ISI KANDUNGAN
KANDUNGANMUKASURAT
Judul2Pengesahan3Penghargaan4
BAB 1PENGENALAN1.1 Pendahuluan61.2 Matlamat latihan industri1.3
Objektif latihan industri1.4 Objektif laporan latihan industri71.5
Kepentingan latihan industri
BAB 2LATAR BELAKANG SYARIKAT2.1Maklumat syarikat92.2Carta
organisasi projek122.3Objektif syarikat132.4Sejarah
syarikat142.5Kakitangan syarikat162.6 Senarai projek18
BAB 3RINGKASAN MINGGUAN21
BAB 4 AKTIVITI & LATIHAN4.1Skop latihan254.2Kandungan
latihan27
BAB 5 CADANGAN48BAB 6 KESIMPULAN50BAB 7 RUJUKAN52
BAB 8LAPORAN TEKNIKAL538.1Pelan elevation rumah berkembar dua
tingkat (type A)8.2Keputusan ujian kiub8.3Laporan kemajuan
tapak8.4Minit mesyuarat tapak
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
PENGESAHAN
Ketua Pejabat Hubungan Universiti dan IndustriUniversiti Tun
Hussein Onn Malaysia86400 Parit Raja, Batu Pahat,Johor.Tarikh :
Tuan/PuanPengesahan Penyempurnaan Program Latihan Industri
Pelajar UTHM di Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd.
Dengan ini, saya mengesahkan bahawa pelajar ini yang bernama
Mohd Shauqi Lutfi B. Ahmad dengan no. k/p 940925-02-5235 dari
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menjalani latihan
industri di syarikat kami dalam tempoh ________________ sehingga
_______________ .Semasa latihan industry beliau telah memenuhi
syarat-syarat latihan industri yang telah ditetapkan oleh pihak
syarikat kami. Beliau juga telah mencata kerja harian dalam buku
log dan telah menyiapkan laporan latihan industri seperti yang
telah disyaratkan oleh pihak universiti penganjur. Pihak kami
berpuas hati dengan penyempurnaan latihan industri beliau di
syarikat kami. Sekian, terima kasih.Yang benar,
__________________________Nama:Jawatan:Cop
syarikat:PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
pengharagaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia kerana mengadakan latihan industri bagi para
pelajar. Secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada
pelajarnya untuk belajar sambil merasai sendiri pengalaman berkerja
di syarikat tempatan. Program ini sangat baik bagi memulakan
pendedahan kepada para pelajar akan bidang pekerjaan yang bakal
mereka ceburi sejurus selepas tamat pengajian nanti.Selain itu,
saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan berbesar hati
kerana diterima oleh syarikat Shahab Builders & Engineering
Sdn. Bhd. Untuk mengadakan latihan industri di syarikat mereka.
Bekerja dengan meraka adalah sangat menarik kerana segala latihan
dan tunjuk ajar diberikan dengan secara profesional. Oleh itu,
mudah bagi saya untuk menimba ilmu disini secara tidak terbatas.
Layan mereka sangat mesra tanpa mengira pangkat atau jawatan di
dalam organisasi ini. Mereka sudi berkongsi pengalaman bersama saya
selama bekerja di dalam cabang kejuruteraan ini. Sedikit sebanyak
menambahkan lagi pengetahuan saya dalam kejuruteraan dan ianya amat
penting sebagai persediaan saya untuk menjadi seorang jurutera
suatu hari nanti.Saya juga ingin berterima kasih kepada Encik
Zaharin (penyelia tapak) kerana memberikan bimbingan sepanjang
menjalani latihan industri di tapak projek. Beliau mengajar saya
tanpa jemu dan seringkali berkongsi pengalaman beliau sepanjang
berkerja di dalam bidang kejuruteraan ini. Tidak lupa juga saya
ingin berterima kasih kepada kakitangan syarikat yang lain seperti
Encik Soffian (pengurus projek), Encik Farid (kerani tapak) dan
Encik Azim (quantity surveyor) kerana mereka ini juga banyak
memberikan tunjuk ajar kepada saya.Disamping itu juga, saya ingin
berterima kasih kepada Tuan Haji Amirkhan B. Suwandi kerana sudi
datang melawat saya di tapak bina dan menilai prestasi saya disini
sebagai tuntuan bagi fakulti Pusat Pengajian Diploma. Saya dinilai
dengan baik dan mesra oleh beliau sepanjang lawatan dilakukan.
BAB 1PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENDAHULUANProgram Latihan Industri ini merupakan suatu
komponen penting kurikulum program diploma dan sarjana muda yang
ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Universiti ini
yang terdahulunya dikenali sebagai (KUiTTHO). Program latihan
industri ini diwajibkan kepada semua pelajar bagi mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran teknikal . Secara tidak langsung dapat
memberi peluang untuk belajar sambil merasai sendiri pengalaman
berkerja di syarikat tempatan. Program ini juga berupaya
menyesuaikan para pelajar dengan alam pekerjaan yang bakal
diceburi.
1.2 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRIMatlamat utama program Latihan
Industri adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menjalani
latihan pratikal di sektor pekerjaan dalam bidang kejuruteraan,
teknologi dan pengurusan bagi meningkatkan kemahiran profesional
dan kemahiran interpersonel sebagai seorang profesional.
1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRIProgram ini dirancang untuk
membantu pelajar mencapai objektif berikut :(a) Mendapat pendedahan
pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam
bidang masing-masing.(b) Memberi peluang untuk berkomunikasi dan
bekerjasama dengan para profesional dari pelbagai bidang.(c)
Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisai
professional.(d) Membina daya kreativiti, kemhiran teknikal,
interpersonal dan komunikasi.(e) Menjalin dan mengeratkan hubungan
dengan ahli professional dari luar kampus.1.4 OBJEKTIF LAPORAN
LATIHAN INDUSTRIBuku log digunakan oleh pelajar untuk melaporkan
aktiviti-aktiviti atau kerja yang telah dilaksanakan dan
pengetahuan-pengetahuan baru yang diperolehi sepanjang program
Latihan Industri. Buku log ini bertindak sebagai salah satu
instrument penilaian pencapaian prestasi pelajar sepanjang
menjalani program ini.Oleh itu adalah mustahak pelajar mempunyai
disiplin diri untuk mencatatkan semua aspek latihan yang dilalui
dalam buku log ini setiap hari dengan kemas dan sistematik agar
penyemakan dan penilaian yang sebaiknya dapat dilakukan oleh
penyelia.
