koridor pembangunan sabah _122
koridor pembangunan sabah _122
koridor pembangunan sabah _123
koridor pembangunan sabah _124
koridor pembangunan sabah _125
BAB 5
Membangunkan Infrastruktur dan Insan sebagai
Pendaya Utama Pembangunan Sabah
Sehingga kini, infrastruktur Sabah masih ketinggalan berbanding dengan negeri lain di
Malaysia. Ini terutamanya berpunca daripada rintangan geografi; ia adalah negeri yang
besar dengan keluasan 74,000 km2.
Masa depan Sabah terletak pada keupayaannya untuk meningkatkan infrastruktur
fizikal (jalan raya, pelabuhan, elektrik, air dan salinghubungan data) serta infrastruktur
tidak ketaranya (soft infrastructure), modal insan. Ini merupakan asas utama bagi
pembangunan Sabah. Untuk mencapai hasrat ini, Inisiatif Rangka Tindakan SDC akan
memberikan tumpuan kepada lima strategi utama bagi Negeri Sabah:
1) Menghubungkan Sabah
Meningkatkan infrastruktur pengangkutan dengan memastikan salinghubungan
tanpa sempadan bagi jalan raya, udara, lautan dan kereta api yang akan membolehkan
perkhidmatan pengangkutan yang baik bagi industri pelancongan, pertanian dan
pembuatan.
2) Meningkatkan Bekalan Tenaga Sabah
Menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi dan berdaya tahan kepada negeri ini
untuk membolehkan industri beroperasi secara berkesan.
3) Memenuhi Keperluan Air Sabah
Menyediakan bekalan air yang berkualiti bagi menampung permintaan yang semakin
bertambah dan seterusnya membolehkan peningkatan ekonomi dan sosial.
4) Melabur dalam Bakat Sabah
Mempersiap Sabah untuk industri intensif-pengetahuan, yang meliputi sektor
pembuatan, pertanian dan pelancongan melalui pengukuhan pengumpulan sumber
tenaga kerja berbakat supaya potensi sektor-sektor ini dapat dibangunkan sepenuhnya.
5) Meningkatkan Salinghubungan Data
Memastikan Sabah bersedia dan berupaya mengikuti perkembangan ICT supaya
industri berkaitan kekal berdaya saing di samping dapat mengurangkan jurang digital
desa dan bandar.
koridor pembangunan sabah _126
5.1
5.1.1
Pengangkutan
Rangkaian Jalan Raya
Sub-Wilayah Timur dan Barat Sabah dihubungkan dengan baik dari segi rangkaian jalan
raya. Walau bagaimanapun setakat tahun 2005, 61% daripada semua jalan raya masih lagi
merupakan jalan batu kelikir dan tanah. Sub-Wilayah Tengah dipisahkan oleh banjaran
Crocker dan ini menjadi halangan semula jadi dalam perhubungan jalan raya dengan Sub-
Wilayah Barat.
Pada ketika ini, jika dibandingkan dengan rangkaian jalan raya di Semenanjung Malaysia,
bandar-bandar utama di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan
Keningau tidak mempunyai hubungan jalan raya yang baik untuk menghubungkan bandar-
bandar ini. Kesukaran ini ditambah pula dengan jalan raya yang berstandard lebih rendah
yang menghubungkan bandar-bandar yang terletak jauh, seperti Sandakan, Tawau, Lahad
Datu, dan Semporna, dengan Kota Kinabalu.
Pada tahun 2005, panjang jalan raya persekutuan Sabah adalah 1,428 km, manakala 14,249
km pula adalah jalan raya negeri. Daripada jumlah itu, 6,094 km merupakan jalan yang diturap
dan 9,583 km selebihnya merupakan jalan batu kelikir dan tanah. Ini menunjukkan hanya
38.9% daripada jalan di Sabah berturap berbanding dengan 89.4% jalan yang diturap di
Semenanjung Malaysia. Dalam tempoh pelaksanaan Rangka Tindakan SDC ini, dijangkakan
80% daripada semua jalan batu kelikir tersebut akan diturap.
