Kupasan Antologi Harga Sebuah Lukisan (Tingkatan 3)
Classic Flipcard Magazine Mosaic Sidebar Snapshot Timeslide1.
AUG9
CERPEN SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA (Zainal Rashid
Ahmad)
SinopsisCerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan
rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung. Rata-rata penduduk
kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada
semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk
mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal. Mereka diajar
mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat
disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama
oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan
amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian
kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan
rakan-rakan.TemaCerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam
masyarakat Melayu tradisional di kampung. Masyarakat kampung banyak
bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani
kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber
makanan harian bagi mereka. Guru mengaji dan imam pula merupakan
tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang
masalah dalam kehidupan harian.PersoalanI.Kepentingan alam semula
jadi dalam meneruskan kehidupan harian.Contoh: Herba tumbuhan
seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan
untuk merawat pelbagai penyakit.
II.Pendidikan agama dalam masyarakat.Contoh: Bagi masyarakat
Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang
penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat
III.Ketaatan kepada guru.Contoh: Masyarakat kampung tradisional
terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan imam
kampung.
IV.Kemiskinan masyarakat di kampongContoh: Masyarakat kampung
digambarkan sebagai masyarakat yang miskin. Penulis dan
rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali
dengan kelaparan.
Binaan plotI.PermulaanPenulis mengingati zaman kehidupannya dan
rakan-rakannya semasa mereka membesar di
kampung.II.PerkembanganPenulis menceritakan kepentingan
tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi menggantikan
ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh
penduduk kampung.
III.PuncakPenulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian
Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling
disayangi dan dihormati oleh mereka.
IV.PeleraianPenulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong
merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.
Teknik PlotI.Imbas KembaliContoh: Penulis menggunakan teknik
imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari awal hingga akhir.
Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya semasa
dibesarkan di kampung.
II.DialogContoh: Dialog antara Hajah Tom dan penulis semasa
menasihatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa tawakal, berserah
dan berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar mendapat keberkatan
ilmu.
III.PemerianContoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang
daun-daun yang dapat digunakan untuk mengubat pelbagai
penyakit.
IV.KejutanContoh: Pembaca dikejutkan dengan berita kematian
Hajah Tom secara tiba-tiba.Watak UtamaAku/kamiI.Penulis dan
rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan di
kampung.II.RajinContoh: Penulis dan rakan-rakan rajin membantu
sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom dan Haji Salleh
Pumpong.III.TaatContoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk
membuat apa-apa sahaja pekerjaan yang disuruh oleh Hajah Tom dan
Haji Salleh Pumpong.
Watak SampinganHajah TomI.Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan
rakan-rakan di kampung.II.Beliau telah kematian suami pada usia
yang masih muda.III.Hajah Tom tinggal sendirian di
kampung.IV.Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti
langsat matang.V.Kuat agamaContoh: Hajah Tom sering menasihatkan
penulis dan rakan-rakannya agar sentiasa mengingati Tuhan.VI.Baik
hatiContoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya
dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum
makan.VII.PemurahContoh: Hajah Tom menjamu penulis dan
rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan
surau akibat musim air pasang.VIII.PenyayangContoh: Hajah Tom
sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya
kerana beliau tidak mempunyai anak. Penulis dan rakan-rakannya juga
telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom.
Haji Salleh PumpongI.Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di
kampung penulis.II.Berpengetahuan luasContoh: Aku menyatakan bahawa
imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan
agama.III.PembersihContoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga
kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.IV.PenyayangContoh:
Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang
penyayang.
Latar MasaI.Waktu subuhContoh: Penulis dan rakan-rakan berasa
takut pada waktu subuh kerana ada anjing berkeliaran pada waktu
itu.II.Malam-malam pertengahan RamadhanContoh: Hajah Tom
menasihatkan penulis dan rakan-rakan agar mengamalkan surah
al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada binatang buas yang akan
mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut.
III.Pagi-pagi sebelum keluar rumahContoh: Penulis dan
rakan-rakannya sentiasa menghafal surah yang telah diajar oleh
Hajah Tom kepada mereka.
IV.Sebelum habis bulan pertama persekolahanContoh: Dalam jangka
masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala
bacaan dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka.
V.Suatu hari kelam-kelam buta.Contoh: Haji Salleh Pumpong
meminta penulis dan rakan-rakannya membersihkan surau.
VI.Tiga bulan kemudianContoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas
tiga bulan menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkan solat jenazah
kepada penulis dan rakan-rakannya.
VII.Awal RamadhanContoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah
Tom, Imam Haji Salleh Pumpong pula meninggal dunia.
Latar TempatI.KampungContoh: Tempat penulis dan rakan-rakannya
dibesarkan.
II.Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan
besarContoh: Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa
dalam perjalanan ke rumah Hajah Tom.
III.SurauContoh: Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah
dan penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh
oleh Haji Salleh Pumpong. Penulis dan rakan-rakannya juga telah
membersihkan surau kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur
mengotori surau tersebut.
IV.GubirContoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal
dunia ditembak oleh pengganas.Latar MasyarakatI.Masyarakat
kampung.Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat
kampung yang digambarkan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai
sumber makanan dan perubatan tradisional.
II.Masyarakat miskin.Contoh: Penduduk kampung menggunakan
rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di
klinik.
III.Masyarakat yang taat kepada guru .Contoh: Penulis dan
rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru
Quran mereka.
IV.Masyarakat yang prihatin.Contoh: Hajah Tom digambarkan
sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap anak-anak
muridnya. Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak
muridnya sebelum mula mangajar mereka.
V.Masyarakat yang mengutamakan kebersihan.Contoh: Haji Salleh
Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu sangat
daif keadaannya.
VI.Masyarakat yang mengenang jasa.Contoh: Penulis dan
rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan Haji
Salleh Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil.
Gaya BahasaI.Kata
GandaContoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/sama-sama/cepat-cepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisa-sisa/berebut-rebut/budak-budak/lama-kelamaan.
II.SimileContoh: Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap
dewa-dewa.
