Program Pembangunan Guru Baharu
Program Pembangunan Guru Baharu
KANDUNGAN ORENTASI:MINGGU 1MAKLUMAT UMUM SEKOLAH
VISI DAN MISI SEKOLAHVisi:Guru Cemerlang, Murid Gemilang,
Sekolah TerbilangMISI : Memberikan Pendidikan Berkualiti ke arah
melahirkan murid yang cemerlang dalam semua bidang berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
SEJARAH SEKOLAH
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Sekolah Kebangsaan Pekan
Telupid
JenisSekolah kebangsaan,Sekolah kerajaan
Kod sekolahXBA2151
LokasiMalaysiaPeti Surat 0389300, Telupid,,Sabah Negeri Di Bawah
Bayu,Malaysia
Telefon6089521730
Faks6089521731
Sekolah Kebangsaan Pekan Telupidatau nama ringkasnyaSK Pekan
Telupid, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti
Surat 03.Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid memiliki 349
pelajar lelaki dan 370 pelajar perempuan, menjadikan jumlah
keseluruhan murid seramai 719 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang
guru.2009
SejarahPada tahun 1967, pihak MISSION ROMAN KATOLIK telah
membina sebuah bangunan sekolah dan rumah guru di kawasan tanah
kepunyaannya di Daerah Kecil Telupid. Kawasan ini agak jauh dari
kawasan perumahan dan dikelilingi dengan pokok-pokok besar. Sekolah
ini dinamakan sebagai ST. MARTIN'S PRIMARY SCHOOL dan dibuka pada
11/09/1967 dengan mempunyai hanya 49 orang murid dan seorang guru.
Bahasa penghantar pada waktu itu adalah bahasa inggeris.
Murid-murid ini diagihkan kepada dua kelas iaitu Darjah 1 dan
Darjah 2. Darjah 1 adalah untuk mereka yang tidak mempunyai asas
membaca, menulis dan mengira, manakala Darjah 2 bagi mereka yang
mempunyai asas dan yang telah meningkat umur. Kedua-dua kelas ini
kemudiannya dinaikkan darjah setelah sekolah dibuka semula pada
tahun 1968, di mana satu lagi kelas ditambah menjadikannya tiga
kelas. Setiap tahun bilangan kelas itu bertambah sehingga pada
bulan Januari 1971, menjadikan sekolah ini mempunyai 6 kelas iaitu
Darjah 1 hingga Darjah 6. Bilangan kelas ini kekal sehingga akihr
tahun 1979.Pada Januari 1980, pendaftaran bagi murid-murid Darjah 1
terlalu banyak menyebabkan pihak sekolah terpaksa membuka 2 kelas
untuk Darjah 1. Pada tahun berikutnya setiap Darjah mempunyai 2
kelas sehingga pada tahun 1987 jumlah kesemua kelas adalah 12. Pada
tahun 1988, Darjah 1 mempunyai 3 buah kelas dan bertambah pada
setiap tahun kerana penduduk di sekitar Telupid semakin
bertambah.Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar
telah menggantikan Bahasa Inggeris pada tahun 1970 bermula bagi
murid-murid Darjah 1. Pada tahun 1983, sekolah ini melaksanakan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan melaksanakan sepenuhnya
pada tahun 1988.
PERSEKITARAN SEKOLAH
BANGUNAN LAMA
BANGUNAN BILIK MUZIK, DAN SURAU
BANGUNAN KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BANGUNAN KELAS TAHUN 4, BILIK KAUNSELING, DAN SPBT
BANGUNAN KELAS TAHUN 6
BANGUNAN KELAS TAHUN 5
BANGUNAN BILIK GURU, BILIK PENTADBIRAN, DAN PUSAT SUMBER
SEKOLAH
DATARAN SEKOLAH YANG DIJADIKAN SEBAGAI TAPAK PERHIMPUNAN,
GELANGGANG BOLA TAMPAR DAN TEMPAT MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI
LAIN.
PUSAT SUMBER SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHSekolah Kebangsaan Pekan Telupid, memulakan
operasi pembelajaran seawal 7.00 pagi. Pada jam 7.00 sehingga jam
7.10 pagi, murid-murid akan menjalani program nilam. Pengajaran dan
pembelajaran akan bermula pada jam 7.10 pagi sehingga jam 12.30
tengah hari bagi sesi pagi. Sesi petang pula bermula pada jam 12.40
tengah hari sehingga jam 5.30 petang. Selain perlaksanaan sesi PDP,
pelbagai aktiviti luar bilik darjah juga dijalankan oleh pihak
pentadbir, guru-guru, dan murid-murid serta seluruh komuniti
SK.Pekan Telupid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti
berikut:
MENGADAKAN MAJLIS PERPISAHAN UNTUK MURID-MURID TAHUN 6
MENJALANKAN PROGRAM GURU PENYAYANG
MENGADAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
MENGADAKAN MESYUARAT PADA WAKTU MALAM UNTUK MENGELAKKAN
PERLAKSANAAN PDP TERGANGGU PADA SESI PAGI DAN PETANGMENGADAKAN
SAMBUTAN KEMERDEKAAN
MENGADAKAN SAMBUTAN HARI GURU
AKTIVITI KOKURIKULUMAktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap
hari rabu, bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang.
Perlaksanaan ketiga-tiga bidang kokurikulum, iaitu Unit Beruniform,
Persatuan dan Kelab, serta Sukan dan Permainan dijalankan secara
bergilir setiap minggu. Setiap guru diberikan satu jawatan iaitu
sama ada sebagai penasihat Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab,
atau Sukan dan Permainan.
Aktiviti Unit Beruniform Pengakap sedang dijalankan.
LAGU SEKOLAHKami datang dengan penuh hatiSk.Pekan TelupidBerilah
kami sinaranAgar cerah masa depanKamikan berjanji belajar
bersungguh-sungguhMemenuhi hasrat ibu bapa
Kami ingin supaya menjadi Pelajar berilmu berbaktiBerguna kepada
bangsa Serta negara tercinta
LENCANA SEKOLAH
PENGURUSAN KURIKULUM
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
PENGURUSAN PDP
PENGURUSAN PELAJAR
Norhasidah Mohd.Nasir 1