Top Banner
BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU KUMP A (3) ANALISIS KARYA AGUNG MODEN LASKAR PELANGI OLEH ANDREA HIRATA NURUL FADZILAH BINTI RAHMAN D20121057985 NORASYIKIN BINTI ABD MALIK D20121057986 SARAMAH BINTI JAWATAN D20121057989 ROZILA BINTI IBRAHIM D20121057999 NORASYIKIN BINTI AZIZ D20121058006
52

Kump 3 laskar pelangi

Jan 22, 2017

Download

Education

saramah upsi
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Kump 3 laskar pelangi

BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

KUMP A (3)

ANALISIS KARYA AGUNG MODENLASKAR PELANGI OLEH ANDREA HIRATA

NURUL FADZILAH BINTI RAHMAN D20121057985NORASYIKIN BINTI ABD MALIK D20121057986SARAMAH BINTI JAWATAN D20121057989ROZILA BINTI IBRAHIM D20121057999NORASYIKIN BINTI AZIZ D20121058006

Page 2: Kump 3 laskar pelangi
Page 3: Kump 3 laskar pelangi
Page 4: Kump 3 laskar pelangi

Pengenalan

Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al (2016:4), penelitian ciri-ciri karya agung Melayu dibuat berdasarkan aspek-aspek seperti aspek pemikiran, estetika dan kepengarangan, aspek nilai budaya dan pandangan hidup serta aspek nilai ilmu yang terdapat dalam Karya Agung Melayu.

Hakihatnya, novel Laskar Pelangi menceritakan tentang dunia pendidikan dengan memaparkan tokoh-tokoh yang sederhana, jujur, tulus, gigih, penuh dedikasi, sabar, tawakal, takwa yang dituturkan secara indah dan cerdas.

Pada dasarnya, Andrea Hirata menunjukkan bahawa kemiskinan tidak berkolerasi langsung dengan kebodohan atau kebijaksanaan sseorang.

Andrea Hirata membawa pembaca supaya sentiasa bersemangat walaupun selalu ditimpa ujian kemiskinan dalam menempuh dunia pendidikan.

Page 5: Kump 3 laskar pelangi

Latar Belakang Penulis• Andrea Hirata atau nama sebenar beliau Andrea Hirata Seman Said

Harun di lahirkan pada 24 Oktober di Pulau Belitong, Indonesia.

• Karya pertama beliau ialah Laskar Pelangi yang menjadi novel best seller pada tahun 2006 sehingga 2007.

• Meskipun beliau merupakan seorang pelajar major ekonomi, namun beliau sangat meminati bidang sains dan sastera.

• Andrea Hirata pernah mengambil pendidikan bidang ekonomi di Universitas Indonesia dan mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana iaitu Master of Science di Universite de Paris, Sorbonne, Perancis dan Sheffield Hallam University., United Kingdom.

Page 6: Kump 3 laskar pelangi

SINOPSIS • Novel ini mengisahkan tentang persahabatan

10 orang murid SD Muhammadiyah iaitu Ikal, Lintang, Mahar, Syahdan, Trapani, Sahara, A Kiong, Harun, Kucai dan Bocek.

• Belitong - SD Muhammadiyah – Pak Harfan & Bu Mus – 10 orang murid – Lintang-Mahar-Ikal – Pertandingan Kuiz (Lomba) – Lintang berhenti sekolah - Perusahaan Negara

Page 7: Kump 3 laskar pelangi

PEMIKIRAN ANDREA HIRATA DALAM

LASKAR PELANGI

Page 8: Kump 3 laskar pelangi

Perjuangan Guru dalam Mendidik Anak Bangsa

Perjuangan Pak Harfan dan Bu Mus mendidik anak-anak Belitong demi mengubah nasib dan kehidupan masyarakat Belitong.

Menerima gaji yang sedikit, keadaan sekolah yang serba kekurangan dan sekolah yang kurang diberi perhatian.

