LAPORAN BIG KHIDMAT MASYARAKAT
Pada semester kedua bagi tahun 2013 ini, saya dan kawan-kawan
telah diwajibkan menjalankan dua program Bina Insan Guru (BIG)
iaitu khidmat masyarakat serta ceramah dan bengkel. Sebelum
mengadakan program tersebut, kami telah mengadakan mesyuarat
sebanyak beberapa kali. Hal ini penting bagi menentukan ahli-ahli
jawatankuasa atau organisasi untuk menguruskan aktiviti sepanjang
program BIG dilaksanakan. Terdapat AJK yang perlu menguruskan buku
program dan dokumentasi, peralatan, makanan dan minuman,
pengangkutan, hadiah dan cenderamata serta AJK kebajikan. BIG yang
pertama ialah khidmat masyarakat. Untuk khidmat masyarakat ini,
kami perlu menjalankannya mengikut unit masing-masing. Kami mula
berbincang mengenai pemilihan ahli jawatankuasa yang mana merupakan
tulang belakang kepada kejayaan sesuatu program. Jika ahli
jawatankuasa yang dipilih menjalankan kerja dengan baik, InsyaAllah
program yang ingin dijalankan akan berjalan dengan lancar. Hasil
daripada perbincangan, kami telah bersepakat untuk memilih bilik
matematik dan perpustakaan sebagai lokasi untuk kami jalankan
khidmat masyarakat ini. Setelah memberitahu mentor kami iaitu Cik
Tan Kim Lan dan Puan Kamariah Binti Bujang akan tempat yang kami
pilih, setiausaha yang dibantu oleh beberapa orang ahli kelas kami
yang lain mula menyediakan kertas kerja.Setelah kertas kerja siap,
setiausaha kami telah menghantar kertas kerja tersebut kepada staff
yang menguruskan bilik matematik dan perpustakaan. Alhamdulillah
kerta kerja kami telah diterima dan niat murni kami disambut baik
oleh mereka. Oleh kerana kita telah berpindah ke kampus baharu,
jadi banyak perkara yang masih belum diuruskan atau disusun dengan
kemas. Jadi dengan adanya program BIG ini dapat membantu
mengurangkan beban mereka.
Selepas menyiapkan kertas kerja, kami sekali lagi telah
berkumpul untuk membincangkan mengenai pesediaan akhir sebelum kami
menjalankan khidmat masyarakat. Pada 23 Julai 2013, kami pelajar 2
Pismp Matematik 1 dan 2 seramai 30 orang telah ke bilik simulasi
matematik masyarakat untuk menjalankan khidmat. Untuk bilik
simulasi kami dikehendaki untuk mengemas bilik tersebut. Kami telah
dibantu oleh mentor-mentor kami iaitu Cik Tan Kim Lan dan Puan
Kamariah Bujang. Kami perlu memastikan barangan di dalam bilik
simulasi matematik itu disusun dengan baik. Hasil daripada mengemas
bilik simulasi, saya telah mendapat idea bagaimana untuk membuat
Bahan Bantu Mengajar(BBM) yang menarik. Di dalam bilik simulasi
tersebut terdapat pelbagai bentuk BBM yang mana saya yakin mampu
menarik minat pelajar untuk terus belajar matematik. Hal ini kerana
matematik dianggap sebagai satu subjek yang susah jadi saya percaya
dengan adanya bahan seperti ini, ia dapat sedikit sebanyak
menangkis pemikiran seperti itu. Selain daripada menyusun, ada juga
diantara kami yang telah membantu menyapu lantai,mengelap
barang-barang dan banyak lagi. Ada diantara kami yang mungkin tidak
pernah menyapu. Mungkin kerja rumah dilakukan oleh pembantu rumah.
Jadi disini kami telah mendapat peluang untuk belajar mengemas
tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kadang kala aspek mengemas
selalu diletakkan di bahu kaum wanita padahal sebenarnya orang
lelaki mampu untuk membuat kerja-kerja seperti ini.
Untuk khidmat masyarakat yang kedua pula iaitu mengemas
perpustakaan kami telah berbincang dengan pihak perpustakan
mengenai apa yang perlu kami lakukan. Hasil perbincangan tersebut,
terdapat empat aktiviti yang perlu kami jalankan. Kumpulan saya
telah ditugaskan untung mencari bahan ilmiah daripada surat khabar.
Jadi untuk menjayakan aktiviti tersebut saya dan ahli kumpulan
perlu membawa gunting. Di dalam kumpulan itu kami telah dipecahkan
kepada beberapa tajuk dan saya telah memilih untuk membuat tajuk
pendidikan Islam. Semasa membuat guntingan, saya telah menimba
pelbagai ilmu. Saya merasakan diri saya begitu kerdil kerana
pengetahuan am pun saya kurang tahu, inikan ingin berbicara tentang
perkara-perkara yang lebih besar sebagai contohnya isu di Mesir.