III.Pengaruh Bahasa AsingContoh: bahasa Arab -
insya-Allah/Allah
IV.Pengulangan kataContoh: Kalau dia kata jangan, maka segera
kami jauhi; kalau katanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.
NilaiI.Nilai ketaatanContoh: Penulis dan rakan-rakannya amat
taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru Quran
tersebut.
II.Nilai keprihatinanContoh: Hajah Tom amat prihatin kepada
anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka
sebelum mula mengajar Quran.
III.Nilai baik hatiContoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk
penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.
IV.Nilai mengenang jasaContoh: Penulis dan rakan-rakannya
sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang
telah banyak berjasa kepada mereka.
V.Nilai kasih sayangContoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi
Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil berat hal-ehwal mereka
sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.
VI.Nilai kebersihanContoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga
kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.
PengajaranI.Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik
kita.Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah
Tom dan Haji Salleh Pumpong.
II.Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.Contoh: Hajah Tom
sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan
rakan-rakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.
III.Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama
manusia.Contoh: Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan
rakan-rakannya apabila mengetahui mereka keletihan dan
kelaparan.
IV.Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik
kita.Contoh: Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah
Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil
lagi.
V.Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.Contoh:
Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa
baik hati kepada mereka.
Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment2. AUG9
CERPEN MENCARI NAFAS BAHARU (Ayusari MJ)
SinopsisCerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan
semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah
apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah
selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah Milah untuk
menziarahinya. Dia mendapati Milah sakit dan dalam keadaan yang
lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah
menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih
kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum
sempat menerima sumsum tulang daripadanya. Peristiwa sedih itu
menyebabkan Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat
kelahirannya.TemaTema cerpen ini ialah pengorbanan seorang
guru.PersoalanI.Kegigihan guru-guru untuk menaikkan prestasi
sekolah.Contoh: Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat
bekerja keras menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan
kokurikulum.
II.Pengorbanan guru terhadap murid.Contoh: Ana sanggup berkorban
dengan mendermakan sumsum tulang kepada Milah.
III.Kasih sayang guru terhadap murid.Contoh: Ana menyayangi
Milah seperti adik sendiri.
IV.Suka duka guru yang mengajar di pedalaman.Contoh: Ana gembira
mengajar di pedalaman Pahang namun dia amat sedih apabila anak
murid kesayangannya meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum
tulangnya.
V.Kepentingan perubatan moden.Contoh: Ana membawa Milah ke
hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dia tidak sembuh dengan
cara perubatan tradisional.Binaan PlotI.PermulaanPembaca
diperkenalkan dengan watak Ana yang mengambil keputusan untuk
bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid
kesayangannya yang meninggal dunia kerana menghidap penyakit
leukemia.
II.PerkembanganPada bahagian ini, Ana mengimbas kembali
saat-saat dia dihantar bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kampung Chat, Pahang dan perkenalannya dengan Milah. Ana menganggap
Milah seperti adiknya sendiri.
III.PuncakMilah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum
tulang Ana.
IV.PeleraianAna reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil
keputusan untuk bertukar ke tempat kelahirannya.
Teknik PlotI.PemerianContoh: Pada permulaan cerita, pengarang
memerihalkan watak dan perwatakan Milah yang menarik hati Ana.
II.DialogContoh: Perbualan antara Ana dengan emak Milah tentang
ketidakhadiran Milah ke sekolah selama tiga hari.
III.Imbas KembaliContoh: Ana teringat detik-detik yang begitu
mendebarkan apabila dia ditugaskan untuk mengajar di Kampung Chat,
Hulu Pahang.
IV.KejutanContoh: Doktor Izah mengesahkan bahawa Milah menghidap
penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).Watak UtamaAnaI.Seorang
guru lulusan universiti pendidikan tempatan.II.Berkhidmat di
Sekolah Kampung Chat, Hulu PahangIII.Gigih melaksanakan
tugas.Contoh: Setiap pagi Sabtu, Ana mengadakan kelas tambahan
untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi
PMR.IV.Sanggup berkorban terhadap anak didiknya.Contoh: Ana
bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang
menghidap penyakit leukemia.V.Penyayang. Contoh: Ana menyayangi
Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri.VI.Prihatin.Contoh:
Ana pergi ke rumah Milah setelah mendapat tahu Milah sakit.
Watak SampinganMilahI.Murid kepada Ana.II.Pelajar tingkatan
1.III.Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.IV.Ibunya
berniaga secara kecil-kecilan manakala ayahnya sebagai penangkap
ikan.V.Seorang pelajar yang rajin dan aktif dalam sukan.Contoh:
setiap petang Milah ke sekolah menyertai aktiviti
kokurikulum.VI.Menghidap penyakit leukemia.VII.Menerima rawatan
kemoterapi untuk mengubati penyakitnya.VIII.Meninggal dunia sebelum
sempat menerima sumsum tulang daripada Ana.Latar MasaI.Pagi
SabtuContoh: Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk
pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.
II.Waktu petangContoh: Aktiviti kokurikulum diadakan pada waktu
petang dan selepas itu Ana melawat Milah.
III.Hari Jumaat.Contoh: Hari Jumaat merupakan hari yang
dinanti-nantikan oleh Ana untuk melawat Milah di Hospital Daerah
Kuala Lipis.
IV.Tempoh tiga bulan.Contoh: Dalam tempoh tiga bulan Ana telah
bergaul mesra dengan masyarakat di Kampung Chat.
Latar TempatI.Kampung Chat, Hulu PahangContoh: Kampung tempat
Ana ditugaskan.
II.Sekolah Kebangsaan Kampung ChatContoh: Sekolah pertama tempat
Ana mengajar.
III.Kampung LenjunContoh: Tempat tinggal keluarga Milah yang
terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.
IV.Hospital Daerah, Kuala LipisContoh: Tempat Milah mendapat
rawatan penyakitnya.
Latar MasyarakatI.Masyarakat guru yang prihatin terhadap anak
muridnya.Contoh: Ana mengambil berat terhadap Milah yang tiga hari
tidak hadir ke sekolah.
II.Masyarakat pendidik yang gigih berusaha dalam bidang akademik
dan kokurikulum.Contoh: Ana gigih mengajar dan sering mengadakan
kelas tambahan yang diikuti dengan tekun oleh murid-muridnya.
III.Masyarakat kampung di pedalaman.Contoh: Masyarakat kampung
yang bekerja sebagai nelayan.
IV.Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.Contoh: Ayah
Milah dan Ana tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi bahawa Milah
meninggal dunia akibat leukemia.
V.Masyarakat guru yang mencintai profesion keguruan.Contoh: Ana
berazam dan sanggup mencurah baktinya di sekolah yang jauh di
pedalaman.Gaya BahasaI.PersonifikasiContoh:Tambahan pula, dengan
keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan
percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar
menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu suatu hari nanti sebagai
tenaga pengajar.
II.SinkopeContoh:Belum . Ayah Milah dah cari air penawar, tetapi
tak kurang-kurang demamnya.. keluh emak Maisarah.
III.Kata GandaContohnya:Kini segala-galanya hanya tinggal
kenangan.IV.SimileContohnya:Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu
berirama.
V.MetaforaContoh:hutan daraNilaiI.Nilai kasih sayang.Contoh: Ana
sangat menyayangi Milah dan menganggap Milah seperti adiknya
sendiri.
II.Nilai pengorbanan.Contohnya : Ana bertekad untuk mendermakan
sumsum tulangnya kepada Milah.
III.Nilai kerajinan.Contoh :Ana juga rajin membantu ibu Milah
berniaga kedai runcit di kampung.
IV.Nilai simpati.Contoh : Ramai yang bersimpati apabila
mengetahui bahwa Milah disahkan menghidappenyakit leukemia.
V.Nilai kegigihan.Contoh: Ana dan guru-guru yang lain gigih
berusaha untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan
kokurikulum.
VI.Nilai keprihatinan.Contoh: Ana amat prihatin dan mengambil
berat tentang penyakit leukemia yang dihidapi oleh
Milah.PengajaranI.Kita hendaklah mengasihi sesama insan .Contoh :
Ana mengasihi Milah seperti adiknya sendiri.
II.Kita hendaklah sanggup berkorban untuk kebaikan orang
lain.Contoh : Ana sanggup berkorban untuk mendermakan sumsum
tulangnya kepada Milah.
III.Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang
lain.Contoh: Ana rajin membantu ibu Milah berniaga di kedai
runcit.
IV.Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa
orang lain.Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahawa
Milah disahkan menghidap penyakit leukemia.Posted9th August
2012byleeyum0Add a comment3. AUG9
CERPEN HARGA SEBUAH LUKISAN (Baharudin A. Manan)
SinopsisKamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut
bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua
minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada
pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan
Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah.
Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas
lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi
hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku
bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia
meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah
lukisan.
TemaKeluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal
Hijaz terserlah apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati
yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati telah
menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk
membersihkan bekas makanan.PersoalanI.Kesungguhan untuk
menghasilkan sesuatu yang terbaik.Contoh : Kamal Hijaz
membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan
dijadikan model dalam pertandingan melukis.II.Keharmonian dalam
kehidupan bersahabat.Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku
simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan
Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.III.Baik
hati dalam kalangan murid sekolah.Contoh : Maryati mengeluarkan
bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama
mereka.IV.Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.Contoh :
Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas lukisannya yang
disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan
lukisannya dengan yakin dan berjaya.V.Keinsafan akibat kesilapan
yang dilakukan.Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi
kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta
maaf.VI.Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.Contoh : Kamal
Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan
menghadiahkan sebuah lukisan.
Binaan ploti. PermulaanKamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan
lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan
melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak
Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di
sekolahnya.
ii. PerkembanganKamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen
terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan
Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang
berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka
sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan
dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya,
Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan
Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir,
Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan
Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas.
iii. PuncakPertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan
kerana kertas lukisannya telah disabotaj sehingga sukar untuk
diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia
mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan
Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang
kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan
di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis
Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.
iv. PeleraianPada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi
peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati
Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui
Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan
menghadiahkan sebuah lukisan.
Teknik Ploti. PemerianContoh: Penulis memerihalkan peristiwa
ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh kawan-kawannya kerana
kebolehannya melukis.
ii. Monolog DalamanContoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz
bermonolog dalaman semasa melukis gambaran pahlawan sedang bertikam
di pertandingan melukis peringkat daerah.
iii. DialogContoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta
maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan
melukis.
Gaya Bahasai. Peribahasa. Contoh : Membulatkan hatinyaii.
Hiperbola. Contoh : Menusuk rongga hidungiii. Pengaruh bahasa
asing. Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colouriv.
Simile. Contoh : macam nenek kebayanv. Kata ganda. Contoh : Kamal
Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.
Watak UtamaKamal HijazI.Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sirusa.II.Berbakat dan berminat dalam lukisan dan
sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.III.Pelajar
yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai
persediaan menyertai pertandingan melukis.IV.Berjiwa mulia kerana
menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi membantu
rakan-rakan yang kurang bernasib baik.V.Tabah dan tenang ketika
menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan lukisannya
yang kedua sehingga berjaya.VI.Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia
memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.
Watak SampinganMaryatiI.Rakan kepada Kamal Hijaz.II.Seorang yang
peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela
bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.III.Berjiwa
kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan Kamal
Hijaz dalam pertandingan melukis.IV.Mudah insaf dan menyesali
kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf kepada Kamal
Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.
Latar MasaI.Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sirusa.Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan
mengumumkan keputusan pertandingan yang diadakan.II.Hari Sabtu.
Hari cuti persekolahan.Contoh : Pada hari pertandingan melukis di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.III.Dua minggu.Contoh : Tempoh
antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan
pertandingan diumumkan.IV.Tiga hariContoh : Tempoh Kamal Hijaz
berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran dua
pahlawan sedang bertikam.
