khusus 5.0 KUMPULAN SASARAN 7 6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN / METODOLOGI KAJIAN 6.1 TINJAUAN MASALAH 8 6.1.1 Kaedah Pemerhatian 6.1.2 Kaedah Ujian Diagnostik 6.1.3 Kaedah Temu Bual 6.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 9-11 6.2.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian 6.2.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian Diagnostik 6.2.3 Analisis Kajian Kaedah Temubual
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
iLAPORAN KAJIAN TINDAKAN
ISI KANDUNGAN
halaman
MUKA DEPAN i
ISI KANDUNGAN ii-iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK 1
1.0 PENGENALAN 2-3
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 4-5
3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN 6
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 7
4.1 Objektif Am
4.2 Objektif Khusus
5.0 KUMPULAN SASARAN 7
6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN / METODOLOGI KAJIAN
6.1 TINJAUAN MASALAH 8
6.1.1 Kaedah Pemerhatian
6.1.2 Kaedah Ujian Diagnostik
6.1.3 Kaedah Temu Bual
6.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 9-11
6.2.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian
6.2.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian Diagnostik
6.2.3 Analisis Kajian Kaedah Temubual
6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 12
6.4 PELAKSANAAN TINDAKAN 13-17
6.4.1 Pelaksanaan Latihan 1
6.4.2 Pelaksanaan Latihan 2
6.4.3 Pelaksanaan Latihan 3
6.4.4 Pelaksanaan Latihan 4
iiLAPORAN KAJIAN TINDAKAN
6.5 REFLEKSI KAJIAN 18-19
7.0 RUMUSAN 20
8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA 21
9.0 LAMPIRAN 22-24
10.0 RUJUKAN 25-26
PENGHARGAAN
iiiLAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan kerjasama
yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini
kepada:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Muri dan Malaysia
kerana telah membiayai Kajian Tindakan yang telah saya jalankan pada tahun 2013
Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai Salak,Seremban
En. Tiew Tai Tien
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai
Salak,Seremban
Pn. Koh Siew Lan
Penolong Kurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai Salak,Seremban
Pn. Teh Yee Chung
Semua guru Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai Salak,Seremban
Ahli keluarga dan anak-anak saya
Kawan-kawan
kerana telah memberi bantuan dan sokongan kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan .
1LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK YANG GRAMATIS
DENGAN TEKNIK SOALAN-RESPONS 5W1H
ABSTRAK
Penulisan dalam Bahasa Malaysia adalah salah satu kelemahan yang paling ketara
dalam kalangan murid-murid sekolah. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan untuk
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dengan Teknik Soalan-Respons 5W1H.
Kajian tindakan ini melibatkan 30 orang pelajar Tahun 5K di SJK(C) Ladang Sungai
Salak,Seremban. Data diperoleh menerusi pemerhatian ,analisis ujian diagnostik dan temu bual
dengan murid. Dapatan daripada tinjauan masalah menunjukkan guru sekolah memerlukan
latihan khusus dalam melaksanakan pengajaran membaca dan menulis bagi murid yang
bermasalah dalam pembinaan ayat majmuk yang gramatis dalam Bahasa Malaysia. Pelbagai
bentuk latihan membina ayat majmuk dalam penulisan telah diberi, antaranya termasuk
membina ayat berdasarkan gambar bersiri, membina ayat berdasarkan gambar komposisi,
membina ayat berdasarkan situasi atau topik, di mana kata hubung untuk membina ayat
majmuk diberi dan tidak diberi. Pemerhatian dan refleksi setiap pelaksanaan tindakan dicatat.
Analisis data secara kualitatif dan kuantitatif diadakan. Kemajuan dapat dilihat dalam kalangan
murid-murid berkenaan dan strategi yang dijalankan terbukti berkesan. Murid-murid tersebut
juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hasil
kajian ini juga diharapkan dapat memberi input kepada pihak berkuasa bagi merancang strategi
peningkatan profesionalisme guru sekolah.
2LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
1.0 PENGENALAN
Pengajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah memberikan tumpuan pada murid untuk
menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca,
dan juga kemahiran menulis. Di antaranya , kemahiran menulis merupakan kemahiran yang
paling sukar untuk dikuasai.
Pada Tahap Satu, kemahiran membina ayat seperti menyusun semula perkataan untuk
menjadi ayat betul, melengkapkan ayat, menyusun urutan ayat dan membina ayat berdasarkan
gambar atau berdasarkan perkataan diberikan sebagai latihan bagi meningkatkan kemahiran
murid dalam penulisan.
Semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran menulis, didapati pelajar
menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau
rangkai kata tidak disertakan. Amalan memberikan pelajar gambar dan perbendaharaan kata
semasa membina ayat dapat memudahkan proses P&P di dalam bilik darjah. Malangnya,
amalan sedemikian bukan sahaja mematikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
bahkan juga tidak dapat meningkatkan kemahiran membina ayat dalam penulisan.
Oleh itu satu teknik untuk membina ayat dalam penulisan telah dicuba. Teknik Soalan-
Respons 5W1H merupakan penerapan dari Teori Behaviorisme yang dipelopori Skinner dalam
pembelajaran tingkah laku bahasa, dan metodologi analisis Dulay, Burt, dan Krashen dalam
strategi pemerolehan bahasa kedua .
Mengikut Skinner, tingkah laku bahasa dapat dilakukan dengan penguatan. Penguatan
terjadi melalui proses stimuli-respons. Stimuli-respons yang berulang-ulang akan menjadi
kebiasaan. Kebiasaan yang terbentuk akan menjadi sesuatu yang automatik. 1
Semasa mempelajari tingkah laku kanak-kanak belajar bahasa kedua, Heidi Dulay,
Marina Burt, dan Stephen Krashen mengemukakan Strategi Belajar yang mencakupi
penyederhanaan kaedah-kaedah untuk memudahkan pembelajaran, dan pengajaran secara
latih-tubi dan menghafal supaya satu pendekatan memproses informasi ke arah pembelajaran
terbentuk pada diri kanak-kanak.
Setelah lebih kurang 10 tahun mengajar Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan,
Teknik Soalan-Respons 5W1H diaplikasikan untuk membimbing pelajar membina ayat majmuk
dalam penulisan . Teknik ini memerlukan pelajar menggunakan urutan soalan sebagai
rangsangan untuk mendapat idea, kemudian memberi jawapan dalam bentuk penulisan.
1
3LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Pelajar digalakkan untuk menggunakan urutan soalan berbentuk ‘wh’ (wh-questions) sebagai
rangsangan ( lihat Carta 1 ).
Carta 1: Teknik Soalan-Respons 5W1H untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk
dalam penulisan .
‘wh-questions’- who ( siapa )- when ( bila)- what ( apa )- where ( di mana)- why ( kenapa )- how ( bagaimana)
Memproses isi-isi danmembina ayat dengan
kata hubung Ayat majmukyang gramatis
Soalan-soalan Situasi Penulisan
Rangsangan
Jawapan
4LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid. Kemahiran
membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam bahasa Malaysia. Banyak kajian yang
telah dijalankan dan didapati kebanyakan murid-murid menghadapi masalah dalam penulisan
terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan lengkap.
Kebanyakan murid-murid menghadapi masalah menyusun idea dalam penulisan dan
tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut
tujuan yang telah ditetapkan. Hari ini, menulis terus menjadi kelemahan paling ketara murid-
murid sekolah. Walaupun skor pencapaian standard telah meningkat dalam beberapa aspek,
penulisan yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol. 2 Hal ini kerana semasa
berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran menulis, didapati murid
menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau
rangkai kata tidak disertakan.
