-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
1/18
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V
5 PISMP AMBILAN JANUARI 2012 IPGKTI
SK TAMAN RINTING 2,
PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BHARU.
(18 FEBRUARI 2014)
LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING
Pada 18 Februari 2014 bersamaan dengan hari Selasa, guru-guru
pelatih dari
opsyen 5 PISMP TESL 1 dan 4 telah mengadakan lawatan
benchmarking ke
Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Masai, Johor. Lawatan
Benchmarking untuk
BIG Fasa 5 ini merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah
cemerlang
dan juga sekolah harapan. Program ini menekankan pemerhatian
terhadap
kepimpinan, pengurusan, iklim dan infrastruktur di sekolah
tersebut. Lawatan ini
amat membantu dalam memberi pendedahan kepada kami, bakal guru,
tentang
gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta
dapat memberi
gambaran awal tentang tugas guru. Sekolah yang telah kami lawati
merupakan
sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Kebitaraan akademik
sekolah ini ialah mata
pelajaran Sains manakala kebitaraan kokurikulumnya pula ialah
tenpin boling.
Guru-guru pelatih telah berkumpul di hadapan Jabatan Hal Ehwal
Pelajar sekitar
pukul 7.15 pagi pada hari lawatan. Bas IPG telah membawa kami ke
sana. Setelah
mengambil kehadiran dan memastikan cenderamata yang ingin dibawa
mencukupi,
kami telah menaiki bas dan bertolak meninggalkan kawasan kampus.
Hampir sejam
kemudian, kami telah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan
Taman Rinting 2.
Kami telah menerima sambutan mesra daripada Guru Besar sekolah
tersebut iaitu
Puan Hajah Norlilawati binti Mohamed yang digelar sebagai bonda
oleh warga SK
Taman Rinting 2, Puan Zaiton binti Hassan, GPK HEM serta Encik
Mohamed Fadzil
bin Selamat, GPK Kokurikulum. Suasana sekolah tersebut sungguh
ceria dan warga
sekolah tersebut juga amat mesra. Sampai di situ, sesi fotografi
bersama Guru
Besar, GPK HEM dan GPK Kokurikulum telah diadakan. Setelah itu,
kami telah
menikmati juadah yang disediakan oleh pihak sekolah. Pada jam
10.15 pagi, kami
telah berkumpul di dewan sekolah tersebut untuk sesi pengenalan
sekolah tersebut.
Guru Besarnya sendiri telah berucap semasa sesi tersebut.
Melalui ucapan beliau,
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
2/18
kami mendapat tahu bahawa pelbagai jenis aktiviti diatur untuk
murid-murid sekolah
tersebut yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah ini juga
merupakan rintis
dalam program I-Think. Selaras dengan kebitaraan SK Taman
Rinting dalam
kokurikulum tenpin boling, sekolah tersebut juga telah
mengubahsuai tapak
perhimpunan sebagai tempat untuk bermain tenpin boling bagi
mengalakkan murid-
muridnya untuk bermain. Guru-guru juga dihantar untuk special
coaching agar
mereka juga dapat bermain permainan ini.
Selepas ucapan oleh Guru Besar, saudara Shahrol Fahmie, guru
pelatih dari opsyen
5 PISMP TESL 4 telah berucap sebagai wakil kami. Kemudian, sesi
penyampaian
cenderamata telah diadakan bagi mengakhiri sesi tersebut.
Setelah itu, kami dibawa
oleh Encik Mohamed Fadzil untuk melihat sekitar kawasan sekolah.
Walaupun
sekolahnya agak kecil, fasiliti-fasiliti yang terdapat di
sekolah dapat menampung
keperluan 606 orang murid. Sekolah tersebut juga mempunyai kelas
Pendidikan
Khas khususnya Masalah Pembelajaran. Memandangkan sekolah
tersebut
mempunyai kawasan yang tersedia untuk bermain tenpin boling,
kami tidak
melepaskan peluang untuk mencubanya setelah mendapat kebenaran
daripada
Guru Besar. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami telah dijemput
untuk menikmati
hidangan tengah hari yang telah disediakan di kantin sekolah.
Selepas bersalam-
salaman dengan Guru Besar dan GPK HEM, kami telah menaiki bas
untuk bergerak
pulang ke kampus. Kami telah tiba di kampus pada pukul 2.00
petang.
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
3/18
ISU / MASALAH (jika ada)
Lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang
gangguan atau
masalah yang berlaku.
ANALISIS SWOT
I. KEKUATAN
Guru pelatih dapat mengetahui serba sedikit mengenai sistem
pentadbiran
sekolah dan mendalami pengurusan sesebuah sekolah
secara lebih efektif dan terancang.
Guru pelatih dapat menjana idea tentang pelbagai jenis aktiviti
yang boleh
dirancang untuk murid-murid.
II. KELEMAHAN
Tidak berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada Guru Besar
semasa
beliau sedang berucap.
Tidak ada kesempatan untuk bertemu dengan Guru Panel Bahasa
Inggeris
dan juga murid-murid.
Tidak ada sesi soal jawab antara guru pelatih dan Guru Besar
semasa beliau
berucap.
III. PELUANG
Berpeluang untuk melawat sekolah kluster kecemerlangan dan
mengetahui
pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut.
Memberi pendedahan tentang ciri-ciri kepimpinan, pengurusan
dan
pentadbiran, iklim serta infrastruktur sebuah sekolah
kluster.
IV. ANCAMAN
Lawatan ini tidak memberikan sebarang ancaman yang berbahaya
kepada
guru pelatih.
Tandatangan Pelapor:
____________________________
(FARAH NADIA BINTI ISMAIL)
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
4/18
LAPORAN JAWATANKUASA
JAWATANKUASA DISIPLIN
Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi,
pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru
guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani
cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat
mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke
arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program
ini diharap dapat
melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa
professional
yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu
menangani pelbagai
cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan
Program Lawatan
Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan
tugasan
yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah
Program Bina Insan
Guru (BIG) Fasa 5. Oleh itu, kami memilih untuk mengaadakan
Lawatan Penanda
Aras di sekolah SK Taman Rinting 2 di Pasir Gudang.
Semasa program ini, terdapat beberapa masalah yang timbul
berkaitan dengan
disiplin kami. Antaranya ialah, sebilangan guru pelatih datang
sedikit lambat ke
tempat berkumpul sebelum menaiki bas ke sekolah. Antara punca
mereka datang
lambat ialah ada diantara mereka yang bangun lambat, berjumpa
dengan pensyarah
dan ada yang kembali ke bilik walaupun sudah sampai ke tempat
berkumpul. Ini
menyebabkan pemandu terpaksa menunggu mereka untuk sampai
kesemuanya dan
terdapat sedikit kelewatan untuk sampai ke destinasi kami. Hal
ini secara tidak
langsung akan memburukkan reputasi pelajar IPGKTI dan mereka
mungkin tidak
mahu menerima kedatangan kami lagi.
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kekuatan yang boleh kami
lihat dari sudut
disiplin para pelajar semasa melakukan Lawatan Penanda Aras ini.
Antaranya ialah,
semua pelajar berpakaian dengan begitu kemas dan mengikut kod
pemakaian yang
telah dipersetujui. Ini penting bagi menonjolkan diri pelajar
daripada IPGKTI
merupakan pelajar-pelajar yang berdisiplin, kemas dan bergaya
dan menambahkan
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
5/18
keyakinan masyarakat umum terhadap graduan IPGKTI. Selain
daripada itu, para
peljar juga menunjukkan disiplin yang baik semasa berada di
sekolah. Setiap pelajar
senantiasa melakukan lawatan di sekitar sekolah bagi menmbahkan
pengalaman
dan tidak ada seorangpun yang mencuri tulang.
