LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1
LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1
ISI KANDUNGAN
PenghargaanPengakuan pelajar Biodata
PenulisPengenalanRasionalMatlamatObjektifAhli jawatankuasa Tentatif
program Belanjawan Laporan hari pertama (06 Mac 2015)Laporan hari
kedua (07 Mac 2015)Laporan hari ketiga (08 Mac 2015)Laporan ahli
jawatankuasa RumusanLaporan dokumentasi Refleksi
Lampiran4.0Belanjawan Lawatan5.0Tentatif Lawatan6.0Perjalanan
LawatanDokumentasi Rumusan LawatanRefleksiLampiran
PENGHARGAAN
Kami ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kerana PISMP GSTT
Sejarah telah berjaya menghasilkan laporan Kursus Kepimpinan
Manikayu Peringkat 1 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku
Ampuan Afzan(IPGKTAA), Kuala Lipis, Pahang ini dengan kerjasama
daripada semua anggota yang telah memberi komitmen tinggi semasa
menjalankan tugas dan seterusnya dapat menghasilkan laporan ini.
Penghasilan laporan ini banyak melibatkan pihak tertentu. Kami
mengambil kesempatan ini untuk merakam penghargaan dan mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
sehingga laporan ini dapat dihasilkan. Kami juga mengucapkan terima
kasih kepada Tuan Haji Wan Mohd Zil Bin Haji Wan Salleh selaku
pensyarah pembimbing yang sentiasa mengambil perhatian serius
terhadap laporan Kursus Kepimpinan Pengakap Kanak-Kanak (Manikayu
Peringkat 1) yang dikemukakan kepada beliau demi meningkatkan
kredibiliti pengurusan kursus dalam membentuk seorang guru yang
berkualiti. Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung telah memberi
kerjasama sepenuhnya semasa melaksanakan kursus ini.Akhir kata,
semoga laporan ini dapat dijadikan panduan dan rujukan bagi semua
pihak agar peningkatan prestasi dan kualiti pengurusan program
secara menyeluruh dapat dipertingkatkan di samping mencapai
kecekapan, keberkesanan dan sitematik dalam pengurusan sumber,
program, dan aktiviti.
PENGAKUAN PELAJAR
Kami akui laporan ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan
sumbernya .
1) Tandatangan: _____________________________________
Nama : MOHD NAZRIN BIN DAUD
No. Kad Pengenalan : 810704-01-6591
Tarikh: _____________________________________
2) Tandatangan : _____________________________________
Nama : NOORMAZIAH BINTI TUAH
No. Kad Pengenalan : 880224-13-5464
Tarikh : _____________________________________
3) Tandatangan : _____________________________________
Nama : SITI SURIYANI BINTI GANI
No. Kad Pengenalan : 870224-13-5158
Tarikh : _____________________________________
4) Tandatangan : _____________________________________
Nama : HAJAR BINTI MOHAMAD ZUDIN
No. Kad Pengenalan : 851214-14-6394
Tarikh : _____________________________________
5) Tandatangan : _____________________________________
Nama : MOHD SOFYAN ATS-TSAURY B MOHD. SUPAIH
No. Kad Pengenalan : 830807-13-5233
Tarikh : _____________________________________
6) Tandatangan : _____________________________________
Nama : ROGAYAH BINTI MAHALEK
No. Kad Pengenalan : 880730-13-5088
Tarikh : _____________________________________
7) Tandatangan : _____________________________________
Nama : AMINAH BINTI ANUAR
No. Kad Pengenalan : 830614-08-5786
Tarikh : _____________________________________
8) Tandatangan : _____________________________________
Nama : NOR NAZLIA BINTI BAHARUDIN
No. Kad Pengenalan : 870701-38-5062
Tarikh : _____________________________________
9) Tandatangan : _____________________________________
Nama : NURUL HARDI BIN BAHARUM
No. Kad Pengenalan : 850501-10-6075Tarikh :
_____________________________________
10) Tandatangan : _____________________________________
Nama : AIZA BINTI MOHAMED ZAHARI
No. Kad Pengenalan : 861015-59-5292Tarikh :
_____________________________________
BIODATA PENULIS
NAMA: MOHD NAZRIN BIN DAUDNO. KAD PENGENALAN: 810704-01-6591NO.
MATRIK: S86S-1112-0985OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 04
JULAI 1981TEMPAT LAHIR: JOHORALAMAT: 1051, JALAN NUSARI 3/3A TAMAN
NUSARIBAYU 1 71900 BANDAR BARU SENDAYAN, SEREMBAN, NEGERI
SEMBILAN.NO TELEFON: 017 - 6524156
BIODATA PENULIS
NAMA: NOORMAZIAH BINTI TUAHNO. KAD PENGENALAN: 880224-13-5464NO.
MATRIK: S86S-1112-0989OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 24
FEBRUARI 1988TEMPAT LAHIR: SARAWAKALAMAT: 13/224 KAMPUNG NYABOR,
95300 ROBAN, BETONG, SARAWAKNO. TELEFON: 016-9888021
BIODATA PENULIS
NAMA: SITI SURIYANI BINTI GANINO. KAD PENGENALAN:
870224-13-5158NO. MATRIK: S86S-1112-0993OPSYEN: PISMP SEJARAH
(GSTT)TARIKH LAHIR: 24 FEBRUARI 1987TEMPAT LAHIR: SARAWAKALAMAT:
KAMPUNG BARU, 9880 SUNDAR, SARAWAKNO. TELEFON: 016 - 5227059
BIODATA PENULIS
NAMA: HAJAR BINTI MOHAMAD ZUDINNO. KAD PENGENALAN:
851214-14-6394NO. MATRIK: S86S11121011OPSYEN: PISMP SEJARAH
(GSTT)TARIKH LAHIR: 14 DISEMBER 1985 TEMPAT LAHIR: KUALA
LUMPURALAMAT: LOT 487 GUCHIL 7, 18020 KUALA KRAI, KELANTANNO.
TELEFON: 019-3924735
BIODATA PENULIS
NAMA: MOHAMAD SOFYAN ATS-TSAURY BIN MOHD SUPAIH NO. KAD
PENGENALAN: 830807-13-5233NO. MATRIK: S86S-1112-0984OPSYEN: PISMP
SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 07 OGOS 1983TEMPAT LAHIR:
SARAWAKALAMAT: 3/290 , JALAN BUNGA RAYA,95400 SARATOK, SARAWAK
BIODATA PENULIS
NAMA: ROGAYAH BINTI MAHALEKNO. KAD PENGENALAN: 880730-13-5088NO.
MATRIK: S86S11120991OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 30
JULAI 1988TEMPAT LAHIR: SARAWAKALAMAT: KAMPUNG GELAPAS TRUSAN,
98850 LAWAS, SARAWAK.NO. TELEFON: 014-5953408
BIODATA PENULIS
NAMA: AMINAH BINTI ANUARNO. KAD PENGENALAN: 830614-08-5786NO.
MATRIK: S86S-1112-0988OPSYEN: PISMP SEJARAH (GSTT)TARIKH LAHIR: 14
JUN 1983TEMPAT LAHIR: PERAKALAMAT: K27 KAMPUNG KATI,33020 KUALA
KANGSAR, PERAKNO. TELEFON: 017-5045402
BIODATA PENULIS
NAMA: NOR NAZLIA BINTI BAHARUDINNO. KAD PENGENALAN:
870701-08-5062NO. MATRIK: S86S-1112-0990OPSYEN: PISMP SEJARAH
(GSTT)TARIKH LAHIR: 01 JUALAI 1987TEMPAT LAHIR: PERAKALAMAT: NO.