Page 9: Kump 3 laskar pelangi

“Bu Mus adalah seorang guru yang pandai, karismatik, dan memiliki pandangan jauh ke depan. Beliau menyusun sendiri silabus pelajaran budi pekerti dan mengajarkan kepada kami sejak dini pandangan-pandangan dasar moral, demokras, hukum, keadilan, dan hak-hak asasi-jauh hari sebelum orang-orang sekarang meributkan soal materialisme versus pembangunan spiritual dalam pendidikan.”

(Laskar Pelangi, 2005:30)

Page 10: Kump 3 laskar pelangi

Kemiskinan yang Menghalang Pendidikan

• Kemiskinan menjejaskan peluang anak-anak Belitong untuk bersekolah.

“seorang anak laki-laki tertua keluarga pesisir miskin yang ditinggal mati ayah, harus menanggung nafkah ibu, banyak adik, kakek-nenek, dan pamanpaman yang tak berdaya. Lintang tak punya peluang sedikit pun untuk melanjutkan sekolah. Ia sekarang harus menanggung nafkah palig tidak empat belas orang, karena ayahnya telah mati, karena pria cemara angin itu kini telah tumbang. Jasadnya dimakamkan bersama harapan besar terhadap anak lelaki satu-satunya justeru kematiannya ikut membunuh cita-cita agung anaknya itu.”

(Laskar Pelangi, 2005:314)

Page 11: Kump 3 laskar pelangi

• Keadaan SD Muhammadiyah yang usang berbanding sekolah yang ditubuhkan di bawah pembiayaan Perusahaan Negara yang mewah dan maju.

“Maka sekolah kami sangat mirip gudang kopra. Kontruksi bangunan yang menyalahi prinsip arsitektur ini menyebabkan tak ada daun pintu dan jendela yang bisa dikunci karena sudah simetris dengan rangkakusennya. Tapi buat apa pula dikunci? Di dalam kelas kami tidak terdapat tempelan poster operasi kali-kalian seperti umumnya terdapat di kelas-kelas sekolah dasar. Kami juga tidak memiliki calendar dan tak ada gambar presiden dan wakilnya, atau gambar seekor burung aneh berekor delapan helai yang selalu menoleh ke kanan itu.”

(Laskar Pelangi, 2005:22)

Page 12: Kump 3 laskar pelangi

Pemikiran Tentang Persahabatan

• Pemikiran tentang persahabatan dapat dilihat berdasarkan watak Ikal dan Lintang.

• Kisah keutuhan persahabatan mereka dapat dilihat dengan jelas apabila pengarang menceritakan tentang peristiwa Lintang yang terpaksa berhenti sekolah setelah kematian bapanya.

• Kesedihan Lintang yang terpaksa berhenti sekolah turut dirasai oleh sahabat-sahabatnya yang lain.

• Mereka bersedih memikirkan nasib Lintang dan masa depan Lintang.

• Mereka terpaksa berpisah dengan seorang sahabat genius yang banyak membantu mereka dan mengharumkan nama SD Muhammadiyah dengan kepintaran yang dimilikinya.

Page 13: Kump 3 laskar pelangi

“Kami melepas seorang sahabat genius asli didikan alam, salah seorang pejuang laskar pelangi lapisan tertinggi. Dialah ningrat di antara kami. Dialah yang telah menorehkan prestasi paling istimewa dan pahlawan yang menangkat darjat perguruan miskin ini... Aku ingat semangat persahabatan dan kejernihan buah pikirannya. Dialah Newton-ku, Adam Smithku, Andre Ampereku.”

(Laskar Pelangi, 2005:316)

Page 14: Kump 3 laskar pelangi

Falsafah• Al-Farabi, salah seorang ahli falsafah Islam yang terbesar

mengatakan bahawa falsafah diambil daripada perkataan “philosophia” yang kemudiannya dihuraikan sebagai “philo” yang bererti pencinta, dan “Sophia” yang bererti bijaksana. Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran.

• Plato (427-348 SM) pula mengatakan bahawa falsafah adalah semacam ilmu pengetahuan yang berhasrat mencari dan mencapai hakikat kebenaran yang asli.

• Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa falsafah adalah aspek yang membincangkan sesuatu secara terperinci untuk mendapat jawapan yang benar dan realistik terhadap sesuatu perkara

Page 15: Kump 3 laskar pelangi

Falsafah dalam Laskar Pelangi

Falsafah

Metafizika

KeagamaanSosial

Etika

Page 16: Kump 3 laskar pelangi

Falsafah Metafizika• Haram melakukan perkara yang syirik.

