KANDUNGAN
1. PENGENALAN 1 0. Pendahuluan 11. SEJARAH TULISAN JAWI 21.
LANGKAH MEMARTABATKAN TULISAN JAWI 52. Menyemak Semula Kurikulum
Pelajaran Jawi 52. Kerjasama Dari Pihak Kerajaan Dan Bukan
Kerajaan(NGO) 62. Melalui Sistem Pendidikan 82. Peranan Ibu Bapa
92. Peranan Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (Ipt) 102.
Mengadakan Kempen Cintaikan Dan Martabatkan Tulisan Jawi 102.
Memperbanyakan Bahan Bacaan Dalam Tulisan Jawi 11
4.0 KESIMPULAN 12BIBLIOGRAFI 13LAMPIRAN
1. PENGENALAN
0. Pendahaluan
Tulisan lahir apabila manusia mula mengetahui cara untuk
menyampaikan idea fikiran dan perasaan melalui tanda- tanda tampak
atau visual dalam bentuk yang turut difahami oleh individu lain.
Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad- abad yang lepas telah
membawa bersamanya abjad tulisan jawi, yang merupakan induk asas
tulisan Jawi Melayu dan abjadnya. Tulisan Jawi merupakan salah satu
daripada dua sistem tulisan rasmi diBrunei dan juga dijadikan
sistem tulisan alternatif diMalaysia. Dari segi penggunaannya,
tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi
sudah diganti olehabjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad
kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Tulisan Jawi turut
diertikan sebagai salah satu warisan Warisan Dunia yang penting ke
rantau ini karana telah menjadi titik tolak pemisahan dari zaman
gelap yang menghantui bangsa Melayu ka zaman yang celik ilmu dari
pelbagai aspek. oleh itu, orang Melayu tidak ada alasan yang
menyatakan bahawa mempelajari Tulisan Jawi ini merupakan sesuatu
yang mustahil dipelajari, kerana mereka telah lama mengenali
tulisan Jawi ini melalui pengajian al- Quran sejak dari kecil jika
dibandingkan dengan tulisan bahasa Melayu yang baru dibawa pada
abad ke-15 Masihi. Walau bagaimanapun, pada masa kini tulisan Jawi
semakin hilang daya kemampuan untuk mengangkat kebesaran ilmunya
untuk dijadikan rujukan utama dalam penulisan dan pengebaran
bahasa. Keadaan ini jauh berbeza berbanding dengan zaman
kegemilanagan pada abad ke-18, yang menjadikan tulisan Jawi ini
sebagai bahan rujukan utama semua pihak dalam pelbagai aspek dan
tidak terkecuali dalam penyebaran ilmu kesusasteraan. Hal ini dapat
dibuktikan dengan penemuaan akhbar- akhbar seperti Utusan Melayu
dan Utusan Zaman. Justeru kita perlu memartabatkan semula tulisan
Jawi di bumi Malaysia ini. Izinkan ia mengepakkan sayapnya
berterbangan bebas di langit Malaysia seperti suatuketika dulu.
Biar ia menyebar ke seluruh cerok pelosok bumi Malaysia seperti
suatu ketika dulu. 11. SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI
Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan
Islam pada abad 10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang
berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi di
Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yangmenjadi
pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Selain menjalankan
aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam.
Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan
huruf-huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu
(Hamdan Abd Rahman,1999). Tulisan yang diperkenalkan kepada
penduduk Nusantara adalah huruf-hurufArab atau sekarang ini
dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke-11 hingga ke-14,
tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan
Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005). Orang Melayu yang celik huruf
pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi. Tulisan Jawi ini
telah digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama
Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi.
Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal
sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem
tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di
sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh
para pengkaji naskhah Melayu lama. Sebelum bahasa Melayu menerima
mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya
yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara rencong
ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno
(tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan
Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu
dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa.
Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah
memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.
Hingga abad ke-14, bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada
tiga bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Jawa dan bahasa Arab.
Pengaruh pertama terhadap bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit yang
dibawa oleh pedagang-pedagang pedagang India atau pedagang Melayu
2yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh indianisasi
berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh
Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14, iaitu zaman
kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit
dianggap asas kepada bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini.
Tulisan bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih
tetapi kosa katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula
tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa
menerusi tulisan inilah bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai
bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal
pasti bunyi bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab.
Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi
dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada
huruf Arab yang sedia ada. Batu bersurat memperlihatkan pengaruh
bahasa Arab mula menjalar masuk ke dalam bahasa Melayu. Batu
bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu perubahan radikal
terhadap bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut
memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi.
Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang
memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad bahasa
Melayu dengan agak lengkap. Misalnya, abjad yang terdapat dalam
perkataan yang tertulis pada batu bersurat tersebut. Antaranya
ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain.
Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu
bersurat Kuala Berang itu hanya huruf q,v,x, dan z sahaja yang
tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa
huruf q dan z tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut
sememangnya wujud dalam huruf Arab, iaitu Qaf dan Zai. Pada masa
tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun kesusasteraan
berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang
diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan
kesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan layanan
istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit
demi sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
Melayu. Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam
Melayu. Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi
agama Islam ialah bahasa Arab yang mulai 3 mendapat tempat dalam
kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno
yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf
Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud orang Jawa
atau berasal dari tanah Jawa. Penulis-penulis Arab pada zaman
klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya al-Rehlah menggelarkan
pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil
orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang
menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini dicampur
adukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima
huruf tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri.
Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca,
Nga, Pa, Ga, dan Nya. Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan
bunyi-bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf
baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama
bentuknya. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam
Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan
juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia
adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh
702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui
adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah
sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan
Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan
dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang
kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam
masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam
semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya
digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak
di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan
Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara
Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia,
2008).
41. LANGKAH MEMARTABATKAN TULISAN JAWI
2. Menyemak Semula Kurikulum Pelajaran Jawi
Mengakui masa depan tulisan jawi akan terus berselinap di bawah
sinar kemajuan dan tiada jalan pintas untuk kebangkitannya,
Setiausaha Persatuan Wartawan Melayu(PWM), Kelantan, Rokaid Chik
akur usaha membangunkan semula tulisan jawi ke alam kegemilangan
memerlukan pengembelengan tenaga gigih yang bermula seawal
peringkat sekolah rendah. Menurutnya, secara asasnya iltizam kental
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri diperlukan dalam
pembinaan semula jajaran penggunaan tulisan jawi sebagaimana zaman
kemasyhurannya.Kementerian Pendidikanperlu kembali menyemak
kurikulum sekolah berhubung pembelajaran tulisan Jawi, memandangkan
ketika ini ia hanya diserapkan secara tidak langsung dalam
pelajaran pendidikan Islam tanpadiadakansuatu pengajaran khusus
yang rapi. Selain itu , melalui sistem pendidikan ini kemahiran
menulis dan membaca tulisan jawi mesti dijadikan teras dalam mata
pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah seluruh negara.
Ditambah lagi, pengenalan tulisan jawi perlu juga dimasukkan dalam
sukatan pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah. Hal ini
adalah sebagai salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan
persepsi masyarakat terhadap tulisan jawi yang dianggap sebagai
sinonim dengan agama Islam. Malah, di peringkat institusi pengajian
tinggi awam mahu pun swasta (IPTA/IPTS), langkah memasukkan
kemahiran dan sejarah perkembangan tulisan jawi dalam subjek
tamadun Islam dan kenegaraan Malaysia adalah wajar sebagai
mekanisme untuk memartabatkan tulisan jawi di peringkat institusi
pengajian tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan
tulisan jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan masih kecil
bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan boleh di bilang
dengan jari.
