LAPORAN BIRO LAPORAN & DOKUMENTASI
Ketua Biro: CHIAM SHIN YING
Ahli Biro: WONG SOON HENG
HWANG CHING YING
LEE YAN SIANG
SHARON LAI SIN YEE
Isi laporan dikehendaki merangkumi:
Laporan sepanjang pengurusan dan pengelolaan KOT
Sebelum
Semasa
Selepas
Masalah yang telah dihadapi
Refleksi kendiri (Kekuatan & kelemahan)
Cadangan penambahbaikan
Perkara lain yang berkaitan
LAPORAN SEBELUM KOT
Tarikh: 1 Januari 2015
Tempat: Kafe IPG Kampus Perlis
Aktiviti: Mesyuarat Pertama AJK Induk
Semua Ahli Jawatankuasa Induk mengadakan mesyuarat kali pertama
untuk memastikan perkembangan setiap biro. Dalam mesyuarat
tersebut, tarikh membuat lakaran padang dan balapan telah
ditetapkan oleh biro persiapan tempat. Satu salinan mengenai
senarai nama ahli jawatankuasa juga diserahkan agar semua ahli
bertugas dapat menginteraksi dengan pensyarah pembimbing
masing-masing bagi memastikan kelancaran tugas-tugas setiap
biro.
Mesyuarat kali pertama ahli jawatankuasa induk.
Tarikh: 19/1/15 6/2/15
Tempat: Padang ASTAKA
Aktiviti: Persiapan Padang ASTAKA
Biro persiapan tempat telah memulakan kerja-kerja membersihkan
padang seperti pasir lompat jauh, lorong larian, dan astaka. Tugas
membuat lakaran padang dan balapan berlangsung selama tiga minggu
dengan kerjasama setiap guru pelatih Sem 5 di bawah bimbingan
pensyarah-pensyarah yang pakar. Guru pelatih Sem 5 menggunakan
waktu petang setiap hari dan waktu pagi dan pentang hujung minggu
untuk menyiapkan kerja tersebut.
Dalam proses pelaksanaan kerja membuat lakaran padang dan
balapan, kami mendapati bahawa kerjasama antara satu sama lain amat
diperlukan. Tambahan pula, seorang pemimpin yang bertanggungjawab
juga amat dipentingkan. Pengerusi KOT kita telah menunjukkan satu
teladan yang baik dan perlu dipelajari semua dalam proses ini.
Beliau telah memberi pimpinan dan bimbingan yang terbaik sehingga
membolehkan ahli setiap jawatankuasa rela menyumbangkan tenaga
masing-masing dalam kerja yang begitu besar dan berat ini.
Selepas waktu GERKO, kelas Pendidikan Jasmani Sem 5 membersihkan
kawasan lompat jauh untuk persiapan tempat bagi sukantara.
Semua guru pelatih Sem 5 bekerjasama mencari penanda padang
untuk mengukur garisan padang.
Kerja persiapan padang dan balapan dilaksanakan di bawah
pimpinan pengerusi projek KOT dengan baik.
Kerja membuat lakaran padang dan balapan mendapat bantuan dan
bimbingan oleh pensyarah-pensyarah pakar.
Tarikh: 14/1/15
Tempat: BS PJ 1
Aktiviti: Mesyuarat Kedua AJK Induk dengan Pensyarah
Pembimbing
Pada hari Rabu petang, satu mesyuarat antara AJK Induk KOT
dengan pensyarah pembimbing, Encik Muftar
Tarikh: 16/1/15 5/2/2015
Tempat: Padang Astaka
Aktiviti: Latihan Rumah Sukan
Sebelum latihan rumah sukan dimulakan, biro peralatan telah
menyediakan peralatan yang perlu di setiap acara. Peralatan seperti
blok permulaan, bendera, peluru, pita pengukur dan lain-lain juga
telah letak di dalam bakul berdasarkan dengan acara. Selepas itu,
biro persiapan tempat menyusunkan peralatan dengan betul.
