SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU, JOHOR BAHRULAPORAN PROGRAM JUALAN
KELAB KITAR SEMULA
1.Nama Aktiviti: Program Jualan Kelab Kitar Semula
2.Tarikh: 30 Oktober 2014 (Khamis)
3.Hari / Masa : 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
4.Tempat: Perkarangan parkir SKST
5.Objektif: Memupuk sikap menyayangi alam sekitar dalam kalangan
murid dan warga SKST.
6.Sasaran: Semua murid dan warga SKST
7.Butiran aktiviti:
i. Bahan kitar semula seperti surat khabar, botol plastik
dikumpulkan di dalam bilik Didik Bestari.ii. Ahli jawatan kuasa
Kelab Kitar semula yang terdiri daripada murid-murid mengasingkan
bahan mengikut kategori untuk penjualan pada tarikh yang
ditetapkan. iii. Murid membawa bahan kitar semula ke ruang parkir
untuk ditimbang oleh pembeli.iv. Pembeli mencatat jumlah bahan yang
dikumpul setelah ditimbang.v. Pembeli mengangkat bahan kitar semula
ke dalam lori.vi. Jumlah penjualan diberikan berdasarkan bilangan
bahan yang telah dikumpulkan.Bahan Kuantiti(Kg)Harga
per/kg(RM)Jumlah(RM)
Surat khabar/ kertas5700.20114.00
Botol plastik200.5010.00
JUMLAH KESELURUHAN124.00
8.Penilaian Aktiviti:8.1 Kekuatan Aktiviti: Ajk kelab yang
terdiri daripadabeberapa orang murid memberikan komitmen sepenuhnya
dalam program ini.8.2 Kelemahan Aktiviti:Bahan kitar semula yang
dikumpulkan tidak diasingkan dengan betul mengikut kategori bahan
menyebabkan masa yang lama diperlukan untuk mengasingkan semula
bahan semasa proses menimbang dilakukan.
8.3 Cadangan Penambahbaikan :Guru perlu memastikan bahan yang
dikumpulkan perlu diasingkan terlebih dahulu mengikut kategori
bahan sebelum disimpan di dalam bilik Didik Bestari.
9.Dokumentasi Bergambar:
Ajk Kelab Kitar Semula mengasingkan bahan kitar semula mengikut
kategori.
Ajk Kelab Kitar Semula bekerjasama menyusun dan mengangkat bahan
kitar semula yang telah diasingkan.
Bahan yang siap disusun dan diasingkan diletakkan di atas troli.
Guru penasihat Kelab Kitar Semula turut membantu mengasingkan bahan
yang perlu dikumpulkan bagi penjualan.
Guru penasihat memantau murid yang sedang menyusun dan memunggah
barang ke atas troli. Ajk Kelab Kitar Semula menyusun barang yang
yang diasingkan di atas troli.
Pembeli menimbang surat khabar yang dikumpulkan.Bahan yang
dipunggah dibawa untuk ditimbang.
Murid membantu memasukkan bahan yang siap ditimbang ke dalam
lori.Beberapa murid turut membantu menimbang kertas dan surat
khabar.
Guru membantu menyusun bahan yang diletakkan di atas lori.
Antara bahan-bahan yang dikumpulkan dan dijual oleh Kelab Kitar
Semula.
Guru berbincang tentang jumlah jualan dan harga yang
ditetapkan.Murid-murid membersihkan kawasan selepas program
penjualan dilaksanakan.
Ajk Kelab Kitar Semula diberikan minuman selepas penat menyusun
dan mengangkat barang ke dalam lori.Pembeli menyerahkan resit dan
hasil jualan bahan kitar semula.
Disediakan : Disahkan :
.. ..
(NORHAIMI BINTI SAID) GPK Ko-kurikulumSK Sri Tebrau,Johor
Bahru.Tarikh:(NOOR WASILAH BINTI ABDUL NASIR) Setiausaha Kelab
Kitar SemulaSK Sri Tebrau,Johor Bahru.Tarikh: