1 Lampiran SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN Bahagian 1 – Pengenalan 1.1 Format Perdebatan 1.1.1 Format perdebatan ini dikenali di seluruh dunia sebagai gaya Perdebatan Parlimen British. 1.1.2 Pertandingan akan diadakan dalam kategori Bahasa Melayu. 1.1.3 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar asasi, matrikulasi, diploma, dan ijazah pertama sahaja yang berumur bawah 21 tahun mengikut tahun lahir. 1.1.4 Setiap Institusi / IPG dibenarkan menghantar maksimum DUA (2) buah pasukan sahaja. Namun, sekiranya selepas tamat tempoh pendaftaran masih terdapat kekosongan, pihak institusi boleh menghantar lebih daripada DUA (2) buah pasukan. Pihak penganjur akan memaklumkan kekosongan tersebut melalui Facebook DeTIK 2018 https://www.facebook.com/DeTIK.IPGKIK/ dan laman sesawang DeTIK 2018 http://ipgkik.moe.edu.my Setiap pasukan mesti terdiri daripada dua orang pendebat. Pendebat simpanan tidak dibenarkan. 1.1.5 Perdebatan akan dijalankan antara empat pasukan yang terdiri daripada dua orang peserta setiap satunya (peserta ini dikenali sebagai “ahli”), seorang pengerusi (dikenali sebagai “Yang Dipertua” atau “Tuan / Puan Speaker”) dan seorang hakim atau panel hakim. 1.1.6 Pasukan terdiri daripada ahli-ahli berikut yang akan memberi ucapan substantif dalam aturan berikut: (i) Perdana Menteri; (ii) Ketua Pembangkang; (iii) Timbalan Perdana Menteri; (iv) Timbalan Ketua Pembangkang; (v) Ahli Kerajaan; (vi) Ahli Pembangkang; (vii) Whip Kerajaan; (viii) Whip Pembangkang PERTANDINGAN DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2018 12 OKTOBER – 15 OKTOBER 2018 TEMA: PENDIDIKAN DAN ALAM SEKITAR
12
Embed
Lampiran PERTANDINGAN DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2018 … · (b) Pasukan Pembangkang Pembuka terdiri daripada “Ketua Pembangkang” atau “Ahli Pembangkang pertama” dan “Timbalan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
Lampiran
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
Bahagian 1 – Pengenalan
1.1 Format Perdebatan
1.1.1 Format perdebatan ini dikenali di seluruh dunia sebagai gaya Perdebatan Parlimen British.
1.1.2 Pertandingan akan diadakan dalam kategori Bahasa Melayu.
1.1.3 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar asasi, matrikulasi, diploma, dan ijazah pertama
sahaja yang berumur bawah 21 tahun mengikut tahun lahir.
1.1.4 Setiap Institusi / IPG dibenarkan menghantar maksimum DUA (2) buah pasukan sahaja.
Namun, sekiranya selepas tamat tempoh pendaftaran masih terdapat kekosongan, pihak
institusi boleh menghantar lebih daripada DUA (2) buah pasukan. Pihak penganjur akan
memaklumkan kekosongan tersebut melalui Facebook DeTIK 2018
https://www.facebook.com/DeTIK.IPGKIK/ dan laman sesawang DeTIK 2018
http://ipgkik.moe.edu.my Setiap pasukan mesti terdiri daripada dua orang pendebat.
Pendebat simpanan tidak dibenarkan.
1.1.5 Perdebatan akan dijalankan antara empat pasukan yang terdiri daripada dua orang
peserta setiap satunya (peserta ini dikenali sebagai “ahli”), seorang pengerusi (dikenali
sebagai “Yang Dipertua” atau “Tuan / Puan Speaker”) dan seorang hakim atau panel
hakim.
1.1.6 Pasukan terdiri daripada ahli-ahli berikut yang akan memberi ucapan substantif dalam
(a) Pasukan Kerajaan Pembuka terdiri daripada “Perdana Menteri” atau “Ahli Kerajaan
pertama” dan “Timbalan Perdana Menteri” atau “Ahli Kerajaan kedua”.
(b) Pasukan Pembangkang Pembuka terdiri daripada “Ketua Pembangkang” atau “Ahli
Pembangkang pertama” dan “Timbalan Ketua Pembangkang” atau “Ahli
Pembangkang kedua”.