• Hal ini tergambar dalam watak Mahar yang obses dan sangat menyukai cerita-cerita karut dan mitos serta ilmu perdukunan sehingga dia bercita-cita untuk menajdi ahli dukun yang sekali gus menyumbang ke arah perbuatan syirik.

• Sikapnya itu tidak disenangi oleh gurunya, Bu Mus, lalu beliau memarahi dan memberikan teguran kepada Mahar.

“Artinya ananda tidak punya sebuah rencana yang positif, tak pernah lagi mau membaca buku dan mengerjakan PR kerana menghabiskan waktu untuk kegiatan perdukunan yang membelakangi ayat-ayat Allah.”

Laskar Pelangi, 2005: 259

Page 17: Kump 3 laskar pelangi

• Penulis cuba menyedarkan pembaca bahawa kita tidak seharusnya mempercayai benda-benda karut dan mensyirikkan Allah, sebaliknya kita harus mempercayai dan bergantung sepenuhnya dengan Tuhan Yang Maha Esa.

• Namun, realitinya manusia pada hari ini ramai yang mengagungkan manusia dan seolah-olah hidup mereka bergantung kepada manusia berkenaan sehingga terjerumus dalam perbuatan menduakan Allah S.W.T.

Page 18: Kump 3 laskar pelangi

Falsafah Keagamaan• Falsafah keagamaan dalam karya ini ialah institusi pendidikan bukan

hanya menitikberatkan aspek kurikulum, sebaliknya turut menitikberatkan soal keagamaan dan nilai murni dalam pendidikan.

• “Sekolah ini adalah sekolah yang mengajarkan pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sahaja menitikberatkan aspek kurikulum. Sekolah kita adalah sekolah yang mengedepankan pengajaran nilai-nilai religi, kita harus bangga dengan hal itu”.

(Laskar Pelangi, 2005:222)

• Oleh itu, dapat ditegaskan di sini bahawa sesebuah institusi pendidikan seharusnya menitikberatkan soal keagamaan dan nilai murni supaya pelajar dapat seimbangkan aspek kurikulum dan keagamaan supaya tidak tersasar daripada landasan yang betul.

Page 19: Kump 3 laskar pelangi

Falsafah Sosial• kemiskinan bukan penghalang seseorang untuk menuntut ilmu.

• Kecekalan 10 orang kanak-kanak yang ingin menuntut ilmu walaupun berada dalam keadaan keluarga yang miskin dan daif.

• Kesemua laskar pelangi itu juga sangat cekal dan gigih dalam menuntut ilmu walaupun perlu mengharungi pelbagai halangan untuk ke sekolah.

Suatu hari rantai sepedanya putus dan tak bisa disambung lagi kerana sudah terlalu pendek sebab terlalu sering putus, tapi ia tak menyerah. Dituntunnya sepeda itu puluhan kilometer, dan sampai di sekolah kami sudah bersiap-siapan pulang.Laskar Pelangi, 2005:72

• kecekalan dan kegigihan anak-anak Belitong ini juga menyedarkan pembaca mengenai pepatah Melayu, iaitu hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih yang membawa maksud jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.

Page 20: Kump 3 laskar pelangi

Falsafah Etika• Falsafah etika yang diketengahkan oleh Andrea Hirata dalam Laskar

Pelangi adalah berkaitan dengan sifat dan etika seorang guru yang tulus dalam mendidik anak bangsa.

• Dapat dilihat dalam watak Bu Muslimah dan Pak Harfan yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak Pulau Belitong tanpa sebarang ganjaran.

• Selain bertindak sebagai guru, mereka juga menajdi sahabat dan kaunselor untuk pelajar mereka agar tidak leka dalam menuntut ilmu

“Pak Harfan telah puluhan tahun mengabdi di sekolah Muhammadiyah nyaris tanpa imbalan apa pun demi syiar Islam …”

(Laskar Pelangi, 2005: 24)

Page 21: Kump 3 laskar pelangi

• Kebenaran yang cuba disampaikan oleh Andrea Hirata ialah setiap

guru merupakan pendidik bangsa, namun tidak semua guru berupaya

mendidik anak bangsa menjadi bangsa yang berjiwa. Malah, tidak

semua guru berupaya mendidik dengan keikhlasan yang memacu

pengajaran batiniah bangsa.

