PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V5 PISMP AMBILAN JANUARI 2012
IPGKTISK TAMAN RINTING 2,PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BHARU.(18
FEBRUARI 2014)
LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING
Pada 18 Februari 2014 bersamaan dengan hari Selasa, guru-guru
pelatih dari opsyen 5 PISMP TESL 1 dan 4 telah mengadakan lawatan
benchmarking ke Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Masai, Johor.
Lawatan Benchmarking untuk BIG Fasa 5 ini merupakan lawatan yang
menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan.
Program ini menekankan pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan,
iklim dan infrastruktur di sekolah tersebut. Lawatan ini amat
membantu dalam memberi pendedahan kepada kami, bakal guru, tentang
gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta
dapat memberi gambaran awal tentang tugas guru. Sekolah yang telah
kami lawati merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan.
Kebitaraan akademik sekolah ini ialah mata pelajaran Sains manakala
kebitaraan kokurikulumnya pula ialah tenpin boling.
Guru-guru pelatih telah berkumpul di hadapan Jabatan Hal Ehwal
Pelajar sekitar pukul 7.15 pagi pada hari lawatan. Bas IPG telah
membawa kami ke sana. Setelah mengambil kehadiran dan memastikan
cenderamata yang ingin dibawa mencukupi, kami telah menaiki bas dan
bertolak meninggalkan kawasan kampus. Hampir sejam kemudian, kami
telah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2. Kami
telah menerima sambutan mesra daripada Guru Besar sekolah tersebut
iaitu Puan Hajah Norlilawati binti Mohamed yang digelar sebagai
bonda oleh warga SK Taman Rinting 2, Puan Zaiton binti Hassan, GPK
HEM serta Encik Mohamed Fadzil bin Selamat, GPK Kokurikulum.
Suasana sekolah tersebut sungguh ceria dan warga sekolah tersebut
juga amat mesra. Sampai di situ, sesi fotografi bersama Guru Besar,
GPK HEM dan GPK Kokurikulum telah diadakan. Setelah itu, kami telah
menikmati juadah yang disediakan oleh pihak sekolah. Pada jam 10.15
pagi, kami telah berkumpul di dewan sekolah tersebut untuk sesi
pengenalan sekolah tersebut. Guru Besarnya sendiri telah berucap
semasa sesi tersebut. Melalui ucapan beliau, kami mendapat tahu
bahawa pelbagai jenis aktiviti diatur untuk murid-murid sekolah
tersebut yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah ini juga
merupakan rintis dalam program I-Think. Selaras dengan kebitaraan
SK Taman Rinting dalam kokurikulum tenpin boling, sekolah tersebut
juga telah mengubahsuai tapak perhimpunan sebagai tempat untuk
bermain tenpin boling bagi mengalakkan murid-muridnya untuk
bermain. Guru-guru juga dihantar untuk special coaching agar mereka
juga dapat bermain permainan ini.
Selepas ucapan oleh Guru Besar, saudara Shahrol Fahmie, guru
pelatih dari opsyen 5 PISMP TESL 4 telah berucap sebagai wakil
kami. Kemudian, sesi penyampaian cenderamata telah diadakan bagi
mengakhiri sesi tersebut. Setelah itu, kami dibawa oleh Encik
Mohamed Fadzil untuk melihat sekitar kawasan sekolah. Walaupun
sekolahnya agak kecil, fasiliti-fasiliti yang terdapat di sekolah
dapat menampung keperluan 606 orang murid. Sekolah tersebut juga
mempunyai kelas Pendidikan Khas khususnya Masalah Pembelajaran.
Memandangkan sekolah tersebut mempunyai kawasan yang tersedia untuk
bermain tenpin boling, kami tidak melepaskan peluang untuk
mencubanya setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar. Pada
pukul 12.30 tengah hari, kami telah dijemput untuk menikmati
hidangan tengah hari yang telah disediakan di kantin sekolah.
Selepas bersalam-salaman dengan Guru Besar dan GPK HEM, kami telah
menaiki bas untuk bergerak pulang ke kampus. Kami telah tiba di
kampus pada pukul 2.00 petang.
ISU / MASALAH (jika ada)Lawatan ini telah berjalan dengan lancar
dan tiada sebarang gangguan atau masalah yang berlaku.