65, KG. TERSUSUN, BATU KARANG BARU, 31900 KAMPAR, PERAKNO. TELEFON:
016-5290143
BIODATA PENULIS
NAMA: NURUL HARDI BIN BAHARUMNO. KAD PENGENALAN:
850501-10-6075NO. MATRIK: S86S-1112-0986OPSYEN: PISMP SEJARAH
(GSTT)TARIKH LAHIR: 01 MEI 1985TEMPAT LAHIR: SELANGORALAMAT: LOT
1634 JALAN HAJI TARMIDI, TELOK KAPAS, RANTAU PANJANG, 42100 KLANG,
SELANGOR
BIODATA PENULIS
NAMA: AIZA BINTI MOHAMED ZAHARI NO. KAD PENGENALAN:
861015-59-5292NO. MATRIK: S86S-1112-0987OPSYEN: PISMP SEJARAH
(GSTT)TARIKH LAHIR: 15 OKTOBER 1986TEMPAT LAHIR: NEGERI
SEMBILANALAMAT: NO 14 A, BATU 37, KG SERTING ILIR,72100 BAHAU,
NEGERI SEMBILANNO. TELEFON: 012-61561901.0PENGENALANKursus
Kepemimpinan Manikayu Pengakap Kanak-kanak (Manikayu Peringkat 1)
ialahkesinambungan Kursus Manikayu Peringkat Pengenalan yang
diadakan sebelum ini. Guru pelatih yang akan terlibat dalam Kursus
Kepimpinan Manikayu (Peringkat 1) ini ialah seramai 10 orang
daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester
4.Sebagai Pusat Kecemerlangan Kokurikulum, Pasukan Pengakap KLM 03
IPG Kampus Kota Bharu maju selangkah ke hadapan dengan melaksanakan
Kursus Kepemimpinan Manikayu (Peringkat 1) ini bagi melahirkan
pemimpin pengakap yang bukan sahaja berkelayakan malahan mempunyai
kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan dalam aktiviti
kepengakapan.Kursus ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada
usaha pembinaan ahli Pengakap yang berakhlak mulia, bersemangat
juang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat
kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan
nilai-nilai yang ada dalam Pengakap. Di samping itu juga dapat
membina peribadi Pengakap yang unggul. Kursus Kepemimpinan Manikayu
1 ini telah dirangka di mana perkhemahan ini akan diadakan di Pusat
latihan Kokurikulum IPGKTAA, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
Kursus ini akan mengambil masa selama 3 hari dan 2 malam.. Dengan
adanya Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 ini, peserta akan
diuji dari segi pelbagai aspek meliputi ketahanan fizikal dan
mental serta akan didedahkan dengan ilmu-ilmu kepengakapan dan ke
kursus peringkat seterusnya bagi melayakkan anugerah 2 Beads
Manikayu setelah tamat kursus-kursus yang perlu diikuti pada masa
akan datang.
2.0 RASIONAL Mendapatkan kenaikan pangkat bagi ahli Pengakap.
Membentuk kerjasama antara ahli Pengakap. Memupuk sikap yang sihat
dan positif terhadap alam sekitar. Pendedahan dan latihan kualiti
kepimpinan. Kesedaran tentang kehormatan diri. Pengukuhan terhadap
rasa tanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat.
3.0 MATLAMAT Pembuka jalan untuk dianugerahkan kalung 2 Beads
Manikayu. Melahirkan insan yang sihat tubuh badan. Melahirkan guru
yang dapat bekerjasama baik dengan semua orang. Insan yang berdaya
saing. Mempunyai ketahanan mental yang tinggi. Melahirkan insan
yang mempunyai kawalan emosi yang baik. Melahirkan insan yang peka
terhadap alam sekitar. Melahirkan insan yang mempunyai nilai-nilai
murni. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dalam kalangan
ahli Pengakap.
4.0 OBJEKTIF Mempraktikkan ilmu kepengakapan yang telah
dipelajari. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan
patuh pada agama. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan
hidup sepakat, bekerjasama, dan tanggungjawab pada pasukan.
Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Meningkatkan dan
menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan
dalam masyarakat.
5.0AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUKPenasihat: Tn. Hj. Hashim Bin Deraman(Pengarah
IPG Kampus Kota Bharu)Pengerusi : Dr. Abdullah Bin Yusoff(Timbalan
Pengarah IPG Kampus Kota Bharu)Penolong Pengerusi : En.Norman Bin
Mat Nor(Ketua Unit Kokurikulum IPGKKB)Penyelaras: Tn. Hj. Wan Mohd
Zil Bin Wan Salleh(Jurulatih/ Pembimbing / Pengiring)Penolong
Penyelaras : En. Abdullah Zawawi B. Che Mat(Jurulatih/ Pembimbing /
Pengiring)
JAWATANKUASA PELAKSANAPengerusi:Mohd Nazrin Bin DaudNaib
Pengerusi:Noormaziah Binti TuahSetiausaha:Siti Suriyani Binti
GaniNaib Setiausaha:Hajar Binti Mohamad ZudinBendahari:Mohd Sofyan
Ats-Tsaury B Mohd. SupaihPersegaran:Rogayah Binti
MahalekPeralatan:Aminah Binti AnuarPengangkutan:Nor Nazlia Binti
BaharudinCenderahati:Nurul Hardi Bin BaharumDokumentasi :Aiza Binti
Mohamed Zahari6.0 TENTATIF PROGRAM Tarikh :6 MAC 2015MasaJurulatih
BertugasSekawan Bertugas
Hari:Jumaat0001 - 1200EN. SHUKRI BIN MAT YAACOBHIJAU
Bil. Hari:Pertama1201 - 0000EN. SYAHARIMAN B HAMIDJINGGA
MASASIDANGMINITTAJUKTINDAKAN
0545 - 064545 mPengurusan DiriSOLAT SUBUHKuliah Subuh/Pendidikan
MoralJurulatih Bertugas/ Ketua Sekawan
0645 - 073045 mKawad Kaki En. Abdul Halim b Abdul Wahab
0730 - 080030 mKudapanKetua Sekawan
0800 - 083030 mIstiadat Laung AgungIstiadat Kibar BenderaUpacara
Memperbaharui Persetiaan PengakapTaklimat oleh Ketua KursusKetua
Kursus /Pembimbing
0830 - 100090 mAktiviti Mendirikan Khemah dan Memasang
GadjetKetua Kursus /Pembimbing
1000 - 103030 mREHAT
1030 - 12301120 mISTIADAT PENGAKAP Shukri b Mat Yaacob
1230 - 141590 mSOLISKAN (Solat, Istirahat, Makan) dan Kerja Masa
Lapang (STA)
1415-1515260 mUNIT PENGAKAP KANAK-KANAK Tn. Hj Hamdan b Abd
Manaf
1515 - 1615360 mPROGRAM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAKTn. Hj