(c) Pasukan Kerajaan Penutup “Ahli untuk Kerajaan” atau “Ahli Kerajaan ketiga” dan
“Whip Kerajaan” atau “Ahli Kerajaan keempat”.
(d) Pasukan Pembangkang Penutup “Ahli untuk Pembangkang” atau “Ahli Pembangkang
ketiga” dan “Whip Pembangkang” atau “Ahli Pembangkang keempat”.
1.1.7 Ahli - ahli akan memberi ucapan substantif dalam tempoh tujuh minit dan boleh memberi
celahan apabila ahli-ahli daripada pasukan lawan berucap.
1.2 Usul
1.2.1 Usul haruslah jelas.
1.2.2 Usul haruslah mencerminkan Debat Terbuka Ilmu Khas sebagai pertandingan peringkat
kebangsaan.
1.2.3 Ahli-ahli harus memperdebatkan usul dalam semangat usul tersebut dan pertandingan ini.
1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan Alam Sekitar.
1.3 Persediaan
1.3.1 Perdebatan akan dimulakan 30 minit selepas usul diumumkan.
1.3.2 Pasukan-pasukan mesti sampai ke tempat perdebatan selewat-lewatnya lima minit
sebelum perdebatan dijadualkan bermula.
1.3.3 Ahli-ahli dibenarkan menggunakan bahan-bahan bercetak atau bertulis atau elektronik
semasa persediaan. Bahan bercetak termasuk buku, jurnal, surat khabar, dan bahan
seumpamanya. Bahan elektronik tidak disediakan oleh penganjur dan merupakan
tanggungjawab pendebat dan pasukan masing-masing. Penggunaan bahan bantuan luar
(buku, carta, majalah, jurnal, surat khabar, peralatan elektronik, dan bahan seumpamanya
tidak dibenarkan semasa perdebatan kerana kehadirannya memberi kelebihan tidak adil
kepada pasukan yang berucap kemudian.
3
1.4 Penjelasan
1.4.1 Penjelasan atau celahan, iaitu soalan yang diajukan kepada ahli yang sedang berucap
tentang perkara yang sedang diperkatakan pendebat yang sedang berucap bukan
tentang perkara yang telah dikatakan oleh pendebat yang terdahulu, boleh diberikan
antara minit pertama hingga minit keenam ucapan ahli pendebat.
1.4.2 Ahli harus berdiri sebagai tanda mengemukakan celahan. Ahli yang ingin mengemukakan
celahan boleh mengumumkan bahawa beliau ingin memberi “Celahan” atau menuturkan
perkataan lain yang sama maksudnya asalkan tidak mengganggu pendebat yang sedang
berucap.
1.4.3 Ahli yang sedang berucap boleh menerima atau menolak permohonan untuk mencelah.
1.4.4 Tempoh setiap celahan tidak boleh melebihi 15 saat.
1.4.5 Celahan harus dinilai mengikut syarat 3.3.4 dalam peraturan ini.
1.5 Tempoh Ucapan
1.5.1 Setiap ahli mempunyai 7 minit untuk menyampaikan ucapan. Ucapan yang melebihi 7
minit dan 15 saat tidak akan diambil kira oleh juri.
1.5.2 Celahan boleh diberikan antara minit pertama dan minit keenam ucapan substantif
(tempoh ini akan ditanda dengan bunyi loceng, atau bunyi lain yang bersesuaian
sebanyak satu kali pada minit pertama dan minit keenam).
1.5.3 Tugas penjaga masa sama ada dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan atau Penjaga Masa
yang dilantik khas.
1.5.4 Jika tiada Yang Dipertua Dewan, tugas menjaga masa perlu dilakukan oleh Pengerusi
Panel Penghakiman.
1.6 Penghakiman
1.6.1 Perdebatan harus dihakimi oleh satu panel yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga
hakim, (tertakluk kepada keadaan yang mengizinkan).
1.6.2 Pada akhir perdebatan, hakim-hakim perlu berbincang dan menyusun pangkat pasukan,
dari kedudukan pertama ke kedudukan terakhir (lihat Bahagian 5: Penghakiman).
1.6.3 Selepas setiap perdebatan, Pengerusi Panel Penghakiman perlu memberi penghakiman
lisan. Penghakiman lisan ini haruslah dibuat menurut syarat 5.5 dalam peraturan ini.
4
Bahagian 2 : Definisi
2.1 Definisi
2.1.1 Definisi harus meletakkan isu (atau isu-isu) untuk perdebatan yang timbul daripada usul,
dan harus dinyatakan maksud apa-apa istilah dalam usul yang memerlukan tafsiran.