ANALISIS SWOTI.KEKUATANGuru pelatih dapat mengetahui serba
sedikit mengenai sistem pentadbiran sekolah dan mendalami
pengurusan sesebuah sekolah secara lebih efektif dan terancang.Guru
pelatih dapat menjana idea tentang pelbagai jenis aktiviti yang
boleh dirancang untuk murid-murid.
II.KELEMAHANTidak berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada
Guru Besar semasa beliau sedang berucap.Tidak ada kesempatan untuk
bertemu dengan Guru Panel Bahasa Inggeris dan juga
murid-murid.Tidak ada sesi soal jawab antara guru pelatih dan Guru
Besar semasa beliau berucap.
III.PELUANGBerpeluang untuk melawat sekolah kluster
kecemerlangan dan mengetahui pengurusan dan pentadbiran sekolah
tersebut.Memberi pendedahan tentang ciri-ciri kepimpinan,
pengurusan dan pentadbiran, iklim serta infrastruktur sebuah
sekolah kluster.
IV.ANCAMANLawatan ini tidak memberikan sebarang ancaman yang
berbahaya kepada guru pelatih.
Tandatangan Pelapor:____________________________(MUHAMAD HAZIQ
BIN MOHD NOR)LAPORAN JAWATANKUASA
JAWATANKUASA DISIPLINPelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah
berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia
dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan
role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan
diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat
mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara
berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan
akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dalam arus globalisasi.Pada semester ini, kami
dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras
atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang
wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Oleh itu, kami memilih untuk
mengaadakan Lawatan Penanda Aras di sekolah SK Taman Rinting 2 di
Pasir Gudang. Semasa program ini, terdapat beberapa masalah yang
timbul berkaitan dengan disiplin kami. Antaranya ialah, sebilangan
guru pelatih datang sedikit lambat ke tempat berkumpul sebelum
menaiki bas ke sekolah. Antara punca mereka datang lambat ialah ada
diantara mereka yang bangun lambat, berjumpa dengan pensyarah dan
ada yang kembali ke bilik walaupun sudah sampai ke tempat
berkumpul. Ini menyebabkan pemandu terpaksa menunggu mereka untuk
sampai kesemuanya dan terdapat sedikit kelewatan untuk sampai ke
destinasi kami. Hal ini secara tidak langsung akan memburukkan
reputasi pelajar IPGKTI dan mereka mungkin tidak mahu menerima
kedatangan kami lagi.Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kekuatan
yang boleh kami lihat dari sudut disiplin para pelajar semasa
melakukan Lawatan Penanda Aras ini. Antaranya ialah, semua pelajar
berpakaian dengan begitu kemas dan mengikut kod pemakaian yang
telah dipersetujui. Ini penting bagi menonjolkan diri pelajar
daripada IPGKTI merupakan pelajar-pelajar yang berdisiplin, kemas
dan bergaya dan menambahkan keyakinan masyarakat umum terhadap
graduan IPGKTI. Selain daripada itu, para peljar juga menunjukkan
disiplin yang baik semasa berada di sekolah. Setiap pelajar
senantiasa melakukan lawatan di sekitar sekolah bagi menmbahkan
pengalaman dan tidak ada seorangpun yang mencuri tulang. Tedapat
juga beberapa kelemahan di dalam program Lawatan Penanda Aras ini.
Antaranya ialah semasa Guru Besar SK Taman Rinting 2 sedang
menerangkan mengenai sekolah beliau, terdapat segelintir pelajar
yang sibuk bermain dengan telefon bimbit dan tidak menghiraukan
syarahan beliau. Hal ini dapat menyumbangkan kepada persepksi
negatif daripada beliau dan beliau mungkin tidak mahu menerima
kedatangan kami lagi.Selain itu, terdapat banyak peluang yang kami
ambil semasa mengadak program ini, antaranya ialah kami dapat
melihat suasana sebenar sekolah dan yang lebih penting iaitu etika
pemakaian seorang guru. Ini penting bagi kami untuk mendapatkan
disiplin yang terbaik. Tanpa disiplin, seorang guru tidak mungkin
dapat menunjukkan teladan yang baik kepada anak muridnya. Bagi
ancaman pula, kami guru pelatih pergi ke sana seramai 47 orang.