Jalan raya utama yang dibina pada tahun 1970 dan 1980-an, di bawah pinjaman Bank Dunia,
memenuhi standard pada masa itu. Bagaimanapun, keperluan semasa memerlukan jalan
raya ini dinaikkan taraf. Contohnya, laluan pejalan kaki dan bahu jalan (sesuai pada ketika itu)
sekarang terlalu sempit dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan kadar lalu lintas
semasa.
Untuk membangunkan kawasan pedalaman selanjutnya, rangkaian jalan raya yang
menghubungkan timur ke barat dan utara ke selatan hendaklah dibangunkan dan
dipertingkatkan.
Walaupun infrastruktur merupakan fokus penting SDC, segala usaha akan dilakukan untuk
memastikan pelaksanaan dijalankan dalam keadaan mampan dan mesra alam sekitar.
koridor pembangunan sabah _127
5.1.1.1 Cabaran
Pada masa ini, kekangan perhubungan merupakan isu utama di Sabah. Kesalinghubungan
yang tidak mencukupi dan tidak boleh diharapkan antara bandar-bandar utama dan juga ke
tempat tarikan pelancong seperti Lembangan Maliau mengakibatkan banyak kos melepas.
Di samping itu, usaha untuk meningkatkan pertumbuhan kawasan luar bandar dan pusat
bandar gabungan (urban conurbation) yang sedia ada juga menjadi sukar disebabkan oleh
perhubungan jalan raya yang tidak mencukupi ini.
Keduanya, keadaan sesetengah jalan raya pada masa ini agak kurang memuaskan.
Penggunaan jalan batu kelikir secara berterusan tentunya menghalang pembangunan
industri. Ini kerana pengangkutan barangan seperti produk pertanian dan pembuatan
mengalami kesukaran disebabkan oleh tempoh pengangkutan yang lama, dan kekurangan
kemudahan pengangkutan selanjutnya, contohnya ke pelabuhan atau lapangan terbang.
Dalam pada itu, Kota Kinabalu dan Sipitang, yang terletak di sepanjang Lebuh Raya Pan
Borneo masih belum dihubungi dengan jalan kembar – hanya jalan tunggal. Infrastruktur
jalan raya ke SAIP pula tidak memberikan ruang sesuai bagi pengangkutan barang dalam
kontena dan ini menjadi penghalang bagi pembangunan kelompok pemprosesan makanan
ini. Isu ini akan ditangani melalui insiatif SDC yang memerlukan jalan-jalan ini dilebarkan
untuk memudahkan lalu lintas dan pengangkutan barangan perindustrian. Menjelang
tahun 2020, 80% daripada jalan batu kelikir akan diturap21. Dengan menaik taraf jalan raya
batu kelikir sedia ada dan memperbaiki jalan masuk ke kawasan pelancongan, pertanian
dan pembuatan utama, usaha mengurangkan kemiskinan juga boleh dilaksanakan dengan
lebih pantas.
Ketiga, kesesakan (lalu lintas di dalam dan antara bandar), disebabkan oleh
perkembangan pesat bandar dan jumlah penduduk yang semakin bertambah di bandar
utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Kesesakan ini menimbulkan
masalah kepada penduduk kerana mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk
mengangkut barangan perindustrian dan bahan mentah.
21 JKR Sabah
koridor pembangunan sabah _128
Rajah 5.1: Peta Sabah Menunjukkan Jenis Jalan Sedia Ada dan Jalan yang Dirancang di bawah RMKe-9
Sumber: JKR
koridor pembangunan sabah _129
5.1.1.2
5.1.1.2.1
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
Projek Jalan Raya Utama dalam Ruang Lingkup SDC:
Sejumlah RM3,187.5 juta telah diluluskan di bawah RMKe-9 untuk pembinaan Hubungan
Rangkaian Jalan Raya22.