Hamdan b Abd Manaf
1645 - 1745460 mORGANISASI KUMP DAERAH & NEGERISyahariman b
Hamid
1745 - 203030 mREHAT dan SOLAT ASARIstiadat Menurunkan Bendera
KumpulanMengemaskan kawasan perkhemahan/Membina GadjetKerja Masa
Lapang (STA)SOLAT MAGHRIBKetua-ketua Kursus /Pembimbing
/Ketua-ketua Sekawan
2030 - 22305120 mMERANCANG PROGRAM Syahariman b Hamid
2230-224010 mIstiadat Penyerahan TugasJurulatih Bertugas
2240 - 0000150 mMesyuarat JurulatihKetua Jurulatih
Tarikh :7 MAC 2015MasaPensyarah BertugasSekawan Bertugas
Hari:Sabtu0001 - 1200HJ. HAMDAN BIN ABD. MANAFKUNING
Bil. Hari:Kedua1201 - 0000TN. HJ SAFRI BIN AZIZMERAH
MASASIDANGMINITTAJUKTINDAKAN
0545 - 064545 mPengurusan DiriSOLAT SUBUHKuliah Subuh/Pendidikan
MoralJurulatih Bertugas/ Ketua Sekawan
0645 - 073045 mSenaman Abdul Halim b Wahab
0730 - 080030 mKudapanKetua Sekawan
0800 - 083030 mPemeriksaan Pagi (Teori)Istiadat Laung
AgungIstiadat Kibar BenderaUpacara Memperbaharui Persetiaan
PengakapTaklimat oleh Ketua KursusKetua Kursus /Pembimbing
0830-10306120 mAKTIVITI ASAS 1 PENGAKAP KANAK-KANAK:S1: Ikatan A
Zamri b Abdul RahimS2: Simpulan Shukri b Mat YaacobS3: Pertolongan
Cemas 1 A Jailani b Che AbasS4: Wogel Sarudin b Md AminS5:
Persetiaan & Undang2 Halim b Abdul WahabS6: Laung Agung Abdul
Ronif b JamaludinA Zamri b Abdul Rahim
1030 - 110030 mREHAT
1100 - 1200760 mSISTEM PATROL Hj. Hamdan Abd. Manap
1200-1300860 mCERITA HUTANHj. Dzulkarnain b Mat
1300 - 143090 mSOLISKAN (Solat, Istirahat, Makan) dan Kerja Masa
Lapang (STA)
1430-16309120 mAKTIVITI ASAS 2 PENGAKAP KANAK-KANAK:S1: Lipat
& Kibar Bendera A Zamri b Abdul RahimS2: Memasang Khemah Shukri
b Mat YaacobS3: Pertolongan Cemas 2 A Jailani b Che AbasS4:
Pemeriksan Pagi Halim b Abdul WahabS5: Lagu2 Pengakap Syahariman b
HamidS6: Sorakan Pengakap Hj Hamdan Abd ManapShukri b Mat
Yaacob
1630 - 170030 mREHAT (Solat Asar dan Minum Petang)
1700 - 18001060 mPERMAINAN PENGAKAP Hj Dzulkarnain b Mat
1800 - 2030150 mIstiadat Menurunkan Bendera KumpulanMengemaskan
kawasan perkhemahan/Membina GadjetKerja Masa Lapang (STA)SOLAT
MAGHRIBKetua Kursus /Pembimbing /Ketua-ketua Sekawan
2030 - 223011120 mMALAM PENGAKAP (Teori & Amali)Syahariman b
Hamid
2230 - 0000150 mMESYUARAT JURULATIHKetua Jurulatih
Tarikh :8 MAC 2015MasaPensyarah BertugasSekawan Bertugas
Hari:Ahad0001 - 1200KETUA KURSUS /EN SARUDIN B MD AMINUNGU
Bil. Hari:Ketiga
MASASIDANGMINITTAJUKTINDAKAN
0545 - 064545 mPengurusan DiriSOLAT SUBUHKuliah Subuh/Pendidikan
MoralJurulatih Bertugas/ Ketua Sekawan
0645 - 073045 mSenamanHj Wan Zil b Wan Salleh
0730 - 080030 mKudapanKetua Sekawan
0800 - 083030 mPemeriksaan Pagi (Amali)Istiadat Laung
AgungIstiadat Kibar BenderaUpacara Memperbaharui Persetiaan
PengakapTaklimat oleh Ketua KursusKetua Kursus /Pembimbing
0830 - 09301260 mPERJUMPAAN PEK MINGGUANHj. Hamdan Abd.
Manap
0930 - 10301360 mPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
PENGAKAPAbdul Ronif b Jamaludin
1030 110030 mREHAT
1100-113030 mSidang PlenoMengisi Borang Penilaian KursusKetua
Kursus
1130 - 120030 minPersiapan untuk Upacara Perasmian Penutupan
KursusKetua Kursus /Shukri b Mat Yaacob
1200-12459120 mMAJLIS PENUTUPAN KURSUS DAN PENYAMPAIAN SIJIL
1245 - 131530 mJAMUAN
1330BERSURAI
7.0 BELANJAWAN
Dana PendapatanKredit (RM)Debit (RM)Baki (RM)
Bil.PerkaraKuantiti
1.Peruntukan IPGRM 18 X 3 hari X 10 orang540
2.KutipanRM 5 X 10 orang50
Bayaran
3.Potongan Kooperasi10% X RM 54054
4.Bayaran Makan MinumRM 15 x 3 hari X 10 orang450
5.Bayaran BuluhRM 5 X 1050
Jumlah59055436
8.0 LAPORAN HARI PERTAMA (06 Mac 2015)
Seawal jam 5.45 pagi kami telah selesai melakukan pengurusan
diri dan menunaikan solat subuh. Setelah memastikan khemah dalam
keadaan kemas dan tersusun, kami berkumpul di dewan terbuka PULAKO
untuk menikmati sarapan pagi. Jam 8 pagi, sesi pendaftaran peserta
Kursus Kepimpinan Manik Kayu peringkat 1 diteruskan. Selesai
mendaftar, kami berkumpul di dewan terbuka mengikut IPG
masing-masing. Tuan Sarudin Bin Mat Amin selaku ketua jurulatih
memberi taklimat mengenai kursus ini. Jam 8.30 pagi, kami diminta
untuk menukar pakaian daripada t-shirt pengakap kepada uniform
rasmi pengakap. Hal ini kerana pemakaian uniform pengakap adalah
wajib sewaktu Istiadat Laung Agung dan Istiadat kibar bendera.
Sewaktu istiadat ini dilaksanakan Upacara Memperbaharui Persetiaan
Pengakap turut dilakukan. Sedikit taklimat ringkas di sampaikan
oleh Ketua Jurulatih. Setelah selesai istiadat ini, kami ditugaskan
untuk mendirikan khemah dan memasang gajet mengikut keperluan kami.
Dengan menggunakan 10 batang buluh, kami mula mendirikan gajet
dapur, pintu gerbang, dan meja makan. Setelah mendirikan 3 jenis
gajet ini, kami diberi masa untuk makan tengahari, solat, dan
berehat. Pada jam 2.45 petang, kami berkumpul semula di dewan
terbuka untuk memulakan slot yang kedua iaitu Unit Pengakap
Kanak-Kanak yang disampaikan oleh Tuan Hj Hamdan Bin Abd Manaf.
Untuk slot ini, kami diminta untuk duduk sebaris mengikut sekawan
yang telah ditetapkan. Bagi IPGKKB, kami di namakan sebagai sekawan
biru 2. Taklimat yang disampaikan oleh Tuan Hj Hamdan ini
diteruskan dengan slot yang ke 3 iaitu Skim Lencana Pengakap
Kanak-Kanak. Untuk slot yang ke 4 iaitu Organisasi Kumpulan Daerah
dan Negeri, ianya disampaikan oleh Encik Abdul Ronif Bin Jamaludin.
