LAPANGAN On The Ground Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain SUKARELAWAN Berilmu & Berkemahiran Inclusiveness vs Exclusiveness Kunjungan NGO Lebanon Bengkel Komunikasi ICPGS MRA Perak santuni penduduk Orang Asli Projek Rumah Syukur diteruskan LAPANGAN28 Salah satu daripada 215 buah Rumah Syukur MRA di Padang, Sumatera Barat
E Majallah terbitan Malaysian Relief Agency edisi ke 28. E Majallah ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Exco, SAHABAT, kakitangan,penderma, penyumbang, media dan penyokong MRA mengenai aktiviti dan program yang kami laksanakan.
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
LAPANGAN On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
SUKARELAWAN Berilmu & Berkemahiran Inclusiveness vs Exclusiveness
Kunjungan NGO Lebanon
Bengkel Komunikasi ICPGS
MRA Perak santuni penduduk Orang Asli
Projek Rumah Syukur diteruskan
LAPANGAN 28 Salah satu daripada 215 buah Rumah Syukur MRA di Padang, Sumatera Barat
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH LATIHAN
& PENGEMBANGAN
En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH
PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
PENGARAH
PEMBERDAYAAN EKONOMI
Dr. Hyan Yusoff
PENGARAH BANTUAN
KECEMASAN & LOJISTIK
Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
SUKARELAWAN BERILMU & BERKEMAHIRAN
Melahirkan generasi Sukarelawan yang berilmu dan berkemahiran terutamanya
dalam bidang yang bersangkut paut dengan kerja-kerja bantuan kemanusiaan
me rupakan satu cabaran yang amat besar.
MRA merasakan bahawa setiap Sukarelawan atau dalam konteks MRA dikenali
sebagai Sahabat perlu diberikan tunjuk ajar, pendedahan, perkongsian dan latihan
bersepadu dalam aspek kerja-kerja bantuan kemanusiaan ini samada secara ber-
peringkat-peringkat atau modul demi modul.
SAHABAT MRA harus keluar dari kepompong lama mitos dunia sukarela iaitu
membantu secara mendatar begitu sahaja, dimana sahaja dalam apa sahaja kondisi
dan situasi.
SAHABAT harus dibimbing dan dipimpin dalam melakukan kerja-kerja bantuan
dan kemanusiaan agar mereka melakukan sesuatu perkara itu dengan betul dan meng
ikut keperluan-keperluan yang digunapakai dalam kerja-kerja bantuan sebegini.
Ketiadaan maklumat dan ilmu dalam bidang ini akan membuatkan kerja bantuan
yang dilakukan tersasar jauh dari matlamat, tidak berkesan malah tidak memenuhi
kehendak dan keperluan sebenar mereka yang serba kekurangan di lapangan.
Tanpa latihan yang sepatutnya, ia berkemungkinan menjadikan sesuatu bantuan
yang diberikan tidak berkesan, lambat dan mungkin juga merugikan dari segi
kewangan dan pengurusan.
Tanpa pendedahan yang sewajarnya, ia boleh menjadikan seseorang SAHABAT itu
sukar untuk melaksanakan tugasannya kerana tidak berpengalaman, terpaksa mence-
duk ide orang lain dan melakukan apa yang dirasakannya sebagai betul dan benar
walhal ada cara yang lebih baik, murah, berkesan yang boleh digunakan dalam per-
laksanaan sesuatu aktiviti tersebut.
MRA amat menitikberatkan proses pembelajaran SAHABAT kami, terutamanya
mereka yang komited dan aktif dengan program kami. Seboleh mungkin, mereka ini
diberikan input-input yang bersesuaian agar mereka menjadi lebih yakin, gigih dan
kental. Pelapis aktiviti kemanusiaan MRA harus memiliki ilmu dan kemahiran yang
diperlukan dalam dunia kemanusiaan ini agar mereka nantinya dapat memberikan
perkhidmatan, bantuan dan layanan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlu-
kan. Mampu mengenalpasti kehendak mereka serta menjiwai kesukaran dan
keperitan yang dialami.
Pastinya, ilmu dan kemahiran adalah keperluan mendesak bagi sukarelawan muda!
MOHD SHAHRULAZILAN SAID
Pengarah Eksekutif
TA`AWANU ALAL BIRRI WA TAQWA MRA mengalu-alukan kunjungan dari organisasi
seperjuangan ke pejabat kami di Kampung Baru,
Kuala Lumpur. Kehadiran sahabat-sahabat
MAPIM ke pejabat kami pastinya membawa
barakah dan rahmat yang tidak disangka-sangka.
Kunjungan ringkas ini telah disertai oleh Ust.
Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ustaz Abdullah dan
seorang lagi wakil MAPIM. MRA selaku tuan
rumah telah diwakili oleh Sdr. Shahrul, Pengarah
Eksekutif, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus
Operasi, Sdr. Johari Kan, Penyelia Sekolah
Rohingya MRA dan Sdr. Ashraff Abdul Rahman,
Pengurus Program MRA di Myanmar.
Perbincangan berkisar kepada isu tempatan dan isu
antarabangsa. Kami turut berbincang mengenai penguru-
san Sekolah untuk pelarian Rohingya, meliputi kepada
aspek disiplin, aspek keselamatan, komitmen, silibus dan
berbagai perkara lagi.
Untuk makluman, MRA & MAPIM saling berkerjasama
untuk program-program tertentu seperti di Gaza dan juga
program untuk membantu pelarian Rohingya di Arakan
dan di Malaysia.
Semoga kerjasama ini sentiasa mantap dan diper
kukuhkan dari hari ke sehari.
LAPANGAN 28 - helaian 2
SKR-MRA FC bakal mengganas
M R A t e l a h b e r j a y a
menubuhkan 2 tim Futsal bagi
mewakili Sekolah Komuniti
Rohingya MRA dalam mana-
mana kejohanan futsal.
Beberapa perlawanan per
sahabatan telah mula diatur
bagi memberikan persediaan
awal kepada tim ini sebelum
menyertai mana-mana kejo-
hanan.
Perlawanan persahabatan ini
juga bertujuan untuk mem-
bentuk keserasian dikalangan
pemain bagi menghadapi per-
lawanan-perlawanan yang
berikutnya.
Tim yang telah dibentuk ialah
tim bawah 15 tahun dan tim
bawah 12 tahun.
LAPANGAN 28 - helaian 3
SELAMAT HARI GURU
Anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA
meraikan hari guru dengan penuh ceria dan
kegembiraan.
Mendidik anak-anak Rohingya memerlukan kesa-
baran dan kecekalan, juga perlu lebih kreatif dan
sensitif. Mereka perlu dibantu untuk merasakan ke-
pentingan ilmu dalam kehidupan.
Suasana sekeliling dan persekitaran menjadikan
mereka lebih terdesak untuk mencari rezeki dan se-
suap makanan daripada hadir ke sekolah untuk men-
imba ilmu dan pengetahuan.
Guru perlu menanamkan azam dan tekad dihati setiap
pelajar untuk hadir ke sekolah dan betapa pentingnya
ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk hari-hari
mendatang.
Terima kasih kerana mengajar kami
LAPANGAN 28 - helaian 4
LATIHAN KETERANGKUMAN (INKLUSIF) OKU
BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA ZON E
MRA telah diminta untuk membantu menggendalikan sesi penglibatan
bersama komuniti kepada bakal anggota Briged Sukarelawan Khidmat
Negara bagi Zon E yang bertempat di Mersing baru-baru ini.
Seramai 180 orang peserta dari seluruh Negeri Johor telah berkampung
di Maktab Teknik Mersing sepanjang kursus ini berlangsung. Daripada
jumlah yang hadir ini, pihak pengurusan akan memilih mereka yang menunjukkan kualiti kepimpinan dan kemampuan bekerja dalam kumpulan
untuk menyertai skuad induk Briged Sukarelawan Khidmat Negara nanti.
MRA telah menurunkan enam orang jurulatih dan lima orang
fasilitator untuk menjayakan program ini. Alhamdulillah, reaksi
yang kami terima dari para peserta amatlah memberangsang-
kan.
