LAPORAN BERGAMBAR PROJEK MEMBAIKPULIH DAN MEMASANG BUMBUNG DI KEBUN PANITIA KH/RBT 2015 1. PENDAHULUAN Pertanian adalah suatu bidang perniagaan yang menguntungkan. Berikutan itu, sejajar dengan kurikulum baru KSSR yang menerapkan unsur-unsur teknologi pertanian di dalam sukatan pelajaran RBT Tahun 5, maka jawatankuasa panitia Kemahiran Hidup/ Reka bentuk & Teknologi mengambil langkah proaktif dengan membaikpulih kebun dengan memasang bumbung di kawasan kebun . Di dalam unit 3 Reka Bentuk Dan Teknologi tahun 5 iaitu Bidang Teknologi Pertanian, murid-murid akan dapat mempelajari tentang teknologi pertanian dengan lebih berkesan bermula dengan pemilihan biji benih yang baik hinggalah melakukan penjagaan tanaman. 2. Objektif Mewujudkan satu kawasan perkebunan yang selesa dan murid-murid tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari semasa membuat aktiviti perkebunan di kebun. Memberi pengalaman kepada murid-murid yang berkaitan dengan teknologi pertanian.