1.5 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
(a) Mempertingkatkan kompentasi dan daya saing dalam bidang
pengkhususan masing-masing.(b) Menghubungkait pengalaman di tempat
kerja dengan ilmu yang dipelajar di IPT.(c) Mengaplikasi teori dan
pengetahuan akademik yang dipelajari.(d) Menambahbaik kemahiran
berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.(e) Menimba
pengalaman dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk memilih
pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian.
BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1MAKLUMAT SYARIKATName:SHAHAB BUILDERS & ENGINEERING SDN.
BHD.Board of Directors:Tuan Haji Syed Zainal Abidin B. Syed
Abdullah Dato Syed Zulkiflee B. Syed Abdullah Tuan Syed Zaini
Shahar B. Shahabudin Tuan Syed Anuar B. Syed Abdullah Datin Hajjah
Noor Mah B. OmarCompany Secretery: Mr. K. Gengadaran LPD Management
No. 1465, Jalan Teratai, Taman Sultan Badlishah 05050 Alor Setar,
Kedah Darulaman.Registered Office: No. 1465, Jalan Teratai Taman
Sultan Badlishah 05050 Alor Setar, Kedah Darulaman.Business
Address: 120-A, Taman Nakishah Jalan Datu Kumbar 05450 Alor Setar,
Kedah Darulaman. Tel : 04-7320688 Fax : 04-7329266Capital
Structure: Authorized- RM1,000,000.00 Paid up- RM
750,000.00Advocates & Solicitors: Messr. Jayadeva & Kamal
No 92, Tingkat 1, 2 & 3 Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid
Fasa 1, Persiaran Sultan Abdul Halim 05050 Alor Setar, Kedah
Darulaman.Auditors:Messr. Lim Teoh & Co.502-503, Jalan Pintu
Sepuluh05100 Alor Setar, Kedah Darulaman.
Bankers:Bank Muamalat Malaysia BerhadLot T-1, Tingkat Bawah,
Wisma PKNKJalan Sultan Badlishah05000 Alor Setar, Kedah
Darulaman
CIMB Bank Berhad1519B, 1st Floor, Jalan Ibrahim0500, Alor
SetarKedah Darulaman.
Contact Person:General Management Tuan Syed Zainal Abidin B.
Syed Abdullah
Technical and Contracts En. Soffian B. Zainal
Commercial and Financial Nurul Nadila Bt. Ahmad Safri
Construction Industry Development (CIDB): Perakuan Pendaftaran
No. Pendaftaran 1970704 KD038826 Gred, Kategori dan Pengkhususan
BerdaftarG7BB04B02B13B24B12B14G7CECE21CE01CE10CE13CE20CE34CE36G7MEM15E10
Tarikh Mula Berkuatkuasa:24 Julai 2012 Tarikh Habis Tempoh
Perakuan:23 Julai 2015Construction Industry Development (CIDB):
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan No. Pendaftaran 1970704-KD038826
Gred, Kategori dan Pengkhususan BerdaftarG7B ( Pembinaan Bangunan )
B04B02B13B24B12B14G7CE ( Pembinaan Kejuruteraan Awam
)CE21CE01CE10CE13CE20CE34CE36G7ME ( Mekanikal dan Elektrikal
)M15E10 Tempoh Sah Laku:Dari: 06/08/2012Hingga:23/07/2015Pusat
Khidmat Kontraktor ( PKK ) : Sijil Kontraktor Kerja Taraf
Bumiputera No. Sijil Pendaftaran 1970704-KD038826 Gred Pendaftaran:
G7 ( Bumiputera ) Tempoh Sah
Laku:Dari:15/10/2012Hingga:23/07/2015
2.2 PROJECT ORGANISATION CHART 2014
MANAGING DIRECTORSYED ZAINAL ABIDIN B. SYED ABDULLAH
PROJECT DIRECTORSYED ANUAR B. SYED ABDULLAHTECHNICAL
DIRECTORSYED ZAINI SHAHAR SHAHABUDIN B. SYED ABDULLAH
QUANTITY SURVEYMOHD AZIM B. PUTEHADMINISTRATION EXECUTIVENIK NOR
HAZIRAHANIM BT. BUKHARIPROJECT MANAGERSOFFIAN B. ZAINAL
ACCOUNT EXECUTIVENURUL NADILA BT. AHMAD SAFRIASSISTANT
Q.SZAHARIN B. ZAINOLSENIOR SITE SUPERVISORZAN AHMADSENIOR SITE
SUPERVISORCHE DAUD HASHIM
SITE SUPERVISORSYAZLINA IRYANI BT. ABDUL HALIMSITE
SUPERVISORROSDIANA BT. MOHAMAD RAPIAHSITE SUPERVISORSYED MOHD
FIRDAUS B. SYED HUSSEIN
GENERAL CLERKSUHANA MAHTARSITE CLERKELIAS B. AWANG
TRADEMANTRADEMANTRADEMANTRADEMAN
2.3Objektif SyarikatObjektif syarikat ini terbahagi kepada dua
iaitu Objektif Kualiti dan Polisi Kualiti.
Objektif Kualiti adalah seperti berikut :-a) Semua projek siap
100% tepat pada masa.b) 80% pembelian produk diterima tepat pada
masa untuk setiap bulan.c) Bahan buangan adalah kurang daripada 5%
untuk setiap projek.d) Aduan daripada pelanggan kurang 3 kes untuk
setiap bulan.
We at Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd shall be
commited : Strive towards excellent quality works and continual
quality improvement in Quality Management System. Statisfy
legislative and customer requirement through communication amongst
all relevant parties.