Tim MRA kali ini turut disertai oleh Sdr. Hafiz, yang mengalami
cacat penglihatan untuk tampil memberikan penerangan dan ceramah mengenai apa yang dimaksudkan sebagai inklusif
orang kurang upaya.
Menyusun barangan untuk agihan esok Sdr. Iqbal sedang memberikan taklimat
LAPANGAN 28 - helaian 5
Sdr. Mohd Rezaidi, Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA sedang
mengendalikan sesi bersama para peserta didalam kumpulannya
Sdr. Johari Kan Abdullah bersama Cik Fazlinie bergambar bersama kumpulan yang akan bertolak ke PDK Mersing.
Mereka semuanya bersemangat dan begitu teruja untuk berkhidmata di lapangan
Bermesra dengan anak-anak di PDK
LAPANGAN 28 - helaian 6
Lt. Kolonel Rosli bin Tahir, Pengarah Bahagian Sukarelawan dan Alumni telah sempat
meluangkan masa untuk bersama-sama dengan para peserta di Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK) Felda Nitar 2. Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada semua kakitangan yang
berkhidmat di PDK tersebut.
Lt. Kolonel Rosli telah turut melawat hampir kesemua
PDK dan melihat sendiri bagaimana setiap peserta
memainkan peranan mereka didalam menjayakan
program bersama komuniti ini.
Kehadiran beliau ke setiap lokasi program memba-
yangkan betapa seriusnya Jabatan Khidmat Negara
dalam melahirkan sukarelawan mereka yang
berkualiti dan berpengalaman.
Kuih Kapit in the making
Lt. Kol. Rosli sedang membuat Kuih Kapit.
LAPANGAN 28 - helaian 7
CERAMAH `INCLUSIVENESS` UNTUK
PENGGERAK PDK MERSING
Lebih dari 50 orang penggerak PDK dari seluruh daerah Mersing
telah hadir dalam sesi taklimat mengenai `Inclusiveness` yang
disampaikan oleh Sdr. Hafiz.
Ramai yang tidak memahami apakah maksud sebenar apa yang
dikatakan sebagai Inclusiveness ini. Ianya bukanlah sesuatu yang
asing tetapi ianya mungkin satu terma baru yang diguna pakai
didalam dunia hari ini.
Dalam konteks ceramah ini, ianya merujuk kepada bagaimana kita
berurusan dengan golongan Orang Kurang Upaya.
Apabila kita menyediakan lif berasingan, tandas berasingan, fasiliti
berasingan dan segala macam yang khusus untuk golongan orang
kurang upaya, ini bermakna kita memberikan layanan EKSLUSIF
kepada mereka, tanpa kemudahan ini mereka pastinya sukar untuk
bergerak atau berada pada sesuatu tempat itu.
INKLUSIF ini bermakna kita menyediakan sesuatu kemudahan yang
boleh digunapakai termasuk oleh mereka yang kurang upaya tanpa
memerlukan banyak pertolongan dari orang lain. Sebagai contoh,
jalan masuk ke Masjid yang landai tidak bertangga-tangga hingga
menyukarkan mereka yang berkerusi roda untuk hadir bersolat.
Sdr. Hafiz sedang menyampaikan ceramah beliau.
Antara para penggerak PDK yang hadir, serius dan khusyuk mendengar ceramah Hafiz
LAPANGAN 28 - helaian 8
menjiwai SEMANGAT SUKARELAWAN rancangan SIS, TV9
SIS tv9 sebuah program untuk Muslimah te-
lah ke Sekolah Komuniti Rohingya, Cheras
untuk bertemuramah dengan Muslimah
muda yang memilih untuk bertugas
dengan NGO sebagai guru melalui tajuk
"Semangat Sukarelawan".
Gambar dari Kiri: Yuslinda, Shaheera, Maslinda, Zaida, Dr Saripah, Nidzamuddin, Stien, Rezaidi dan Johari.
Selamat datang dan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir. Seperti sesi induksi sebelum ini, peserta akan diperkenalkan kepada visi, misi dan aktiviti MRA. Dalam sesi ini juga, peserta di dedahkan kepada bidang aktiviti untuk mereka membuat pilihan bidang yang diminati.
Ceria dan sopan
LAPANGAN 28 - helaian 9
Tahniah! Alex Denis
TAHNIAH! Alex Denis yang telah
memenangi “Anugerah Perdana Belia
Negara, Peringkat Negeri Sabah Ta-
hun 2013” (Kategori Lelaki) pada
bulan Mei 18, 2013. MRA amat ber-
besar hati menerima kunjungan Alex
ke MRA setelah selesai menghadiri
kursus “TOT MyCorps”
MRA telah dikunjungi
oleh Ms Amina Ahmed
dari Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Somaliland
yang ingin berkenalan dan
mengetahui serba sedikit
mengenai kerja-kerja yang
dibuat oleh MRA, pagi
ini. Beliau juga sempat
berkongsi mengenai
keadaan di Somaliland.
Pengurus Sekretariat MRA,
Hjh Fauziah telah berke-
sempatan untuk melawat
pasangan Ustaz Shuaib dan
isterinya Raziah yang baru
menimang cahayamata per-
tama mereka.. Ibu mertua
Ustaz Shuaib juga sanggup
datang dari Myanmar untuk
menjaga cucu mereka. Mu-
hammad Marwan. Tahniah
dari seluruh wargakerja
MRA
Sister Amina dari Somaliland melawat MRA
Penerima Anugerah Perdana
Belia SABAH melawat MRA
Muhammad Marwan lahir
a
LAPANGAN 28 - helaian 10
Perbincangan kerjasama Gateway of
Islamic Relief, Daa’wa & Journey dengan
MRA . Bro. Amjad Romman dalam sesi
lawatannya ke Malaysia telah sudi
meluangkan masa di pejabat MRA,
Kg Baru. Beliau telah bertemu dan di-
layan oleh En Mohd Iqbal dan En Johari .
Bro. Amjad berminat untuk mengetahui
dengan lebih mendalam mengenai
gerakerja bantuan yang MRA salurkan
kepada para pelarian Rohingya disini juga
bantuan yang telah kami salurkan kepada
penduduk Rohingya di Sitwe, Arakan.
Lawatan Wakil HHRD - Mr Arief
Khalil dari HHRD (Helping
Hands, Rellief and Development),
Bangkok, Thailand telah ke MRA
Pusat bagi membincangkan
program-program yang MRA dan
HHRD selaku rakan strategik
boleh berkerjasama.
Beliau menyatakan minat untuk
melawat Sekolah Komuniti
Rohingya dan seterusnya me
ninjau keperluan mendesak para
pelarian Rohingya disini.
MRA menerima kunjungan dari mahasiswa
UKM yang diketuai oleh Sdr. Wong.
Beliau merupakan juga seornang Duta
Yayasan Sukarelawan Siswa yang terlibat
dalam program bantuan kemanusiaan YSS
ke Vietnam baru-baru ini.
Kehadiran beliau bersama temannya adalah
untuk membincangkan bentuk bantuan
yang boleh mereka salurkan kepada
Sekolah Komuniti Rohingya MRA di
Cheras Baru. Tahniah diatas keprihatinan
anda.
LAPANGAN 28 - helaian 11
KUNJUNGAN NGO
DARI LEBANON
MALAYSIAN RELIEF AGENCY menerima kunjungan hormat dari sebuah
organisasi yang berpengkalan di Beirut, Lebanon baru-baru ini. Kunjungan
mereka ke Malaysia adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama
strategik dengan NGO dari Malaysia terutamanya dalam isu menangani
kebanjiran pelarian Syria di negara-negara berjiran dengan mereka.
Sebuah badan gabungan dengan ahli gabungan melebihi 100 buah NGO,
tidak dinafikan mereka merupakan antara organisasi di Lebanon yang
perlu diambil kira sekiranya berhasrat untuk membantu pelarian Syria di
bumi Lebanon.
Dikesempatan yang ada, MRA telah mengatur satu slot TV
Al Hijrah, Assalamualaikum—untuk mereka berkongsi
kepada rakyat Malaysia apa yang boleh dilakukan bagi
membantu pelarian Syria di negara jiran Lebanon.
Semoga kunjungan mahabbah ini dan jalinan kerjasama
yang dibentuk dapat memberikan suatu bentuk bantuan
yang konkrit dalam usaha membantu pelarian Syria yang
semakin membanjiri negara jiran mereka.
Mesyuarat di Hospital Pakar Al Islam Slot Assalamualaikum untuk Syria
LAPANGAN 28 - helaian 12
BENGKEL KOMUNIKASI
Anjuran tim ICPSG-MRA Satu Bengkel Komunikasi anjuran tim ICPSG-MRA
untuk ahli-ahli ICPSG, ibubapa, sahabat dan ahli
professional telah berjaya diadakan pada 27/4/13 di
Sekretariat MRA di Kampung Baru.
Bengkel komunikasi ini diadakan adalah bertujuan
untuk mendedahkan kepada ahli-ahli ICPSG-MRA
mengenai penggunaan perisian yang telah dikenal-
pasti bermanfaat dan berfaedah kepada mereka, yang
boleh dimuat turun kedalam iPad, Tablet dan telefon
bimbit (Android, iPod, Samsung S3 dan lain-lain).
Ianya adalah bertujuan untuk membantu mereka
yang mempunyai masalah pertuturan untuk ber
komunikasi.
En Shahrulikram seorang patologis pertuturan telah
memberi pendedahan serta kefahaman cara mencari
perisian yang sesuai (di mana seseorang boleh mem-
beli atau memuat turun secara percuma) dan bagai-
mana untuk menggunakan perisian tersebut untuk
tujuan komunikasi.
Ia merupakan satu bengkel dan perjumpaan yang
sangat menarik diantara pemberi khidmat, ahli-ahli
yang berminat dengan pemasalahan ini serta inovasi
dengan pengguna (orang dewasa CP dan ibu bapa
mereka).
Aplikasi teknologi memudahkan Demonstrasi penggunaan gajet
Memudahkan komunikasi interaktif
LAPANGAN 28 - helaian 13
Penggunaan gajet dan teknologi akan dapat
mengurangkan kebergantungan OKU kepada orang
lain, dan ini akan menjadikan mereka lebih berdikari,
lebih produktif disamping dapat meningkatkan lagi
motivasi dalam diri mereka masing-masing.
Disamping, ianya juga dapat mengubah persepsi
segelintir pihak bahawa OKU ini tidak boleh berjaya
tanpa bantuan orang lain.
Aplikasi gajet dan teknologi yang bersesuaian akan
membantu mereka dalam banyak segi dan yang pasti-
nya akan mengeluarkan mereka dari dunia ekslusif
kepada dunia inklusif.
Aplikasi gajet dan teknologi yang
bersesuaian akan membantu mereka dalam
banyak segi dan yang pastinya akan menge-
luarkan mereka dari dunia ekslusif kepada
dunia inklusif.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai aplikasi dan gajet yang
kami paparkan ini, sila hubungi Sekretariat MRA di
talian 03 26972007 untuk mendapatkan penerangan
lebih terperinci dan juga untuk mengadakan temujanji.
DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI Kempen tahunan Ramadhan anjuran Malaysian Relief Agency (MRA)
Tahun lalu, Alhamdulillah, bantuan Ramadhan yang
kami terima melalui kempen Dekat Di Mata Lekat Di
Hati telah berjaya kami salurkan kepada mereka yang
memerlukan di dalam dan di luar negara.
Sejumlah dana yang kami terima telah dihantar ke
wilayah bergolak yang begitu memerlukan bantuan,
Wilayah Arakan, manakala yang lainnya telah diagih-
agihkan ke Selatan Thailand dan Kemboja. Manakala
didalam negara pula, dana yang kami perolehi telah
diagihkan kepada komuniti Orang Asli, Pelarian dan
Saudara Baru.
Seperti kebiasaannya, kami mengalu-alukan sumban-
gan orang ramai, para dermawan dan hartawan yang
begitu pemurah agar dapat terus menyumbang kepada
mereka yang memerlukan dengan cara menyalurkan
bantuan tersebut melalui MRA.
