LAPORAN AKTIVITI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 BUTIRAN AKTIVITI a) Nama Aktiviti : Fiesta Gala Geologi ‘15 b) Penganjur : Kelab Geologi c) Dengan Kerjasama : Jabatan Mineral dan Geosains, AMT Geoservices d) Tarikh : 25 April 2015 e) Tempat : Dataran Pavillion & Perdana Ballroom, Palm Garden Hotel . f) Perasmi : Ybhg. Dato’ Yunus bin Abdul Razak (Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia) g) Jumlah Pendapatan : RM 28543.00 h) Jumlah Perbelanjaan : RM 24811.7 i) Jumala peserta : 183 orang j) Gambar sepanjang aktiviti : Lampiran A k) Aturcara / Buku program terkini : Lampiran B l) Jawatankuasa Program sebenar : Lampiran C
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
LAPORAN AKTIVITI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 BUTIRAN AKTIVITI
a) Nama Aktiviti : Fiesta Gala Geologi ‘15
b) Penganjur : Kelab Geologi
c) Dengan Kerjasama : Jabatan Mineral dan Geosains, AMT
Geoservices
d) Tarikh : 25 April 2015
e) Tempat : Dataran Pavillion & Perdana Ballroom, Palm
Garden Hotel .
f) Perasmi : Ybhg. Dato’ Yunus bin Abdul Razak
(Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan
Geosains Malaysia)
g) Jumlah Pendapatan : RM 28543.00
h) Jumlah Perbelanjaan : RM 24811.7
i) Jumala peserta : 183 orang
j) Gambar sepanjang aktiviti : Lampiran A
k) Aturcara / Buku program terkini : Lampiran B
l) Jawatankuasa Program sebenar : Lampiran C
2.0 PENGISIAN AKTIVITI
i. PERASMIAN FIESTA GALA GEOLOGI ‘15
Fiesta Gala Geologi ’15 ini dirasmikan oleh Dr. Habibah bt Jamil selaku
wakil Ketua Program Geologi. Fiesta Gala Geologi ’15 ini khas diadakan
untuk meraikan alumni – alumni Geologi UKM. Pelajar menyambut
kehadiran tetamu jemputan iaitu para pensyarah, kakitangan akademik dan
sokongan, wakil daripada Pusat Jagaan Kanak – kanak Yatim / Miskin Al –
Khautsar, warga alumni serta warga geologi UKM.
Ucapan perasmian Fiesta Gala Geologi ’15 dirasmikan oleh Dr. Habibah bt
Jamil serta gimik perasmian turut diadakan.
ii. PENYAMPAIAN SUMBANGAN IKHLAS KEPADA PUSAT JAGAAN
KANAK-KANAK YATIM/MISKIN AL-KHAUTSAR,
Kutipan sumbangan ikhlas daripada warga geologi dan sumbangan luar
disampaikan kepada wakil Pusat jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul
Rukaiyah, Kajang. Kanak- kanak daripada pusat jagaan ini diraikan di dalam
majlis ini.
iii. AKTIVITI – AKTIVITI YANG DIJALANKAN
HARI KELUARGA
ANAK GORILA
Setiap kumpulan dikehendaki menghantar 20 orang wakil. Setiap peserta perlu
memegang dan mengepit dua biji belon berisi air di tepi badan manakala bola
pula perlu di kepit menggunakan kaki. Kemudian peserta perlu bergerak dari
point A ke point B. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri
peserta.
PECAH BATU/ KETUK-KETUK SEDIMEN
Setiap kumpulan perlu menghantar lima orang wakil. Setiap kumpulan akan
dibekalkan dengan dua botol, lima bata dan lima tukul. Setiap peserta
dikehendaki memecahkan bata sehingga halus dan pindahkan ke dalam setiap
botol dengan menggunakan tangan. Tujuannya adalah untuk menguji fokus
peserta.
GEOLOGY ROCK HUMBLE
Setiap kumpulan perlu menghantar 10 orang wakil. Peserta akan menolak
peserta yang lain keluar dari sempandan atau bulatan sehingga peserta terakhir
yang berada di dalam sempadan akan menjadi juara. Tujuannya adalah untuk
menguji kekuatan para peserta.
TARIK TALI
Setiap kumpulan dikehendaki menghantar 10 orang wakil. Kumpulan peserta
akan bermain tarik tali dengan kumpulan pihak lawan. Tujuannya adalah untuk
memupuk nilai kerjasama antara peserta.
TARIK UPIH
Setiap kumpulan dikehendaki menghantar lapan orang wakil. Peserta pertama
akan menarik peserta kedua dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat
dengan cara peserta yang di tarik akan duduk di atas upih ke lapa untuk di
tarik. Seterusnya, peserta kedua akan menarik peserta pertama ke garisan
permulaan semula dan ini dianggap satu pusingan. Maka peserta yang lain
akan meneruskan permainan ini sehingga semua peserta telah melakukan
aktivti ini. Tujuannya adalah untuk menghargai permainan tradisi rakyat
Malaysia.
Aktiviti-aktiviti permainan yang dicadangkan sepatutnya 7 permainan
dilakukan, tetapi disebabkan kekangan masa maka kami menjadikan 5
permainan sahaja dilakukan.
