Program Jalinan Warisan : Masyarakat Melanau, Mukah “Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You) Tarikh : 13 hingga 17 Nov 2014 Bahagian Kebajikan Pelajar (BKPEL), Jabatan Pengajian Politeknik dengan kerjasama Politeknik Mukah Sarawak telah menganjurkan Program Jalinan Warisan : Masyarakat Melanau, Mukah “Kuman Keluarga Mapun Kelew” ( From Family To You). Politeknik Ibrahim Sultan iaitu sebagai Penyelaras Aktiviti Kebudayaan Politeknik Zon Selatan, telah dijemput bagi mengikuti program ini. Program ini merupakan sebuah platform dalam menjalin perpaduan dan menanam jati diri pelajar warga Malaysia yang cintakan negara melalui warisan kesenian dan kebudayaan. Program ini bergerak seiring dengan Objektif Transformasi Politeknik iaitu 1. Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi terbaik dan 2. Memacu potensi pelajar bersesuaian dengan Teras Halatuju Transformasi Politeknik iaitu pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan ketrampilan peringkat tinggi. Transformasi ini mampu menonjolkan sistem Politeknik yang menerajui usaha menjana modal insan berkualiti selaras dengan Teras Kedua Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk “Minda Kelas Pertama”. Program ini telah diiringi oleh Pn. Nur Haniza bt. Junid Penyelaras Unit Kebudayaan PIS dan Pn.Nur Shahrul Atiqah Binti Ishak Penolong Pegawai Unit Kebudayaan PPD dan membawa bersama deligasi pelajar Kebudayaan Zon Selatan iaitu seramai 6 orang. Deligasi pelajar ini mewakili lima (5) buah Politeknik Malaysia Zon Selatan iaitu dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Mersing Johor (PMJ), Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Politeknik Malaka (PMK) dan Politeknik Port Dickson (PPD). Pada 13hb November 2014 Deligasi Kebudayaan Zon Selatan telah pun terlebih dahulu berkampung di PIS, bagi memudahkan pergerakkan mereka ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Sebagai pengisian di PIS, Unit Kebudayaan PIS selaku penyelaras Aktiviti Kebudayaan Zon Selatan, telah mengadakan sesi taklimat awal perjalanan program Jalinan Warisan ke Mukah dan telah membawa deligasi Kebudayaan Zon Selatan menyaksikan Teater Muzikal – Kepada Mu Kekasih anjuran Yayasan Warisan Johor. Pada 14hb hingga 17hb November 2014 Semua deligasi dari Politeknik Malaysia telah berkumpul dan bersama-sama menjalani aktiviti program di Politeknik Mukah, Sarawak dan di Lamin Dana Homestay, Kampung Tellian Tengah Mukah, Sarawak. Alhamdulillah, melalui program ini telah mencapai beberapa tujuan iaitu menjalin perpaduan dan menanam jati diri pelajar warga Malaysia yang cintakan negara melalui kebudayaan, kesenian dan warisan yang mana menfokuskan pengetahuan seni budaya dan warisan masyarakat Melanau. Kehadiran deligasi Kebudayaan Politeknik Malaysia disambut meriah oleh pihak pengurusan Politeknik Mukah, Sarawak dengan majlis makan malam yang menghidangkan menu tradisi masyarakat Melanau. Program seterusnya telah disediakan pelbagai aktiviti di Lamin Dana Homestay, Kampung Tellian Tengah Mukah, Sarawak. Melalui aktiviti yang disediakan disana, pelajar telah didedahkan dengan adat resam masyarakat Melanau iaitu dalam aspek kehidupan mereka seperti menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian serta amalan