Walaubagaimanapun, bas yang kami naiki hanya mempunyai tempat duduk
sebanyak 40 kerusi. Terdapat beberapa orang pelajar terpaksa
berkongsi tempat duduk, ada yang duduk di lantai, dan ada yang
berdiri. Ini mendatangkan risiko yang sangat besar kerana mereka
mungkin cedera dan amat mebahayakan diri mereka sendiri.Cadangan
penambahbaikkan yang kami dapat cadangkan ialah diharapkan pada
masa akan datang program sebegini dapat dijalankan dengan
memperuntukkkan masa yang agak panjang supaya segala aktiviti yang
dirancangkan dapat dilaksanakan secara teratur dan lebih berkesan
kepada peserta.JAWATANKUASA CENDERAHATISebagai Ahli Jawatankuasa
bahagian cenderahati program, saya Janet Joan Joseph dan beberapa
ahli jawatankuasa yang lain membuat perancangan yang spesifik
sebelum membuat keputusan cenderahati apa yang sesuai. Kami telah
mengadakan mesyuarat tergempar bersama ahli ahli jawatankuasa Bina
Insan Guru. Kami telah pun mengemukakan beberapa cadangan
berhubungkait dengan cenderahati yang perlu diberikan kepada
sekolah dan akhirnya pihak kami telah bersetuju untuk memohon
daripada pihak IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Penyediaan
cenderahati turut mengambil kira daripada segi kos dan tempoh waktu
yang singkat.Setelah menghadiri mesyuarat susulan selepas
pelaksanaan perlantikan jawatankuasa program, saya dan beberapa AJK
cenderahati yang lain berbincang bersama-sama mengenai bentuk
cenderahati yang perlu kami sediakan serta bersesuaian dengan
program, bilangannya, dan yang paling utama adalah sasaran orang
yang bakal menerima cenderahati berkenaan.Kami mengucapkan terima
kasih kepada pihak IPG Kampus Temenggong Ibrahim kerana telah
menyediakan beberapa buah cenderahati seperti pennant, beg kertas,
buku catatan, key chain dan pen IPGKTI. Selain itu, kami turut
menghadiahkan pihak sekolah dengan jambangan bunga yang cantik
serta bingkai gambar bermotifkan ayat-ayat al-quran.Secara
tuntasnya, pihak kami sangat berpuas hati dengan layanan yang
diberikan oleh pihak sekolah. Mereka sangat berterima kasih di atas
kesudian kami untuk membuat program di sekolah tersebut. Hal-hal
berkaitan dengan cenderahati dapat diselesaikan dengan sempurna
tanpa sebarang masalah. Ini adalah disebabkan oleh kerjasama yang
baik daripada semua pihak.JAWATANKUASA PENGANGKUTANPengangkutan
adalah salah satu jawatankuasa yang penting dalam program Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 4 ini. Jawatankuasa seramai dua orang sahaja
dibentuk bagi melancarkan pergerakan para peserta dan peralatan
program BIG ini.Sebelum program BIG ini dijalankan, beberapa
persiapan awal telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengangkutan, iaitu
mengisi Borang Permohonan Penggunaan Kenderaan (bas dan van) untuk
kelulusan Pengurus pengangkutan dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim
ke Sekolah Kebangsaan Kluster Kecemerlangan Bandar Rinting 2, Pasir
Gudang pada 18 Februari 2014.Setelah borang permohonan diluluskan,
program ini menerima sebuah bas dan sebuah van untuk tujuan
mengangkut peserta dan peralatan-peralatan. Pada 18 Februari 2014,
bas telah bersedia seawal jam 7.45 pagi, dan kami telah bergerak
dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim pada pukul 8.00 pagi.Isu atau
kesulitan berlaku apabila pemandu bas berkata bahawa beliau akan
membawa penumpang ke destinasi yang berlainan dengan destinasi
kami. Hal ini membuatkan pergerakan kami menjadi sedikit lewat.
Syukur kerana setelah berbincang dengan pengurus
pengangkutan,terdapat salah faham yang berlaku mengenai destinasi
yang perlu dituju pada hari tersebut.Kekuatan yang boleh dikesan
ialah kecekapan setiap ajk pengangkutan dalam melaksanakan tugas
masing-masing. Setelah menghantar surat permohonan, kami membuat
semak semula bersama dengan pengurus pengangkutan agar semua
berjalan lancar. Di samping itu juga, wakil ajk pengangkutan
membuat pengesahan terakhir bersama pengurus pengangkutan sehari
sebelum program BIG ini dilaksanakan. Beberapa kelemahan dapat
dikesan antaranya kekurangan tempat duduk bagi guru pelatih. Hal
ini adalah kerana bas tersebut hanya mampu memuatkan 40 penumpang.
