LAPORAN PEMENTORAN KALI PERTAMABULAN JANUARI 2014
TARIKH30 JANUARI 2014
MASA7.30 PAGI 1.30 TENGAH HARI
AKTIVITILAPOR DIRI DAN MELAWAT KAWASAN SEKOLAH
KAEDAH PELAKSANAAN
Pemerhatian dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Guru-guru baharu diperkenalkan staf-staf sekolah termasuklah
staf-staf sokongan.Hal yang demikian adalah untuk membuatkan
guru-guru baharu lebih selesa dan dan tidak berasa kekok bergaul
dengan rakan-rakan sekerja. Guru Penolong Kanan Takbir &
Kurikulum, Puan Azizan bt Hanafiah juga membawa guru-guru baharu ke
Bilik Guru bagi membolehkan guru-guru baharu mendapatkan tempat
untuk memulakan tugas selain berkenal-kenalan dengan guru-guru lama
di sekolah.
REFLEKSI
Sesi melapor diri berjalan dengan lancar. Pembahagian tugas dan
jadual waktu akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Lawatan ringkas
ke sekitar kawasan sekolah membuatkan saya sedikit teruja untuk
bertugas di sekolah ini. Prasarana sekolah ini tidaklah sehebat
dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar yang lain walaupun
terletak di tengah kotaraya Kuala Lumpur, namun saya kagum dengan
semangat yang ditunjukan oleh warga sekolah dalam mendidik
murid-murid di sini. Guru-guru di SKKB juga bijak menggunakan
segala kemudahan yang serba kekurangan dan mengubahsuaikannya untuk
di digunakan di sekolah ini. Di samping itu, sifat peramah
staf-staf juga membantu saya menyesuaikan diri dengan baik.
Antara tempat yang dilawati ialah kelas Tahun 1 hingga Tahun 6,
Pusat Sumber, Bilik Guru, Bilik Alatan Sukan, Padang, Dewan
Sekolah, dan Kantin . Walaupun bangunan serba sederhana,
infrastruktur di sekolah ini sangat terjaga dan boleh diakses pada
bila-bila masa.
Lawatan ini amat penting kerana saya perlu mengenali dan
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Di samping itu, saya
juga sempat bertemu dan berkenalan dengan guru-guru, murid murid
dan pekerja sekolah. Saya akan berusaha untuk menyesuaikan diri di
tempat baru ini. Segala ilmu dan pengetahuan yang diperoleh semasa
saya menuntut di Institut Pendidikan Perguruan akan saya praktikkan
di sini.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(NUR ARDILLA NAJWA MAULAT MURSIN)(EN. MOHD FAISAL B. ABDUL
HALIM)
LAPORAN PEMENTORAN KALI KEDUABULAN APRIL 2014
TARIKH14 APRIL 2014
MASA8.00 9.00 PAGI
AKTIVITI1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN2. SUKATAN PELAJARAN
KAEDAH PELAKSANAAN
Penerangan dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Mentor memberikan penerangan berkaitan cara penulisan Rancangan
Pengajaran Harian dan Huraian Sukatan Pelajaran yang perlu diikuti
dan dihabiskan bagi setiap kelas mengikut mata pelajaran yang
diajar. Mentor dan guru baharu berbincang aspek yang perlu ditulis
dalam Rancangan Pengajaran Harian seperti masa, standard kandungan,
objektif dan aktiviti. Guru baharu perlu meletakkan objektif dan
menyediakan lembaran kerja berdasarkan tahap keupayaan murid.
Penulisan RPH bagi kelas LINUS berbeza dengan kelas yang perdana.
Guru Baharu perlu memasukkan objektif dan aktiviti LINUS dalam satu
RPH. Mentor mengingatkan bahawa setiap Jumaat, RPH perlu
dihantar.
