-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 1
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA
SURAT
1 LATAR BELAKANG KUMPULAN
1.1 PENGENALAN KUMPULAN 2
1.2 RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK 3
2 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK
2.1 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK 4
2.2 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA 5
2.3 KAITAN DENGAN KEHENDAK STAKEHOLDER 5
2.4 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL 6
2.5 KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM
SEMASA
7
3 TINDAKAN PENYELESAIAN 8
3.1 EMPATHIZE (EMPATI) 9
3.2 DEFINE (TAKRIFAN) 9
3.3 IDEATE (PENJANAAN IDEA) 10
3.4 PROTYPE AND TEST (PROTAIP DAN UJIAN) 11
4 KEBERKESANAN PROJEK 14
5 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI 16
1.0 LATAR BELAKANG KUMPULAN
1.1 PENGENALAN KUMPULAN
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 2
NAMA KUMPULAN : REHAB COTOURE
NAMA ORGANISASI : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
(PERKESO)
BAHAGIAN : PUSAT REHABILITASI PERKESO TUN ABDUL
RAZAK
ALAMAT :
Lot PT7263 HANG TUAH JAYA BANDAR
HIJAU 75450 MELAKA
NO. TELEFON & FAKS : 06 2354000
TARIKH PENUBUHAN : JANUARI 2018
AHLI KUMPULAN : DR ABDUL RASHID MAHIDIN
EN MUSTAPA UMAR
EN TAN ENG WAH
EN OOI HAN SIANG
CIK KHAIRUNNISA MOKTHAR
CIK NAZATUL AKMA ZAWAWI
PN. JULIANA SALLEH
TAJUK PROJEK : ADAPTIVE CLOTHING
BIDANG INOVASI :
KATEGORI INOVASI : PENAMBAHBAIKAN
TARIKH SIAP PROJEK : 6 Jun 2018
MOTTO : Fashion for everyone
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 3
1.2 RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK
Keterangan
Masalah
: Setelah mengalami hilang upaya kebanyakan individu akan
mengalami
kesukaran dan kesulitan dalam melakukan aktiviti harian
terutamanya
mengenakan pakaian terutamanya bagi individu yang mempunyai
limitasi di bahagian “upper limb”.
Penyataan
Masalah
: Sehingga ini tiada pakaian yang bersesuaian dan menepati
kehendak
serta keperluan individu yang mengalami limitasi pergerakan di
bahagian
“upper limb” di pasaran Malaysia. Kajiselidik telah di edar
kepada 30
orang klien di Pusat Rehabilitasi PERKESO berfokuskan kepada
individu
yang mengalami serangan “stroke” yang bertujuan untuk
mengenalpasti
pemilihan jenis pakaian sebelum dan selepas mengalami
serangan
stroke. Jenis pakaian di dalam kajian adalah
1. T- Shirt
2. Kemeja
3. Blouse
4. Baju Tradisional
5. Seluar Slack
6. Seluar Jeans
7. Seluar Sukan
8. Kain Sarong
Hasil kajian menunjukkan bahawa 80 peratus klien tidak lagi
cenderung
memakai pakaian kemeja, baju tradisional, seluar slack dan
seluar jeans
selepas serangan stroke.
Sasaran : Menghasilkan pakaian khas yang menepati keperluan dan
kehendak
Orang Kelainan Upaya yang memfokuskan kepada pakaian
tradisional.
Tindakan
Penyelesaian
: Merekabentuk dan menghasilan produk pakaian khas untuk
kegunaan
Orang Kelainan Upaya. Prototaip telah berjaya di siapkan dan di
guna
pakai oleh klien pada Jun 2018 sempena Hari Raya Aidilfitri
Hasil Projek : Hasil Projek menunjukkan peningkatan tahap
keupayaan klien untuk
mengenakan pakaian tradisional secara berdikari tanpa
memerlukan
bantuan penjaga atau ahli keluarga. Dengan ini klien akan
lebih
cenderung untuk menggunakan pakaian tradisional.
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 4
Potensi
Pengembangan
Inovasi
: Produk ini berpotensi untuk di komersilkan untuk kegunaan
Orang
Kelainan Upaya daripada pelbagai jenis kondisi.
2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK
2.1 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK
Pemilihan Projek Adaptive Clothing ini berdasarkan keperluan
berikut setelah langkah
pemerhatian dan kajian di jalankan di Pusat Rehabilitasi PERKESO
:
2.1.1 Limitasi Pergerakan Anggota Badan
Hasil kajian dan pemerhatian kepada Klien, kebanyakan individu
yang mempunyai limitasi
pergerakan anggota badan selepas mengalami hilang upaya di
sebabkan kemalangan
atau penyakit akan cenderung untuk tidak memakai pakaian
tradisional. Ini di sebabkan
kesukaran golongan ini untuk memakai dan membuka pakaian
tersebut dan
kebiasaannya akan memerlukan bantuan pihak ketiga.