2.4Sejarah SyarikatShahab Builders & Engineering Sdn. Bhd
telah diperbadankan di Malaysia dibawah Akta Syarikat 1965 pada 8
November 1994 dan pejabatnya telah didaftarkan di 1465, Jalan
Teratai, Taman Sultan Badlishah, 05050 Alor Setar, Kedah Darul
Aman. Syarikat ini bermodalkan RM1,000,000 pada tarikh
diperbadankan. Prinsip utama bagi syarikat ini adalah pembinaan dan
kerjuruteraan awam. Bermula pada tarikh ditubuhkan, penglibatan
tuan pengarah syarikat melalui kerjasama dengan Syarikat Sakan Sdn.
Bhd dan Seng Hong Enterprise Sdn. Bhd selama lebih daripada 15
tahun di dalam pembangunan pemilikan dan pembinaan sektor. Langkah
kerjasama secara berterusan yang dilakukan oleh tuan pengarah
syarikat telah mempelbagaikan sektor pembinaan bagi syarikat ini.
Syarikat ini juga telah mendapat manfaat berterusan daripada
persefahaman antara Syarikat Sakan Sdn. Bhd dan Seng Hong
Enterprise Sdn. Bhd. Dari tahun 1994-2005, syarikat ini telah
membuktikan penyerahan dan penyiapan semua kontrak yang telah
diterima. Pada tarikh 24 September 2000, syarikat ini akhirnya
telah mencapai sasarannya menjadi 100% status syarikat bumiputera
melalui kerjasamanya dengan pengarah syarikat Aima Developtment
Sdn. Bhd. Perhubungan dua hala ini sebagai satu pasukan pengurusan
akan menambahkan potensi syarikat ini pada masa akan datang.Gross
Domestic Product (GDP) telah meningkat pada kadar sederhana iaitu
dari tahun 1999 ke 2004 sebanyak 5.2%. Sepanjang tahun tersebut
industri pembinaan negara Malaysia tidak mengalami peningkatan
ketara dengan hanya mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.4%. Sektor
ini telah menjadi penyumbang kecil kepada peningkatan ekonomi
negara. Pembatalan beberapa jumlah projek berskala besar telah
dikenalpasti sebagai faktor utama industri ini menjadi perlahan
dalam tahun terdekat. Faktor lain pula adalah disebabkan
pergantungan kepada buruh tempatan, keengganan pengambilan
teknologi dan perubahan pada pasaran. Dalam usaha untuk mencari
punca kemerosotan ekonomi dan mengiatkan pertumbuhan ekonomi,
kerajaan telah memperkenalkan Majlis Pembangunan Ekonomi.
Industri pembinaan telah mengalami pertumbuhan mantap melepasi
tahun-tahun sebelumnya sehingga tahun 1997. Walaubagaimanapun
industri pembinaan kurang merasai kesan daripada krisis ekonomi
global. Pihak kerajaan merancang pelbagai strategi yang merangkumi
penstabilan mata wang ringgit, pengembalian keteguhan pasaran,
mengekalkan kestabilan sektor kewangan negara, dan menguatkan
ekonomi utama negara. Banyak manfaat yang diperolehi selepas
daripada perancangan itu dengan peningkatan industri ini tahun demi
tahun. Dengan penglihatan negara yang agak baik, peningkatan
perindustrian negara menjelang Visi 2020, pembangunan sektor jangka
masa panjang tampak menyakinkan.Strategi yang diatur bersama
sekutunya Syarikat Sakan Sdn .Bhd dan Aima Development Sdn. Bhd
telah menyumbang manfaat yang besar dalam pendapatan kontrak segera
dan pembekalan bahan bangunan.Fokus pembangunan dan pembinaan
merangkumi :-i.Pembangunan perumahan Kos rendah Kos sederhana
Banglo dan pembangunan perumahan mewah.ii.Jenis-jenis unit
perumahan Teres Semi-D Rumah sesebuahiii.Pembangunan komersial
Kedai/pejabat Kompleks komersial Pusat membeli belahiv.Pembangunan
industri Kilang teres Kilang semi-D Kilang sesebuah Lot
industri2.5Kakitangan Syarikat
NO.NAMEAGEQUALIFICATION EXPERIENCE
1.Managing DirectorSyed Zainal Abidin B. Syed Abdullah62B.Social
Sc (USM)*13 years (Banking)*19 years (Construction)
2.Technical DirectorSyed Zaini Shahar Shahabudin B. Syed
Abdullah51B.Eng (Civil)*24 years
3.Project DirectorSyed Anuar B. Syed Abdullah55Dip.in Small
& Medium Ind. Promotion Corp (Training Inst Korea)*25 years
4.Project ManagerSoffian B. Zainal56B.Architecture (USM)*24
years
5.QSMohamad Azim B.Puteh38Dip. In Q. Surveying (UiTM)*16
years
6.Assistant QSZaharin B. Zainol42Cert. in Q.Surveying
(POLIMAS)*21 years
7.Senior Site Supervisor-Che Daud B. Hashim
-Zan B. Ahmad50
57Cert. in Draughtmanship (IKM)Exprience*26 years
*19 years
8.Site Supervisor-Rosdiana Bt. Mohamad Rapiah-Syazlina Iryanni
Bt. Abdul Halim-Syed Mohd Firdaus B. Syed Hussein28
23
23Dip. In Building Technology (KKTM)Dip. In Civil Engineering
(POLITEKNIK)Dip. In Civil Engineering (POLITEKNIK)*5 years
*2 years
*2 years
NO.NAMEAGEQUALIFICATION EXPERIENCE
9.Site ClerkElias B. Awang47Exprience*8 years
10.Account ExecutiveNurul Nadila Bt. Ahmad Safri25Dip. Acc
(POLITEKNIK)*4 years
11.Administration ExecutiveNik Nor Hazirahanim Bt. Bukhari36B.