Mentor juga memberi peringatan bahawa tidak menyiapkan ringkasan
mengajar merupakan kesalahan besar dalam profesion keguruan. Mentor
juga turut menyatakan bahawa Rancangan Pengajaran Harian turut juga
boleh ditulis dalam format bertaip. Oleh itu, guru-guru baharu
boleh memilih untuk menulis RPH di dalam buku rekod mengajar sedia
ada mahupun dengan secara menaip dan dimasukkan ke dalam fail.
REFLEKSI
Perbincangan yang dilakukan bersama mentor memberikan gambaran
yang jelas kepada saya penulisan Rancangan Pengajaran Harian. Saya
menyedari bahawa pemilihan objektif amat penting kerana ia perlu
mengikut tahap perkembangan murid. Objektif yang terlalu tinggi
tidak dapat dicapai bagi murid yang lemah dan objektif yang terlalu
rendah amat mudah dicapai bagi murid yang pandai.
Saya telah ditugaskan untuk mengajar Bahasa Malaysia bagi Tahun
2 dan Tahun 4. Selain itu juga, saya turut ditugaskan untuk
mengajar Dunia Muzik bagi Tahun 1 sehingga 3 dan Pendidikan Muzik
bagi Tahun 5 dan 6. Kaedah penulisan semasa menjalani praktikum dan
alam pekerjaan adalah berbeza. Namun demikian, dengan penerangan
dan penjelasan yang diberikan, ia amat membantu saya dalam
menyediakan Rancangan Pengajaran Harian bagi mata pelajaran yang
telah ditugaskan. Kesukaran menentukan tajuk dan pembahagian masa
dapat diatasi dengan mudah hasil bimbingan mentor. Maka, tidak
menjadi masalah kepada saya untuk mengajar murid dengan baik.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)
LAPORAN PEMENTORAN KALI KETIGABULAN MEI 2014
TARIKH6 MEI 2014
MASA9.45 - 10.45 pagi
AKTIVITIPANITIA MATA PELAJARAN
KAEDAH PELAKSANAAN
Penerangan dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Mentor menerangkan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran bagi subjek
Muzik kepada guru baharu. Mentor menerapkan nilai-nilai kerjasama
dan kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi. Guru baharu turut
didedahkan dengan tugas-tugas panitia dan perancangan tahunan
panitia. Ketua Panitia hendaklah merancang aktiviti berkaitan
panitia yang dipegang. Selain itu, guru baharu didedahkan tentang
pengurusan fail panitia. Ketua Panitia juga dikehendaki mengadakan
mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
REFLEKSI
Segala penerangan daripada mentor mengenai Pengurusan Panitia
Mata Pelajaran berjalan lancar. Perbincangan ini sangat membantu
saya dalam memahami Pengurusan Panitia Mata Pelajaran. Selain itu
juga saya juga telah dilantik sebagai Ketua Panitia Muzik. Dengan
penerangan daripada mentor, saya lebih jelas dalam menjalankan
tugas saya sebagai Ketua Panitia. Selain menimba ilmu di dalam
kelas, aktiviti panitia turut memberi manfaat kepada murid murid.
Oleh yang demikian, Ketua Panitia hendaklah merancang aktiviti di
sekolah. Saya turut didedahkan dengan tugas-tugas dan peranan bagi
seorang guru akademik biasa di sekolah.
Mentor memberi kesedaran kepada saya bahawa dokumentasi amatlah
penting dalam sesebuah organisasi. Saya akan berusaha untuk
menguruskan fail dengan sebaik mungkin dengan melengkapkan segala
isi kandungan yang diperukan dalam fail. Melalui perbincangan yang
dilakukan, ia banyak memberikan idea kepada saya untuk merancang
aktiviti-aktiviti dan menguruskan fail dengan baik.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(MUHAMAD KHAIDZIR KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)
LAPORAN PEMEMENTORAN KALI KEEMPATBULAN MEI 2014
TARIKH19 MEI 2014
MASA9.45 - 10.45 pagi ( 1 JAM )
AKTIVITIKOKURIKULUM
KAEDAH PELAKSANAAN
Pemerhatian dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Mentor menerangkan perancangan aktiviti kokurikulum mengikut
takwim dan pembahagian kokurikulum di sekolah mengikut Badan
Beruniform, Persatuan/Kelab dan Permainan/Sukan. Mentor turut
menekankan kehadiran ke setiap aktiviti kokurikulum kepada guru
baharu.