Sambil menyelam minum air itulah yang dilakukan oleh saya. Di
samping menjalankan khidmat masyarakat, saya juga telah mengambil
peluang tersebut untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya.
Hasil daripada guntingan saya dan rakan-rakan,ianya akan ditampal
oleh pihak perpustakaan dan ini merupakan satu usaha pihak
perpustakaan bagi menarik lebih ramai pelajar untuk terus membaca.
Bukan itu sahaja, semasa menjalankan khidmat masyarakat, saya telah
menerima sedikit teguran dan nasihat daripada staff perpustakaan.
Beliau telah menegur cara pemakaian segelintir pelajar yang keluar
masuk ke perpustakaan. Untuk menjadi guru yang baik, ianya bermula
dengan cara pemakaian kita dahulu. Kalau kita tidak mampu untuk
mengubah diri kita mengikut etika pemakaian seorang guru, kita
tidak mungkin dapat menjadi guru yang baik. Saya menerima teguran
itu. Akhirnya melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, hubungan
antara pelajar,staff dan pensyarah dalam dieratkan di samping
meningkatkan kualiti guru yang ingin dilahirkan.
Oleh kerana kami telah menjalankan khidmat masyarakat ini
dibulan Ramadhan, maka kami tidak memperuntukkan sebarang jamuan
ataupun makanan. Disini kami telah dapat menjimatkan kos
perbelanjaan.
KOLEKSI GAMBAR KHIDMAT MASYARAKAT
Staff Perpustakaan
Bahan Bantu Mengajar Yang Telah Disusun
Hasil guntingan akan ditampal disini
Menyusun hasil tesis
Ruang belajar yang selesa
Mengemas barang di almari
Menyapu sampah
Menyusun bahan bantu mengajar
Menyusun buku di rak
Membuat guntingan bahan ilmiah
LAPORAN CERAMAH BIG
Pada 11 September 2013 kami pelajar 2 PISMP ambilan Januari 2013
telah menganjurkan satu sesi ceramah sempena program Bina Insan
Guru(BIG) yang memerlukan kami untuk menganjurkan ceramah. Terdapat
banyak kekangan yang terpaksa dilalui oleh kami bagi menjalankan
ceramah ini. Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan program
ini pada bulan ramadhan. Seperti yang kita tahu ramai pelajar yang
akan merasa letih dan mungkin akan tidur sepanjang ceramah. Untuk
menjadikan pengisian di dalam ceramah itu lebih bermakna dan
memberi kesan kepada setiap individu, kami telah merancang untuk
mengadakan ceramah tersebut selepas hari raya Aidilfitri. Selepas
kami balik daripada bercuti, banyak aktiviti telah berlangsung dan
ini semua sekali lagi mengganggu perjalanan program kami.
Penceramah asal kami iaitu En Mohd Yusof bin Awang To telah menarik
diri di akhir waktu atas sebab-sebab tertentu. Jadi ahli
jawatankuasa program terpaksa mencari pengganti beliau di saat-saat
akhir. Mereka telah menjemput Puan Junaidah Binti Mat Lia atau
lebih disenangi dengan panggilan bonda sebagai penceramah baru.
Jadi pada 11 September 2013, kami pelajar 2 PISMP telah berkumpul
di dewan kuliah pada jam 2.00 petang untuk sesi pendaftaran. Majlis
dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi Program Bina Insan
Guru kami iaitu saudara ZulAizat Bin Awang. Saudara Aizat telah
berkongsi satu kata-kata yang berkaitan dengan bidang perguruan
iaitu kalau inginkan hasil semusim, tanamlah bijian, kalau inginkan
hasil dalam setahun tanamlah pokok dan kalau inginkan hasil berabad
lamanya didiklah manusia.Tajuk ceramah yang ingin disampaikan oleh
Puan Junaidah ialah Guru Jutawan Akhirat. Guru merupakan insan yang
mengajar insan yang lain. Bagi kita sudah mestilah ibu bapa
merupakan guru pertama kita. Guru dikatakan jutawan di akhirat
kerana sumbangan atau ilmu yang di sampaikan tidak ternilai
harganya. Walaupun guru itu sudah meninggal dunia, pasti ada anak
muridnya yang akan mendoakan kesejahteraan guru mereka. Ceramah ini
telah membuka minda saya bahawa bertapa untungnya saya memilih
profesyen perguruan ini. Bonda juga telah menyatakan bahawa
profesyen perguruan merupakan satu bidang yang sangat mencabar.