Ini juga akan menyebabkan risiko keselamatan terhadap para guru
pelatih.Program BIG siri ke 5 ini memberi banyak manfaat kepada
semua guru pelatih dalam meluaskan pemikiran mereka dalam sesebuah
institusi persekolahan. Melalui kerjasama dan komitmen yang
diberikan oleh setiap warga sekolah, ia bukanlah menjadi suatu
perkara yang mustahil untuk melahirkan sekolah kluster
kecemerlangan di masa akan datang. Penambahbaikan yang perlu dibuat
ialah melaksanakan sebuah sistem yang lebih sistematik bagi
mengelakkan kesulitan tersebut berulang lagi. Sebagai contoh,
Pengurus pengangkutan boleh menyediakan sebuah papan kenyataan
mengenai destinasi yang akan dituju oleh bas pada hari tersebut.
Selain itu, komunikasi di antara ajk pengangkutan dengan pemandu
bas serta pengurus pengangkutan haruslah berkesan dan efektif untuk
mengelakkan perkara sama berulang.Secara keseluruhannya, hal-hal
berkaitan dengan pengangkutan dapat diselesaikan dengan baik dan
sempurna, di mana ia merangkumi aspek pengangkutan peserta dan
peralatan-peralatan yang dibawa. Pengangkutan berjalan dengan
lancar, tanpa sebarang kemalangan mahupun halangan.
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN DAN SERANTAUPada 18 Febuari 2014 yang
lalu, kami telah menjalankan program bina Insan Guru fasa VI iaitu
lawatan benchmarking ke SK Taman Rinting 2 di Pasir Gudang. Selaku
jawatankuasa perhubungan dan serantau, antara tugas yang telah
dilaksanakan ialah menempah kenderaan pengangkutan dan juga
berhubung dengan pensyarah-pensyarah yang terlibat mengenai
tentatif perjalanan program ini. Selain itu, saya juga turut
berhubung dengan guru besar untuk memaklumkan kepada mereka
mengenai perjalanan program kami di sana bagi memastikan guru dan
murid-murid bersedia untuk menyambut kami di sana.Sepanjang program
berjalan, saya sentiasa melaporkan setiap aktiviti yang
dilaksanakan kepada setiap pensyarah yang terlibat dapat memantau
program dan aktiviti tersebut. Sesungguhnya program ini telah
mengajar saya mengenai cara untuk berkomunikasi dan menyampaikan
maklumat kepada orang lain dengan lebih berkesan dan sistematik
bagi memastikan setiap aktiviti dan program yang telah dirancang
akan berjalan dengan lebih lancar dan tersusun.JAWATANKUASA
KEBAJIKAN DAN KESELAMATANPada semester lima Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) kami dikehendaki menjalani program Bina
Insan Guru (BIG) bagi fasa dua. Bagi program kali ini, kami
dikehendaki untuk menjalani program BIG di Sekolah Kebangsaan Taman
Rinting 2. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel
dan Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah
sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih
PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa
5.Semasa program ini, tidak terdapat masalah yang timbul berkaitan
dengan keselamatan kami. Guru pelatih datang berkumpul di tempat
berkumpul sebelum menaiki bas ke sekolah. Ini telah membuatkan
keselamatan lebih terjamin kerana berkumpul dalam satu kumpulan.
Selain itu, program ini dijalankan di sekolah sahaja maka tidak ada
ancaman kesalamatan yang kami lalui sepanjang lawatan dijalankan.
Sekolah tersebut juga merupakan sebuah sekolah cluster dan sekolah
tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang memberansangkan. Hal
ini telah membuatkan lawatan penanda aras kami berjalan dengan
lancer dan tiada sebarang masalah dari aspek keselamatan.Selain
itu, kami juga telah dibawa menggunakan bas untuk pergi ke sekolah
tersebut. Oleh itu, keselamatan lebih terjamin kerana pengankutan
seperti bas merupakan pengangkutan yang selamat dan mempunyai ruang
yang besar untuk menjamin keselesaan semua pelajar. Sebuah van juga
telah disediakan untuk membawa segelintir pelajar ke sekolah dan
ini membuatkan rombongan kami mengalami tiada masalah dari segi
keselamatan dalam pengangkutan.Keselamatan sepanjang lawatan boleh
ditingkatkan dengan memastikan segala peralatan keselamatan
disediakan untuk masa hadapan. Hal ini penting kerana kemalangan
boleh berlaku bilabila masa dan peralatan tersebut diperlukan
sekiranya berlaku kemalangan. Kita harus bersedia pada masa hadapan
kerana sememangnya malang tidak berbau.Dari aspek kebajikan pula,
tiada masalah yang kami hadapi memandangkan segala-segalanya telah
disediakan dengan baik oleh pihak maktab dan juga pihak sekolah.