2.1.2 Ketiadaan Jenis Pakaian ini di Pasaran Malaysia
Pada masa ini tiada lagi pakaian “Adaptive Clothing” di pasaran
Malaysia. Dengan ini
memberi kesukaran kepada golongan ini termasuk ahli keluarga
dalam menyediakan
persiapan semasa menyambut hari perayaan. Ini sedikit sebanyak
akan menjadi
halangan kepada golongan ini dan ahli keluarga untuk mencapai
tahap kehidupan yang
berkualiti.
2.1.3 Diskriminasi
Penghasilan pakaian Adaptive Clothing ini sekaligus menunjukkan
tiada sebarang bentuk
diskriminasi akan wujud dari aspek pemakaian di sebabkan
seseorang individu itu
mempunyai limitasi di sebabkan oleh penyakit atau kecederaan.
Ini juga boleh membantu
golongan orang kelainan upaya untuk menjalani kehidupan seperti
orang normal dengan
kembali kepada perkara asas iaitu dari segi berpakaian.
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 5
2.2 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA ORGANISASI
Pelaksanaan projek ini memenuhi kehendak stakeholder dalam
menangani masalah yang
mereka hadapi dan juga selaras dengan visi, misi dan objektif
organisasi iaitu:
2.2.1 Matlamat Organisasi:
“Menjadi pusat kecemerlangan yang bertaraf dunia dalam bidang
rehabilitasi”.
2.2.2 Objektif Organisasi:
“Memberikan perkhidmatan rawatan rehabilitasi yang berkualiti
bertujuan untuk
employment retention dan integrasi sosial” melalui pendekatan
berikut:
1. Infrastruktur
2. Perkhidmatan
3. Sustainability
4. Capacity Building
5. Pensijilan
6. Kajian dan Pembangunan
2.3 KAITAN DENGAN KEHENDAK STAKEHOLDER
Pengeluaran pakaian khas ini adalah bagi memenuhi keperluan
stakeholder yang berkaitan :
2.3.1 Sub – Objektif – Memberikan Perkhidmatan (Rehabilitasi dan
Vokasional)
yang menggalakkan klien kembali aktif di dalam masyarakat.
Bertepatan dengan salah satu objektif Pusat Rehabilitasi PERKESO
untuk menyediakan
perkhidmatan Rehabilitasi dan Vokasional yang di bangunkan
khusus berdasarkan
keperluan klien bagi membantu golongan pekerja yang mengalami
hilang upaya agar
mampu melakukan semula aktiviti walaupun mengalami limitasi
hasil daripada
kecederaan atau penyakit. Dengan pengenalan pakaian khas ini
akan membantu
golongan sasar iaitu mereka yang menghidap serangan stroke untuk
kembali memakai
pakaian tradisional tanpa bantuan sebarang pihak sekaligus
meningkatkan tahap
keyakinan mereka untuk kembali aktif di dalam masyarakat contoh
menghadiri majlis-
majlis keramaian.
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 6
2.3.2 Pelan Strategik PERKESO 2016-2020
Objektif utama penghasilan Pakaian Khas ini adalah untuk
memastikan golongan sasar
tidak akan merasa terpinggir daripada mengenakan pakaian yang
kebiasaanya di
gunakan sebelum mengalami serangan stroke sekaligus meningkatkan
kualiti hidup dan
tahap keyakinan mereka untuk kembali aktif di dalam masyarakat.
Ianya telah menepati
kehendak Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 iaitu menepati dan
menyokong empat
(2) daripada lima(5) teras utama iaitu:
PELAN STRATEGIK PERKESO 2016-2020
Teras 4 : Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Pelanggan
Bil Strategi
Memantapkan pengurusan hilangupaya melalui Program RTW dan
Rehabilitasi
Teras 5 : Melestarikan Budaya Kreativiti, Inovasi dan
Kualiti
Bil Strategi
Memantapkan perlaksanaan inisiatif kualiti dan inovasi menerusi
penetapan sasaran-sasaran utama.
2.4 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL
Penghasilan Pakaian “Adaptive Clothing” ini adalah selari dengan
hasrat kerajaan untuk
tidak mengenetepikan golongan Orang Kelainan Upaya daripada
terlibat aktif di dalam
sebarang aktiviti masyarakat bagi meningkatkan kualiti kehidupan
mereka.