Tugas kita bukan sahaja hanya untuk mengajar bahkan kita perlu
menjadi akauntan,tukang kebun, kerani, doktor dan banyak lagi. Jadi
banyak guru di luar sana yang telah menghadapi tekanan yang tinggi
sehingga menyebabkan mereka menjadi gila. Bonda telah berkongsi
cara untuk mententeramkan jiwa kita apabila kita berada di dalam
tekanan. Apa yang dilakukan oleh beliau ialah menyanyi. Banyak
pengajaran ataupun input yang saya perolehi sepanjang ceramah
tersebut. Barulah saya sedar bahawa pekerjaan seorang guru
sememangnya akan mendatangkan seribu kebaikan tetapi kita perlu
berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana apa yang saya lihat
sekarang profesyen perguruan seolah-olah sebagai satu bahan
ujikaji. Banyak dasar yang telah diubah atas alasan ingin
mempertingkatkan kualiti pendidikan di Malaysia tetapi apa yang
menyedihkan saya ialah ianya dibuat hanya sekejap sahaja. Sebagai
contoh pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Untuk
program ceramah ini, kami telah membuat sedikit kutipan iaitu
sebanyak RM5.00 seorang untuk sedikit minum petang.
REFLEKSIPertama-tamanya saya berasa bersyukur dan gembira kerana
dengan izin-Nya dapat juga saya menjalani aktiviti khidmat
masyarakat dan ceramah bagi Program Bina Insan Guru (BIG) dengan
jayanya.Program Bina Insan Guru ini wajar dijadikan sebagai program
wajib kepada guru pelatih. Aktiviti ini memberikan banyak manfaat
kepada guru pelatih yang menyertainya. Antaranya ialah memenuhi
syarat keperluan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan
yang memerlukan guru pelatih mengikuti program Bina Insan Guru
seperti yang dirancangkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Selain
itu, pelajar mendapat pendedahan awal bagaimana untuk mengurus dan
mengendalikan seminar dan program khidmat yang melibatkan pelajar
serta masyarakat luar.Aktiviti khidmat masyarakat mengajar saya
bertapa penting nya kita hidup dalam satu komuniti. Kita perlu
saling bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun kami hanya
membuat aktiviti di dalam institut yang mana tidak melibatkan orang
luar,tetapi saya merasakan sifat seperti tolong-menolong dan
bekerjasama amat perlu bagi menjayakan program seperti ini. Kalau
ramai pihak yang tidak memberi kerjasama contohnya malas nak
mengemas, maka program seperti ini dianggap gagal.Selain daripada
itu, melalui program khidmat masyarakat, saya dan rakan-rakan
berpeluang untuk beramah-mesra dengan staf-staf sokongan. Jika
sebelum ini, ramai diantara kami yang tidak mengenali staf-staf
ini. Hasil daripada khidmat masyarakat yang dijalankan saya telah
mengenali ramai staf dan mereka banyak berkongsi pengalaman dan
memberi tunjuk ajar kepada saya. Pengalaman yang mereka ada
dikongsi bersama kami dan saya percaya saya akan melalui
pengalam-pengalaman seperti itu. Hal ini kerana ketika di sekolah
kerjaya seorang guru bukan hanya masuk dan keluar kelas tetapi
banyak lagi tugas lain yang bakal kita pikul. Mungkin sahaja saya
akan menjadi guru pusat sumber. Jadi pengalaman mengemas pusat
sumber boleh saya gunakan sebagai idea untuk menambah baik pusat
sumber sekolah kelak.Program Bina Insan Guru yang kedua iaitu
ceramah mampu membuka mata kami bahawa kerjaya seorang guru
bukannya mudah. Ramai diantara pendidik yang tidak mampu menggalas
tugas guru dengan baik dan ada diantara guru-guru yang mengalami
masalah mental. Jadi penceramah memberi sedikit tips bagaimana
untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi di sekolah. Walaupun guru
akan menghadapi bebanan kerja yang banyak tetapi ganjaran yang
diberikan oleh Tuhan tidak ternilai. Penceramah juga berpesan agar
kami menjadi guru yang baik. Oleh itu, saya dengan berbesar hati
berharap agar penghasilan refleksi mengenai Program Bina Insan Guru
ini akan dapat memberi impak positif yang besar bagi diri saya.
Selain itu, saya akan berusaha dengan lebih tekun dan bersemangat
supaya dapat meningkatkan prestasi dan menjadi guru yang cemerlang
di masa hadapan. Saya juga berharap agar maklumat yang diperolehi
ini dapat memberikan manfaat dan input-input yang berguna kepada
saya di masa akan datang. Program ini diharapkan juga agar dapat
memberi seribu satu pengalaman baru dan manfaat kepada setiap
lapisan masyarakat khususnya kepada diri saya sendiri.Di kesempatan
ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih
yang tidak ternilai kepada mentor saya iaitu Miss Tan Kim Lan
kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya
dan rakan-rakan bagi menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.