52. Kerjasama Dari Pihak Kerajaan Dan Bukan Kerajaan(NGO)
Kedua-dua dua agensi ini mestilah bersama-sama berganding bahu
dalam bekerjasama menggembeling tenaga untuk memartabatkan tulisan
jawi. Pelbagai langkah boleh diambil oleh pihak kerajaan bagi
memartabatkan bahasa Melayu. Antaranya ialah kesedaran penggunaan
tulisan jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan. Langkah para
peniaga terutamanya para peniaga bukan Melayu yang menggunakan
tulisan jawi di papan tanda premis perniagaan mereka adalah
merupakan satu usaha yang bijak ke arah membantu memartabatkan
tulisan Jawi. Malah, usaha itu ternyata amat membanggakan kita
kerana membuktikan betapa orang-orang bukan Melayu juga turut
memandang tinggi dan menghargai tulisan Jawi ini. Usaha
menggalakkan penggunaan tulisan jawi terutama pada papan-papan
tanda dan nama premis-premis perniagaan seharusnya dipertingkatkan
dan di perhebatkan lagi bagi memastikan tulisan jawi ini terus
diletakkan di tempat yang sewajarnya. Ini bertujuan memastikan para
peniaga terutama para peniaga bukan Melayu membantu menggalakkan
penggunaan tulisan jawi. Sehubungan dengan itu juga, pihak berkuasa
seperti Majlis Kerajaan Tempatan perlulah memainkan peranan untuk
membantu meluaskan penggunaan tulisan jawi ini di samping
memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul pada papan tanda dan
premis perniagaan mereka. Sebagai satu usaha menggalakkan
penggunaan tulisan jawi ini juga, pihak berkuasa tempatan perlu
memastikan setiap papan tanda baru untuk premis perniagaan haruslah
menggunakan tulisan jawi selain daripada tulisan Rumi yang biasa
digunakan. Malah pihak bukan kerajaan(Ngo) juga boleh mengambil
inisiatif tertentu seperti mengadakan pertandingan penggunaan
tulisan jawi pada papan tanda premis perniagaan sebagai satu
dorongan kepada para peniaga untuk terus menggunakan tulisan Jawi
ini . Penguasaan dunia tanpa sempadan melalui kaedah penggunaan
skin komputer, telefon selular dan pelbagai lagi media elektronik
pada zaman sekarang yang membolehkan kita memperolehi maklumat
hanya dihung jari sahaja. Keadaan ini, tidak lagi menjadi batu
penghalang kepada hasrat untuk meneguhkan jati diri dan ketamadun
bangsa di negara kita. Lantaran itu, tiada alasan bagi pihak
kerajaan dalam usaha yang ambil bagi memartabatkan 6 tulisan Jawi
ini. Sepatutnya penggunaan tulisan jawi ini haruslah harus lebih
menyeluruh lagi. Penggunaan tulisan jawi boleh dimasukkkan dalam
sistem penggunaan laman-laman web tempatan, kerajaan (ada versi
Jawi),perisian Microsoft Office Jawi, telefon bimbit dan lain-lain.
Perisian komputer di dalam tulisan Jawi amat kurang digunakan malah
susah untuk ditemui. Keadaan ini, menyebabkan ramai pengguna hanya
menggunakan perisian yang sedia ada iaitu dalam perisian bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris. Melalui ketidak prihatinan pihak
kerajaan dan swasta akan menyebabkan tulisan jawi jarang digunakan
dan lama- kelamaan warisan ini akan dilupakan.Oleh itu, pihak
kerajaan dan swasta haruslah menggunakan kaedah tulisan jawi dalam
sistem penggunaan laman-laman web tempatan ,perisian Microsoft
Office Jawi, dan telefon bimbit. Keadaan ini menyebabkan penguna
yang ingin menggunakan kemudahan elektronik yang berkaitan akan
mula belajar mempelajari tulisan jawi. Hal ini menyebabkan pihak
kerajaan dan swasta telah pun melatih rakyat Malaysia untuk
menguasai kemahira tulisan Jawi ini secara sedar atau tidak sedar,
disamping memperolehi maklumat yang diperlukan, bak kata pepatah
Melayu sambil menyelam minum air .
