-
Seramai 14 orang peserta "Seminar on Oral History Research in
Malaysia and the Philippines" yang berlangsung pada 22 sehingga 24
Julai 2018 di De La Salle University, Manila telah berkunjung ke
Kedutaan Malaysia di Manila yang beralamat No. 107, Tordesilles
Street, Saleedo Village di Makati City. Kedutaan ini bertempat di
bangunan 7 tingkat yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia pada tahun
1985. Selain dari kedutaan di Manila, Malaysia juga mempunyai
pejabat konsul di Davao City. Selain daripada Dato' Jumaat turut
hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah
Malaysia iaitu Dr Zahidi Zainol Rashid, Datin Zuraidah Muhamad dan
Dr Wan Ali Wan Mamat. TYT dalam ucapan ringkas mengalu-alukan
kunjungan peserta dari Malaysia dan sudi menjamu nasi kerabu bagi
jamuan tengah hari. Menurut beliau, selain dari hubungan politik
dan ekonomi hubungan "people to people" dapat merapatkan kedua-dua
negara yang serumpun. Banyak perkataan Tagalog yang sama erti
dengan Bahasa Melayu seperti mahal dan sayang. Juga kuih-kuih
Melayu yang sama dengan kuih Filipina. Dato' Raszlan menyatakan
pihaknya akan memberi kerjasama kepada pihak Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAWIP) dalam misi bantuan kemanusian ke
Selatan Filipina dan juga dalam ekspedisi Persatuan Sejarah
Malaysia menjejaki manuskrip di Marawi City. Pihak Kedutaan akan
menghubungi pihak Muslim Council of Philippines dan pihak Task
Force untuk membantu misi-misi tersebut.
KUNJUNGAN HORMAT KE KEDUTAAN MALAYSIA DI FILIPINA SEMPENA
“SEMINAR ON ORAL HISTORY RESEARCH IN MALAYSIA AND THE
PHILIPPINES” DI MANILA
PROGRAM MENINGKATKAN PRESTASI LULUS MATAPELAJARAN
SEJARAH SPM 2017
PENGABADIAN NAMA TERBILANG BAGI SUATU
DESTINASI KUALA LUMPUR YANG DISANGSIKAN
SEMINAR ANTARABANGSA MALAYSIA-INDONESIA
Menarik di dalam:
Muka 4
Muka 6
Muka 7
Bil. 56/18 APR / JUN 2018
Martabatkan Sejarah Malaysia
Dato' Jumaat Mohd Noor, Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah
Malaysia Menyampaikan Hadiah Buku Kepada TYT Dato' Raszlan Abdul
Rashid, Duta Malaysia Ke Filipina
-
Warkah PSM diterbitkan oleh:
PERSATUAN SEJARAH MALAYSIAAras 3, Anjung, Wisma Sejarah,230,
Jalan Tun Razak,50400, Kuala Lumpur.
DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR)MOHD AROF
ISHAKDATIN ZURAIDAH MOHAMAD
SIDANG REDAKSITel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388Faks : 03 - 2681
4388Email : [email protected] / [email protected]
APR / JUN 2018
MARTABATKANSEJARAH
MALAYSIA
KETUA JABATANProf. Madya Dr Siva Chandralingam Sundara Raja
PROFESOR EMERITUSTan Sri Dr. Khoo Kay KimDato' Wira Dr Mohd
Yuso� HashimDatuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali
PROFESORProf. Datuk Dr. Danny Wong Tze KenProf. Dr. Shakila
Parween Yacob
PROFESOR MADYAProf. Dr. Joseph Milton FernandoProf. Madya Dr.
Hamidin Abdul HamidProf. Madya Dr. Zulkarnaiun Abdul Rahman
PENSYARAH KANANDr. Ahmad Kamal Ari�n Mohd RusDr. Arba'iyah Mohd
NoorDr. Azharudin Mohamad DaliDr. Ho Hui LingDr. Mardiana NordinDr.
Abu Hanifah HaritDr. Noraini Mohamad Hassan
PENSYARAHPuan Salina Zainol
PROFESOR PELAWATProf. Dr. Daniel Georges PerretProf. Andrew
Peacock
JABATAN SEJARAHFAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL,
UNIVERSITI MALAYA
PRESIDENPERDANA MENTERI MALAYSIA
-
3
Alhamdulilah syukur kepada Allah yang telah mengurniakan begitu
banyak kemakmuran dan kejayaan pada bumi bertuah ini. Walaupun
begitu masih banyak isu pokok berkaitan dengan pembinaan negara
yang masih menjadi topik perbahasan hangat dalam masyarakat kita
pada hari ini. Kajian dan perbahasan secara berterusan tentang
episod penting sejarah negara hendaklah dilakukan secara
berterusan. Adalah menjadi tugas para sejarawan dan ahli akademik
kita untuk mencari segala bahan dan membongkar pelbagai tafsiran
penulis sejarah yang lalu, termasuk penulisan sejarah para sarjana
asing agar kita dapat membina pensejarahan kita sendiri yang sesuai
dengan hasrat dan cita cita kebangsaan kita.
Sejarah kita mesti ditafsir dan ditulis oleh bangsa kita sendiri
kerana mereka sahaja dapat memahami dan mentafsir degup jantungnya.
Dalam melakukan tugas tersebut perlulah kita mengambil ingatan
bahawa walau sehebat mana kemampuan seseorang ilmuan itu membuat
tafsiran, namun ianya hendaklah merupakan satu tafsiran yang
bersandarkan kepada fakta-fakta yang tepat, benar dan objektif.
Janganlah kerana terlalu ghairah dengan satu-satu aliran pemikiran,
konsep dan teori, kita sanggup mengesampingkan realiti sejarah,
sebagaimana terungkai dengan jelas melalui fakta-fakta yang ada
terutama penulisan sejarah yang bersifat "half truth".
Pada yang cuma melihat sejarah dari pelbagai sudut pandangan dan
teori sehingga muncul pelbagai tafsiran-tafsiran. Memandangkan
segala senario tersebut kita berasa amat bimbang bahawa umum lebih
lebih lagi angkatan muda, yang rata-rata amat cetek dalam
pengetahuan sejarah, akan menerima tafsiran yang menyeleweng itu
sebagai fakta yang benar.
Sebagai satu usaha yang konkrit untuk mengelakkan pencemaran dan
kecelaruan yang timbul daripada tafsiran yang menyimpang, kajian
yang menyeluruh dan menghasilkan sejarah Malaysia yang definitif,
yang boleh dijadikan rujukan rasmi bagi sebarang perbalahan atau
kontroversi dan perlu merujuk kepada sumber authoritif yang rasmi,
yang akan membantu memperkasakan asas-asas pembinaan negara
bangsa.
Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif
Tan Sri Dato’(Dr) Hj Omar Mohd HashimPengerusiJawatankuasa
EksekutifPersatuan Sejarah Malaysia
APR / JUN 2018
-
4
PENGABDIAN NAMA TERBIL ANG BAGI SUATU DESTINASI KUAL A LUMPUR
YANG DISANGSIK AN
(RIWAYAT TRX: SUATU SURAH DEKLARASI 2017,"FOR A GREATER KUALA
LUMPUR” )
OlehDATO’ HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR
Ku lakarkan catitan ini sebagai renungan,Keatas suatu
pembangunan yang megah dicanangkan,Namun disebalik kegemilangan
yang hendak dizahirkan,Tersembunyi pelbagai urusan kelam yang
mengusarkan,Sesungguhnya ia suatu citra mega yang diimpikan,Namun
perihal "membumikannya" melahirkanSejarah pelaburan yang
diragukan.
I. Inilah riwayat suatu lokasi pembangunan, Megah dan "mega"
bagi seluruh rakyat menyaksikan, Disogokkan dengan nama TRX yang
mahu disejarahkan, Tersohor sebagai TUN RAZAK EXCHANGE yang ingin
dilestarikan.
II. TRX mahu "dibumikan" seluas 28 hektar di Wilayah
Persekutuan, Agar begitu bersejarah NAMAnya diabadikan,|
Sekali-kali kaitan kesejarahannya tidak dina�kan, Tidakkah sosok
tersebut dikenali sebagai Bapa Pembangunan?
III. Agaknya terkini sudah pelbagai juga dimajukan corak
kenangan, Tokoh negarawan tersebut disayangi sepanjang zaman,
Melalui dekad-dekad abad kedua puluhan, Di pelbagai institusi dan
alam sekitarannya, namanya terpahat demi sanjungan.
IV. Kini agaknya di landasan era milenium baru, Samasekali
NAMAnya mahu terus dijulang setia, luhur berpenampilan, Maka di
bumi Wilayah Persekutuan diwajahkan sebagai tanda mercu, Oleh
Pemimpin utama negara, yang ketara bernafsu melakukan
perancangan.
V. TRX terletak di tapak bumi WP begitu berharga, Umpama lubuk
emas, yang justeru melahirkan serba eksplotasi niaga, Dirancang dan
dimajukan dengan licik bertaksiran, Segala putaran dan aliran
pelaburan “cekap beredar” diuruskan.
VI. IMDB, Syarikat Negara yang memacu pembangunan, Seawal lagi
menjalin urusan bersama rakan pemaju Negara China, Suatu ikatan
strategik menggambarkan suatu kepastian penyertaan, Dari kuasa
ekonomi China, lulus bertapak memperolehi laluan,
APR / JUN 2018
-
55
Menara “The Exchange106” . Terpacak sebegitu tinggi berserlahan
di bumi TRX. 2018
Kawasan TRX di Kuala Lumpur dengan deklarasi “Pembangunan Mega”
yang
dijanjikan. 2017
VII. Maka dibumi TRX mahu diungguli dengan sebuah "mercu maha
bertanda", Sebuah binaan pencakar langit, paling tinggi menawan
angkasa, Menara The Exchange 106, dijadikan bukti pujian kemata
seluruh kerakyatan, Pabila Pak Duta Negara China di KL sendiri
melafazkan kemegahan, Bahawa "kontrak" yang dijalinkan,
disempurnakan dengan segala wibawa dan kecepatan.
VIII. Begitu sekali teknologi China mahu hebat dibanggakan,
Menara EX 106, dijadikan bukti pujian ke mata seluruh kerakyatan,
Pabila Pak Duta negara China di K.L. sendiri melafazkan kemegahan,
Bahawa “Kontrak” yang dijalinkan, disempurnakan dengan segala
wibawa dan kecepatan.
IX. Jelas sekali antara usaha pemaju-pemaju ekonomi China Dan
kegiatan dan urusan Dasar Rasmi diterajukan negaranya, Kukuh
terjalin ikatan bersama menjanjikan matlamat pencapaian, Dan bumi
TRX, Kuala Lumpur, itulah medannya terpancang segala-gala
idaman.
X. Malaysia semacam mahu mengikrarkan sebagai sebuah legasi, TRX
bersama Menara Ex 106, kedua-duanya sebagai “Crown Jewel" megah
dimiliki, Namun, negara China, dengan rancangan OBORnya yang
sebegitu bergerak mendominasi, Dijangkakan membuat taksiran,
keberuntungan jauh ke hadapan yang tidak terperi.
XI. Warga Malaysia semacam mahu dipandukan kepada suatu "tugu
kenangan", Terhadap TRX dengan nama sosok tokoh Pemimpin Negarawan
yang bersejarahan, Terletak dan sentiasa terpandang dari lalu
lintas kerakyatan sehari-harian, Agaknya mahu disarankan, menggamit
serta melahirkan cetusan patriotisme kesetiakawanan
XII. Riwayat TRX kembar bersama riwayat IMDB, Kesangsian dan
kecemaran IMDB diuliti kekalutan, Bakal melangsungkan riwayat TRX,
jauh dalam serba persoalan, Tiada panggilan indah, tanpa pujian
maruah yang mungkin mahu dituturkan.
XIII. Wahai Kuala Lumpur, wilayah bumi pusaka kesayangan,
Dirgahayu hendaknya dengan nafas jati berkedaulatan, Sayang, telah
nyata kamu ingin maju perkasa dibangunkan, Dengan hakikat
kompleksiti dan kesangsian rancangan yang mencabar kemaruahan,
Percayalah, akan berlangsung TRX berada dipersada mu berserlahan,
Membawa bingkisan riwayat persoalan yang berpanjangan.
APR / JUN 2018
-
6
SEMINAR MALAYSIA-INDONESIA
OlehAROF ISHAK
Satu persidangan antarabangsa Malaysia – Indonesia telah
berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara pada 5 – 6 Mac 2018.
Ia dianjurkan oleh Institiut Antarabangsa dan Polisi Awam dan
Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya dengan kerjasama beberapa
pihak. Persidangan membincangkan dinamika hubungan Malaysia -
Indonesia dengan meneliti persamaan dan perbezaan.
Kali terakhir persidangan sebegini diadakan di Malaysia anjuran
INPUMA juga ialah pada tahun 2013.
Wakil utama pihak Indonesia ialah IPDN (Institiut Pemerintahan
Dalam Negeri Indonesia), yang juga disertai oleh beberapa orang
wakil dari beberapa universiti di Indonesia. Kali ini dianggarkan
seramai 200 orang hadirin telah berada di dalam dewan sepanjang
persidangan.
Dua ucaputama telah disampaikan. Tun Musa Hitam, mantan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia menyorot kembali enam dekad hubungan
Malaysia-Indonesia dengan memfokus kepada cabaran dan hala tuju
masa hadapan. Tun Musa melihat bahawa pelbagai faktor harus
diteliti dalam hubungan kedua negara temasuk kepentingan nasional,
dan ini mengambilkira pengalaman yang berlaku di masa lampau.
Prof. Emeritus Dorodjatun Kuntjoro-Jakti, mantan Menteri
Koordinator Ekonomi Indonesia, yang menyampaikan ucaputama kedua,
melihat posisi Malaysia - Indonesia dalam konteks perubahan
geopolitik di wilayah Indo-Pasi�k sehingga 10 tahun ke hadapan, dan
dengan menekankan hakikat kepulauan Nusantara dilewati oleh
bangsa-bangsa asing melalui alur-alur laut yang membawa 40%
perdagangan laut dunia. Prof. Emeritus Dorodjatun Kuntjoro-Jakti
juga menekankan kepada perubahan generasi yang berlaku serta
melihat dalam konteks pekembangan dan pergolakan geopolitik dunia
masa kini dan masa mendatang.
Ketua penyelidik IPDN, Dr. Wirfan Syafri menekankan prinsip
kebebasan hak semua bangsa dalam hubungan antarabangsa sepertimana
yang dikemukakan oleh Perlembagaan Indonesia.
Tindak-tanduk negara China yang telah membangunkan diri dalam
bidang militer dan ekonomi membawa tanda tanya yang besar daripada
sudut kepentingan national interests Malaysia dan Indonesia, dan
perkara ini dibangkitkan dalam pembentangan di mana dinyatakan
Malaysia dan Indonesia nyata menyambut baik kemunculan negara
China, tetapi tindak-tanduk China di Laut China Selatan yang bukan
sahaja mengklaim seluruh Laut China Selatan tetapi juga
membangunkan infrastruktur militer di pulau-pulau yang didudukinya
di laut tersebut adalah perkara besar yang digusarkan.
Lebih 20 orang pembicara telah menyampaikan pembentangan
masing-masing dengan melihat daripada pelbagai sudut.
Turut hadir ialah mantan menteri luar Malaysia, Tan Sri Syed
Hamid Syed Jaafar Albar yang telah menyampaikan pemerhatian beliau
ketika jamuan makan malam. Beliau menekankan kepada mengetahui
sensitivities dan kepentingan bersama juga.
APR / JUN 2018
-
7
APR / JUN 2018
PROGRAM MENINGKATKAN PRESTASILULUS MATA PELAJARAN SEJARAH
SPM 2017 PERSATUAN SEJARAH MALAYSIACAWANGAN NEGERI SEMBILAN
OlehDATO SUDIN KAMARI
1.1 Menyedari hakikat bahawa sesorang calon SPM akan gagal
mendapat sijil jika sekiranya gagal dalam mata pelajaran Sejarah,
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (PSMCNS) telah
mengambil inisiatif untuk meningkatkan peratus lulus dalam mata
pelajaran Sejarah bagi calon-calon yang menduduki SPM 2017 seluruh
Negeri Sembilan. Walaupun belum ada kajian dibuat sejauh mana mata
pelajaran Sejarah mempengaruhi keupayaan calon untuk mendapat sijil
SPM tetapi kami percaya kelulusan dalam mata pelajaran Sejarah
sebagai mata pelajaran wajib lulus sedikit sebanyak mempengaruhi
peratusan calon-calon untuk mendapat sijil dalam peperiksaan
SPM.
1.2 Kumpulan sasaran kami adalah guru-guru dan pelajar-pelajar.
Dalam kalangan guru ramai di antara mereka tidak fokus dalam
mengajar Sejarah mengikut kehendak soalan sama ada kekurangan
pengalaman ataupun mengajar bukan dari opsyen mata pelajaran
Sejarah, Sebanyak dua kali kursus diadakan untuk guru-guru.
1.3 Manakala pelajar-pelajar pula ialah dari sekolah harian
biasa (sekolah asrama penuh dikecualikan) yang berada dalam keadaan
gagal-lulus atau GALUS. Pelajar-pelajar ini jika diberi sedikit
‘sentuhan’ mereka akan lulus dan jika dibiarkan mereka akan
‘hanyut’. Kami tidak mengambil pelajar-pelajar yang dianggap baik
yang sudah terjamin lulus ataupun pelajar-pelajar yang memang
berpotensi untuk gagal.
1.4 PSMCNS menyediakan peruntukan sebanyak RM10,000.00 untuk
pelajar dan RM5,000.00 untuk guru. PSM pusat ada memberi sedikit
sumbangan untuk menjayakan program ini.
1.5 Program ini dijalankan bersama Unit Kurikulum (Bidang Kajian
Sosial) Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan dan semua Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sembilan.
1. Pendahuluan
2.1 Sempena dengan mesyuarat agung persatuan pada 17 Julai 2017,
satu seminarpeningkatan prfosionalisme guru-guru sejarah Negeri
Sembilan telah diadakan dihadiri seramai 80 orang guru. Penceramah
terdiri dari guru-guru pakar sejarah. Ceramah lebih tertumpu kepada
motivasi diri, kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah serta pengenalan ringkas kepada kertas-kertas
soalan Sejarah.
2.2 Kursus peningkatan profesionalisme kali kedua guru-guru
sejarah Negeri Sembilan telah diadakan pada 27 Oktober 2017
bertempat di SMK Seremban 2. Seramai 200 orang telah menghadiri
kursus ini. Seorang guru pakar Sejarah dari Johor telah
mengendalikan kursus ini. Kursus lebih berfokus kepada soalan
sejarah Kertas 1, 2 dan 3, kelemahan dan kekuatan calon dan
bagaimana untuk mengatasinya. Guru-guru dibekalkan dengan pelbagai
nota.
2. Kursus peningkatan profesionalisme guru-guru sejarah Negeri
Sembilan
-
8
APR / JUN 2018
3.1 Setelah PPD membuat pilihan berdasarkan ujian percubaan di
sekolah masing-masing, seramai 834 pelajar telah dipilih untuk
mengikuti program ini. Tarikh, tempat kursus, pengangkutan dan
keselamatan pelajar, makan minum dan guru pembimbing dalam kalangan
guru pakar sejarah ditentukan dan diuruskan oleh PPD masing-masing.
Setiap PPD diberi peruntukan sebanyak RM1,600.00
3.2 Pelaksanaan program dan hasil program adalah seprti
berikut:
3.3 Semua daerah PPD berjaya meningkatkan peratus lulus
pelajar-pelajardalam mata pelajaran sejarah SPM 2017. Terdapat juga
daerah yang berjaya melipatgandakan keputusan seperti daerah Kuala
Pilah, Rembau, dan Jempol.
