960827-01-5584960827-01-5584TAJUK : PERSEPSI TERHADAP AMALAN
PERKAHWINANTRADISIONAL MASYARAKAT CINA DI TAMAN
DELIMA,KLUANG,JOHOR.
ABSTRAK
Tajuk kerja kursus Pengajian Am ini adalah Persepsi Terhadap
Amalan Perkahwinan Tradisional Masyarakat Cina di Taman Delima,
Kluang, Johor. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian.
Objektifnya adalah untuk mengenal pasti amalan adat perkahwinan
tradisional dalam masyarakat Cina dan untuk mengkaji faktor-faktor
amalan adat perkahwinan tradisional semakin kurang diamalkan dalam
masyarakat Cina. Kajian ini diadakan di Taman Delima, Kluang,
Johor. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen
kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Sampel
kajian ialah 30 responden dan 2 informan yang merupakan penduduk
Taman Delima iaitu Puan Ng Kim Moi dan Cik Jemie Lim bagi mencapai
objektif pengkaji. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penduduk
tersebut berpendapat bahawa amalan perkahwinan tradisional yang
semakin kurang diamalkan akan pupus adatnya pada suatu hari. Kajian
ini merumuskan bahawa langkah untuk meneruskan amalan perkahwinan
tradisional adalah dengan mengutamakan adat perkahwinan tradisional
ini semasa majlis perkahwinan dijalankan. Oleh itu, kita haruslah
mengamalkan amalan perkahwinan tradisional ini agar amalan ini
tidak pupus pada masa akan datang.
iISI KANDUNGAN
TajukHalamanABSTRAKiISI KANDUNGANiiSENARAI PETAiiiSENARAI
RAJAHiiiSENARAI JADUALiiiSENARAI
FOTOiiiPENGHARGAANvi1.0PENGENALAN1-21.1DEFINISI TAJUK2-31.2RASIONAL
KAJIAN3-41.3RUMUSAN 42.0OBJEKTIF KAJIAN 53.0LOKASI KAJIAN
63.1DAERAH KLUANG 63.2SEJARAH KLUANG 73.3TAMAN
DELIMA7-94.0METODOLOGI KAJIAN 104.1PERSAMPELAN 104.2PENGUMPULAN
DATA10-124.3TEKNIK PENGANALISAAN DATA12-135.0DAPATAN DAN
PERBINCANGAN 145.1DEMOGRAFI RESPONDEN14-165.2ANALISIS MATRIK
KAJIAN17-276.0RUMUSAN28-30RUJUKAN31-32
iiPENGHARGAAN
Saya Lim Wei Qi dariTingkatan 6 PU2K1
inginmengucapkanjutaanterimakasihkepadapengetuaSekolahTinggiKluang,
Tuan Haji Rozali bin Jemaliataskebenaranmenjalankankerjakursus ini.
Pada masa yang samaucapanterimakasihdiberikankepada GPK Pra-U, Tuan
Haji Baharudinatasbantuanbeliaukepadasemuapelajar Pra-U.
Saya
jugamengambilkesempatanmengucapkanjutaanterimakasihkepadaPuanSalbiahbintiMohdNor,
guru Pengajian Am saya atas tunjuk ajar beliau dalam membantu saya
dalam menyiapkan kerja kursus ini
Selain itu, saya juga ingin
mengucapkanribuanterimakasihkepadabapasaya Lim Wah Chai danibusaya
Chong Mee Yong keranabanyakmembantusaya dalam kerja kursus ini.Saya
juga ingin bersyukur atas bantuan daripada rakan-rakan saya
yangturut memberi info kepada saya dalam menghasilkan kerja kursus
ini.
Seterusnya, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima
kasih kepada pihak-pihak yang memberi kerjasama kepada saya dan
juga pihak yang sudi meluangkan masa untuk disoal selidik dan
ditemu bual.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
.(LIM WEI QI)viSENARAI PETAHalaman1. Peta Daerah Kluang62. Peta
Taman Delima, Kluang8
SENARAI RAJAHRajah 1: Jantina Responden14Rajah 2: Umur
Responden15Rajah 3: Jenis Pekerjaan Responden16Rajah 4: Peratusan
Responden dari Aspek Tatacara18Rajah 5: Peratusan Responden dari
Aspek Pakaian21Rajah 6: Peratusan Responden dari Aspek Jangka
Masa24Rajah 7: Peratusan Responden dari Aspek Persekitaran26
SENARAI JADUALJadual 1: Jantina Responden14Jadual 2: Umur
Responden15Jadual 3: Jenis Pekerjaan Responden16Jadual 4: Peratusan
Responden dari Aspek Tatacata18Jadual 5: Peratusan Responden dari
Aspek Pakaian21Jadual 6: Peratusan Responden dari Aspek Jangka
Masa23 - 24Jadual 7: Peratusan Responden dari Aspek Persekitaran25
- 26
SENARAI FOTOFoto 1: Rumah Teres Taman Delima8Foto 2: Papan Tanda
Taman Delima9Foto 3: Pasangan pengantin bersama dengan pengkaji dan
ibunya17Foto 4: Adat minum teh dijalankan oleh pasangan
pengantin20Foto 5: Pakaian perkahwinan pengantin wanita berwarna
cerah23Foto 6: Pengantin perempuan berpakaian perkahwinan
Barat27
iii
1.0PENGENALAN
Menurut laman web rasmi Jabatan Warisan Negara, adat adalah
aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan
dan situasi sesuatu masyarakat itu.Ringkasnya, adat adalah
peraturan hidup sehari-hari. Adat merupakan gagasan kebudayaan yang
terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan,
kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah.
Secara umumnya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang
dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat;
dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Adat
dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari
generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan.
Menurut Abdul Rahman Al-Ahmadi (2004), sebagai sebuah negara
yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan beraneka kebudayaan serta
mengamalkan bermacam-macam adat resam. Namun dalam perbezaan itu
ada bersirat nilai dan norma yang sama teristimewa dalam nilai yang
bersifat sejagat. Kebudayaan dan adat resam masyarakat Malaysia
dapat dikaji dari pelbagai amalan yang diamalkan dalam hidup
sehari-hari, dalam perlakuan masyarakat, dalam pergaulan pelbagai
kaum dan dalam kehidupan sendiri.
Oleh itu, salah satu adat yang boleh dikaji dengan lebih
terperinci ialah adat masyarakat Cina.Masyarakat Cina mempunyai
adat resam atau pantang larang yang agak unik.Kehidupan seharian
mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.Dalam pelbagai
perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar
rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam
dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut
kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang
diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina
secara keseluruhannya.
Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan
kelangsungan sesebuah masyarakat. Orang Cina melihat proses
perkahwinan sebagai satu saluran untuk mendapatkan zuriat dan
meneruskan keturunan mereka bagi memastikan warisan nenek moyang
dapat diteruskan dari satu generasi ke generasi.Segala upacara
perkahwinan akan diatur dan diuruskan oleh ibu bapa atau mereka
yang lebih tua supaya segala pantang larang tidak terlanggar.Majlis
perkahwinan orang Cina adalah acara yang menggambarkan status dan
kedudukan sesuatu keluarga dari segi kekayaan. Oleh itu, tidak
hairanlah perkahwinan orang Cina akan menelan belanja dan kos yang
mahal. Upacara perkahwinan akan dibuat secara besar-besaran bagi
memberi muka kepada bagi kedua-dua belah pihak. (Amalina Amalin
(2008) )
Perkahwinan orang Cina yang masih diamalkan lazim melibatkan
enam peringkat. Adat Cina memulakannya dengan persediaan sebelum
perkahwinan, iaitu melibatkan proses merisik, meminang, bertunang,
menghantar tanda dan memberikan mas kahwin, memulangkan tanda
daripada pihak pengantin perempuan, menyediakan bilik tidur
pengantin diikuti hantaran kahwin oleh ibu pengantin perempuan,
menyikat rambut serta mengadakan jamuan di sebelah pengantin
perempuan.
Oleh itu, masyarakat harus mengenali adat mereka sendiri agar
tidak pupus pada kelak hari nanti. Justeru, kajian ini dijalankan
oleh pengkaji untuk membuat kajian tentang persepsi terhadap
perkahwinan tradisional masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang,
Johor.
1.1DEFINISI TAJUK
1.1.1DEFINISI PERSEPSI Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(2002:1025), persepsi ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau
fikiran tentang sesuatu.
1.1.2DEFINISI TERHADAP Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007:496), terhadap bermaksud berkenaan, mengenai, atau
tentang.
1.1.3 DEFINISI PERKAHWINAN Menurut Kamus Dewan Edisi Pertama
(1970:645), perkahwinan ialah pergabungan atau penyatuan dua unsur
atau manusia dan lain-lain yang berlainan.
1.1.4DEFINISI TRADISIONAL Menurut Kamus Dewan Edisi Pertama
(1970:1737), tradisional bermaksud bercorak atau mengikut tradisi
yang kekal turun-temurun.
1.1.5DEFINISI MASYARAKATMenurut Kamus Dewan Edisi Pertama
(1970:999), masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
1.1.6DEFINISI CINAMenurut Kamus Dewan Edisi Pertama (1970:281),
Cina ialah satu bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari Negara
China.
1.1.7 SEJARAH TAMAN DELIMA
Menurut Puan Choi Siew Eng , salah satu penduduk yang lama
tinggal di Taman Delima, taman ini asalanya adalah ladang getah
yang telah dijual kepada pemaju Majupadu Sdn. Bhd. pada tahun 1988.
Taman ini terbahagi kepada dua fasa.Fasa pertama dibangunkan pada
tahun 2008 dan penduduknya berjumlah hampir 3800 orang. Pada tahun
2012 pula fasa kedua pula dimajukan dan penduduknya mencecah jumlah
melebihi 350 orang.1.2RASIONAL KAJIAN
Rasional untuk membuat kajian ini adalah kerana pengkaji
mendapati bahawa amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina
semakin kurang diamalkan.Pada zaman sekarang.Pengkaji juga
mendapati bahawa generasi muda tidak mengenali amalan masyarakat
sendiri.
Masyarakat harus mempertahankan warisan adat perkahwinan
tradisional masyarakat mereka.Oleh yang demikian, pengkaji ingin
memberikan kesedaran kepada masyarakat Cina tentang adat-adat
mereka sendiri. Dengan ini,amalan perkahwinan tradisional masyrakat
Cina tidak akan pupus pada kelak nanti.
1.3RUMUSAN
Kesimpulannya, kajian persepsi terhadap perkahwinan tradisional
masyarakat Cina di Taman Delima,Kluang,Johor ialah gambaran dalam
fikiran orang atau masyarakat berkenaan cara untuk meneruskan
amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina. Tindakan dan cara
yang baik wajar diambil oleh semua pihak agar adat resam ini tidak
akan pupus dalam kalangan generasi akan datang.
2.0OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif kajian dalam menjalankan kajian ini dan
kajian yang dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah
disusun :i) Mengenal pasti amalan adat perkahwinan tradisional
dalam masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor.ii) Mengkaji
faktor-faktor amalan adat perkahwinan tradisional semakin kurang
diamalkan dalam masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor.
3.0 LOKASI KAJIANDalam menjalankan kajian ini, lokasi kajian
adalah sangat penting. Kawasan kajian ini terletak di Taman Delima,
Kluang, Johor.3.1Daerah KluangMenurut laman web rasmi Majlis
Perbandaran Kluang (2014), kedudukan Kluang berada di tengah-tengah
negeri Johor Darul Tazim,dikelilingi oleh semua daerah kecuali
daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 28518.8 kilometer
persegi. Jalan raya dan kereta apimerupakan cara Kluang menghubungi
bandar-bandar lain.Tahun bersejarah bagi Kluang ialah 1915.Pada
tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan
tengah Johor.Perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang
dengan bandar-bandar utama lain telah dibina pada tahun yang sama
juga. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an
dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama. Pada 1920
Lembaga bandaran kluanh dibuka seterusnya dinaik tafar kepada
Majlis Bandaran Kluang pada tahun 1957.Pada 1977 bertukar kepada
Majlis Daerah kluang Utara dan seterusnya diisytiharkan sebagai
Majlis Perbandaran kluang pada 8 Mei 2001 hingga hari ini.
..Peta 1 : Peta Daerah KluangSumber : Google Maps 2015
3.2SEJARAH KLUANGMenurut Shaharom Hussain (1995) nama Kluang
berasal daripada nama binatang, iaitu kluang ataupunMalayan Flying
Fox(Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejeniskelawaryang
terbesar didunia.Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kampung
Kluang telah wujud sebelum tahun1910berdekatan bandar Kluang ini.
Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh
penebanganhutandi tengah-tengah Johor bagi tujuan membina jalan
kereta api dan juga penempatan di Kluang.Pada tahun 1915, ramai
orang Cina ke Kluang pada masa Jabatan Kerja Raya membuka depoh di
sana. Tidak lama kemudian, satu rancangan membina jalan raya dari
Kluang ke Renggam, Mersing, Air Hitam dan Batu Pahat dimulakan oleh
Jabatan Kerja Raya.Selepas itu, pejabat tanah dibuka dengan sebab
tanah yang masih banyak kosong itu hendak dibuka kepada orang
ramai.Kebanyakan estet getah di persekitaran Kluang dibuka oleh
orang Cina dan estet-estet itu bercampur dengan tanaman ubi
kayu.
