Top Banner
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS LAPORAN LAWATAN AKADEMIK DI INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA (ILSM) TARIKH : 05 NOVEMBER 2014 TEMPAT : BILIK KULIAH 4 INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA (ILSM), SUNGKAI, PERAK. AHLI KUMPULAN : SITI SHAZWANI BINTI MOHD RAZALI (D20141067714) NOR FADILAH BINTI RADZWAN (D20141058267) ASNUR LIZA BT BAHARUDDIN (D20141067737) ANIS FAZIRA BT ABDUL MALIK (D20141067726) NURAFIFAH BINTI ESMAIL (D20141067723) SITI SYAHEERA BT OTHMAN (D20141067718)
33

Laporan jabatan perangkaan

Mar 17, 2023

Download

Documents

asmadi mohd
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Laporan jabatan perangkaan

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

LAPORAN

LAWATAN AKADEMIK DI INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA (ILSM)

TARIKH :

05 NOVEMBER 2014

TEMPAT :

BILIK KULIAH 4INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA (ILSM), SUNGKAI, PERAK.

AHLI KUMPULAN :

SITI SHAZWANI BINTI MOHD RAZALI (D20141067714)NOR FADILAH BINTI RADZWAN (D20141058267)ASNUR LIZA BT BAHARUDDIN (D20141067737)ANIS FAZIRA BT ABDUL MALIK (D20141067726)

NURAFIFAH BINTI ESMAIL (D20141067723)SITI SYAHEERA BT OTHMAN (D20141067718)

Page 2: Laporan jabatan perangkaan

NAMA PROGRAM

Lawatan Akademik di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM)

PENGENALAN

Pada 5 November 2014 (Rabu) kami telah diberikan tugasan kajian

lapangan dengan menyertai satu lawatan akademik di Institut

Latihan Statistik Malaysia (ILSM) yang bertempat di Sungkai,

Perak. Lawatan akademik tersebut diadakan atas tujuan untuk

mengetahui lebih lanjut mengenai Jabatan Perangkaan Malaysia

(JP) dan ILSM itu sendiri serta akta-akta yang digubal dan

diperuntukan berkaitan dengan Jabatan Perangkaan tersebut. Kami

diberikan maklumat mengenai sejarah penubuhan JP dan fungsi-

fungsi jabatan tersebut. Kami juga didedahkan dengan halatuju

JP menjelang tahun 2020 iaitu mengenai visi dan 4 misi utama

JP. Selain itu, kami juga mendapat maklumat tentang

perkhidmatan yang di tawarkan oleh JP seperti permintaan data,

khidmat rundingan statistik, dan latihan industri. Informasi

lain yang kami perolehi ialah cara kakitangan JP menguruskan

data yang mereka dapat dengan menggunakan 9 kaedah kesemuanya

serta cara mendapatkan sumber dan skop data sebagai malumat

tambahan kami. Sebagai pelajar dalam bidang Geografi, kami juga

telah mendapatkan strategi pengumpulan data dan cara penyebaran

data dijalankan bagi menambah pengetahuan kami dalam pengiraan

kuantitatif.

OBJEKTIF

Page 3: Laporan jabatan perangkaan

1. Memberi pendedahan khusus tentang maklumat Jabatan

Perangkaan Malaysia.

2. Mendedahkan teknik-teknik dan kemahiran yang berkesan bagi

kaedah statistik untuk memperoleh data yang lengkap.

3. Mengenal pasti cara-cara untuk menguruskan data dengan

menggunakan kaedah statistik.

TARIKH PELAKSANAAN:

05 November 2014 (Rabu)

MASA/TENTATIF

12.30 p.m. hingga 5.00 p.m.

TEMPAT

Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak.

SASARAN

Pelajar HGR3013: Teknik-teknik dan Kaedah Kuantitatif dalam

Geografi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

JADUAL PENGISIAN/ PELAKSANAAN PROGRAM

MASA BUTIRAN TINDAKAN

Page 4: Laporan jabatan perangkaan

12.30 tengah

hari

Bertolak ke Institut Latihan

Statistik Malaysia (ILSM)

UPSI

1.00 petang Tiba di ILSM

- Makan tengah hari di Dewan

Makan

- Solat Zohor di Surau ILSM

En. Khairi

En. Zuwardy

En. Fairoz

2.00 petang Bergerak ke Bilik Kuliah 4

untuk tujuan perkongsian

maklumat berkaitan Jabatan

Cik ‘Amirah Nur

En. Khairi

En. Fairoz

2.10 petang Ucapan alu-aluan

Pihak Institut Latihan

Statistik Malaysia

(Pengarah ILSM)

Ucapan oleh pensyarah

pengiring

Taklimat oleh Pihak Institut

Latihan Statistik Malaysia &

Sesi Soal Jawab

(Pegawai ILSM berkaitan)

ILSM

UPSI

ILSM

*Pengacara

Majlis:

Pelajar UPSI

Pensyarah

Pengiring

Pihak ILSM4.15 petang Lawatan Kemudahan di ILSM

-Cadangan dipecahkan kepada

6 kumpulan yang mengandungi

Pn. Lydia

En. Romli

Pn. Nornizah

Page 5: Laporan jabatan perangkaan

15 orang. Pegawai pengiring

adalah daripada kakitangan

ILSM. Ini memastikan lawatan

fasiliti dilaksanakan secara

optimum.

En. Nazrul Hisham

En. Mohd Firdaus

En. Afnan

4.45 petang Minum petang En. Khairi

En. Zuwardy

En. Fairoz

5.00 petang Bertolak ke UPSI UPSI

Nota * Pengacara majlis diberikan kepada pelajar UPSI bagi

mendedahkan kemahiran insaniah kepada mereka.

Page 6: Laporan jabatan perangkaan

LAPORAN

1. Kehadiran/ Penyertaan90 Pelajar yang mengambil Program Pendidikan Geografi

2. Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Lawatan akademik di Institut Latihan Statistik

Malaysia (ILSM) diadakan untuk memberikan pendedahan

kepada pelajar yang mengambil Program Pendidikan Geografi

mengenai Sistem perangkaan Malaysia dan Institut Latihan

Statistik Malaysia (ILSM). Lawatan ini juga dapat

meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai statistik

dan kaedah-kaedah statistik yang digunakan dalam institut

ini.

Lawatan akademik ini diadakan pada 5 November 2014 pada

hari Rabu. Pada pukul 12:00 tengah hari, kami telah

diarahkan untuk berkumpul di hadapan Auditorium Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala pada pukul 12:30

tengah hari pula kami bertolak dari Universiti Pendidikan

Sultan Idris ke Institut Latihan Statistik Malaysia,

Sungkai, Perak dengan menggunakan tiga buah bas dan

diiringi oleh pensyarah kami iaitu Doktor Mazdi Bin

Marzuki. Perjalanan kami mengambil masa selama 50 minit.

Seramai 90 orang yang mengikuti lawatan tersebut yang

melibatkan pelajar major dan minor dalam Program

Pendidikan Geografi.

Selepas itu, pada pukul 1:20 petang, kami pun tiba di

Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai, Perak.

Kehadiran kami diiringi oleh kakitangan di institut

Page 7: Laporan jabatan perangkaan

tersebut. Kami terus menunaikan solat Zuhur di surau yang

terdapat di institut tersebut. Selesai menunaikan solat,

kami diminta untuk menikmati jamuan tengah hari di Dewan

makan.

Pada pukul 2:00 petang, kami bergerak ke Bilik Kuliah

4 untuk sesi perkongsian ilmu mengenai Jabatan Perangkaan

dan Institut Latihan Statistik Malaysia. Aktiviti

dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Sawal

iaitu Timbalan Pengarah Institut Latihan Statistik

Malaysia dan ucapan diteruskan oleh Doktor Mazdi Bin

Marzuki selaku pensyarah kami bagi Kursus HGF 3013. Dr.

Mazdi telah menjelaskan bahawa apakah tujuan dan matlamat

yang ingin dicapai daripada lawatan ini.

Aktiviti seterusnya ialah sesi taklimat oleh pihak

kakitangan Institut Latihan Statistik Malaysia mengenai

Jabatan Perangkaan dan Institut Latihan Statistik

Malaysia. Dalam taklimat tersebut, Puan Lydia telah

menerangkan kaedah yang telah mereka digunakan untuk

mengumpulkan data-data statistik dan bagaimanakah bancian

dilakukan.

Selepas berakhirnya taklimat tersebut, maka

berlangsungnya sesi soal jawab oleh peserta mengenai

Jabatan Perangkaan dan Institut Latihan Statistik Malaysia

dan juga mengenai statistik. Pelbagai persoalan telah kami

mengemukakan untuk mendapatkan kepastian dan maklumat yang

lebih terperinci mengenai institut ini. Maklumat tersebut

Page 8: Laporan jabatan perangkaan

akan kami gunakan untuk membuat laporan mengenai hasil

pembelajaran yang kami peroleh melalui lawatan ini.

Pada pukul 4:15 petang, aktiviti diteruskan dengan

lawatan ke tempat-tempat tertentu yang terdapat di

Institut Latihan Statistik Malaysia. Kami telah

dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan

pergerakan dan perjalanan kami dengan diiringi oleh

kakitangan di institut tersebut. Antara tempat yang kami

lawati ialah di bilik gerakan, bilik mesyuarat, bilik

penginapan, perpustakaan, makmal komputer dan sebagainya.

Seterusnya, pada pukul 4:45 petang, setelah melawat hampir

kesemua tempat yang terdapat di institut tersebut, kami

sekali lagi telah dihidangkan dengan minum petang. Pada

pukul 5:00 petang, kami berkumpul semula di dalam Dewan

makan dan bersurai. Kami pun bertolak ke UPSI dan kami

tiba di kolej kediaman masing-masing pada pukul 6:30

petang.

ISU DAN CABARAN

Page 9: Laporan jabatan perangkaan

1.Pelajar yang hadir ialah 90 peratus.

2.Tidak semua pelajar menghadiri semua slot yang telah diadakan

kerana terlibat dengan aktiviti luar.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1.Pelajar yang tidak hadir perlu memaklumkan kepada pensyarah

dan menulis surat tunjuk sebab kerana tidak hadir.

2.Pensyarah mesti memastikan pelajar dapat menghadiri semua

slot yang diadakan.

HASIL PEMBELAJARAN

Melalui lawatan ke Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM),

banyak pengetahuan baharu yang telah kami peroleh. Melalui

lawatan ini kami melihat bahawa bidang statistik sangat penting

dan meluas kegunaannya. Selain itu kami juga dapat mengetahui

apakah Jabatan Perangkaan Malaysia dari segi sejarah

sehinggalah peranan, visi dan misi Jabatan Perangkaan itu

sendiri. Berikut adalah antara hasil pembelajaran yang telah

kami peroleh sepanjang mengikuti lawatan ini.

Sejarah Jabatan Perangkaan

Jabatan Perangkaan Malaysia telah wujud sebelum kita mencapai

kemerdekaan lagi. Jabatan Perangkaan Malaysia ini telah

ditubuhkan sejak 1949. Jabatan ini ditubuhkan di bawah

peruntukan Ordinan Statistik (Statistic Ordinance 1949). Pada

ketika itu jabatan ini dikenali sebagai Biro Statistik. Pada

Page 10: Laporan jabatan perangkaan

ketika itu, perangkaan yang dilakukan hanyalah merujuk kepada

perkara tertentu sahaja seperti data perdagangan luar negeri

dan pertanian ladang. Hal ini adalah kerana negara kita banyak

menumpu kepada aktiviti perdagangan dan pertanian. Pada tahun

1965, Biro Statistik telah ditukarkan namanya menjadi Jabatan

Perangkaan Malaysia. Pada ketika itu Jabatan Perangkaan

Malaysia telah beroperasi di bawah Akta Perangkaan 1965 dan

telah di semak pada tahun 1989.

Pada ketika itu, pejabat perangkaan Sabah dan Sarawak telah

menjadi cawangan kepada Jabatan Perangkaan dengan ibu pejabat

di Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan bagi negeri-negeri di

Semenanjung Malaysia pula telah ditubuhkan secara peringkat-

berperingkat. Penubuhan secara berperingkat ini telah bermula

pada tahun 1971 sehinggalah tahun 1982 yang mana terdiri

daripada 13 Jabatan Perangkaan Negeri yang mana mewakili setiap

daripada negeri. Jika kita melihat pada organisasi kerajaan,

Jabatan Perangkaan Malaysia terletak di bawah Jabatan Perdana

Menteri. Memandangkan susah untuk menguruskan data dan

mendapatkan data yang diinginkan dan bagi memastikan data yang

diperoleh dan dikumpul Jabatan Perangkaan Negeri dapat

diuruskan dengan lebih baik, Pejabat-pejabat Operasi di

beberapa buah negeri telah diwujudkan.

Maklumat Jabatan Perangkaan

Peranan Jabatan Perangkaan Malaysia adalah sebagai agensi utama

dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu

berorientasikan pengguna dan bertepatan masa untuk pembentukan

dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara. Fungsi

utama Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah Statistic Act 1965

Page 11: Laporan jabatan perangkaan

(Revised-1989) adalah mengumpul dan mentafsirkan perangkaan

bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan

dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi

memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan,

pertanian, perindustrian dan macam-macam lagi.

Seterusnya fungsi Jabatan Perangkaan Malaysia adalah untuk

menyebar perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang

dibuat atas perangkaan yang telah dikumpul. Penyebaran maklumat

perangkaan atau tafsiran yang telah dibuat bukan disebarkan

kepada agensi-agensi kerajaan semata-mata, tetapi maklumat

tersebut turut disebarkan kepada pihak-pihak berkuasa atau

orang-orang yang memerlukan maklumat tersebut bagi tujuan

tertentu.

Visi Jabatan Perangkaan Malaysia adalah mahu Menjadi Sebuah

Organisasi Yang Terbilang Menjelang 2020. Misi Jabatan

Perangkaan Malaysia pula adalah Penjana Statistik Negara yang

berintegriti dan reliable untuk perancangan dan pembangunan

nasional melalui empat perkara iaitu penggunaan metodologi dan

amalan yang terbaik, penyelidikan dan analisis statistik yang

berterusan, penggunaan teknologi yang terbaik dan modal insan

yang kompeten dan berinovasi.

Objektif Jabatan Perangkaan Malaysia pula adalah mengukuh dan

meningkatkan perkhidmatan statistik serta sistem penyampaian.

Seterusnya adalah memenuhi keperluan pengguna dalam

persekitaran yang dinamik dan mencabar, meningkatkan keupayaan

penyelidikan dan analisis data, menggunakan metodologi

statistik dan teknologi yang terbaik secara maksimum, memupuk

budaya invasi dalam penghasilan dan penyampaian produk dan

Page 12: Laporan jabatan perangkaan

perkhidmatan perangkaan, mempunyai sumber manusia yang kompeten

dengan tahap profesionalisme yang tinggi dan akhir sekali

objektif Jabatan Perangkaan Malaysia adalah memperluaskan

penggunaan statistik di kalangan pengguna.

Dalam merealisasikan visi, misi dan objektif yang telah

ditetapkan Jabatan Perangkaan Malaysia, semua anggota jabatan

perangkaan telah ditetapkan supaya menghayati dan mengamalkan

nilai-nilai teras yang telah ditetapkan.. Antara nilai teras

yang ditetapkan adalah kepuasan pelanggan dengan memberikan

layanan yang mesra dan profesional kepada pengguna perangkaan

selain sentiasa peka dan prihatin kepada keperluan pelanggan

dalam persekitaran yang dinamik. Seterusnya adalah

profesionalisme yang mana anggota jabatan perangkaan perlu

mengamalkan profesionalisme dalam melaksanakan tugas dengan

komitmen yang tinggi, bertanggungjawab dan gigih, memiliki

ciri-ciri bijaksana, kreatif, inovatif, berdaya saing dan

proaktif serta bertindak berdasarkan amalan statistik terbaik.

Mereka juga mengutamakan kompetensi yang mana mereka sentiasa

berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai

kualiti kerja yang terbaik dengan cara mempelajari pelbagai

kemahiran bagi membuat pelbagai tugas, peka terhadap perubahan

semasa, berdisiplin, kerohanian dan berdedikasi terhadap kerja

serta terus melakukan pembelajaran yang berterusan. Mereka juga

menekankan aspek integriti dan akauntabiliti dengan

melaksanakan tugasan dengan penuh amanah, ikhlas dan jujur

mengikut peraturan dan prosedur kerja tanpa mementingkan

kepentingan diri sendiri. Hal ini adalah bagi memastikan

Page 13: Laporan jabatan perangkaan

kerahsiaan maklumat individu responden dan bertanggungjawab

terhadap tugasan yang dilaksanakan.

Tambahan lagi mereka mengamalkan semangat berpasukan yang bagi

memastikan visi, misi dan objektif Jabatan terlaksana dan

direalisasikan yang mana melibatkan penglibatan semua anggota

sebagai satu pasukan. Akhir sekali mereka juga mementingkan

hemah dan sikap berwibawa dalam kalangan anggota Jabatan

Perangkaan yang mana mempamerkan sifat-sifat terpuji seperti

bertimbang rasa, adil dan saksama, tegas, sabar, mesra dan

konsisten dalam membuat keputusan, dapat menyesuaikan diri

dalam apa jua situasi, bersedia menerima pandangan dan teguran

dan sentiasa berketerampilan dan berbudi bahasa.

Piagam pelanggan Jabatan Perangkaan Malaysia adalah komited

untuk membekalkan maklumat dan perkhidmatan statistik yang

berorientasikan pengguna bertepatan masa dan berkualiti. Ia

dicapai melalui penggunaan teknik statistik dan teknologi yang

terkini dan sesuai serta melalui peningkatan pengetahuan dan

kemahiran anggota Jabatan di pelbagai peringkat secara

berterusan. Berikut adalah penerangan mengenai logo Jabatan

Perangkaan Malaysia:

Gambar 1: Logo Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 14: Laporan jabatan perangkaan

Sumber: Diperoleh daripada http://www.statistics.gov.my/

Bulatan tersebut menggambarkan kesepakatan anggota Jabatan

dalam mencapai visi dan misi. Garisan grid putih pula

menunjukkan jaringan hubungan kerjasama yang global. Anak panah

menunjukkan perkembangan pesat Jabatan sejak penubuhannya. Ia

turut menggambarkan peranan Jabatan serta kualiti data yang

semakin meningkat seiring dengan kehendak pengguna. Warna merah

menggambarkan ketegasan Jabatan dalam menjaga kerahsiaan

maklumat responden. Akhir sekali, warna jingga pula

menggambarkan energetic, bersemangat dalam menjalankan tugas.

Berani menyahut cabaran untuk setanding dengan Agensi

Perangkaan lain di dunia.

Pengurusan dan Pentadbiran Jabatan Perangkaan

Pengurusan dan pentadbiran Jabatan Perangkaan di dalam jentera

pentadbiran awam adalah berada di bawah Jabatan Perdana Menteri

yang mana menterinya adalah Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul

Wahid Omar. Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia adalah Yang

Berbahagia Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hassan.

Page 15: Laporan jabatan perangkaan

Rajah 2: Carta Organisasi Jabatan Perangkaan

Sumber: http://www.statistics.gov.my/

Hala tuju Jabatan Perangkaan 2020

Hala tuju Jabatan Perangkaan menuju tahun 2020 adalah dilakukan

melalui visi dan misi yang telah ditetapkan. Dalam hala tuju

Jabatan Perangkaan 2020 visi yang ditetapkan adalah ingin

menjadi sebuah organisasi yang terbilang di dunia menjelang

tahun 2020. Misi yang mereka gunakan adalah penjana Statistik

Negara yang berintegriti dan reliable untuk perancangan dan

pembangunan nasional melalui penggunaan metodologi dan amalan

terbaik, model insan yang kompeten dan berinovasi, penggunaan

Page 16: Laporan jabatan perangkaan

teknologi yang terbaik dan akhir sekali adalah penyelidikan dan

analisis statistik yang berterusan.

