-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
LAMAN WEB KURSUS PERKONGSIAN MAKLUMAT BAGI PELAJAR FAKULTI
TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
Chan Kwan Sheng
Prof. Madya Dr. Muriati Bt. Mukhtar
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan
Malaysia
ABSTRAK Pembelajaran secara teradun merupakan satu kaedah untuk
mengatasi kelemahan e-pembelajaran
dan pendekatan tradisional. Pembelajaran secara teradun merujuk
kepada gabungan pendekatan
tradisional secara bersemuka dengan pembelajaran dalam talian
berasaskan web. Terkini banyak
kursus di Institusi Pengajian Tinggi yang dijalankan secara
teradun. Oleh itu, projek ini
dibangunkan untuk menyokong gabungan strategi pembelajaran
teradun dalam pembangunan
sistem pembelajaran menerusi web. Topik yang dipilih untuk
projek ini ialah pembangunan laman
web untuk kursus perkongsian maklumat khususnya untuk pelajar
Fakulti Teknologi dan Sains
Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Laman pembelajaran ini
mengandungi semua bahan
yang akan digunakan semasa kuliah termasuk maklumat tambahan
yang berkaitan. Selain itu,
ruangan pembincangan juga disediakan bagi meningkatkan interaksi
pelajar dengan pensyarah.
Laman web ini juga bersifat mesra pengguna dan interaktif di
mana maklum balas segera akan
diberikan kepada pengguna untuk setiap tindakan. Ia dibangunkan
dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan PHP dan phpMyAdmin sebagai pangkalan data. Selain
itu, perisian seperti Sublime
juga digunakan sebagai asas pembangunan. Diharapkan laman web
ini dapat membantu pelajar
dalam pembelajaran kursus TTTK2153 Perkongsian Maklumat.
1 PENGENALAN
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Pencapaian yang rendah dalam pembelajaran sering dikaitkan
dengan pelajar berisiko di mana
secara langsung mereka ini tidak dapat mencapai matlamat program
pendidikan. Satu punca
masalah ini adalah kerana majoriti pengajar atau guru masih
menggunakan kaedah pengajaran
tradisional dan kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) untuk menarik
minat pelajar dan tidak mampu merangsang proses pembelajaran
pelajar dalam mata pelajaran
tersebut. Pembelajaran dalam talian pula boleh menyebabkan
kekurangan interaksi antara guru
dengan pelajar dan hal ini telah mengakibatkan kebanyakan
pelajar tidak dapat menerokai sesuatu
topik secara mendalam atau berkesan kerana para pelajar tidak
mempunyai hala tuju yang tepat
tentang topik yang perlu ditumpukan. Pelajar sering mengalami
pembaziran masa dan tenaga
kerana menerokai sesuatu maklumat yang kurang bersesuaian secara
mendalam. Oleh itu, satu
kaedah untuk mengatasi kelemahan e-pembelajaran dan pendekatan
tradisional yang bersemuka,
adalah melalui pembelajaran teradun. Pembelajaran teradun adalah
kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menggabungkan kaedah konvesional iaitu secara
bersemuka dan juga
menggunakan pembelajaran maya melalui dalam talian.
Satu kursus teras bagi pelajar dalam aliran Teknologi Maklumat
ialah kursus Perkongsian
Maklumat. Kursus ini membincangkan konsep sistem perkongsian
maklumat berkomputer,
kepentingan dan cara pengimplementasiannya. Penekanan diberikan
kepada pembangunan dan
perlaksanaan aplikasi dalam persekitaran rangkaian. Di samping
itu, dihuraikan secara menyeluruh
infrastruktur rangkaian komputer dan telekomunikasi yang
menyokong aplikasi-aplikasi tersebut.
Tajuk yang dibincangkan adalah keperluaan kepada perkongsian
maklumat, pengenalan kepada
rangkaian komputer, senibina sistem dengan memberi tumpuan
kepada model TCP/IP, protokol
bagi aplikasi asas seperti SMTP, FTP dan HTTP. Pelajar juga akan
diperkenalkan dengan jenis-
jenis rangkaian, kaedah penghantaran data serta masalah
keselamatan dalam sistem rangkaian
perkongsian maklumat.
2 PENYATAAN MASALAH
Kesukaran semasa belajar kursus perkongsian maklumat ialah
kursus ini mengandungi banyak
topik dan terma-terma baharu jika dibandingkan dengan kursus
lain. Oleh itu, pelajar harus
menghabiskan lebih banyak masa untuk membaca dan menghafal jika
hendak mendapat gred yang
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
cemerlang. Selain itu, kursus ini mengajar tentang konsep
rangkaian komputer dan Internet. Oleh
hal yang demikian, skop pembelajaran adalah sangat luas, yang
menyebabkan pelajar tidak boleh
bergantung hnaya pada nota kuliah yang disediakan sahaja malah
perlu mencari sumber luar untuk
pemahaman yang lebih baik. Selain itu, bahan pembelajaran yang
dibekalkan seperti nota kuliah
masih mempunyai kekurangkan seperti kesusahan mengetahui maksud
istilah-istilah yang
disingkatkan, kekurangan maklumat asas atau maklumat lanjut
tentang sesetengah istilah. Oleh itu,
hal ini boleh dikatakan bahan pembelajaran bagi kursus
Perkongsian Maklumat tidak diuruskan
atau diorganisasi dengan sempurna.
Pendekatan sebegini dikenali sebagai pembelajaran teradun.
Keberadaan Internet sememangnya
memudahkan carian tentang topik yang berkait dengan subjek yang
dipelajari pelajar. Namun,
pelajar baharu akan mengalami kesukaran kerana biasanya mereka
sukar untuk mengenalpasti kata
kunci dan juga untuk menilai kesesuaian bahan yang ditemui
melalui carian tersebut (Farahiza
Zaihan Azizan, 2010; Tayebinik & Puteh, 2012). Oleh itu satu
laman khusus untuk sesuatu mata
pelajaran perlu diwujudkan.
3 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan satu laman
pembelajaran bagi kursus
perkongsian maklumat. Laman ini akan mempunyai ciri seperti
berikut:
1. Menjelaskan konsep dan teknologi rangkaian komputer dan
Internet.
2. Membekalkan maklumat yang sesuai dan lengkap dalam format dan
gaya yang sesuai
bagi membolehkan pelajar berkerjasama dalam suatu kumpulan untuk
menghasilkan
suatu reka bentuk rangkaian dan aplikasi yang bersesuaian dengan
keperluan organisasi.
3. Membolehkan para pelajar berinteraksi antara satu sama lain
dan juga bersama pakar
bidang bagi memahami sesuatu topik.
4. Memudahkan pencarian maklumat tentang sesuatu yang baharu
dalam bidang
perkongsian maklumat
4 METOD KAJIAN
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Penggunaan model pembangunan yang sesuai amat penting untuk
memastikan perjalanan projek
berjalan dengan lancar dan menjamin hasil kerja yang berkualiti.
Metodologi yang digunakan
untuk membangunkan portal pengkongsian maklumat ialah Metodologi
Air Terjun. Metodologi
ini dipilih kerana aktiviti yang dilakukan untuk membangunkan
projek ini adalah mengikut turutan.
Metodologi ini terdiri daripada 5 fasa iaitu fasa perancangan,
fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa
implementasi dan fasa pengujian. Pemilihan model ini dilakukan
adalah kerana fasa-fasa adalah
berjujukan dimana output fasa pertama mengalir ke fasa kedua dan
seterusnya linear.
Kelebihan penggunaan Metodologi Air Terjun ialah mudah difahami
dan berfungsi. Selain itu
metodologi ini juga cukup mudah untuk mengendalikan sebagai
model yang tegar. Tambahan pula,
metodologi ini juga berkeupayaan menjimatkan masa yang ketara
dan membolehkan ujian dan
analisis mudah (Pfleeeger & Atlee, 2010; Adetokunbo A.A.
Adenowo, Basirat A. Adenowo, 2013)
Rajah 4.1: Metodologi Air Terjun (Sumber: Ian Sommerville 2010,
Software Engineering, 9th
Edition. Chapter 2)
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
4.1 Fasa Perancangan
Fasa Perancangan merupakan fasa terpenting dalam pembangunan
laman web untuk kursus
perkongsian maklumat, di mana perancangan dalam membangunkan
laman ini adalah jelas dan
kajian awal terhadap laman dititikberatkan. Masalah yang
terlibat dengan projek yang akan
dibangunkan akan dikenalpasti. Dalam fasa ini, tujuan dan
cara-caranya untuk membina laman ini
akan dikenalpastikan. Selain itu, skop dan objektif projek juga
dibincangkan dalam fasa ini.