BA (UM)*9 years
12.Admin ClerkSuhana Bt. Makhtar33(STPM)*13 years
2.6Senarai Projek 1.Cadangan Membina Dan Menyiapkan Projek
Perumahan 33 Uint Terdiri Daripada 6 Unit Rumah Banglo 2 Tingkat,
Di Atas Sebahagian Lot 1918, Mukim Naga, Daerah Kubang Pasu, Kedah
Darul Aman. (Taman Tengku Maheran 6) Pemilik: Aima Developtment
Sdn. Bhd. Nilai Kontrak: RM 6,302,157.00 Tarikh Mula: 01-12-11
Tarikh Siap: 01-12-132.Cadangan Pembangunan Perumahan &
Perniagaan Yang Mengandungi 8 Unit Kedai Pejabat 3 Tingkat, 21 Unit
Kedai Pejabat 2 Tingkat, 63 Unit Rumah Teres 2 Tingkat & 8 Unit
(Taman Putra Utama Fasa 1) Pemilik: Aima Developtment Sdn. Bhd.
Nilai Kontrak: RM 13,810,730.00 Tarikh Mula: 10-05-12 Tarikh Siap:
09-11-143.Cadangan Membina Dan Menyiapkan 4 Unit Rumah Sesebuah 1
Tingkat dan 26 Unit Rumah Berkembar 1 Tingkat Di Atas Lot 1398,
Mukim Kangkung, Daerah Kota Setar Kedah Darul Aman. (Taman Mayang
Sari) Pemilik: Syarikat Sakan Sdn .Bhd Nilai Kontrak: RM
3,014,000.00 Tarikh Mula: 01-04-13 Tarikh Siap: 01-10-14
4.Cadangan Membina Dan Menyiapkan 7 Unit Rumah Banglo Jenis A (
Lot 1, 2, 75) & Jenis B (Lot 3, 4, 183, 184) Taman Shahab II
Alor Setar Kedah. (Taman Shahab II) Pemilik: Syarikat Sakan Sdn Bhd
Nilai Kontrak: 1,945,399.00 Tarikh Mula: 07-07-13 Tarikh Siap:
06-07-155.Cadangan Pindaan Kepada Pelan Pindaan Yang Telah
Diluluskan Bertarikh:18 April 2010.Rujukan : MBAS/B/19/06/(62A
1-62A) Untuk :a) 1 Unit Rumah Sesebuah 2 Tingkatb) 26 Unit Rumah
Berkembar 2 Tingkat Type Ac) 4 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat Type
B(Fasa 2B) Di Atas Sebahagian Lot 1198, Mukim Kuala Kedah, Daerah
Kota Setar, Kedah Darul Aman ( Taman Nusantara Fasa 2B) Pemilik:
Kedah Holdings Sdn. Bhd Nilai Kontrak: RM 6,200,00.00 Tarikh Mula:
01-01-14 Tarikh Siap: 31-03-156.Cadangan Membina Dan Menyiapkan 3
Unit Kedai Pejabat Di Atas Lot PT 4856; PT 4857; PT 4859 Dan 1 Unit
Rumah Berasingan 2 Tingkat Di Atas Lot PT 4859 Dan 2 Unit Rumah
Berkembar 2 Tingkat Di Atas Lot PT 4860 & PT 4861 Seksyen 53
Suka Menanti Alor Setar Kedah. Pemilik: Syarikat Sakan Sdn. Bhd
Nilai Kontrak: RM 2,100,300.00 Tarikh Mula: 15-06-14 Tarikh Siap:
15-12-15
BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN
3.1RINGKASAN MINGGUAN
TARIKHRINGKASAN KERJA / AKTIVITI HARIANMASA YANG
DIAMBIL(JAM)
DariHingga
23/628/6Minggu 1 Taklimat dan penerangan awal Menyelia pekerja
di tapak bina Membaca pelan bangunan Perjalanan kerja konkrit
Mengira dan mengesahkan penerimaan barang
24332
30/66/7Minggu 2 Teknik bukaan formwork Pemasangan paip Bancuhan
mortar Memastikan dinding bata memenuhi kehendak pelan. Teknik
kerja konkrit
3324
3
7/713/7Minggu 3 Teknik ikatan bata Urusan penerimaan barang
(simen) Menyemak kedudukan pintu dan tingkap Kaedah pembetulan
semula struktur (column) Menyediakan bahan untuk laporan kemajuan
kerja Teknik pemasangan pile cap324
3
2
3
TARIKHRINGKASAN KERJA / AKTIVITI HARIANMASA YANG
DIAMBIL(JAM)
DariHingga
14/719/7Minggu 4 Persediaan bagi mesyuarat tapak Persediaan
untuk lawatan pihak ISO Pemasangan roof trusses Pemasangan formwork
staircase Teknik lepaan
43322
21/724/7Minggu 5 Kerja konkrit bagi beam dan slab Langkah
pencegahan (cuaca) Membersihkan jalanraya awam (aduan) Kerja
penimbusan pile cap.3242
25/73/8Minggu 6 Cuti Hari Raya Aidilfitri
-
4/8Minggu 7 Kerja konkrit bagi roofbeam Menyemak kedudukan
asas/foundation Pemasangan formwork bagi staircase Kerja konkrit
bagi staircase Kerja quantity survey (drainage) Kerja mengukur
panjang parit 333344
TARIKHRINGKASAN KERJA / AKTIVITI HARIANMASA YANG
DIAMBIL(JAM)
DariHingga
11/817/8Minggu 8 Penerimaan barang (atap rumah) Kerja penyediaan
formwork baru Pemeriksaan sebelum kerja konkrit dilakukan.
