Top Banner
OBJEKTIF KAJIAN Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mengenal pasti serta menghuraikan kepentingan Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar berdasarkan objektif Pendidikan Konsevasi mengikut UNESCO 1976. 2. Mengaitkan hubungan flora dan fauna dengan alam dan kepentingannya. 3. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti bagi memberi kesedaran kepada pelajar untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. 4. Mengenal pasti serta menghuraikan kepentingan Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar berdasarkan objektif Pendidikan Konsevasi mengikut UNESCO 1976.
29

LABAH-LABAH

May 27, 2017

Download

Documents

Muhamad Haikal
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: LABAH-LABAH

OBJEKTIF KAJIAN

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengenal pasti serta menghuraikan kepentingan Pemuliharaan dan

pemeliharaan alam sekitar berdasarkan objektif Pendidikan Konsevasi

mengikut UNESCO 1976.

2. Mengaitkan hubungan flora dan fauna dengan alam dan kepentingannya.

3. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti bagi memberi kesedaran kepada pelajar untuk

memelihara dan memulihara alam sekitar.

4. Mengenal pasti serta menghuraikan kepentingan Pemuliharaan dan

pemeliharaan alam sekitar berdasarkan objektif Pendidikan Konsevasi

mengikut UNESCO 1976.

Page 2: LABAH-LABAH

PENDAHULUAN

Kehidupan harian manusia adalah berkait rapat dengan alam sekitar. Setiap

individu perlu menyedari kepentingan pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Pemusnahan alam sekitar begitu ketara sejak kebelakangan ini. Banyak hutan

dimusnahkan atau termusnah, haiwan dibunuh atau terbunuh, sungai dan laut

dicemar atau tercemar menyebabkan pelbagai masalah timbul.

Sekiranya kesedaran tidak ditanam dengan segera ke dalam jiwa setiap

individu, bencana yang dahsyat boleh berlaku di muka bumi ini dan manusia akan

musnah bersama kejahilan dan kerakusan mereka.

Dibawah Akta Tanaman Negara 1980, tujuan penubuhan Taman-Taman

Negara adalah untuk memelihara dan memperlindungi hidupan liar, hidupan

tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi

kajibumi, kajipurba, sejarah dan etnologi dan lain-lain kepentingan dari segi sains

dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaannya untuk

memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

Page 3: LABAH-LABAH

1.0 LABAH-LABAH

1.1 RIBUAN SPESIES

Labah-labah tergolong dalam kumpulan haiwan yang dinamakan araknid, yang

termasuk juga kala jengking, hama, labah-labah matahari atau ‘angin’, dan

mentadak. Antara semua haiwan tersebut, labah-labah yang tergolong dalam order

Araneida merupakan kumpulan yang terbesar. Terdapat lebih kurang 35 000 spesies

ini yang diketahui di dunia.

Kebanyakan orang tidak suka kepada araknid ini kerana rupanya yang

menakutkan. Namun begitu, tabiat labah-labah sangat menarik. Kebanyakan labah-

labah menenun sawang yang menakjubkan dengan kemahiran dan kesempurnaan

yang tidak dapat ditandingi oleh haiwan lain.

Badan labah-labah terbahagi kepada dua bahagian iaitu prosoma, disebut

juga sebagai sefalotoraks dan opistosoma atau abdomen.

Labah-labah memiliki sepasang struktur yang luar biasa dipanggil kelisera.

Kelisera terletak di bahagian hadapan mulut labah-labah. Setiap kelisera mempunyai

sengat yang digunakan oleh labah-labah untuk menyuntik atau racunnya.

Di setiap bahagian mulut terdapat pedipalpa. Kedua-duanya kelihatan seperti

kaki semut tetapi pedipalpa berfungsi sebagai sesungut.

Struktur Badan Labah-Labah

Page 4: LABAH-LABAH

1.2 MEMBUAT SUTERA

Labah-labah mempunyai pelbagai kelenjar sutera yang membolehkannya

mengeluarkan beberapa jenis sutera (kering, melekit, dan sebagainya) mengikut

kegunaannya. Sutera keluar dari kelenjarnya sebagai cecair pekat. Namun apabila

dipintal membentuk benang halus, sutera menjadi keras sebaik sahaja terkena

udara.