Langkah seterusnya adalah sorotan susastera yang melibatkan
pengumpulan, pencarian dan
pembacaan jurnal dan kajian lepas bagi mencetus idea dan
inspirasi. Penggunaan internet untuk
mencapai maklumat berkaitan telah dilakukan. Maklumat dikumpul,
distruktur dan disintesis dan
dipersembah secara kritis dan kreatif dalam fasa analisis.
4.2 Fasa Analisis
Analisis terhadap laman adalah sangat penting bagi mengetahui
kelemahan-kelemahan yang
dihadapi oleh laman semasa. Laman sedia ada yang telah dikaji
akan dijadikan sebagai rujukan
bagi memudahkan maklumat yang dikumpul dianalisis. Tujuan
mengkaji laman ini adalah untuk
membangunkan sebuah laman yang dapat memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna. Selain
itu, pengumpulan makulmat untuk kandungan kursus perkongsian
maklumat juga dilakukan dalam
fasa ini. Isi kandungan dan skop berkenaan juga dikenalpastikan
dalam fasa ini.
4.3 Fasa Reka Bentuk
Dalam fasa ini, operasi system ini akan dikenalpastikan, dari
segi perisian, dan infrastruktur
rangkaian; antaramuka, borang, laporan dan pangkalan data yang
akan digunakan. Semasa fasa ini,
pengemasan maklumat untuk pengatucaraan web akan dilakukan.
Penyenaraian fungsi yang
diperlukan akan dilaksanakan sebelum draf reka bentuk laman web
dilukiskan. Selepas itu,
ketergantungan untuk setiap terma juga akan dikenalpastikan dan
dicatatkan.
4.4 Fasa Implementasi
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Dalam fasa implementasi, laman web untuk kursus perkongsian
maklumat ini akan dibina dan
diuji sama ada dapat berfungsi seperti mana yang
direkabentukkan. Fasa ini dijalankan untuk
mengenalpasti bahawa laman yang dibangunkan bebas daripada
sebarang kesalahan. Pada fasa ini,
penglibatan Bahasa pengaturcaraan diimplementasi ke dalam laman
bagi tujuan melahirkan laman
kepada rekabentuk persekitaran yang sebenar dengan menggunakan
kod pengaturcaraan seperti
javascript, HTML, PHP, CSS dan sebagainya. Setiap antaramuka
yang telah direka bentuk
mestilah mempunyai fungsi yang berbeza bagi pembinaan laman web
ini.
4.5 Fasa Pengujian
Dalam fasa pengujian, laman akan diuji secara keseluruhan
apabila laman web untuk kursus
perkongsian maklumat selesai dibina. Pengujian ini dilakukan
oleh pihak pentadbir dan pengguna
untuk memastikan laman yang dibina dapat memenuhi keperluan
pengguna.
5 HASIL KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan tentang fasa pembangunan dan fasa
pengujian laman web EzLearning.
Bahagian fasa pembangunan menjelaskan tentang langkah dan proses
yang telah dilaksana dalam
pembangunan laman web manakala bahagian fasa pengujian
menjelaskan tentang proses
pengujian yang dilalui untuk menilai laman yang telah
dibangunkan.
EzLearning merupakan laman pembelajaran untuk kursus perkongsian
maklumat. Pangkalan
data yang digunakan untuk membangunkan laman web ini adalah
MySQL. Perisian percuma
phpMyAdmin telah digunakan untuk mengendalikan pentadbiran MySQL
melalui web.
Selain itu, Bootstrap telah digunakan untuk membantu saya mereka
bentuk laman web ini
dengan lebih cepat dan lebih mudah. Kebanyakan ikon yang
digunakan dalam laman web ini
adalah dari Font Awesome dan sesetengah fon yang digunakan
adalah dari Google Web Fonts.