Oleh yang demikian, penggunaan tulisan Jawi ini perlu
dipergiatkan usahanya terutama peranan yang dimainkan oleh pihak
kerajaan tempatan dalam merealisasikan impian negara bagi
menghidupkan semula kegemilangan tulisan jawi yang pernah mencapai
puncak kemasyhurannya satu ketika dahulu. Impian ini tidak
terlaksana jika hanya dilakukan hanya sebelah pihak sahaja, malah
semua pihak perlu berganding bahu tidak apa jua lapisan masyarakat
agar tulisan Jawi ini bak kata pepatah Melayu tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas
72. MELALUI SISTEM PENDIDIKANMelalui sistem pendidikan negara.
Melalui sistem pendidikan ini kemahiran menulis dan membaca tulisan
jawi mesti dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama
islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Ditambah lagi, pengenalan
tulisan jawi perlu juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran bahasa
melayu di peringkat sekolah. Hal ini adalah sebagai salah satu
usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi masyarakat
terhadap tulisan jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama
islam. Malah, di peringkat institusi pengajian tinggi awam mahu pun
swasta (ipta/ipts), langkah memasukkan kemahiran dan sejarah
perkembangan tulisan jawi dalam subjek tamadun islam dan kenegaraan
malaysia adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan
jawi di peringkat institusi pengajian tinggi di negara ini. Selain
itu, kesedaran penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan
petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika
dikatakan boleh dibilang dengan jari.
82. PERANAN IBU BAPAIbu bapa merupakan asas keharmonian sesebuah
keluarga. Mereka berperanan penting sebagai pencorak masa depan
anak yang berjaya dalam pelajaran. Sebagai seorang anak, seseorang
itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang. Tanggungjawab ibu bapa untuk
mendidik anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat
berat dan tidak dinafikan oleh sesiapa pun.Dalam konteks
memperkasakan tulisan jawi, ibu bapa memainkan peranan penting
dalam mendapatkan pendidikan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Sebelum anak-anak didedahkan dengan asas tulisan jawi, ibu bapa itu
sendiri hendaklah mempunyai asas dan kemahiran ynag mantap dalam
tulisan jawi. Hal ini demikian kerana anak itu ibarat sehelai kain
putih dan ibu bapa yang perlu mencorakkannya. Sekiranya ibu bapa
mengajar anak-anak asas tulisan jawi sebelum mereka dihantar ke
kelas jawi, mereka akan lebih cenderung untuk mendalami ilmu
tersebut kerana telah mempunyai asas serta kemahiran dalam bidang
tersebut. Melalui cara ini, lebih ramai generasi muda akan lebih
berminat belajar tulisan secara langsung akan memperkasakan tulisan
jawi pada masa kini. Selain itu, ibu bapa juga perlu menghantar
anak-anak ke kelas jawi pada usia muda. Hal ini demikian kerana
kanak-kanak lebih mudah menerima atau menguasai sesuatu ilmu pada
usia muda. Kanak-kanak akan menguasai tulisan ini dengan lebih
mendalam. Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi sokongan serta
dorongan kepada anak-anak agar dapat menaikkan semangat mereka.