2.1.2 Perdana Menteri harus memberikan definisi pada awal ucapannya.
2.1.3 Definisi mestilah:
(a) mempunyai hubungan yang jelas dan logik kepada usul – ini bermaksud hubungan
antara usul dan definisi yang dikemukakan ahli tersebut boleh diterima oleh seseorang
individu awam yang munasabah;
(b) bukan diletak pada latar tempat yang tidak adil – ini bermaksud definisi tidak boleh
menghadkan perdebatan sedemikian sempit kepada lokasi geografi atau lokasi politik
yang spesifik sehingga seseorang individu awam yang munasabah tidak
berkemungkinan tahu akan lokasi tersebut.
2.2 Mencabar Definisi
2.2.1 Ketua Pembangkang boleh mencabar definisi jika definisi tersebut melanggar syarat 2.1.3
peraturan ini. Ketua Pembangkang haruslah menyatakan dengan jelas bahawa beliau
mencabar definisi tersebut.
2.2.2 Ketua Pembangkang harus memberikan definisi alternatif selepas mencabar definisi
Perdana Menteri.
2.3 Menilai Cabaran Terhadap Definisi
2.3.1 Hakim harus menentukan sama ada definisi adalah ‘tidak munasabah’ jika definisi
tersebut melanggar syarat 2.1.3 dalam peraturan ini.
2.3.2 Tanggungjawab untuk menunjukkan definisi adalah tidak munasabah terletak pada ahli
yang mendakwa definisi tersebut adalah tidak munasabah.
2.3.3 Jika definisi adalah tidak munasabah, pembangkang harus menggantikannya dengan
definisi alternatif yang wajar diterima oleh hakim asalkan ia munasabah.
5
Bahagian 3 : Isi
3.1 Definisi Isi
3.1.1 Isi ialah kandungan ucapan. Isi merujuk kepada hujah-hujah yang digunakan oleh
pendebat untuk menjelaskan dan menghuraikan kes pasukan dan memujuk hakim.
3.1.2 Isi meliputi hujahan, huraian dan penaakulan, contoh-contoh, kajian kes, fakta dan apa-
apa bahan lain yang cuba menjelaskan kes.
3.1.3 Isi merangkumi bahan sokongan (atau substantif) dan bidasan (hujah-hujah) yang
ditujukan khusus untuk menyangkal hujah-hujah pasukan lawan. Isi merangkumi
Penjelasan (Celahan).
3.2 Ciri-ciri Isi
3.2.1 Isi haruslah relevan, logik, dan konsisten.
3.2.2 Isi haruslah relevan. Isi haruslah berkaitan dengan usul dan isu perdebatan: hujah
positif iaitu hujah yang menyokong pendirian pasukan harus diberikan dan bidasan
untuk isi yang diberikan oleh pihak lawan harus diberikan. Ahli harus memberi
keutamaan dan memperuntukkan masa yang bersesuaian kepada isu-isu dinamik
perdebatan.
3.2.3 Isu haruslah bersifat logik. Hujahan harus dibina secara logik agar jelas dan
dikembangkan dengan baik dan munasabah. Kesimpulan bagi semua hujahan harus
menyokong kes ahli.
3.2.4 Isi haruslah konsisten. Ahli harus memastikan isi yang diberikan adalah konsisten dalam
ucapannya sendiri, dengan pasukannya dan ahli-ahli lain bahagian dewan mereka
(tertakluk kepada syarat 2.3.4, 2.3.5 atau 2.3.6 dalam peraturan ini).
3.2.5 Semua ahli harus memberikan hujah (kecuali dua ahli terakhir dalam perdebatan) dan
semua ahli harus memberikan bidasan (kecuali Perdana Menteri dalam perdebatan).
3.3 Menilai Isi
3.3.1 Isi yang diberikan harus memujuk. Elemen isi harus membantu hakim untuk menilai daya
pujukan dan kreadibiliti isi yang diberikan.
3.3.2 Isi harus dinilai dari kaca mata seseorang individu awam yang munasabah. Hakim harus
menganalisis isi yang diberikan dan menilai daya pujukannya tanpa menggunakan
pengetahuan spesifik yang mungkin dimiliki oleh mereka mengenai isu-isu yang
diperdebatkan.