Kemudian firma-firma Eropah membeli estet-estet tersebut.Wang
penjualan estet-estet itu ditanam modalkan buat harta di Kluang dan
persekitarannya seperti membuat rumah-rumah kedai menjual
barang-barang dapur untuk catuan estet-estet itu.Selepas itu,
Kluang semakin dibuka dan dimajukan oleh Majlis Perbandaran
Kluang.Kini, penduduk Kluang mencecah lebih daripada 350 000
orang.
3.3TAMAN DELIMAMenurut Puan Choi Siew Eng, salah satu penduduk
yang lama tinggaldi Taman Delima, taman ini asalnya adalah ladang
getah yang telah dijual kepada pemaju Majupadu Sdn. Bhd. pada tahun
1988. Taman ini terbahagi kepada dua fasa.Fasa pertama dibangunkan
pada tahun 2008 dan penduduknya berjumlah lebih kurang 3800
orang.Pada tahun 2012 pula fasa kedua dimajukan dan penduduknya
mencecah jumlah melebihi 350 orang.Taman Delima berada di antara
Taman Intan dan Taman Sunrise.Taman Delima juga berdekatan dengan
Taman Muhibbah.
Peta 2 : Taman Delima, KluangSumber : Google Maps 2015
Foto 1 : Rumah teres Taman DelimaSumber : Kerja Lapangan
2015
Foto 2 : Papan Tanda Taman DelimaSumber : Kerja Lapangan
2015
4.0METODOLOGI KAJIAN
Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk
menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian.Reka bentuk
kajian dalam penyelidik ini adalah menggunakan kaedah persampelan
rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk
mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan
objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrumen
borang soal selidik yang mana ia mudah mendapatkan kerjasama
daripada responden.
4.1PERSAMPELAN
Kajian ini menggunakan persampelan bukan probabiliti iaitu
teknik persampelan bertujuan iaitu untuk menjawab objektif yang
diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah dipilih
untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada
penduduk Taman Delima yang mempunyai peringkat umur antara 16
hingga 20 tahun, 21 hingga 30 tahun, 31 hingga 40 tahun, 41 hingga
50 tahun dan 50 tahun ke atas. Pemilihan responden adalah
berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang
soal selidik.Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses
pemilihan responden adalah mereka seharusnya penduduk yang tinggal
berdekatan dengan kawasan kajian iaitu seluruh Taman Delima. Selain
itu, mereka haruslah berbangsa Cina. Hal ini kerana, kajian ini
mengkaji tentang adat resam masyarakat Cina di mana orang Cina akan
lebih mengenalinya. Seterusnya, responden haruslah berumur 16 tahun
dan ke atas, kerana pada usia tersebut mereka boleh membuat
keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
4.2PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah
menggunakan kaji selidik, temu bual dan pemerhatian.Soalan kaji
selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi terhadap amalan
perkahwinan tradisional masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang,
Johor.
4.2.1DATA SEKUNDERData sekunder diperoleh dari perpustakaan
sekolah dan awam . Data-data penting termasuklah buku-buku,
majalah, keratan akhbar, kamus dewan dan bahan ilmiah yang lain.
Selain itu, peta dan gambar rajah melalui internet, iaitu laman web
Google dan laman web rasmi Majlis Perbandaran Kluang.
4.2.2DATA PRIMERKaedah soal selidik dan temu bual bersemuka
dilakukan dengan penduduk Taman Delima.Temu bual dilakukan dengan
salah satu penduduk yamg lama tinggal di Taman Delima.Selain itu,
kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan
perkahwinan tradisional yang berlaku di Taman Delima.
4.2.2.1BORANG SOAL SELIDIKSoal selidik adalah kaedah utama dalam
pengumpulan data kerana berhubung terus dengan kumpulan
sasaran.Penggunaan borang selidik perlu melalui strategi mereka
bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku
bias.Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang digunakan
oleh para pengkaji untuk mendapatkan sumber primer.Borang soal
selidik ini bersesuaian mengikut objektif kajian yang telah
ditetapkan supaya soalan tidak akan menyimpang jauh dari sasaran.
Bahasa yang digunakan dengan bahasa yang mudah difahami oleh semua
golongan responden dan responden dapat memberi jawapan yang tepat.
Borang ini diberi secara rawak kepada responden.Borang soal selidik
ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka.Penggunaan soal selidik
tertutup adalah untuk memperoleh jawapan yang berbeza-beza agar
dapat membandingkan dan menganalisis dengan lebih mudah. Bagi soal
selidik terbuka pula,tujuannya adalah untuk memudahkan responden
bebas memberikan pelbagai bentuk jawapan atau pendapat yang mereka
rasa bersesuaian dengan tema.4.2.2.2TEMU BUALKaedah ini melibatkan
dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.Kaedah secara
formal melibatkan individu yang mempunyai pangkat dalam sesebuah
kelompok masyarakat.Temu bual ini menyentuh mengenai maklumat yang
berkaitan dengan tajuk kerja kursus.Contohnya, perjalanan temu bual
antara calon dengan penduduk Taman Delima Puan Ng Kim Moi dan Cik
Jemie Lim untuk mengkaji persepsi terhadap amalan perkahwinan
tradisional masyarakat Cina pada 3 Februari 2015 jam 4 petang iaitu
hari Selasa. Manakala temua bual secara tidak formal pula
berdasarkan temu bual dengan prang persendirian, iaitu dengan
penduduk Taman Delima, Puan Choi Siew Eng mengenai sejarah taman.
Kandungan temu bual ini boleh direkod dalam bentuk skrip sebagai
rujukan.
4.2.2.3PEMERHATIANKaedah pemerhatian adalah kaedah yang
merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau
pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual.Kaedah ini telah
digunakan semasa menghadiri majlis perkahwinan penduduk Taman
Delima pada 7 dan 8 Februari iaitu Sabtu dan Ahad.Kaedah ini
bertujuan untuk memerhatikan amalan perkahwinana masyarakat Cina
bagi lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak dipaparkan
oleh responden.Dalam kajian pemerhatian saya, pengantin lelaki dan
perempuan telah mengikut adat-adat perkahwinan tradisional
masyarakat Cina seperti berpakaian cerah dan adat minum teh.Mereka
telah mengamalkan amalan perkahwinan tradisional yang
sepatutnya.