Persediaan bagi mesyuarat tapak Kerja konkrit bagi roofbeam
Jenis-jenis simen2342242
18/824/8Minggu 9 Langkah hasilkan konkrit bermutu Kaedah ujian
penurunan Kerja pemadatan di tapak bina Jenis ikatan tembok bata
Kerja bata bertetulang Pemasangan lantai bawah224333
25/830/8Minggu 10 Pengelasan bumbung Pemasangan genting rata
Jenis binaan tangga Menambat binaan peranca2222
BAB 4AKTIVITI&LATIHAN
4.1 SKOP LATIHANPengalaman yang saya perolehi semasa menjalani
latihan industri ini adalah amat menarik kerana sebelum ini saya
hanya mempelajari teori semasa kuliah. Namun ianya amat berbaloi
kerana dapat melihat sendiri segala kerja kejuruteraan yang pernah
dipelajari. Oleh itu, saya dapat membandingkan dengan apa yang
telah saya pelajari. Ilmu yang diselangi dengan pengalaman dapat
membantu saya lebih memahami dan mencintai ilmu kejeruteraan yang
telah saya ceburi ini. Semasa menjalani latihan saya di dedahkan
dengan tugas-tugas sebagai seorang penyelia tapak. Pendedahan ini
amat penting kerana mengajarkan akan tugas sebenar seorang penyelia
tapak. Setiap hari saya akan mengambil kehadiran para pekerja di
tapak bina mengikut jenis pekerja masing seperti tukang kayu, besi,
dinding bata dan konkrit. Selain itu, saya juga perlu mencatat
segala kerja yang sedang berlangsung di tapak bina, jumlah mesin,
dan juga kadar hujan mengikut jam. Semua maklumat ini perlu diisi
ke dalam diari tapak setiap hari.Seterusnya, saya juga belajar
tentang aturcara menguruskan urusan penerimaan barang di tapak
bina. Segala barang perlu dikira terlebih dahulu supaya mencukupi
seperti yang tertulis di dalam delivery order yang diterima.
Sekiranya barang yang diterima mencukupi tandatangan dan cop
pengesahan diturunkan.Kaedah dan teknik untuk membaca pelan
bangunan juga telah saya pelajari semasa menjalani latihan. Latihan
ini dilakukan dengan membandingkan struktur yang telah di dirikan
menepati kehendak pelan dari segi rekabentuk dan ukurannya. Sebagai
langkah pemeriksaan saya mengukur sendiri setiap bahagian yang
terlibat dengan mengunakan pita ukur. Hal ini demikian sebagai
pihak kontraktor kita hendaklah mematuhi segala lukisan yang telah
dikeluarkan oleh pihak klien agar tidak berlaku perbalahan di
kemudian hari.Saya juga seringkali diberikan tugas untuk mengira
anggaran kuantiti bahan yang diperlukan untuk sesuatu kerja. Antara
contoh anggaran kuantiti bahan yang telah dilakukan adalah
pengiraan untuk menentukan jumlah atap bagi blok bangunan.
Pengiraan ini dilakukan dengan mengunakan pandangan pelan bangunan.
Diketahui pula kecondongan bagi bumbung jenis tibar layar ini
adalah 25. Oleh itu kaedah pengiraan luas diguna pakai untuk
menentukan jumlah atap yang diperlukan.
-Pandangan pelan bagi rumah dua tingkat berkembar Type A-
4.2 KANDUNGAN LATIHANBerikut adalah kandungan latihan yang telah
saya pelajari sepanjang latihan industri ini. Latihan ini
diperolehi ditapak projek yang sedang dalam pembinaan. Semasa saya
memulakan latihan, kerja-kerja ditapak bina telah berlangsung dan
kebanyakkannya adalah pada proses pembinaan superstruktur. Oleh
itu, di dalam kandungan latihan ini saya cuma sertakan pembinaan
bagi superstruktur bagi projek taman perumahan iaitu projek
perumahan Taman Nusantara Fasa 2B.
4.2.1MEMBACA PELAN BANGUNANSemasa menjalani latihan saya telah
banyak belajar mengenai kaedah dan cara untuk membaca pelan dengan
bimbingan daripada penyelia industri. Perkara ini amat mustahak
untuk memastikan kerja yang dijlalankan di tapak bina memenuhi
kehendak pelan dari segi rekabentuk, kedudukan, dan ukuran.
Sekiranya hal ini tidak dipatuhi pihak kontraktor boleh didakwa
kerana tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam
dokumen tender.Pada permulaanya saya telah belajar membaca pelan
bagi door schedule dan window schedule. Saya telah menjalankan
pemerhatian pada struktur yang telah disiapkan untuk memastikan
segalanya dipatuhi seperti yang tertulis pada pelan bangunan.
Kedudukan bagi pintu pada rumah contoh (Blok A) didapati salah
pemasangan bingkainya kerana engsel tidak berada pada arah yang
sepatutnya. Oleh itu, bingkai pintu perlu dibuka semula dan diubah
kepada yang arah yang sepatutnya. Pemerhatian juga dijalankan pada
tingkap dan didapati berlaku kesalahan kerana lebarnya kurang
daripada ukuran sebenar. Kerja pembaikan dilakukan segera dengan
memecahkan dinding bata agar mendapatkan lebar yang
sepatutnya.Selain itu, saya juga turut meneliti pelan bagi
pembinaan dinding bata. Segala lebar dan tinggi dinding bata diukur
sendiri oleh saya dengan mengunakan pita ukur. Didapati dinding
bata pada rumah contoh ini adalah mengikut pelan. Saya juga telah
membantu tukang bata untuk memberikan bantuan sekiranya terdapat
bahagian pada dinding bata yang mengalami masalah dari segi
kedudukan dan ukurannya. Dengan bantuan pelan yang sedia ada saya
telah membantu menyelesaikan permasalahan ini. Disamping itu, saya
juga telah meneliti pelan untuk tangga bangunan. Pada bangunan ini
terdapat 20 anak tangga serta ketinggian bagi riser adalah 172.5mm
dan thread adalah 255mm. Pemerhatian juga telah saya lakukan pada
struktur tangga yang telah disiapkan dan didapati segalanya adalah
baik dan memenuhi kehendak pelan.
WINDOW SCHEDULE
STAIRCASE DETAILS
4.2.2ACUAN KONKRIT (FORMWORK)
Sepanjang latihan juga telah mempelajari kaedah dan teknik dalam
pemasangan formwork ditapak bina. Formwork yang terlibat dalam
struktur-struktur seperti pile cap, column, slab dan beam. Berikut
adalah dapatan yang telah saya perolehi sepanjang latihan.4.2.2.1
Fungsi bahagian-bahagian acuan Bentuk binaan konkrit boleh dibina
mengikut sebarang rekaan yang dicipta mengikut kegunaan acuan.
Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang
dan sebagainya. Acuan adalah binaan sementara dan mesti
ditanggalkan selepas kerja konkrit yang dibuat cukup itu
kuat.Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan acuan :a) Lapik
papan (sheathing) terdiri daripada papan bertanggam lidah dan
lurah.b) Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan
menyokong belebas pada jarak yang sama.c) Belebas merupakan
tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan supaya kedudukannya
tidak berubah.d) Susur dinding (waler) ialah untuk memastikan
kelurusan acuan serta mengukuhkannya.e) Tupang menentukan jarak
diantara kedua-dua lapik papan dalam acuan.f) Rembat bertujuan
mengukuh dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan
semasa bancuhan konkrit ditempatkan.
4.2.2.2Jangka masa penanggalan acuanAcuan haruslah menetap
sehingga konkrit mencapai kekuatan yang cukup untuk menanggung
beban sendiri dan beban yabg disokong. Jangkamasa untuk
menanggalkan acuan bagi bahagian-bahagian yang berlainan adalah
seperti berikut :
Bil.Bahagian acuanJangka masa
1Tepi rasuk, tiang dan tembok2 6 hari
2Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)7 14 hari
3Papak tepi (yang dibebankan)Tidak kurang 7 hari
4Papak bawah (yang dibebankan)28 hari
4.2.2.3Langkah-langkah keselamatan dalam pembinaan
acuanLangkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi dalam
pembinaan acuan adalah seperti berikut :a) Memastikan bahan-bahan
yang digunakan untuk membina acuan mengikut peraturan. Bahan-bahan
yang mempunyai kecacatan tidak boleh digunakan.b) Pemasangan
mestilah kukuh dengan melakukan sokongan mengunakan papan penggalas
dan baji pada kaki jermang. Semua jermang hendaklah dipasakkan
dengan rembat atau tupang.c) Pemeriksaan hendaklah dibuat sebelum
penempatan konkrit.d) Permukaan tempat acuan hendaklah disapu
dengan minyak bagi memudahkan penanggalannya.
Kerja penanggalan acuan
Acuan konkrit bagi staircase
Formwork bagi slab yang sedia untuk dibuka
Formwork bagi column dan 1st floor beam yang telah siap
dipasang4.2.3Kerja Tetulang
4.2.3.1Pengenalan Dalam kerja binaan konkrit tetulang, bar
tetulang ialah sejenis besi yang berbentuk bulat dan panjang yang
digunakan sebagai tetulang. Konkrit biasanya tidak berupaya
menanggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan.
Struktur-struktur seperti tiang, lantai, rasuk, dan lain-lain
bahagian sering mengalami tegasan tegangan. Oleh itu, konkrit biasa
adalah tidak sesuai digunakan, maka ia diatasi dengan mengunakan
konkrit bertetulang (reinforcement concrete) iaitu dengan
mencantumkan besi tetulang dengan konkrit.
4.2.3.2Jenis bar tetulanga) Keluli lembut (hot rolled mild
steel)b) Bar berbunga (deformed bar)c) Tetulang anyaman (BRC steel
fabric)d) Dawai keluli tegangan tinggi (high tensile wire)
4.2.3.3Penyimpanan besi tetulangBagi kegunaan ditapak, besi
tetulang dihantar ke tapak. Apabila ia sampai ke tapak ia perlu
diikat dan diasingkan mengikut saiz dan jenis. Apabila besi
tetulang telah sampai ke tapak bina, pemeriksaan keadaan bar
tetulang itu perlu dilakukan dan permerhatian kadar karatnya dan
kebengkokkannya. Jika kadar karatnya terlampau teruk, ia hendaklah
diganti kerana kemungkinan ia akan merosakkan struktur bangunan.
Bar-bar tetulang hendaklah diletakkan diatas lapik mengikut
pembahagian supaya ia tidak berkarat dan mudah diambil untuk
pengunaan. Tetulang hendaklah sentiasa bersih dan jauh dari kotoran
minyak, tanah, karat, dan lain bahan.
4.2.3.4Pembengkokan besi tetulangLukisan kejuruteraan yang
disertakan untuk sesuatu pembinaan memainkan peranan pada bahagian
ini. Kerja pembengkokan bar tetulang dilakukan mengikutnya.
Pembengkokan bender atau hooker berguna dalam membengkok bar
tetulang yang saiznya kurang daripada 25mm. Bagi bar tetulang yang
lebih daripada 28mm ia boleh dibengkokkan dengan memanaskan bar
tetulang tersebut.Bar tetulang utama hendaklah dibentukkan cangkuk
atau tambatan pada hujungnya. Selepas ia dibengkokkan ia dihantar
ke tapak dan dipasang ke dalam acuan. Bagi kerja pemasangan ia
diikat dengan mengunakan dawai halus yang berdiameter 1.63mm.
4.2.3.5Pemasangan tetulang keluliTetulang keluli yang dipasang
pada rasuk perlu diikatkan dahulu dengan link. Kerja pengikatan
link adalah dilakukan dikawasan bawah. Kerja-kerja pengiikatan link
adalah seperti yang berikut:-a) Tetulang keluli yang hendak
dipasang adalah diletakkan diatas dua perancab) Link akan
dimasukkan ke dalam sekeliling tetulang serta dijarakkan 150mm atau
200mm pusat ke pusat mengikut bentuknya.c) Seterusnya, link akan
diikat pada tetulang dengan dawai mengunakan cangkuk
pengikatnya.
Keadaan besi yang berkarat akibat pengabaian kaedah
penyimpanan.
Kedudukan link pada tetulang.
Alat pemotong yang digunakan untuk memotong tetulang.
Kerja memasukkan tetulang ke dalam formwork beam.
4.2.4Kerja konkrit4.2.4.1PengenalanKonkrit merupakan sejenis
bahan yang dihasilkan daripada gabungan simen, batu baur halus,
batu baur kasar dan air mengikut nisbah tertentu. Konkrit juga
adakalanya perlu ditambah dengan bahan tambah untuk tujuan
meningkatkan taraf pada sifat-sifat konkrit. Konkrit boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kegunaannya. Jenis
konkrit adalah seperti berikut :-i. Konkrit simenii. Konkrit
bertetulangiii. Konkrit kapur
4.2.4.2Membancuh konkritKonkrit boleh dibancuh dengan cara iaitu
:-i- Membancuh dengan mengunakan penyodok.ii- Membancuh dengan
mengunakan mesin penggaul.iii- Bekalan daripada kilang bancuh
siap.Biasanya membancuh konkrit dengan mengunakan penyodok atau
concrete mixer adalah bagi kuantiti yang kecil sahaja. Sukatan
simen perlu ditambah kira-kira 10% lagi untuk memudahkan
kerja-kerja membancuh. Semasa membancuh konkrit dengan cara ini,
bahan campuran akan digaul kering dahulu. Kemudian air akan
dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatan airnya mencukupi.