Mentor menerangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dalam
aktiviti kokurikulum. Mentor memberi penerangan mengenai jenis
sukan serta permaian yang perlu diajar sewaktu kokurikulum
dijalankan di sekolah. Mentor memberikan bahan-bahan yang sesuai
untuk membantu mentee ketika pengajaran dilaksanakan terhadap
murid.
REFLEKSI
Saya telah dilantik menjadi Penyelaras Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia. Segala penerangan daripada mentor mengenai
kokurikulum berjalan dengan lancar. Perbincangan yang dilakukan ini
amat membantu saya memahami tugas dan peranan saya sebagai
Penyelaras Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Saya telah
menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang
dijalankan.
Selain daripada itu juga, saya juga turut memerhatikan rakan
penyelaras Persatuan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan aktiviti
persatuan. Beliau menyatakan kehadiran murid adalah penting di
samping dokumentasi setiap akitiviti persatuan perlulah
direkodkan.
Segala penerangan daripada mentor mengenai Kokurikulum berjalan
lancar. Perbincangan ini sangat membantu saya dalam memahami tugas
mengenai bidang Kokurikulum. Saya telah menunjukkan komitmen yang
tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)
LAPORAN PEMENTORAN KALI KELIMABULAN JUN 2014
TARIKH17 JUN 2014
MASA11.20 pagi 12.20 tengahari
AKTIVITIKAJIAN TINDAKAN
KAEDAH PELAKSANAAN
Pemerhatian dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Mentor mengajar dan membimbing guru baru cara untuk membuat
kajian tindakan. Mentor menunjukkan contoh serta perkara-perkara
yang perlu ada dalam kajian tindakan itu bagi membolehkan guru
baharu dapat mula merangka dan mengenalpasti tajuk kajian yang
ingin dipilih. Mentor turut memberikan bahan tertentu bagi rujukan
guru baharu. Mentor telah meminta guru baharu mengenalpasti
pemasalahan pembelajaran dan membincangkan langkah langkah bagi
mengatasi permasalahan tersebut. Selepas kajian tindakan dibuat,
laporan ini akan dibentangkan dalam Latihan Dalam Perkhidmatan
(LDP) di sekolah.
REFLEKSI
Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mentor membuatkan
saya lebih memahami cara untuk membuat kajian tindakan di sekolah.
Saya dapat memahami cara kajian tindakan dilakukan dan akan mula
membuat kajian tindakan selepas ini. Kajian tindakan amat penting
kerana ia dapat membantu diri saya untuk memperbaik kelemahan yang
ada untuk menjadi lebih baik.
Saya telah membuat catatan permasalahan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlansung. Segala masalah akan dirujuk
kepada mentor. Proses untuk membuat kajian tindakan ini memerlukan
kerjasama yang baik dengan semua pihak. Saya berasa amat gembira
kerana guru guru banyak membantu saya sepanjang saya berada disini.