4.3TEKNIK PENGANALISAAN DATA
Data dianalisis dengan menggunakan kaedah diskriptif dalam
bentuk peratusan, min dan juga kekerapan.Analisis data dilakukan
apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan
kepada responden.Tahap analisis dicapai apabila data yang
diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada
angka.Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisi dipersembahkan
dalam bentuk jadual.
Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat
digunakan dalam menilai pandangan penduduk terhadap amalan
perkahwinan tradisional masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang,
Johor. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka
menggunakan Skala Likert, di mana angka 5 mewakili sangat setuju, 4
mewakili setuju, 3 mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak setuju
dan 1 mewakili sangat tidak setuju.
5.0DAPATAN DAN PERBINCANGANBahagian ini membincangkan analisis
data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan
daripada soal selidik yang telah diisi oleh 30 responden penduduk
Taman Delima secara rawak.Data yang telah dimasukkan telah diproses
bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, taburan
kekerapan dan purata.
5.1DEMOGRAFI RESPONDEN5.1.1 JANTINAJantinaBilangan
OrangPeratusan %
Lelaki1240
Perempuan1860
Jumlah30100
Jadual 1 : Jantina RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015
Rajah 1 : Jantina RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015
Rajah 1 di atas menunjukkan jantina 30 orang responden di Taman
Delima. 12 orang atau 40% adalah lelaki manakala 18 orang atau60%
adalah perempuan.
5.1.2UMURUmurBilangan OrangPeratusan %
16 hingga 20 tahun723.3
21 hingga 30 tahun723.3
31 hingga 40 tahun516.7
41 hingga 50 tahun620.0
Lebih 51 tahun516.7
Jumlah30100
Jadual 2 : Umur RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015
Rajah 2 : Umur RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015
Rajah 2 di atas menunjukkan umur 30 orang responden di Taman
Delima.Jumlah bagi 16 hingga 20 tahun dan 21 hingga 30 tahun adalah
sama iaitu 7 orang iaitu 23.3%. Jumlah orang 31 tahun hingga 40
tahun ialah 5 orang iaitu 16.7%. Manakala, 6 orang atau 20% adalah
41 tahun hingga 50 tahun dan 5 orang iaitu 16.7% bagi lebih 51
tahun.
5.1.3PEKERJAANPekerjaanBilangan OrangPeratusan %
Pelajar Sekolah723.3
Pekerja Swasta1033.3
Pekerja Kerajaan620
Lain-lain723.3
Jumlah30100
Jadual 3 : Jenis Pekerjaan RespondenSumber : Kajian Lapangan
2015
Rajah 3 :Jenis Pekerjaan RespondenSumber : Kajian Lapangan
2015
Rajah 3 menunjukkan jenis pekerjaan 30 responden di Taman
Delima. Jumlah bagi pelajar sekolah dan lain-lain adalah sama iaitu
7 orang atau 23.3%. 10 orang atau 33.3% merupakan pekerja swasta
manakala 6 orang atau 20% merupakan pekerja kerajaan.
5.2ANALISIS MATRIK KAJIAN
Untuk mengetahui sama ada kajian ini bertepatan dengan objektif
pertama, iaitu mengenal pasti amalan adat perkahwinan tradisional
dalam masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor, penulis telah
melakukan soal selidik 5 skala likert iaitu, sangat tidak setuju,
tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju kepada 30
responden secara rawak.
Foto 3 : Pasangan pengantin bersama dengan pengkaji dan
ibunya.Sumber : Kerja Lapangan 2015
5.2.1MENGENAL PASTI AMALAN ADAT PERKAHWINAN TRADISIONAL
5.2.1.1PANDANGAN DARI ASPEK TATACARADimensiSangat Tidak SetujuTidak
SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju
Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%
Upacara minum teh wajib dijalankan sebagai lambang penerimaan
pasangan pengantin0026.7413.31653.38
26.7
Pemilihan tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan pemilihan
Kalendar Cina wajar dijalankan00516.7826.79308
26.7
Pengantin lelaki harus membuat hantaran mas kahwin yang cukup
kepada pengantin perempuan0026.711
36.71136.76
20
Perkahwinan perlu ditangguhkan selama 100 hari sekiranya berlaku
kematian dalam keluarga00310723.31343.37
23.3
Jadual 4 :Peratusan Responden Dari Aspek TatacaraSumber : Kajian
Lapangan 2015
Rajah 4 : Peratusan Responden Dari Aspek TatacaraSumber : Kajian
Lapangan 2015
5.2.1.1.1 KAEDAH SOAL SELIDIKRajah 4 di atas menunjukkan
peratusan pandangan penduduk Taman Delima terhadap amalan
perkahwinan tradisional masyarakat Cina dari aspek tatacara.8 orang
atau 26.7% sangat setuju bahawa upacara minum teh wajib dijalankan
sebagai lambang penerimaan pasangan pengantin. 16 orang atau 53.3%
setuju dengan pernyataan tersebut manakala 4 orang atau 13.3% tidak
pasti. Hanya 2 orang atau 6.7 orang tidak setuju dengan pernyataan
ini.Terdapat 5 orang atau 16.7% yang tidak setuju bahawa pemilihan
tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan Kalendar Cina wajar
dijalankan manakala 8 orang atau 26.7% orang tidak pasti pernyataan
ini. 9 orang atau 30% setuju dengan pernyataan tersebut dan 8 orang
atau 26.7 sangat setuju dengan pernyataan itu.Bagi pengantin lelaki
harus membuat hantaran mas kahwin yang cukup kepada pengantin
perempuan,hanya 2 orang atau 6.7% yang tidak setuju dan 11 orang
atau 36.7%tidak pasti. 11 orang atau 36.7% setuju dan 6 orang atau
20% sangat setuju dengan pernyataan itu.7 orang atau 23.3% sangat
setuju dengan perkahwinan perlu ditangguhkan selama 100 hari
sekiranya berlaku kematian dalam keluarga. Terdapat 13 orang atau
43.3% setuju dengan pernyataan ini manakala 7 orang atau 23.3 %
tidak pasti. Hanya 3 orang atau 10% tidak setuju dengan pernyataan
tersebut.
5.2.1.1.2 KAEDAH TEMU BUALBerdasarkan temu bual dengan Puan Ng
Kim Moi, proses adat perkahwinan tradisional Masyarakat Cina sangat
panjang dan banyak adat yang perlu dipatuhi. Adat minum teh
diberikan sebagai tanda penerimaan pengantin baru.Menurut Cik Jemie
Lim pula, adat minum teh biasa dilakukan oleh pasangan pengantin
sebagai tanda menghormati orang yang lebih tua.