Spineret liang kecil yang terletak di bahagian belakang bawah abdomen,

mengeluarkan sutera. Labah-labah mempunyai antara dua hingga lapan spinneret,

tetapi kebanyakannya mempunyai enam spinneret. Saiz dan kedudukan liang ini

berbeza mengikut spesies. Sutera sangat penting kepada labah-labah. Labah-labah

menggunakannya dalam pelbagai cara.

Selain untuk membuat sawang, sutera membantu labah-labah bergerak dari

satu tempat ke satu tempat yang lain. Benang sutera yang dilepaskan menahan

labah-labah daripada jatuh ke tanah. Labah-labah betina membentuk bekas sutera

atau kokun di sekeliling telurnya untuk melindungi telur itu. Kebanyakkan spesies

labah-labah menutup tempat perrlindungan bawah tanahnya dengan benang sutera.

Ada juga spesies yang membuat pelbagai bentuk perangkap daripada sutera untuk

menangkap mangsanya.

Walaupun benang sutera sangat halus, benang sutera ini sangat anjal dan

kuat. Sekumpulan labah-labah yang dikenali sebagai labah-labah cribellate

membuat sejenis sutera istimewa yang melekit dan berwarna biru. Labah-labah ini

tidak mengeluarkan sutera melalui spinneret, tetapi melalui bahagian yang dipanggil

cribellum yang ditemui di bahagian abdomen.

Spineret Dilihat Dari DekatSpineret

Page 5: LABAH-LABAH

1.3 MENCARI PASANGAN

Banyak spesies labah-labah menunjukan dimorfisme seks iaitu, labah-labah jantan

berbeza daripada labah-labah betina. Pada amnya, labah-labah jantan lebih kecil

daripada labah-labah betina, berkaki halus dan lebih berwarna-warni. Pedipalpanya

jantan juga berbeza. Di setiap hujung pedipalpanya terdapat kuku tajam istemewa

untuk mensenyawakan labah-labah betina semasa mengawan.

Sebelum mencari pasangan, labah-labah jantan menenun sawang kecil dan

membubuh titisan kecil sperma, cecair yang diperlukan oleh telur labah-labah betina

untuk berkembang. Labah-labah jantan kemudian mengumpul sperma itu dengan

pedipalpanya. Apabila bertemu dengan labah-labah betina, labah-labah jantan

menunjukan kelakuan yang khusus, dikenal sebagai pertunjukan memikat, yang

memberitahu labah-labah bahawa labah-labah jantan hendak mengawan. Labah-

labah betina kemudiannya membenarkan labah-labah jantan mendekatinya tanpa

pertunjukan memikat yang betul, labah-labah betina akan menyalah anggapnya

sebagai mangsa dan akan membahamnya. Pertunjukan memikat mengikut spesies.

Sesetengah labah-labah jantan membuat tarian yang kompleks, manakala yang lain

menggetarkan sawang labah-labah betina dengan mengetuk benang sawang

perlahan-lahan.

Labah-Labah Betina Dan Jantan

Page 6: LABAH-LABAH

1.4 MENJAGA ANAK

Telur labah-labah berbentuk bulat dan bergaris pusat lebih kurang 1/25 inci (1mm).

Jumlah telur di dalam kelompok adalah berbeza-beza mengikut spesies iaitu dari 1

atau 2 hingga lebih daripada 10 ribu bagi spesies yang besar.

Labah-labah melindungi telurnya dengan membungkusnya di dalam kokun

sutera. Sesetengah spesies membentuk kokun seperti telur yang kecil atau pundi

‘penggeram’ di dahan tumbuhan. Sesetengah labah-labah lain menyembunyikan

telurnya di celah daun atau di bawah batu, kemudian menjaganya dari tempat

tersembunyi yang berhampiran. Labah-labah betina sesetengah spesies mengikat

pundi-pundi telurnya di spirenet atau kalisera. Ada juga labah-labah betina yang

membawanya di atas belakangnya atau di antara kaki-kakinya.

Selepas beberapa lama, telur menetas dan anak labah-labah muncul

daripada kokun. Anak labah-labah tidak seperti serangga yang lain kerana anak

labah-labah menyerupai labah-labah dewasa walaupun bentuknya belum lengkap.

Pada masa ini, anak labah-labah tidak makan apa-apa dan kurang bergerak.

