LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI: TINJAUAN DARI ASPEK INTRINSIK Oleh: Zakaria bin Khalid Mohd. Rasdi bin Saamah Hajah Ramlah bt. Abd. Rahman Mazlan Zaharuddin bin Mat Arof Mohd Hanifah bin Moideen Jabatan Pengajian Melayu Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang ABSTRAK Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang asli yang masih kekal diamalkan hingga sekarang. Tarian sewang dalam suku kaum orang Asli dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini menjadi wadah hiburan utama di kalangan masyarakat orang asli kaum Semai. Kajian terhadap lagu- lagu tarian sewang ini merupakan sebuah kajian kualitatif. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bentuk intrinsik yang terdapat di dalam lagu-lagu tersebut. Antara aspek yang dilihat ialah unsur bunyi, unsur bahasa dan aspek fizikal. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kajian rintis, kerja lapangan dan keperpustakaan. Manakala instrumen kajian pula terdiri daripada lagu-lagu tarian sewang, terjemahan lagu, dan analisis data. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian sewang berbentuk kegembiraan atau hiburan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur intrinsik di dalam lagu- lagu tersebut. ABSTRACT The sewang dance is a type of traditional dance presented by The Orang Asli Community that is still being practices until today. The sewang dance in the ethnic Orang Asli group is presented for a variety of purpose; for example for entertainment, introducing love, marriages, worshipping the spirit of the rice, and also for medicinal purposes. This dance has been a medium of entertainment among the tribes of the Orang Asli especially the Semai tribe. The research on the songs of sewang dances is of a qualitative type. The objective of this research is to look into the intrinsic nature in these songs. Among the aspects that we looked into were sounds, language and from the physical side. The instruments used in this research consist of the sewang dance, the translation of songs
29
Embed
LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT ORANG
ASLI:
TINJAUAN DARI ASPEK INTRINSIK
Oleh:
Zakaria bin Khalid
Mohd. Rasdi bin Saamah
Hajah Ramlah bt. Abd. Rahman
Mazlan Zaharuddin bin Mat Arof
Mohd Hanifah bin Moideen
Jabatan Pengajian Melayu
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis
Pahang
ABSTRAK
Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang asli
yang masih kekal diamalkan hingga sekarang. Tarian sewang dalam suku kaum orang
Asli dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta,
perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini menjadi wadah
hiburan utama di kalangan masyarakat orang asli kaum Semai. Kajian terhadap lagu-
lagu tarian sewang ini merupakan sebuah kajian kualitatif. Tujuan kajian ini adalah
untuk melihat bentuk intrinsik yang terdapat di dalam lagu-lagu tersebut. Antara aspek
yang dilihat ialah unsur bunyi, unsur bahasa dan aspek fizikal. Dalam kajian ini
pengkaji menggunakan kajian rintis, kerja lapangan dan keperpustakaan. Manakala
instrumen kajian pula terdiri daripada lagu-lagu tarian sewang, terjemahan lagu, dan
analisis data. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen.
Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian sewang berbentuk kegembiraan atau hiburan.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur intrinsik di dalam lagu-
lagu tersebut.
ABSTRACT
The sewang dance is a type of traditional dance presented by The Orang Asli Community
that is still being practices until today. The sewang dance in the ethnic Orang Asli group
is presented for a variety of purpose; for example for entertainment, introducing love,
marriages, worshipping the spirit of the rice, and also for medicinal purposes. This
dance has been a medium of entertainment among the tribes of the Orang Asli especially
the Semai tribe. The research on the songs of sewang dances is of a qualitative type. The
objective of this research is to look into the intrinsic nature in these songs. Among the
aspects that we looked into were sounds, language and from the physical side. The
instruments used in this research consist of the sewang dance, the translation of songs
2
and the data analysis. In this research, the researchers used the document analysis
approach. The researchers researched only on the songs for the sewang dancers in the
form of happiness and entertainment. The findings from this research show that there is
apparent intrinsic values in these songs.
1.0 Pengenalan
Seni persembahan tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater
tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan pengubatan. Persembahan
berbentuk ritual merangkumi tarian, teater, memuja semangat dan roh dipercayai
mempengaruhi kehidupan sesuatu suku kaum bagi memenuhi pelbagai tujuan. Mengikut
Mohamed Ghouse (1994) persembahan tarian yang memenuhi tujuan-tujuan ini terdapat
di kalangan suku-suku kaum di Sabah. Dalam kategori ritual untuk pengubatan ialah
tarian magunatip dan mansayau dari suku kaum Kwijau, tarian sumayau/mandasayau dari
suku kaum Dusun. Di Sarawak juga terdapat tarian yang memenuhi keperluan yang sama
seperti tarian tolak bala yang ditarikan oleh suku kaum Bidayuh untuk menyemah rumah
panjang. Suku kaum Melanau pula mengadakan tarian aluk-aluk semasa berkabung
sepanjang empat hari bagi meredakan suasana muram yang mengiringi sesuatu kematian.
Di Semenanjung Malaysia tarian bagi tujuan seperti ini kebiasaannya diamalkan oleh
masyarakat orang Asli iaitu tarian sewang. Tarian sewang bagi masyarakat orang Asli
dipersembahkan untuk tiga upacara tertentu, iaitu untuk kesyukuran selepas menuai atau
membuka tanah baru. Kedua, untuk menandakan tamat tempoh berkabung dan ketiga
bagi tujuan mengiringi pengubatan tradisional.