JavaScript dan jQuery juga telah digunakan supaya laman ini
lebih interaktif dan lebih mesra
pengguna dari segi kefungsiannya. Selain itu, PDO telah
digunakan untuk mengakses pangkalan
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
data dan bukannya MySQLi kerana PDO mempunyai lebih banyak
kelebihan jika dibandingkan
dengan MySQLi semasa proses pembangunan laman.
PHP telah dipilih sebagai bahasa pengaturcaraan utama bagi
pembangunan backend. Manakala
bagi pembangunan frontend pula, gabungan antara HTML, CSS dan
lain-lain telah digunakan
untuk membangunkan antaramuka yang kemas dan menarik.
Sampel kod atur cara diberikan dalam Lampiran 1 pada Rajah 1
hingga Rajah 9. Rajah 1
menunjukkan kod Javascript yang digunakan untuk menunjukkan kata
laluan dan kod jQuery
untuk fungsi Timeout di mana mesej akan hilang automatik lepas 2
saat dipaparkan. Rajah 2
menunjukkan kod HTML untuk badan halaman masuk. Kelas div ‘card’
telah digunakan. Ia
termasuklah kelas div ‘card-hearder’, ‘card-body’ dan
‘card-footer’. Rajah 4 menunjukkan kod
CSS untuk halaman masuk. Warna ‘card’ ditentukan dengan
menggunakan warna RGBA. Nilai
warna RGBA ditentukan dengan: rgba (merah, hijau, biru, alfa).
Parameter alfa adalah nombor di
antara 0.0 (sepenuhnya telus) dan 1.0 (legap sepenuhnya). Selain
itu, peralihan hover css juga
ditambahkan pada butang log masuk seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.
Seterusnya, Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan antaramuka untuk
halaman masuk dan
perubahan atas halaman masuk sekiranya butang ditekan, ID
pengguna salah dan lain-lain. Kelas
div ‘alert alert-dismissible alert-danger’ telah digunakan untuk
menunjukkan mesej amaran
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 dalam Lampiran 1.
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 5.1: Paparan mesej dan perubahan warna butang
Rajah 5.2: Antaramuka halaman masuk dan fungsi tunjukkan kata
laluan
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 5.3 telah menunjukkan antaramuka untuk halaman pendaftaran
akaun. Gradien CSS telah
digunakan untuk memaparkan peralihan yang lancar antara dua atau
lebih warna yang
ditentukan.
Rajah 5.3: Antaramuka untuk halaman pendaftaran akaun
Rajah 5.4 menunjukkan antaramuka untuk halaman utama. Rajah 6
dan Rajah 7 dalam Lampiran
1 menunjukkan kod yang digunakan untuk fungsi tayangan slaid
gambar manakala Rajah 8
menunjukkan kod jQuery yang digunakan untuk fungsi panel lipat
(collapsible panel). Kedua-
dua fungsi ini memerlukan kod CSS yang amat panjang dan rumit
untuk menunjukkan keadaan
yang terbaik.
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 5.4: Antaramuka untuk halaman utama
Rajah 5.5 menunjukkan antaramuka untuk halaman artikel. Halaman
ini mengandungi butang
kongsi ke facebook, twitter atau gmail, butang menyimpan artikel
ke my library dan juga butang
mencetak artikel atau simpannya sebagai pdf. Ikon yang digunakan
dalam butang-butang yang
dinyatakan adalah dari Font Awesome. Selain itu, tooltip juga
telah digunakan untuk
memudahkan pengguna memahami sesetengah istilah yang ditulis
dalam artikel tersebut.
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 5.5: Antaramuka untuk halaman artikel
Rajah 5.6 menunjukkan penunjukkan gambar (image popup). Rajah
5.7 menunjukkan
penyimpanan artikel. Kedua-dua fungsi ini telah menggunakan kod
jQuery untuk kesan pudar.
Kod CSS untuk menghasilkan penunjukkan gambar agak rumit dan
amat panjang kerana
memerlukan tulis kod CSS untuk latar belakang tindanan, gambar
yang telah zoom dan lain-lain.
Selain itu, kelas div 'alert alert-success' telah digunakan
untuk paparan mesej berjaya
menyimpan artikel. Kod php telah digunakan untuk perubahan atas
butang simpan artikel dan
juga untuk fungsi memaparkan mesej berjaya menyimpan
artikel.
