Pentaksiran dalam pengajaran bahasa KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944) Pensyarah: Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu – 016-4556096) Dr. Ahmad Zamri Khairani (Kuching – 019-5492525)
47
Embed
Kuliah 5 - Pentaksiran Dalam Pengajaran Bahasa Edited
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Pentaksiran dalam pengajaran bahasa
KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944) Pensyarah: Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu – 016-4556096) Dr. Ahmad Zamri Khairani (Kuching – 019-5492525)
Pengenalan
Kuliah ini akan membincangkan: - Konsep pentaksiran - Tujuan pentaksiran - Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) - Menguji kemahiran bahasa
Konsep pentaksiran
• Aktiviti atau proses yang bersistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna untuk menentukan pencapaian objektif pdp.
• Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
(LPM, KPM)
Pentaksiran
1.Proses
2. Maklumat 3. Penghakiman
4. Produk
Pertimbangan
Pencapaian
Pendidikan
Bukti
Prestasi
Topik
Operasi
Dapat
Hasil
Pengetahuan
Kemahiran
Nilai
4
Tujuan pentaksiran • Mendapatkan gambaran tentang prestasi murid dalam
pembelajaran. • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran. • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pdp. • Menambahbaik pdp. • Merancang aktiviti pdp yang tersusun dan sistematik
bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. • Melibatkan semua / sebahagian besar murid dalam kelas
secara efektif. • Merancang dan melaksanakan aktiviti susulan yang
berkesan.
Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang murid.
6
Pentaksiran berasaskan sekolah
Jaminan kualiti • Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti
pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. • Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang
tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid.
• Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pdp.
• Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.
• Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui: - Pementoran - Penyelarasan - Pemantauan - Pengesanan
Evidens
• Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS.
• Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.
• Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang perkara yang murid tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.
• Evidens bahan merujuk kepada bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
• Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.
Ciri-ciri evidens
a. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan.
b. Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri.
c. Kecukupan - evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.
d. Semasa - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa.
e. Tekal - evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.
Jenis-jenis evidens • Penulisan • Bahan cetakan • Persembahan • Foto • Grafik • Artifak • Laporan • Model • Rakaman • Bahan ICT • Gerak kerja / manual
Penggunaan standard prestasi
Instrumen pentaksiran
Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :
a. Pemerhatian b. Soal Jawab c. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis d. Persembahan
Instrumen pentaksiran
e. Projek f. Produk g. Amali h. Lembaran Kerja i. Tugasan bertulis / karya penulisan j. Kuiz k. Senarai semak l. Tugasan rumah
Jenis-jenis ujian
1. Ujian pencapaian Disebut juga sebagai ujian sumatif iaitu
diberi setelah tamat kursus. Tujuannya untuk menilai hasil pengajaran. Mengukur pencapaian murid.
2. Ujian penempatan Bertujuan menempatkan murid ke dalam
kursus atau kumpulan tertentu. Untuk mengasingkan murid mengikut
kebolehan. Memudahkan perancangan dan strategi
pdp.
Jenis-jenis ujian
3. Ujian bakat Sesuai untuk pengujian bahasa asing. Khusus untuk menelah prestasi murid
dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
Jenis-jenis ujian
4. Ujian diagnostik Untuk mengesan kelemahan atau masalah
yang dihadapi oleh murid. Dapatan/keputusannya boleh digunakan
untuk perancangan aktiviti pemulihan.
Jenis-jenis ujian
5. Ujian formatif Dilaksanakan untuk menentukan kemajuan
murid dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran.
Tujuannya untuk mempercepatkan proses pdp, apabila guru dapat menentukan kebolehan/prestasi murid sebelum memula/meneruskan pdp.