1.1 Latar Belakang Kajian
Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang Asli
yang masih kekal diamalkan dan dipertahankan hingga sekarang. Tarian sewang
dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan,
memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini biasanya diketuai oleh Tok Halak
dan lima hingga sepuluh orang penari yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Selain
itu, terdapat enam orang pemuzik iaitu lima orang pemukul centung (buluh yang
berukuran berbeza) dan seorang pemukul gong. Sambil bersahut-sahutan beramai-ramai,
penari perempuan mengetuk buluh centung ke atas buluh panjang atau kayu keras yang
padat bagi mengeluarkan bunyi nyaring.
Tarian ini biasanya dilakukan dalam empat formasi yang berbeza bergantung kepada
fungsi tarian tersebut. Antaranya tarian secara berbaris iaitu penari-penari berada dalam
satu barisan sambil menari. Bentuk seterusnya ialah bulatan iaitu penari berada dalam
bulatan sambil berjalan berpusing mengikut arah jam atau lawan jam. Selain itu tarian ini
juga dilakukan secara berpasangan antara lelaki dan perempuan yang kadang kalanya
berpegangan tangan. Manakala formasi keempat ialah tarian secara beramai-ramai.
Tarian sewang untuk tujuan kegembiraan kebiasaannya diadakan setelah upacara menuai
3
padi, menyambut kepulangan anak yang bekerja di perantauan, menyambut kedatangan
tahun baru, perkahwinan atau apa sahaja yang difikirkan dapat memberi kegembiraan di
dalam kampung. Manakala sewang untuk perubatan dijalankan pada waktu malam
selama enam hari berturut-turut. Semasa sewang perubatan dijalankan, orang luar tidak
dibenarkan naik ke rumah tempat tarian diadakan sehingga tarian selesai.
1.2 Pernyataan Masalah
Seni kata lagu dalam tarian sewang diadun daripada pelbagai variasi. Keunikannya telah
menarik minat para pengkaji seni, budaya dan bahasa untuk mengkajinya. Walau
bagaimanapun, banyak kajian yang dijalankan hanya mengkaji dari aspek budaya dan
etnomuzikalogi sahaja. Lantaran itu, fokus kajian ini ialah untuk melihat unsur bunyi,
unsur bahasa dan aspek fizikal dalam lagu-lagu tarian sewang yang dipersembahkan oleh
masyarakat orang Asli kaum Semai. Kajian ini akan meneliti lirik-lirik lagu dalam tarian
sewang untuk kegembiraan yang dipersembahkan oleh masyarakat orang Asli kaum
Semai di Kampung Lenjang dan Kampung Titom, Kuala Lipis, Pahang.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan meninjau aspek intrinsik yang terdapat dalam lagu-lagu tarian
sewang. Antara objektif kajian adalah untuk:
i. Melihat dan mengenal pasti unsur bunyi dalam lagu-lagu tarian sewang.
ii. Melihat dan mengenal pasti unsur bahasa dalam lagu-lagu tarian sewang.
iii. Melihat dan mengenal pasti aspek fizikal dalam lagu-lagu tarian sewang.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:
i. Apakah unsur bunyi yang terdapat dalam lagu-lagu tarian sewang?
ii. Apakah unsur bahasa yang terdapat dalam lagu-lagu tarian sewang?
iii. Apakah aspek fizikal yang terdapat dalam lagu-lagu tarian sewang?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat menambahkan perbendaharaan kata yang boleh dimuatkan
dalam kamus bahasa Melayu, di samping dapat mengetengahkan tarian sewang sebagai
satu seni tarian dalam kebudayaan nasional. Selain itu, tarian sewang dapat dijadikan
sumber pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah orang asli.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini melihat bentuk intrinsik iaitu unsur bunyi, unsur bahasa dan aspek fizikal
4
dalam seni kata lagu-lagu tarian sewang yang berfungsi untuk kegembiraaan.
Rasionalnya ialah tarian ini mudah dipersembahkan kerana tidak memerlukan masa yang
khusus, tegasnya boleh dijalankan pada bila-bila masa berbanding dengan tarian sewang
untuk tujuan mengubati orang sakit atau kesyukuran. Kajian ini hanya tertumpu kepada
masyarakat orang asli suku kaum Semai di Lenjang dan Titom, Kuala Lipis, Pahang.
Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, menulis lirik bersama Tok Halak serta
rakaman video tarian sewang. Pengkaji juga menggunakan khidmat jurubahasa dari kaum
Semai sebagai penterjemah. Terjemahan yang dilakukan tidak berdasarkan terjemahan
secara harfiah sebaliknya berdasarkan kepada makna baris-baris lagu.
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Lagu
Menurut Kamus Dewan (1994:744), bermaksud irama suara (dlm bacaan, nyanyian,
percakapan,dll). Lagu yang dikaji merangkumi lagu tarian sewang gembira di kalangan
masyarakat kaum Semai di Lenjang dan Titom, Kuala Lipis, Pahang.
1.8.2 Tarian Sewang
Tarian sewang atau dipanggil jenulang (dalam bahasa suku kaum Semai) adalah salah
satu tarian tradisional orang Asli terutamanya bagi kaum Semai dan Temiar.
1.8.3 Masyarakat Orang Asli
Menurut Kamus Dewan (1996: 69), bermaksud kelompok manusia yang mengamalkan
satu cara hidup yang sama dan merupakan penduduk asal atau orang yang asal
keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang
mendatang). Kajian ini merangkumi masyarakat orang asli di Lenjang, yang jaraknya 99
km dan Titom 112 km dari Kuala Lipis, Pahang.