PENGENALAN ILSM

Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) ditubuhkan bertujuan

untuk memenuhi keperluan membangunkan modal insan secara

menyeluruh di Jabatan Perangkaan Malaysia (JP). Selain itu,

ILSM juga berperanan meningkatkan kesedaran dan kefahaman

statistik yang tinggi di kalangan anggota perkhidmatan awam

keseluruhannya. Selaras dengan Teras Kedua Misi Nasional,

permohonan JP untuk menubuhkan ILSM telah diluluskan oleh pihak

Kerajaan di bawah projek Public Fund Initiatives (PFI). Projek

yang dimulakan pada tahun 2009 ini telah siap sepenuhnya pada

28 Disember 2011 dan telah mula beroperasi pada 3 Januari 2012.

Dibangunkan dengan keluasan melebihi 40 ekar di Sungkai, Perak

yang terdiri daripada satu blok pentadbiran dan satu blok

penginapan berserta kemudahan riadah. Institut ini dilengkapi

dengan enam bilik kuliah, 10 bilik sindiket, dua makmal

komputer dan satu makmal bahasa. Institut ini boleh menampung

seramai 150 orang peserta dalam satu masa dengan kemudahan

sejumlah 100 bilik penginapan.

Institut ini telah diilhamkan lebih 20 tahun yang lalu. Ia

bermula pada tahun 1987dengan penubuhan sebuah kumpulan kerja

pembangunan sumber manusia bagi merancang pembangunan program

latihan di Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada tahun 1990,

Page 17: Laporan jabatan perangkaan

Bahagian Pembangunan Perangkaan telah diwujudkan dan

bertanggungjawab menyediakan program latihan dalaman. Susulan

daripada itu, Bahagian Latihan Perangkaan telah diwujudkan pada

tahun 2003 dengan jumlah perjawatan sebanyak 21 orang sejajar

dengan dasar kerajaan yang mementingkan pembangunan sumber

manusia di sektor awam.

PERANAN DAN OBJEKTIF ILSM

Objektif ILSM ditubuhkan adalah untuk menyediakan modul dan

kurikulum kursus yang berkualiti dan dinamik dalam memenuhi

keperluan pembangunan statistik negara dalam melahirkan modul insan

yang terlatih dalam bidang statistik, menyediakan dan mengendalikan

program latihan menerusi jalinan kerjasama dengan institusi dalam

dan luar negara dan melaksanakan aktiviti penyelidikan untuk

pembangunan statistic

.

Peranan ILSM pula adalah untuk merangka dan menggubal modul dan

kurikulum kursus iaitu merancang, mengurus dan mengendalikan kursus

dalaman mengikut keperluan Pusat Pengajian. Tambahan pula, peranan

ILSM juga adalah untuk merancang, mengurus dan mengendalikan kursus

antarabangsa serta melaksanakan penyelidikan dalam statistik.

Merancang, mengurus dan melaksanakan persidangan, seminar dan bengkel

berkaitan dengan statistic dan menilai keberkesanan latihan juga

merupakan peranan ILSM.

Page 18: Laporan jabatan perangkaan

PUSAT PENGAJIAN ILSM

Pusat pengajian di ILSM boleh dibahagikan kepada beberapa kategori

antaranya ialah Pusat Pengajian Metodologi, Penyelidikan dan Kualiti,

Pusat Pengajian Ekonomi, Pusat Pengajian Sosial dan Demografi serta

Pusat Pengajian ICT dan Geospatial.

Pusat Pengajian Metodologi merangkumi 6 kursus utama iaitu :

- Kursus Asas Dalam Banci dan Penyiasatan- Kursus Kaedah Pengumpulan Data Bagi Banci dan Penyiasatan- Kursus Kawalan Kualiti Dalam Banci dan Penyiasatan- Kursus Kod dan Klasifikasi MASCO dan INDEKS LOKALITI- Kursus Kod dan Klasifikasi MSIC dan MCPA- Kursus Teknik Penyeliaan Operasi Pungutan dan Pemprosesan Data

Manakala, Pusat Pengajian Ekonomi merangkumi kursus berdasarkan tahunpengajian iaitu antara 1-3 tahun iaitu :