Tedapat juga beberapa kelemahan di dalam program Lawatan Penanda
Aras ini.
Antaranya ialah semasa Guru Besar SK Taman Rinting 2 sedang
menerangkan
mengenai sekolah beliau, terdapat segelintir pelajar yang sibuk
bermain dengan
telefon bimbit dan tidak menghiraukan syarahan beliau. Hal ini
dapat
menyumbangkan kepada persepksi negatif daripada beliau dan
beliau mungkin tidak
mahu menerima kedatangan kami lagi.
Selain itu, terdapat banyak peluang yang kami ambil semasa
mengadak program ini,
antaranya ialah kami dapat melihat suasana sebenar sekolah dan
yang lebih penting
iaitu etika pemakaian seorang guru. Ini penting bagi kami untuk
mendapatkan
disiplin yang terbaik. Tanpa disiplin, seorang guru tidak
mungkin dapat menunjukkan
teladan yang baik kepada anak muridnya.
Bagi ancaman pula, kami guru pelatih pergi ke sana seramai 47
orang.
Walaubagaimanapun, bas yang kami naiki hanya mempunyai tempat
duduksebanyak 40 kerusi. Terdapat beberapa orang pelajar terpaksa
berkongsi tempat
duduk, ada yang duduk di lantai, dan ada yang berdiri. Ini
mendatangkan risiko yang
sangat besar kerana mereka mungkin cedera dan amat mebahayakan
diri mereka
sendiri.
Cadangan penambahbaikkan yang kami dapat cadangkan ialah
diharapkan pada
masa akan datang program sebegini dapat dijalankan dengan
memperuntukkkan
masa yang agak panjang supaya segala aktiviti yang dirancangkan
dapat
dilaksanakan secara teratur dan lebih berkesan kepada
peserta.
JAWATANKUASA CENDERAHATI
Sebagai Ahli Jawatankuasa bahagian cenderahati program, saya
Janet Joan Joseph
dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain membuat perancangan
yang spesifik
sebelum membuat keputusan cenderahati apa yang sesuai. Kami
telah mengadakan
mesyuarat tergempar bersama ahliahli jawatankuasa Bina Insan
Guru. Kami telah
pun mengemukakan beberapa cadangan berhubungkait dengan
cenderahati yang
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
6/18
perlu diberikan kepada sekolah dan akhirnya pihak kami telah
bersetuju untuk
memohon daripada pihak IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
Penyediaan
cenderahati turut mengambil kira daripada segi kos dan tempoh
waktu yang singkat.
Setelah menghadiri mesyuarat susulan selepas pelaksanaan
perlantikan
jawatankuasa program, saya dan beberapa AJK cenderahati yang
lain berbincang
bersama-sama mengenai bentuk cenderahati yang perlu kami
sediakan serta
bersesuaian dengan program, bilangannya, dan yang paling utama
adalah sasaran
orang yang bakal menerima cenderahati berkenaan.
Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak IPG Kampus Temenggong
Ibrahim
kerana telah menyediakan beberapa buah cenderahati seperti
pennant, beg kertas,
buku catatan, key chain dan pen IPGKTI. Selain itu, kami turut
menghadiahkan
pihak sekolah dengan jambangan bunga yang cantik serta bingkai
gambar
bermotifkan ayat-ayat al-quran.
Secara tuntasnya, pihak kami sangat berpuas hati dengan layanan
yang diberikan
oleh pihak sekolah. Mereka sangat berterima kasih di atas
kesudian kami untuk
membuat program di sekolah tersebut. Hal-hal berkaitan dengan
cenderahati dapat
diselesaikan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Ini adalah
disebabkan olehkerjasama yang baik daripada semua
pihak.JAWATANKUASA PENGANGKUTAN
Pengangkutan adalah salah satu jawatankuasa yang penting dalam
program Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 4 ini. Jawatankuasa seramai dua orang
sahaja dibentuk bagi
melancarkan pergerakan para peserta dan peralatan program BIG
ini.