Tahun ini, kami berhasrat untuk meneruskan bantuan
yang telah kami berikan kepada kelompok yang
telah kami bantu sebelum ini, agar ianya dapat
merapatkan lagi hubungan silaturahim dan per
saudaraan sesama kami.
MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365
Bank: Maybank Islamic Berhad
Swift Code: MBBEMMYKL
A/K No: 3988591608
Bank: Public Islamic Bank
Sumbangan, sedekah dan derma Ramadhan anda
amatlah kami hargai dan alu-alukan:-
LAPANGAN 28 - helaian 16
ADA APA DENGAN PALESTIN? Satu diskusi tentang Palestin yang bertemakan `Ada apa dengan
Palestin` telah dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat melalui
dua buah persatuan dalaman iaitu i-Rec dan ReCMA
Diskusi ini turut disertai oleh Sdr. Muaz (Akademi Fantasia) yang hadir
sebagai Duta AMAN Palestin ke program ini. Sdr. Muaz telah
berkongsi pengalaman beliau berada di Palestin dan maklumat yang
beliau ada mengenai perjuangan menentang penjajahan zionis ini.
Sdr. Shahrul pula telah berkongsi bersama para hadirin mengenai
aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh MRA untuk Palestin.
Untuk makluman, bagi program Palestin, MRA beroperasi di Gaza,
Lebanon dan Kuala Lumpur. Di Gaza, MRA mempunyai program tajaan
anak yatim, perkhemahan cuti musim panas dan juga kami bakal
terlibat dengan projek membangunkan sebuah Wad Pediatrik disana.
Di Lebanon, MRA mempunyai operasi di beberapa buah
kem pelarian dan tumpuan diberikan kepada projek-projek
pendidikan dan pembangunan komuniti. MRA dalam tahun
2009 pernah membawa seorang kanak-kanak Palestin dari
Lebanon yang tercedera akibat terkena jerangkap samar
untuk mendapatkan rawatan dan khidmat susulan di
Hospital Pakar Al Islam Kuala Lumpur. Beliau tidak boleh
bergerak tanpa bantuan kerusi roda, namun selepas
pembedahan, beliau sudah boleh berjalan dan berlari
menggunakan kaki palsu.
Selain itu MRA juga telah berjaya membawa lima orang
doktor dari Gaza, Palestin untuk menjalani latihan praktikal
di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan
kerjasama Hospital Pakar Al Islam, HUKM dan MRA.
Antara siswa dan siswi yang hadir
dalam Sesi forum ini
LAPANGAN 28 - helaian 17
INDUKSI SAHABAT MRA UITM PUNCAK PERDANA Sdr. Mohd Rezaidi Ishak , Pengarah Latihan dan
Pembangunan MRA berserta Sdr. Shahrul,
Pengarah Eksekutif MRA telah hadir ke UITM
Puncak Perdana bagi menjayakan program Induksi
Sahabat MRA UiTM Puncak Perdana.
Seramai 80 orang peserta telah ikutserta dalam
program ini yang bertujuan mendedahkan mereka
dengan kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan dunia
kesukarelaan.
Dalam sesi Induksi ini Sdr. Rezaidi telah mengupas
mengenai gerakerja dan halatuju MRA melalui misi
-misi bantuan yang telah kami lakukan, termasuk
program bantuan didalam negara yang terus
menerus dilakukan. Beliau turut mengupas tentang
budaya integriti dan konsep inclusiveness kepada
para peserta yang hadir.
Sdr. Shahrul pula kemudiannya mengupas mengenai
tajuk Apa Yang Anda Akan Perolehi Sebagai
SAHABAT MRA. Tajuk ini adalah berkaitan pem-
binaan diri dan peribadi seseorang sukarelawan yang
digelar SAHABAT didalam MRA.
Tajuk ini menerangkan konsep Fastabiqul Khairah—
Ta`awanu Alal Birri Wa Taqwa-Bunyanun Marsus.