Latar TempatI.Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat
pertandingan melukis dijalankan.Contoh : Di Sekolah Menengah
Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan melukis
itu.II.Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum
pertadingan dimulakan.Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada
bangku simen terazo yang terletak berhampiran taman mini
sekolah.III.Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk
membersihkan bekas makanan. Contoh :Kalau sudah begitu kata kamu,
terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh membantu kamu mencuci
pinggan dan gelas di kantin,
Latar MasyarakatI.Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan
bertanggungjawab mendidik anak-anak tempatan.Contoh : Cikgu Salina
yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan melukis
peringkat daerah.II.Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang
menuntut ilmu secara formal di sekolah.Contoh : Kamal Hijaz,
Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.III.Golongan yang gigih
berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk berjaya.Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz
berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran
pahlawan sedang bertikam.IV.Golongan yang sanggup mengkhianati
orang lain. Terdapat individu yang sanggup mengkhianati kawan demi
kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar.Contoh : Maryati
sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan
bermula.NilaiI.Nilai persahabatan.Contoh : Meskipun Maryati pernah
mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus
bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.II.Nilai
ketabahan.Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah
dengan kertas lukisannya. Dia tetap tabah dan gigih meneruskan
lukisan keduanya.III.Nilai kesabaran.Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz
menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas lukisannya sebelum
pertandingan melukis.IV.Nilai kegigihan.Contoh : Kamal Hijaz
membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis
pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang
bertikam.PengajaranI.Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk
menghasilkan sesuatu yang terbaik.Contoh : Kamal Hijaz
membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan
dilukiskan dalam pertandingan melukis.II.Kita hendaklah berbudi
bahasa.Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak
Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.III.Kita hendaklah
bersemangat tinggi.Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis
akibat daripada kertas lukisannya yang dikhianati, Kamal Hijaz
masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan
berjaya.IV.Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan
sendiri.Contoh : Maryati berasa bersalah dan insaf akan
kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta
maaf.V.Kita hendaklah berhati mulia.Contoh : Kamal Hijaz memaafkan
kesalahan Maryati yang telah mengkhianatinya dan menghadiahkan
sebuah lukisan.
Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment4. AUG9
CERPEN BUDI SEMANGKUK DAGING (Amy Suzani Ainuddin)
SinopsisMengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan
Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun
memberi setiap orang jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua
jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang
mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun
tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup
menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik
Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun
memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu
kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama
Hindu.TemaKepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan
seharian.Persoalani. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan
agama.Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal
di satu taman perumahan.
ii. Larangan dalam agama.Contoh: Cik Punita mengembalikan
semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak
membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.
iii. Dendam yang berpanjangan.Contoh: Puan Ainun berdendam
terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging
pemberiannya.
iv. Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.Contoh: Anak-
anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia
balik ke kampung.Binaan Ploti. PermulaanMengisahkan Puan Ainun
seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging
masak Minang.
ii. PerkembanganPuan Ainun meminta anak-anaknya menghantar
masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik
Punita dan Puan Salbiah.
iii. PuncakPuan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita
mengembalikan masakannya melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya
Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak
boleh makan daging lembu.
iv. PeleraianAkhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan
menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.
Teknik Ploti. PemerianContoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun
mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang.
ii. DialogContoh: Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng
tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka.
iii. Imbas KembaliContoh: Puan Ainun mengingati kembali
peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual
oleh Cik Punita.
iv. SaspensContoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak
menerima masakan pemberian Puan Ainun.
v. Monolog DalamanContoh: Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di
dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima pemberiannya.
vi. MonologContoh: Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan
perbuatan Cik Punita yang menolak pemberiannya.
Watak UtamaPuan AinunI.Isteri kepada Encik Hilal.II.Ibu kepada
Shafiq dan Hanif.III.Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan
Puan Salbiah.IV.Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong
jiran.Contoh : Sekiranya Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh
selama beberapa hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan
menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga
menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa dalam keadaan
yang selamat.V.Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang
baharu.Contoh : Puan Ainun mencuba memasak daging masak
Minang.VI.Seorang yang mudah kecil hati dan pendendam.Contoh: Puan
Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana
mengembalikan masakan pemberiannya.VII.Insaf akan
kesilapannya.Contoh: Puan Ainun insaf atas kesilapannya
berprasangka buruk terhadap Cik Punita.
Watak SampinganCik PunitaI.Jiran Puan Ainun yang berketurunan
India dan beragama Hindu.II.Berusia 30-an tetapi belum
berkahwin.III.Fasih berbahasa Melayu.IV.Berasal dari Ipoh.V.Menjual
barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.VI.Patuh pada
ajaran agamanya . Contoh : Cik Punita tidak makan daging
lembu.VII.Mempunyai semangat kejiranan. Contoh : Cik Punita
memberikan buah limau bali kepada keluaga Puan Ainun.
Encik HilalI.Suami kepada Puan Ainun.II.Bapa kepada Shafiq dan
Hanif.III.Menasihati isterinya yang menghadapi masalah dengan
jirannya.IV.Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain. Contoh:
Dia menjelaskan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging
lembu.
Latar Masai. Waktu pagiContoh: Puan Ainun menyidai pakaian di
ampaian di halaman rumahnya.
ii. Waktu tengah hariContoh: Puan Ainun memasak daging masak
Minang untuk makan tengah hari.
iii. Waktu petangContoh: Puan Ainun memasak bubur kacang untuk
minum petang.
Latar Tempati. Rumah Puan Ainun.Contoh: Tempat tinggal Puan
Ainun, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif.
ii. Kawasan PerumahanContoh: Terdapat rumah Puan Ainun, Puan
Cheng, Puan Salbiah dan rumah sewa Punita.
Latar Masyarakati. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum.Contoh: Terdapat tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun
(Melayu), Puan Cheng (Cina) dan Cik Punita (India).
ii. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .Contoh: Puan
Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan
menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita.
iii. Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama
kaum lain.Contoh: Encik Hilal menjelaskan kepada Puan Ainun sebab
Cik Punita tidak mahu menerima makanan pemberian Puan Ainun.
Gaya Bahasai.Diksi. Contoh: Penggunaan bahasa Inggeris -
best.ii.Perlambangan. Contoh: hatinya berasa kembang.iii. Sinkope.