Sebelum program BIG ini dijalankan, beberapa persiapan awal
telah dibuat oleh
Jawatankuasa Pengangkutan, iaitu mengisi Borang Permohonan
Penggunaan
Kenderaan (bas dan van) untuk kelulusan Pengurus pengangkutan
dari IPG Kampus
Temenggong Ibrahim ke Sekolah Kebangsaan Kluster Kecemerlangan
Bandar
Rinting 2, Pasir Gudang pada 18 Februari 2014. Setelah borang
permohonan
diluluskan, program ini menerima sebuah bas dan sebuah van untuk
tujuan
mengangkut peserta dan peralatan-peralatan. Pada 18 Februari
2014, bas telah
bersedia seawal jam 7.45 pagi, dan kami telah bergerak dari IPG
Kampus
Temenggong Ibrahim pada pukul 8.00 pagi.
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
7/18
Isu atau kesulitan berlaku apabila pemandu bas berkata bahawa
beliau akan
membawa penumpang ke destinasi yang berlainan dengan destinasi
kami. Hal ini
membuatkan pergerakan kami menjadi sedikit lewat. Syukur kerana
setelah
berbincang dengan pengurus pengangkutan,terdapat salah faham
yang berlaku
mengenai destinasi yang perlu dituju pada hari tersebut.
Kekuatan yang boleh dikesan ialah kecekapan setiap ajk
pengangkutan dalam
melaksanakan tugas masing-masing. Setelah menghantar surat
permohonan, kami
membuat semak semula bersama dengan pengurus pengangkutan agar
semua
berjalan lancar. Di samping itu juga, wakil ajk pengangkutan
membuat pengesahan
terakhir bersama pengurus pengangkutan sehari sebelum program
BIG ini
dilaksanakan. Beberapa kelemahan dapat dikesan antaranya
kekurangan tempat
duduk bagi guru pelatih. Hal ini adalah kerana bas tersebut
hanya mampu
memuatkan 40 penumpang. Ini juga akan menyebabkan risiko
keselamatan
terhadap para guru pelatih.
Program BIG siri ke 5 ini memberi banyak manfaat kepada semua
guru pelatih
dalam meluaskan pemikiran mereka dalam sesebuah institusi
persekolahan. Melalui
kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh setiap warga sekolah,
ia bukanlah
menjadi suatu perkara yang mustahil untuk melahirkan sekolah
kluster
kecemerlangan di masa akan datang. Penambahbaikan yang perlu
dibuat ialah
melaksanakan sebuah sistem yang lebih sistematik bagi
mengelakkan kesulitan
tersebut berulang lagi. Sebagai contoh, Pengurus pengangkutan
boleh menyediakan
sebuah papan kenyataan mengenai destinasi yang akan dituju oleh
bas pada hari
tersebut. Selain itu, komunikasi di antara ajk pengangkutan
dengan pemandu bas
serta pengurus pengangkutan haruslah berkesan dan efektif untuk
mengelakkan
perkara sama berulang.
Secara keseluruhannya, hal-hal berkaitan dengan pengangkutan
dapat diselesaikan
dengan baik dan sempurna, di mana ia merangkumi aspek
pengangkutan peserta
dan peralatan-peralatan yang dibawa. Pengangkutan berjalan
dengan lancar, tanpa
sebarang kemalangan mahupun halangan.
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
8/18
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN DAN SERANTAU
Pada 18 Febuari 2014 yang lalu, kami telah menjalankan program
bina Insan Guru
fasa VI iaitu lawatan benchmarking ke SK Taman Rinting 2 di
Pasir Gudang. Selaku
jawatankuasa perhubungan dan serantau, antara tugas yang telah
dilaksanakan
ialah menempah kenderaan pengangkutan dan juga berhubung dengan
pensyarah-
pensyarah yang terlibat mengenai tentatif perjalanan program
ini.
Selain itu, saya juga turut berhubung dengan guru besar untuk
memaklumkan
kepada mereka mengenai perjalanan program kami di sana bagi
memastikan guru
dan murid-murid bersedia untuk menyambut kami di sana.
Sepanjang program berjalan, saya sentiasa melaporkan setiap
aktiviti yang
dilaksanakan kepada setiap pensyarah yang terlibat dapat
memantau program dan
aktiviti tersebut. Sesungguhnya program ini telah mengajar saya
mengenai cara
untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada orang lain
dengan lebih
berkesan dan sistematik bagi memastikan setiap aktiviti dan
program yang telah
dirancang akan berjalan dengan lebih lancar dan tersusun.
JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
Pada semester lima Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
kami
dikehendaki menjalani program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa
dua. Bagi program
kali ini, kami dikehendaki untuk menjalani program BIG di
Sekolah Kebangsaan
Taman Rinting 2. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat
satu bengkel dan
Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah
yang
merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP
Semester 5 di bawah
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5.
Semasa program ini, tidak terdapat masalah yang timbul berkaitan
dengan
keselamatan kami. Guru pelatih datang berkumpul di tempat
berkumpul sebelum
menaiki bas ke sekolah. Ini telah membuatkan keselamatan lebih
terjamin kerana
berkumpul dalam satu kumpulan. Selain itu, program ini
dijalankan di sekolah sahaja
maka tidak ada ancaman kesalamatan yang kami lalui sepanjang
lawatan
dijalankan. Sekolah tersebut juga merupakan sebuah sekolah
cluster dan sekolah
tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang memberansangkan.
Hal ini telah
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
9/18
membuatkan lawatan penanda aras kami berjalan dengan lancer dan
tiada sebarang
masalah dari aspek keselamatan.
Selain itu, kami juga telah dibawa menggunakan bas untuk pergi
ke sekolah
tersebut. Oleh itu, keselamatan lebih terjamin kerana
pengankutan seperti bas
merupakan pengangkutan yang selamat dan mempunyai ruang yang
besar untuk
menjamin keselesaan semua pelajar. Sebuah van juga telah
disediakan untuk
membawa segelintir pelajar ke sekolah dan ini membuatkan
rombongan kami
mengalami tiada masalah dari segi keselamatan dalam
pengangkutan.
Keselamatan sepanjang lawatan boleh ditingkatkan dengan
memastikan segala
peralatan keselamatan disediakan untuk masa hadapan. Hal ini
penting kerana
kemalangan boleh berlaku bilabila masa dan peralatan tersebut
diperlukan
sekiranya berlaku kemalangan. Kita harus bersedia pada masa
hadapan kerana
sememangnya malang tidak berbau.
Dari aspek kebajikan pula, tiada masalah yang kami hadapi
memandangkan segala-
segalanya telah disediakan dengan baik oleh pihak maktab dan
juga pihak sekolah.
Dari aspek makanan, guru-guru pelatih telah disediakan makanan
dari pihak
sekolah. Sepanjang lawatan dijalankan, sekolah juga membekalkan
servis yang baikkepada semua guru pelatih sekaligus membuatkan saya
berasa sangat berpuas hati
menjalankan lawatan ke SK Taman Rinting 2.
Selain dari itu, pihak maktab juga telah menjalankan tugas yang
baik sepanjang
lawatan. Kenderaan pergi dan balik ke maktab disediakan oleh
maktab.Ini telah
memudahkan proses perjalanan pelajar ke sekolah yang hendak
dilawat. Selain itu,
pihak maktab turut membekalkan makanan kepada guru- guru pelatih
sekaligus
memberi jaminan bahawa tiada masalah dari aspek kebajikan
sepanjang lawatan.