Page 22: Kump 3 laskar pelangi

Nilai Budaya

Page 23: Kump 3 laskar pelangi

Akidah Islam• Akidah dianggap tiang bagi segala perkara yang berkaitan

dengan kehidupan masyarakat Islam.

• Solat lima waktu turut diselitkan dalam pembelajaran mereka di SD Muhammadiyah agar mereka selalu menunaikan solat.

• Pak Harfan menceritakan kisah bahtera Nabi Nuh dan menyelitkan nasihat berkaitan solat seperti berikut:

“Sebuah kisah yang sangat mengesankan. Pelajaran moral pertama bagiku: jika tak rajin sahalat maka pandai-pandailah berenang.”

(Laskar Pelangi, 2005: 24)

Page 24: Kump 3 laskar pelangi

Bekerja bersungguh-sungguh• Dapat dilihat dalam diri Bu Mus dan Pak Harfan yang

berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada anak muridnya walaupun hanya sepuluh orang sahaja tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

“… Pak Harfan telah puluhan tahun mengabdi di sekolah Muhammadiyah nyaris tanpa imbalan apa pun demi syiar Islam…”

(Laskar Pelangi, 2005: 24)

Page 25: Kump 3 laskar pelangi

Setiakawan• Agama juga menuntut semangat setiakawan demi menjaga

hubungan persahabatan dan silaturrahim antara manusia.

• Kasih sayang Laskar Pelangi itu sangat utuh sehingga sanggup berkongsi segala kegembiraan dan kedukaan bersama-sama walaupun mereka semua hidup dalam kemiskinan kerana bagi mereka miskin tidak menghalang kebahagiaan.

• Semangat setiakawan ini sangat menebal dalam diri sepuluh orang murid SD Muhammadiyah sehingga mereka digelar Laskar Pelangi oleh Bu Mus kerana mempunyai hobi yang sama iaitu menyukai pelangi.

Page 26: Kump 3 laskar pelangi

‘ Kami sangat menyukai pelangi. Bagi kami pelangi adalah lukisan alam, sketsa Tuhan yang mengandung daya tarik mencengangkan. Tak tahu siapa di antara kami yang pertama kali memulai hobi ini, tapi jika musim hujan tiba kami tak sabar menunggu kehadiran lukisan langit menakjubkan itu. Karena kegemaran kolektif terhadap pelangi maka Bu Mus menamai kelompok kami Laskar Pelangi’.

(Laskar Pelangi, 2005: 120)

Page 27: Kump 3 laskar pelangi

Menuntut Ilmu• Walaupun masyarakatnya hidup dalam keadaan miskin

dan kebanyakan daripada mereka tidak mementingkan ilmu, namun bagi sesetengah ibu bapa yang berfikiran terbuka, mereka amat mengutamakan pendidikan.

• Kerana ibu bapa percaya bahawa ilmu mampu mengubah nasib mereka sekeluarga.

• Mereka juga tidak mahu anak-anak mereka senasib dengan mereka yang bekerja sebagai kuli di perusahaan timah, peniaga kecil-kecilan di pasar-pasar ataupun nelayan di lautan.

Page 28: Kump 3 laskar pelangi

Agaknya selama turun temurun keluarga laki-laki cemara angina itu tak mampu terangkat dari endemic kemiskinan

komunitas Melayu yang menjadi nelayan. Tahun ini beliau menginginkan perubahan dan ia memutuskan anak laki-laki tertuanya, Lintang, tak akan menjadi seperti dirinya.

(Laskar Pelangi, 2005: 17)

Page 29: Kump 3 laskar pelangi

Pandangan Hidup

Page 30: Kump 3 laskar pelangi

Mewajibkan Didikan Islam• Didikan agama perlu diberikan oleh setiap ibu bapa kepada

anak-anak mereka sejak kecil lagi supaya tidak terjebak dengan budaya yang sesat dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan serta iblis.