5.2.1.1.3 KAEDAH PEMERHATIANPengkaji telah memerhatikan bahawa
adat minum teh telah dijalankan.Pengantin telah memberikan teh
kepada golongan lebih tua sebagai tanda penerimaan pengantin
baru.Teh juga diberikan oleh saudara muda kepada pengantin
baru.
Foto 4 : Adat minum teh dijalankan oleh pasangan pengantinSumber
: Kerja Lapangan 2015
5.2.1.2PANDANGAN DARI ASPEK PAKAIANDimensiSangat Tidak
SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju
Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%
Pakaian perkahwinan tradisional harus dipakai oleh pengantin
sebagai lambang masyarakat Cina13.31446.7826.7413.33
10
Pakaian pasangan pengantin harus berwarna cerah iaitu merah dan
kuning13.3413.313.318606
20
Pakaian menghadiri majlis perkahwinan tidak patut berwarna
gelap13.3723.331015504
13.3
Pakaian berwarna gelap melambangkan kematian dan kesedihan dalam
masyarakat Cina00826.726.715505
16.7
Jadual 5 : Peratusan Responden Dari Aspek PakaianSumber : Kajian
Lapangan 2015
Rajah 5 : Peratusan Responden Dari Aspek PakaianSumber : Kajian
Lapangan 2015
5.2.1.2.1 KAEDAH SOAL SELIDIKRajah 5 di atas menunjukkan
peratusan pandangan penduduk Taman Delima terhadap amalan
perkahwinan tradisional masyarakat Cina dari aspek pakaian.Terdapat
seorang atau 3.3% sangat tidak setuju bahawa pakaian perkahwinan
tradisional harus dipakai oleh pengantin sebagai lambang masyarakat
Cina. 14 orang atau 16.7% setuju dengan pernyataan itu manakala 8
orang atau 16.7% tidak pasti mengenai pernyataan itu. Hanya 3 orang
atau 10% yang sangat setuju dengan pernyataan tersebut dan 4 orang
atau 13.3% setuju sahaja.Terdapat 6 orang atau 20% yang sangat
setuju bahawa pakaian pasangan pengantin harus berwarna cerah iaitu
merah atau kuning.18 orang atau 60% yang setuju manakala hanya
seorang atau 3.3% yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut.4
orang atau 13.3% yang tidak setuju dengan pernyataan dan seorang
atau 3.3% yang sangat tidak setuju.Hanya seorang atau 3.3% yang
sangat tidak setuju yang pakaian menghadiri majlis perkahwinan
tidak patut berwarna gelap dan 7 orang atau 23.3% yang tidak
setuju. Terdapat 3 orang atau 10% tidak pasti manakalan 15 orang
atau 50% setuju dengan pernyataan itu. Terdapat 4 orang atau 1.3%
yang sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Bagi pernyataan
pakaian berwarna gelap melambangkan kematian dan kesedihan dalam
masyarakat Cina, terdapat 8 orang atau 26.7% yang tidak setuju dan
hanya 2 orang atau 6.7% yang tidak pasti. Terdapat 15 orang atau
50% yang setuju manakala 5 orang atau 16.7% yang sangat setuju
dengan pernyataan itu. Tiada yang sangat tidak setuju.
5.2.1.2.2 KAEDAH TEMU BUALMenurut temu bual bersama Puan Ng Kim
Moi, pakaian perkahwinan pasangan pengantin sewajarnya berpakaian
tradisional dan berwarna merah manakala Cik Jemie Lim hanya
berpendapat bahawa pakaian perkahwinan pasangan pengantin harus
berwarna cerah sahaja.
5.2.1.2.3 KAEDAH PEMERHATIANMelalui pemerhatian, pengkaji
memerhati pakaian perkahwinan tradisional pengantin perempuan
adalah berwarna cerah iaitu merah jambu.
Foto 5 : Pakaian perkahwinan pengantin wanita berwarna
cerahSumber : Kerja Lapangan 2015
5.2.2 MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR AMALAN ADAT PERKAHWINAN TRADISIONAL
MASYARAKAT CINA SEMAKIN KURANG DIAMALKAN5.2.2.1 PANDANGAN DARI
ASPEK JANGKA MASADimensiSangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak
PastiSetujuSangat Setuju
Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%
Tempoh masa perkahwinan tradisional masyarakat Cina sangat
panjang dan memenatkan413.3310413.31033.39
30
Pemilihan tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan Kalendar
Cina melecehkan413.3516.7
516.79307
23.3
Terlalu banyak tatacara yang harus diikuti oleh pasangan
pengantin dalam tempoh perkahwinan413.3620826.79303
10
Jadual 6 : Peratusan Responden Dari Aspek Jangka MasaSumber :
Kajian Lapangan 2015
Rajah 6 : Peratusan Responden Dari Aspek Jangka MasaSumber :
Kajian Lapangan 2015
5.2.2.1.1 KAEDAH SOAL SELIDIKRajah 6 di atas menunjukkan
peratusan pandangan penduduk Taman Delima terhadap faktor-faktor
adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina semakin kurang
diamalkan.Terdapat 4 orang atau 13.3% yang sangat tidak setuju
bahawa tempoh perkahwinan tradisional masyarakat Cina sangat
panjang dan memenatkan. Terdapat 3 orang atau 10% yang tidak setuju
dan 4 orang atau 13.3% yang tidak pasti. 10 orang atau 33.3% yang
setuju manakala 9 orang atau 30% yang sangat setuju dengan
pernyataan tersebut. Bagi pernyataan pemilihan tarikh perkahwinan
yang sesuai berdasarkan calendar Cina melecehkan terdapat 7 orang
atau 23.3% yang sangat setuju manakala 9 orang atau 30% yang
setuju. Jumlah adalah sama bagi tidak pasti dan tidak setuju iaitu
5 orang atau 16.7%. Hanya 4 orang atau 13.3% yang sangat tidak
setuju dengan pernyataan tersebut.Hanya 3 orang atau 10% yang
sangat setuju bahawa terlalu banyak tatacara yang harus diikuti
oleh pasangan pengantin dalam tempoh perkahwinan. Seramai 9 orang
atau 30% yang setuju dengan pernyataan itu dan 8 orang atau 16.7%
yang tidak pasti. Terdapat 6 orang atau 20% yang tidak setuju
manakala 4 orang atau 13.3% yang sangat tidak setuju.
5.2.2.1.2 KAEDAH TEMU BUALBerdasarkan temu bual dengan Puan Ng
Kim Moi didapati bahawa faktor perkahwinan tradisional semakin
kurang diamalkan disebabkan generasi muda berpendapat adat-adat
tersebut terlalu panjang dan melecehkan.Begitu juga dengan pendapat
dari Cik Jemie Lim iaitu dari faktor tempoh masa yang panjang dan
memenatkan.