Setiap hari, kelas yang berbeza akan menjadi pegawai bertugas di
setiap stesen. Ketika ketidakcukupan pegawai bertugas, maka kelas
yang tidak bertugas pada hari yang tersebut akan memberi
pertolongan. Selain itu, pegawai perubatan iaitu JPAM juga akan
mengagihkan ahli untuk menjaga setiap stesen bagi memastikan dapat
memberi pertolongan cemas dengan cepat ketika terdapat pelajar yang
cedera.
Manakala biro dokumentasi telah mengagihkan ahli-ahlinya di
setiap stesen untuk mengambil gambar perlaksanaan latihan setiap
rumah sukan. Disebabkan terdapat 3 jenis latihan yang dijalankan
dalam sehari, maka setiap stesen terdapat sekurang-kurangnya
seorang ahli biro dokumentasi yang mengambil gambar suasana
perlaksaan latihan acara. Pada hari yang pertama dan hari yang
kedua dalam minggu latihan rumah sukan adalah melaksanakan latihan
acara 100m, lontar peluru dan lompat jauh Hari yang ketiga dan
keempat merupakan perlaksanaan latihan acara lompat tinggi dan
lempar cakera.
Selepas latihan rumah sukan ini, kami juga melakukan pemilihan
dan dokumentasi gambar. Selepas mengemas gambar, ketua mengumpulkan
semua gambar daripada ahli-ahli dan serah kepada biro siaraya pada
hari tersebut.
tika terdapat pelajar yang cedera.an cepat sebelumengagihkan
ahli untuk menjaga setiap stesen bagi memastikan longan.
rlaksana
Keadaan semasa perlangsungan latihan rumah sukan
Pengawai bertugas yang terdiri daripada PISMP Semster 5 memberi
komitent yang tinggi dalam melaksanakan tugas
Masalah yang kami menghadapi semasa melaksanakan tugas adalah
ketidakcukupan kamera DSLR di mana kamera tersebut dapat menangkap
pergerakan guru pelatih menjalankan aktiviti dengan cepat dan tidak
kabur. Tambahan lagi, kamera DSLR juga dapat menangkap gambar
dengan jelas walaupun berada di jarak yang jauh. Hal ini lebih
menjamin keselamatan ahli biro dokumentasi kerana ketika mengambil
gambar acara lontar peluru dan lempar cakera, kami tidak perlu
berdiri dengan dekat bagi menangkap gambar yang jelas.
Sebelum ini, kami juga meminta pertolongan daripada biro
peralatan untuk meminjam kamera DSLR daripada Jabatan Teknologi dan
Maklumat. Malangnya pemohonan ditolak. Oleh itu, untuk
menyelesaikan masalah tersebut, kami mengadakan perbincangan
selepas latihan sukan. Selepas melakukan perbincangan antara biro
ahli dokumentasi, maka kami telah membuat keputusan iaitu meminjam
kamera DSLR daripada guru pelatih yang mempunyai kamera DSLR.
Selain itu, kami menerima aduan daripada biro siaraya menyatakan
bahawa gambar yang kami tangkap tidak cantik dan tidak dapat
dijadikan background kepada banner. Oleh itu, kami cuba mencari
sudut yang sesuai untuk menangkap gambar yang cantik. Walupun
hasilnya tidak secantik seperti hasil tangkapan daripada jurugambar
yang berpakar, malah kami juga semakin hari semakin menguasai
teknik penggambaran. Selain itu, penggunaan kamera DSLR merupakan
masalah yang dihadapi oleh sesetengah ahli biro dokumentasi.
Sehubungan dengan itu, sebelum melakukan penggambaran, ahli-ahli
biro dokumentasi juga perlu mengkaji terlebih dahulu kamera DSLR
yang dipinjam. Secara tidak langsungnya, kami dapat mendalami ilmu
berkenaan dengan penggunaan kamera DSLR.