Contoh : Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam, jawab Puan
Ainun.iv. Simile. Contohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah
bagai dicucuk dengan duri.v. Peribahasa. Contoh : Penggunaan
pepatah,buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.vi. Kata
Ganda. Contoh: Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga
pulang.
Nilaii. Nilai tolong- menolong.Contoh: Puan Ainun menolong
menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya
itu.
ii. Nilai bertanggungjawab.Contoh: Puan Ainun menunaikan
tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat
kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.
iii. Nilai kepatuhan.Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada
arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-jirannya.
iv. Nilai keinsafan.Contoh: Puan Ainun insaf akan kesilapannya
berburuk sangka terhadap Cik Punita.
v. Nilai prihatinContoh: Encik Hilal prihatin terhadap adat dan
budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan Ainun bahawa
penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.
Pengajarani. Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya
kaum lain. Contohnya, Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa
penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.ii. Kita mestilah
tolong-menolong sesama jiran. Contohnya, anak-anak Puan Ainun
menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga dan Puan Cheng
menawarkan diri untuk menolong Puan Ainun membeli barang-barang
kerana dia hendak ke kedai.iii. Kita tidak boleh berprasangka buruk
terhadap seseorang tanpa usul periksa. Contohnya, Puan Ainun
menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya
yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita.iv. Kita
hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.
Contohnya, Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang
rasa dan tolong-menolong sesama jiran.Posted9th August
2012byleeyum0Add a comment5. AUG9
SYAIR LI-ATTAR GHIB
Maksud SyairRangkap 1: Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada
semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap
pekerjaan di dunia.Rangkap 2: Atas kehendak Tuhan dua orang saudara
telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat
dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.Rangkap 3: Setiap
hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya
terlalu sukar untuk dihadapi.Rangkap 4: Setiap insan yang ada di
muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat
dan darjat.Rangkap 5: Setiap insan perlu mengambil pengajaran
daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita
beroleh kebahagiaan.Rangkap 6: Kebajikan rakyat jelata mestilah
diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga
agar tidak ditimpa kesusahanRangkap 7: Para nabi menuntut kita agar
memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan
agar tidak menjadi sia-sia.Rangkap 8: Penyair mengingatkan semua
orang mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana
kita juga akan menghadapinya.TemaMengambil iktibar daripada
kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil
pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti
akan melaluinya.Persoalan(a)Kematian yang tidak dapat
dielakkan.(b)Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu
merupakan tuntutan agama.(c)Keinsafan menghadapi kematian. Setiap
manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan dengan
kematian.(d)Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi
kematian.Bentuk(a)Bentuknya terikat.(b)Mempunyai lapan
rangkap.(c)Mempunyai empat baris bagi setiap rangkap.(d)Semua baris
adalah maksud.(e)Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata
sebaris.(f)Terdiri daripada sembilan hingga empat belas suku kata
sebaris.(g)Rima akhirnyaaaaa.Unsur-unsur
Bunyi(a)Asonansi(pengulangan vokal a)Contoh:sebab
bersama-samamengembara.(b)Aliterasi (pengulangan konsonan
d)Contoh:hendaklah kita tunduk terngadah.Gaya Bahasa(a)Repitisi -
Pengulangan perkataan segala dalam satu barisContoh:Segala
pekerjaan segala perkara.(b)Inversi Ayat songsangContoh:Kita
sepertinya akan didatangkan.(c)Diksi - Penggunaan Bahasa
Arab.Contoh:Wahid al-khahar, anbia, jabbar, Saadah.(d)Kata
Ganda.Contoh:sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira,
bersama-sama.Nilai(a)Keinsafan. Contohnya, perkara yang berlaku
terhadap generasi terdahulu wajar dijadikan pengajaran agar memberi
keinsafan kepada diri kita.(b)Kerajinan. Contohnya, sikap rajin
akan memberi keuntungan yang lumayan.(c)Kesabaran. Contohnya,
dugaan yang datang dalam hidup perlu ditempuhi dengan penuh
kesabaran.Pengajaran(a)Kita haruslah insafdan mengambil iktibar
ketika berhadapan dengan kematian.(b)Kita hendaklah menanam sikap
rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan
akhirat.(c)Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian
dari Tuhan.Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment6. AUG9
SYAIR BERBUAT JASAMaksud SyairRangkap 1: Generasi muda
disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang
walaupun sudah tiada.Rangkap 2: Penyair mengajak supaya berbuat
jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang
dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana.Rangkap 3: Penyair
mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya,
berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang
selama-lamanya.Rangkap 4: Penyair menyeru agar
bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat
dimanfaatkan oleh orang lain.Rangkap 5: Penyair menegah supaya
setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian
kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan
tamak.Rangkap 6: Penyair sekali lagi mengingatkan jangan
mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan
boleh dimanfaatkan.Rangkap 7: Penyair mengajak supaya sentiasa
berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih
mengetahui.TemaKepentingan berbuat jasa.Persoalan(a)Keikhlasan
dalam melakukan pengorbanan.(b)Berhati-hati ketika menerima
pujian.(c)Budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya. Walaupun
orang yang menabur jasa itu sudah tiada lagi di dunia ini, namun
jasanya tetap dikenang.(d)Amal bakti tidak perlu
ganjaran.Bentuk(a)Bentuknya terikat.(b)Terdiri daripada tujuh
rangkap.(c)Berisi empat baris serangkap.(d)Semua baris merupakan
maksud.(e)Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata
sebaris.(f)Terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata
dalam sebaris.(g)Rima akhirnya aaaa.Unsur-unsur
Bunyi(a)Asonansi(pengulangan vokal a). Contohnya:buatlah jasawahai
teruna.(b)Aliterasi (pengulangan konsonan b).
Contohnya:buatlahbaktibudi utama.Gaya Bahasa(a)Sinkope.
Contohnya:tak; mu.(b)Inversi (ayat songsang). Contohnya:hidup
manusia jangan percuma.(c)Diksi (penggunaan Bahasa Arab).