3.4 Namun begitu PSMCNS akan terus berusaha meningkatkan lagi
peratus lulusmata pelajaran Sejarah untuk tahun-tahun akan datang
agar standing dengan mata pelajaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris seperti butiran berikut:
Tarikh Daerah PPD Bil Pelajar Bil.Lulus Ujian Bil. Lulus
mengikuti kursus Percubaan Sek SPM ’17
27/9/17 K.Pilah 101 33 (32.7%) 85 (84.2%)
3/10/17 Rembau 169 13 (0.18%) 142 (84.0%)
4/10/17 P..Dickson 80 66 (82.5) 67 (83.8)
5/10/17 Tampin 258 157(60.9) 217 (64.1%)
2017 2016 2015
Peratus lulus B.Melayu 92.4 91.9 90.3Peratus lulus B. Inggeris
83.5 84.6 82.3Peratus lulus Sejarah 79.0 78.8 77.3Bil. calon m/p
Sejarah 15,788 15,093 15,620Bil. gagal m/p Sejarah 1,054 970
1,112
3. Program meningkatkan prestasi mata pelajaran Sejarah
pelajar-pelajar GALUS
3.5 Daripada data di atas adalah jelas peratus lulus mata
pelajaran sejarah masih rendah berbanding dengan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Jika peratus lulus dapat ditingkatkan setanding
dengan Bahasa Melayu / Inggeris, kami yakin bilangan yang gagal
akan berkurangan dan peratus yang mendapat sijil SPM juga akan
meningkat.
3.6 Kami akan meneruskan lagi program ini bagi tahun 2018 dengan
beberapa penambaikan.
Terima kasih.
-
9
2.1 Sempena dengan mesyuarat agung persatuan pada 17 Julai 2017,
satu seminarpeningkatan prfosionalisme guru-guru sejarah Negeri
Sembilan telah diadakan dihadiri seramai 80 orang guru. Penceramah
terdiri dari guru-guru pakar sejarah. Ceramah lebih tertumpu kepada
motivasi diri, kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah serta pengenalan ringkas kepada kertas-kertas
soalan Sejarah.
2.2 Kursus peningkatan profesionalisme kali kedua guru-guru
sejarah Negeri Sembilan telah diadakan pada 27 Oktober 2017
bertempat di SMK Seremban 2. Seramai 200 orang telah menghadiri
kursus ini. Seorang guru pakar Sejarah dari Johor telah
mengendalikan kursus ini. Kursus lebih berfokus kepada soalan
sejarah Kertas 1, 2 dan 3, kelemahan dan kekuatan calon dan
bagaimana untuk mengatasinya. Guru-guru dibekalkan dengan pelbagai
nota.
History is a subject often described in relation to time or
chronology. The standard description of historical text is that
there should not be fantasies in it. Such characteristics if they
were available, the text concerned should not be considered
historical material because the truthfulness of the events
concerned could have been compromised. Unfortunately in writing
historical events that had been passed down from one generation to
another, they were prone to some changes, partly due to the process
of memory loss. If the stories narrated happened in the past three
generations, the stories could be quite reliable. On the other hand
if the events happened seven generations ago the stories might not
be very reliable any more, that some untruths and fantasies might
be added inadvertently. On the other hand, this tendencies could
have happened advertently in a social environment whereby authors
were supposed to supruce up the events or personalities involved in
order to make them more impressive. It was therefore no coincidence
that such stories of old would often be spruced up with legends and
fantasy episodes that were beyond the normal logic.
The term historiography on the other hand means how history were
written by authors. The authors wrote about the events and
personalities concerned according to their understanding and
perception. They no doubt would try to write about the events and
personalities to the best of their knowledge, ability and
understanding. However, in the process of writing they would be
partly in�uenced by the style, methodology and thinking of their
societies and time. In order to attract attention of readers or
audience in an oral society, extraordinary origins and feats were
added in, to the extent that to some readers, the text contained
some legends and fantasies, the untruth. Therefore, if we were to
read Malay historical texts, we would �nd many weaknesses,
especially relating to the absence of date.
When we want to discuss about Islamic authorship and
historiography, one name that should not be missed is Ibn Khaldun
(AH 732-808/1332-1406 AD).He has often been considered as the most
important Islamic author dealing with the philosophy of history. He
was born in Tunis from a family that emigrated from Seville, Spain.
During his lifetime, he travelled a lot, including spending short
stints in the service of the Andalusian Granada Sultanate (December
1362-February 1365 AD). At one time during the service, he
undertook a diplomatic mission for the Sultan of Granada to
conclude a peace treaty with Pedro 1 of Castile who resided in
Seville. He mentioned that Pedro 1 treated him very nicely. During
the conversation Pedro 1 even o�ered him a post and promised to
restore his ancestral estates, but he declined.
He had written many books, but the most important was a
collection of books entitled Kitab al-‘Ibar (full title: Kitabu
al-‘Ibar wa Diwanu al-Mubtada’ wa al-Habar � Tarikhi al-‘Arab wa
al-Barbar wa man ‘Asarahum min Dawi Ash-Sha’n al-Akbar). The Book
of the ‘Ibar, the record of the origins and events of the days of
the Arabs, Persians and Berbers, and of those of their
contemporaries who were possessors of great power” (Mahdi: 63).
1. INTRODUCTION
2. ISLAMIC HISTORIOGRAPHY
A NOTE ON ISLAMIC HISTORIOGRAPHY
OlehWAN ALI WAN MAMAT
APR / JUN 2018
-
10
The whole book was written in seven smaller books. The �rst book
in the series was the al-Muqaddi-mah or introduction, book two to
�ve on history of mankind up to his time and book six and seven
covers the history of Berbers in the Maghreb. Book one
al-Muqaddimah, written in 1377 CE devel-oped into a book of its
own, dealt mainly with the philosophy of history, universal history
and histo-riography.
The key word in the title is not ‘history’ (tarikh or khabar),
but the word ‘ibar. Although the word ‘ibar is full with meanings,
but in general it is related to wisdom and history. Behind the
expression there was a moral to be understood and practiced.
Islamic community was urged to view past events, both reported and
experienced, as ‘indications’ that should awaken its moral sense
and enhance its ability to act according to the demands of God: to
penetrate behind the apparent meaningless succession of events and
discern the ever present design of the Creator. (Mahdi: 68).
Therefore, “Ibn Khaldun’s main objective was not, however, merely
to relate history, but also to pass beyond history. He intended to
learn from history and not merely to pass through it. He did not
con�ne himself to admonishing his readers by the rhetorical use of
language, but also intended to interpret history and reveal its
secrets through comparison, theoretical comprehension, and the
analysis of the nature and causes of historical events. In
approaching history in this fashion, the external events were no
longer the main aim or end of his research” (Mahdi: 70-71). In
other words, when we study history it is not enough with knowing
the events itself in detail, but of equal importance is to derive
wisdom from it, and understands the ever present of the
Creator.