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 5.6: Penunjukkan gambar (image popup)
Rajah 5.7: Penyimpanan artikel
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 5.8 menunjukan antaramuka untuk halaman hasil carian
sekiranya mendapat hasil lebih
dari satu hasil carian manakala Rajah 5.9 menunjukkan antaramuka
untuk halaman hubungi
kami. Kedua-duanya telah menggunakan kumpulan senarai responsive
(responsive list group).
Selain itu, halaman hubungi kami telah menggunakan Google Web
Font.
Rajah 5.8: Antaramuka untuk halaman hasil carian
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 5.9: Antaramuka untuk halaman hubungi kami
Rajah 5.10 menunjukkan antaramuka untuk halaman pengurusan fail
soalan tahun lepas. Rajah 9
dalam Lampiran 1 menunjukkan kod php untuk muat naik fail.
Format fail yang dibenarkan
untuk dimuatnaikkan oleh pengguna termasuklah jpg, pdf, docx dan
pptx dan saiz fail mestilah
kurang dari 5MB. Perubahan juga akan berlaku kepada halaman ini
contohnya perkataan butang
akan berubah sekiranya pengguna menekankan butang ‘replace’
kerana ingin menggantikan fail
soalan tahun lepas yang lama atau kandungan fail salah dengan
fail yang baru.
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 5.10: Antaramuka untuk halaman pengurusan fail soalan
tahun lepas
Fasa pengujian merupakan satu fasa yang amat penting dalam
pembangunan sesebuah laman.
Pengujian laman perlu dilakukan untuk memastikan laman yang
dibangunkan dapat dijalankan
dengan sempurna. Proses pengujian laman juga bertujuan untuk
mengurangkan ralat sebanyak
yang mungkin di dalam laman yang dibangunkan.
Pengujian fungsian adalah sejenis ujian yang mengesahkan bahawa
setiap fungsi dalam laman
beroperasi mengikut spesifikasi keperluan. Pengujian ini
dilaksanakan dengan kaedah white box
testing dan ia tdak mengambil berat tentang kod sumber
permohonan. Setiap fungsi system diuji
dengan memberikan input yang sesuai mengesahkan output dan
membandingkan hasil sebenar
dengan hasil yang diharapkan.
Pengujian laman akan dilaksanakan oleh pengguna di kalangan
pembangun. Pendekatan
pengujian ini akan dilaksanakan menggunakan White box Testing.
White box testing adalah
kaedah ujian perisian di mana struktur dalaman diketahui penguji
yang akan menguji perisian.
Pengujian laman perlu dilakukan mengikut spesifikasi yang telah
dibentuk semasa
membangunkan laman pembelajaran EzLearning. Pengujian dilakukan
terhadap modul yang
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
telah dibangunkan. Setiap komponen akan diuji secara berasingan
untuk memastikan setiap
komponen berfungsi dengan sempurna tanpa sebarang ralat.
Pengujian setiap komponen diasingkan kepada kes-kes ujian yang
tertentu. Jadual 5.1 hingga
Jadual 5.6 menunjukkan perincian setiap kes ujian dan hasil
daripada proses ujian.
Jadual 5.1: Kes Ujian TC-01
ID Kes Ujian TC-01
Objektif Log masuk ke dalam laman pembelajaran EzLearning
Senario 1. Melayari halaman Login
2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan
3. Tandakan checkbox “Show Password”
4. Memerhatikan kotak input untuk kata laluan
5. Menekan butang Login
Hasil Jangkaan Hasil Sebenar
1. Kata laluan akan ditujukkan dan
tidak ditunjukkan sebagai asterisk.
2. Mesej “User ID does not exist !”
akan dipaparkan sekiranya ID
pengguna yang dimasukkan tidak
ada dalam pangkalan data.
3. Mesej “Wrong Password !” akan
dipaparkan sekiranya kata laluan
yang dimasukkan adalah salah untuk
ID pengguna yang dimasukkan.
1. Kata laluan akan ditujukkan dan tidak
ditunjukkan sebagai asterisk.
2. Mesej “User ID does not exist !” akan
dipaparkan sekiranya ID pengguna yang
dimasukkan tidak ada dalam pangkalan
data.