6
3.3.3 Hakim tidak harus membenarkan kecenderungan tertentu (bias) mempengaruhi penilaian
mereka.
3.3.4 Celahan harus dinilai berdasarkan kesannya ke atas daya pujukan kes kedua-dua ahli
yang menjawab celahan dan memberi celahan.
Bahagian 4 – Gaya
4.1 Elemen Gaya
4.1.1 Elemen gaya termasuk hubungan mata, modulasi suara, isyarat tangan, bahasa,
penggunaan nota, dan sebarang perkara lain yang mungkin boleh mempengaruhi
keberkesanan pembentangan ahli.
4.1.2 Modulasi suara biasanya akan membantu ahli untuk memujuk penonton kerana ahli
mungkin ingin memberi penekanan hujah yang penting dan memegang perhatian
penonton. Hal ni termasuk pic, nada, kelantangan suara, dan penggunaan jeda.
4.1.3 Isyarat tangan biasanya akan membantu ahli untuk memberi penekanan kepada hujah
yang penting namun pergerakan tangan yang berlebihan mungkin mengganggu dan
mengurangkan perhatian penonton terhadap hujahnya.
4.1.4 Bahasa haruslah jelas dan mudah. Ahli yang menyusun kata-kata dengan panjang,
berbunga-bunga atau mengelirukan mungkin akan terbabas daripada hujah jika mereka
kehilangan perhatian daripada penonton.
4.1.5 Penggunaan nota dibenarkan, namun ahli harus berhati-hati agar mereka tidak terlalu
bergantung kepada nota.
Bahagian 5 – Struktur
5.1.1 Elemen struktur termasuk struktur ucapan ahli dan struktur ucapan pasukan.
5.1.2 Isi dalam ucapan setiap ahli perlu berstruktur. Ahli harus mengatur isinya untuk
meningkatkan keberkesanan pembentangan mereka. Ucapan substantif setiap ahli
harus:
(a) mengandungi pengenalan, kesimpulan dan hujahan; dan
(b) diselaraskan dengan peruntukan masa dan keperluan untuk memberi keutamaan
dan masa yang bersesuaian untuk isi.
5.1.3 Isi daripada setiap pasukan perlu berstruktur. Pasukan harus mengatur isi mereka untuk
meningkatkan keberkesanan pembentangan mereka. Isi setiap pasukan harus:
7
(a) mengandungi pendekatan yang konsisten terhadap isu-isu yang diperdebatkan;
dan
(b) mengagihkan hujah positif kepada setiap ahli apabila kedua-dua ahli dalam satu
pasukan akan mengemukakan hujah.
(c) setiap pasukan perlu memainkan peranan masing-masing seperti yang ditetapkan
oleh peraturan.
Bahagian 6 – Bahasa
6.1.1 Bahasa dalam ucapan setiap ahli perlu menggunakan laras dan kesantunan yang baik
serta bersesuaian dengan perdebatan di samping harus:
(a) menunjukkan pemilihan kata dan istilah yang tepat dan jelas.
(b) menggunakan struktur ayat yang betul dan sebutan yang jelas.
(c) menunjukkan penguasaan gaya bahasa yang baik, menarik, dan berkesan serta
tepat pada maksud atau mesej yang ingin disampaikan.
(d) mengelakkan penggunaan bunyi bahasa yang berlebihan seperti pantun, seloka,
gurindam dan puisi yang tidak membantu dalam pengembangan dan penghuraian
hujah kerana tidak diambil kira.
Bahagian 7 – Penghakiman
7.1 Peranan Hakim
7.1.1 Hakim mesti:
(a) berbincang mengenai perdebatan yang dihakimi dengan hakim-hakim lain;
(b) menentukan pangkat atau kedudukan pasukan;
(c) menentukan gred pasukan;
(d) menentukan markah pendebat;
(e) memberikan penghakiman lisan kepada ahli; dan
(f) melengkapkan borang markah
7.1.2 Panel penghakiman harus cuba untuk bersetuju mengenai penghakiman terhadap
perdebatan. Oleh yang demikian, para hakim harus berbincang dalam semangat
kerjasama dan saling menghormati.
8
7.2 Penyusunan Pangkat Pasukan
7.2.1 Pasukan harus diberikan pangkat dari tempat pertama hingga tempat keempat. Pasukan
di tempat pertama akan diberi tiga mata, pasukan di tempat kedua akan diberi dua mata,
pasukan di tempat ketiga akan diberi satu mata dan pasukan di tempat keempat akan
diberi mata kosong.