Relating to historiography, Al-Muqaddimah cites historians’
errors. He advised historians not to accept opinions on an event of
history as fact because it might contain errors. The errors and
de�-ciencies were many in historical records, and he says only
knowledge of the natural modes of human social organization makes
critical investigation of them possible. Among the major ideas of
Al-Muqaddimah was the notion that when a nation attained the height
of its power or the domi-nant culture in the region (civilization)
it will be followed by a period of decay because of internal
con�ict, decadence and so on. The power that overruns it, although
comparatively stronger than the �rst one was normally less
civilized. The new power would soon attain its height of
civilization, but after a period would also undergo a process of
decay, to be replaced by another power. The process of change of
power repeats again and again.
Relating to works on history, Ibn Khaldun expounded the
importance for an author to check the authenticity and truthfulness
of the information available, including those already in written
format based on the notion of nature to civilization (tabi’at
al-umran).He claims that he will check all the available
information �rst before he writes them down based on rationality of
the events. He did not trust historical information in their plain
transmitted forms without comparing them with the near or
contemporary materials in order to �nd out the practicality of
realizing them. For example, he does not take seriously the report
by the famous historian Abu Hasan al-Mas’udi on the number of
Prophet Moses troops. Al-Mas’udi and many other historians reported
that Moses counted the army of Israelis in the desert, all those
able to carry arm, especially those twenty years and older were
quite commendable in numbers. According to him, in this connection
al-Mas’udi forgets to take into consideration whether even Egypt
and Syria could possibly have held such number of soldiers. Any
army can have any number of troops as long as it can manage and
support them. An army of this size for him cannot march or �ght as
a unit.
APR / JUN 2018
-
11
3. CONCLUSIONIn line with Ibn Khaldun’s proposition, a work on
history should be read with a critical mind especially if the works
were written hundreds of years after the events happened or the
personalities involved with the events died. A good example
relating to this case is Sejarah Melayu because it was written well
about 100 years after the fall of Malacca to the Portuguese and
written by a person who was very close to the palace. In addition,
when we read a book of history, we should try to �nd wisdom
contained in it.
BIBLIOGRAPHYMahdi, Muhsin. (2006). Ibn Khaldun’s Philosophy of
History: a Study in the Philosophic Foundation of the Science of
Culture. Petaling Jaya, The Other Press.
Muhammad Yuso� Hashim (ed.). (1992). The Malay Sultanate of
Malacca: a Study of Various Aspects of Malacca in the 15th and 16th
Centuries in Malaysian History; translated by D.J. Muza�ar Tate.
Kuala Lumpur: DBP.
Rosenthal, Franz. (2005). The muqaddimaah: an introduction to
history. Princeton: Princeton University Press.
Sejarah Melayu: the Malay Annals. (1821). Translated into
English by Dr. John Leyden with an introduction by Sir Thomas
Ra�es. London: Longman, Hurst, Rees, Orme, and Brown.
APR / JUN 2018
PEMENANG KUIZ SEJARAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIAPIALA KEMENANGAN
AMINUDDIN BAKI
1980 Sekolah Menengah Jerantut, Pahang 1981 Sekolah Menengah
Batu Anam, Segamat, Johor 1982 Sekolah Menengah Kerajaan Serian,
Sarawak 1986 Sekolah Menengah Victoria, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur 1992 Sekolah Menengah Bukit Jenun, Kedah 1993 Sekolah
Menengah Iskandar Shah, Perak 1994 Sekolah Menengah Bantuan St.
Anthony, Sarawak 1995 Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz,
Selangor 2003 Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor 2004 Sekolah
Menengah Kebangsaan Jelai, Perak 2005 Sekolah Menengah Kebangsaan
Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang 2006 Sekolah Menengah Sains
Selangor 2007 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat,
Pontian, Johor 2013 Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib,
Kuantan, Pahang 2014 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, Port
Dickson, Negeri Sembilan 2017 Sekolah Menengah Kuen Cheng, Kuala
Lumpur 2018 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan
-
12
BERITA BERGAMBAR
ANUGERAH FELO & PINGAT EMAS PSM
APR / JUN 2018
Tan Sri Abdul Rahman Arshad bergambar bersama penerima Anugerah
Felo PSM
Dato’ Kum Boo menyampaikan ucap terima Anugerah Felo PSM
Tan Sri ( Dr ) Omar Mohd Hashim menyampaikan hadiah cenderamata
kepada Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad
Penerima Anugerah Felo dan Pingat Emas PSM bergambar bersama Tan
Sri Dr Abdul Rahman Arshad
Hjh Ramlah Mohamad menyampaikan ucap terima Anugerah Felo
PSM
Tan Sri Abdul Rahman Arshad menyampaikan Anugerah Pingat
Emas
-
Dato'Abang Salahudin Abang Shokran ,Timbalan Ketua Pengarah DBP
menyampaikan ucapan serta merasmikan
MTM ke-62
Sekitar berlangsung Mesyuarat Tahunan Majlis PSM yang ke-62
En Wan Jamaludin Wan Omar menerima hadiah tempat pertama,
kategori awam dari Tan Sri (Dr) Omar Mohd Hashim
Tan Sri (Dr) Omar Mohd Hashim menyampaikan ucapan
Sekitar berlangsung Mesyuarat Tahunan Majlis PSM yang ke-62
Dif-Dif kehormat bergambar bersama pemenang Pertandingan Menulis
Esei Sejarah Malaysia
13
BERITA BERGAMBAR
APR / JUN 2018
MESYUARAT TAHUNAN MAJLIS PSM KE-62 & PENYAMPAIAN
PERTANDINGAN
MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2017
-
14
APR / JUN 2018
Pada pukul 7 pagi, 7 Jun 1974 negara dikejutkan dengan berita
yang penuh tragis. Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara
yang ketiga itu telah di tembak 11 das oleh 2 lelaki di Jalan Tun
Perak. Tujuh daripada 11 tembakan itu mengenai tubuhnya. Kejadian
berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis
Persekutuan di Bukit Aman bersama dengan Sarjan Omar Yunus. Dua
penjenayah yang dipercayai anggota subversif komunis, seorang
daripadanya Lim Woon Chong, alias Ah Kwong, 21 tahun dipercayai
pemimpin Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) seorang lagi Ng
Foo Nam 23 tahun melepaskan tembakan yang membunuh Rahman. Mereka
juga terbabit dalam pembunuhan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo
Chong Khong di Jalan Ashbay, Ipoh pada November 1975. Mereka telah
dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Aktar Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1978.