Tidak lama kemudian, anak labah-labah mula makan. Kini anak labah-labah

kelihatan seperti induknya, tetapi bersaiz lebih kecil. Kebanyakan labah-labah betina

tinggal bersama anak-anaknya untuk melindungi anak-anaknya itu.

Tempoh masa kitaran perkembangan labah-labah daripada telur sehingga

dewasa adalah berbeza-beza mengikut spesies. Kitaran ini biasanya lebih pendek

bagi spesies labah-labah yang lebih kecil.

Kitaran Hiup Labah-Labah

Page 7: LABAH-LABAH

1.5 PEMBURU YANG HANDAL

Labah-labah merupakan pemburu yang handal. Labah-labah biasanya memakan

serangga seperti lebah, kumbang, dan lain-lain. Spesies yang lebih besar pula

mungkin menangkap tikus dan burung kecil.

Apabila dapat menangkap mangsanya, labah-labah dapat menyembur atau

menyuntik mangsanya itu dengan cecair yang mencernakan mangsanya itu menjadi

cecair, membolehkan labah-labah menghisapnya. Cara labah-labah berburu

berbeza mengikut spesies. Labah-labah pengeram sebagai contoh, menerkam

mangsanya dan menyuntik mangsa dengan racun. Ada labah-labah yang memintal

sawang untuk memerangkap serangga yang terbang. Mangsa yang cuba

melepaskan diri menggetarkan benang sawang. Ini menyedarkan labah-labah yang

menunggu yang dengan segera bertindak membungkus mangsanya di dalam sutera

yang melekit. Mangsa kemudian disuntik dengan racun.

Ada juga spesies yang menyamar seperti mangsanya. Sebagai contoh,

terdapat labah-labah pemakan semut yang mengadaptasikan dirinya untuk kelihatan

seperti semut. Ini membolehkan labah-labah itu mendekati semut tanpa menakutkan

mangsanya itu. Labah-labah ketam pula tidak memintal sawang, sebaliknya

menyamar diri. Warna labah-labah ketam menjadi sebati dengan warna tempat

tinggalnya, menjadikannya sukar dikesan. Labah-labah ini kemudian menunggu

kedatangan serangga dengan sabra. Apabila serangga menghampirinya, labah-

labah akan menerkam dan melumpuhkan mangsa dengan racunnya.

Terdapat dua jenis labah-labah iaitu labah-labah beracun dan labah-labah

penyelam.

Kelisera

Page 8: LABAH-LABAH

1.5.1 LABAH-LABAH BERACUN

Hampir semua labah-labah mempunyai racun. Kelenjar racun terletak di pangkal

kelisera dan menganjur ke dalam duktus yang mengalirkan racun ke bahagian

taring. Bisa racun bergantung kepada spesies labah-labah dan saiz mangsa yang

disuntik.

Hanya sebilangan kecil labah-labah yang berbahaya kepada manusia.

Kelisera kebanyakan labah-labah tidak cukup kuat untuk menembusi kulit manusia.

Tambahan pulak, racun kebanyakan spesies terlalu lemah untuk membahayakan

manusia. Sesetengah labah-labah sangat berbahaya, contohnya labah-labah black

widow. Walaupun labah-labah ini kecil, racunnya boleh menyebabkan maut ke atas

manusia. Labah-labah yang paling beracun dan agresif ialah labah-labah dari

Amerika Selatan. Labah-labah pisang paling ditakuti. Gigitannya boleh membunuh.

1.5.2 LABAH-LABAH PENYELAM

Labah-labah bernafas melalui dua jenis organ iaitu paru-paru buku atau trakea.

Namun begitu, terdapat beberapa spesies yang mempunyai kedua-duanya. Liang

pernafasan labah-labah terletak di bahagian bawah abdomen.

Kebanyakan labah-labah tinggal di atas tanah. Sesetengah spesies tinggal

berhampiran dengan air dan mampu berjalan di permukaan air. Dalam keadaan

berbahaya, labah-labah ini adakalanya menyelam dengan memegang tumbuhan air.

Satu daripada beberapa spesies akuatik yang sebenar ialah Argyroneta

Aquatica yang hidup, memburu makanan, dan membiak di dalam air. Namun begitu,

seperti labah-labah yang lain, labah-labah ini memerlukan udara untuk bernafas.

Labah-labah kecil ini merupakan penyelam handal dan membina tempat

perlindungan di dalam air. Laba-labah ini menenun sawang seperti kain sutera

halus, yang dilekatkannya pada tumbuhan air. Labah-labah ini kemudian mengisi

kain dengan udara untuk membentuk gelembung seperti loceng dengan liang

terbuka di bawahnya untuk membolehkan labah-labah keluar masuk. Apabila

bekalan udara habis, labah-labah air ini akan mengisinya semula. Apabila

meninggalkan gelembung loceng untuk berburu, labah-labah ini membawa bersama-

samanya gelembung udara yang dilekatkan di abdomennya. Ini membolehkannya

bernafas. Labah-labah air merupakan yang baik yang memakan ikan –ikan kecil.

Page 9: LABAH-LABAH

1.6 JURUBINA BAWAH TANAH

Sesetengah labah-labah mengorek lubang di dalam tanah. Rumah-rumah bawah

tanah ini mungkin mengandungi satu atau lebih terowong. Bentuk terowong ini

pelbagai dan bergantung kepada spesies labah-labah.

Labah-labah ini menghabiskan sebahagian besar daripada hidupnya di dalam

lubang. Dari semasa ke semasa labah-labah akan muncul ke permukaan tanah

untuk memburu mangsanya.

Hanya labah-labah jantan yang meninggalkan lubang untuk mencari

pasangan ketika musim pembiakan.

Labah-labah pintu kolong menggali lubang secara menegak dan melapisi

dindingnya dengan benang sutera. Labah-labah kemudiannya membina pintu yang

dipanggil operculum untuk menggaburi laluan masuk. Pintu ini melekap pada

bukaan terowong di satu bahagian. Ini membolehkan labah-labah membuka dan

menutupnya pada bila-bila masa.

Apabila serangga melalui tempat tinggalnya, labah-labah dengan segera

membuka pintu kolong itu untuk menagkap serangga tersebut. Jika terdapat

ancaman bahaya, labah-labah akan menutup pintunya meenjadikannya sukar

dikesan.

Sesetengah labah-labah cribellate tinggal di dalam lubang berlapiskan sutera,

tetapi tanpa pintu. Sebaliknya labah-labah ini membuat satu tiub sutera yang

meninggi di atas pintu masuk. Labah-labah melindungi tiub ini dengan debu dan

sampah tumbuhan.

Page 10: LABAH-LABAH

Labah-Labah Dalam Komuniti

1.7 HIDUP DALAM KOMUNITI

Labah-labah merupakan haiwan pemangsa. Oleh itu, bukanlah satu perkara yang

luar biasa untuk labah-labah menyerang sesama sendiri. Inila yang menyebabkan

kebanyakan labah-labah memilih untuk hidup bersendirian. Hanya pada peringkat

awal perkembangannya, labah-labah akan berkumpul bersama-sama. Namun

kemudian, labah-labah berpisah untuk berdikari.

Labah-labah yang suka bergaul dan hidup berkelompok juga wujud, tetapi

organisasinya tidak sempurna organisasinya tidak sempurna organisasi lebah atau

semut.

Sesetengah spesies saling bertoleransi antara satu sama lain. Walaupun

spesies ini hidup bersama, namun setiap seekor mempunyai sawang masing-

masing. Ada juga spesies yang bertindak lebih jauh, iaitu memburu mangsa dalam

kumpulan dan berkongsi tangkapan dengan semua ahli komuniti.

System bermasyarakat yang lebih kompleks pula melibatkan labah-labah yang

menghabiskan seluruh kehidupannya bersama-sama di dalam sebuah sawang yang

besar. Labah-labah ini membentuk koloni yang terbentuk daripada lebih daripada

seratus ekor labah-labah. Labah-labah ini melakukan apa-apa sahaja sebagai satu

kumpulan. Labah-labah ini memburu, makan, dan membiak bersama-sama, teteapi

masih bertelur di dalam pundi telur masing-masing.

Di benua Amerika terdapat pelbagai spesies yang kadang kala berkumpul

dalam kumpulan. Kehidupan bermasyarakat sangat berguna ketika mendapatkan

makanan.

Page 11: LABAH-LABAH

1.8 TABURAN DAN POPULASI LABAH-LABAH

Satu kajian telah menunjukan tentang taburan labah-labah wujud di semua

benua (kecuali Antartika, walaupun taburan labah-labah telah dilaporkan di sana)

dan pada ketinggian setinggi 5,000 meter (16400 kaki) di Himalaya. Banyak spesies

dijumpai di kawasan tropika berbanding di kawasan-kawasan beriklim sederhana.