Kerja menggaul dilakukan sehingga campuran bahan itu sekata.Untuk
projek-projek besar, jumlah konkrit yang diperlukan adalah banyak.
Bancuhan konkrit biasanya adalah daripada kilang bancuhan siap.
Pembancuhan ini baik di kilang ataupun ditapak perlulah mematuhi
nisbah bancuhan yang ditentukan untuk menghasilkan konkrit yang
berkualiti.
4.2.4.3Jenis-jenis gred konkritPada masa kini, jenis-jenis
bancuhan konkrit lebih dispesifikasikan sebagai gred-gred konkrit
yang tertentu. Bancuhan konkrit tidak lagi dikenali dengan campuran
nisbah bancuhan. Gred ini didefinisikan sebagai satu nombor yang
membayangkan Campuran konkrit akan digredkan dengan gred-gred
berikut :-a) G15 (1:3:6)b) G20 (1:2:4)c) G25 (1:1.5:3)d) G30
(1:1:2)
4.2.4.4Ujian keatas bancuhan konkritTujuan utama ujian ini
dilakukan adalah untuk mengetahui kekuatan sesuatu konkrit. Dengan
adanya ujian ini ia akan dapat menentukan samada bancuhan ini
sesuai untuk kegunaan berkenaan ataupun untuk mencapai kehendak
kekuatan mampatan yang dikehendaki dalam kerja-kerja
pembinaan.Jenis-jenis ujian konkrit adalah :-a) Ujian Runtuhb)
Ujian Kiubc) Ujian Vebe Consistometerd) Ujian Faktor Mampatan
Konkrit bancuhan siap.
Konkrit bagi 1st floor slab
Pemadatan dilakukan selepas konkrit dimasukkan ke dalam
acuan.
Honeycomb berlaku jika konkrit tidak dipadatkan dengan
sempurna.
4.2.5Kerja bata
4.2.5.1PengenalanDalam kerja bata, terdapat 3 bahan penting yang
diperlukan antaranya :-1. Simen - simen hendaklah daripada jenis
Portland biasa.2. Pasir - pasir untuk penghasilan mortar hendaklah
daripada jenis pasir tawar yang keras, bersih dan bebas daripada
sebarang selapur atau kotoran lain.3. Mortar mortar hendaklah
mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir dan dicampur
dengan bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah digunakan
mengikut piawai yang ditetapkan.
4.2.5.2Prinsip utama ikatan bataPrinsip-prinsip utama dalam
pengikatan bata ialah :-1. Mengadakan lekap bata atau bata untuk
mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus baik di permukaan
mahupun di dalam tembok.2. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan
oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan
kestabilan tembok yang dibina. Prinsip kedua pula mengawal kesenian
rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak
terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan, kekuatan dan
kestabilanya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang
berterusan ini seboleh-bolehnya hendaklah dalam segala kerja
bata.
4.2.5.3Jenis ikatan bataJenis ikatan atau susunan yang boleh
dibuat apabila bata digunakan dalam pembinaan tembok adalah banyak
tetapi untuk tembok setengah bata, cara susunan yang boleh
digunakan hanyalah ikatan sisi bata. Boleh dikatakan kesemua jenis
ikatan kecuali ikatan sisi bata sesuai digunakan untuk pembinaan
tembok satu bata tebal atau lebih. Jenis ikatan bata yang digunakan
pada struktur projek ini adalah jenis ikatan sisi bata. Ikatan
jenis ini adalah digunakan pada tembok yang tebalnya bata atau
112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata kepada
kepalanya. Lekapan ialah bata. Pembinaan bermula dengan satu
lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu
bata setengah diikuti dengan bata sis penuh dan seterusnya. Tembok
yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung
yang tinggi. Oleh itu, ianya digunakan pada jenis binaan yang
tertentu seperti tembok sekatan, tembok tandas, dan
sebagainya.4.2.5.4Kerja-kerja pembinaan ikatan bata1. Benang dan
pelambab digunakan untuk menandakan kawasan ikatan bata.2. Benang
akan dipakukan pada bahagian bawah tingkat dan ditarik benang tadi
ke atas mengikut ukuran yang ditetapkan dengan disertakan paku
sebagai pengukuhan.3. Permulaan kerja ikatan bata ialah dengan
penuangan bitumen secara memanjang mengikut tempat ikatan bata
ialah dengan penuangan bitumen secara memanjang mengikut tempat
ikatan bata nanti dibina.4. Lapisan kalis lembab dipotong dan
diletakkan di atas bitumen tadi.5. Dengan mengunakan sudip tangan,
bancuhan mortar akan diturap di atas lapisan kalis lembap.6. Bata
disusun memanjang bermula dari atas mortar tadi. Sambungan antara
bata dengan bata ditempelkan sedikit mortar sebagai pengikat bata
itu.7. Kegunaan benang sebagai bantuan untuk mendapatkan
penghasilan tembok yang benar-benar lurus secara melintang atau
menegak.8. Jaring keluli Exment dipasang pada setiap 4 lapisan bata
yang berfungsi sebagai penguat dan pengukuh kepada ikatan bata itu
sendiri.
Jenis Ikatan sisi bata yang digunakan.
Kerja-kerja mengikat bata yang sedang dijalankan.
Minyak bitumen.
Lapisan kalis lembap.
Dawai Exmet.
BAB 5CADANGAN
BAB 5 CADANGAN
Saya selaku pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia amat
berbesar hati kerana melibatkan diri di dalam latihan industri ini.