Kajian tindakan ini agak sukar dibuat kerana memerlukan pengalaman
yang baik. Dengan berbekalkan ilmu sepanjang saya berada di IPG
akan saya praktikkan semasa menjalankan kajian tindakan disini.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM(EN. JACKSON AK ANYUT)
LAPORAN PEMENTORAN KALI KEENAMBULAN JUN 2014
TARIKH25 JUN 2014
MASA10.00 - 10.45 pagi
AKTIVITIKEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI SEBAGAI PENDIDIK
KAEDAH PELAKSANAAN
Pemerhatian dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Mentor bertanya tentang keadaan guru baharu dan berkongsi
maklumat tentang tempat tinggal, bagaimana menyesuaikan diri dengan
rakan sekerja dan komuniti, berkaitan pengurusan gaji,
pengangkutan, tuntutan perjalanan dan lain-lain. Mentor menerangkan
perihal cuti dan sebagainya bagi memudahkan saya memahami dan
bertindak dengan betul di masa akan datang supaya tidak menimbulkan
sebarang masalah.
REFLEKSI
Penerangan dan perkongsian daripada mentor sangat membantu saya
memahami sekolah dengan lebih mendalam. Budaya kerja yang baik dan
harmoni yang diamalkan membantu emosi saya lebih bersedia menerima
sebarang kemungkinan. Perkongsian ini memberi kesedaran kepada saya
supaya lebih bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha ke arah
lebih baik. Saya akan mengharungi segala tugas yang amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada saya sebaik yang mungkin.
Saya bersyukur kerana mentor merupakan seorang yang
bertanggungjawab. Beliau banyak membimbing saya sebagai seorang
guru baharu disini. Mentor banyak membimbing saya daripada pelbagai
aspek dalam dunia pendidikan. Beliau seorang yang mengambil berat
kebajikan dan kesejahteraan guru baharu. Selain daripada itu,
beliau juga turut memberikan sokongan moral serta bimbingan kepada
saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)
LAPORAN PEMENTORAN KALI KETUJUHBULAN JULAI 2014
TARIKH18 JULAI 2014
MASA7.30 8.00 pagi
AKTIVITIPENGURUSAN PORTFOLIO PPGB
KAEDAH PELAKSANAAN
Pemerhatian dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Mentor memberi taklimat kepada guru baharu cara untuk
menguruskan portfolio dengan baik dan sistematik. Mentor menekankan
aspek aspek yang perlu diberi tumpuan dalam menyiapkan portfolio.
Mentor memberi penerangan mengenai kaedah serta bahan yang perlu
dimasukkan dalam portfolio PPGB. Beberapa maklumat berbentuk
softcopy serta hardcopy turut diberikan sebagai panduan untuk
menyiapkan portfolio tersebut. Mentor turut memberikan penerangan
mengenai cara pelaksanaan PPGB di sekolah ini.
REFLEKSI
Hasil perbincangan telah memudahkan saya untuk menyiapkan
portfolio ini dengan sebaik mungkin. Saya berasa amat bertuah
kerana mentor amat membimbing asaya sepanjang berada di sekolah
ini. Bahan-bahan yang diberikan banyak membantu saya sepanjang
proses menyiapkan portfolio PPGB. Saya telah mengumpul semua
maklumat yang berkaitan sekolah dan bidang perguruan. Maklumat yang
diperoleh ini akan dimasukkan ke dalam portfolio PPBG.
Melalui bahan bahan ini, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan
sekolah ini, prestasi akademik, kokurikulum dan sebagainya. Selain
itu, saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab guru
besar, penolong kanan dan gurub akademik biasa. Saya menyedari
bahawa pengurusan portfolio amat penting. Saya perlu menguruskan
portfolio ini dengan sistematik dan tersusun agar ia mudah untuk
disemak nanti.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(EN. MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)
5.1.8 LAPORAN PEMENTORAN KALI KELAPANBULAN JULAI 2014
TARIKH25 JULAI 2014
MASA10.00 - 10.30 pagi
AKTIVITIPENGURUSAN BILIK DARJAH
KAEDAH PELAKSANAAN
Pemerhatian dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Perbincangan bersama mentor pengurusan bilik darjah yang selesa.
Mentor telah memberikan idea untuk menghias kelas supaya ceria dan
cantik. Bilik darjah perlu dihias dengan cantik supaya murid murid
bersemangat. Mentor telah membuat pemerhatian bersama guru baharu
terhadap kelas kelas yang lain.