Tan Sri Rahman Hashim berpengalaman luas dalam kerjaya sebagai
seorang pegawai polis dan telah berkhidmat selama 33 tahun. Dalam
rentetan peristiwa yang telah dilalui, beliau baru berkhidmat dua
bulan apabila tentera Jepun menyerang Pearl Harbour pada 8 Disember
1941 yang membawa kepada tercetusnya Perang Pasi�k. Abdul Rahman
adalah pegawai polis pertama yang memberikan kerjasama kepada
tentera Jepun yang menyerang negeri Kedah. Tindakan itu bertujuan
mengembalikan keamanan kepada negeri itu. Beliau turut
menjadi anggota polis ketika pendudukan Siam di Kedah pada tahun
1943.
Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim telah dilahirkan di Sungai
Limau, Yan, Kedah. Bapa beliau ialah Hashim bin Md Saman berasal
dan Kampung Ceruk Tun Kun, Bukit Mertajam. Pak Hashim sebelum
menjadi Guru Besar Sekolah Sungai Limau, beliau bekerja dengan Nyak
Hussein (bapa Prof Ismail Hussein) di kedai jahit
SEJARAH TRAGISTAN SRI ABDUL RAHMAN HASHIM
OlehDR ZAHIDI DATO ZAINOL RASHID
KETUA POLIS NEGARA KETIGA(1 Februari 1973 - 7 Jun 1974)
-
15
APR / JUN 2018
Tok Su Hana�. Beliau juga menjadi tukang masak di situ. Ibu
beliau adalah Saadiah bt Othman. Tuk Othman bin Abd Samad berasal
dari Kepala Batas, Seberang Perai. Isteri beliau bernama Aminah.
Tan Sri Rahman mempunyai 3 orang adik-beradik. Kakak beliau bernama
Zubaidah dan adiknya pula adalah Khadijah. Suami Zubaidah ialah
Cikgu Nadzim b Md. Akib dan Khadijah berkahwin dengan Cikgu Haji
Othman Hana�ah. Tan Sri belajar di Sekolah Melayu Sungai Limau.
Pada waktu itu bapa beliau Pak Hashim menjadi Guru Besar dengan
gaji RM8/- sebulan.
Beliau memanggil adiknya Cikgu Said untuk mengajar di sekolah
tersebut dan kemudian dihantar belajar di Tanjong Malim. Isteri
Cikgu Said adalah kakak kepada Cikgu Saidin Hana�. Tan Sri Abdul
Rahman memasuki Kolej Sultan Abdul Hamid dan merupakan pelajar dari
Sungai Limau yang pertama memasuki sekolah Inggeris. Bapanya telah
mendirikan sebuah rumah untuk tempat tinggalnya di Seberang Perak
dengan seorang perempuan tua sebagai tukang masak dan
penjaganya.
Pada 17 Oktober 1941 Tan Sri telah dilantik sebagai seorang
pegawai dalam polis negeri Kedah berpangkat Sub-Inspektor. Dalam
pasukan polis beliau telah berkhidmat selama 33 tahun dalam
berbagai jawatan di negeri-negeri Kedah, Selangor, Johor, Perak dan
Pulau Pinang. Di Kedah beliau telah berkhidmat di Bandar Baharu,
Baling, Gurun, Kuala Nerang dan Alor Setar. Pada masa Perang Pasi�k
tamat beliau adalah Ketua Polis Daerah Kuala Nerang. Pada tahun
1949 beliau telah dipindahkan ke Kajang sebagai Pegawai Penyiasat.
Ini adalah pertukaran pertama baginya di luar Negeri Kedah. Ketika
itu beliau berpangkat Inspektor. Pada bulan Januari 1952 beliau
telah ditukarkan ke Kulai, Johor bertugas sebagai Penolong Ketua
Polis Daerah berpangkat Penolong Penguasa Polis. Beliau kemudian
mengikuti Kursus Siasatan Jenayah di Mill Meece, Sta�ord, England
pada 1953. Sekembalinya beliau bertugas di Ibu Pejabat Cawangan
Khas di Kuala Lumpur. Pada bulan September tahun 1957 beliau sekali
lagi dihantar menjalani Kursus Pegawai Kanan selama enam bulan di
Ryton-on-Dunsmore. Pada tahun 1960 beliau telah dinaikkan pangkat
kepada Superintenden
dan menjadi Ketua Jabatan Cawangan Khas di Pulau Pinang. Beliau
kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit
Aman pada tahun 1963 dan menjawat jawatan pengarah pada tahun 1971.
Jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara disandang pada 31
Januari 1972 dan Pemangku Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973
menggantikan Tun Mohamad Salleh Ismail.
Tan Sri Abdul Rahman tidak berkhidmat lama sebagai Ketua Polis
Negara. Anugerah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran
‘Tan Sri’ yang diterima daripada Yang di Pertuan Agong pada 5 Jun
1974 tidak berpanjangan. Beliau hanya sempat mengecapi gelaran itu
selama dua hari sebelum ditembak 11 das oleh dua penjenayah di
Jalan Tun Perak pada 7 pagi 7 Jun 1974. Jenazah beliau dikebumikan
di Tanah Perkuburan Ampang dengan penuh penghormatan negara. Beliau
meninggal seorang balu Puan Sri Halimah Mohamed Isa. Puan Sri
Halimah adalah anak perempuan kepada Sarjan Mohamed Isa dan
bersama-sama tinggal sekampung di Sungai Limau. Tan Sri mempunyai
tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan. Anak sulung
beliau So�ah pernah bertugas sebagai Chief Matron di Universiti
Hospital. Najib Rahman pernah bertugas sebagai Editor Harian Metro.
Datin Sofwanah adalah isteri kepada Dato’ Mohd Kamal Hussein, bekas
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengerusi Sateras.
Tan Sri Abdul Rahman amat disenangi oleh kakitangan pelbagai
peringkat. Ini ialah kerana beliau mementingkan kebajikan
kakitangannya. Beliau sentiasa mengambil berat dan prihatin
mengenai hal ehwal kakitangan termasuk keluarga mereka. Pemergian
beliau disambut dengan linangan air mata oleh setiap anggota polis
dan rakyat negara Malaysia.
Sepanjang hayatnya Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman dikurniakan
Ahli Mangku Negara (1961), Johan Mangku Negara (1968), Bintang
Republik Indonesia (1970), Mahkota Kelas Pertama Thailand (1970,
Bintang Bhayong Karya Indonesia (1972), DPMK, SMK, PMN. Tempat
beliau digantikan oleh Tun Mohd Hani� Omar, Ketua Polis Negara
keempat.