Selain dari kita berlumba-lumba kearah kebaikan,
kita juga harus bersama-sama bertolong bantu dalam
melaksanakan kerja-kerja bantuan ini, agar nanti kita
akan kelihatan sebagai satu bangunan yang tersusun
kukuh, tidak mudah digugat apatah lagi diruntuh.
Apa anda bakal perolehi sebagai seorang SUKARELAWAN Apa anda bakal perolehi sebagai seorang SAHABAT MRA
LAPANGAN 28 - helaian 18
ISTIQAMAH SANTUNI PENDUDUK
MRA PERAK
Pusat kegiatan MRA PERAK di kalangan komuniti orang Asli bertempat di Pos
Slim. Disini, MRA mempunyai sebuah Dewan Komuniti yang bertindak sebagai
dewan orang ramai juga dewan serbaguna bagi memenuhi keperluan aktiviti
penduduk setempat.
Sama seperti perkampungan Orang Asli yang lain, kampung ini mempunyai sungai
sebagai sumber airnya yang tersendiri, walaupun agak kebawah letaknya.
Terletak di pertengahan jalan menuju ke Cameron Highlands, kampung ini tidak
kurang sejuknya di waktu malam, mencucuk hingga ke tulang.
Kampung yang didiami oleh lebih dari 20 keluarga ini dipimpin oleh seorang
Tok Batin yang cukup prihatin dan berkerja keras, iaitu Tok Batin Alang,
disayangi oleh anak buah dan pengikutnya. Tok Batin Alang mempunyai
pengetahuan yang luas dalam bidang kepimpinan dan petah mengatur kata
dalam setiap bicaranya.
MRA telah bergerak di perkampungan ini sejak dari tahun 2010 lagi dan
hubungan kami dengan penduduk setempat amat baik dan kami sentiasa
memastikan hubungan ini kekal baik sepanjang masa.
Pendedahan berkaitan teknologi sangat
membantu dalam komuniti Orang Asli
Gerakerja tersusun
Gotong royong memasak
LAPANGAN 28 - helaian 19
MESRA & CERIA bersama Komuniti
Pendekatan yang digunakan oleh MRA
dalam mendekati dan menyantuni ko-
muniti Orang Asli berbeza mengikut
tempat dan `mood` di sesebuah per-
kampungan itu.
Namun, modus operandi yang biasa
kami gunakan ialah interaksi dengan
anak-anak dan aktiviti sukan bersama
remaja setempat.
Aktiviti lain yang sering kami lakukan
ialah sukaneka, makan secara bersama
dan menonton tayangan gambar di
skrin besar.
Tidak seperti masyarakat bandar, masyarakat Orang Asli masih lagi
mengekalkan adab sopan dan budaya mereka secara baik. Yang
muda menghormati yang tua dan yang tua menyayangi yang muda.
Keakraban dikalangan penduduk kampung sesama mereka amat
ketara sekali. Mereka hidup sebagai satu keluarga besar, setiap
seorang dalam komuniti tersebut diraikan dan mempunyai peranan
masing-masing.
Namun, program pendidikan masih amat diperlukan dan
masyarakat disini amat terbuka untuk menerima maklumat dan
pandangan dari luar namun ianya haruslah mengambil kira
keterbatasan dan prinsip hidup setempat dan semasa yang mereka
amalkan.
Jangan tinggalkan anak-anak, merekalah asset
Sukaneka Gotong royong disemai
Bersih Cekap Amanah
Tayangan UPIN & IPIN mampu menarik perhatian
LAPANGAN 28 - helaian 20
TAKLIMAT TAUTAN KASIH VIII
Program Tautan Kasih Siri ke VIII bakal berjalan di Pos Bersih pada 18-20hb Jun nanti. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Taklimat mengenai perjalanan program telah
diadakan pada malam Jumaat 21hb Jun 2013 di Dewan Kuliah Fakulit Perubatan dan Sains Kesihatan UPM yang terletak bersebelahan dengan Hospital Serdang.
Turut hadir berkongsi maklumat dan pengalaman ialah Sdr.
Khairil Anuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan dan
Lojistik MRA, Dr. Shahrizal Azwan, Pengarah Perubatan MRA,
Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA, Sdr. Johari
Kan Abdullah, Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya MRA dan
Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Mohd Shahrulazilan.
Barisan Penceramah malam ini...
Pengerusi Majlis yang tidak kurang hebatnya
Peserta yang hadir mendengar taklimat
LAPANGAN 28 - helaian 21
PROJEK RUMAH SYUKUR DITERUSKAN
100 buah rumah lagi bakal dibangunkan di Sumatera Barat
Gempa bumi kuat, pada skala Richter 6.4 telah
menggegarkan bumi Sumatera Barat pada Oktober
2009. Ribuan menjadi korban, tewas dalam
runtuhan bangunan dan tanah longsor. Gempa
bumi ini mendapat respon pantas dari MRA,
kurang dari 48 jam, pasukan bantuan MRA telah
bergerak menuju Ground Zero dan hari ini selepas
5 tahun kejadian tersebut, MRA masih lagi ber-
operasi disana. Di tempat yang sama 5 tahun lalu.
MRA kini menumpukan kepada projek pembinaan
Rumah Syukur. Apakah yang dikatakan sebagai
Rumah Syukur ini? Ianya merupakan sebuah
rumah yang dibangunkan di tapak rumah lama
yang musnah, menggunakan semula barangan
rumah lama seperti pintu, tingkap, bumbung mana-
kala batu-bata, dinding dan atap akan dibantu oleh
MRA.
RUMAH SYUKUR yang telah disiapkan
Pak Daryanto dan En. Shiraj dihadapan lokasi tahun lalu
LAPANGAN 28 - helaian 22
Sebanyak 215 buah Rumah Syukur
telah berjaya disiapkan oleh MRA
dalam era pembangunan semula di
wilayah SUMATERA BARAT (SUMBAR),
Indonesia yang mengalami gempa
bumi kuat pada tahun 2009.
Gempa kuat ini turut telah memus-
nahkan banyak rumah kediaman
serta bangunan-bangunan yang lain
serta ianya turut mengubah land-
scape SUMBAR dengan begitu
dahsyat sekali.
MRA hadir dalam misi bantuan
kecemasan pada peringkat awalnya
dan kami terus menerus memberi-
kan bantuan termasuk memberikan
bantuan pendidikan dan bantuan
bagi menjana pendapatan.
MRA telah menggerakkan kempen membangunkan
Rumah Syukur ini bagi meringankan kesukaran dan
kesulitan yang dialami oleh para penduduk yang
kehilangan rumah, harta benda dan orang tersayang
dalam bencana ini.
Melalui jaringan kerjasama dan kesepakatan yang
dimiliki MRA, sebanyak 115 buah Rumah Syukur
telah dapat dibina melalui sumbangan dan kutipan
dana dari orang perseorangan, organisasi dan per-
tubuhan.
Alhamdulillah, 100 buah lagi dapat dibangunkan
kemudian apabila CIMB Islamik turut serta mengam-
bil bahagian dalam meringankan bebanan yang dia-
lami oleh penduduk setempat yang serba daif.
Hari ini, 215 buah Rumah Syukur yang dibina oleh
MRA ini masih lagi berfungsi dan digunakan oleh
para penduduk yang mendapat bantuan ini.
Dato Abdul Razak sedang meletakkan
batu tanda Rumah Syukur
LAPANGAN 28 - helaian 23
Penyelia Projek MRA Padang, Pak Daryanto bersama Sdr. Shahrul
dihadapan deretan rumah Syukur yang telah disiapkan
Antara bahan yang digunakan ialah
kayu dari pohon kelapa Diseseparuh tempat, penduduk masih menadah air hujan
(rain water harvesting) untuk bekalan air mereka
Penghuni Rumah Syukur bersama Pak Daryanto
Sdr. Shirajuddin dan Sdr. Shahrul diatas tapak
rumah yang telah disediakan oleh penduduk
Rumah Syukur yang telah siap
Berbatu batu berjalan setia Hendak menguji hati puteri Bantu Membantu Amalan Mulia Akhlak terpuji pelengkap diri