‘Ada tiga alasan mengapa para tua mendaftarkan anaknya di sini. Pertama, karena sekolah Muhammadiyah tidak menetapkan iuran dalam bentuk apa pun, para tuanya hanya menyumbang sukarela semampu mereka. Kedua karena firasat, anak-anak mereka dianggap memiliki karakter yang mudah disesatkan iblis sehingga sejak usia muda harus mendapatkan pendadaran Islam yang tangguh.’

(Laskar Pelangi, 2005:12)

Page 31: Kump 3 laskar pelangi

Mengamalkan Syiar Islam

• Dalam novel ini syiar Islam yang dimaksudkan ialah ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ yang menjadi pedoman di SD Muhammadiyah.

‘Lalu persis di bawah matahari tadi tertera hururf-huruf arab gundul yang nanti setelah kelas kedua, setelah aku pandai membaca huruf arab, aku tahu bahawa tulisan itu berbunyi amar makruf nahi mungkar artinya: menyuruh yang makruf dari yang mungkar.’

(Laskar Pelangi, 2005: 22)

Page 32: Kump 3 laskar pelangi

• Pandangan ini turut disokong dengan ayat al-Quran yang memberi tafsiran berikut:

“Dengan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang

ma’ruf dan mencengah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

(Surah Ali Imran, 3:104)

Page 33: Kump 3 laskar pelangi

Estetika berhubung dengan aspek keindahan, iaitu keindahan yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan.

Kepengarangan ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu.

Secara umumnya, Laskar Pelangi karya Andrea Hirata telah menerapkan seni kepengarangan berdasarkan estetik atau keindahan yang berkait rapat dengan kesan daripada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan.

Estetika dan Kepengarangan Andrea Hirata

Page 34: Kump 3 laskar pelangi

Keindahan Olahan Puisi Menurut Mohd Rosli bin Sarudin (2014:110), penghasilan

pelbagai bentuk puisi adalah untuk menyampaikan sesuatu, misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati, dan perasaan yang dilahirkan dengan mengunakan kata-kata manis yang sopan dan teratur

(Laskar Pelangi, 2005:136)

Page 35: Kump 3 laskar pelangi

i. Tak mengapa, lebih dari itu kami mulai terbata-bata berbahasa Inggris: Good This, Good that, excuse me, I beg your pardon dan I am fine thank you. Tugas yang paling menyenangkan adalah belajar menerjemahkan lagu. (Laskar Pelangi, 2005:143)

ii. Kami tak melihat ketika penonton memberikan standing applause selama tujuh menit. (Laskar Pelangi, 2005:185)

Pengaruh Bahasa Inggeris

Page 36: Kump 3 laskar pelangi

1. Timah selalu mengikat material ikutan, yakni harta karun tak ternilai yang melimpah ruah: granit, zirkonium, silika, senotim, monazite, ilmenit, siderit, hematit, clay, emas,galena, tembaga, kaolin, kuarsa dan topas.

(Laskar Pelangi, 2005:34)

2. Filicium decipiens biasa ditanam botanikus untuk mengundang burung. Daunnya lebat tak kenal musim. Lebih dari itu, dalam jarak 50 Meter dari pohon ini, di belakang sekolah kami, berdiri mekar menjulang awan sebatang pohon tua ganitri (Elaeocarpus sphaericus schum). Tingginya hampir 20 meter, dua kali lebih tinggi dari filicium.

(Laskar Pelangi, 2005:50)

Penggunaan Istilah Sains

Page 37: Kump 3 laskar pelangi

AnaforaAnafora ialah pengulangan perkataan

yang sama atau sekumpulan perkataan pada pemulaan klausa

yang berturutan dan pengulangan ini akan menghasilkan kesan emosi yang

kuat (Abu Hassan Abdul 2013: 78)

Buku yang dibeli juga keliru. Buku bersampul biru tua itu bergaris tiga. Buku semacam itu baru akan kami pakai nanti saat kelas kedua

untuk pelajaran menulis rangkai indah. (Laskar Pelangi, 2015:20)

Page 38: Kump 3 laskar pelangi

Menurut Abu Hassan Abdul (2013: 85), disfemisme ialah gaya bahasa yang memilih bentuk kata atau ragam bahasa daripada yang lembut kepada yang kasar. Dengan erti kata lain, disfemisme ialah penggunaan kata-kata yang kasar dalam sesuatu penulisan. Contoh dalam novel Laskar Pelangi dapat dilihat dalam petikan berikut:

Dan selalu terjadi suatu gejala yang paling umum yaitu: yang paling bodoh dan paling tidak berpendidikan adalah paling lantang dan pintar kalau bicara.