• MenghubungkanSabahtengahkekawasanselatan-Tongodkearahselatanmenuju
ke Sapulut
• MewujudkanpenghubungtimurkeduadanmemiraubandarTawau-KunakkeMerotai
• MenghubungkanbahagianUtaraSabahkeSub-WilayahTengahdanBarat-KotaMarudu
menuju ke Ranau
• MenambahkadarkemudahankekawasanpelancongandiSub-WilayahTimur-Lahad
Datu ke Lembangan Maliau, Lembah Danum dan Kawasan Lindungan Hidupan Liar Tabin
• Membinajalansusurpantaipelancongan-TuarankeKotaBelud
• Membolehkan pengangkutan barangan perindustrian – Taman Perindustrian Kota
Kinabalu (KKIP) ke Ranau
• Di samping itu, laluan dari Kota Kinabalu ke Papar dan seterusnya ke Beaufort
memerlukan jalan raya utama berkembar untuk membolehkan pengangkutan yang
lebih baik bagi barangan perindustrian di antara Kota Kinabalu dan Kawasan
Perindustrian Sipitang
• InfrastrukturjalanrayadiantaraPresintAgro-IndustriSabah(SAIP)danpelabuhanlaut
Kota Kinabalu perlu segera dipertingkat untuk menampung pengangkutan kontena
• Jalan rayadariKKIP kepelabuhan terdekat (TelukSapangar)perludinaiktarafkan,
dilebarkan, dan diperteguhkan untuk membolehkan pengangkutan kargo kontena
Pertimbangan utama dalam perancangan projek-projek jalan raya ialah seperti berikut:
• Bagikawasanperindustriandanpertanianutama,memastikanbahawajalanrayadibina
supaya kesesakan dalam bandar utama boleh dipirau
• MemastikanyangjalanrayadiantaracadanganpusatpengumpulanpertanianSDC
dan jalan raya utama terdekat diturap demi memastikan barangan pertanian boleh
diangkut dengan mudah dan efisien
• Menambah kemudahan untuk pengguna jalan raya di lebuh raya utama dengan
menyediakan kawasan rehat
• Meningkatkanpengangkutanjalandiantarabandardenganmenggabungkanpelbagai
pembekal pengangkutan bas awam
22 JKR Sabah
koridor pembangunan sabah _130
Dari Rajah 5.1, projek sambungan di bawah RMKe-9 termasuk:
• JalanSapulut–Kalabakan(menghubungkantenggarakebarat).Terdapatkeperluan
untuk membina jalan raya ini mengikut piawai turap kerana ini akan melengkapkan
Rangkaian Jalan raya Asas Utama Sabah yang memudahkan pengangkutan barangan
dan produk di antara Kota Kinabalu dan Tawau
Projek pembinaan jalan raya baru utama yang dicadangkan termasuk:
• JalanKotaMarudu–MarakParak–PoringRanau
• JalanDariTelipok–PekanKiulu–Lokos–Toboh–Randagong,Ranau
• JalanSapulut–Pagalungan
5.1.1.2.2
5.1.1.2.3
5.1.1.2.4
Projek Pemulihan
Projek Jalan Raya Berkaitan Pembuatan
Projek Jalan Raya Berkaitan Pelancongan
Pemulihan jalan raya utama sedia ada yang belum diselenggarakan hendaklah dilaksanakan
secepat mungkin. Penaikan taraf jalan raya daripada batu kelikir kepada jalan raya turap
akan menaikkan taraf kehidupan penduduk miskin luar bandar. Jalan-jalan ini akan dibina
menepati standard JKR berdasarkan kawasan pembangunan yang dicadangkan dan
penduduk yang menggunakannya. Sasarannya ialah untuk memastikan semua jalan raya
batu kelikir di bawah Daftar Kerajaan Negeri berturap menjelang tahun 2025.