Pelbagai faedah dan ilmu telah saya perolehi sepanjang latihan
berlangsung. Program seperti amat baik kerana ia dapat memberikan
pengalaman kepada para pelajar untuk merasai sendiri suasana di
dalam pekerjaan mengikut bidang masing-masing. Dengan ini fikiran
dan pandangan para pelajar terhadap ilmu kejuruteraan semakin
bertambah sejurus selepas tamat latihan. Pengalaman seperti ini
tidak boleh di beli melainkan ianya di usahakan sendiri oleh para
pelajar. Peluang baik seperti ini wajib dimanfaatkan sepenuhnya
oleh para pelajar. Antara cadangan saya adalah menambahkan lagi
bilangan staf di Pejabat Hubungan Universiti dan Industri. Bilangan
staf bertugas untuk menguruskan permohonan para pelajar adalah
tidak mencukupi. Seringkali berlaku kesesakkan di pejabat
menyebabkan berlaku kelewatan dan kesulitan kepada kedua-dua belah
pihak. Isu ini merupakan isu yang patut dipertimbangkan oleh pihak
university bagi menambahkan lagi kelancaran bagi proses permohonan.
Saya juga memerhatikan proses untuk mengambil surat penerimaan
syarikat adalah berlaku secara tidak teratur dan kurang
professional. Surat-surat ini diletakkan pada satu ruangan secara
pukal dan para pelajar itu sendiri perlu mencari nama mereka
sendiri di dalam hampir beratus-ratus helaian itu. Saya
mencadangkan agar pihak pengurusan menyerahkan tugas untuk mencetak
surat penerimaan kepada pelajar itu sendiri. Mewujudkan portal khas
kepada paa pelajar untuk menerima surat penerimaan ini dan
mencetaknya sendiri. Pelajar itu sendiri yang mencetak dan
menyerahkan kepada pejabat secara msing-masing. Hal ini akan
memudahkan lagi proses permohonan dan penerimaan kepada pihak
industri. Selain itu, saya ingin mencadangkan agar pihak industri
memberikan penilaian kepada para pelajar dengan lebih kerap.
Penilaian ini diberikan kepada pihak universiti sebagai pemantauan
dari masa ke semasa. Skop latihan perlu disediakan oleh pihak
industri dan dihantarkan kepada pihak universiti pada minggu
pertama latihan. Hal ini amat penting bagi pengawalan kualiti dan
mutu latihan. Tidak cukup dengan hanya lawatan pada akhir latihan,
lawatan oleh pihak industri perlu dilakukan dengan lebih kerap
lagi. Saya juga ingin mencadangkan agar tempoh masa bagi latihan
industri ditambahkan lagi iaitu dari 2 bulan kepada 6 bulan
latihan. Hal ini demikian, tempoh 2 bulan itu tidak mencukupi bagi
segala latihan yang dirancang. Sekiranya tempoh ini dilanjutkan,
banyak lagi latihan yang bakal diterima oleh para pelajar. Oleh
itu, pelajar akan lebih memahami akan tugasnya dalam industri dan
menjadi lebih cekap dalam bekerja.
BAB 6KESIMPULAN
BAB 6 KESIMPULAN
Sepanjang saya menjalani latihan industri saya telah mempelajari
pelbagai pengetahuan yang baru mengenai bidang Kejuruteraan Awam
ini dengan syarikat Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd.
Saya berpeluang untuk mengadakan latihan di salah sebuah projek
mereka di daerah Kuala kedah. Projek perumahan ini yang diberikan
nama Taman Nusantara Fasa 2B. Disini saya dapat mempraktikkan apa
yang telah saya pelajari semasa di university iaitu dengan
mengikuti kerja-kerja yangberkaitan di tapak bina dan di pejabat.
Selain itu juga saya dapat melihat perkembangan semasa dalam
hal-hal kerja yang berkaitan dengan pembinaan. Pengalaman bekerja
disini tidak akan dapat saya lupakan kerana ianya mengajarkan saya
akan banyak perkara yang selama ini saya tidak ketahui. Belajar
semasa kuliah adalah tidak sama jika dibandingkan dengan pengalaman
latihan industri ini. Ilmu yang pernah dipelajari akan dapat
dipraktikkan. Oleh itu, kefahaman para pelajar akan bertambah baik
terhadap bidang ini. Para pelajar akan lebih bersedia untuk
berkerja setelah menerima pendedahan awal ini. Saya juga amat
berbesar hati kerana dapat menyertai syarikat ini untuk mengadakan
latihan industri. Saya berpeluang bekerja dengan mereka-mereka yang
professional dan jauh lebih berpengalaman. Ini merupakan satu
peluang kepada saya untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin dengan
bantuan golongan ini. Segala perkara baru saya catatkan sebagai
nota tambahan kepada diri saya. Sekurang-kurangnya saya menamatkan
latihan dengan dada yang penuh dan tidaklah sia-sia tanpa
meperolehi sesuatu sepanjang latihan berlangsung. Disamping itu,
saya dapat mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi dengan para
pekerja sama ada dari pihak bawahan mahupun atasan yang terlibat
dengan jabatan ini. Memahami kerenah-kerenah pelanggan yang
mempunyai pelbagai permintaan untuk mendapat kepuasaan dalam
mencapai hasil yang terbaik. Oleh itu, adalah sangat baik latihan
industri ini dijalankan supaya pelajar memahami segala aspek yang
terkandung dalam bidang yang diikuti iaitu Kejuruteraan Awam.
BAB 7RUJUKAN
BAB 7 SUMBER-SUMBER RUJUKAN
Individu1. Encik Zaharin B. Zainol AbidinPenyelia tapak ( Taman
Nusantara Fasa 2B), Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd.Alor
Setar, Kedah
2. Encik Mohamad Azim B. PutehJurukur Bahan.Shahab Builders
& Engineering Sdn. Bhd.Alor Setar, Kedah
3. Encik Soffian B. ZainalPengurus projekShahab Builders &
Engineering Sdn. Bhd.Alor Setar, Kedah
Buku1. Teknologi Binaan BangunanPenulis : Jahman Bin
BadronPenerbit : IBS Buku Sdn. Bhd.
Internet1. www.google.com2. www.yahoo.com.my
BAB 8LAPORAN TEKNIKAL
~ 23 ~