1.8.4 Intrinsik
Mengikut Kamus Dewan (1996: 497) intrinsik bermaksud sebahagian daripada sifat atau
ciri seseorang atau sesuatu. Dalam konteks kajian ini, intrinsik bermaksud aspek dalaman
dalam lagu-lagu tarian sewang yang dikaji.
2.0 Kajian oleh Pengkaji Luar
Mengikut kajian Tarno et. al. (1993) dalam Taum (2004), sastera lisan masyarakat
Dawan di Timor dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu bonet, heta, tonis dan nu’u.
Berdasarkan isi dan fungsinya, bonet adalah puisi lisan yang dilagukan terbahagi kepada
4 jenis iaitu boennitu (puji-pujian kepada arwah), boen Ba’e (puji-pujian dalam suasana
5
ceria seperti kelahiran olen, menimang anak ko’an, penyambutan tamu futmanu-
safemanu), dan nyanyian kerja (boenmepu). Selain itu kajian Parera (1994) dalam Taum
(2004) mendapati sastera lisan lain dalam masyarakat Dawan yang berupa pantun ialah
nel dan ta’nu’an iaitu cerita-cerita dongeng yang biasanya ditujukan untuk anak-anak.
Ada tiga jenis nel atau pantun iaitu:
(a) nel-masi’u (pantun untuk sindir-menyindir)
(b) nel ta’tuna kanan (pantun untuk mengungkap asal-usul sesuatu kaum)
(c) nel ta’tuna pah (pantun untuk mengagungkan kerajaan).
2.1 Kajian oleh Pengkaji Tempatan
Kajian awal terhadap masyarakat orang Asli banyak tertumpu kepada soal ekonomi dan
sosial masyarakat tersebut. Iskandar Carey (1976) dalam bukunya ’The Aboriginal Tribes
of Peninsular Malaysia’ telah mengkaji tentang sistem ekonomi, keagamaan dan sistem
sosial suku kaum orang Asli terbesar di negara ini iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto.
Kajian yang hampir sama juga telah dilakukan oleh Hood Salleh (1986) yang tertumpu
kepada mitos kejadian alam, asal-usul manusia dan larangan kahwin sumbang di
kalangan masyarakat Negrito di Kelantan, Perak dan Pahang serta masyarakat Semelai di
Pahang.
Mohd. Rizal Yaacob (1994) pula telah mengkaji tentang tarian sewang suku kaum Semai
dan melihatnya dari pelbagai aspek seperti corak persembahan, fungsi dan alat muzik
yang digunakan. Bazrul Bahaman (1999) dalam tesis sarjananya telah mengkaji aspek
persembahan dan pencerita dalam Nyanyi Panjang Orang Sakai di Riau. Kajian dari
aspek bahasa juga telah dibuat oleh Subandi Kasidan (1999) yang mengkaji tentang
pembentukan kata dalam seni kata lagu-lagu bahasa Iban di Sarawak. Manakala Sal
Farina Kamaluddin (2003) telah mengkaji tradisi lisan berbentuk cerita suku kaum Jahut
di Kampung Penderas Temerloh, Pahang.
Berdasarkan kajian-kajian tersebut, didapati bahawa kajian intrinsik dalam lagu-lagu
tarian sewang masih belum dibuat oleh mana-mana penyelidik. Pengkaji mendapati
bahawa rata-rata kajian lepas banyak berkisar tentang aspek budaya, manakala kajian
tentang bahasa hanya berkisar tentang aspek laras bahasa dan morfologi dalam lagu-lagu
yang dikaji.
3.0 METODOLOGI
3.1 Kajian Rintis
Kajian rintis telah dijalankan pada 29 hingga 30 Julai 2004 di Kampung Bertam, Betau,
Kuala Lipis, Pahang. Pengkaji telah menemu bual Tok Halak iaitu Encik Ke Oh a/l Tekai
dengan bantuan Encik Rosli bin Seman seorang guru orang Asli di Sekolah Kebangsaan
Betau, Kuala Lipis, Pahang. Soalan-soalan temu bual telah disahkan oleh Encik Ke Oh
6
a/l Tekai dan Encik Rosli bin Seman kerana telah memenuhi hal-hal berkaitan tarian
sewang masyarakat kaum Semai.
3.2 Temu bual dan Rakaman Video
Dalam penyelidikan ini, temu bual berstruktur kepada beberapa orang responden yang
arif tentang tarian sewang telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang tarian
tersebut. Mereka yang telah ditemubual ialah Encik Ramli a/l Pasit dari Pos Lenjang,
Encik Mat a/l Kunyim dan Encik Bah Mmhat bin Meliang dari Kampung Titom, daerah
Kuala Lipis, Pahang. Pengkaji juga telah merakamkan tarian Sewang di Kampung
Lenjang dan Kampung Titom. Lagu-lagu ini dirakam bagi tujuan memudahkan pengkaji
mendapatkan lirik-lirik lagu yang akan dianalisis.
3.3 Perpustakaan
Pengkaji membuat rujukan di perpustakaan bagi tujuan mendapatkan maklumat lanjut
tentang lagu-lagu tarian Sewang. Beberapa dokumen tambahan seperti daftar kata bahasa
Melayu-Semai dan Temiar, tesis-tesis serta latihan ilmiah dari beberapa buah universiti
tempatan dan seni kata lagu-lagu tarian Sewang digunakan sebagai dokumen tambahan.
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Lagu Tarian Sewang
Sebanyak 18 buah lagu nyanyian Encik Ramli a/l Pasit, Encik Yatim a/l Minhat dan
Encik Kah Tim a/l Kalok telah dapat dirakam iaitu lagu Kok Gagek, Seribu Ampun,
Panas Siang, Joget, Amek Tolong Jar, Ken Anuk, Tok Kenah, Pusing Tamuk Tawin, Amai
Gabet, Sir, Bek Yok, Cerik, Ruwang Ruwet, Bah Bai-Bai, Bunga Alam Ye, Puteri Raja,
Bula, dan Guruk Abe.