Contohnya:Tuhan Rabbani(d)Perlambangan. Contohnya:buahnya, sumbu
pelita.(e)Kata ganda. Contohnya:selama-lama, sia-sia,
dikaji-kaji.(f)Repitisi. Contohnya: Pengulangan
perkataanhidupsebanyak 4 kali.Nilai(a)Keikhlasan. Contohnya, setiap
perbuatan baik dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan
sebarang balasan.(b)Mengenang jasa. Contohnya, jasa baik yang
ditabur wajarlah dikenang sepanjang hayat kerana jasa itu
memberikan manfaat kepada kehidupan.(c)Rasional. Contohnya, sikap
rasional yang diterapkan dalam diri dapat menjamin kesejahteraan
hidup yang berpanjangan.Pengajaran(a)Kita haruslah ikhlas dalam
melakukan pekerjaan supaya beroleh keberkatan.(b)Kita hendaklah
mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita agar
hubungan yang terjalin akan berkekalan.(c)Kita hendaklah bersikap
rasional dengan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu
perkara sebelum mengambil sebarang tindakan.Posted9th August
2012byleeyum0Add a comment7. AUG9
SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJADMaksud SyairRangkap 1: Pesanan
penyair kepada generasi muda agar jangan suka berbohong dan jangan
mudah diperdayakan orang. Sikap cinta akan kekayaan dan boros
berbelanja juga perlu dielakkan.Rangkap 2: Perkara buruk seperti
mengumpat, menganiayai orang, meninggi diri dan mungkir janji
perlulah dijauhi.Rangkap 3: Jangan sekali-kali berjudi, meminum
arak dan sebagainya kerana akhirnya akan merosakkan diri.Rangkap 4:
jauhilah sifat suka behutang dan meminta-minta kerana kehidupan
orang yang berdikari adalah lebih senang.Rangkap 5: Sikap suka
meminjam dan memberi pinjam perlu dielakkan kerana barang yang
diberi pinjam kebiasaannya akan hilang. Hal ini akan menjejaskan
persahabatan dan akhirnya akan hilang sifat
hormat-menghormati.Rangkap 6: Penyair menyarankan agar perbuatan
suka meminta tolong dielakkan. Perbuatan itu menyebabkan seseorang
itu malas berfikir serta akan membunuh semangat ingin terus
berusaha.Rangkap 7: Generasi muda perlu memiliki semangat cinta
akan negara dan suka berdikari. Janganlah lupa akan asal keturunan
dan membanggakan diri.Rangkap 8: Penyair memberikan kata nasihat
dan peringatan kepada golongan muda. Dengan keizinan Tuhan,
golongan muda akan menjadi generasi yang berguna kepada bangsa dan
negara.TemaTema syair ini ialah pesanan kepada generasi muda agar
memiliki nilai-nilai terpuji dan berusaha menghindarkan benda-benda
keji.Persoalan(a)Menjauhi sifat suka berhutang , yang akan
merenggangkan tali persahabatan dan menyebabkan seseorang itu
dipandang serong oleh masyarakat.(b)Perlunya menepati janji yang
dimeterai supaya kepercayaan orang kepada diri kita tidak
hilang.(c)Kepentingan sifat berdikari dan tidak mengharapkan
bantuan orang lain.(d)Mengelakkan diri daripada melakukan
sifat-sifat keji yang akhirnya akan merosakkan
diri.Bentuk(a)Bentuknya terikat.(b)Terdiri daripada lapan
rangkap.(c)Berisi empat baris serangkap.(d)Semua baris merupakan
maksud.(e)Bilangan katanya empat hingga enam patah kata
sebaris.(f)Terdiri daripada sembilan hingga dua belas usku kata
sebaris.(g)Rima akhirnyaaaaa.Unsur-unsur Bunyi(a)Asonansi
(pengulangan vokal e). Contohnya:Bebas kehidupan sentiasa tatang,
Daya sendiri segenap seketika.(pengulangan vokal i).
Contohnya:Latihlah dirisifat merdeka, Jangan aniaya, bengis dan
benci.(pengulangan vokal u). Contohnya:Ingatlah semua, muda
jauhari, Dirimujadi pemulih negeri.(b)Aliterasi (pengulangan
konsonan j). Contohnya:Jangan mengata,jangan mengeji,Jangan sekali
mungkirjanji.(pengulangan konsonan k). Contohnya:Ataukelebihan
adikdankakak.(pengulangan konsonan l). Contohnya:Akhirnya
kebolehanlenyap terlelong.Gaya Bahasa(a)Anafora (pengulangan kata
pada awal baris). Contohnya:Jangantakbur diri dipuji,Jangansekali
mungkir janji.(b)Repetisi (pengulangan kata, ungkapan, baris atau
rangkap).Contohnya:Janganmeminjamjanganberhutang.(c)Inversi (ayat
songsang)Contohnya:Judi dan arak jangan biasa.(d)Bahasa
Arab.Contohnya:mutah.(e)Imej alam.Contohnya:ular.Nilai(a)Berjimat
cermat. Contohnya, amalan berjimat cermat penting bagi mengelakkan
diri daripada berbelanja perkara yang sia-sia.(b)Menepati janji.