7.2.2 Pasukan-pasukan boleh diberikan mata kosong jika mereka gagal untuk tiba di tempat
persidangan, selepas lebih dari lima minit masa perdebatan dijadualkan bermula.
7.2.3 Hakim-hakim harus berbincang mengenai pangkat atau kedudukan pasukan. Masa yang
diberi untuk berbincang dan membuat keputusan tidak boleh melebihi sepuluh (10) minit.
Jika keputusan sebulat suara tidak dapat dicapai selepas perbincangan, keputusan
majoriti akan menentukan pangkat. Jika keputusan majoriti tidak dapat dicapai, pengerusi
panel penghakiman akan menentukan pangkat pasukan.
7.3 Penggredan dan Pemarkahan Pasukan
7.3.1 Panel penghakiman harus bersetuju mengenai gred yang akan diberikan kepada setiap
pasukan. Setiap hakim boleh memberikan markah pasukan mengikut budi bicara mereka
asalkan markah itu adalah dalam lingkungan gred yang dipersetujui.
7.3.2 Gred pasukan dan markah harus diberi berdasarkan interpretasi berikut:
Gred Markah Maksud
A
180-200
Cemerlang hingga sempurna. Mutu perdebatan yang boleh dijangka daripada pasukan yang layak memasuki peringkat Separuh Akhir / Akhir pertandingan. Penguasaan bahasa pada tahap yang amat baik. Pasukan ini mengandungi banyak kekuatan dan sedikit (jika ada) kelemahan.
B
160-179
Melebihi sederhana hingga sangat baik. Mutu yang boleh dijangka dari pasukan yang layak memasuki peringkat Akhir atau pasukan yang berentap untuk memasuki pusingan kalah mati. Penguasaan bahasa pada tahap yang baik. Pasukan ini mengandungi kekuatan yang nyata dan beberapa kelemahan kecil.
C 140-159 Sederhana. Pasukan ini mempunyai tahap kekuatan dan kelemahan yang hampir sama banyak. Penguasaan bahasa pada tahap yang sederhana.
D 120-139 Lemah hingga di bawah sederhana. Pasukan mempunyai masalah yang nyata dan sedikit kekuatan. Penguasaan bahasa pada tahap yang memuaskan.
9
7.4 Memberi Markah Kepada Ahli
7.4.1 Selepas para hakim bersetuju mengenai gred yang akan diberi kepada setiap pasukan,
setiap hakim boleh memberi markah kepada setiap ahli mengikut budi bicara mereka,
namun perlu memastikan bahawa mata agregat bagi ahli-ahli pasukan adalah dalam
lingkungan gred yang dipersetujui untuk pasukan tersebut.
7.4.2 Markah bagi setiap ahli harus diberi berdasarkan maksud berikut:
Gred Markah Maksud
A
90-100
Cemerlang hingga sempurna. Mutu perdebatan yang boleh dijangka dari pendebat di peringkat Separuh Akhir / Akhir pertandingan. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang amat baik. Pendebat ini mengandungi banyak kekuatan dan sedikit (jika ada) kelemahan.
B
80-89
Melebihi sederhana hingga sangat baik. Standard yang boleh dijangka dari pendebat di peringkat pusingan kalah mati. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang baik. Pendebat ini mengandungi kekuatan yang nyata dan beberapa kelemahan kecil.
C 70-79 Sederhana. Pendebat ini mempunyai tahap kekuatan dan kelemahan yang hampir sama banyak. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang sederhana.
D 60-69 Lemah hingga di bawah sederhana. Pendebat mempunyai masalah yang nyata dan sedikit kekuatan kecil. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang memuaskan,
E 50-59 Sangat lemah. Pendebat ini mempunyai kelemahan dalam perkara asas, dan sedikit (jika ada) kekuatan. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang lemah.
7.5 Penghakiman Lisan
7.5.1 Setelah selesai perbincangan, panel penghakiman harus memberi penghakiman lisan
terhadap perdebatan.
7.5.2 Penghakiman lisan harus diberikan oleh Pengerusi panel penghakiman. Jika Pengerusi
ialah juri minoriti, Pengerusi perlu meminta seorang juri majoriti daripada panel
penghakiman untuk memberikan penghakiman lisan.