2.4.1 Pelan Strategik Kementerian Sumber Manusia
Penubuhan Pusat Rehabilitasi PERKESO dan perlaksanaan program
Return to Work
PERKESO adalah bertepatan dengan Teras 6 Pelan Strategik
Kementerian Sumber
Manusia iaitu Menyediakan Jaringan Keselamatan Sosial. Dengan
penyediaan
Pakaian Khas ini menjadi salah saru plafform untuk meningkatkan
tahap keyakinan Orang
Berinsurans untuk kembali semula aktif di dalam masyarakat.
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 7
2.5 KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA
2.5.1 Orang Berinsurans
Projek ini amat signifikan kepada OB yang mengalami limitasi
disebabkan oleh
kemalangan atau penyakit yang mengakibatkan kesukaran untuk
memakai pakaian
terutamanya pakaian tradisional. Golongan OB ini akan memerlukan
bantuan pihak ketiga
untuk mengenakan pakaian tradisional, oleh yang demikian
kebanyakan Ob yang
mengalami hilang upaya ini tidak akan memakai pakaian
tradisional lagi sekaligus
mengurangkan kualiti kehidupan mereka. Justeru itu dengan adanya
pakaian khas ini
akan membantu Ob memakai pakaian tanpa bantuan pihak ketiga dan
sekaligus
menggalakkan semula penglibatan aktif di dalam masyarakat dengan
mengenakan
pakaian tradisional walaupun mempunyai limitasi. Ini penting
bagi membolehkan Ob tidak
merasa diskriminasi dari aspek pemakaian pakaian
tradisional.
2.4.2 Ahli Keluarga
Dengan adanya Pakaian Khas ini di pasaran Malaysia, ini secara
langsung akan
membantu ahli keluarga OB untuk menyediakan pakaian tradisional
semasa persiapan
untuk menyambut sesuatu perayaan atau untuk menghadiri
majlis-majlis keramaian
sekaligus mengurangkan kesukaran kepada ahli keluarga dan
meningkatkan tahap kualiti
kehidupan sekeluarga.
2.4.3 Pereka Fesyen
Penghasilan prototaip Pakaian Khas ini di Malaysia sekaligus
akan menggalakkan lagi
pereka-pereka fesyen untuk menambah baik lagi produk yang sedia
ada. Dengan
penglibatan aktif para
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 8
3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN
Bagi tujuan penghasilan projek, kaedah Design Thinking telahpun
digunakan untuk
penghasilan dan menghasilkan “Adaptive Clothing”. Kumpulan ini
telah menggunakan
Pendekatan Kuantitatif dalam kajian ini melalui kaedah soal
selidik kepada Orang
Berinsuran di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak
bertujuan untuk mengetahui
tahap kesukaran dalam memakai pakaian sebelum dan selepas mereka
(OB) mengalami
limitasi iaitu serangan Stroke. Pemilihan OB yang berdiagnosis
Strok kerana mereka
mempunyai atau mengalami limitasi yang paling teruk terutama
pada bahagian Upper
Limb.
Terdapat lima proses dalam kaedah Design Thinking iaitu
Empathize (empati), Define
(Takrifan), Ideate (Penjanaan Idea), Prototype (Prototaip) dan
Test (Ujian):
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 9
3.1 Empathize (Empati)
Berdasarkan maklumbalas dari borang soal selidik yang dijalankan
kepada 30 orang berinsurans
di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak,berikut adalah
data kebolehfungsian dan
pemilihan pakaian sebelum dan selepas mengalami Strok.
Melalui data ini, didapati 4 jenis pakaian yang memberikan
perbezaan yang ketara sebelum dan
selepas mengalami serangn strok iaitu pakaian Kemeja, Baju
tradisional, seluar jeans dan seluar
slack.
3.2 Define (Takrifan)
Daripada data soal selidik yang dijalankan, didapati respondan
lebih cenderung memilih pakaian
seperti T-shirt, Seluar Sukan dan Kain Sarong selepas mengalami
serangan strok. Ini adalah
kerana pakaian tersebut lebih mudah dikenakan dan mempunyai saiz
yang lebih besar
berbanding dengan pakaian lain. Terdapat 4 jenis pakaian yang
sangat jarang dipakai dan dipilih
oleh respondan selepas mengalami strok iaitu Baju Kemeja, Baju
Tradisional, Seluar Slack dan
Seluar Jeans. Perbezaan yang ketara pada Baju Kemeja dan Seluar
Slack adalah kerana
respondan tidak lagi bekerja dan tidak memakainya sebagai
pakaian kasual. Pakaian Tradisional
jarang atau bukan lagi menjadi pilihan respondan selepas
mengalami serangan strok adalah
kerana kesukaran semasa memakai dan menanggalkan pakaian
tersebut kerana rekaannya
yang mempunyai ruang yang terhad.