3. Mesej “Wrong Password !” akan
dipaparkan sekiranya kata laluan yang
dimasukkan adalah salah untuk ID
pengguna yang dimasukkan.
Jadual 5.2: Kes Ujian TC-02
ID Kes Ujian TC-02
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Objektif Menyimpan artikel ke dalam My Library
Senario 1. Melayari halaman artikel
2. Menekan butang Save
3. Memilih My Library dari dropdown menu
4. Memerhatikan senarai artikel
Hasil Jangkaan Hasil Sebenar
1. Mesej “Success! Article saved to my
library.” akan dipaparkan dan hilang
selepas 0.5 saat.
2. Nama artikel yang disimpan akan dipaparkan dalam senarai
artikel.
1. Mesej “Success! Article saved to my
library.” akan dipaparkan dan hilang
selepas 0.5 saat.
2. Nama artikel yang disimpan akan
dipaparkan dalam senarai artikel.
Jadual 5.3: Kes Ujian TC-03
ID Kes Ujian TC-03
Objektif Mengkongsikan artikel ke Facebook
Senario 1. Melayari halaman artikel
2. Menekan butang Facebook
Hasil Jangkaan Hasil Sebenar
1. Tab baru akan dibuka.
2. Halaman Posts to Facebook akan
dipaparkan dalam tab tersebut.
1. Tab baru akan dibuka.
2. Halaman Posts to Facebook akan
dipaparkan dalam tab tersebut.
Jadual 5.4: Kes Ujian TC-04
ID Kes Ujian TC-04
Objektif Menghubungi admin atau pensyarah
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Senario 1. Melayari halaman Contact Us.
2. Memilih orang yang ingin hubungi.
Hasil Jangkaan Hasil Sebenar
1. Microsoft Windows Mail akan dibuka. 1. Microsoft Windows Mail
akan dibuka.
Jadual 5.5: Kes Ujian TC-05
ID Kes Ujian TC-05
Objektif Membuka gambar yang terkandung dalam artikel.
Senario 1. Melayari halaman artikel.
2. Menekankan gambar.
3. Menekankan latar belakang tindanan atau simbol ‘x’.
Hasil Jangkaan Hasil Sebenar
1. Gambar yang dibesarkan akan
dipaparkan.
2. Gambar akan memudar sekiranya
simbol ‘x’ atau latar belakang
tindanan ditekan.
1. Gambar yang dibesarkan akan
dipaparkan. 2. Gambar akan memudar sekiranya
simbol ‘x’ atau latar belakang
tindanan ditekan.
Jadual 5.6: Kes Ujian TC-06
ID Kes Ujian TC-06
Objektif Menambahkan fail solan tahun lepas baharu ke dalam
system.
Senario 1. Log masuk sebagai pensyarah.
2. Melayari halaman Revision.
3. Menekan teks Edit File.
4. Mengisi maklumat yang diperlukan.
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
5. Menekan butang ‘Choose File’.
6. Memilih fail soalan tahun lepas dalam komputer atau telefon
pintar.
7. Menekan butang ‘Create’.
8. Memerhatikan fail soalan tahun lepas yang dimasukkan.
Hasil Jangkaan Hasil Sebenar
1. Fail yang dimuatnaik akan dapat
dilihat dalam jadual senarai soalan
tahun lepas.
2. Mesej ‘Your file is too large ... Please
upload file with maximum 5MB size’
akan dipaparkan sekiranya saiz file
besar dari 5MB.
3. Mesej ‘File already exists ... Please
check uploaded file or rename your
file’ akan dipaparkan sekiranya nama
fail yang sama telah wujud.
4. Mesej ‘Only allow file with JPG ,
PDF , PPTX & DOCX format ...
Please check the file extension’ akan
dipaparkan sekiranya format fail yang
salah dihantar.
1. Fail yang dimuatnaik akan dapat
dilihat dalam jadual senarai soalan
tahun lepas.
2. Mesej ‘Your file is too large ... Please
upload file with maximum 5MB size’
akan dipaparkan sekiranya saiz file
besar dari 5MB.
3. Mesej ‘File already exists ... Please
check uploaded file or rename your
file’ akan dipaparkan sekiranya nama
fail yang sama telah wujud.