7.5.3 Penghakiman lisan harus:
10
(a) mengenal pasti susunan pangkat pasukan;
(b) menjelaskan sebab-sebab bagi susunan pangkat pasukan tersebut dengan
memastikan setiap pasukan disebut dalam penjelasan ini; dan
(c) memberi komen membina kepada setiap pendebat jika panel penghakiman
berpandangan ini adalah perlu.
7.5.4 Penghakiman lisan harus tidak melebihi 10 minit.
7.5.5 Ahli-ahli boleh berjumpa dengan hakim untuk penjelasan lanjut selepas penghakiman
lisan; pertanyaan ini mestilah sentiasa sopan dan tidak bersifat konfrontasi.
Bahagian 8 – Perkara Am
8.1 Penganjuran
8.1.1 Peraturan ini diterima pakai untuk Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2018, anjuran IPG Kampus Ilmu
Khas dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Aktivis Debat IPG Malaysia (ADIM) dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).
8.1.2 Tafsiran peraturan ini ialah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman.
Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman adalah muktamad.
8.1.3 Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman mempunyai hak untuk meminda sebarang
peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Jawatankuasa.
8.2 Tafsiran
8.2.1 “Ketua Hakim” dan “Jawatankuasa Penghakiman” bermaksud individu-individu yang
dilantik oleh pihak jawatankuasa pertandingan untuk memegang jawatan-jawatan
tersebut. Ketua hakim ialah Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman.
8.2.2 “Institusi Pengajian Tinggi” bermaksud semua institusi pengajian tinggi sama ada awam
atau swasta termasuk IPG, Politek, pusat asasi dan matrikulasi di Malaysia termasuk
Institut Perguruan dan Politeknik.
8.3 Penyertaan
8.3.1 Setiap Institusi hanya boleh menghantar DUA pasukan untuk mewakili Institusi tersebut.
8.3.2 Untuk layak menyertai pertandingan debat ini, peserta mestilah terdiri daripada pelajar
peringkat asasi, diploma atau ijazah pertama sarjana muda daripada institusi yang
diwakili. Semua anggota pasukan mestilah terdiri daripada pelajar dari institusi yang
sama. Pengesahan bahawa mereka ialah pelajar institusi berkenaan hendaklah dibuat
oleh pihak institusi.
11
8.3.3 Setiap pasukan mestilah terdiri daripada DUA orang pendebat; TIADA pendebat
simpanan dibenarkan.
8.4 Sistem Pertandingan
8.4.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah sistem ‘power match berkumpulan’ (kaedah
Swiss Bracket) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan
pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (kerajaan pembuka/penutup /
pembangkang pembuka/penutup).
8.4.2 Dalam pusingan awal, penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan
dilakukan secara undian rawak komputer. Penentuan peranan pasukan untuk perdebatan
pertama akan dilakukan juga secara undian rawak komputer. Selepas perdebatan yang
pertama, setiap pasukan akan ditentukan kedudukan mereka. Penentuan peranan
pasukan untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap
pasukan dalam perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah
berdasarkan jumlah sesebuah pasukan itu memainkan sesuatu peranan.
8.4.3 Setelah selesai semua perdebatan dalam pusingan awal, kedudukan pasukan akan
ditentukan untuk kali terakhir. Hal ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke
pusingan kalah mati.
8.4.4 Kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah mengikut
keutamaan berikut:
(a) mata pasukan, diikuti
(b) markah pasukan.
8.4.5 Pertandingan pusingan prasuku akhir, suku akhir, separuh akhir, dan akhir akan
dijalankan mengikut sistem kalah mati.
8.4.6 Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang pembuka/penutup) untuk perdebatan
pusingan kalah mati adalah berdasarkan undian di hadapan pasukan masing-masing.
8.4.7 Dalam pusingan kalah mati, dua pasukan yang mempunyai pangkat tertinggi akan mara
ke peringkat seterusnya, sehingga akhirnya di peringkat akhir, pasukan yang mendapat
mata tertinggi akan menjuarai pertandingan.
12
8.5 Bantahan
8.5.1 Bantahan boleh dilakukan oleh pasukan dalam bentuk bantahan bertulis.
8.5.2 Jika Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman mendapati berlaku sebarang kesilapan atau
kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada
mana-mana pihak yang terjejas.
8.5.3 Keputusan panel penghakiman adalah muktamad.
Dikemaskini oleh: SEKRETARIAT DeTIK IPG KAMPUS ILMU KHAS Tarikh : OGOS 2018