AKTIVITI KHAS : GOTONG – ROYONG
Aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara para
pelajar dan penghuni Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul
Rukaiyah, Kajang. Selain itu, tujuan aktiviti ini juga bagi menghiburkan anak-
anak yatim di sana. Aktiviti ini akan diadakan pada hujung minggu selepas
program ini berlangsung.
iv. PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS KEPADA ALUMNI SERTA PELAJAR
Beberapa anugerah khas telah disampaikan kepada para alumni bagi
menghargai kejayaan mereka yang telah mengharu nama mereka ke persada
dunia serta mengangkat nama Geologi UKM. Manakala penyampaian
anugerah khas kepada pelajar yang cemerlang atau yang mendapat dekan
setiap semester. Penyampaian anugerah khas kepada pelajar adalah untuk
memberi semangat agar terus berjaya dalam bidang Geologi.
v. PENUTUPAN MAJLIS FIESTA GALA GEOLOGI ‘15
Majlis penutupan Fiesta Gala Geologi ’15 telah diadakan pada sebelah malam
selepas program Hari Keluarga berlangsung. Majlis penutupan diadakan di
Perdana Ballroom, Palm Garden Hotel dan penutupan majlis ini telah
dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Yunus bin Abdul Razak, Ketua Pengarah Jabatan
Mineral dan Geosains Malaysia.
vi. MAJLIS DOA SELAMAT
Majlis ini dilakukan sempena meraikan program Fiesta Gala Geologi ’15 yang
telah berjaya dilakukan. Kami turut mengundang semua penysyarah, staf – staf
sokongan dan para pelajar Program Geologi.
3.0 KESIMPULAN
3.1 Kelebihan / Kebaikan aktiviti
Dapat menghargai jasa dan sumbangan para pensyarah dan warga
Geologi UKM.
Dapat meraikan dan memberi sumbangan kutipan amal kepada tetamu
khas daripada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul
Rukaiyah, Kajang.
Dapat mengeratkan tali silaturahim antara para pelajar, pensyarah dan
warga alumni serta anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Kanak-
kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah, Kajang.
Dapat menggabungkan program bertemakan kekeluargaan dan majlis
makan malam dalam satu hari.
Dapat meraikan pelajar tahun akhir serta menyatukan semua warga
alumni.
Dapat meningkatkan interaksi, keaktifan dan kerjasama yang lebih
progresif antara mahasiswa/i Program Geologi UKM.
3.2 Permasalahan yang timbul
Terdapat permasalahan dalam mendapatkan surat pengecualian cukai
dan menyebabkan kerja-kerja pemasaran tertangguh.
Kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan berlakunya
pertukaran dewan dan padang pada dua minggu sebelum program
berlangsung
Kurang mendapat sambutan daripada warga alumni geologi atas sebab-
sebab yang tak dapat dielakkan.
Melakukan gerak kerja pada saat-saat akhir dan menyebabkan kelam
kabut.
Terdapat beberapa perancangan yang dirancang tidak dapat dilakukan
kerana kesuntukan masa.
Sikap sesetengah pelajar yang tidak menepati masa.
4.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya aktiviti ini ada memberi kebaikan walaupun terdapat
permasalahan yang timbul. Aktiviti ini seharusnya memerlukan perancangan yang
rapi kerana aktiviti ini melibatkan peserta yang ramai. Disebabkan kekangan masa
untuk menguruskan program ini, menyebabkan berlaku kelewatan dalam menjalankan
program ini. Selain itu, pertukaran tempat berlaku akibat daripada kurang sambutan
daripada warga alumni dan ini menyebabkan peruntukan kewangan kurang. Program
ini juga memberi kebaikan dan memberi kesan terhadap pelajar. Setiap pelajar dapat
mengeratkan tali silaturahim antara warga alumni, para pensyarah dan pelajar-pelajar
yang lain. Pada akhir program ini juga, diselitkan program bacaan yassin beramai-
ramai bersama para pensyarah dan para pelajar setelah berakhirnya program Fiesta
Gala Geologi ’15. Oleh yang demikian, program ini seharusnya dilakukan sekali lagi
dan perlu ditambahbaik bagi menampakkan program ini relevan.
Disediakan oleh
……………………
Nama : Hamizah bt Saari
Setiausaha
Fiesta Gala Geologi ‘15
Disemak oleh
…………………….
Nama : Mohammad Syahir bin Jamaluddin
Ketua Pengarah
Fiesta Gala Geologi ‘15
Disahkan oleh
……………………..
Nama : Dr. Mohd Rozi bin Umor
Penasihat
Fiesta Gala Geologi ‘15
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
HARI KELUARGA GEOLOGI
MASA PERKARA
8.00 pagi Pendaftaran peserta
8.30 pagi Senam Robik Ucapan Alu-Aluan pengerusi majlis Perarakan masuk barisan setiap pasukan Nyanyian lagu Negaraku dan lagu UKM Bacaan Doa Ucapan Pengarah Program Ucapan Ketua Jabatan Geologi Gimik dan Perasmian Fiesta Gala Geologi
9.30 pagi Perarakan keluar barisan setiap pasukan Sarapan pagi dan Persiapan diri
9.40 pagi Aktiviti-aktiviti sukaneka bermula Barisan paling panjang (Rantaian Kasih) Baling selipar Lompat getah Tarik tali Ulat dan Dadu Tuju guli Belon beracun Ketuk-ketuk sedimen Boling kelapa Gusti (Royal Rumble) Tarik upih Anak Gorilla Tanah Beracun
1.00 tengahari Cabutan bertuah Penyampaian hadiah kepada para pemenang
1.20 tengahari Makan Tengahari dan Bersurai
MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI GEOLOGI
Masa Perkara
8.00 Pendaftaran Alumni / VIP / dif-dif kehormat / Pelajar
8.30 Ketibaan Perasmi berserta Perarakan masuk Pelajar Tahun Akhir
8.40 Nyanyian Negaraku & Varsiti Kita
8.45 Ucapan Perasmi oleh YBhg. Dato’ Yunus bin Abdul Razak