3.4.2 Terjemahan
Lagu-lagu tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Encik Mat a/l
Kunyim dan Bah Mmhat bin Meliang. Tujuan terjemahan tersebut adalah untuk
mendapatkan kefahaman tentang makna sebenar lagu-lagu tersebut sama ada yang
tersurat mahu pun yang tersirat. Bagi memastikan kesahan data terjemahan tersebut,
pengkaji mendapat bantuan khidmat penambahbaikan terjemahan daripada Encik Uda a/l
Longgok dan Encik Mohd Khairi bin Adnan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHEOA), Kuala Lipis, Pahang.
3.4.3 Analisis Data
7
Kesemua 18 buah lagu telah diitranskripsikan dan pengkaji telah menganalisis lagu-lagu
tersebut berdasarkan aspek intrinsik iaitu unsur bunyi, unsur bahasa dan aspek fizikal.
4.0 ANALISIS ASPEK INTRINSIK DALAM LAGU-LAGU TARIAN SEWANG
Kajian ini akan melihat dan mengenal pasti unsur bunyi (Poetic devices), unsur bahasa
(Phonotylastic devices) dan aspek-aspek fizikal dalam lagu-lagu tarian sewang. Bagi
unsur bunyi, meliputi unsur aliterasi, asonansi, skema rima dan irama atau rentak. Bagi
unsur bahasa pula meliputi unsur perbandingan, sindiran, penegasan dan pertentangan.
Manakala aspek fizikal pula ialah kajian tentang diksi, ayat atau baris-baris, versifikasi
(untaian) dan bentuk.
4.1 Maksud Lagu
4.1.1 Lagu 1 - Kok Gagek (Mari Cepat)
Lagu ini menceritakan tentang nasihat yang perlu dipatuhi oleh dua orang yang diarahkan
oleh bomoh untuk pergi ke bukit mencari bunga, dan bomoh tersebut mendapat petunjuk
supaya mereka mendapatkan bunga dengan restu Tuhan.
4.1.2 Lagu 2 - Seribu Ampun
Menceritakan petua meminta izin pada penunggu sesuatu tempat, sebelum memasuki
tempat itu. Selain itu lagu ini juga menceritakan keindahan alam ciptaan Tuhan.
4.1.3 Lagu 3 - Panas Siang
Lagu ini mengisahkan kesempitan hidup sebuah rumah tangga. Si isteri sering berleteran
siang dan malam terhadap suaminya. Suaminya asyik berfikir bagaimana caranya untuk
mengatasi masalah tersebut yang akhirnya telah berpakat dengan orang tuanya bagi
mengatasi masalah itu.
4.1.4 Lagu 4 - Joget
Lagu tersebut menasihatkan anak muda supaya jangan malu atau segan untuk sama-sama
menari joget sampai ke pagi.
4.2.5 Lagu 5 - Amek Tolong Jar (Emak Tolong Kami)
Menceritakan perihal seorang anak yang mempunyai pendirian dan tidak suka mengharap
bantuan orang lain. Ianya berasa bebas melaksanakan kerja harian di tempat sendiri.
4.2.6 Lagu 6 - Ken Anuk (Si Anu)
8
Sepasang teruna dara yang dilamun cinta,asyik merindui antara satu sama lain.
4.2.7 Lagu 7 - Tok Kenah (Tiada Beristeri)
Mengisahkan seseorang yang tidak beristeri, di mana semua kerja rumah perlu
dilaksanakan olehnya seperti membasuh pakaian, memasak dan sebagainya telah berasa
kesepian apabila malam menjelma.
4.2.8 Lagu 8 - Pusing Tamuk Tawin (Keliling Sejambak Bunga)
Menceritakan kisah seorang pemuda yang memuja seorang perawan cantik. Si pemuda
cuba usik-mengusik perawan tersebut hingga menangis, yang akhirnya tidak berjaya
menawan hati si perawan tersebut.
4.2.9 Lagu 9 - Amai Gabet (Jangan Tidur)
Menceritakan perihal kehidupan seharian seorang yang pemalas sering berangan-angan
dan tidak melakukan sebarang kerja. Sedangkan hari sudah petang dan binatang-binatang
berlarian pulang lelaki tersebut masih di alam mimpi.
4.2.10 Lagu 10 - Sir (Kira)
Lagu ini mengisahkan seseorang yang pergi memburu rusa lalu beliau memerhatikan
tempat-tempat kebiasaan binatang tersebut seperti tumbuhan pokok buah simpor yang
digemari oleh binatang itu.
4.2.11 Lagu 11 - Bek Yok (Ayah yang Mempunyai Anak Sulung Lelaki)
Menceritakan perihal dua orang yang sesat jalan di hutan. Seorang sudah berusia dan
seorang lagi anak muda. Mereka tercari-cari jalan keluar.
4.2.12 Lagu 12 - Ceri’t (Panggil)
Menceritakan seseorang yang sedang menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan
Tuhan.
4.2.13 Lagu 13 - Ruwang Ruwet (Ruwang Ruwet)
Mengisahkan tentang seseorang yang pergi ke bukit untuk mencari ubat (akar kayu) dan
sebagainya. Beliau terjumpa pokok kemenyan lalu diambil dan terus diperasapkan.
Seterusnya beliau pun pulang ke rumah sambil terkenangkan peristiwa tersebut.