1.Kursus Asas Ekonomi

2.Kursus Jenis-Jenis Data dan Maklumat Ekonomi

3.Kursus Konsep Asas Perakaunan Perniagaan

4.Kursus Pengenalan Kepada Banci dan Penyiasatan Ekonomi

5.Kursus Pengenalan Perdagangan dan Perniagaan di Malaysia

6.Kursus Penggunaan Soal Selidik Ekonomi

4-10 TAHUN

1.Kursus Memahami Indeks Perangkaan Ekonomi

2.Kursus Memahami Penyusunan Perangkaan Ekonomi Bagi Kumpulan

Sokongan 1

3.Kursus Memahami Perangkaan Ekonomi dan Perdagangan Bagi Kumpulan

Sokongan 1

Page 19: Laporan jabatan perangkaan

11 TAHUN DAN KEATAS

1.Kursus Keperluan Perangkaan Untuk Pembangunan Ekonomi Bagi Kumpulan

Sokongan 1

KURSUS GEOSPATIAL

- Pemetaan Digital menggunakan Perisian ArcGIS

- Analisis Spatial dan Pembangunan Geodatabase

- Asas Pembangunan Geodatabase

- Persembahan peta menggunakan ArcGIS

- Pembangunan tools dalam perisisan ArcGIS

- Penyediaan Pangkalan Data dan Pemetaan Digital

STRATEGI PENGUMPULAN DATA

Berikut merupakan aliran Strategi pengumpulan data yang dilakukan

oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:

Page 20: Laporan jabatan perangkaan

PENGUMPULAN UTAMA/STATISTIK

Mengikut Jabatan Perangkaan, berikut merupakan cara pengumpulan data

ataupun statistik. Dalam teknik pengumpulan ini, ia dibahagikan

kepada dua bahagian iaitu bancian/ kajian/ pengumpulan dan rangka

kerja kajian. Tujuan pengumpulan ini dilakukan untuk menghasilkan

pengumpulan data yang lebih sistematik.

Ekonomi(101) * Ekonomi (Pertubuhan Yang Aktif ) Sosial/Demografi (70) * Isi Rumah Umum(9) * Bilangan BP

PLANNING (HQ)COLLECTION/PROCESSING(STATE OFFICES/OPERATIONAL CENTRES)COMPILATION/ANALYSIS (HQ)DISSEMINATION (STALKHOLDER'S, NGO'S, INTERNATIONAL USERS, INTERNAL USERS, OTHER USERS (USERS)

Page 21: Laporan jabatan perangkaan

STAKEHOLDER DAN PENGGUNA

Berikut merupakan senarai Stakeholders dan Pengguna yang diperoleh

daripada Jabatan Perangkaan.

Pengumpulan Utama / Statistik

Terdapat dua kategori fungsi pengumpulan data utama dan statistik ini

iaitu untuk bancian, kajian atau pengumpulan dan juga sebagai rangka

kerja kajian. Bagi pengumpulan data untuk bancian, kajian atau

pengumpulan ia adalah bertujuan mendapat data penduduk dari segi

ekonomi, sosial atau demografi dan juga umum tentang penduduk di

Page 22: Laporan jabatan perangkaan

sesuatu tempat. Bagi pengumpulan data untuk rangka kerajaan pula ia

bertujuan bagi mengetahui pertumbuhan ekonomi, bilangan isi rumah dan

juga bilangan bancian penduduk.

Pengurusan dan Pentadbiran Jabatan Perangkaan dalam Jentera

Pentadbiran Awam

Jabatan Perangkaan (JP) merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana

Menteri. Menteri yang terlibat adalah Y.B Senator Dato’ Sri Abdul

Wahid Omar. Ketua perangkawan Malaysia pula adalah Yang Berbahagia.

Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan.

Carta organisasi Jabatan Perangkaan terdiri daripada 3 program dan 14

Jabatan Perangkaan Negeri.

Page 23: Laporan jabatan perangkaan

Hala tuju Jabatan Perangkaan 2020

Hala tuju Jabatan Perangkaan 2020 adalah melalui visi dan misinya.

Visi JP adalah menjadi sebuah organisasi statistik yang terbilang di

dunia menjelang 2020. Manakala misi JP pula adalah menjadi Penjana

Statistik Negara yang berintegriti dan reliable untuk perancangan dan

pembangunan nasional melalui empat perkara iaitu penggunaan

metodologi dan amalan terbaik, penyelidikan dan analisis yang

berterusan, penggunaan teknologi yang terbaik dan akhir sekali modal

insan yang kompeten dan berinovasi.

Jabatan Perangkaan Telah Wujud Sebelum Kemerdekaan Malaysia

Tahun 1949 : Penubuhan Jabatan Perangkaan Malaysia (Biro Statistik)

Page 24: Laporan jabatan perangkaan

di bawah peruntukan Statistic Ordinance 1949.

Hanya statistik Perdagangan Luar Negeri dan Pertanian

sahaja dikeluarkan.