Walaupun kebanyakan labah-labah adalah spesies daratan, tetapi juga mempunyai

spesies akuatik dan kehidupan di dalam air. Terdapat beberapa spesies yang tinggal

di kawasan pantai dan di permukaan air tawar atau garam.

Kebanyakan spesies labah-labah yang berbahaya didapati di seluruh benua.

Sydney Funnelwebs iaitu sejenis labah-labah yang berbahaya ditemui hanya dalam

lingkungan 160km Sydney. Pelbagai spesies lain Funnelweb, yang dianggap kurang

bahaya, dijumpai di sepanjang pantai timur dari tenggara Queensland ke pusat

bandar Victoria dan Tasmania timur.

Labah-labah Tetikus atau Mouse Spider yang agak serupa dengan Funnelwebs,

dijumpai di seluruh tanah besar, tetapi tidak di Tasmania.

TABURAN FUNNELWEB TABURAN MOUSE SPIDER

Page 12: LABAH-LABAH

Selain itu, labah-labah jenis Theraphosid Avicularia banyak didapati di

Trinidad. Kajian telah dijalankan selama 18 bulan di kawasan penduduk yang

mempunyai ladang kacang seluas 2.2 hektar di Tonka. Labah-labah ini hidup di

daun tumbuh-tumbuhan yang berkembang rendah. Kebanyakan labah-labah jantan

dan betina dewasa membuat sarang sutera pada ketinggian 1.5 meter dan 3 meter

pada batang pokok. Kepadatan penduduk berkait rapat dengan perubahan

keamatan cahaya pada waktu senja dan subuh seterusnya mempengaruhi populasi

spesies labah-labah ini.

Disamping itu, labah-labah jenis Tarantula dapat dijumpai di seluruh dunia

dan mampu hidup dalam kawasan tropika atau kering. Hutan hujan Amerika Selatan

merupakan tempat yang mempunyai jenis Tarantula yang banyak dan spesies yang

lain dapat dijumpai di Afrika, Asia dan India. Beberapa kawasan benua Australia

juga mempunyai sepsis Tarantula yang banyak.

Hampir semua daripada 30 spesis Tarantula yang dijumpai di Amerika Syarikat

terletak di habitat kering. Tarantula padang pasir dijumpai di Arizona, New Mexico,

California dan di negeri-negeri lain.

Tidak seperti labah-labah yang lain Tarantula tidak menggunakan benang

halus sebagai sarang. Sebaliknya Tarantula membuat sarang mereka dalam lubang

di dalam tanah, celah batu dan di pokok-pokok.

Page 13: LABAH-LABAH

1.9 FAKTOR KEPUPUSAN LABAH-LABAH

Pada masa kini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yang

berlandaskan teknologi dan kecanggihan cara hidup. Tetapi harga yang perlu

dibayar untuk mencapai semua itu adalah sangat tinggi. Pelbagai khazanah bumi

terpaksa di korbankan untuk memenuhi kehendak dan nafsu manusia masa kini.

Kealpaan manusia telah mengakibatkan angka flora dan fauna yang hampir pupus

semakin meningkat angkanya. Kepupusan flora dan fauna telah berada pada zon

berbahaya dan ia perlu diambil serius selagi kita mempunyai masa. Menurut Julian

Huxley (1948) kawasan terlindung dan spesies terancum boleh dilindungi dengan

paling berkesan jika orang tempatan menganggap perbuatan sedemikian sebagai

sesuatu yang memanfaatkan sendiri. Bekerjasama dengan orang tempatan,

berbanding dengan menentang mereka, merupakan prinsip kerja utama IUCN

Di sini kita ingin membincangkan tentang satu jenis serangga iaitu labah-

labah. Antara perkara yang ingin dibincangkan ialah tentang punca-punca

kepupusan , kesan-kesan kepupusan dan langkah-langkah yang dianggap sesuai

untuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan contoh-contoh yang diselitkan melibatkan

Negara kita sendiri iaitu Negara Malaysia.

Kepupusan labah-labah mempunyai hubung kait dengan alam sekitar. Labah-

labah berguna kepada alam sekitar kerana labah-labah mengawal pembiakan

serangga perosak tanaman. Sebagai contoh belalang merupakan salah satu

daripada makanan labah-labah. Pembiakan belalang yang banyak boleh

menyebabkan kesan buruk kepada hasil tanaman. Jadi pengawalan pembiakan

belalang dengan menjadi bahan makanan kepada labah-labah dapat mengurangkan

kadar kepupusan tanaman tersebut.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepda kepupusan labah-

labah sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Diantara punca-

puncanya adalah pembalakan haram yang merupakan salah satu punca utama

kepupusan labah-labah. Pembalak-pembalak haram giat menjalankan pembalakan

secara terbuka di kawasan yang tidak sepatutnya ditebang dan menyebabkan

habitat labah-labah ini terjejas. Kerajaan perlu memainkan peranan utama dalam

memperketatkan undang-undang tentang pembalakan dan pemburuan haram. Pihak

berkuasa perlu sentiasa peka dengan setiap pergerakan yang dilakukan oleh

Page 14: LABAH-LABAH

pembalak dan pemburu haram kerana kewujudan mereka bakal menghancurkan

flora dan fauna seterusnya mengancam habitat labah-labah

Pembakaran hutan juga adalah salah satu punca penyebab kemusnahan

habitat tersebut. Perkara ini juga dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang

dilakukan secara terbuka. Hal ini akan menyebabkan habitat kehilangan tempat

tinggal. Perkembangan arus permodenan menyebabkan banyak pembangunan

berlaku di atas bumi. Untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi, banyak

kawasan baru yang diterokai untuk membina penempatan baru, dijadikan kawasan

pertanian dan perindustrian

Selain itu, keunikan serangga ini juga adalah antara faktor kepupusan

serangga tersebut. Sebagai contoh di Bukit Fraser, Tarantula yang merupakan salah

satu daripada spesies labah-labah mempunyai habitat yang banyak di situ. Tarantula

merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancong yang datang ke Bukit

Fraser. Namun akhir-akhir ini, Tarantula telah dilabelkan sebagai spesies yang

semakin terancam dan bakal hilang dari tanah tinggi itu akibat kekurangan perhatian

dan sifat kejam manusia. Kini lubang yang menjadi sarang kepada Tarantula

musnah akibat kerakusan manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri di mana

ada yang cuba mengambil haiwan ini untuk dipelihara serta dijual kepada peminat

spesies itu. Di Jepun misalnya setiap tarantula berharga RM228 seekor untuk

dijadikan binatang peliharaan disebabkan keunikan habitat ini seperti mempunyai

kaki atas yang berwarna keemasan dan kaki bawah berwarna biru gelap.

Perubahan suhu juga mengakibatkan kepupusan serangga ini. Perubahan

suhu dunia semakin meningkat dari hari ke hari yang menunjukkan bahawa lapisan

ozon semakin menipis. Tidak semua labah-labah mampu bertahan dengan suhu

yang panas membahang. Apabila hutan mengalami kepanasan yang melampau iaitu

mengalami kepanasan global, serangga-serangga lain juga turut merasainya.

Labah-labah memerlukan suhu yang sesuai untuk hidup. Sebagai contoh salah

seekor daripada spesies labah-labah iaitu Tarantula memerlukan suhu yang sesuai

untuk hidup iaitu pada suhu antara 16 hingga 22 darjah selsius.

Kewujudan sistem pengurusan hutan boleh menjamin dan melindungi spesies

labah-labah yang kian terancam seperti menjalankan penanaman semula contohnya

Page 15: LABAH-LABAH

menanam semula tumbu-tumbuhan atau pokok yang menjadi habitat kepada labah-

labah yang telah ditebang bagi menggantikannya. Selain itu, dengan menghadkan

kapasiti hutan untuk mengelakkan tumbuhan dan pokok-pokok ditebang.Dengan

mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan sebagai Taman Negara, taman rekreasi,

taman laut dan sebagainya dengan keluasan mencukupi, serta memperbanyakan

kawasan-kawasan pemeliharaan labah-labah agar spesies labah-labah dapat

dipelihara.

Page 16: LABAH-LABAH

2.0 USAHA-USAHA KONSERVASI

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada

kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber

semulajadi di muka bumi ini. Tuhan telah mencipta alam ini seimbang untuk

kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-

gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan

ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan

di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa

dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga

sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya

alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting

dalam kehidupan manusia.  Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam

sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi

kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia

itu sendiri.

Dalam usaha mengurus kualiti udara pihak berkuasa perlulah memastikan

kualiti udara sentiasa di tahap baik seperti yang ditunjuk oleh Indeks pencermaran

Udara (API). Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah tempat di negara kita

tidak dapat mencapai Indeks Pencermaran Udara (API), seperti negeri Pulau Pinang

dan juga negeri Selangor yang mempunyai kawasan perindustrian yang banyak dan

juga bilangan penduduk yang banyak turut menambah teruk udara di negeri

tersebut. Selain daripada pembebasan karbon monoksida yang dibebaskan

daripada kilang, pengangkutan juga merupakan penyumbang kepada pelepasan

karbon monoksida yang banyak. Selain daripada membebaskan karbon monoksida,

ia juga menyebabkan habuk yang banyak. Habuk yang banyak akan menjadikan

satu lapisan udara yang menghalang air di permukaan bumi daripada mengewap.

Keadaan ini akan menyebabkan kawasan tersebut mengalami musim kemarau.

Selain itu , karbon monoksida juga akan menyebabkan hujan asid.

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah

ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini

Page 17: LABAH-LABAH

kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam

sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di

kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di

Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan

penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh

penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan

Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Penanaman pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke

semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana

persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu

persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan

pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanasan

global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran.

Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat

membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah

dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Seperti yang diperkatakan oleh Zaini Bin Ujang, Naib Canselor, Universiti

Teknologi Malaysia,(2009) apabila disebut alam sekitar kita tidak lari dari

memperkatakan tentang udara, habitat dan air. Kualiti air juga merupakan satu

cabaran yang sengit kepada kerajaan negara kita dan juga para sukarelawan untuk

melindungi alam sekitar. Disebabkan dengan pembekal yang tidak

bertanggungjawab telah menyebabkan kualiti air di negara kita semakin serius. Demi

untuk mencapai keuntungan yang tinggi, pembekal enggan membina loji penapisan

sisa yang akan dialir keluar dari kilang tersebut. Tindakan ini sudah tentu akan

menambah teruk lagi kualiti air.

Selain daripada, sisa-sisa yang dialir keluar dari kilang, para petani juga perlu

bertanggungjawab keatas pencermaran tersebut. Disebabkan ramai petani telah

menggunakan racun serangga yang mengandungi bahan kimia pekat. Bahan kimia

ini akan mengalir ke dalam longkang setelah digunakan oleh para petani.

Disamping itu, pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM)

haruslah dipergiat untuk menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah.

Usaha haruslah ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai tercemar

Akhir sekali antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi atau

mengawal masalah ini ialah dengan mengadakan seminar-seminar kesedaran untuk

Page 18: LABAH-LABAH

orang ramai tentang masalah kepupusan dan kesannya kepada orang ramai. Kanak-

kanak harus diajar di sekolah dan juga di rumah supaya menghargai alam sekitar

dan flora serta fauna.

Page 19: LABAH-LABAH

BIBLIOGRAFI

INTERNET

http://www.americanarachnology.org/JoA_free/JoA_v18_n2/JoA_v18_p181.pdf

Diakses pada 6 Ogos 2012.

http://www.spidersworlds.com/ Diakses pada 6 Ogos 2012.

http://bmg36.blogspot.com/2010/10/pemeliharaan-dan-pemuliharaan-alam_04.html

Diakses pada 6 Ogos 2012.

http://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/17/kesan-pembuangan-toksik-

menyebabkan-pencemaran-alam-sekitar/ Diakses pada 7 Ogos 2012

http://www.jstor.org/discover/10.2307/2389113?

uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21101128756561 Diakses pada 9 Ogos 2012

http://www.hannesmitchell.co.za/communitynest7. Diakses pada 9 Ogos 2012

BUKU

Maria Angels Julivert (1996). Dunia Haiwan Yang Menakjubkan:

LabahLabah. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Ralph Whitlock (1980) . Spider. Wayland Publisher Ltd.

Ford, P.M. (1981), Life And Nature. Wayland Publisher Ltd.

Prof Dato’ Ir. Dr. Zaini Bin Ujang. (2009). Pencemaran. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.

Julian Huxley (1948), UNESCO: Its Purpose and Philosophy: Facsimiles of English and French Editions of This Visionary Policy Document. Euston Grove Pr.