5.2.2.1.3 KAEDAH PEMERHATIANMelalui pemerhatian, pengkaji
mendapati adat perkahwinan tradisional memang banyak dan memerlukan
masa yang panjang iaitu 2 minggu hingga 1 bulan.
5.2.2.2 PANDANGAN DARI ASPEK PERSEKITARANDimensiSangat Tidak
SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju
Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%
Masyarakat Cina berpendapat pakaian perkahwinan tradisional
telah ketinggalan zaman00516.79301136.75
16.7
Masyarakat Cina telah dipengaruhi oleh adat perkahwinan
Barat00826.713.321700
0
Tidak ramai peniaga yang menjual pakaian perkahwinan tradisional
masyarakat Cina26.713.31446.712401
3.3
Jadual 7 : Peratusan Responden Dari Aspek PersekitaranSumber :
Kajian Lapangan 2015
Rajah 7 : Peratusan Responden Dari Aspek PersekitaranSumber :
Kajian Lapangan 2015
5.2.2.2.1 KAEDAH SOAL SELIDIKRajah 6 di atas menunjukkan
peratusan pandangan penduduk Taman Delima terhadap faktor-faktor
adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina semakin kurang
diamalkan.Terdapat 5 orang atau 16.7% yang sangat setuju bahawa
masyarakat Cina berpendapat pakaian perkahwinan tradisional telah
ketinggalan zaman. 11 orang atau 36.7% setuju manakala 9 orang atau
30% yang tidak pasti.Hanya 5 orang atau 16.7% yang tidak setuju
dengan pernyataan itu dan tiada yang sangat tidak setuju. Bagi
pernyataan masyarakat Cina telah dipengaruhi oleh adat perkahwinan
Barat,terdapat 8 orang atau 26.7% yang tidak setuju manakala
seorang atau 3.3% tidak pasti. Seramai 21 orang atau 70% yang
setuju dengan pernyataan itu.Tiada yang sangat setuju dan sangat
tidak setuju. Jumlah yang sama bagi pernyataan tidak ramai peniaga
yang menjual pakaian perkahwinan tradisional masyarakat Cina iaitu
hanya seorang atau 3.3%. Seramai 14 orang atau 46.7% tidak pasti
dan 12 orang atau 40% setuju dengan pernyataan ini. Hanya 2 orang
atau 6.7% sangat tidak setuju.
5.2.2.2.2 KAEDAH TEMU BUALMenurut Cik Jemie Lim dan Puan Ng Kim
Moi, pengaruh Barat merupakan faktor yang paling ketara menyebabkan
perkahwinan tradisional Masyarakat Cina semakin kurang
diamalkan.
5.2.2.2.3 KAEDAH PEMERHATIANMelalui pemerhatian, pengkaji
mendapati bahawa generasi muda zaman sekarang lebih gemar memakai
pakaian perkahwinan Barat berbanding pakaian tradisional.
Foto 6 : Pengantin perempuan berpakaian perkahwinan BaratSumber
: Kerja Lapangan 20156.0RUMUSAN6.1PENGENALANSecara kesimpulannya,
kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi terhadap
amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina di Taman Delima,
Kluang, Johor. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti amalan
adat perkahwinan tradisional dalam masyarakat Cina di Taman Delima,
Kluang, Johor.Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30
orang penduduk yang tinggal di kawasan tempat kajian telah dipilih
sebagai responden kajian ini.6.2KAEDAH KAJIAN DAN DEMOGRAFI
RESPONDEN
Terdapat 3 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian
ini iaitu kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah rujukan.
Dalam menjalankan kaedah soal selidik, sebnayak 30 orang responden
telah dipilih secara rawak daripada populasi tempat kajian. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa sebanyak 12 orang lelaki dan 18 orang
perempuan telah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik
tersebut dan kebanyakan daripada kalangan 16 hingga 30 tahun.
Manakala pengkaji juga telah menemu bual 2 orang penduduk yang
tinggal di kawasan tempat kajian untuk mendapatkan pandangan mereka
berkenaan objektif kajian yang ingin dikaji.Setelah mengumpulkan
data daripada responden dan temu bual, dalam aspek penganalisaan
data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan
dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis.
6.3FAKTOR YANG AMALAN ADAT PERKAHWINAN TRADISIONAL SEMAKIN
KURANG DIAMALKAN DI TAMAN DELIMA, KLUANG, JOHOR.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat 2aspek yang ketara
yang menyebabkan amalan adat perkahwinan tradisional semakin kurang
diamalkan di Taman Delima, Kluang, Johor. Antaranya ialah pengaruh
persekitaran.Generasi muda berpendapat bahawa adat-adat perkahwinan
terlalu panjang dan mereka telah dipengaruhi oleh pengaruh
Barat.Selain itu, pengaruh pakaian. Generasi muda berpendapat
bahawa pakaian perkahwinan tradisional telah ketinggalan zaman. Hal
ini kerana, mereka lebih gemar akan pakaian perkahwinan Barat yang
lebih moden.
6.4KESAN-KESAN AMALAN ADAT PERKAHWINAN SEMAKIN KURANG DIAMALKAN
DI TAMAN DELIMA, KLUANG, JOHOR.
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji mengetahui bahawa
sekiranya amalan adat perkahwinan tradisional semakin kurang
diamalkan akan menyebabkan adat turun-temurun ini pupus pada masa
akan datang dan generasi muda akan lupa terhadap warisan nenek
moyang mereka. Selain itu, adat amalan perkahwinan tradisional yang
semakin kurang diamalkan akan menyebabkan generasi muda lupa
terhadap asal usul mereka.
6.5CADANGAN
Untuk mengekalkan adat resam yang diwarisi ini, pengkaji
bercadang agar masyarakat kerap kali mengadakan pesta perkahwinan
tradsional bagimendedahkan lebih banyak pengetahuan mengenai amalan
adat perkahwinan tradisional.Selain itu, ibu bapa harus
menitikberatkan amalan adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina
dalam kalangan generasi muda agar mereka tidak mudah dipengaruhi
oleh Barat. Seterusnya, generasi muda harus sentiada didedahkan
amalan adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina agar mereka
sentiasa berasa bangga dan tidak jemu terhadap amalan mereka
sendiri.
6.6KESIMPULAN Kesimpulannya, pelbagai pihak termasuk badan
kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak masyarakat dan juga
lapisan rakyat yang arif dalam aspek adat dan warisan kaum di
Malaysia seharusnya memainkan peranan dan bersinergi bagai aur
dengan tebing dalam usaha mengekalkan adat resam yang telah lama
diwarisi oleh kaum masing-masing.