Dari aspek makanan, guru-guru pelatih telah disediakan makanan dari
pihak sekolah. Sepanjang lawatan dijalankan, sekolah juga
membekalkan servis yang baik kepada semua guru pelatih sekaligus
membuatkan saya berasa sangat berpuas hati menjalankan lawatan ke
SK Taman Rinting 2.Selain dari itu, pihak maktab juga telah
menjalankan tugas yang baik sepanjang lawatan. Kenderaan pergi dan
balik ke maktab disediakan oleh maktab.Ini telah memudahkan proses
perjalanan pelajar ke sekolah yang hendak dilawat. Selain itu,
pihak maktab turut membekalkan makanan kepada guru- guru pelatih
sekaligus memberi jaminan bahawa tiada masalah dari aspek kebajikan
sepanjang lawatan.Aspek kebajikan sepanjang lawatan boleh
ditingkatkan lagi dengan memastikan kenderaan yang mencukupi
disediakan untuk pelajar. Hal ini kerana terdapat pelajar yang
tidak mendapat tempat duduk dalam bas kerana tiada van disediakan
semasa kembali ke maktab dari sekolah tersebut. Sekiranya aspek ini
boleh ditingkatkan, nescaya BIG yang akan datang pastinya akan
menjadi lebih istimewa dan lancar.
JAWATANKUASA MAKANANProgram Bina Insan Guru pada kali ini
diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 yang terletak di
Pasir Gudang, Johor Bahru. Program ini melibatkan dua buah kelas
iaitu 5 PISMP TESL 1 dan 5 PISMP TESL 4. Sekolah ini merupakan
sekolah kluster kecemerlangan yang hebat, sekolah ini juga di dalam
usaha untuk mendapatkan pengiktirafan "Sekolah Berprestasi Tinggi".
Untuk program pada kali ini, saya telahpun ditugaskan untuk
mengepalai jawatankuasa penyediaan makanan bagi para peserta Bina
Insan Guru. Pada awalnya, saya telahpun menyediakan rangka kerja
penyediaan makanan bagi kedua-dua buah kelas. Saya telahpun
berbincang dengan ketua program bagi kedua-dua buah kelas bagi
melicinkan perjalanan penyediaan makanan. Kami telahpun bersetuju
untuk mengutip sejumlah bayaran. Pakej makanan yang disediakan
adalah untuk sarapan pagi dan juga makanan. tengah hari. Untuk
sarapan pagi, saya telahpun berbincang dengan ketua program dan
kami bersetuju untuk menyediakan roti sandwich beserta air kotak,
manakala bagi makanan tengah hari menu nasi campur dan juga air
mineral.Namun demikian, kesemua perancangan tersebut terpaksa
dibatalkan. Berdasarkan maklumat yang saya terima, pihak sekolah
dengan berbesar hatinya telahpun menawarkan diri untuk menyediakan
sarapan pagi dan juga makan tengah hari. Untuk itu, saya merancang
bagi mengalas perut kami semua sebelum memulakan perjalanan, roti
dan juga air kotak telahpun dibekalkan kepada pelajar. Setelah tiba
di sekolah, mereka telahpun mempelawa kami untuk menikmati sarapan
di kantin sekolah. Kami semua berasa sangat gembira kerana dapat
menikmati menu buffet nasi lemak yang disediakan.. Makan tersebut
sangat lazat kerana kami boleh mengambil seberapa banyak makanan
yang kami mahu seperti ikan bilis yang banyak, ayam goreng dan
pelbagai lagi. Jiwa kami berasa sangat tenang setelah menikmati
hidangan lazat dari pihak sekolah.Bagi makanan tengah hari, menu
nasi campur menjadi juadah kami. Pelbagai makanan disediakan
seperti ikan kembung goreng, sayur-sayuran, ayam goreng, ikan masak
asam pedas beserta teh o ais yang jumlahnya terlalu banyak jika
mahu dibandingkan dengan jumlah kami.Secara keseluruhannya, makanan
yang disediakan sangat lazat dari pihak sekolah sangat memuaskan
hati kami semua. Kami sangat berterima kasih dengan pihak sekolah
kerana telahpun bermurah hati untuk menaja makanan kami. Sekian
terima kasih.JAWATANKUASA PERALATANJawatankuasa peralatan Program
Bina Insan Guru (BIG) yang terdiri daripada Muhammad Abdul Muiz Bin