Projek termasuk:
• JalanrayaLingkaranUtaraLahadDatu(MenghubungkanPOICLahadDatu)
• JalanUluSibugadanJalanBokara(MenghubungkanPOICSandakan)
• JalanrayautamadalamKKIP
Projek jalan raya di bawah kategori ini termasuk Jalan Sukau (dalam pembinaan) dan Jalan
Tabin Lahad Datu. Jalan masuk ke Pusat Pengajian Lembangan Maliau di Tawau juga telah
dirancang.
koridor pembangunan sabah _131
5.1.1.2.5
5.1.2
Projek Luar Bandar dan Pertanian
Rangkaian Udara
Di bawah program jalan luar bandar RMKe-9, lebih banyak jalan raya dengan standard
minimum JKR akan dibina untuk meningkatkan pengangkutan keluaran pertanian. Di
samping itu, program ini akan dilanjutkan untuk menyambung kawasan petempatan
semula dengan kawasan perindustrian dan estet luar bandar, terutamanya di Sabah, untuk
meningkatkan mobiliti penduduk luar bandar di kawasan ini. Ini akan menyumbang ke arah
mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar. Jalan Jeroco,
Lahad Datu dan cadangan baru Jalan Linuyukan – Pinangah dan Jalan Lintas Libaran juga
termasuk dalam kategori ini.
Pada masa ini Sabah mempunyai kesalinghubungan yang kukuh melalui jalan udara dalam
dan luar negeri yang baik. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) merupakan
lapangan terbang kedua paling sibuk (berdasarkan pergerakan bilangan penumpang) di
Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. KKIA adalah jalan masuk
utama ke Sabah dan terletak lebih kurang 7km dari pusat bandar.
Disebabkan oleh kedudukannya yang sentral, jarak KKIA dari kebanyakan bandar raya
ASEAN dan Asia Utara, hanya kurang daripada tiga jam penerbangan. Ini menjadikan KKIA
ideal untuk penerbangan tambang murah dan sebagai pusat kedua seperti yang dikenal pasti
oleh AirAsia.
TerdapatpenerbanganteruskeHongKong,Macau,Shenzhen,Osaka,Tokyo,Seoul,Taipei,
Kaohsiung, Singapura, Manila, Kuala Lumpur, Cebu, Davao, Brunei dan Labuan, sekali gus
menyediakan hubungan yang amat baik ke Kota Kinabalu, terutamanya dari lingkaran Asia
Pasifik.
KKIA direka bentuk untuk memberikan khidmat kepada pesawat yang bersaiz sehingga
sebesar Boeing 747. Lapangan terbang domestik utama terletak di Sandakan, Lahad Datu
dan Tawau. Kesemua lapangan terbang ini berkemampuan untuk menerima kapal terbang
Boeing 737 melainkan bagi Lahad Datu (Fokker 50) yang akan dinaikkan taraf dalam tempoh
terdekat ini.
koridor pembangunan sabah _132
Rajah 5.2: Peta Sambungan Penerbangan Domestik
Sumber: MAS, Air Asia, IDS
koridor pembangunan sabah _133
Sumber: MAS, IDS
Rajah 5.3: Peta Sambungan Penerbangan Antarabangsa
TokyoOsaka
Seoul
Shanghai
Taipei
Kaohsiung
XiamenGuangzhou
Hong Kong
Ke Eropah
Bangkok
Jakarta
Balikpapan
KuchingSingapore
Brunei
Kota Kinabalu
Manado
Manila
Darwin
Kuala Lumpur
koridor pembangunan sabah _134
Rajah 5.4: Maklumat Terkini Mengenai Lalu Lintas Penumpang di Lapangan Terbang bagi Seluruh Negeri Sabah
Termasuk Penumpang Transit.