4.2.14 Lagu 14 - Bah Bai Bai (Pakcik)
9
Menceritakan perihal kepatuhan seorang bomoh mengikut petua-petua yang diajar oleh
guru kaka kepada ayahnya dalam mengamalkan ilmu perubatan.
4.2.15 Lagu 15 - Bunga Alam Ye (Puteri Gunung)
Lagu ini mengisahkan kecantikan Puteri Gunung. Sesiapa sahaja setiap lelaki yang
terpandang wajah puteri tersebut pasti terpikat.
4.2.16 Lagu 16 - Puteri Raja (Puteri Raja)
Lagu tersebut memuji kecantikan seorang puteri yang mempunyai rambut panjang
mengurai
4.2.17 Lagu 17 - Bula (Bola)
Lagu tersebut menceritakan seorang yang berat tulang tidak suka bekerja dan hanya
menghabiskan masanya dengan bermain bola sepak sahaja.
4.2.18 Lagu 18 - Guruk Abek (Guru Ayah)
Mengisahkan tentang keloh kesah setiap lelaki yang melihat akan kecantikan perempuan.
Perempuan tersebut bukan sahaja cantik malahan mempunyai suara yang merdu dan
lunak.
4.3 Unsur Bunyi
Unsur bunyi terbahagi kepada 4 jenis iaitu unsur asonansi, aliterasi, skema rima dan
irama atau rentak. Hasil daripada analisis lagu yang dikaji, didapati tiga unsur bunyi iaitu
asonansi, aliterasi dan skema rima.
4.3.1 Unsur Asonansi : Unsur asonansi ialah pengulangan bunyi vokal dalam baris- baris
puisi secara horizontal.
Contoh:
Lagu 1 : Kok gagek hek kok gagek (Baris 1)
De ga arag har ladui (Baris 4)
Benorlah bungak deh (Baris 7)
Lagu 2 : Tabik ampun (Baris 1)
Selaq liaq (Baris 4)
Eng gu kek hek (Baris 6)
Lagu 3 : Panas siang (Baris 1)
Panas malam (Baris 2)
10
Lagu 4 : Jogetlah hik joget (Baris 1)
Leniteou menaleh a rendex (Baris 2)
Lagu 5 : Jar jar jug ma katih (Baris 2)
Jar jar jug ma deg hek (Baris 3)
Lagu 6 : Ken anuk ken anuk (Baris 1)
Bei madeh ean tanyak ru hek (Baris 2)
4.3.2 Unsur Aliterasi: Unsur aliterasi ialah pengulangan konsonan dalam baris-baris
puisi secara horizontal.
Contoh:
Lagu 1 : Kok gagek hek kok gagek (Baris 1)
De ga arag har ladui (Baris 4)
Lagu 2 : Selaq liaq (Baris 4)
Eng gu kek hek (Baris 6)
Lagu 3 : Panas siang (Baris 1)
Lagu 4 : Jogetlah hik joget (Baris 1)
Ga bersagak ga berjulak (Baris 3)
Lagu 5 : Jar jar jug ma katih (Baris 2)
Jar jar jug ma deg hek (Baris 3)
Lagu 6 : Ken anuk ken anuk (Baris 1)
Bei madeh ean tanyak ru hek (Baris 2)
4.3.3 Skema rima: Skema rima ialah persamaan bunyi dalam baris-baris dalam puisi
secara vertikal. Bunyi-bunyi ini boleh terletak sama ada di pangkal setiap baris, di tengah
atau di hujung.
Contoh:
Lagu 5 : Jar jar jug ma katih (Baris 2)
Jar jar jug ma deg hek (Baris 3)
Lagu 6 : Bei madeh eng tanyak ru hek (Baris 2)
Ha eng adeh hak nok loi hek (Baris 3)
4.3.4 Irama atau rentak: Unsur-unsur ini boleh wujud dalam sesebuah puisi itu setelah
adanya penglibatan secara kerap unsur-unsur di atas. Unsur-unsur bunyi seperti aliterasi,
asonansi dan skema rima apabila digunakan dengan banyak akan menimbulkan irama dan
11
rentak yang menarik. Hasil daripada analisis tidak terdapat sebuah lagu pun yang
mempunyai irama atau rentak.
4.4 Unsur Bahasa
Unsur-unsur bahasa merupakan elemen-elemen yang menampakkan kekuatan
perbandingan yang digunakan dalam sesuatu ciptaan. Unsur-unsur ini penting bagi
membezakan bahasa sastera dengan yang bukan sastera. Unsur-unsur bahasa dalam
ciptaan puisi dan prosa dapat dikelaskan kepada empat kategori, iaitu perbandingan,
bahasa sindiran, bahasa penegasan dan bahasa pertentangan. Berdasarkan lagu-lagu yang
dikaji, unsur bahasa yang terdapat hanyalah unsur perbandingan dan penegasan.
4.4.1 Gaya bahasa penegasan bertujuan untuk memberi impak yang lebih kepada sesuatu
kenyataan itu. Terdapat 14 jenis unsur gaya bahasa penegasan ini. Namun begitu,
terdapat hanya 1 unsur gaya bahasa penegasan dalam lagu yang dikaji iaitu bahasa yang
menggunakan unsur repitisi (perulangan). Unsur repitisi ialah unsur yang digunakan
dalam bahasa perulangan.
Contoh:
Lagu 1 : Kok gagek hek kok gagek
Ga gaduh hek ga gaduh (Baris 5))
Lagu 3 : Panas panas panas panas (Baris 9)
Lagu 4 : Jogetlah hik joget (Baris 1)
Lagu 6 : Ken anuk, ken anuk (Baris 1)
Lagu 7 : Eng dap ceruk eng dadak eng haloi (Baris 7)
Lagu 11 : Bek yok bek yok (Baris 1)
Lagu 18 : Hei guruk abe guruk ame (Baris 1)
Makin eng serngi makin eng riak (Baris 14)
Wak anu ooo wak anu (Baris 17)
4.4.2 Bahasa yang menggunakan unsur paralelisme
Paralelisme ialah unsur bahasa yang digunakan untuk tujuan pengulangan. Biasanya gaya
bahasa seperti ini mengulang sepatah kata beberapa kali pada tempat yang sama. Unsur
ini terbahagi kepada dua . Pertama, unsur yang terletak pada awal ayat dan yang kedua
terletak pada hujung ayat. Unsur yang pertama disebut anafora dan unsur yang kedua
disebut epifora. Unsur anafora ialah perulangan kata pada awal ayat.
Contoh:
Lagu 2 - Selak liaq (Baris 4)
Selak penacek (Baris 5)
Eng gu kek hek (Baris 6)
Eng gu riak (Baris 7)
12
Lagu 3 - Panas siang (Baris 1)
Panas malam (Baris 2)
Hari Isnin (Baris 5)
Hari Selasa (Baris 6)
Hari Rabu (Baris 7)
Hari Khamis (Baris 8)
Lagu 5 - Jar jar jug ma katih (Baris 2)
Jar jar jug ma deg hek (Baris 3) -
Lagu 7 - Belik abad eng berbir eng haloi (Baris 2)
Belik ayam eng masak eng haloi (Baris 3)
Lagu 10 - Ser ser (Baris 4)
Ser selak setou (Baris 5)
Ser ser (Baris 7)
Ser selak seug (Baris 8)
Lagu 14 - Guruk atuk (Baris 5)
Guruk guruk (Baris 6)
Yok jerben jerbon (Baris 9)
Yok gersou layuk (Baris 10)
Lagu 15 - Seniroi ye (Baris 6)
Seniroi babu ye (Baris 7)
Lagu 16 - Abor sanjung puteri raja (Baris 2)
Abor leh abor (Baris 3)
Lagu 17 - Siok kentah bi dalag ha ibola (Baris 3)
Siok kenreh bi dalag ha ibola (Baris 4)
Lagu 18 - Hei wak anu bulehkah eng tanya (Baris 11)
Hei wak anu bulehkah eng tanya (Baris 12)
4.4.3 Epifora ialah perulangan kata pada akhir ayat.
Contoh:
Lagu 6 - Bei madeh eng tanyak ru hek (Baris 2)
Ha eng adeh hak nok lei hek (Baris 3)
13
4.5 Aspek Fizikal
Aspek fizikal dianalisis berdasarkan diksi, ayat, versifikasi dan bentuk.
4.5.1 Diksi merujuk pemilihan kata berdasarkan makna, komposisi bunyi dalam rima
dan irama, kedudukan kata itu di tengah konteks kata lainnya dan kedudukan kata dalam
keseluruhan puisi itu. Di samping pemilihan kata yang tepat, pertimbangan urutan
katanya perlu juga dipertimbangkan urutan katanya dan kekuatan atau daya magis
daripada kata-kata tersebut.
Berdasarkan penelitian terhadap 18 buah lagu tersebut didapati dari aspek diksi,
perkataan yang digunakan mudah, biasa digunakan dalam kehidupan seharian dan
berkaitan dengan persekitaran mereka. Perkataan-perkataan tersebut rmenggambarkan
keseluruhan cara hidup mereka.
Contoh :
i. Lagu ’ Kok Gagek’ (Lagu 1)
Benorlah bungak deh ( benarlah cantiknya bunga)
De bigei ku danos ( duduk di atas bukit)
ii. Lagu Sir (Lagu 10)
Selak setoq (daun tutor)
Ser selak simpor (banci daun simpor)
4.3.3.2 Ayat diistilahkan sebagai sintaksis dan melibatkan soal-soal bagaimana pengarang
membentuk dan menyusun ayat-ayat dalam hasil karyanya.
Penggunaan perkataan dan frasa dalam ayat-ayat itu dipelbagaikan sehingga kelihatan
indah dan puitis sifatnya. Di samping itu ayat-ayat tadi dapat pula menimbulkan kesan
rasa yang tinggi (Kamarudin 1988).
Berdasarkan penelitian terhadap 18 buah lagu tersebut didapati ayat yang digunakan
terdiri daripada ayat pendek, iaitu antara 2 hingga 7 patah perkataan. Jenis ayat yang
terdapat dalam lagu tersebut terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan
ayat seruan.
4.3.3.2.1 Ayat penyata iaitu ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
penyataan.
Contoh
Lagu 1 : bernorlah bugak deh
(Benarlah cantiknya bunga ini)
Lagu 4 : ee tendeh bahlek hik rich uc
(Waktu petang baharu terasa letih)
Lagu 5 : Jar jar jug ma katih
(Kami hendak balik ke seberang)
14
4.3.3.2.2 Ayat Tanya iaitu ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu
hal. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tannya
dengan kata tanya.
Contoh :
Lagu 9 : ai reklok noklek jun
(hai, macamana awak ini ?)
Lagu 13 : yok... malok lek
(Yok di mana ?)
Lagu 14 : reklok nok lek
(Macam mana ini ?)
4.3.3.2.3 Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan
sesuatu tindakan. Ayat perintah terbahagi kepada empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat
larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Dalam kajian ini hanya terdapat dua jenis ayat
perintah iaitu ayat larangan dan ayat silaan.