Sebelum slot ini diteruskan, Encik Ronif, menyanyikan sebuah lagu
Pengakap iaitu Biyake. Slot ini tamat lebih kurang jam 6 petang.
Seterusnya kami menyambung semula pembinaan gajet dengan membina
tong sampah dan pagar di sekeliling kawasan perkhemahan sekawan
biru 2. Jam 7 malam, kami dihidangkan dengan makan malam yang enak
dan di makan secara bersama. Slot pada sebelah malam diteruskan
dengan slot ke 5 iaitu Merancang Program yang di sampaikan oleh
Encik Shukri Bin Mat Yaacob. Seperti kelaziman dalam slot yang
lain, lagu Pengakap di nyanyikan secara bersama. Encik Shukri
memperkenalkan kepada kami lagu Gingeng Goli yang sangat
menghiburkan. Taklimat yang disampaikan selama 2 jam ini, ternyata
tidak membosankan kerana di selang-selikan dengan nyanyian lagu
Pengakap. Seterusnya pada jam 11 malam, Istiadat Penyerahan Tugas
dilakukan daripada sekawan Merah kepada sekawan Hijau. Turut diberi
taklimat kepada ahli Pengakap mengenai kawalan malam atau sentri
dengan menggunakan password tertentu bagi menjamin keselamatan
peserta kursus. Hari pertama kursus diakhiri dengan pengurusan diri
masing-masing, samada terus mendirikan gajet mahupun merehatkan
diri.
9.0LAPORAN HARI KEDUA (07 Mac 2015)
0545-0800Pada hari kedua ini kami perlu bangun dan bersiap
seawal jam 0600 pagi dan memandangkan sebahagian daripada sekawan
Biru Dua perlu berjaga malam untuk kawalan sentry jadi ini
memudahkan bagi kami untuk bangun pagi kerana dikejutkan dengan
rakan yang bertugas. Setelah selesai bersiap dan solat subuh kami
bersiap siap untuk melakukan senaman pagi yang dilakukan di dataran
PULAKO yang telah diketuai oleh En. Abdul Halim Bin Wahab. Namun
senaman pagi dibatalkan tetapi diteruskan dengan sarapan pagi iaitu
bihun goreng dan juga air teh. Jurulatih yang bertugas ada membuat
pengumuman kepada semua peserta agar membersihkan kawasan khemah
masing-masing dan membuat serta menambah baik gajet kumpulan
sekawan masing-masing. Kami diberi masa sehingga jam 9 pagi untuk
membuat pengurusan diri dan seterusnya bersiap sedia dengan memakai
uniform lengkap untuk meneruskan slot yang seterusnya.
0900-1200 ( AKTIVITI ASAS PENGAKAP )Pada jam 0900 pagi, semua
peserta kursus diminta berkumpul di dataran PULAKO bagi menjalankan
aktiviti Istiadat Laung Agung, kibar bendera, upacara persetiaan
pengakap dan seterusnya taklimat daripada ketua kursus. Sekawan
yang bertugas pada pagi itu adalah sekawan Merah. Setelah tamat
Istiadat Laung Agung dijalankan, kami berkumpul di dewan terbuka
untuk meneruskan slot yang seterusnya iaitu aktiviti asas 1(
pengakap kanak-kanak) yang diketuai oleh jurulatih iaitu Encik
Shukri B. Mat Yaacob. Pada slot kali ini kami telah dibahagikan
kepada 2 kumpulan sekawan yang perlu melengkapkan kepada 4 stesen
iaitu stesen 1, ikatan dan simpulan oleh En. Shukri b. Mat Yaacob,
stesen 2, pertolongan cemas oleh En. A Jailani b. Che Abas, stesen
3, wogel oleh Tn. Sarudin b. Md. Amin dan stesen 4 Istiadat Laung
Agung serta persetiaan dan undang-undang oleh En. Halim b. Abdul
Wahab. Melalui 4 stesen ini kami diberi pendedahan berkenaan dengan
kemahiran asas pengakap kanak-kanak di mana kemahiran asas ini akan
kami aplikasikan semasa menjadi pemimpin di sekolah kelak. Di
antara stesen yang mencabar adalah stesen membuat wogel yang
memerlukan kemahiran membuat wogel dengan menggunakan tali mesin
jahitan. Setiap peserta perlu menghasilkan wogel secara individu.
Setiap stesen diberi masa yang terhad supaya semua peserta dapat
mempelajari aktiviti asas tersebut.1200-1330 ( CERITA HUTAN
)Setelah selesai menjalani kemahiran asas pengakap di empat stesen,
kami kembali berkumpul semula di dewan terbuka untuk mendengar slot
yang seterusnya iaitu cerita hutan. Slot pada tengahari tersebut
telah dikendalikan oleh Tuan Hj Dzulkarnain B Mat Ketua Jabatan Hal
Ehwal Pelajar IPGKTAA yang juga merangkap Penolong Pesuruhjaya
Pengakap Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk memberi pendedahan
kepada kami tentang kemahiran cerita hutan kepada pengakap
kanak-kanak apabila mengajar di sekolah nanti. Slot dimulakan
dengan menyanyikan beberapa lagu pengakap seperti Biyake dan Kopi
Koma. Suasana cuaca yang agak panas menyebabkan sebahagian dari
peserta merasa letih dan juga mengantuk. Di dalam slot tersebut,
penceramah ada menyatakan bahawa setiap pemimpin perlu menguasai
cerita hutan dan juga beberapa cerita lucu dengan tujuan untuk
menarik minat murid kepada persatuan pengakap. Di dalam slot
tersebut juga beliau ada menyentuh berkenaan dengan asas kemahiran
cerita hutan ini merupakan satu cara untuk menarik minat murid yang
sememangnya gemarkan pelbagai jenis cerita. Beliau juga
menggariskan beberapa elemen kaedah bercerita kepada para peserta
iaitu cerita bertemakan pengajaran, lucu, nasihat, saling
menghormati, cerita bersiri, cerita jenaka dan banyak lagi. Bagi
tugasan aktiviti berkumpulan pula, setiap sekawan dikehendaki untuk
membentangkan sebuah cerita yang bertemakan bebas kepada semua
peserta. Masa yang diberikan untuk menyediakan cerita adalah 3
minit dan setiap wakil sekawan perlu bercerita dalam tempoh 2 -3
minit masa yang diberi.Keadaan pada petang itu menjadi hangat dan
riuh dengan pelbagai cerita yang diperdengarkan oleh setiap wakil
sekawan yang dimulakan dengan sekawan Merah. Setiap wakil mereka
sedaya upaya mengolah cerita dengan sebaik mungkin agar menarik
perhatian para peserta kursus. Dan secara tidak langsung, kemahiran
bercerita ini dapat meningkatkan tahap keyakinan berkomunikasi di
khalayak dan meningkat pengetahuan masing-masing. Encik Dzulkarnain
mengucapkan syabas kepada semua wakil sekawan kerana berjaya
menyampaikan cerita yang terhibur dan berkesan pada slot tersebut
dan beliau berharap agar para peserta dapat input yang berguna
dengan slot cerita hutan. Slot tersebut diakhiri dengan tepuk
pengakap beramai-ramai. Setelah selesai slot tersebut, kami peserta
kursus diberi rehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat
zohor bagi yang muslim. Seterusnya slot akan diteruskan pada jam
2.30 petang.