Dari segi penulisan, saya mendapati sebahagian murid lemah dalam pembinaan ayat
majmuk, mereka hanya dapat membina ayat tunggal sahaja. Tatabahasa yang digunakan
dalam ayat-ayat mereka tidak betul dan kosa kata Bahasa Malaysia yang digunakan juga agak
terhad. Ayat yang dibina tergantung (tiada subjek mahupun predikat). Murid tidak mahir dalam
mengembangkan ayat peluasan bahagian subjek/predikat dan peluasan ayat dasar kepada
ayat terbitan. Terdapat juga kesilapan dari segi tatabahasa seperti penggunaan imbuhan
awalan,apitan, akhiran dan sisipan. Kadang-kadang, pemilihan perkataan mereka tidak sesuai
dan tidak tepat. Perkataan yang dipilih tidak menepati maksud sebenarnya atau perkataan yang
dipilih bersalahan dengan konteks. Murid-murid juga tidak menguasai ragam ayat seperti ayat
aktif dan ayat pasif dan mereka tidak mempelbagaikan jenis-jenis ayat seperti ayat penyata,
perintah, tanya, seruan dan lain-lain.
Murid tidak yakin dalam pembinaan ayat-ayat yang baik. Hal ini sering menjadi halangan
untuk mereka menulis karangan yang baik. Mereka juga kurang berjaya membina pelbagai jenis
ayat dalam karangan mereka. Ini menjadikan pengajaran Bahasa Malaysia satu cabaran yang
besar. Selain itu, saya juga menghadapi kesulitan menyemak karangan murid. Saya mendapati
bahawa murid lemah dalam pembinaan ayat melalui markah bahasa yang diperoleh. Karangan
murid tidak menepati serta tidak kreatif.
2
5LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Guru yang mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun 5 pada tahun 2012 iaitu
sebanyak 4 kelas. Memandangkan pada tahun hadapan iaitu 2013, murid-murid ini akan
menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, pencapaian bagi subjek ini haruslah
ditingkatkan.Faktor yang dikenal pasti mempengaruhi keputusan subjek ini ialah penguasaan
kemahiran menulis ayat yang gramatis . Sebuah kelas tahun lima telah dipilih dalam kajian ini
yang melibatkan seramai 115 orang murid. Berdasarkan keputusan peperiksaan Penulisan
Bahasa Melayu pertengahan tahun 2012 yang lalu, kami dapati masih ramai murid kelas ini
mendapat pengskoran pada tahap baik dan memuaskan seperti yang digambarkan pada Jadual
1.
Dibawah merupakan antara ayat-ayat yang dibina oleh dua puluh orang murid-murid itu .
Kebanyakan jawapan mereka merupakan ayat tunggal dan ada pula terdapat kesalahan struktur
ayat . Bukti ditunjukkan dibawah :-
PENGSKORAN BIL PERATUS
GRED A
80-100 markah 35 30.43
GRED B
60-79 markah 34 29.56
GRED C
40-59 markah 16 13.91
GRED D
20-39 markah 14 12.17
GRED E
0-19 markah
16 13.91
Jadual 1: Analisis Pengskoran Penulisan Bahasa Melayu pertengahan tahun 2012.
Berdasarkan Jadual 1, didapati 60% iaitu 69 daripada 115 orang murid kelas ini mendapat pengskoran
pada gred A dan B. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat sebilangan besar murid kelas ini yang
masih lagi lemah pencapaian mereka dalam Penulisan Bahasa Melayu. Kami telah memulakan tinjauan
awal kajian ini pada awal bulan Oktober 2012 yang lalu. Melalui maklumat awal ini, kami telah meneliti
6LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
dan mengenal pasti kelemahan murid-murid ini melalui latihan harian mereka. Rajah 1 merupakan salah
satu latihan penulisan seorang daripada murid berkenaan.
Tajuk latihan : Bina Ayat Majmuk dengan penjodoh bilangan yang diberi.
1. bilah
Jawapan murid: Saya ada sebilah pisau. (ayat tunggal)
Jawapan murid:Ibu membeli sebilah pisau memotong sayur. (kesalahan struktur ayat)