Contoh:
Lagu 1 : kok gagek hek kok gagek (ayat silaan)
(Mari cepat, hei mari cepat)
de ga araq har ladoi (ayat larangan)
(Jangan terlupa rumah)
Lagu 4 : ga bersagak ga berjulak (ayat silaan)
(Jangan malu bersewang)
Lagu 8 : jemjom gangguk (ayat larangan)
(jangan menangis)
Lagu 9 : bei madeh (ayat silaan)
(Mari sini)
4.3.3.2.4 Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram,
sakit, dan sebagainya.
Contoh:
Lagu 9 : Ai kurang pek boh leh
(hai, kurang eloklah!)
Lagu 18 : hei guruk abe guruk ame
(hai, guru ayah guru emak!)
15
4.3.3.3 Versifikasi atau untaian dapat dilihat dalam dua konteks. Bagi puisi lama
versifikasinya agak jelas dan terikat kepada bentuk-bentuk tertentu. Bagi puisi moden
atau sajak versifikasinya kelihatan agak bebas dan dapat dikenali dengan berbagai-bagai
nama (Kamarudin 1988).
Berdasarkan penelitian terhadap 18 buah lagu tersebut terdapat dua jenis untaian dalam
lagu ini iaitu terzina dan sextek.
i. Terzina - 3 untai serangkap
Contoh:
Lagu 5 : Amek lek tolong jar
Jar jar jug ma katih
Jar jar jug ma deg hek
Abek lek tolong jar
Jar jar juga…
Jar jar juga ma katih
Lagu 15 : Ye yol berayol bunga ye
bunga alam
senirol babu ye
Awal-awa bunga ye
Senirol ye
Seniroi babu ye.
ii. Sextek - 6 untai serangkap
Contoh :
Lagu 17 : Babula babo
Babula be miro
Siok kentah bi dalag ha ibola
Siok kenreh bi dalag ha ibola
Babula babo
Babula tok raye
4.3.3.4 Bentuk bermaksud melihat puisi itu secara keseluruhan dan membuat penilaian
sama ada puisi itu berbentuk puisi lama atau berbentuk puisi moden.
Lagu-lagu yang dianalisis ini mirip puisi lama berdasarkan bilangan baris dalam rangkap.
Secara keseluruhannya, lagu-lagu ini berbentuk bebas. Terdapat hanya satu rangkap lagu
bentuk pantun dua kerat.iaitu dalam Lagu 1.
Contoh :
16
Lagu 1 : kok gagek hek kok gagek
de ga araq har wai dek
Kesimpulannya, unsur bunyi iaitu unsur asonansi dan aliterasi terdapat di dalam
ke semua lagu tersebut. Manakala unsur skema rima terdapat pada sebahagian lagu dan
unsur irama atau rentak tidak terdapat di dalam mana-mana lagu yang dikaji. Unsur
bahasa pula sangat sedikit iaitu hanya satu kategori bahasa sahaja iaitu bahasa penegasan.
Manakala unsur yang terlibat hanya dua unsur iaitu unsur repitisi dan unsur paleslisme.
Dari aspek fizikal pula, penggunaan diksi yang mudah dan ringkas. Penggunaan
ayat penyata hampir keseluruhan lagu dan terdapat ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seruan di dalam beberapa buah lagu tersebut. Versifikasi agak bebas dan bentuk lagu
mirip bentuk moden.
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
Melalui kajian ini, pengkaji melihat bahawa lagu-lagu tarian sewang ini sangat istimewa
dan unik. Lirik lagu yang dicipta bukanlah dengan sewenang-wenangnya boleh dicipta
oleh sebarang orang. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh mencipta lagu-lagu
yang antara lainnya ialah tok halak. Jikalau dilihat dari aspek luarannya, lagu ini tidak
menampakkan apa-apa makna kecuali pada mereka yang terlibat secara langsung dalam
tarian tersebut. Tetapi setelah pengkaji sendiri melibatkan diri dalam tarian ini baharulah
dapat dirasakan bahawa melalui lirik, muziknya dan hentakkan kaki ketika menari
mempunyai nilai seni yang amat berharga, unik dan harus dikekalkan. Justeru, kajian ini
dijalankan untuk melihat sejauh mana aspek intrinsik yang terdapat dalam 18 buah lagu
tarian sewang.
5.2 Implikasi
Kepentingan tarian sewang terbahagi kepada tiga iaitu untuk tujuan kegembiraan atau
tanda kesyukuran, menandakan tamat tempoh berkabung atau buka cinta dan mengiringi
pengubatan tradisional. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa kajian ini
mempunyai persamaan dengan kajian yang dibuat oleh Mohd Rizal Yaakob(1994)
tentang tarian sewang kaum Semai. Terjemahan lagu-lagu tersebut kebanyakannya
menggambarkan kehidupan masyarakat yang berkait rapat dengan alam persekitaran
kehidupan mereka. Ini mempunyai persamaan dengan kajian yang dibuat oleh Mazarul
Hasan (2002) terhadap kesan muzik dan makna lirik lagu terhadap masyarakat
berdasarkan situasi peperangan yang melanda pada waktu itu.