RUJUKANAbdul Rahman Al-Ahmadi, 2004. Tamadun Rumpun Budaya
Melayu, Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd.Amalina Amalin,
2008. Keindahan Hidup Berbudaya, Selangor : Cetakan UG Press Sdn.
BhdFrancis K. Tradisi : Isyarat Perkahwinan dlm. Membentuk Generasi
Berbudaya, hlm 22-23, Disember 2010.Hafizah Iszahanid. Kaki Kecil
Lambang Kesopanan Wanita China dlm. Berita Mingguan, 14 Mac
2004Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
PustakaKamus Dewan Edisi Pertama, 1990. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.Laman Web Google. 2015http://www.maps.google.com[27
Januari 2015]Laman Web Rasmi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negarahttp://www.jkkn.gov.my[25 Januari 2015]Laman Web Rasmi
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Kelantanhttp://www.jksn.kelantan.gov.my[26 Januari 2015]Laman Web
Rasmi Jabatan Warisan Negara,2014http://www.heritage.gov.my[26
Januari 2015]Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan, 2004. Tamadun Rumpun Budaya Melayu, Kuala Lumpur :
Percetakan Watan Sdn. Bhd.Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi dan Cheah
Ding Ding, 2011. Kepincangan Perumahan Malaysia : Adat dan Ritual
Kaum Cina. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.Nita. Budaya Melayu,Cina
Rai Pengantin dlm. Berita Harian, 9 Ogos 2002.Nur Hafizah Zakaria,
2012. Adat dan Pantang Larang Orang Cina , Selangor : Noris Edu
EnterpriseWawancara secara bebas antara penulis dengan Cik Jemie
Lim selaku penduduk Taman Delima di rumahnya No 15, Jalan 5, Taman
Delima, Kluang, pada jam 5 petang, 3 Februari 2015
Wawancara secara bebas antara penulis dengan Puan Choi Siew Eng
selaku penduduk Taman Delima di rumahnya No 4, Jalan 5 ,Taman
Delima, Kluang, pada jam 5 petang, 2 Februari 2015.Wawancara secara
bebas antara penulis dengan Puan Ng Kim Moi selaku penduduk Taman
Delima di rumahnya No 20, Jalan 5/1, Taman Delima, Kluang, pada jam
4 petang, 3 Februari 2015.
BORANG SOAL SELIDIKKERJA KURSUS PENGAJIAN AM 2015KOD MATA
PELAJARAN 900/4TAJUK : PERSEPSI TERHADAP AMALAN PERKAHWINAN
TRADISIONAL MASYARAKAT CINA DI TAMAN DELIMA, KLUANG, JOHOR.Maklumat
kepada Responden :Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mata pelajaran Pengajian
Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan
adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina dan mengkaji
faktor-faktor adat perkahwinan tradisional semakin kurang diamalkan
di Taman Delima,Kluang. Segala maklumat yang diberikan akan
dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian
sahaja.
BAHAGIAN A : DATADEMOGRAFI RESPONDENArahan :Tandakan ()
padaruang yang disediakan.1)JANTINALelakiPerempuan
2)UMUR16 hingga 20 tahun21 hingga 30 tahun31 hingga 40 tahun41
hingga 50 tahunLebih 51 tahun3)PEKERJAAN Pelajar Sekolah Pekerja
Swasta
Pekerja Kerajaan Lain-lain
BAHAGIAN B : SOALAN PANDANGAN PENDUDUK1 : SANGAT TIDAK SETUJU2 :
TIDAK SETUJU3 : TIDAK PASTI4 : SETUJU5 : SANGAT SETUJU
BAHAGIAN C :MENGENAL PASTI AMALAN ADAT PERKAHWINAN TRADISIONAL
MASYARAKAT CINAC1 Amalan dari aspek tatacara.Arahan :Tandakan ()
pada ruang jawapan yang dipilih.BILPERKARA12345
1Upacara minum teh wajib dijalankan sebagai lambang penerimaan
pasangan pengantin
2Pemilihan tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan Kalendar
Cina wajar dijalankan
3Pengantin lelaki harus membuat hantaran mas kahwin yang cukup
kepada pengantin perempuan
4Perkahwinan perlu ditangguhkan selama 100 hari sekiranya
berlaku kematian dalam keluarga
C2 Amalan dari aspek pakaian.Arahan :Tandakan () pada ruang
jawapan yang dipilih.BILPERKARA12345
1Pakaian perkahwinan tradisional harus dipakai oleh pengantin
sebagai lambang masyarakat Cina
2Pakaian pasangan pengantin harus berwarna cerah iaitu merah
atau kuning
3Pakaian menghadiri majlis perkahwinan tidak patut berwarna
gelap
BILPERKARA12345
4Pakaian berwarna gelap melambangkan kematian dan kesedihan
dalam masyarakat Cina
BAHAGIAN D :MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR ADAT PERKAHWINAN TRADISIONAL
MASYARAKAT CINA SEMAKIN KURANG DIAMALKAND1 Faktor-faktor dari aspek
jangka masaArahan :Tandakan () pada ruang jawapan yang
dipilih.BILPERKARA12345
1Tempoh masa perkahwinan tradisional masyarakat Cina sangat
panjang dan memenatkan
2Pemilihan tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan Kalendar
Cina melecehkan
3Terlalu banyak tatacara yang harus diikuti oleh pasangan
pengantin dalam tempoh perkahwinan
D2 Faktor-faktor dari aspek persekitaranArahan :Tandakan () pada
ruang jawapan yang dipilih.BILPERKARA12345
1Masyarakat Cina berpendapat pakaian perkahwinan tradisional
telah ketinggalan zaman
2Masyarakat Cina telah dipengaruhi oleh adat perkahwinan
Barat
3Tidak ramai peniaga yang menjual pakaian perkahwinan
tradisional masyarakat Cina
BAHAGIAN E : PANDANGAN UMUMTuliskan jawapan anda di ruang yang
disediakan.1) Pada pandangan anda, sebagai masyarakat Taman Delima
apakah kepentingan perkahwinan tradisional masyarakat
Cina?________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2)Apakah cadangan anda untuk mengekalkan amalan perkahwinan
tradisional masyarakat
Cina?________________________________________________________________________________________________________________________________________________Lain-Lain
:________________________________________________________________________________________________________________________________________________
SOAL SELIDIK TAMAT*TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA*
PENYELIDIK :NAMA : LIM WEI QINO I/C : 960827-01-5584NO TEL :
0177921776
BORANG CATATAN PEMERHATIANNamaPenyelidik:LIM WEI QI
Tarikh:7-8/2/2015
Hari:Sabtu dan Ahad
Masa:6 petang (Sabtu) dan 8.30 pagi hingga 1 petang (Ahad)
Lokasi:Taman Delima, Kluang dan Hotel New York, Johor Bahru
Item PemerhatianCatatan
Upacara minum tehTeh telah diberikan oleh pasangan pengantin
kepada saudara yang lebih tua.