Di samping itu, mentor juga melakukan perbincangan pengurusan
bilik darjah seperti pengurusan jadual waktu pengajaran dan
pembelajaran, buku kedatangan, buku pemantauan kelas, organisasi
kelas, papn kenyataan, sudut bacaan dan buku disiplin murid.
REFLEKSI
Perbincangan bersama mentor amat membantu saya dalam menguruskan
penyediaan bilik darjah supaya kondusif, selesa, menarik dan
persekitaran pembelajaran yang efisien.Saya telah melakukan
perbincangan bersama mentor untuk menghias bilik darjah. Segala
ilmu yang disampaikan oleh mentor dijadikan panduan. Jadual
bertugas, jadual pembelajaran, sudut bacaan dan sebagainya perlu
diwujudkan bagi mewujudkan bilik darjah yang kondusif.
Saya telah melakukan transformasi dengan menghias bilik darjah
saya iaitu Tahun 2 supaya ia kelihatan kemas dan bersih. Saya
melihat murid murid sangat bersemangat menjaga kebersihan kelas.
Murid-murid juga sangat bersemangat apabila melihat kelas mereka
cantik dan bersih terhias dengan sudut-sudut bacaan.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)
LAPORAN PEMENTORAN KALI KESEMBILANBULAN OGOS 2014
TARIKH12 OGOS 2014
MASA7.30 8.00 pagi ( 30 MINIT)
AKTIVITIKAEDAH PELAKSANAAN PENILAIAN TERHADAP MURID
KAEDAH PELAKSANAAN
Pemerhatian dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Mentor memberi garis panduan dan menunjukkan contoh tentang cara
penandaan buku latihan murid. Mentor bersama guru baharu telah
menyemak sampel tugasan murid bersama dan memberikan maklum balas.
Mentor membuat tinjauan terhadap bahan bahan berhubung Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan oleh guru baharu. Di
samping itu, mentor juga telah memberikan panduan kepada guru
baharu untuk membuat penilaian murid.
REFLEKSI
Mentor telah membantu saya dalam membuat penilaian yang tepat
dan berkesan kepada murid berdasarkan kepada pencapain murid.
Penilaian murid setiap kali berlansung proses pengajaran dan
pembelajaran amat penting. Terdapat pelbagai jenis penilaian yang
boleh dilakukan sama ada secara formal atau tidak formal. Melalui
penilaian, guru dapat melihat sama ada objektif dapat dicapai
mahupun sebaliknya.
Mentor amat membantu saya dalam menanda buku latihan murid. Saya
juga diingatkan oleh mentor supaya sentiasa menanda buku latihan
murid. Segala instrument yang disediakan perlu dimasukkan ke dalam
portfolio PBS sebagai bahan bukti.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)
LAPORAN PEMENTORAN KALI KESEPULUHBULAN OGOS 2014
TARIKH28 OGOS 2014
MASA7.30 8.00 pagi ( 30 MINIT)
AKTIVITIPENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI SEKOLAH
KAEDAH PELAKSANAAN
Pemerhatian dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Melibatkan guru baharu dengan aktiviti yang dijalankan oleh
pihak sekolah. Mentor membantu guru baharu membina keyakinan diri
dalam perhubungan dengan ibu bapa dan komuniti sekolah. Mentor
membimbing guru baharu memahami keperluan ibu bapa dan komuniti
serta tanggungjawab kepada sekolah. Guru baharu telah dilantik
sebagai ahli dalam Sarana Ibu Bapa. Satu lawatan telah diadakan
bersama guru baharu ke rumah panjang Suku dan Peter Mingat untuk
beramah mesra dengan ibu bapa.