(Laskar Pelangi, 2005:198)

Disfemisme

Page 39: Kump 3 laskar pelangi

Simile ialah gaya bahasa yang digunakan untuk membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap perkara yang dibandingkan itu akan diikuti oleh kata perbandingan seperti ‘bagai’, ‘bak’, ‘laksana’, ‘seperti’, ‘umpama’ dan sebagainya.

Seluruh tunuh kami dicat cokelat muda seperti sapi Afrika. Wajah dilukis berbelang-belang. Pergelangan kami dipasangi rumbai-rumbai seperti kuda terbang dengan lonceng-lonceg kecil sehingga ketika melangkah terdengar suara gemerincing semarak.

(Laskar Pelangi, 2005:174)

Simile

Page 40: Kump 3 laskar pelangi

Gaya Kepengarangan Andrea HirataAndrea Hirata mendapat nama dalam bidang kesusasteraan dengan terhasilnya novel Laskar Pelangi. Secara keseluruhannya, gaya kepengarangan Andrea Hirata menunjukkan beliau seorang yang peka terhadap kepentingan pendidikan dan membuat perkaitan dengan masalah kemiskinan yang di hadapi oleh penduduk terpencil. Pendekatan Retorik Penceritaan Pendekatan penceritaan bermaksud menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwa berkaitan dalam satu plot yang logik (Abu Hassan Abdul, 2013:32).

Menyekolahkan anak berarti mengikatkan diri pada biaya selama belasan tahun dan hal itu bukan perkara gampang bagi keluarga kami. “kasihan ayahku”. Maka aku tak sampai hati memandang wajahnya. “Barangkali sebaiknya aku pulang saja, melupakan keinginan sekolah, dan mengikuti jejak beberapa abang dan sepupu-sepupuku menjadi kuli...

(Laskar Pelangi, 2005:11)

Page 41: Kump 3 laskar pelangi

Pendekatan Retorik PemerianMenurut Abu Hassan Abdul (2013:28), penulisan retorik pemerian adalah untuk memberikan gambaran kepada pembaca tentang sesuatu pemandangan, kejadian, benda atau seseorang watak.

Bu Mus adalah seorang guru yang pandai, karismatik dan memiliki pandangan jauh ke depan. Beliau menyusun sendiri silibus pelajaran Budi Pekeri dan mengajarkan kepada kami sejak dini pandangan-pandangan dasar moral, demkorasi, hukum, keadilan dan hak-hak asasi jauh sebelum orang-orang sekarang meributkan soal materialisme versus pembangunan spiritual dalam pendidkan.

(Laskar Pelangi 2005:30)

Page 42: Kump 3 laskar pelangi

Tujuan utama seseorang pengarang menggunakan teknik ini adalah untuk mendedahkan kepada pembaca mengenai sesuatu peristiwa yang penting tanpa perlu mengundurkan plot cerita ke belakang.

Rencana aku dua belas tahun yang lalu untuk menjadi seorang penulis dan pemain bulu tangkis ternama telah lenyap, kandas di dalam kotak-kotak sortir surat. Bahkan rencana aku yaiutu menjadi penulis buku tentang bulu tangkis daan kehidupan sosial juga telah gagal meskupin di dalam hatiku masih menyimpan komentar-komentar amnis para mantan kampiun bulu tangkis.

(Laskar Pelangi 2005:322)

Teknik Imbas Kembali

Page 43: Kump 3 laskar pelangi

Andrea Hirata menggunakan teknik imaginasi dalam penulisan beliau bagi mengemukakan keinginan yang hanya berada dalam khayalan semata-mata.