Abd Rahman (Ketua) telah memulakan tugas untuk membuat survey
senarai alatan daripada ketua-ketua JK yang lain. Persiapan ini
dimulakan sedikit lewat disebabkan oleh prosedur peminjaman yang
perlu dipatuhi.kami telah membuat peminjaman dan pengambilan alatan
daripada rakan-rakan kami sendiri dek kerana rakan-rakan kami
sendiri mempunyai peralatan yang mencukupi . Alatan yang dipinjam
dan diambil merupakan alatan untuk menjayakan akiviti dalam program
yang akan dilaksanakan. Kami telah meminjam beberapa biji kamera
DSLR daripada rakan-rakan yang mempunyai alatan tersebut. Aktiviti
BIG pada kali ini adalah lawatan dan lawatan ini tidak memerlukan
peralatan yang banyak. Setiap pelajar hanya membawa buku nota dan
pen sendiri bagi mencatat sebarang nota. Hanya beberapa orang
sahaja yang menggunakan kamera DSLR. Oleh itu, kami hanya meminjam
kamera DSLR daripada rakan-rakan kami sahaja.Setelah selesai
program BIG ini, kami telah memulangkan semula alatan-alatan yang
dipinjam kepada rakan-rakan yang berkenaan. Alhamdulillah, tugas
kami telah selesai dengan jayanya.
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VLAWATAN BENCHMARKINGSK TAMAN
RINTING 2,PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BAHRU.18 FEBRUARI 2014.
PENUTUP
Kesimpulannya, program Bina Insan Guru Fasa 5 berjaya
dilaksanakan hasil daripada pengorbanan semua pihak termasuk
persediaan sebelum program dan pelaksaan semasa program
berlangsung.Semoga setiap pelajar dapat menghayati dengan mendalam
terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dapat mengukuhkan
keperibadian serta sahsiah yang terpuji di samping memiliki etika
keguruan dalam diri setiap bakal guru.Hal ini selaras dengan hasrat
negara bagi melahirkan guru yang berperibadi mulia.Pelajar juga
seharusnya sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan menyumbang bakti
kepada nusa, bangsa dan negara tercinta.Selain itu, program ini
diharapkan dapat membina jasmani dan fizikal pelajar supaya lebih
bersedia dan bertenaga dalam melakukan sesuatu kerja serta dapat
memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pelajar juga akan dapat membina intelek mereka ke arah pemikiran
yang kreatif, inovatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu
perkara.Tambahan pula, aktiviti yang dijalankan tidak terlalu padat
dan terdapat kelonggaran sepanjang menjalankan program ini.
Walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana dapat menjayakan program
ini walaupun sibuk dengan tugasan lain.Tetapi, kesungguhan yang
ditunjukkan oleh guru pelatih dapat dilihat apabila mereka
bersemangat mencatat nota dan mendengar ceramah dari Guru Besar
sekolah tersebut selain melihat infrastruktur dan keunikan di
sekitar sekolah.Akhir kata, semoga program khidmat masyarakat Bina
Insan Guru seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana
memberi banyak pengalaman dan manfaat yang berguna kepada
pelajar.
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VLAWATAN BENCHMARKINGSK TAMAN
RINTING 2,PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BAHRU.18 FEBRUARI 2014
LAMPIRAN
Setibanya siswi guru tiba di perkarangan sekolah
Setibanya siswa guru tiba di perkarangan sekolah
Para siswa dan siswi guru bergambar bersama komuniti sekolah
Guru Besar Sekolah SK Taman Rinting 2 memberi ucapan
Berpeluang bermain replica tenpin boling
Replika tenpin boling di dataran kejat sekolah
Bilik mesyuarat sekolah SK Taman Rinting 2
Sistem Dokumentasi SK Taman Rinting 2 yang tersusun rapid dan
teratur
Kanak - kanak pendidikan khas sedang menjalani pembelajaran yang
menarik
Alat Bantu Mengajar buat para guru yang ditempatkan di Bilik
Khas