Top Banner
[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683 LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN Maklumat program Kawasan Khidmat Masyarakat: Rumah Amal Anak Yatim YPIN, Sungai Manggis, Banting, Selangor. Tarikh: 26 April 2014. Bilangan Peserta: 12 orang. Mod Program: Banner tulisan tangan. Kelulusan: Mendapat kebenaran daripada pihak JPPel dan juga pemilik Rumah Anak Yatim. Laporan program Pada 26 April 2014 (Sabtu) yang lepas, saya telah menyertai satu program anjuran saya dan rakan-rakan saya sendiri, iaitu Program Amal Tautan Kasih. Program ini berlangsung selama satu hari sahaja, dengan melawat dan melakukan beberapa aktivti di Rumah Amal Anak Yatim YPIN, Banting, Selangor. Dianjurkan sendiri oleh saya dan rakan- rakan yang terdiri daripada 12 orang, kami mengurus dan merangka segala perincian program dan aktiviti demi menjamin kelancaran program ini. Idea untuk menganjurkan program ini diluahkan oleh ketua pengarah kami sendiri, iaitu Saudari Atiqa. Kami merasakan bahawa kami perlu menjalankan tanggungjawab kami sebagai satu kelompok masyarakat yang prihatin dengan nasib anak-anak yatim yang kurang bernasib baik. Setelah berbincang dan mendapat kata sepakat, kami bersetuju untuk mengunjungi rumah anak yatim yang terletak di Banting, Selangor. Selain daripada mencari pahala demi penghitungan di akhirat kelak, kami juga ingin meringankan beban yang ditanggung oleh pengurus rumah anak yatim tersebut. Kami juga ingin mengembirakan hati anak-anak yang kurang bernasib baik dengan memberikan mereka perhatian yang sewajarkan mereka peroleh. Dalam memahirkan kemahiran sosial antara anak-anak yatim, kami juga dapat menjalankan tanggungjawab kami terhadap masyarakat Malaysia. Perasaan tanggungjawab ini seharusnya dipupuk dari awal untuk melahirkan masyarakat yang mapan dan prihatin.
9

LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga

Jun 29, 2019

Download

Documents

nguyentruc
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga

[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683

LAPORAN AKHIR

HHHC9101 – KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

Maklumat program

• Kawasan Khidmat Masyarakat: Rumah Amal Anak Yatim YPIN, Sungai Manggis,

Banting, Selangor.

• Tarikh: 26 April 2014.

• Bilangan Peserta: 12 orang.

• Mod Program: Banner tulisan tangan.

• Kelulusan: Mendapat kebenaran daripada pihak JPPel dan juga pemilik Rumah Anak

Yatim.

Laporan program

Pada 26 April 2014 (Sabtu) yang lepas, saya telah menyertai satu program anjuran

saya dan rakan-rakan saya sendiri, iaitu Program Amal Tautan Kasih. Program ini

berlangsung selama satu hari sahaja, dengan melawat dan melakukan beberapa aktivti di

Rumah Amal Anak Yatim YPIN, Banting, Selangor. Dianjurkan sendiri oleh saya dan rakan-

rakan yang terdiri daripada 12 orang, kami mengurus dan merangka segala perincian program

dan aktiviti demi menjamin kelancaran program ini.

Idea untuk menganjurkan program ini diluahkan oleh ketua pengarah kami sendiri,

iaitu Saudari Atiqa. Kami merasakan bahawa kami perlu menjalankan tanggungjawab kami

sebagai satu kelompok masyarakat yang prihatin dengan nasib anak-anak yatim yang kurang

bernasib baik. Setelah berbincang dan mendapat kata sepakat, kami bersetuju untuk

mengunjungi rumah anak yatim yang terletak di Banting, Selangor. Selain daripada mencari

pahala demi penghitungan di akhirat kelak, kami juga ingin meringankan beban yang

ditanggung oleh pengurus rumah anak yatim tersebut. Kami juga ingin mengembirakan hati

anak-anak yang kurang bernasib baik dengan memberikan mereka perhatian yang sewajarkan

mereka peroleh. Dalam memahirkan kemahiran sosial antara anak-anak yatim, kami juga

dapat menjalankan tanggungjawab kami terhadap masyarakat Malaysia. Perasaan

tanggungjawab ini seharusnya dipupuk dari awal untuk melahirkan masyarakat yang mapan

dan prihatin.

Page 2: LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga

[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683

Setelah mendapat kata sepakat, kami terus membahagi-bahagi tugas dan jawatan untuk

menjamin kelicinan program. Saya diberikan jawatan sebagai Ketua Pengarah Program, atas

pengalaman-pengalaman saya dalam memegang jawatan yang sama sepanjang saya menyertai

apa-apa jenis aktiviti dan program di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya ditugaskan untuk

merangka dan menyenaraikan program-program yang sesuai dari segi interaktif, tahap umur

serta sensitiviti terhadap anak-anak yatim tersebut. Saya juga bertanggungjawab untuk

menyediakan tentatif program, bersesuaian dengan jangka masa sepanjang keberadaan kami

di sana.

Tanggungjawab tersebut saya jalankan dengan penuh dedikasi dan ikhlas, demi

menerbitkan rasa gembira di hati anak-anak yatim tersebut. Berdasarkan pengalaman yang

saya peroleh sepanjang penyertaan saya dalam aktivti dan program di UKM, saya

mengaplikasikan dan mengubahsuai sedikit aktiviti-aktiviti yang pernah saya jalankan untuk

menjana satu kekretifan pada akiviti yang saya rangka tersebut. Atas dasar tanggungjawab

yang saya galas, saya menyiapkan kerja saya dengan cepat supaya ahli-ahli yang lain dapat

melakukan kerja mereka dengan teratur.

Pada hari dimana program itu dijalankan, kami berkumpul bersama anak-anak yatim

tersebut di sebuah dewan. Seperti biasa, kami melakukan aktiviti ice-breaking, namun

terdapat sedikit kelainan di mana aktiviti ini dijalankan dengan penuh kreatif. Disini,

kemahiran sosial saya diperkembangkan lagi apabila saya menggunakan perkataan-perkataan

yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini

benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga hati dan perasaan anak-anak yatim tersebut.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengutuhkan lagi hubungan kami yang pada awalnya

sedikit kekok. Kami berjaya memecahkan tembok komunikasi dan kekok kami bersama anak-

anak yatim tersebut. Satu slot berteraskan pendidikan saya wujudkan atas dasar

kebertanggungjawaban kami sebagai mahasiswa UKM. Dalam slot ini, kami menjemput

rakan satu program dengan kami, iaitu Saudara Ehsan, yang merupakan Yang DiPertua Kelab

Genetik pada waktu itu untuk memberikan motivasi ringkas berkenaan masa hadapan anak-

anak yatim tersebut. Kami memberitahu mereka supaya jangan berputus asa dalam menimba

ilmu dan membina semangat mereka untuk menempuhi cabaran-cabaran yang bakal mereka

lalui kelak. Rata-rata mereka yang terdiri daripada jarak umur 3 tahun – 19 tahun, menerima

Page 3: LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga

[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683

nasihat kami dengan penuh semangat dan berjanji untuk tidak menghampakan harapan kami

untu melihat mereka berjaya. Kami, malahan saya sendiri berasa sangat tersentuh dengan

reaksi, sokongan dan kerjasama yang anak-anak yatim ini berikan kepada kami.

Akhir sekali, saya ingin menegaskan dan menyatakan bahawa kemahiran sosial saya

diasah dan dipertingkatkan lagi dengan menyertai program ini. Saya yang sebelum ini tidak

pernah berjumpa dan berkomunikasi dengan mana-mana anak yatim, berasa sangat sayu

apabila berjumpa secara dua muka dengan mereka. Tidak dinafikan, secara automatik, kami

dapat berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Selain itu, saya juga dapat menunaikan

tanggungjawab saya kepada anak-anak yatim tersebut dengan menyediakan aktiviti-aktiviti

yang mampu mengasah bakat mereka dan menerbitkan rasa gembira dalam hati mereka.

Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan oleh mahasiswa darpada pelbagai jenis

universiti dalam memberikan kesan positif kepada kedua-dua pihak.

Sekian, terima kasih.

Lampiran gambar

Perjumpaan bersama ahli kumpulan untuk mengumpul idea pemilihan tempat rumah anak

yatim.

Page 4: LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga

[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683

Perjumpaan seterusnya untuk memberikan kata putus dalam pemilihan program serta

memberi laporan tentang tugasan masing-masing.

Saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengarah program dengan memantau serta

mengetuai aktiviti ‘ice-breaking’.

Page 5: LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga

[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683

Saya menerangkan cara untuk memperkenalkan diri kepada ahli-ahli yang terlibat.

Dalam aktiviti “Lukisan Rahsia”, saya mengedarkan keperluan-keperluan aktiviti serta

memberikan penerangan tentang bagaimana cara bermain.

Page 6: LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga

[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683

Kami duduk berselang-seli semasa makan tengahari untuk merapatkan ukhwah dan

komunikasi antara kami.

Saya memberikan kata-kata semangat secara persendirian kepada anak-anak ini.

Page 7: LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga

[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683

Saudara Ehsan mengendali slot beliau dan aktiviti ini mendapat kerjasama yang

memberangsangkan dan penuh oleh ahli rumah anak yatim tersebut.

Gambar yang paling menyentuh hati apabila mereka disuruh untuk melukiskan impian mereka

di atas sekeping kertas untuk ditatap setiap hari sebelum tidur.

Page 8: LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga

[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683

Aktiviti kemuncak kami untuk mengeratkan ukhwah serta mengasah kreativiti masing-

masing.

Jelas terpancar keriangan di wajah mereka semasa dalam proses penyiapan banner ini.

Page 9: LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga

[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683

Hasil akhir banner kami. Banner ini digantung dalam dewan mereka sehingga sekarang.

Tag nama yang saya reka untuk dipakai oleh ahli kumpulan kami.