EHSAN Environmental, Health and Safety Newsletter OSHE Isu 8 Jilid 1 Oshe s.o.p Definisi Satu kejadian yang tidak disangka atau dirancang di dalam satu rangkaian kejadian, yang terjadi disebabkan oleh punca yang berganda (kombinasi daripada beberapa kejadian) yang menyebabkan ancaman fizikal (kecederaan atau penyakit) kepada seseorang, kerosakan hartabenda, kemalangan nyaris, kerugian atau sebarang kombinasi akibat di atas. KECEMASAN Panduan Tindakan KEMALANGAN DIKESAN Saksi mengesan / melihat kemalangan memberitahu / lapor kejadian kepada pegawai bertugas LAPORAN Pegawai bertugas melaporkan kejadian kepada pihak berwajib - Polis Bantuan Pelabuhan - Bomba Pelabuhan - Unit Operasi BANTUAN LUAR Kejadian kecemasan seperti kebakaran atau kemalangan Sekiranya kecemasan di luar kawalan, Jabatan kecemasan luar akan dipanggil dan unit kecemasan dalaman Penang Port akan memberi sokongan Unit Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (OSHE) akan menjalankan siasatan kemalangan untuk : - Mengenalpasti punca kemalangan - Memperkenalkan langkah kawalan mencegah kejadian sama berulang - Mematuhi peraturan laporan kemalangan, kejadian bahaya, keracunan pekerjaan & penyakit pekerjaan (NADOPOD) TINDAKAN & LARANGAN TINDAKAN Jabatan kecemasan (Bomba/Polis) menghadapi kecemasan. STATUS KECEMASAN Kecemasan semakin pulih / teruskan tindakan sehingga keadaan selamat Bertenang, jangan panik & peka terhadap arahan/amaran pihak berkuasa Berkumpul di tempat berhimpun terdekat yang telah ditetapkan Beri kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa Dilarang berada berdekatan dengan kawasan kecemasan Jangan bertindak untuk membantu secara bersendirian tanpa pengawasan pihak berkuasa SIASATAN KEMALANGAN diterbitkan oleh : Unit Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (OSHE) - Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan