LAPORAN AKTIVITI MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK LKTP KEMASUL PERINGKAT SEKOLAH 2009. Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK LKTP Kemasul telah mengadakan mingggu PPDa peringkat sekolah untuk tahun 2009 pada 2 hingga 6 Mac 2009. Minggu PPDa ini telah dijayakan oleh semua pihak terdiri daripada semua guru dan murid-murid. Pada hari Isnin, 2 Mac 2009, minggu PPDa dimulai dengan majlis pelancaran minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah oleh Guru Penolong Kanan HEM, Puan Radin Nor Asikin Binti Radin Salleh semasa di perhimpunan pagi. Kemudian disusuli dengan pembacaan ucapan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia Sempena Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2009 oleh Guru Penolong Kanan HEM. Intipati ucapan tersebut mengingatkan murid-murid sekolah supaya menghindari dari gejala penagihan dadah. Pihak sekolah juga dikehendaki melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah secara bersepadu, bersungguh-sungguh dan sistematik. Golongan pelajar perlu diberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran yang boleh mencegah mereka daripada pengaruh dadah. Majlis pelancaran minggu PPDa diakhiri dengan ucapan oleh Puan Guru Besar SK LKTP Kemasul, Puan Normadiah Binti Mohamed. Puan Guru Besar mengingatkan semua pelajar supaya menghindari dan menjauhi dari gejala penagihan dadah. Pada hari Rabu, 4 Mac 2009, minggu PPDa diteruskan pula dengan pertandingan melukis poster dadah bagi murid Tahap 2. Pertandingan ini meliputi semua murid Tahun 4, 5 dan 6. Pertandingan ini dimulakan pada pukul 10.35 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari. Tema untuk poster adalah ‘Masyarakat Madani Tanpa Dadah’. Seterusnya slot ceramah tentang dadah dan rokok serta tayangan video mengenai dadah yang disampaikan oleh penyelaras PPDa sekolah iaitu Encik Mohd Sahidan Bin Abdul Rahaman. Slot tersebut bermula pada pukul 12.00 tengahari dan tamat pada pukul 1.00 petang. Intipati ceramah yang disampaikan adalah pengenalan tentang jenis-jenis dadah, gejala penagihan dadah oleh murid- murid sekolah dan bentuk-bentuk hukuman kepada pesalah-pesalah dadah sama ada penagih dadah mahupun pengedar dadah. Tayangan klip video tentang dadah pula bertujuan untuk menginsafkan pelajar dan menghalang mereka daripada terjebat dengan gejala dadah yang merupakan musuh nombor satu negara. Pada hari Jumaat, 6 Mac 2009, minggu PPDa diakhiri dengan majlis penutupan minggu PPDa peringkat sekolah yang disempurnakan oleh Guru