4. Mesej ‘Only allow file with JPG ,
PDF , PPTX & DOCX format ...
Please check the file extension’ akan
dipaparkan sekiranya format fail yang
salah dihantar.
Ujian bukan fungsian adalah ujian untuk memeriksa aspek seperti
prestasi, keselamatan,
kebolehgunaan, kebolehpercayaan dan sebagainya bagi sesebuah
laman web. Ia dijalankan untuk
menguji kesediaan suatu sisten seperti parameter fungsian yang
tidak didapati keputusannya
dengan pengujian fungsian. Ujian bukan fungsian mempunyai
kepentingan yang sama denga
pengujian kerana mempengaruhi kepuasan pengguna.
Pengujian laman dilaksanakan oleh semua kelas pengguna.
Pendekatan pengujian akan
dilaksanakan menggunakan Usability Testing. Usability Testing
adalah teknik pengujian dengan
pengguna sebenar bagi memastikan laman berfungsi mengikut
keperluan bukan fungsian dan
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
tidak mempunyai ralat. Usability Testing akan dilaksanakan
dengan memberi pengguna
menjawab soal selidik mengikut kaedah Website Analysis and
Measurement Inventory
(WAMMI). WAMMI adalah kaedah yang telah diuji dan terbukti dapat
menilai kualiti
penggunaan laman. Selain itu, WAMMI juga boleh mengenalpastikan
kekurangan laman web
dengan mudah dan tepat. Soalan-soalan adalah campuran antara
berbentuk positif dan negatif
( Lihat Lampiran 2). Soalan 2,5,8,10,11,14,16,17,18 adalah
soalan berbentk negatif.
Setelah melakukan semua pengujian terhadap perisian sesuai
dengan prosedur ujian, didapati
bahawa tiada sebarang ralat pada laman web ini. Bagi pengujian
laman bukan fungsian, soal
selidik telah dijawab oleh 10 orang reponden. Tujuan soal
selidik ini adalah untuk menguji
kebolehgunaan, prestasi dan kebolehpercayaan laman.
Jadual 5.7: Hasil dapatan soal selidik
Soalan Peratusan
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Setuju
1 50% 50%
2* 70% 20% 10%
3 50% 50%
4 40% 60%
5* 11.1% 22.2% 55.6% 11.1%
6 10% 30% 60%
7 10% 30% 60%
8* 77.8% 22.2%
9 10% 30% 60%
10* 50% 50%
11* 50% 40% 10%
12 10% 30% 60%
13 40% 60%
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
14* 30% 10% 60%
15 20% 30% 50%
16* 70% 20% 10%
17* 80% 10% 10%
18* 80% 20%
19 30% 70%
20 10% 40% 50%
* Soalan-soalan berbentuk negatif (lihat Lampiran 2)
Hasil soal selidik telah menunjukkan kebanyakan responden
menyetujui bahawa laman
EzLearning adalah bagus dari segi prestasi, segi kebolehgunaan
dan segi kebolehpercayaan.
Walaubagaimanapun, kebanyakan responden iaitu sebanyak 55.6%
tidak pasti bahawa laman
web ini memerlukan lebih banyak penjelasan pengenalan atau tidak
(Soalan 5). Selain itu, 60%
dari responden tidak pasti laman web ini mempunyai apa yang
mereka hendaki (Soalan 14). Hal
ini mungkin disebabkan oleh laman ini masih kekurangan sesuatu
fungsi yang dapat membantu
mereka mengetahui tahap pemahaman mereka terhadap kursus
Perkongsian Maklumat ini seperti
fungsi kuiz dalam talian. Selain itu, kekurangan pengguna yang
menggunakan laman ini buat
masa sekarang juga mungkin merupakan salah satu sebabnya kerana
fungsi seperti forum
perbincangan tidak dapat membawa impak yang ketara terhadap
mereka.
6 KESIMPULAN
Setelah mengenalpasti objektif dan skop kajian, sedikit kajian
telah dilakukan bagi melihat
laman yang sedia ada. Dengan itu kelebihan fungsi pada system
sedia ada akan dipilih dan
digunakan serta penambahan fungsi baru juga dilakukan dalam
laman pembelajaran EzLearning.