1430-1630 ( SISTEM PATROL )Pada jam 1430 kami telah bersiap siap
dengan pakaian lengkap untuk berkumpul bagi meneruskan slot yang
seterusnya. Pada petang itu slot yang seterusnya, dipimpin oleh
kami iaitu sekawan Biru Dua selaku sekawan yang bertugas pada
petang itu. Saudari Aminah Anuar selaku ketua patrol telah memberi
arahan pada dewan agar duduk sedia dan beliau terus melaporkan
kepada tuan penceramah iaitu Tuan Hj Hamdan b. Abdul Rahim yang
akan memberikan ceramah yang bertajuk Sistem Patrol. Seperti biasa
slot pada petang itu dimulakan dengan lagu pengakap. Tujuan lagu
pengakap dinyanyikan adalah untuk menimbulkan rasa seronok para
peserta kursus. Di antara kandungan yang terdapat di dalam ceramah
yang beliau sampaikan adalah sistem patrol yang merupakan tulang
belakang bagi sesuatu aktiviti pengakap, apakah tujuan dan juga
faedah sistem patrol dan seterusnya syarat- syarat untuk menjadi
ketua patrol di dalam pengakap. Di antara syarat-syarat utama
seorang ketua patrol adalah fahami serta patuhi peraturan yang
diberikan, serta persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap.
Beliau turut menyentuh ciri-ciri utama sifat seorang pemimpin,
antaranya adalah : Patuh kepada tujuan kepimpinan dan membentuk
generasi akan datang Berminat, tabah, sabar, berkeyakinan serta
jujur. Ikhlas, berfikiran terbuka serta memberi dan menerima
teguran Sentiasa menambah pengetahuan. Tidak berkepentingan diri
Berkemampuan & berwibawaDi akhir ceramah yang beliau sampaikan,
beliau turut berpesan kepada semua peserta kursus agar sentiasa
memupuk minat murid untuk menjadi seorang ketua sekawan atau ketua
patrol dengan baik dan mampu memimpin ahli pengakap ke arah
pembentukkan sahsiah yang positif dan cemerlang kearah menjadi
seorang modal insan yang berjaya sebagai seorang ahli pengakap.
1700-1830 ( PERMAINAN PENGAKAP )Slot yang seterusnya adalah
permainan pengakap yang akan dikendalikan oleh Encik Shukri Bin Mat
Yaacob. Di dalam slot ini beliau ada memberikan penekan secara
khusus kepada semua peserta betapa pentingnya menguasai teknik
permainan kanak-kanak di dalam pengakap. Ini kerana apabila
mengendalikan perjumpaan bersama dengan murid nanti tentunya selaku
pemimpin pengakap para guru perlu mahir untuk mengendalikan
permainan dengan bertujuan menimbulkan keseronokan kepada murid.
Pada petang itu beliau ada memberikan demostrasi berkenaan dengan
permainan yang popular di kalangan ahli pengakap. Tetapi terlebih
dahulu, beliau memperkenalkan YELL kepada semua peserta dan setiap
sekawan perlu mereka YELL ataupun sorakan sebagai trademark sekawan
masing-masing sebagai tanda menghargai kumpulan sekawan yang lain.
Ini merupakan pendendahan yang pertama bagi kami yang menyertai
kursus ini dan menjadi seronok apabila dipraktikkan. Terdapat
beberapa siri permainan yang diperkenalkan di dalam slot ini.
Diantaranya ialah, bermain Boom, Pang Ping Pong, Permainan Bola
Sorak, Musang dan Ayam, Belalang Belatok dan sebagainya. Para
peserta kursus juga berpeluang untuk mencuba permainan yang
diperkenalkan. Semua peserta kursus berasa gembira apabila aktiviti
permainan dijalankan. Setelah tamat sesi permainan pengakap kami
memberikan tepuk pengakap dan seterusnya mendengar sedikit taklimat
telah diberikan oleh pihak urusetia untuk persiapan malam pengakap
pada malam ini.Untuk persiapan malam pengakap yang akan berlangsung
pada malam ini, kumpulan sekawan kami mendapat tema sahabat sepakat
dan juga mendapat giliran melakukan persembahan yang ke-enam.
Debaran rasa kian memuncak apabila menyaksikan kumpulan sekawan
yang lain sibuk membuat latihan persembahan yang mantap. Kami
mengambil sedikit masa pada petang itu untuk berbincang dan membuat
latihan untuk malam pengakap.
2030-2330 ( MALAM PENGAKAP )Seawal jam 2030 kelihatan hujan
turun dengan lebatnya. Pakaian pada malam itu adalah diwajibkan
mengenakan pakaian seragam yang lengkap. Aturcara pada malam itu
dimulakan dengan sedikit teori tentang malam pengakap yang
disampaikan oleh Encik Syahariman Bin Hamid selaku pesyarah muzik
IPGKTAA dan juga merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Di
dalam ceramah yang disampaikan oleh beliau di antaranya ialah
syarat-syarat untuk mengadakan malam pengakap dan jenis-jenis
persembahan yang boleh dilakukan oleh setiap ahli pengakap. Setiap
persembahan juga perlu merangkumi beberapa aspek seperti tidak
menyentuh isu-isu sensitif dan isu politik serta tidak berkelakukan
lucah dalam persembahan. Kriteria pemarkahan juga turut diambil
kira dari pelbagai aspek seperti unsur nasihat dalam persembahan.
Malam pengakap pada malam itu telah dipengerusikan oleh saudara
Nagasami dan juga saudari Fadzlun. Dimulakan dengan sekawan merah
satu yang membawa tema pertolongan cemas. Kami diminta memberi YELL
kepada sekawan merah untuk persembahan yang mereka lakukan. Tiba
giliran persembahan kami yang ke-enam. ramai peserta memberi
tepukan. Persembahan malam pengakap tersebut turut dihadiri oleh
beberapa orang jurulatih yang datang untuk melihat persembahan
kami. Kumpulan sekawan yang terakhir yang membuat persembahan
adalah dari sekawan Jingga dari IPGKDRI. Sesi malam pengakap pada
malam itu diakhiri dengan sesi penyerahan tugas dari sekawan jingga
kepada sekawan Biru Dua. Sebelum semua peserta bersurai, pihak
urusetia mengumumkan nama giliran peserta kursus yang perlu
mengawal pada malam terakhir ini. Kami sekawan yang bertugas
bermula tengah malam tersebut bersiap sedia untuk hari yang
seterusnya dan menyediakan laporan dalam buku yang disediakan.
Setelah selesai semua aktiviti pada hari tersebut, semua peserta
pulang ke khemah masing-masing dan membuat pengurusan diri
seterusnya berehat.
9.0 LAPORAN HARI KETIGA (08 Mac 2015)
Pada hari ketiga kursus, iaitu hari terakhir, ia dimulakan
dengan rutin seperti biasa iaitu pengurusan diri, Solat Subuh dan
Kuliah Subuh bagi peserta Muslim manakala, bagi peserta non-muslim
pula pengisian mereka adalah Pendidikan Moral.Sekitar jam 6.45 pagi
kemudiannya, kami meneruskan aktiviti senaman pagi yang diketuai
oleh pensyarah kami sendiri iaitu Tn. Hj. Wan Zil bin Wan Daud.