Sumber: Malaysia Airports Sdn Bhd, 2006
Sandakan
Kudat
Kota Kinabalu
Lahad Datu
Tawau
DalamNegeri
2.92.9
00
Antarabangsa
DalamNegeri
54.254.5
00
AntarabangsaDalamNegeri
Antarabangsa
1,615.6
1,496.4747.3358.9
DalamNegeri
Antarabangsa
333.8325.3
0.50.7
DalamNegeri
Antarabangsa
311.6316.8
0.50.2
Ribu Penumpang Ketibaan
Berlepas
koridor pembangunan sabah _135
5.1.2.1
5.1.2.2
5.1.3
Cabaran
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
Rangkaian Laut
Isu utama berkaitan lapangan terbang ialah kapasiti pengendalian kargo. Sehingga tahun
2006, volum pemunggahan kargo adalah pada paras 19.2 juta kg dan 18.5 juta kg kargo
telah dimuatkan. Ini menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 10.5% dan 11.1%
berbanding angka tahun 2005.
Terdapat permintaan yang semakin bertambah daripada pembuat tempatan untuk
menggunakan kargo udara. Bagaimanapun, KKIA yang sedia ada tidak berkemampuan
untuk mengendalikan kapal terbang yang memuatkan kargo sepenuhnya. Ini menunjukkan
bahawa keupayaan pengendalian kargo pada masa ini di lapangan terbang di Sabah
(terutamanya KKIA) perlu diperkembang untuk memenuhi permintaan industri pada masa
yang terdekat ini.
• KKIA kini mempunyai dua terminal. Terminal 1 kini digunakan untuk syarikat
penerbangan biasa dan Terminal 2 untuk penerbangan tambang murah. KKIA pada
masa ini sedang dibangunkan untuk menampung 10 juta penumpang setiap tahun
dan Terminal 2 akan dipertingkat kepada terminal kargo beroperasi penuh.
• MembesarkanterminaldilapanganterbangSandakan,yangsedangdipertimbangkan
sebagai jalan masuk kedua ke Sabah.
• Lapangan terbangbarudiLahadDatuyangberupayamenerimaAirbus320untuk
menyokong aktiviti POIC, akuakultur dan perkembangan pelancongan yang
bertambah pesat.
Sabah berupaya menyediakan kemudahan yang baik melalui rangkaian laut dengan lapan
pelabuhan termasuk SBCP yang baru dibangunkan. Peta berikut menunjukkan pelbagai
pelabuhan dan lokasinya di sepanjang garisan pantai Sabah.
koridor pembangunan sabah _136
Rajah 5.5: Peta Lokasi Pelabuhan di Sabah
Sumber: IDS
Pelabuhan Sabah memainkan peranan penting dalam rantaian logistik keseluruhan bagi
membolehkan pembangunan perdagangan dan ekonomi negeri ini. Seperti yang dapat
dilihat daripada Jadual 5.1, pelabuhan Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu
digunakan terutamanya bagi kontena dan kargo kering. Terminal Minyak Teluk Sapangar
(SBOT),Sandakan,LahadDatu,KunakdanTawaupulasebahagianbesarnyadigunakanuntuk
pengangkutan kargo cecair (terutamanya minyak kelapa sawit). SBCP dikhususkan hanya
sebagai pelabuhan kontena dan telah pun memulakan operasinya sejak bulan Jun 2007 lalu.
SBCP menjangka akan menarik lebih banyak kapal yang besar dari Sabah sendiri, Sarawak
dan negara jiran (Brunei, Indonesia, Filipina Selatan) serta Asia Utara untuk singgah ke
pelabuhan ini. Perkhidmatan sedia ada Pelabuhan Kota Kinabalu dijangka akan dipindahkan
koridor pembangunan sabah _137
ke SBCP dalam tempoh tiga tahun. Pelabuhan Kota Kinabalu pada masa ini mengendalikan
pemindahan kontena ke kapal dari Indochina dan benua kecil India di samping destinasi
serantau dan tempatan yang lain.
Jadual 5.1: Pelabuhan Sabah dan Kemudahan / Keupayaannya
Sumber: Prospek dan Cabaran dalam Industri Logistik di Sabah -10 Mei 2007
*Beroperasi sejak Jun 2007.