Selain memberi dorongan kepada mereka, ibu bapa juga boleh membawa
anak-anak mereka ke pameran serta pertandingan tulisan jawi yang
dianjaurkan. Melalui cara ini, dapat memupuk minat generasi muda
dan dapat melahirkan golongan bijak pandai dalam bidang tulisaan
jawi. Di samping itu, ibu bapa hendaklah menyediakan keperluan
serta kemudahan kepada anak-anak agar mempunyai kelengkapan yang
mencukupi untuk mempelajari tulisan jawi, misalnya menyediakan buku
latihan tulisan jawi di rumah kepada anak-anak. Ibu bapa juga boleh
menyediakan jadual belajar jawi di rumah untuk anak-anak mreka. Hal
ini demikian kerana melalui latihan dapat mengukuhkan lagi
kemahiran seseorang tersebut. Oleh itu, ibu 9 bapa memainkan
peranan yang penting dalam memperkasakan tulisan jawi pada masa
kini.2. PERANAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)Mahasiswa
daripada setiap institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan
yang proaktif dalam memartabatkan tulisan jawi. Hal ini demikian
kerana golongan ini bakal menjadi pemimpin negara dan mereka perlu
bergerak seiring bersama-sama bagi mengukuhkan serta menaikkan
martabat tulisan jawi pada masa kini. Mahasiswa boleh menganjurkan
Minggu Tulisan Jawi Malaysia di institusi pengajian tinggi
masing-masing. Melalui cara ini akan menarik minat dan memupuk
kecintaan orang ramai terhadap tulisan jawi. Penglibatan mahasiswa
yang peka terhadap keperluan dan pengukuhan selaras dengan peranan
mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat. Minggu tulisan
jawi malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat memperkasakan
dan memartabatkan tulisan jawi di samping memupuk kecintaan
terhadap tulisan jawi dalam kalangan generasi pada masa kini.2.
MENGADAKAN KEMPEN CINTAIKAN DAN MARTABATKAN TULISAN JAWIKempen
merupakan salah satu cara yang boleh menarik perhatian masyarakat
dalam usaha memartabatkan tulisan jawi pada masa kini. Hal ini
demikian kerana kempen-kempen yang berkaitan dengan memartabatkan
tulisan jawi boleh dianjurkan di sekolah, institusi pengajian
tinggi, pusat-pusat ilmu, dan banyak lagi tempat lain yang
strategik. Kempen yang dianjurkan hendaklah dipenuhi dengan
aktiviti yang mampu menarik perhatian serta minat gegerasi muda
seperi pertandingan menulis khat jawi, pameran tulisan khat jawi,
menjual buku yang berkaitan seni khat jawi dan lain-lain. Di
samping mengadakan pemeran, papan-papan tanda juga hendaklah
mempunyai tulisan jawi kerana dapat mempraktikkan semua golongan
masyarakat untuk membaca serta menulis. Secara tidak langsung
keadaan ini akan mendorong mereka yang tidak boleh membaca tulisan
jawi untuk mempelajari jawi. Kempen untuk memartabatkan tulisan
jawi juga boleh dilakukan dengan setiap masa, lokasi, atau diman
sahaja perlu diletakkan. Media massa hendaklah memberi sokongan
dalam kempen ini dengan menyelitkan berita, iklan, atau papan tanda
dalam tulisan jawi. Apabila semua pihak berganding 10 bahu dalam
manjayakan kempen ini, sekali gus dapat memperluaskan dan
penggunaannya. Justeru, kempen merupakan kaedah yang berkesan dalam
memartabatkan tulisan jawi pada masa kini.
2. MEMPERBANYAKAN BAHAN BACAAN DALAM TULISAN JAWIBahan bacaan
merupakan salah satu bahan rujukan yang popular dalam kalangan
masyarakat pada masa kini tanpa mngira umur. Hal ini demikian
kerana banyak maklumat yang dapat diperolehi. Justeru, para penulis
dan penerbit buku hendaklah memperbanyakan karya mereka agar dapat
menarik golongan muda dalam tulisan jawi, misalnya komik-komik,
novel,buku cerita kanak-kanak, dan majalah. Bahan bacaan sebegini
akan diminati oleh golongan pelajar serta mahasiswa secara tidak
langsung dapat menyemai minat mereka. Selain itu, mengetahui dasar
tulisan jawi akan memudahkan seseorang membaca al-Quran. Apabila
mengenali huruf serta hukum-hakam dalam tulisan jawi, seseorang itu
boleh mengetahui sebutan al-Quran dengan betul dan membaca dengan
lancar. Walaupun sistem tulisan jawi terlepas jauh sedikit daripada
peraturan yang mendasari tulisan Arab asli, tetapi mempunyai asas
sistem tulisan arab sehigga individu mahir dalam tulisan jawi boleh
mendekati bahasaa Arab dengan lebih mudah. Di Malaysia, tulisan
jawi harus dipandang serius kerana agama rasmi negara kita adalah
agama Islam. Hal ini dikatakan daripada segi hubungan antara agama
dengan bahasa di dunia ini.