Aspek kebajikan sepanjang lawatan boleh ditingkatkan lagi dengan
memastikan
kenderaan yang mencukupi disediakan untuk pelajar. Hal ini
kerana terdapat pelajar
yang tidak mendapat tempat duduk dalam bas kerana tiada van
disediakan semasa
kembali ke maktab dari sekolah tersebut. Sekiranya aspek ini
boleh ditingkatkan,
nescaya BIG yang akan datang pastinya akan menjadi lebih
istimewa dan lancar.
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
10/18
JAWATANKUASA MAKANAN
Program Bina Insan Guru pada kali ini diadakan di Sekolah
Kebangsaan Taman
Rinting 2 yang terletak di Pasir Gudang, Johor Bahru. Program
ini melibatkan dua
buah kelas iaitu 5 PISMP TESL 1 dan 5 PISMP TESL 4. Sekolah ini
merupakan
sekolah kluster kecemerlangan yang hebat, sekolah ini juga di
dalam usaha untuk
mendapatkan pengiktirafan "Sekolah Berprestasi Tinggi". Untuk
program pada kali
ini, saya telahpun ditugaskan untuk mengepalai jawatankuasa
penyediaan makanan
bagi para peserta Bina Insan Guru.
Pada awalnya, saya telahpun menyediakan rangka kerja penyediaan
makanan bagi
kedua-dua buah kelas. Saya telahpun berbincang dengan ketua
program bagi
kedua-dua buah kelas bagi melicinkan perjalanan penyediaan
makanan. Kami
telahpun bersetuju untuk mengutip sejumlah bayaran. Pakej
makanan yang
disediakan adalah untuk sarapan pagi dan juga makanan. tengah
hari. Untuk
sarapan pagi, saya telahpun berbincang dengan ketua program dan
kami bersetuju
untuk menyediakan roti sandwich beserta air kotak, manakala bagi
makanan tengah
hari menu nasi campur dan juga air mineral.
Namun demikian, kesemua perancangan tersebut terpaksa
dibatalkan. Berdasarkanmaklumat yang saya terima, pihak sekolah
dengan berbesar hatinya telahpun
menawarkan diri untuk menyediakan sarapan pagi dan juga makan
tengah hari.
Untuk itu, saya merancang bagi mengalas perut kami semua sebelum
memulakan
perjalanan, roti dan juga air kotak telahpun dibekalkan kepada
pelajar.
Setelah tiba di sekolah, mereka telahpun mempelawa kami untuk
menikmati sarapan
di kantin sekolah. Kami semua berasa sangat gembira kerana dapat
menikmati
menu buffet nasi lemak yang disediakan.. Makan tersebut sangat
lazat kerana kami
boleh mengambil seberapa banyak makanan yang kami mahu seperti
ikan bilis yang
banyak, ayam goreng dan pelbagai lagi. Jiwa kami berasa sangat
tenang setelah
menikmati hidangan lazat dari pihak sekolah.
Bagi makanan tengah hari, menu nasi campur menjadi juadah kami.
Pelbagai
makanan disediakan seperti ikan kembung goreng, sayur-sayuran,
ayam goreng,
ikan masak asam pedas beserta teh o ais yang jumlahnya terlalu
banyak jika mahu
dibandingkan dengan jumlah kami.
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
11/18
Secara keseluruhannya, makanan yang disediakan sangat lazat dari
pihak sekolah
sangat memuaskan hati kami semua. Kami sangat berterima kasih
dengan pihak
sekolah kerana telahpun bermurah hati untuk menaja makanan kami.
Sekian terima
kasih.
JAWATANKUASA PERALATAN
Jawatankuasa peralatan Program Bina Insan Guru (BIG) yang
terdiri daripada
Muhammad Abdul Muiz Bin Abd Rahman (Ketua) telah memulakan tugas
untuk
membuat survey senarai alatan daripada ketua-ketua JK yang lain.
