IQEU 2110 AL-QURAN DAN SAINS
IQEU 2110 AL-QURAN DAN SAINS
AHLI KUMPULANFAEZAH BT ABDUL KADIR
IES070021 NORKARTINI BT MOHAMED ANUAR
IES070074NORSHAHIDATUL SHAZLIN BT MOHD ZAID
IES070076NURUL FARHANA BT MUDA
IES070088SITI HAJAR BT MAHUSIN
IES070102SITI SYAIRAH BT MOHD SALLEH
IES070105
PENGENALAN Antara teori utama ialah kucing berasal daripada Kucing
Hutan Afrika.
Manusia pertama yang mula menjinakkan kucing ialah
masyarakat yang hidup di zaman Tamadun Mesir Purba,
kira kira 2500 tahun sebelum masihi.
Masyarakat Mesir Purba bukan setakat membela kucing,
tetapi menyembahnya sebagai salah satu dewa mereka.
Ada teori yang mengatakan Tentera salib
bertanggungjawab membawa masuk kucing ini ke
Negara mereka di Eropah, di mana ia kemudiannya
dipercayai dikacukkan pula dengan Kucing Hutan Eropah.
PENGENALAN
Pada tahun 2007, saintis telah menemui satu teori
baru, setelah membuat ujian DNA terhadap pelbagai
jenis kucing peliharaan dan liar.
Teori ini mengatakan semua kucing peliharaan berasal
dari satu spesis sahaja, iaitu Felis silvestris libyca.
Kucing dipercayai mula mendekati manusia 10 000 -
12 000 tahun dahulu, bermula di kampung pertanian
di kawasan yang disebut Fertile Crescant- (Mesir-
Syam-Mesopotamia -Syria-Cyprus).
PENGENALAN
Apabila kawasan ini mengamalkan pertanian secara
komersial, gudang-gudang tempat menyimpan
hasilnya mula dibina.
Ini menarik kedatangan rodensia seperti tikus, yang
kemudiannya menarik perhatian kucing liar yang
datang untuk memburunya.
Lama kelamaan sebahagian dari kucing kucing liar ini
menghilangkan tabiat agresif mereka untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran manusia.
KUCING DAN ISLAM
Islam menyuruh umatnya agar menyayangi semua
makhluk Allah, termasuklah kucing. Kucing adalah haiwan
kesayangan Rasulullah s.a.w.
Dalam hadis, Ibn Umar r.a meriwayatkan sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita
dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia
tidak memberinya makan minum sehingga mati
kelaparan.
Rasulullah menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu
Hurairah (bapa kucing) kerana sifat prihatinnya terhadap
kucing.
KUCING DAN ISLAM Dakwaan bahawa Richard Martin dari Britain yang
menubuhkan Persatuan Antikezaliman Terhadap
Haiwan pada tahun 1824M merupakan yang pertama
di dunia membela haiwan adalah tidak tepat, kerana
Nabi Muhammad s.a.w. sejak lebih 1422 tahun yang
lalu telah membela haiwan.
Haiwan tidak akan dibangkit lagi pada hari akhirat,
kerana ia bukan ahli yang memikul dosa dan pahala,
tidak disediakan bagi haiwan sama ada syurga atau
neraka.
KUCING DAN SAINS
Pengelasan Saintifik :
ALAM HAIWAN
FILUM KORDATA
KELAS MAMALIA
ORDER KARNIVOR
FAMILI FELIDAE
GENUS FELIS
SPESIS FELIS SILVESTRIS CATUS
KUCING DAN SAINS Memelihara kucing dapat mengurangkan stress dan rasa
gelisah dengan cara menurunkan tekanan darah dan
merendahkan kadar denyutan jantung.
Prof Adnan Qureshi, dari Minnesota University, adalah
pencetus idea untuk mengkaji fenomena ini.
Beliau percaya bahawa dengan membelai kucing akan
menurunkan kadar hormon stress dalam darah.
Penurunan stress ini terbukti mampu membantu
mengelakkan diri dari terkena serangan sakit jantung.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa orang yang
memelihara kucing juga dapat mengurangkan risiko
mengidap diabetes.
KUCING DAN SAINS Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna,
99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!
Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka
99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!
Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna
yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling
bernilai di dunia ini!
KEISTIMEWAAN KUCINGKeajaiban penglihatan kucing
Sikap kucing yang manja membuatkannya mudah
dijadikan sahabat manusia dan kadangkala di jadikan
haiwan peliharaan.
Jika kepala kucing dibelai, kita akan dapat mendengar
dengkuran halus.
Kucing mempunyai satu keistimewaan iaitu mata
kucing kelihatan seperti bersinar jika ia berada di
lingkungan yang cahaya yang kurang dan kucing
boleh melihat di dalam gelap.
KEISTIMEWAAN KUCINGDeria bau kucing
Selain daripada hidung, kucing mempunyai bahagian badan
yang dipanggil organ vomeronasal, pada bahagian depan
lelangit mulut kucing.
Ia digunakan untuk memproses bau terutamanya yang
melibatkan seksual seperti bau yang ditinggalkan oleh
kucing betina pada musim mengawan.
Setiap kali kucing menggunakan organ ini, mereka akan
membuka mulut mereka sedikit dan 'merasa' bau tersebut.
Keadaan ekspresi sebegini dipanggil Flehmen.
KEISTIMEWAAN KUCING Memberi ketenangan : sebagian besar pemilik kucing
mengatakan bahwa kucing membuat mereka relaks.
Menjaga jantung: Sebuah kajian baru-baru ini
menunjukkan bahawa kadar kematian pemilik kucing
yang disebabkan oleh serangan jantung 40% lebih rendah
dibandingkan mereka yang tidak memiliki kucing.
Pengkaji dari Universiti Columbia menunjukkan bahawa
anak-anak yang mempunyai kucing sebagai binatang
peliharaan memiliki kadar pertahanan tubuh yang lebih
tinggi.
Kucing Eropah Kucing Pallas Kucing Afrika
Kucing Terbesar di dunia Kucing bertelinga 4
Kucing Parsi Kucing Siam
Kucing Birman Kucing Snowshoe
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, memelihara kucing adalah
suatu amalan soleh yang sangat besar
pahalanya di sisi Allah, setiap makanan dan
perhatian yang diberi kepadanya pasti ada
ganjaran daripada Allah. Kasihanilah kucing
dan jangan menzaliminya, kerana kucing juga
makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama
manusia di bumi ini.