Aku ingin melarikan diri ke satu-satunya tempat paling indah dalam hidupku,yang telah kukenal sejak belasan tahun yang lalu. Sebuah desa cantik dengan taman bunga, pagar-pagar batu kelabu yang mengelilinginya, dan jalan setapak yang ditudungi untaian dahan-dahan prem. Itulah Edensor, eden bererti surga, nirwana pelarian dalam otak kecilku dan buku Herriot yang sangat kumal kerana telah puluhan kali kubaca. Sayangnya aku tak bisa ke Edensor kerana sampai hari ini tempat itu masih tetap hanya ada dalam khayalanku.

(Laskar Pelangi 2005:323)

Teknik Imaginasi

Page 44: Kump 3 laskar pelangi

Dialog adalah satu bentuk komunikasi interpersonal. Berdasarkan karya sastera, dialog adalah perbualan antara satu watak dengan watak yang lain yang digarap oleh pengarang dalam menghasilkan karyanya.

“Aku mau ikut ke pasar Cai” Syahadan memohon kepada Kucai, ketika kami di bagi kelompok dalam pelajaran pekerjaan tangan dan harus membli kertas kajang di pasar.

“Jangan kau bikin malu aku, Dan, apa kata anak-anak SD PN nanti ?’ jawab Kucai sok gengsi padahal satu pun ia tak kenal anak-anak kaya itu.

(Laskar Pelangi, 2005:52)

Teknik Dialog

Page 45: Kump 3 laskar pelangi

Teknik Monolog Monolog berasal daripada perkataan Yunani

yang terdiri dari mono bererti satu dan legein bererti berbicara.

Monolog juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan seseorang watak. Dalam novel ini, pengarang turut menggunakan unsur monolog dalam penulisan beliau.

Aku kembali tersenyum, kali ini senyum khas penjual asuransi.”Belum tahu dia, orang Melayu lincah benar bersilat kata,” kataku dalam hati.

(Laskar Pelangi, 2005:337) 

Page 46: Kump 3 laskar pelangi

Nilai Ilmu

Laskar Pelangikarya Andrea Hirata

Page 47: Kump 3 laskar pelangi

Ilmu Pendidikan

-Ilmu Matematik-Ilmu Sejarah-Ilmu Sains-Ilmu Linguistik

Ilmu Keagamaan

Nilai Ilmu

Ilmu Kesenian

Page 48: Kump 3 laskar pelangi

Ilmu Keagamaan• Agama berpandukan Hadis diterangkan dalam karya Laskar

Pelangi. • Hadis tersebut menerangkan tentang amar makruf nahi

mungkar iaitu yang bermaksud menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.

“Lalu persis di bawah matahari tadi tertera huruf-huruf arab gundul yang nanti setelah kelas dua, setelah aku pandai membaca huruf arab, aku tahu bahawa tulisan itu berbunyi amar makruf nahi mungkar artinya: menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar”. Itulah pedoman utama warga Muhammadiyah. Kata-kata itu melekat dalam kalbu kami sampai dewasa nanti. Kata-kata yang begitu kami kenal seperti kami mengenal bau alami ibu-ibu kami.”

(Laskar Pelangi, 2008: 18)

Page 49: Kump 3 laskar pelangi

Ilmu MatematikPetikan di bawah merupakan

bukti penguasaan ilmu matematik yang dimiliki oleh

lintang dan pelajar-pelajar di SD Muhammadiyah tersebut. Lintang mampu menjawab

soalan matematik tanpa menggunakan kalkulatur.

“13 kali 6 kali 7 tambah 83 kurang 39!” lantang Bu Mus di

depan kelas…. Lalu kami tergopoh-gopoh membuka karet yang mengikat segenggam lidi, untuk mengambil tiga belas lidi, mengelompokkannya menjadi enam tumpukan, susah payah

menjumlahkan semua tumpukan itu. Hasilnya kembali disusun

menjadi tujuh kelompok, dihitung satu per satu sebagai

total dua tahap perkalian…”

Ilmu Sejarah“misalnya pada negeri yang terdekat yang ditaklukkan

tentera Persia pada tahun…” “620 Masehi! Persia merebut

kekaisaran Heraklius yang juga berada dalam ancaman

pemberontakan Mesopotamia, Sisilia, dan Palestina. Ia juga

diserbu bangsa Avar, Slavia dan Armenia.”