Senaman pagi ini berlangsung selama kira-kira 45 minit dan berakhir
sekitar jam 7.30 pagi. Kami bersarapan pagi selama kira-kira
setengah jam dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 8.00 pagi. Sarapan
kami diagihkan mengukut jumlah ahli sekawan yang dibawa oleh
Quarter Master kami pada masa itu.Selesai bersarapan pada pukul
8.00 pagi, kami bersiap-siap untuk pemeriksaan pagi. Khemah kami
diperiksa dan gajet-gajet yang kami hasilkan dinilai oleh para juru
latih yang bertugas pada pagi itu. Selepas itu, kami menjalankan
Istiadat Laung Agung, Istiadat Kibar Bendera, Upacara Memperbaharui
Persetiaan Pengakap dan seterusnya mendengar Taklimat oleh Ketua
Kursus. Kesemua acara itu tamat kira-kira pada pukul 8.30
pagi.Seterusnya, kami mendengar kursus bertajuk Perjumpaan Pek
Mingguan yang disampaikan oleh Tn. Hj. Hamdan Abdul Manap. Slot ini
berlangsung selama kira-kira sejam dan berakhir pada jam 9.30
pagi.Sidang kursus bersambung lagi dengan slot yang bertajuk
Peranan Dan Tanggungjawab Pemimpin Pengakap yang disampaikan oleh
En. Abdul Ronif bin Jamaludin yang berlangsung selama sejam dan
tamat pada pukul 10.30 pagi. Kami berehat selama setengah jam
sebelum menyambung sidang pleno pula.Bermula jam 11.00 pagi, Sidang
Pleno bermula. Ini diikuti dengan aktiviti mengisi Borang Penilaian
Kursus. Acara Sidang Pleno dan mengisi borang penilaian kursus
berlangsung selama setengah jam yang tamat pada pukul 11.30
pagi.Kami melakukan persiapan untuk Upacara Perasmian Penutupan
Kursus (Kursus Kepimpinan Manik Kayu Unit Pengangkap Kanak-kanak
Peringkat Satu) yang mengambil masa kira-kira setengah
jam.Kira-kira jam 12.00 tengah hari, Majlis Penutupan Kursus dan
Penyampaian sijil pun bermula. Ia diakhiri dengan Istiadat
Menurunkan Bendera dan penyerahannya. Majlis tersebut tamat
kira-kira jam 12.45 tengah hari. Seterusnya, kami menjamu selera
sebelum berkemas untuk bertolak balik. Setelah semua persiapan
selesai, kami bertolak balik ke IPG Kampus Kota Bharu kira-kira
pukul 1.30 petang dan tiba di IPG Kampus Kota Bharu pada pukul 9.30
malam.
10.0 LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 1
10.1JAWATAN : PENGERUSI SEBELUM Membuat mesyuarat pada peringkat
jawatankuasa kerja serta melantik beberapa orang ahli jawatankuasa
induk dan pelaksana Menghubungi pihak penganjur bagi membincangkan
tentang tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan
kursus. Berjumpa dengan pensyarah penasihat untuk membincangkan
kertas kerja bagi kelulusan pihak IPGK dan mengagihkan tugasan
kepada ahli yang lain Memantau pergerakkan ahlijawatankuasa kerja
dengan tujuan dapat memperbaiki mana-mana kesilapan secara umum dan
khusus Menjadi rujukan kepada ahli yang lain dalam melakukan
tugasan Memberi arahan bagi setiap tugasan yang berkaitan Berjumpa
dengan pihak IPGK bagi kelulusan kertas kerja Membuat follow-up
bersama urusetia berkenaan dengan tentative program Sentiasa
menyalurkan maklumat terkini berkenaan dengan kursus.
SEMASA
Memastikan kesihatan semua ahli semasa dalam perjalanan Memberi
taklimat ringkas tentang perjalanan pada hari pertama Berjumpa
dengan pihak urusetia bagi membincangkan tindakan selanjutnya
sejurus sahaja tiba ke tempat kursus Sentiasa memberi maklumat
berkenaan dengan perjalanan program dan urusan pentadbiran Menjadi
ketua patrol dan wakil IPGKKB Memberi khidmat nasihat pada
mana-mana bahagian jawatankuasa yang memerlukan bantuan Sentiasa
peka dengan apa jua maklumat yang disampaikan oleh pihak urusetia
mahupun jurulatih. Memeriksa peralatan yang digunakan oleh ahli
kumpulan Memastikan kesihatan ahli semasa tempoh
berkursus.SELEPAS
Berjumpa dengan pensyarah bagi membincangkan agenda yang perlu
dilakukan oleh ahli seperti penyediaan laporan dan refleksi Membuat
post-mortem dan memperbaiki mana-mana kelemahan organisasi Berjumpa
dengan wakil setiap jawatankuasa bagi mendapatkan maklum balas
berkenaan dengan skop tugasan yang telah mereka laksanakan Memantau
AJK peralatan dan memastikan setiap peralatan yang telah disimpan
di Stor penyimpanan barang Memberi maklumat terkini berkenaan
dengan laporan yang perlu disiapkan oleh ahli.
10.2JAWATAN : NAIB PENGERUSI
Sebelum1. Membantu pengerusi membuat perancangan dalam
melaksanakan kursus manik kayu peringkat pertama.1. Membuat
perbincangan bersama pengerusi serta ahli jawatankuasa yang lain
bagi membincangkan tentang perkara yang perlu disediakan sebelum
menjalankan kursus pengakap.1. Bersama-sama ahli jawatankuasa yang
lain menyediakan peralatan yang perlu untuk perkhemahan
tersebut.Semasa1. Menerima arahan pengerusi bagi menguruskan setiap
perkara mengikut tentatif yang disediakan.1. Membantu pengerusi dan
ahli jawatankuasa yang lain bagi memudahkan urusan semasa
perkhemahan dijalankan.1. Bergerak bersama-sama ahli jawatankuasa
yang lain untuk menjalankan tugas yang dibahagikan.Selepas1.
Bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain mengemas khemah dan
peralatan yang perlu untuk dibawa balik.1. Membuat postmortem
bersama-sama pengerusi dan ahli jawatankuasa yang lain. 1. Membantu
membuat laporan bersama-sama.Kekuatan1. Bekerjasama dan saling
bantu membantu antara satu sama lain dalam menjayakan perkhemahan
pengakap ini.
Masalah Yang dihadapi1. Pertukaran tentatif berlaku menyebabkan
perjalanan program sedikit terganggu.
Penambahbaikan1. Setiap pertukaran aktiviti perlu dimaklumkan
dengan lebih awal bagi memudahkan segala urusan.1. Setiap sekawan
yang bertugas perlu peka terhadap setiap perkara.10.3JAWATAN :
SETIAUSAHA
Sebelum1. Mendapatkan maklumat mengenai program yang akan
dijalankan.1. Berbincang dengan IPGK Dato Razali dan IPGK Ampuan
Afzan tentang perlaksanaan program yang akan dijalankan.1.