-
16
APR / JUN 2018
Sebagai tradisi berterusan bagi mengiktiraf penuntut terbaik
dalam pengajian sejarah di institusi pengajian tinggi, Persatuan
Sejarah Malaysia bersama Jabatan Sejarah Universiti Malaya, UKM,
USM, UPSI, UMS telah memilih seorang calon terbaik dalam bidang
sejarah bagi penganugerahan Pingat Emas PSM 2016. Acara
pnyampaiannn anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Tan Sri
Wira Abd Rahman Arshad, Mantan Ketua Pengarah Pelajaran. PSM sangat
berharap dengan pemberian anugerah ini akan memberi inspirasi dan
semangat motivasi kepada para penerimanya dalam usaha memartabatkan
sejarah Malaysia. Pingat Emas ini dianugerahkan kepada seorang
graduan terbaik bidang sejarah. Ini adalah satu rancangan unuk
mempertingkatkan pembelajaran dan pengajaran sejarah yang kini amat
tertekan dengan gelombang kuat sains dan teknologi yang begitu
agresif. Pemilihan dan dasar pemilihan yang digariskan ialah
pelajar major program sejarah yang mempunyai keputusan peperiksaan
sekurang kurangnya “A” dalam kursus sejarah Malaysia. Juga
keputusan peperiksaan memperoleh 3.5 PNGK ke atas.
1. Nurul Amirah binti Hamzah (Universiti Malaya) 2. Siti
Zubaidah binti Mohd Ali (Universiti Kebangsaan Malaysia) 3.
Noorilham bin Ismail (Universiti Sains Malaysia) 4. Mohammad Raffie
bin Mohammad Isma (Universiti Malaysia Sabah) 5. Siti Natrah binti
Ali (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
ANUGERAH PINGAT EMAS
PENERIMA ANUGERAH PINGAT EMAS PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
2016
-
17
APR / JUN 2018
TEMPAT PERTAMAPerkembangan Persekolahan Melayu di Pasir Puteh
Sebelum Merdeka: Suatu Kajian Sejarah 1912-1956
Penulis: Wan Jamaludin bin Wan Omar Pekerjaan: Guru
Alamat: SMK Gaal,16800 Pasir Puteh, Kelantan
TEMPAT KEDUATransformasi Maktab Perguruan Kent
Penulis: Lisa Yip Shukye Pekerjaan: Pensyarah
Alamat: Lot 107, Lorong 20, Taman Putera Perdana, 88450 Telipok,
Sabah
TEMPAT KETIGASejarah dan Pengaruh ke atas Senibina Melayu
Penulis: Norshaziera Ezianti binti M. Salim Pekerjaan: Research
Dietition
Alamat: 3-11-1, Vista Angkasa, Pantai Dalam, 59200 Kuala
Lumpur
HADIAH SAGU HATI1.Bandar Kolonial British di Perak 1874-1942
Penulis: Nor Hisham bin Zulki�ee Pekerjaan: Guru Alamat: 9, Hala
Rapat Baru 15, Taman Seri Rapat 31350 Ipoh, Perak
2.Masyarakat Siam di Tumpat Penulis :Nik Ammar Sya�an bin Nik
Mohd Fadzil Pekerjaan: Pelajar IPGM Kampus Sultan Mizan, Trengganu
Alamat: Lot 1003, Jalan Raja Bahar, Kota Jembal, 6150 Kota Bahru,
Kelantan
3.Perkembangan Madrasah –Madrasah di Negeri Selangor Selama 1
Dekad Pasca Kemerdekaan Penulis: Khairul Nizam b. Zainal Badri
Alamat: No. 5 1, Jalan Nusaputra 1/1A Bandar Nusaputra, 4 7130
Puchong, Selangor
KATEGORI AWAM/UNIVERSITI
TEMPAT PERTAMATokoh Pendidikan Ilmu Naqli Dato’ Haji
Muhammad
Fuad bin Kamaludin Al MalikiPenulis: Muhammad Adi Ruzaini bin
Zainal
Alamat: SMK Taman Desa, Bandar Country Homes, 48000 Rawang,
Selangor
TEMPAT KEDUASejarah Peranan dan Sumbangan Adnazn Saidin dalam
Sukan Sepak
Takraw pada Tahun 1970 hingga Tahun 2000 Penulis: Siti Hajar
binti Muhammad Yusof
Alamat: SMK Tunku Temenggung 096700 Pendang, Kedah Guru
Pembimbing: Encik Wan Rusli bin Wan Omar
TEMPAT KETIGATiada Yang Layak
HADIAH SAGU HATI1. Sejarah Penubuhan Perniagaan Mudim dan
Sumbangan kepada Masyarakat pada tahun 1987 hingga 2015Penulis:
Nursyifaa’ Binti AzizanAlamat: SMK Tunku Temenggun, Pendang,
KedahGuru Pembimbing: Wan Rusli bin Wan Omar
2. Sejarah Pencapaian Akademik Sekolah Sultan Alam Shah,
Putrajaya dari tahun 2007 hingga 2015Penulis: Nur Aimi Faiqah binti
ArmayAlamat: SMK Putrajaya Presint 5 (1), Jalan P5A/5, 62000
Wilayah Persekutuan Putrajaya Guru Pembimbing: Pn Zaharatul bt K.K.
Bun Bun
KATEGORI TINGKATAN 6/MATRIKULASI
KEPUTUSAN PERTANDINGANMENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2017
Fikir yang baik-baik Cakap yang baik-baik Minta yang baik-baik
Sangka yang baik-baik InsyaAllah Yang datang nanti semua yang
baik-baik.
Ibu Mussal
Examples are not the main thing in in�uence others it’s the only
thing.