Persiapan ini
dimulakan sedikit lewat disebabkan oleh prosedur peminjaman yang
perlu dipatuhi.
kami telah membuat peminjaman dan pengambilan alatan daripada
rakan-rakan
kami sendiri dek kerana rakan-rakan kami sendiri mempunyai
peralatan yang
mencukupi . Alatan yang dipinjam dan diambil merupakan alatan
untuk menjayakan
akiviti dalam program yang akan dilaksanakan. Kami telah
meminjam beberapa biji
kamera DSLR daripada rakan-rakan yang mempunyai alatan tersebut.
Aktiviti BIG
pada kali ini adalah lawatan dan lawatan ini tidak memerlukan
peralatan yang
banyak. Setiap pelajar hanya membawa buku nota dan pen sendiri
bagi mencatat
sebarang nota. Hanya beberapa orang sahaja yang menggunakan
kamera DSLR.Oleh itu, kami hanya meminjam kamera DSLR daripada
rakan-rakan kami sahaja.
Setelah selesai program BIG ini, kami telah memulangkan semula
alatan-alatan
yang dipinjam kepada rakan-rakan yang berkenaan. Alhamdulillah,
tugas kami telah
selesai dengan jayanya.
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
12/18
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V
LAWATAN BENCHMARKING
SK TAMAN RINTING 2,
PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BAHRU.
18 FEBRUARI 2014.
PENUTUP
Kesimpulannya, program Bina Insan Guru Fasa 5 berjaya
dilaksanakan hasil
daripada pengorbanan semua pihak termasuk persediaan sebelum
program dan
pelaksaan semasa program berlangsung.Semoga setiap pelajar dapat
menghayati
dengan mendalam terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan
dapat mengukuhkan
keperibadian serta sahsiah yang terpuji di samping memiliki
etika keguruan dalam
diri setiap bakal guru.Hal ini selaras dengan hasrat negara bagi
melahirkan guru
yang berperibadi mulia.Pelajar juga seharusnya sentiasa bersedia
untuk berkhidmat
dan menyumbang bakti kepada nusa, bangsa dan negara
tercinta.
Selain itu, program ini diharapkan dapat membina jasmani dan
fizikal pelajar
supaya lebih bersedia dan bertenaga dalam melakukan sesuatu
kerja serta dapatmemberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Pelajar juga akan
dapat membina intelek mereka ke arah pemikiran yang kreatif,
inovatif dan kritis
dalam menghasilkan sesuatu perkara.
Tambahan pula, aktiviti yang dijalankan tidak terlalu padat dan
terdapat
kelonggaran sepanjang menjalankan program ini.
Walaubagaimanapun, kami
bersyukur kerana dapat menjayakan program ini walaupun sibuk
dengan tugasan
lain.Tetapi, kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru pelatih
dapat dilihat apabila
mereka bersemangat mencatat nota dan mendengar ceramah dari Guru
Besar
sekolah tersebut selain melihat infrastruktur dan keunikan di
sekitar sekolah.
Akhir kata, semoga program khidmat masyarakat Bina Insan Guru
seumpama
ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana memberi banyak
pengalaman dan
manfaat yang berguna kepada pelajar.
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
13/18
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V
LAWATAN BENCHMARKING
SK TAMAN RINTING 2,
PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BAHRU.
18 FEBRUARI 2014
LAMPIRAN
Setibanya siswi guru tiba di perkarangan sekolah
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
14/18
Setibanya siswa guru tiba di perkarangan sekolah
Para siswa dan siswi guru bergambar bersama komuniti sekolah
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
15/18
Guru Besar Sekolah SK Taman Rinting 2 memberi ucapan
Berpeluang bermain replica tenpin boling
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
16/18
Replika tenpin boling di dataran kejat sekolah
Bilik mesyuarat sekolah SK Taman Rinting 2
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
17/18
Sistem Dokumentasi SK Taman Rinting 2 yang tersusun rapid dan
teratur
Kanak - kanak pendidikan khas sedang menjalani pembelajaran yang
menarik
-
5/23/2018 Laporan Big Benchmarking Sem 5
18/18
Alat Bantu Mengajar buat para guru yang ditempatkan di Bilik
Khas