Pelabuhan
Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar*Pelabuhan Kota KinabaluPelabuhan Sandakan
Terminal Minyak Teluk Sapangar
Pelabuhan Tawau
Pelabuhan Lahad Datu
Pelabuhan KunakPelabuhan Kudat
Pelabuhan Utama / Penghantaran
Kapasiti Maksimum Kargo Konvensional, 2006
Kargo Utama yang Dikendalikan
Utama
UtamaUtama
Penghantaran
Penghantaran
Penghantaran
PenghantaranPenghantaran
500,000 TEU
16,000 DWT75,000 DWT
40,000 DWT
30,000 DWT
45,000 DWT
28,000 DWT4,000 DWT
Kontena
Kargo Am / Pukal KeringKontena / Kargo Am / Pukal Kering/Minyak Kelapa SawitHimpitan khas yang mengendalikan produk petroleum bertapis pukal cecair dan kargo kimiaKontena / Kargo Am / Kargo Pukal /Petroleum Cecair/Minyak Kelapa SawitKontena / Kargo Am / Pukal Kering/Minyak Kelapa SawitProduk Kelapa SawitKargo am
250,000
200,000
150,000149,500
152,725
171,154194,976
208,098208,490
226,710
100,000
50,000
2000 2001 2002 2003 2004 2005 20060
TEU
Jumlah keseluruhan volum kontena di pelabuhan Sabah diunjurkan akan meningkat
sebanyak 10% setiap tahun daripada 230,000 TEU pada tahun 2006 kepada 880,000 TEU pada
tahun 2020. Jumlah pemunggahan kapal diunjurkan akan meningkat sebanyak 20% setiap
tahun daripada 10,000 TEU pada tahun 2006 kepada 130,000 TEU pada tahun 2020.
Rajah 5.6: Jumlah Daya Pemprosesan Kargo
Sumber: Pelabuhan Sabah
koridor pembangunan sabah _138
5.1.3.1
5.1.3.2
Cabaran
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
Cabaran utama bagi pelabuhan di Sabah berbanding dengan pelabuhan lain di rantau ini
berkisar sekitar keupayaan untuk menarik syarikat perkapalan besar agar berlabuh secara
berjadual di sini. Walau bagaimanapun, pengendali Pelabuhan Sabah pada masa ini,
sedang giat berbincang dengan syarikat perkapalan dan pelabuhan lain untuk membina
pakatan strategik yang akan membolehkan kesalinghubungan laut yang lebih baik dengan
negeri Sabah.
Berikut adalah projek yang akan dilaksanakan oleh Pelabuhan Sabah dalam masa terdekat:
• POICSandakandiMowtas
• PelabuhanLahadDatubagiPOIC
• SistempenghantarandanpenyimpananbajaLahadDatu
• PembesaranTerminalMinyakTelukSapangar
• PenyimpananminyakdandepotdiSapangar,LahadDatudanSandakan
• PelabuhankontenabaruTelukSapangar(penempatansemulapelabuhanKotaKinabalu)
• Strukturinsentifbaruyangmenghubungkanisipadukargodenganpengurangankadar
bayaran pelabuhan bagi pengendali kapal penghantar
Rancangan untuk memperkasakan infrastruktur Sabah giat dijalankan.
koridor pembangunan sabah _139
5.2.1 Kuasa
5.2 Utiliti
Liputan tenaga elektrik Sabah sekarang ialah 67% daripada jumlah penduduknya. Menjelang
tahun 2010, liputan tenaga elektrik luar bandar dijangka bertambah kepada 80.6% dan liputan
keseluruhan kepada 90%23.
Permintaan tenaga elektrik semasa ialah 600MW dan keupayaan penjanaan ialah
680-785MW, yang mana 59% daripada jumlah unit yang dijana, dibeli daripada pengeluar
tenaga bebas. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjana, mengalir dan mengedarkan
tenaga elektrik di Sabah kepada 374,023 pelanggan yang tersebar luas.
Kemuatan terpasang Grid Pantai Barat yang membekalkan tenaga elektrik ke Kota Kinabalu,
Wilayah Persekutuan Labuan, Keningau, Beaufort, Papar, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat
ialah 488.4MW dan permintaan maksimumnya mencapai 396.5MW.