Albert Schwellzer
KATA-KATA HIKMAH
-
18
APR / JUN 2018
TEMPAT KETIGAKontrak Ekonomi Buat Sang Penghijrah di Johor
Abad
ke-19 Penulis: Abdul Jamalisyawal bin Ambo’ Miri, Jesrina Adny
binti Mansor,
Nuralya Fatihah binti Md Ruzaman Alamat: SMK Pasir Gudang, Jalan
Bandar, 817090 Pasir Gudang, Johor
Guru Pembimbing: Pn Nursha�kaalia bt. Ghazali
HADIAH SAGU HATI1.Tan Sri Mohamad Rahmat: Lambang Tokoh
Perpaduan dari Pulai Penulis: Ahmad Nazif Abdillah bin Dorahim
Alamat: Maktab Rendah ains MARA Tun Dr Ismail, 81200 Pontian, Johor
Guru Pembimbing: En Fauzi bin Muhamed & Adib Zhafry bin
Rozy
2. Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Penulis: Sarah
Balqis binti Zainudin Alamat: SMKA Maahad Hamidiah, Jalan Sungai
Ramal Luar 43909 Kajang, Selangor Guru Pembimbing: Pn Hazmini binti
Hamzah
3. Polis Diraja Malaysia: Perajurit Sang Saka Biru Penulis:
Muhammad Alif Razin bin Muhammad Sirajuddin, Azamuddin bin Mohd
Azman & Wan Amsyar Anaqi bin Wan Ediwan Alamat: Sekolah Dato’
Abdul Razak, Sungai Gadut, 71450 Seremban, Negeri Sembilan Guru
Pembimbing: Pn Hasmahan binti Abd. Rahman
4. Telekom Malaysia: Menyokong Kehidupan, Menentukan Masa Depan
Penulis: Farhan Irsyad bin Faizan, Muhammad Aiman Mursyid bin
Zulki�i & Alif Zakwan bin Kamarul-ZamanAlamat: Sekolah Dato’
Abdul Razak, Sungai Gadut 71450 Seremban, Negeri Sembilan Guru
Pembimbing: Pn Hasmahan binti Abd. Rahman
TEMPAT PERTAMAPerkembangan Perlombongan Bijih Timah di Klian
Intan
dan Kesan Kepada PendudukPenulis: Nursyahirah binti Zulkehli,
Wan Nurul Ridza Irdina binti Ridzuan,
Nur Alyaa Aunie binti Abdul Manan Alamat: SMK Kamunting, 34600
Kamunting, Perak
Guru Pembimbing: Pn Basiroh binti Yaakob
KATEGORI MENENGAH ATAS
TEMPAT KEDUAPerkembangan Islam di Sarawak
Penulis: Mohamed Farhan bin Mohamad Abdul Kadir, Keith Wong Poh
Teck & Beckham Ngumbang Anak Desmond
Alamat: SMK St. Joseph, Jalan Tun Abang Openg, 9300 Kuching,
Sarawak
Guru Pembimbing: En Cheng Chau Voon
TEMPAT PERTAMASyeikh Murtadza bin Sheikh Ahmad: Pemimpin
Legasi
Kecemerlangan Ummah Penulis: Annas Syahimi bin Abas & Aiman
Zulhilmi bin Salehudin
Alamat: Sekolah Dato’ Abdul Razak, Sungai Gadut, 71450 Seremban,
Negeri Sembilan
Guru Pembimbing: Pn Hasmahan binti Abd. Rahman
TEMPAT KEDUAMajlis Perbandaran Seremban: Pemacu Kepada
Pembangunan Negeri Sembilan Penulis: Muhammad Hedriz Syakireen
bin Ahmad Firdaus,
Muhammad Akif bin Hashim & Muhammad ‘Izzat Haziq bin Mohd
Isa Alamat: Sekolah Dato’ Abdul Razak, Sungai Gadut 71450
Seremban,
Negeri Sembilan Guru Pembimbing: Pn Hasmahan bt Abd. Rahman
TEMPAT KETIGATokoh Tempatan di Masjid Tanah : Tuan Haji
Hana�ah
Othman Penulis: Abdullah A�q Badly bin Abdullah
Alamat: SMK Ghafar Baba, 78300 Masjid Tanah, Melaka Guru
Pembimbing: Pn Sharina binti Md Kassi
KATEGORI MENENGAH RENDAH
HADIAH SAGU HATI1. Bangunan Sultan Abdul samad Penulis: Dayang
Ruind Khuzandrid binti Mohd Nasir Alamat: SMK Taman Desa, Bandar
Country Homes, Rawang, Selangor Guru Pembimbing: Puan Thanabakiyam
A/P Punnapillai
2. Tokoh Negarawan Parlimen Rompin Penulis: Mohd Asman bin Mohd
Aminjum Alamat: SMK Rompin, Jalan Tuan Syed Othman, 26800 Rompin,
Pahang Guru Pembimbing: Pn Nor Hasrina binti Ashari
3. Desa Ukiran Kaya Istana Tengku Long: Pengimbau Warisan Seni
Ukir Kayu Penulis: Kamil Hada� bin Mohd Hamdan Alamat: Sekolah
Menengah Imtiaz Yayasan Trengganu Besut, Kota Putra 22000 Besut,
Terengganu Guru Pembimbing: Puan Noraini binti Mohd Nor
KATA-KATA HIKMAH
A library is a good place to go when you feel unhappy, for there
in a book you may �nd encouragement and comfort. A library is a
good place to go when you feel bewildered or undecided for there in
a book
you may have your question answered E.B.White
-
19
APR / JUN 2018
RESENSI BUKUJudul : SUTAN PUASA FOUNDER OF KUALA LUMPURPenulis :
ABDUR-RAZZAQ LUBISPenerbit : ARECA BOOKSCetakan : 2018Halaman :
648
Buku berjudul "Sutan Puasa: Founder of Kuala Lumpur” setebal 615
halaman ditulis oleh Abdur-Razzaq Lubis dan diterbitkan oleh Areca
Books. Buku ini dipercayai akan menimbulkan debat tentang siapa
sebenarnya membuka Kuala lumpur. Abdur-Razzaq menyatakan buku ini
diterbitkan adalah berdasarkan maklumat baru berkaitan dengan
sejarah tanah air. Buku ini memberi fokus kepada peranan Sutan
Puasa, saudagar Maidailing yang terlibat dalam kegiatan awal
lombong bijih timah di Kuala Lumpur di pertengahan abad ke-19.
Abdur-Razzaq mempunyai data dan fakta tentang siapa sebenarnya
membuka Kuala Lumpur. Fakta yang menyatakan bahawa Kapitan Cina Yap
Ah Loy atau Raja Abdullah, Orang Besar Jajahan Klang sebagai
pembuka Kuala Lumpur seperti terdapat dalam buku teks menimbulkan
polemik. Setengah orang menolak walaupun belum membaca buku beliau.
Walaubagaimana pun kajian beliau menunjukkan Sutan Puasa membuka
Kuala Lumpur. Beliau mengambil masa 5 tahun untuk melengkapkan
kajian dan mendapat banyak cabaran dalam usaha mendapat bahan
rujukan. Buku ini diberi kata pengantar oleh Prof Emeritus Terry
McGee dari University of British Columbia, Vancouver, Canada. Prof
Terry menyifatkan buku Abdur-Razzaq memberi interpretasi baru
kepada sejarah awal Kuala Lumpur McGee pernah membuat kajian
tentang sejarah orang Melayu di Kuala Lumpur untuk pengajian PhD
beliau. Abdur-Razzaq dalam bukunya ada memuat peta dan gambar
lama
Kuala Lumpur. Beliau memulakan bab pertama buku beliau dengan
"The Naming of Kuala Lumpur" yang digunakan dalam dokumen lama
seperti Sungai Lumpur dan Pengkalan Lumpur. Dalam bab dua beliau
menyentuh tentang beberapa nama seperti Yap Ah Loy, Hiew Siew dan
Raja Abdullah. Seterusnya dari bab ketiga beliau menyentuh tentang
peranan Sutan Puasa dalam sejarah awal Kuala Lumpur. Buku ini
membuka peluang untuk orang ramai memahami peristiwa penting dalam
sejarah tanah air.
-
20
APR / JUN 2018
BUKU BARU TERBITAN PSM
Abdullah Samsudin: Panglima Melayu TerbilangPenulis: Dato’ Dr.
Nadzan HarunHalaman: 443Tahun Terbitan: 2018