JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015 211 KUALITI ELEMEN BUDAYA DALAM BUKU-BUKU TEKS: PROSPEKTIF PAKAR, PENULIS DAN PENGGUNA Muhammad Haron Husaini Ahmad Redzaudian Ghazali Rofian Ismail ABSTRAK Kajian ini bermatlamat menilai tahap kualiti elemen budaya dalam buku teks bahasa Arab berdasarkan pandangan para penulis dan pengguna. Elemen budaya kandungan lima buah buku teks yang digunapakai di lima buah Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia merupakan subjek kajian. Pandangan dua kumpulan responden tersebut dianalisis dan dibandingkan dengan pandangan sekumpulan pakar dalam bidang Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (ASL). Buku-buku subjek kajian pula adalah hasil tulisan dan penyusunan para penulis tempatan untuk diajar diperingkat diploma. Kajian mendapati buku- buku teks subjek kajian mengandungi purata keseluruhan elemen budaya di tahap sederhana (3.45). Tahap penghormatan terhadap budaya Islam dan budaya Arab pada kadar purata min 3.88, manakala gaya persembahan dan penerapan nilai-nilai murni pula pada kadar 3.16. Kajian mencadangkan agar penyusunan buku teks bahasa Arab di Malaysia dapat mengikuti langkah-langkah tertentu semasa penghasilannya, memanfaatkan kajian-kajian yang telah dihasilkan oleh para pengkaji semasa dan pengkaji terdahulu dengan memuatkan elemen budaya secara bersepadu bersama kosa kata, susunan dan teks-teks pilihan. Kajian juga mencadangkan agar buku-buku yang telah dihasilkan mesti melalui proses serta tempoh percubaan yang sesuai dan mencukupi, selain peratus elemen budaya tempatan seharusnya tidak kurang daripada 30%.
14
Embed
KUALITI ELEMEN BUDAYA DALAM BUKU-BUKU TEKS: …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · juga dapat menghayati serta menerokai disiplin seterusnya ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
211
KUALITI ELEMEN BUDAYA DALAM BUKU-BUKU TEKS:
PROSPEKTIF PAKAR, PENULIS DAN PENGGUNA
Muhammad Haron Husaini
Ahmad Redzaudian Ghazali
Rofian Ismail
ABSTRAK
Kajian ini bermatlamat menilai tahap kualiti elemen
budaya dalam buku teks bahasa Arab berdasarkan
pandangan para penulis dan pengguna. Elemen budaya
kandungan lima buah buku teks yang digunapakai di
lima buah Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung
Malaysia merupakan subjek kajian. Pandangan dua
kumpulan responden tersebut dianalisis dan
dibandingkan dengan pandangan sekumpulan pakar
dalam bidang Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua
(ASL). Buku-buku subjek kajian pula adalah hasil
tulisan dan penyusunan para penulis tempatan untuk
diajar diperingkat diploma. Kajian mendapati buku-
buku teks subjek kajian mengandungi purata
keseluruhan elemen budaya di tahap sederhana (3.45).
Tahap penghormatan terhadap budaya Islam dan
budaya Arab pada kadar purata min 3.88, manakala
gaya persembahan dan penerapan nilai-nilai murni pula
pada kadar 3.16. Kajian mencadangkan agar
penyusunan buku teks bahasa Arab di Malaysia dapat
mengikuti langkah-langkah tertentu semasa
penghasilannya, memanfaatkan kajian-kajian yang telah
dihasilkan oleh para pengkaji semasa dan pengkaji
terdahulu dengan memuatkan elemen budaya secara
bersepadu bersama kosa kata, susunan dan teks-teks
pilihan. Kajian juga mencadangkan agar buku-buku
yang telah dihasilkan mesti melalui proses serta tempoh
percubaan yang sesuai dan mencukupi, selain peratus
elemen budaya tempatan seharusnya tidak kurang
daripada 30%.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
MUHAMMAD HARON HUSAINI, AHMAD REDZAUDIAN GHAZALI, ROFIAN ISMAIL
212
Kata Kunci: Elemen Budaya, Buku Teks, Bahasa Arab
dan Diploma.
PENDAHULUAN
Antara faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan proses
P&P ialah buku teks. Buku teks yang baik dapat menambah minat dan
kecenderungan pelajar untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. Pelajar
juga dapat menghayati serta menerokai disiplin seterusnya menjejaki
perkembangan ilmu yang dibincangkan di dalamnya. Buku teks yang
baik seharusnya disusun dengan berasaskan kajian yang meliputi
bahasa, konteks dan budaya. Buku yang berkualiti, dengan mudah
meraih sambutan pelajar jika sesuai kandungannya dengan peringkat
umur, latar belakang dan keperluan mereka.
LATARBELAKANG KAJIAN
Permasalahan yang sering dihadapi pengkaji bahan pengajaran atau
buku teks bahasa Arab ialah ketidaksesuaian kandungan buku dengan
minat pelajar, pemilihan kosa kata yang tidak setaraf dengan tahap
pemikiran mereka, paparan tajuk yang tidak selaras dengan konteks
sosial dan lain-lain permasalahan. Meskipun dicadang pelbagai
cadangan untuk mengatasinya, namun cadangan-cadangan itu kelihatan
hambar atau tidak diendahkan. Kualiti buku-buku teks bahasa Arab di
Malaysia sudah tentu memerlukan semakan demi semakan sehingga
ianya memiliki ciri-ciri dan memenuhi kriteria buku teks yang baik,
yang dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa Arab
di kalangan pelajar Melayu yang telah memiliki ribuan perkataan Arab
dalam bahasa ibunda mereka.
Buku Teks Dan Budaya
Penyusunan buku teks merupakan satu kerja yang rumit di mana ia
memerlukan pengetahuan dan gambaran yang luas serta mempunyai
kreativiti yang tersendiri. Sekalipun setiap penyusun atau pengarang
buku bebas dalam melakukan kerja-kerja penyusunannya, namun
perkara yang paling penting yang perlu diberi perhatian dalam
penyusunan mereka ialah memastikah buku yang disusun tidak
menyimpang dari tujuan yang ingin diperolehi daripada pelajar di akhir
pembelajaran.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
213
Perkara yang diidam-idamkan oleh kebanyakkan pensyarah dan
pelajar bahasa Arab berhubung persekitaran sebenarnya sukar didapati
terutama di Malaysia. Pelajar bahasa Arab lazimnya menghadapi
masalah tentang pendedahan kepada persekitaran bahasa Arab yang
sebenar. Mereka tiada maklumat tentang budaya penggunaan bahasa
Arab di kalangan penutur jati.
Dialog-dialog yang berkaitan dengan kehidupan atau yang
berkaitan dengan bidang profesional tertentu seharusnya diterapkan
dalam pengajaran bahasa Arab melalui kandungn buku teks. Saranan
yang sering dituju kepada penyusun buku teks bahasa Arab ialah
memuatkan patian-patian sosial dan budaya seperti berkenalan,