Petikan di atas menunjukkan situasi Bu Mus, sedang mengajar

tentang sirah, atau sejarah masyarakat pada zaman dahulu.

Lintang dengan bersungguh-sungguh mencelah dan

menyatakan tentang pengetahuannya mengenai

pelajaran yang sedang dipelajari. Pengetahuan tentang sejarah

yangdimiliki oleh Lintang membuatkan semua orang

berasa kagum dengan kepintarannya.

Ilmu Sains“Artinya adalah jika dalam pelajaran biologi kami baru

mempelajari fungsi-fungsi otot sebagai subkomponen yang membentuk system mekanik persial sepotong kaki, maka

Lintang telah memahami sistem mekanika seluruh tubuh dan ia

mampu menjelaskan peran sepotong kaki itu dalam keseluruhan mekanika

persendirian dan otot-otot yang terintegrasi.”

Petikan diatas menyatakan pengetahuan Lintang tentang

ilmu biologi yang melebihi ilmu yang dimiliki oleh rakan-rakan

sebayanya.

Ilmu LinguistikDalam karya Laskar Pelangi,

pengetahuan linguistik ini ditonjolkan melalui watak Lintang yang mampu

mengusai bukan sahaja bahasa Melayu atau bahasa Indonesia, malah turut

menguasai bahasa Inggeris. Buktinya dapat dilihat dalam petikan di bawah :

“Belajar kata terlebih dulu, bukan belajar bahasa, itulah inti paradigm belajar bahsa Inggris versi Lintang. Sebuah ide cemerlang yang hanya terpikirkan oleh orang-orang yang memahami prinsip-prinsip belajar

bahasa…”

Ilmu Pendidikan

Page 50: Kump 3 laskar pelangi

Ilmu FirasatIlmu firasat yang terdapat dalam Karya “Laskar Pelangi” adalah firasat berkaitan mimpi seorang penduduk mekah dan firasat kehancuran Quraisy dalam kehebatan perang Badar. Ilmu firasat tersebut diceritakan oleh Pak Harfan iaitu guru besar Sekolah Dasar Muhammadiah.

“ Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian ke tempat-tempat kematian kalian dalam masa tiga hari”. Demikianlah Pak Harfan berteriak lantang sambil menatap langit melalui jendela kelas kami. Beliau memekikkan firasat mimpi seorang penduduk Mekkah, firasat kehancuran Quraisy dalam kehebatan perang Badar”

(Laskar Pelangi, 2008:22)

Page 51: Kump 3 laskar pelangi

Ilmu Pertukangan

• Dalam ilmu pertukangan pula, pengetua sekolah iaitu Pak Harfan. Pak Harfan selalu mahir dalam bidang pertukangan.

• Pak Harfan membaiki segala kerosakan peralatan sekolah tersebut seperti kerusi patah dengan sendirinya.

• Malahan Pak Harfan menggunakan bahan-bahan terbuang untuk membaikinya.

Ilmu Kesenian

• Ilmu seni pula di gambarkan melalui watak Mahar.

• Mahar adalah seorang yang amat meminati seni. Dia selalu bersama-sama membawa radionya dan mendengar lagu dari radionya itu.

• Kemahiran Mahar dalam muzik telah berjaya membawa sekolah mereka memenangi pertandingan karnival.

Page 52: Kump 3 laskar pelangi

Kesimpulan

• Sebagai kesimpulannya, novel yang telah dihasilkan oleh Andrea Hinata adalah berdasarkan pengalaman beliau ketika beliau masih kecil.

• Novel Laskar Pelangi ini sememangnya sangat sesuai dijadikan panduan dan iktibar oleh semua lapisan masyarakat terutama dalam bidang pendidikan.

• Nilai murni yang ditunjukkan oleh Bu Mus, para laskar pelangi dan Pak Harfan membuktikan bahawa perkara yang mustahil dapat dicapai dengan adanya iltizam dan semangat yang tinggi.