Contohnya, sikap menepati janji membuatkan diri kita disenangi dan
disukai orang lain.(c)Berdikari. Contohnya, sikap berdikari dapat
menghindar daripada suka bergantung harap terhadap orang
lain.(d)Merendah diri. Contohnya, sentiasa merendah diri dan
bersyukur atas kelebihan yang dimiliki.Pengajaran(a)Kita janganlah
boros ketika berbelanja.(b)Kita janganlah bersikap terlalu
materialistik.(c)Kita janganlah berbangga akan asal
keturunan.(d)Kita perlulah mengelakkan sifat suka berbohong.(e)Kita
perlulah sentiasa menepati janji yang dibuat.(f)Kita perlulah
memiliki sifat berdikari dan jangan bergantung kepada orang
lain.(g)Kita perlulah menjauhi semua perkara negatif.Posted9th
August 2012byleeyum0Add a comment8. AUG9
PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT)
Maksud PantunRangkap 1: Kesungguhan bersama-sama menghadapi
susah senang akhirnya akan membawa kejayaan.Rangkap 2: Manusia akan
bersatu padu apabila bermuafakat.Rangkap 3: Sikap bekerjasama dan
bergotong-royong perlu menjadi amalan bagi menjamin kebahagiaan
hidup.Rangkap 4: Negara akan damai dan kehidupan rakyat akan aman
sejahtera sekiranya nilai bermuafakat diberikan keutamaan.Rangkap
5: Persefahaman akan berkekalan dalam kalangan anggota masyarakat
sekiranya mereka berpegang kepada sikap saling mempercayai.Rangkap
6: Perpaduan akan dapat diperkukuh andainya sikap tolak ansur dan
hormat-menghormati diamalkan.TemaTema pantun ini ialah amalan
bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa
kesejahteraan.Persoalan(a) Pentingnya bersama-sama dalam keadaan
susah mahupun senang.(b) Kepentingan kesepakatan hidup bersama.(c)
Sikap saling mempercayai dalam mengekalkan kesepakatan.(d)
Pentingnya mempraktikkan amalan gotong-royong.(e) Sikap bertolak
ansur dan hormat-menghormati mengukuhkan perpaduan.
Bentuk(a) Bentuknya terikat.(b) Pantun ini terdiri daripada enam
rangkap.(c) Pantun ini berisi empat baris serangkap.(d) Pantun ini
ada pembayang (baris pertama dan kedua) dan ada maksud (baris
ketiga dan keempat).(e) Bilangan katanya tiga hingga lima patah
kata sebaris.(f) Setiap baris pantun ini terdiri daripada sembilan
hingga lima belas suku kata sebaris.(g) Rima akhir pantun ini
ialahabab.Unsur-unsur BunyiAsonansi pengulangan bunyi vokal
(a,e,i,o,u)Contohnya:Usahabersamamembawabahagia(pengulangan vokal
a)
Aliterasi pengulangan bunyi konsonanContohnya: Indah sungguh
warna pelangi(pengulangan konsonan n)
Gaya Bahasa(a) Anafora pengulangan kata pada awal
barisContoh:Bulatair kerana pembetung,Bulatmanusia kerana
muafakat.
(b) Repetisi pengulangan
kataContoh:Hidupmuafakat,hidupbahagia.
(c) Imej alam penggunaan unsur alam semula jadiContoh:pelangi,
senja, lurah, buah salak, paya, kangkung, beras, sawah padi,
bungamelati.
(d) PeribahasaContoh:Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia
kerana muafakat.
(e) Responsi pengulangan kata pada tengah-tengah barisContoh:
Bulat airkeranapembetung,Bulat manusiakeranamuafakat.
Nilai(a) MuafakatContoh: kesepakatan dalam kalangan masyarakat
membawa kepada kehidupan yang sejahtera.
(b) BekerjasamaContoh: sikap sentiasa bekerjasama memudahkan
pekerjaan yang kita lakukan bersama.
(c) Bertolak ansurContoh: rakyat yang mengamalkan sikap bertolak
ansur akan menjamin kedamaian seebuah negara.
(d) Saling mempercayaiContoh: persefahaman yang berkekalan akan
wujud sekiranya masyarakat saling mempercayai antara satu sama
lain.
(e) Hormat-menghormatiContoh: Masyarakat yang berbilang kaum
sentiasa diseru agar saling menghormati akan kesejahteraan bersama
akan wujud dan berkekalan.
(f) PerpaduanContoh: Semua ahli masyarakat haruslah bersatu hati
demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarkat.
Pengajaran(a) Kita hendaklah bersama-sama menghadapi saat semasa
susah ataupun semasa senang.(b) Anggota masyarakat hendaklah
mengutamakan permuafakatan.(c) Kita perlulah mengutamakan sikap
bergotong-royong demi kepentingan bersama.(d) Kita perlulah saling
mempercayai antara satu sama lain.(e) Kita hendaklah bersikap
toleransi agar perpaduan dapat diperkukuh.(f) Kita hendaklah
mengamalkan sikap hormat-menghormati demi kesejahteraan hidup
bersama.Posted9th August 2012byleeyum1View comments9. AUG9
SAJAK KEUSANGAN BUDAYA
Maksud SajakRangkap 1: Pada zaman dahulu, gadis-gadis duduk
dengan bersopan santun dan memakai pakaian tradisional
Melayu.Rangkap 2: Pemuda-pemuda pada masa dahulu amat rajin bekerja
namun tetap mempertahankan nilai-nilai warisan bangsa.Rangkap 3:
Kini keadaan sudah berubah. Gadis dan pemuda tidak lagi
menitiberatkan budaya Melayu. Mereka kurang bersemangat dan tidak
produktif.Rangkap 4: Pemuda-pemudi lebih menggemari muzik Barat
hingga menyebabkan muzik dan pakaian tradisional semakin
dipinggirkan.Rangkap 5: Generasi tua berasa sedih kerana budaya
kita semakin dilupakan oleh generasi muda.TemaTema sajak ini ialah
peranan golongan muda dalam mempertahankan adat dan budaya
Melayu.Persoalan(a)Keindahan dan kesopanan budaya Melayu yang perlu
dipertahankan.(b)Pengaruh budaya asing dalam budaya
Melayu.(c)Kecenderungan anak-anak muda terhadap budaya asing selain
melupakan budaya sendiri.(d)Harapan golongan tua agar budaya
warisan terus dipertahankan.NadaMelankolik.Bentuk(a)Berbentuk
bebas.(b)Terdiri daripada lima rangkap.(c)Rangkap pertama mempunyai
empat baris, rangkap kedua mempunyai lima baris, rangkap ketiga
mempunyai enam baris, rangkap keempat mempunyai empat baris dan
rangkap kelima mempunyai empat baris.(d)Bilangan katanya satu
hingga lima patah kata sebaris(e)Terdiri daripada empat hingga
empat belas suku kata sebaris.(f)Rima akhir rangkap pertama
ialahaaab, rima akhir rangkap kedua ialahabbcc, rima akhir rangkap
ketiga ialahabcdbb, rima akhir rangkap keempat ialahaaaadan rima
akhir rangkap kelima ialahabbb.Unsur-unsur Bunyi(a)Asonansi
(pengulangan vokala). Contohnya:kelihatan sang darabersimpuhayu,
berbaju Melayu warisan bangsa, menganyam segar.(pengulangan
vokale). Contohnya:bersalut songket tenunan Melayu, meniup seruling
bambu.(pengulangan vokalu). Contohnya:tubuh-tubuh lesu, merdudan
sayu.(b)Aliterasi (pengulangan konsonand). Contohnya:Ayahanda bonda
di pondok.(pengulangan konsonang). Contohnya:tiada juga
terunagagah.(pengulangan konsonanm). Contohnya:irama gamat menodai
kedamaian.Gaya Bahasa(a)Anafora (pengulangan kata pada awal baris).