Mengumpul maklumat mengenai program1. Menubuhkan ahli jawatankuasa
pelaksana.1. Merangka dan menyiapkan kertas kerja.1. Meminta
pandangan dan nasihat dari pensyarah pengiring.1. Berusaha
mendapatkan kelulusan daripada pengarah.1. Menguruskan pendaftaran
peserta sebagai ahli pengakap.1. Menolong naib setiausaha
mendapatkan tandatangan pengarah untuk surat perlantikan pensyarah
pengiring.1. Mengagihkan tugas setiap AJK.1. Berbincang dengan ahli
jawatankuasa mengenai keperluan program.Semasa1. Menolong AJK lain
dalam sebarang pengurusan yang berkaitan.1. Memastikan semua
perancangan berjalan dengan lancar.Selepas1. Membuat refleksi
inidividu.1. Membuat laporan berkaitan program bagi ahli
jawatankuasa setiausaha.1. Mengumpul semua refleksi setiap AJK dan
laporan setiap AJK untuk disusun dan dikumpul dalam fail.1. Membuat
analisis segala kekuatan dan kelemahan yang ada.1. Menyediakan
cadangan untuk tujuan penambahbaikan dalam melaksanakan sebarang
tugas penyediaan kertas kerja dan perlaksanaan sebarang tugasan
pada masa akan datang.1. Menghantar laporan khas berkaitan program
ini kepada pensyarah penasihat.
10.4NAIB SETIAUSAHA
SEBELUM Membantu setiausaha menyiapkan kertas kerja bagi kursus
manikayu peringkat 1 Membantu setiausaha untuk menelefon pihak
pengajur iaitu IPGK TAA Berbincang dengan setiausaha tarikh yang
telah ditetapkan oleh pihak penganjur Berjumpa dengan pensyarah
bagi urusan kertas kerja dibuat Melantik semua ahli jawatankuasa
bagi meringankan beban setiausaha dan naib setiausaha. Berbincang
dangan ahli jawatankuasa tentang peranan masing-masing apabila
kertas kerja diluluskan Sentiasa berurusan dengan pihak penganjur
untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum pergi ke kursus
manikayu peringkat 1. Setiausaha menyiapkan kertas kerja.
SEMASA Berjumpa dengan pensyarah dan ketua jabatan bagi
mendapatkan tanda tangan mereka sebelum mendapatkan kelulusan
daripada pengarah sendiri. Berbincang dengan semua ahli
jawatankuasa apabila kertas kerja diluluskan supaya kerja-kerja
dapat dijalankan dengan lancar sehingga ka hari kemuncak pergi ke
IPGKTAA. Taklimat diberikan sebelum bertolak ke IPGKTAA. Ahli
jawatankuasa peralatan meminta semua ahli untuk mengambil semua
peralatan untuk dibawa ke sana di stor sukan Ahli jawatankuasa
bendahari diminta untuk mendapatkan duit bagi urusan pembayaran
makan dan minum di sana. Jawatankuasa dokumentasi juga diingatkan
supaya membawa kamera dan mengambil gambar untuk dijadikan laporan
pada setiap slot. Membuat surat kepada pensyarah pengiring untuk ke
kursus manikayu 1 peringkat 1. Jawatankuasa pengangkutan perlu
mengurus pengangkutan untuk ke sana IPGKTAA pada 5 mac 2015 dan
bertolak selepas majlis KBP.
Selepas Meminta semua ahli jawatankuasa untuk menyiapkan laporan
masing-masing Membahagikan kumpulan untuk laporan harian semasa di
sana selama 3 hari. Menyiapkan laporan keselurahan untuk dihantar
kepada pensyarah penasihat. Mengutip semua refleksi yang ditulis
dengan tulisan tangan untuk dimasukkan ke dalam fail yang telah
setiausaha sediakan.
10.5JAWATAN : BENDAHARI
Salah satu jawatan penting dalam sesuatu penubuhan Jawatan Kuasa
adalah Bendahari. Tugas utama bendahari adalah untuk menguruskan
bahagian kewangan. Antara tugas atau tanggungjawab Bendahari
adalah;a) Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan
pentadbiran kewangan.b) Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk
program.c) Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai.d)
Menyimpan resit-resit, baucer-baucer, buku rekod wang keluar masuk
dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.e)
Menyediakan laporan keluar masuk wang.Selaku Bendahari bagi Jawatan
Kuasa bagi perkhemahan Kursus Kepimpinan Manik Kayu Unit Pengakap
Kanak-kanak: Kursus Peringkat Satu, pelbagai tugas kewangan telah
dilaksanakan. Antaranya adalah;i. Menerima wang masuk hasil kutipan
daripada ahli bagi pelbagai kegunaanii. Menguruskan pembelian
beberapa keperluan seperti membeli tali, makanan kering dan
peralatan/keperluan lain yang diperlukan semasa perkhemahaniii.
Membuat anggaran perbelanjaan bagi bahan-bahan yang diperlukan
semasa Perancangan yang rapi dan kerjasama yang baik daripada
setiap ahli serta pihak terlibat telah memudahkan pihak kami untuk
menjalankan tugas. Ia juga sangat membantu dalam melancarkan dan
menjayakan Program Kursus Kepimpinan Manik Kayu Unit Pengakap
Kanak-kanak (Kursus Peringkat Satu) ini dengan jayanya.
10.6JAWATAN : PERSEGARAN
Sebelum1. Menguruskan L.O setelah diluluskan oleh Pengarah
IPGKKB. Berbincang bersama rakan sekelas mengenai bahan mentah yang
perlu dibawa ke tapak perkhemahan. 2. Menunaikan wang L.O daripada
kooperasi dengan potongan 10% daripada dana pendapatan iaitu RM
540.00 dan telah mendapat RM 486.00.3. Mengutip RM 5.00 setiap
seorang untuk membuat bayaran buluh.4. Baki sebanyak RM 36.00 telah
dikreditkan ke dalam akaun tabung kelas kami.
Semasa1. Menyerahkan duit persegaran sebanyak RM 500.00 kepada
Setiausaha IPGTAA.2. Mengambil dan mengagihkan makanan yang telah
diberikan kepada peserta atau sekawan.
Selepas 0. Menulis laporan setiap AJK untuk dimuatkan di dalam
laporan.
10.7JAWATAN : PERALATAN
Sebelum Berbincang dengan rakan sekelas dan menyenarai pendek
peralatan yang perlu di bawa. Menulis senarai barang ke dalam
borang permohonan pinjaman peralatan yang di ambil daripada pegawai
stor. Memastikan borang telah di semak dan di sahkan oleh pensyarah
pengiring. Memaklumkan kepada pegawai stor ketetapan hari untuk
mengambil barang. Memilih dan mengenalpasti peralatan yang akan di
bawa seperti khemah, parang, cangkul, ground sheet, fly sheet, dan
gergaji. Memastikan semua peralatan telah di masukkan ke dalam
kenderaan pensyarah pengiring.
Semasa Memastikan khemah dapat digunakan sepenuhnya dan tiada
khemah yang rosak. Menjaga keselamatan peralatan yang di bawa.
Meletakkan peralatan di ruang yang di sediakan dan dalam keadaan
berlabel. Sekiranya peralatan di pinjam oleh sekawan lain, pastikan
ianya di pulangkan semula dalam keadaan baik. Mengemas dan melipat
khemah dengan kemas. Memastikan ground sheet dan fly sheet dalam
keadaan bersih dan di lipat kemas. Membawa pulang kesemua peralatan
ke IPGKKB.
Selepas Mengira dan memastikan jumlah peralatan lain cukup dan
tiada sebarang kerosakan. Menghantar dan menyusun semula peralatan
ke dalam stor. Memaklumkan pemulangan peralatan ini kepada pegawai
stor. Memastikan pegawai stor menandatangani borang penghantaran
peralatan yang di pinjam.10.8 JAWATAN : PENGANGKUTAN
Sebelum Mengambil dan mengisi borang permohonan penggunaan
kenderaan IPGKKB. Mendapatkan tandatangan pensyarah pengiring.