23
20
6
18
14
19 20
14
22
4 35 6 5
20
10
0
5
10
15
20
25
T-Shirt Kemeja Blouse BajuTradisional
Seluar Slack Seluar Jeans Seluar Sukan Kain Sarong
Before Stroke After Stroke
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 10
3.3 Ideate (Penjanaan Idea)
Hasil daripada soal selidik tahap kesukaran dan permasalahan
serta pemilihan jenis pakaian bagi
klien strok, kumpulan ini telah bersetuju untuk merekabentuk
Pakaian Tradisional yang mengikut
keperluan mereka kerana pakaian tradisional adalah pakaian yang
sering dipakai sebagai
pakaian rasmi mahupun kasual.
3.3.1 Justifikasi Cadangan Penyelesaian
Melalui kaedah brainstorming berikut adalah kaedah 5w+1H yang
digunakan bagi
menjustifikasikan cadangan penyelesaian yang telah
dilakukan:
3.3.2 Carta Aliran Pelan Penghasilan dan Rekabentuk “Adaptive
Clothing”
Berikut adalah carta aliran pelan penghasilan dan rekabentuk
“Adaptive Clothing” yang
dilakukan:
WHAT
•Pemilihan pakaian tradisional selepas mengalami serangan
strok
WHY
•kesukaran semasa memakai dan menanggalkan pakaian
tradisional
WHEN
•kegunaan harian, majlis rasmi, hari raya dan aktiviti
sosial
WHERE
•Ruang yang terhad
WHO
•Pesakit strok dan yang mempunyai limitasi di bahagian "Upper
Limb"
HOW
•Rekabentuk "Adaptive Clothing" yang mengekalkan ciri asal namun
menepati kehendak klien
Soal selidik untuk mengetahui
permasalah an dan kesukaran dalam
mengenakan pakaian
merekabentuk ciri-ciri pakaian yang
menepati kehendak dan keperluan klien
pemilihan bahan-bahan kemasan dan
jenis fabrik
Prototype dan testing
Paternkan "Adaptive Clothing"
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 11
3.3.3 Pelan Tindakan Penyelesaian
Bagi tujuan penghasilan produk yang lebih komprehensif, carta
perbatuan telah dijadikan
sebagai panduan perancangan dan perlaksanaan setiap aktiviti
yang dijadualkan:
3.4 Prototype & Test (Protaip & Ujian)
Sesi Design Testing telah dijalankan kepada 20 orang respondan
bermula pada Mei 2018. Berikut
adalah rekabentuk yang telah direka dan disiapkan:
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 12
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 13
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 14
4.0 KEBERKESANAN PROJEK
4.1.1 Kebolehfungsian rekabentuk “Adaptive Clothing”
Bagi projek “Adaptive Clothing”, kami mengukur aktiviti
kebolehfungsian memakai baju
(Dressing) untuk melihat keberkesanan Adaptive Clothing melalui
penggunaan FIM
(Functional Independence Measure) iaitu satu bentuk penilaian
standard yang mengukur
tahap kefungsian Orang Kurang Upaya dari segi fizikal,
psikologikal dan juga fungsi sosial.
Melalui penilaian FIM tahap kefungsian iaitu keupayaan OB akan
dinilai mengikut tahap
skor yang telah ditetapkan. Terdapat 18 item kategori yang
mengukur tahap kefungsian
fizikal, psikologikal dan fungsi social seperti jadual di
bawah.
Sebanyak 20 orang OB diukur tahap kefungsian ketika memakai
“Adaptive Clothing” dan
hasil dari ujian ini adalah seperti berikut:
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 15
Hasil dari penilaian FIM ini, didapati tahap kefungsian menjadi
lebih baik setelah memakai
pakaian “Adaptive Clothing”.
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
Total Assist Maximal Assist Moderate Assist Minimal Assist
Supervision ModifiedIndependence
CompleteIndependence
Perempuan
Pre Post
-
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE
pg. 16
5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
Produk Pakaian Khas ini adalah yang pertama di bangunkan di
Malaysia oleh PERKESO. Potensi
pengembangan amat luas dengan adanya penglibatan golongan Pereka
Fesyen Profesional di
Malaysia. Kerjasama erat dengan pemain industri fesyen akan
menghasilkan pakaian khas yang
lebih dinamik dan pelbagai untuk memenuhi semua jenis
ketidakupayaan di semua peringkat
umur di Malaysia. Disebabkan pada masa ini prototaip yang di
bangunkan hanya memfokuskan
kepada golongan yang mengalami serangan stroke sahaja.
Pengeluaran secara “mass production” pula akan membantu untuk
mengurangkan kos jualan
Pakaian Khas ini sekaligus akan memberikan peluang kepada
golongan yang kurang
berkemampuan untuk mendapatkan produk ini.