Pakaian pasangan pengantinPakaian pasangan pengantin berwarna
cerah dan tidak gelap.
Jamuan bersama saudaraJamuan diadakan di rumah pengantin bagi
menjamu saudara-mara yang mengunjung
Pakaian perkahwinan modenPasangan pengantin tidak berpakaian
tradisional manakala berpakaian perkahwinan Barat.
Pemerhatian terhadap ketiga-tiga item disertai dengan foto
pegun.
Tandatangan...Tarikh : .
Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am 2015Tajuk :Persepsi
Terhadap Amalan Perkahwinan Tradisional Masyarakat Cina di Taman
Delima, Kluang, Johor.Arahan :Maklumat am dan soalan-soalan temu
bual ini dikemukakan kepada responden secara lisan dan
bertulis.
MAKLUMAT AM
Nama Penyelidik:LIM WEI QI
Nama Responden:PUAN NG KIM MOI
Umur:76 tahun
Tarikh Temu Bual:3/2/2015
Tempat Temu Bual:20, Jalan 5/1, Taman Delima, 86000, Kluang,
Johor.
SOALAN TEMUBUAL
1.Pada pandangan anda , adakah penting untuk mengekalkan adat
perkahwinan tradisional ini? Mengapa?NKM :Pada pandangan saya,
memang penting untuk mengekalkan perkahwinan tradisional ini kerana
adat-adat ini diwarisi oleh nenek moyang kita dan mempunyai
makna-makna mereka yang tersendiri.
2. Bolehkah anda cerita serba-sedikit mengenai adat perkahwinan
tradisional masyarakat Cina? NKM :Boleh,tiada masalah. Perkahwinan
tradisional ini dibahagikan kepada beberapa adat. Adat pertama
ialah adat merisik. Motif adat ini untuk mengetahui latar belakang
keluarga pengantin dan asal keturunan keluarga. Selepas itu adat
meminang. Adat ini membincangkan perkara-perkara perkahwinan
seperti jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan kahwin dan
tarikh sesuai perkahwinan. Adat pertunangan diadakan pula
berdasarkan kalendar Cina dan pada hari pertunangan, pengantin
lelaki akan membuat hantaran kepada pengantin perempuan. Sewajarnya
pakaian pasangan pengantin haruslah tradisional dan berwarna cerah.
Selepas itu, tibalah adat majlis perkahwinan. Dari awal pagi sudah
majlis ini dimulakan. Adat minum teh diberikan kepada saudara-mara
dan pengantin. Pada malam tersebut pengantin akan mengadakan jamuan
makan di restoran bagi menjamu saudara-mara dan rakan-rakan.
Sebenarnya panjang adat perkahwinan tradisional Orang Cina ini.
Saya cuma ringkaskan sahaja.
3. Pada umumnya, berapa lamakah proses adat-adat perkahwinan
tradisional ini?NKM :Agak lama juga. Umumnya, dalam 2 minggu hingga
1 bulan.
4. Apakah perasaan anda apabila generasi muda sekarang tidak
mengikut adat-adat perkahwinan tradisional? Apakah faktor
tersebut?NKM :Saya memang berasa sedih dan kasihan meliha tmereka
yang ibarat kacang lupakan kulit. Ramai generasi muda ini
dipengaruhi oleh adat Barat dan sering berkata bahawa adat
tradisional ini leceh dan memenatkan.
5. Apakah yang boleh sumbangkan dalam mengekalkan amalan
perkahwinan tradisional ini?NKM :Saya akan cuba sedaya upaya untuk
menasihati mereka dan memang menjadi satu mesti kepada cucu saya
untuk melalui proses adat tradisional ini.
Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am 2015Tajuk :Persepsi
Terhadap Amalan Perkahwinan Tradisional Masyarakat Cina di Taman
Delima, Kluang, Johor.Arahan :Maklumat am dan soalan-soalan temu
bual ini dikemukakan kepada responden secara lisan dan
bertulis.________________________________________________________________________MAKLUMAT
AM
Nama Penyelidik:LIM WEI QI
Nama Responden:CIK JEMIE LIM
Umur:22 tahun
Tarikh Temu Bual:3/2/2015
Tempat Temu Bual:15, Jalan 5, Taman Delima, 86000, Kluang,
Johor
________________________________________________________________________SOALAN
TEMU BUAL1. Pada pandangan anda, adakah penting untuk mengekalkan
adat perkahwinan tradisional ini? Mengapa?JL:Pada pandangan saya,
penting la juga kerana adat ini lambang tradisi kekeluargaan.
2. Adakah anda mengetahui semua adat perkahwinan tradisional
masyarakat Cina? Apakah adat tersebut?JL:Saya tidak tahu amalannya
dengan mendalam. Tapi kebanyakannya saya tahu kerana nenek dan ibu
saya ada menceritakannya kepada saya. Saya juga mengetahui serba
sedikit mengenai adat tersebut melalui perkahwinan rakan dan
saudara-mara. Setahu saya, adat perkahwinan tradisional ada adat
merisik, adat pertunangan dan adat majlis perkahwinan. Dalam adat
majlis perkahwinan itu ada adat minum teh yang patut diamalkan
sebagai tanda penerimaan pengantin dan lambang menghormati orang
yang lebih tua. Pakaian pengantin juga dititikberatkan iaitu
haruslah berwarna cerah.
3. Generasi muda sekarang semakin kurang mengamalkan adat-adat
perkahwinan tradisional. Apakah faktor tersebut?JL:Benar cakap
awak. Faktornya disebabkan pengaruh Barat yang kuat dan mereka
berpendapat bahawa amalan tradisional telah ketinggalan zaman.
Proses perkahwinan tradisional juga panjang dan melecehkan serta
memenatkan.
4. Apakah pandangan anda terhadap amalan perkahwinan tradisional
ini?JL:Pandangan saya adalah perkahwinan tradisional mempunyai
makna-makna mereka yang tersendiri. Amalan ini adalah warisan
masyarakat dan tidak harus dilupakan.
5. Sekiranya anda berkahwin adakah anda akan menjalankan amalan
perkahwinan tradisional?JL:Ya, saya akan menjalankan amalan
perkahwinan tradisional agar ia tidak pupus kelak nanti.
LAMPIRAN