Berurusan dengan ketua kerani bahagian pengangkutan untuk
memastikan kenderaan ada untuk ke tempat program. Mendapatkan
nombor telefon dan maklumat pemandu supaya senang dihubungi.
Menghubungi pemandu untuk memaklumkan tentang penggunaan khidmat
mereka untuk kursus kepimpinan manik kayu 1. Sehari sebelum
perjalanan ke IPG Kampus Ampuan Afzan, Pahang, AJK pengangkutan
perlu menghubungi pemandu mengingatkan perjalanan tersebut.
Memaklumkan dengan lebih terperinci tentang masa untuk bertolak dan
balik serta tempat berkumpul. Semasa Memastikan semua peserta yang
terlibat sudah berada dalam van sebelum bertolak. Mengingatkan
pemandu tentang masa untuk bertolak balik. Menghubungi pemandu
setelah selesai melaksanakan kursus manik kayu peringkat 1.Selepas
Sekali lagi memastikan semua guru pelatih telah berada dalam van
sebelum bertolak balik. Setelah tiba di IPGKKB, semua guru pelatih
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemandu. Membuat postmortem
mengenai kursus kepimpinan manik kayu peringkat 1. Membuat laporan
untuk ajk pengangkutan.
10.9JAWATAN : CENDERAHATI
Pada 26 Februari 2015 bersamaan hari Khamis, saya yang diberi
tugas sebagai AJK cenderahati telah mengambil borang di stor
peralatan untuk diisi supaya cenderahati dan peralatan lain dapat
dikeluarkan untuk digunakan semasa perkhemahan pengakap Manikayu 1
bertempat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk tempoh 3 hari 2
malam iaitu bermula 6 Mac hingga 8 Mac 2015.Selepas mengisi borang
keluar barang di stor, saya terus pergi ke bilik pejabat Tuan Hj
Wan Zil untuk mendapatkan tandatangan beliau bagi menyokong
persetujuan barang tersebut dan beliau juga merupakan pensyarah
penasihat bagi subjek Unit Beruniform (pengakap), WAJ 3111 ini.
Jika saya gagal untuk mendapatkan tandatangan beliau, maka
cenderahati dan peralatan yang lain tidak dapat diluluskan atau
dikeluarkan. Cenderahati berbentuk plak dan terukir penghargaan
ingatan tulus ikhlas dari IPG Kampus Kota Bharu.Setelah mendapatkan
tandatangan Tuan Hj Wan Zil, saya bergegas ke pejabat pentadbiran
dengan menunggang motosikal kepunyaan saya. Saya ke pejabat
pentadbiran untuk mendapatkan tandatangan ketua kerani (CC) iaitu
Encik Syukri. Saya masuk ke pejabat Encik Syukri dengan memberi
salam dan beliau membalas salam saya dengan senyuman sinis lalu
saya menunjukkan kertas kerja perkhemahan pengakap Manikayu 1
tersebut kepada beliau.Selesai sudah beliau membaca sekali imbas
kertas kerja tersebut, Encik Syukri lalu mendatangani borang
peralatan stor tersebut berserta dengan copnya. Setelah itu, saya
mengucapkan terima kasih lalu beredar dari situ dan kemudiannya
bergegas ke stor.Apabila sampai ke stor, saya telah memberikan
boring tersebut kepada Pak Cu (ketua stor sukan). Pak Cu pun
melihat boring tersebut dengan teliti untuk memastikan pengesahan
tandatangan pensyarah penasihat dan ketua kerani (Encik Syukri).
Kemudian Pak Cu berkata kepada saya supaya datang pada hari Ahad
minggu depan untuk mengambil cenderahati dan barang-barang yang
dihendaki. Saya pun bersetuju dan beredar keluar dari stor
tersebut.Pada hari Ahad bersamaan 1 Mac 2015, saya pergi ke stor
setelah selesai sesi kuliah. Saya mengambil cenderahati dan
barang-barang lain iaitu peralatan alat tulis seperti kertas A4,
pen, stepler, pen marker. Kemudian cenderahati dan barang-barang
tersebut saya simpan untuk sementara waktu di asrama bilik
saya.Pada hari Khamis iaitu 5 Mac 2015, setelah selesai Kejohanan
Padang dan Balapan, kami sekelas berkumpul di cafe pada pukul 2.30
petang. Saya juga tidak lupa membawa cenderahati dan peralatan alat
tulis tersebut. Setelah tiba di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
cenderahati dan peralatan alat tulis saya simpan sehingga pada hari
ketiga ketika majlis penutup perkhemahan tersebut, pengerusi kami
iaitu Mohd Nazrin telah memberikan cenderahati berbentuk plak itu
dihadiahkan kepada ketua jurulatih pengakap iaitu Encik Sarudin Bin
Mohd Amin.
10.10 JAWATAN : DOKUMENTASI
Sebelum dan semasa mengambil gambar-gambar penting peserta
kursus semasa menyediakan peralatan perkhemahan Mengambil setiap
pergerakan peserta semasa mengikuti kursus perkhemahan Mengambil
setiap aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur untuk peserta
kursus seperti Laung Agung, sentry, memasak, membuat gajet,
mengikuti slot yang disediakan pegawai.
Selepas Membuat laporan bertulis Mendapatkan maklumat dan bahan
daripada setiausaha dan ajk fotografi untuk pendokumentasian
Laporan perkhemahan Melabel gambar dengan penjelasan bagi setiap
aktiviti beserta tarikh
Kekuatan Peserta kursus mudah memberikan kerjasama dalam proses
pengambilangambar semasa berkursus Penggunaan kamera digital DSLR
yang mempunyai kualiti dalam penggambaran
Kelemahan Pergerakan peserta yang agak terhad disebabkan
aktiviti yang memerlukan semua peserta terlibat. Contohnya laung
agung Penggunaan bateri yang tidak boleh bertahan lama menyulitkan
pengambilan setiap gambar peserta kursus.
Penambahbaikan Menetapkan seorang ajk dokumentasi untuk
tugas-tugas khas dan tidak terlibat dalam aktiviti kursus.11.0
RUMUSAN
Setelah menyertai kursus kepimpinan manikayu peringkat 1, kami
dapat mengesan bahawa pengisian ilmu sebegini merupakan satu kaedah
pembelajaran yang menarik dan berkesan. Melalui pengalaman sebenar
yang dilalui oleh setiap pelajar, ia memperlihatkan kefahaman dan
kejituan pelajar dalam meneroka ilmu kepengakapan. Menariknya,
kursus ini telah disertai oleh ahli pengakap semester 4. Jelas,
kursus ini telah berjalan lancar serta mencapai objektif bagi unit
beruniform.Sepanjang kursus ini, pelbagai input yang diperolehi
oleh pelajar antaranya mempraktikkan ilmu kepengakapan yang telah
dipelajari meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup
sepakatdan bertanggungjawab pada pasukan. Secara tidak langsung
juga, kursus ini meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dalam
kalangan ahli pengakap dan melahirkan insan yang mempunyai
nilai-nilai murni. Sementara itu, kursus ini juga dapat memupuk
semangat kerjasama dan hubungan yang harmoni sesama pelajar dalam
usaha meningkatkan ilmu dan pengalaman dalam suasana yang santai
dan ceria.Konklusinya, kursus yang dirancang telah berjaya
dilaksanakan dan setrusnya dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin
oleh pelajar ke arah mempersiapkan diri menjadi pemimpin unit di
sekolah.
PENGAKAP KLM03Page 46