Tahun 1965 : Dikenali sebagai Jabatan Perangkaan Malaysia

Beroperasi di bawah Akta Perangkaan 1965 (disemak

1989)

Peranan dan fungsi diperluaskan kepada pungutan data

ekonomi dan sosial

Tahun 1971 – 1982 : Penubuhan pejabat-pejabat Perangkaan Negeri (13

JP Negeri)

Tahun 2011 : Penubuhan Institut Latihan Statistik Malaysia

Statistic Activities Framework

Generic Statistical Business Process Model (GSBPM)

1. Specify Needs2. Design3. Build4. Collect5. Process6. Analysis7. Dissemination8. Achieve9. Evaluate

Page 25: Laporan jabatan perangkaan

Sumber dan Skop Data

Terdapat dua sumber yang membolehkan kita memperoleh data iaitu

daripada sumber primer dan sumber sekunder. Bagi sumber primer, data

berkenaan sosial dan demografi boleh diperoleh daripada PTB, HIES,

Migrasi, Sektor Informal, Banci Penduduk dan Perumahan. Manakala data

berkenaan ekonomi pula boleh diperoleh daripada Pembuatan,

Perkhidmatan, Pembinaan, Perlombongan dan Pengkuarian, dan Imbangan

Pembayaran. Bagi sumber sekunder pula, data berkenaan perdagangan

antarabangsa boleh diperoleh daripada Jabatan Kastam Malaysia. Data

berkenaan kelahiran dan kematian pula boleh didapati daripada Jabatan

Pendaftaran Negara. Manakala data berkenaan pendidikan pula boleh

didapati daripada Kementerian Pendidikan.

Skop-skop data dalam statistik ini lebih kepada ekonomi dan

sosial penduduk Malaysia itu sendiri. Bagi skop ekonomi, data-data

yang dikumpulkan adalah berkenaan pertanian, perlombongan dan kuari,

pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, akaun negara, imbangan

pembayaran, penunjuk ekonomi, perdagangan luar negeri, perusahaan

kecil dan sederhana. Bagi skop sosial pula, data-data yang

dikumpulkan adalah berkenaan penduduk, tenaga buruh, migrasi, upah

dan gaji, sektor informal, pendapatan isi rumah, harga pengguna,

harga pengeluar, alam sekitar, kesihatan, perumahan dan lain-lain

statistik sosial.

Jabatan Perangkaan menawarkan perkhidmatan seperti berikut :

Perkhidmatan Data :

1. Pembelian / langganan data terperinci yang tidak diterbitkan2. Pembelian / langganan penerbitan

Page 26: Laporan jabatan perangkaan

Khidmat Rundingan Statistik :

1. Rangka dan reka bentuk sampel.2. Reka bentuk soal selidik, operasi luar, pemprosesan dan analisis

data.

Latihan Industri dan Kerjaya :

1. Bidang pengajian berkaitan

Kaedah Penyebaran Data

JP menggunakan kaedah penerbitan, laman web / portal, my SMS iaitu di

talian 15888, siaran media dan juga bernama.

Peranan Responden Dalam Membekalkan Maklumat Berkualiti

Responden perlulah memberi kerjasama, maklumat yang tepat dan terkini

berserta gambaran dan petunjuk sebenar, melengkapkan borang soal

selidik dengan menyediakan maklumat komprehensif, reliable dimana data

boleh diguna pakai untuk perancangan dan pembangunan negara dan

timeliness dimana pengeluaran laporan dan penerbitan adalah mengikut

masa.

Pengenalan Institut Latihan Statistik Malaysia

Institusi Latihan Statistik Malaysia (ILSM) ini ditubuhkan untuk

memenuhi keperluan modal insan anggota Jabatan. Ia mula beroperasi

pada 3 Januari 2012 di Sungkai, Perak. Keluasan institut ini adalah

seluas 40 ekar. Terdapat satu Blok Pentadbiran dan satu Blok

Page 27: Laporan jabatan perangkaan

Penginapan yang boleh memuatkan seramai 150 orang peserta.

Stakeholders dan Pengguna Data

Data-data statistik ini amat penting digunakan oleh beberapa pengguna

utama, NGOs, antarabangsa dan juga kategori lain bagi kemudahan

mereka. Antara pengguna utama (Stakeholders) bagi data-data statistik

ini adalah EPU, MOF, BNM, MITI, KPDNKK, Kementerian dan juga lain-

lain. Bagi pertubuhan NGOs pula Dewan Perniagaan, Persatuan Pengguna,

Kesatuan Sekerja dan juga Pertubuhan Bella adalah antara pengguna-

pengguna data statistik ini. Selain itu, jalinan antarabangsa seperti

Bank Dunia, ASEAN Secretariat, WHO, FAO, IMF, ADB, ESCAP, ILO, OIC,

NSO dan UN adalah antara pengguna-pengguna data statistik.

Penyebaran Data

Kekerapan Tempoh Penyebaran Data

Suku Tahunan 6 minggu selepas suku tahun

rujukan

Tahunan / Banci 18 bulan selepas tahun rujukan

Page 28: Laporan jabatan perangkaan

Terdapat dua jenis penyebaran data iaitu data yang diterbitkan dan

data yang tidak diterbitkan. Data yang diterbitkan boleh diperoleh di

dalam hardcopy daripada Unit Khidmat Pengguna atau Jabatan Perangkaan

Malaysia di Putrajaya. Data juga boleh diperoleh di dalam softcopy

secara percuma dengan memuat turunnya melalui website

http://www.statistics.gov.my. Manakala data yang tidak diterbitkan

pula boleh diperoleh melalui Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna

atau Jabatan Perangkaan Malaysia di Putrajaya. Pengguna-pengguna data

juga boleh menghubungi melalui talian telefon di nombor 03-88857000 /

Faks: 03-88889248 atau email di [email protected].