Talian Penghantaran 132kV Grid Pantai Barat yang menyambungkan bandar utama di
Pantai Timur mempunyai kemuatan terpasang sebanyak 333.02MW manakala permintaan
maksimum pula berjumlah 203.3MW.
Permintaan tenaga elektrik dijangka akan meningkat pada kadar sekitar 7.7% setahun
sehingga tahun 2010. Untuk menampung peningkatan permintaan ini, pelbagai projek
penjanaan, penghantaran dan pengedaran akan dilaksanakan, seperti loji jana kuasa 300MW
di Lahad Datu. Lokasi sebenar projek ini akan ditentukan setelah kajian penilaian kesan
persekitaran yang terperinci dilaksanakan.
Grid bersepadu lengkap yang menyambungkan Grid Pantai Barat ke Grid Pantai Timur telah
siap dilaksanakan pada bulan Julai 2007, dan lebih kurang 90% daripada pelanggan kini
disambungkan ke grid bersepadu ini.
23 Rancangan Malaysia Ke-9
koridor pembangunan sabah _140
Rajah 5.7: Talian Penghantaran Elektrik, Utama, Luar Bandar, Hidro Mini dan Stesen IPP
Sumber: Sabah Electricity Sdn Bhd
M Stesen Utama (6)M1 SJ Patau- PatauM2 SJ Hilton Tenom PangiM4 SJ MelawaM5 SJ SandakanM6 SJ Tawau
Mn Stesen Kecil (5)Mn1 NabawanMn2 TelupidMn3 RanauMn4 KundasangMn5 Tungku
MH Mini Hidro (7)MH1 SayapMH2 MelangkapMH3 KiauMH4 NaradauMH5 CarabauMH6 BombalaiMH7 Merotai
IPP Loji Bekalan Kuasa Elektrik Swasta (6)IPP1 ARL MelawaIPP2 Powertron SepanggarIPP3 Sandakan Power Corp (SPC)IPP4 Strataves 1 SandakanIPP5 Serudong Power TawauIPP6 Sepanggar Bay Power Corp
R Stesen Luar Bandar (23)R1 PensianganR2 SapututR3 PinangahR4 TongodR5 Kg. Karamuak DalamR6 Kg. Tenaga Baru
R8 Kg. PaginatanR9 Kg. MinihasR10 P. GayaR11 Kg. TimbuaR12 P. MantananiR13 Karakit, P. BanggiR14a Kg. Tangkarason AR14b Kg. Tangkarason B
R15 Kg. TerusanR16 Kg. KenioganR17 Kg. TetabuanR18 Kg. Nunuyan lautR19 Kg. Tanjung AruR20 Lihak-Lihak BakungR21 Lihak-Lihak SiabanR22 Sg. Tamang P. Sebatik
koridor pembangunan sabah _141
5.2.1.1 Cabaran
Rangkaian elektrik Sabah tidak setanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Indeks
Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) pada tahun 2005 bagi Sabah ialah 2,540 minit
berbanding 101.6 minit sahaja SAIDI di Semenanjung Malaysia. Ini disebabkan rangkaian
pengedaran semasa di sini masih tidak begitu teguh dan masih memerlukan pengukuhan.
Walau bagaimanapun, keadaan ini telah dipertingkat melalui pembinaan grid penghantaran
Timur-Barat baru yang akan menstabilkan bekalan tenaga ke Pantai Timur.
Pada masa ini, dianggarkan sebanyak 50% keupayaan penjanaan elektrik Sabah adalah
melalui diesel (lihat Rajah 5.8). Penjanaan elektrik melalui loji tenaga diesel melibatkan
kos yang tinggi (RM0.26 setiap kWh berbanding dengan RM0.09 bagi gas dan RM0.03 bagi
penjanaan hidro) dan membabitkan masalah alam sekitar. Tambahan lagi, dengan kenaikan
kos minyak yang berterusan dan kekurangan bekalan minyak, kenaikan kos penjanaan
kaedah ini akan berlanjutan.