Contohnya, katatiadapada rangkap ketiga baris 2 dan 3;
katatubuh-tubuhpada rangkap ketiga baris 5 dan 6.(b)Personifikasi.
Contohnya:irama gamat menodai kedamaian, seruling bambu diam
keusangan, songket dan batik muram disisihkan.(c)Inversi (ayat
songsang). Contohnya:tiada lagi sang dara ayuNilai(a)Kesopanan.
Contohnya, memelihara tingkah laku.(b)Kerajinan. Contohnya,
sentiasa mengamalkan sikap ringan tulang.(c)Bertanggungjawab.
Contohnya, mempertahankan warisan.(d)Penghargaan. Contohnya,
menghargai budaya bangsa.Pengajaran(a)Kita hendaklah mengekalkan
warisan pakaian tradisional.(b)Kita janganlah mudah terpengaruh
oleh budaya asing.(c)Kita mestilah mempunyai jati diri.(d)Kita
haruslah rajin berusaha.(e)Kita perlulah menjaga perasaan golongan
tua.Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment10. AUG9
PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)
Maksud PantunRangkap 1: Bekerjasama perlu diamalkan agar
pekerjaan yang susah akan menjadi senang.Rangkap 2: Seorang gadis
perlulah menjaga maruah diri supaya terselamat daripada perkara
yang tidak baik.Rangkap 3: Mengikut tuntutan hawa nafsu akan
merosakkan tubuh sendiri.Rangkap 4: Percakapan yang tidak dijaga
akhirnya akan membawa bencana kepada diri seseorang.Rangkap 5:
Seseorang murid itu hendaklah rajin berdamping dengan gurunya
supaya apa-apa yang dipelajari akan lebih mudah difahami.Rangkap 6:
Kita digalakkan berkenal-kenalan antara satu sama lain namun
batas-batas pergaulan perlulah dijaga.
TemaTema pantun ini ialah nasihat yang dijadikan sebagai panduan
untukmembina diri seseorang ke arah kebaikan dan kesejahteraan
hidup.
Persoalan(a)Pemupukan semangat bekerjasama anatara anggota
mayarakat.(b)Tanggungjawab untuk menjaga tatasusila dan maruah
diri.(c)Bersikap rasional dan tidak mengikut hawa
nafsu.(d)Kepentingan menjaga percakapan atau tutur
kata.(e)Keutamaan menuntutilmu dengan cara yang betul.(f)Adab dalam
pergaulan.(g)Bentuk(a)Bentuknya terikat.(b)Terdiri daripada enam
rangkap.(c)Berisi empat baris serangkap.(d)Ada pembayang dan
maksudnya.(e)Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata
sebaris.(f)Terdiri daripada lapan hinggga sebelas suku kata
sebaris.(g)Rima akhir rangkap pertama hingga kelima:abab, rangkap
keenam:aaaa.
Unsur-unsur bunyi(a)Anosansi (pengulangan vokala).
Contohnya:Kerjayang payah menjadi senang,Jangan ikut
hawanafsu,Tatasusilaperlu dijaga.(pengulangan vokali).
Contohnya:Kalau gadisingin selamat,Sambil memanggang
siikansepat.(pengulangan vokalu). Contohnya:Jikalausemua
bersatuhati.(b)Aliterasi (pengulangan konsonank),
Contohnya:Melangirkeris pusaka hikmat.(pengulangan konsonans).
Contohnya:Kerissejarahsejak bahari.(pengulangan konsonant).
Contohnya:Tumbuh suburtepitelaga.
Gaya Bahasa(a)Responsi (pengulangan perkataan yang sama di
tengah ayat).Contohnya:Gunung Tahansamadidaki,Sungai
Pahangsamadirenang;Menanambungadi dalam pasu,Bunga
melati,bungapandan;(b)Imej alam. Contohnya:gunung, sungai, nyiur,
tanjung, pohon ara, telaga.(c)Peribahasa. Contohnya:kerana mulut
badan binasa.(d)Repetisi. Contohnya:Bungamelati,bungapandan.
Nilai(a)Rasional. Contohnya, sikap rasional perlu diamalkan
dalam diri setiap orang agar tidak tersilap dalam membuats ebarang
keputusan.(b)Berwaspada. Contohnya, sikap berwaspada dalam
perlakuan dan pertuturan dapat menghindarkan diri daripada perkara
negative.(c)Bekerjasama. Contohnya, amalan bekerjasama membolehkan
pekerjaan yang susah menjadi mudah.(d)Bersopan santun. Contohnya,
sikap bersopan santun perlu diamalkan terutamanya dalam
pergaulan.(e)Bijak menjaga diri. Contohnya, anak gadis hendaklah
pandai menjaga diri mereka agar tidak terjebak dalam perkara yang
tidak baik.
Pengajaran(a)Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu
pekerjaan.(b)Kita perlulah bijak dalam menjaga marusah diri.(c)Kita
hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.(d)Kita
perlulah berwaspada ketika berbicara.(e)Kita hendaklah berguru
ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.(f)Kita hendaklah
sentiasa menjaga adab dan tingkah laku.Posted9th August
2012byleeyum0Add a comment
LoadingDynamic Views template. Powered byBlogger.