Pusat pengajian Institusi Latihan Statistik Malaysia (ILSM)

1. Ekonomi2. Sosial dan Demografi3. Metodologi Penyelidikan dan Kualiti4. ICT dan Geospatial

Peranan dan Objektif Penubuhan Institusi ILSM

Objektif pertama penubuhan institusi ini adalah bagi meningkatkan

produktiviti dan kualiti anggota Jabatan khasnya dan kakitangan

sektor awam yang lain amnya. Selain itu, ia institusi ini merupakan

satu-satunya Institut Latihan Statistik di negara ini. Di samping

itu, program latihannya adalah lebih sistematik dan terancang selaras

dengan keperluan kepakaran bagi menjalankan tugas masa kini dan akan

datang.

Page 29: Laporan jabatan perangkaan

KESIMPULAN

Lawatan ke Institut Latihan Statistik Malaysia(ILSM) telah membuka

dan menambah ilmu pengetahuan kami mengenai Jabatan Perangkaan

Malaysia dan Institut Latihan Statistik Malaysia dan yang paling

utama menambah pengetahuan kami mengenai statistik khususnya.

Kami mengetahui tentang sejarah penubuhan Jabatan Perangkaan,

pengurusan dan pentadbirannya, hala tuju Jabatan Perangkaan. Kami

turut terdedah kepada perkhidmatan yang ditawarkan Jabatan

Perangkaan seperti permintaan data, khidmat rundingan statistik,

dan latihan industri dan kerjaya. Kami juga mengetahui bagaimana

mereka merangka kerja statistik, sumber dan skop data yang mereka

ingin peroleh dan analisis menggunakan statistik. Kami juga

belajar daripada mereka tentang bagaimana mereka melakukan

strategi dalam pengumpulan data. Pengetahuan ini sekaligus dapat

memastikan dapat menghasilkan pengumpulan data yang lebih berkesan

lebih-lebih lagi apabila terdapatnya kerja kursus yang memerlukan

pengumpulan data-data tertentu.

Secara ringkasnya strategi pengumpulan data yang mereka lakukan

adalah perancangan, pengumpulan, menganalisis dan barulah mereka

menyebarkan data tersebut. Banyak maklumat yang kami peroleh

tentang bagaimana Jabatan Perangkaan menguruskan data-data

tersebut daripada pengumpulan, analisis sehinggalah bagaimana

Page 30: Laporan jabatan perangkaan

mereka menyebarkan data-data tersebut. Selain itu kami turut

mengetahui tentang latar belakang dan mengenai Institut Latihan

Statistik itu sendiri.

Lawatan ini sangat digalakkan untuk dijalankan pada masa akan

datang. Hal ini adalah kerana dengan lawatan ini dapat membuka

mata kami mengenai kepentingan statistik yang mana kami belajar

selama ini di dalam kursus Teknik-teknik Dan Kaedah Kuantitatif

(HGR 3013). Bukan setakat itu sahaja kami juga dapat

mengaplikasikan ilmu yang kami peroleh ini dalam melakukan

tugasan-tugasan kami yang mana memerlukan pengumpulan data dan

analisis data dengan menggunakan kaedah statistik.

Lawatan seperti ke Institut Latihan Statistik Malaysia dan juga

ke institut lain amat bagus untuk dilakukan memandangkan dengan

lawatan ini banyak ilmu yang kami peroleh. Kami juga lebih jelas

mengenai statistik sama ada dari cara menguruskan data sehinggalah

menyebarkan data. Kami juga sedar tentang kepentingan statistik

dan kegunaannya.

LAMPIRAN

Page 31: Laporan jabatan perangkaan

Ucapan alu-aluan oleh pihak Institut Latihan Statistik Malaysia

Taklimat oleh Pihak Institut Latihan Statistik Malaysia

Pemberian cenderahati daripada pihak UPSI kepada pihak Institut

Latihan Statistik Malaysia

Page 32: Laporan jabatan perangkaan

Lawatan kemudahan di Institut Latihan Statistik Malaysia. Gambaradalah semasa berada di dalam bilik

gerakan di sana.

Page 33: Laporan jabatan perangkaan

SENARAI RUJUKAN

Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. Sumber Statistik Rasmi Malaysia

2014. Diperolehdaripadahttp://www.statistics.gov.my/portal/index.php?

lang=bm, 13 November 2014.

Bhattacharyya, K Gouri. (1977). Statistical concepts and methods. 2012. New

York: John Wiley.

Emmel, Nick. (2013). Sampling and choosing cases in qualitative research. Lost

Angeles: SAGE, 2013.

Elementary analysis (mat 302)/ translator/ editor Kavitha A/P Archunan.

Iran Herman. (1994). Analisis statistik deskriptif. PercetakanBintang Jaya,

Kuala Lumpur: Emsha.