Seterusnya pada fasa reka bentuk, perancangan bagi menyelesaikan
masalah yang dinyatakan
oleh dokumen keperluan dengan mewujudkan reka bentuk modul, dan
reka bentuk proses dan
data. Penghasilan antaramuka laman web (prototype) juga dibina
sebelum mula membangunkan
projek bagi pembangun mendapat gambaran awal laman.
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Laman yang dibangunkan in berjaya mencapai objektif-objektif
yang telah dinyatakan.
EzLearning menjelaskan konsep dan teknologi rangkaian komputer
dan Internet melalui artikel
yang dibekalkan dan memudahkan pencarian maklumat dengan enjin
gelintar dan halaman
dictionary. Selain itu, EzLearning telah membekalkan maklumat
yang sesuai dan lengkap dalam
format dan gaya yang sesuai bagi membolehkan pelajar
berkerjasama dalam suatu kumpulan
untuk menghasilkan suatu reka bentuk rangkaian dan aplikasi yang
bersesuaian dengan
keperluan organisasi dan membolehkan para pelajar berinteraksi
antara satu sama lain dan juga
bersama pakar bidang bagi memahami sesuatu topik dengan fungsi
Forum dan Discussion.
Diharap, laman pembelajaran ini mampu membantu pengguna
menyelesaikan masalah yang
mereka hadapi dan mampu mewujudkan satu kaedah pembelajaran yang
lebih berefisiensi dalam
FTSM.
7 RUJUKAN
Adetokunbo A.A. Adenowo, Basirat A. Adenowo (2013, July).
Software Engineering
Methodologies: A Review of the Waterfall Model and Object
Oriented Approach. International
Journal of Scientific & Engineering Research, 4 (7),
428-430.
Farahiza Zaihan Azizan (2010). Blended learning in higher
education institution in Malaysia,
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in
ICT. Retrieved from
http://ldms.oum.edu.my/oumlib/sites/default/files/file_attachments/odl-resources/4334/blended-
learning.pdf
Pfleeeger, S.L. & Atlee, J.M. (2010). Software Engineering:
Theory and Practice, 4rd Edition. US:
Prentice Hall.
Sommerville I. (2010). Software Engineering, 9th Edition.
Pearson.
Tayebinik, M., & Puteh, M. (2012). Blended Learning or
E-learning?. International Magazine on
Advances in Computer Science and Telecommunications, 3 (1),
103-110.
8 LAMPIRAN 1
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Lampiran ini mengandungi rajah yang memaparkan kod yang telah
diguna dalam membangun laman EzLearning.
Rajah 1: Kod Javascript dan kod jQuery yang digunakan dalam
halaman masuk
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 2: Kod HTML untuk halaman masuk
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 3: Kod HTML untuk mesej
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 4: Kod CSS untuk halaman masuk
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 5: Kod CSS untuk halaman masuk
Rajah 6: Kod HTML untuk tayangan slaid gambar
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 7: Kod Javascript untuk tayangan slaid gambar
Rajah 8: Kod jQuery untuk panel lipat (collapsible panel)
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
Rajah 9: Kod php untuk muat naik fail
� �
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
9 LAMPIRAN 2 Lampiran ini mengandungi soalan-soalan yang
ditanyakan dalam Website Analysis and
Measurement Inventory (WAMMI). Soalan-soalan yang ditanyakan
dalam WAMMI adalah
berikut:
1. This website has much that is of interest to me.
2. It is difficult to move around this website.
3. I can quickly find what I want on this website.
4. This website seems logical to me.
5. This website needs more introductory explanations.
6. The pages on this website are very attractive.
7. I feel in control when I'm using this website.
8. This website is too slow.
9. This website helps me find what I am looking for.
10. Learning to find my way around this website is a
problem.
11. I don't like using this website.
12. I can easily contact the people I want to on this
website.
13. I feel efficient when I'm using this website.
14. It is difficult to tell if this website has what I want.
15. Using this website for the first time is easy.
16. This website has some annoying features.
17. Remembering where I am on this website is difficult.
18. Using this website is a waste of time.
19. I get what I expect when I click on things on this
website.
-
PTA-FTSM-2019-021
�
�
20. Everything on this website is easy to understand.