REFLEKSI
Melalui perbincangan dan lawatan yang diadakan, saya memahami
dengan lebih jelas peranan ibu bapa terhadap sekolah. Setiap
sekolah telah diwujudkan satu jawatankuasa Sarana Ibu Bapa. Guru
perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya tahap
prestasi murid dapat ditingkatkan. Apabila hubungan yang baik
dibina, maka suasana yang aman dan harmoni dapat diwujudkan.
Saya berpeluang untuk melawat kerumah panjang bersama mentor.
Semasa berada di rumah panjang, saya telah beramah mesra bersama
ibu bapa. Mereka berkongsi tentang latar belakang anak anak mereka.
Murid di sini ramai yang tinggal berasam datuk dan nenek mereka
kerana ibu mereka bekerja. Saya berasa amat gembira kerana
berpeluang untuk melihat budaya yang baru di tempat baru. Saya
dapat menimba pengalaman mengenai budaya masyarakat yang terdapat
di Negara kita. Saya meneroka dan mendalami cara hidup murid yang
saya ajar. Ia berbeza dengan murid di semenanjung.
Dalam aktiviti Sarana Ibu Bapa, banyak program yang dirancang
dan dilaksanakan dengan melibatkan semua ibu bapa. Ibu bapa disini
amat memberikan kerjasama yang erat dengan guru-guru dan
pentadbiran.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)
LAPORAN PEMENTORAN KALI KESEBELASBULAN SEPTEMBER 2014
TARIKH5 SEPTEMBER 2014
MASA7.30 8.00 pagi ( 30 MINIT)
AKTIVITIPENINGKATAN MOTIVASI DAN PENGHARGAAN KENDIRI MURID
KAEDAH PELAKSANAAN
Pemerhatian dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Mentor membantu guru baharu dalam meningkatkan motivasi dan
penghargaan kendiri murid. Perbincangan ini telah dilakukan bersama
mentor dan guru disiplin di sekolah. Mentor berkongsi pengalaman
tentang latar belakang kelas dan focus pendidikan. Mentor
memberikan garis panduan berhubung focus pendidikan berdasarkan
tahap pencapaian murid. Selain itu, mentor juga telah mendedahkan
kepada murid tentang psikologi remaja.
REFLEKSI
Melalui perbincangan bersama guru disiplin, saya telah
memperoleh maklumat berkaitan masalah dispilin di sekolah ini. Saya
berasa kagum dengan murid murid disini kerana mereka sangat
menghormati guru guru. Masalah disiplin yang dilaporkan hanya
masalah yag kecil dan tidak serius. Murid mematuhi peraturan
sekolah. Semasa perbincangan ini, guru yang berpengalaman juga
berkongsi cara untuk menyelesaikan masalah murid yang mempunyai
masalah dispilin. Guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai
bagi menangani masalah.
Selain itu, saya menyedari untuk meningkatkan motivasi murid
murid, saya hendaklah memberikan ganjaran supaya mereka lebih
bersemangat. Saya telah melaksanakan system token di dalam kelas.
Murid yang mempunyai bilangan token yang paling banyak diberikan
peghargaan pada setiap hujung bulan.
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)
LAPORAN PEMENTORAN KALI KE DUA BELASBULAN SEPTEMBER 2014
TARIKH20 JANUARI 2015
MASA7.30 8.00 pagi ( 30 MINIT)
AKTIVITIPERMENTORAN AKHIR
KAEDAH PELAKSANAAN
Pemerhatian dan perbincangan
PROSES PELAKSANAAN
Mentor memberikan pementoran akhir sebelum fail disemak oleh
PPD. Guru mentor menyemak Folio PPGB dan memberikan cadangan untuk
menambah baik folio tersebut.
REFLEKSI
Melalui pementoran akhir ini saya mendapat banyak nasihat
T.TANGAN GURU BAHARUT.TANGAN MENTOR
.
.
(MUHAMAD KHAIDZIR BIN KASSIM)(EN. JACKSON AK ANYUT)