UmpamanyaagamaHinduberpasangandenganbahasaSanskrit,agama Buddha
berpasangan dengan Cina, agama Kristian berpasangan denagn bahasa
Inggeris dan tulisan Romawi, agama Islam berpasangan dengan bahasa
Arab atau pun tulisan Arab serta jawi. Dilihat daripada segi
perkaitan tersebut, kita boleh katakan agama Islam tidak
berpasangan dengan tulisan rumi secara keseluruhannya tetapi
berpasangan dengan tulisan arab serta jawi. Oleh itu, bahan bacaan
dalam tulisan jawi hendaklah diperbanyakan agar dapat memartabatkan
tulisan jawi pada masa kini.116.0 RUMUSAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu
aspek yang penting dalam mengekalkan imej dan identiti budaya
Melayu masa kini. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan pengkaji
mendapati penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarat Melayu
sangat lemah dan ada sesetengah daripada mereka langsung tidak
dapat menguasai tulisan Jawi. Ternyata pelbagai cara telah
dikenalpasti dalam menganggani masalah ini dan hanya perlu pelan
tindakan sahaja yang perlu dijalankan. Dalam hal ini kita
seharusnya tidak hanya menunding jari dan mencari kesalahan pihak
yang lain dalam menyelasaikan masalah ini. Seharusnya kita sebagai
rakyat yang peka dan prihatin terhadap isu penguasaan tulisan Jawi
ini haruslah sama mencari jalan penyelasaian yang baik bagi
mengembalikan zaman kegemilangan tulisan Jawi ini pada awal
kedatangannya di alam Melayu.Ternyata langkah yang perlu diambil
bagi memartabatkan kembali tulisan Jawi ini bukanlah sesuatu yang
mustahil, kerana dalam dunia yang semantara ini semua perkara boleh
berlaku asalkan ada usaha dan kerjasama semua pihak. Setelah
dikaji, pengkaji mendapati penguasaan tulisan Jawi amatlah penting
kerana melalui tulisan ini kita dapat mengembalikan semua warisan
yang ditinggalkan oleh para ulama yang pada masa dahulu amat
mengangjungi tulisan Jawi ini. Hal ini demikian kerana, tulisan
Jawi merupakan tulisan yang amat berkait rapat dengan tulisan al
Quran.
12BIBLIOGRAFI
Amat Juhari Moain. (2004). Sejarah perkembangan tulisan Jawi
dalam Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Bil. 9. Julai
2004. halaman. 167-180.
Hashim Musa. (2006). Epigrafi sejarah sistem tulisan dalam
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Ismail Dahaman. (2007). Ejaan rumi sepanjang zaman. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Hussein Baharuddin. (2004). Gagasan dan aktiviti ke arah
memartabatkan tulisan Jawi. dalam. Monograf Bahasa, sastera, dan
Budaya Melayu Bil. 9. Julai 2004. halaman. 181-188.
13LAMPIRAN
Rajah 1 : Abjad Jawi
Rajah 2 : Batu bersurat yang menggunakan tulisan jawi di
Terengganu
Rajah 3 : Contoh papan tanda dalam tulisan jawi yang perlu
diwajibkan di seluruh Malaysia
Rajah 4 : Memperbanyakka bahan bacaan dalam tulisan jawi