No Pekeliling 018/2016 Tarikh 22 Januari 2016 Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam (Bar Council Professional Standards and Development Committee) bersama-sama dengan Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam (Bar Council Criminal Law Committee) akan menganjurkan kursus bertajuk “Pengenalan kepada Kanun Tatacara Jenayah” pada 5 Februari 2016. Antara tajuk utama yang akan dibincangkan ialah: (1) Pengenalan kepada Kanun Tatacara Jenayah (2) Seksyen 28A dan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (3) Proses pertuduhan sehingga peringkat jaminan mahkamah menunggu perbicaraan (4) Pengurusan kes / sidang pra-bicara (5) Perihal dokumen Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah Pengakuan salah tertuduh Mitigasi / runding cara hukuman Hukuman dan rayuan ke Mahkamah Tinggi Representasi guaman kepada Timbalan Pendakwaraya Kuasa mahkamah untuk memindahkan kes ke bidang kuasa lebih tinggi Sabitan dan hukuman Permohonan penggantungan pelaksanaan dan bon jaminan menunggu rayuan dilupuskan (6) Perbicaraan mahkamah terbuka Soal awal / soal balas Hujahan di akhir setiap peringkat kes (7) Rayuan ke Mahkamah Tinggi / Mahkamah Rayuan Tempoh masa memfailkan notis rayuan Penerimaan alasan penghakiman dan nota keterangan Seksyen 307 Kanun Tatacara Jenayah Pemfailan petisyen rayuan dalam tempoh masa yang ditetapkan Pemfailan hujahan serta ikatan otoriti Permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret (8) Isu-isu perundangan yang lain Penceramah Salim Bashir Bhaskaran adalah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam dan Pengerusi Jawatankuasa Bar Selangor. Dikeluarkan oleh: Richard Wee Thiam Seng, Pengerusi, Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam; Salim Bashir Bhaskaran dan V Sithambaram, Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam; dan Mustafa Mohamad, Pengerusi, Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional, Jawatankuasa Bar Melaka 5 Februari 2016 (Jumaat) 3:00 petang hingga 5:30 petang Bilik Mesyuarat, Aras 9 UTC Jalan Tan Chay Yan 75300 Melaka Kursus 2 mata CPD Pengenalan kepada Kanun Tatacara Jenayah Beliau juga merupakan penilai semasa kertas Kanun Tatacara Jenayah bagi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (Legal Profession Qualifying Board, ”LPQB”). Beliau juga adalah pensyarah undang-undang sambilan di Universiti Teknologi MARA (“UiTM”), Shah Alam. Segala pembayaran, termasuk semua caj bank, mesti dibuat terlebih dahulu. Pendaftaran akan disahkan apabila bukti pembayaran dihantar melalui e-mel atau faks, dan bayaran penuh diterima. Tempat adalah terhad dan pendaftaran adalah berdasarkan “yang dulu didahulukan” . Untuk mendaftar, sila lengkapkan dan serahkan borang pendaftaran ini pada / sebelum 2 Februari 2016 (Selasa). Pembatalan perlu dilakukan secara bertulis. Pihak penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan atau menunda acara ini, sekiranya timbul keadaan yang memerlukan tindakan sedemikian dilaksanakan. Mata untuk Skim Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, “CPD”) tidak akan diberikan kepada Ahli-Ahli Bar dan pelatih dalam kamar yang tiba lewat selepas 15 minit, atau meninggalkan acara ini sebelum ia tamat. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, dan penghantaran borang pendaftaran yang lengkap diisi, sila hubungi: Jawatankuasa Bar Melaka Kennies Cheong Tel: 06-284 5519 / 283 3396 Fax: 06-283 0755 Emel: [email protected] Sila ambil perhatian bahawa pembekalan barangan dan perkhidmatan tertentu yang dilakukan, mungkin tertakluk kepada GST dan pihak kami dikehendaki untuk mengenakan GST ke atas barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai bermula 1 April 2015. Sila maklum bahawa pihak kami berhak untuk melaksanakan apa-apa perubahan yang perlu kepada dasar kami ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan atau barangan dan perkhidmatan yang diterima daripada pihak pembekal. Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam 15 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur Tel: 03-2050 2050 Yuran pendaftaran Ahli-Ahli Bar Malaysia (Bar Melaka) Pada/sebelum 29 Jan 2016 RM26.50 Selepas 29 Jan 2016 RM42.40 Selepas 2 Feb 2016 RM63.60 (tertakluk kepada ada tidaknya tempat kosong) Pelatih dalam Kamar (Bar Melaka) Percuma Ahli-Ahli Bar Malaysia (bukan ahli Bar Melaka) RM63.60 Yuran termasuk 6% GST Kod CPD: T3/05022016/BC/MLK164071/2 Kursus ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Pendaftaran bermula pada jam 2:30 petang