17
Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa penggunaan unsur bunyi asonansi dan
aliterasi kerap digunakan dalam hampir kesemua lagu tersebut. Ini menunjukkan terdapat
persamaan dalam lagu-lagu Bahasa Melayu. Manakala unsur bunyi rima pula hanya
terdapat dalam beberapa buah lagu sahaja. Sebaliknya unsur rima atau rentak langsung
tidak wujud dalam mana-mana lagu pun. Ini menunjukkan bahawa pencipta lagu tersebut
berlagu dengan tujuan dapat menyampaikan mesej yang tersurat dan tersirat kepada
audien manakala unsur irama atau rentak itu tidak ada dalam pemikiran mereka. Jelas di
sini bahawa penciptaan lirik lagu berdasarkan mimpi, pemerhatian dan pengalaman tok
halak, walaupun tidak mempelajari teknik mencipta lagu namun usahanya sudah ada
menunjukkan daya kreativitinya mencipta lirik walaupun lemah dalam memantapkan
irama atau bentuk.
Kajian ini juga mendapati penggunaan unsur bahasa amat kurang digunakan,
hanya satu (1) kategori daripada empat (4) kategori iaitu kategori penegasan sahaja
digunakan. Daripada empat belas (14) unsur kategori penegasan, hanya dua (2) unsur
bahasa sahaja yang terdapat dalam lagu-lagu tersebut iaitu unsur repitisi dan paralelisme.
Secara keseluruhannya penggunaan unsur bahasa tidak banyak digunakan di dalam lagu-
lagu tersebut.
Dari aspek fizikal pula, pemilihan diksi ada beberapa persamaan diksi dengan
bahasa Melayu. Pemilihan diksinya mudah dan berkait rapat dengan kehidupan seharian
masyarakat setempat. Diksinya pendek, ringkas dan mudah difahami oleh masyarakat.
Pada kebiasaannya, diksi yang dipilih berdasarkan pemerhatian atau pengalaman tok
halak berkaitan dengan sesuatu perkara atau melalui mimpi. Bahkan penggunaan bahasa
Melayu yang digunakan itu menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat Semai. Kajian
ini menunjukkan bahawa masyarakat asli mempunyai hubungan kekeluargaan bahasa
serumpun iaitu dari rumpun bahasa Austronesia. Ini menunjukkan bahawa ada
persamaan teori yang dibuat oleh H. A. Kern (1889) dalam Asmah Omar (1988) tentang
persamaan bahasa serumpun.
Dari aspek penggunaan ayat, hasil kajian mendapati bahawa lagu-lagu tarian
sewang banyak menggunakan ayat penyata. Ini menunjukkan bahawa ada persamaan
dengan pendapat Faezah Md Jamare (1997) tentang kajian lirik lagu yang menggunakan
ayat penyata secara dominan. Bagi kategori jenis ayat pula, terdapat kesemua jenis ayat
telah digunakan iaitu jenis ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Dalam
lagu-lagu tersebut banyak menggunakan ayat penyata. Ini bersesuaian dengan pendapat
Faezah bin Md.Jamare (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan ayat penyata
memang dominan dalam lagu-lagu. Sebaliknya jarang sekali kita menemui ayat tanya,
ayat perintah dan ayat seruan di dalam mana-mana lagu. Tetapi dalam lagu tarian
sewang ini terdapat ayat-ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ini menunjukkan
bahawa, tok halak mencipta lirik lagu berdasarkan kehidupan persekitarannya seolah-olah
satu percakapan biasa yang diajukan ke dalam lagunya. Manakala aspek versifikasi pula
terdapat dua jenis untaian iaitu terzina dan sextek. Hampir keseluruhan lagu mirip
kepada bentuk bebas. Aspek bentuk pula, mirip tradisional tetapi kebanyakannya
berbentuk bebas.
18
5.3 Kekangan dan halangan
5.3.1 Pengkaji menghadapi keadaan yang amat sukar untuk menterjemah lagu-lagu
tersebut ke dalam bahasa Melayu secara harfiah kerana dipengaruhi oleh
percampuran pengaruh dialek Semai Ulu Kelantan, Pahang dan Perak.
5.3.2 Tidak terdapat kamus yang lengkap tentang Bahasa Melayu – Semai. Padanan
Bahasa Melayu-Semai Temiar amat terhad dan tidak lengkap sepenuhnya.
5.4 Cadangan-cadangan
5.4.1 Satu kajian fonetik bahasa Semai boleh dijalankan sebagai kajian lanjutan.
5.4.2 Bidang perkamusan iaitu Kamus Lengkap Bahasa Melayu-Semai boleh dijadikan
kajian lanjutan.
5.4.3 Tarian Sewang boleh diangkat sebagai satu komponen seni tarian dalam
kebudayaan nasional.
5.4.4 Lagu-lagu tarian sewang boleh dijadikan sumber pengajaran bahasa Melayu di
sekolah-sekolah orang asli.
Pada kesimpulannya, tidak banyak unsur intrinsik yang wujud di dalam lagu-lagu tarian
sewang. Lirik-lirik lagu tarian sewang tidak begitu mantap jika dilihat dari aspek
intrinsik. Walaubagaimanapun jelas dilihat bahawa lagu-lagu tersebut sudah ada sedikit
ciri-ciri intrinsik di dalamnya. Dalam usaha untuk mendapat makna perkataan agak sukar
diterjemahkan kerana bunyi fonetik boleh merubah makna sebenar. Justru, diharapkan
akan ada kajian lanjutan tentang fonetik bagi menentukan kesahihan makna mengikut
konteks sebenar.
BIBLIOGRAFI
Abdul Ghafar Suboh (1989). Gaya Bahasa Penglipur Lara: Tinjauan Khusus Cerita
Sulong Jawa. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.
Abdul Majeed Ahmad (1994). Antologi Cerpen:Debu Merah: Satu Analisis Gaya
Bahasa. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.
Asmah Omar (1988). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdullah Hassan (1969). Satu Kajian Fonologi-Morfologi Bahasa Orang-orang Melayu