Rajah 5.8: Campuran Keupayaan Penjanaan Grid Sabah TK2006/07
Sumber: Sabah Electricity Sdn Bhd
1.8%
Biojisim(14 MW)
Hidro(66 MW)
Gas(320 MW)
Diesel/MFO(395 MW)
49.6%
40.3%
8.3%
Penjanaan dan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar merupakan suatu cabaran
yang disebabkan oleh faktor geografi dan kekurangan infrastruktur yang menyebabkan
pelaksanaan menjadi sangat mahal dan rumit. Tambahan pula, kemudahan darat
merupakan satu lagi halangan kepada pelaksanaan stesen tenaga unitari.
koridor pembangunan sabah _142
5.2.1.2 Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
Keupayaan baru yang dianggarkan sebanyak 2,700 MW akan diperlukan antara sekarang
hingga tahun 2025 bagi memenuhi unjuran permintaan tenaga elektrik masa depan.
Rajah 5.9: Anggaran Permintaan Tenaga Elektrik dan Keupayaan Penjanaan bagi Sabah
Sumber: Sabah Electricity Sdn Bhd
4,000
MW
3,500
3,000
2,500
2,000
1,500
1,000
500
2008 2010 2015 2020 2025
0
Ramalan Muatan
Jumlah Kapasiti Boleh Percaya
8821,029
1,605
2,348
3,531
2,652
1,800
1,220
830710
24% 24% 32% 30% 33%MarginRizab
i) Menambah Keupayaan
Di bawah RMKe-9, loji baru berasaskan gas dengan keupayaan sebanyak 190 MW akan
dimulakan pada tahun 2008. Untuk memenuhi permintaan dan juga meningkatkan
kestabilan bekalan tenaga di pantai timur, sebuah loji 300 MW akan dibina dan
akan beroperasi pada tahun 2009/2010. Sehingga tahun 2010, enam rancangan
pembangunanpenjanaanutamaakandibina.Tambahanpula,penjanaanbersamaPOIC
di Sub-Wilayah Timur akan dipromosikan.
koridor pembangunan sabah _143
ii) Memperteguhkan Grid
Terdapat 23 rancangan pembangunan penghantaran sehingga tahun 2010. Projek lain
termasukProjekLingkaranLuarKotaKinabalu(KKOR)untukmeningkatkankeselamatan
bekalan bandar raya. Fasa pertama dijangka siap dilaksanakan pada bulan Februari 2008,
manakala fasa kedua akan disiapkan pada bulan Januari 2009. Rangkaian penghantaran
baru yang menghubungkan bahagian selatan grid pantai barat dan timur akan dibina
dan kabel dan tiang lama dalam sistem grid akan diperkuat dan dipulihkan.
iii) Mempromosi Penggunaan Elektrik di Luar Bandar
Pelaksanaan program penggunaan elektrik di luar bandar akan diperhebat di bawah
RMKe-9 menggunakan hibrid solar dan sistem hidro-mikro. Menjelang akhir tempoh
Rancangan ini, liputan tenaga elektrik luar bandar di Sabah dijangka meningkat kepada
80.6%. Sebagai perbandingan, liputan tenaga elektrik luar bandar Malaysia ialah
98.6%24
5.2.2 Air
Semua bandar utama dibekalkan dengan air yang telah dirawat. Buat masa ini terdapat 39
loji rawatan air dengan jumlah keupayaan pengeluaran sebanyak 762 juta liter sehari (JLS)
yang dibekalkan kepada 200,000 pengguna. Permintaan semasa ialah 937 JLS. Buat masa ini,
permintaan melebihi keupayaan sebanyak 23%. Pada tahun 2005, 90% daripada penduduk
bandar Sabah telah dibekalkan kemudahan air paip, manakala 61% disediakan bagi kawasan
luar bandar. Secara keseluruhannya, 75.5% daripada penduduk Sabah telah pun disediakan
dengan kemudahan air paip berbanding 95% daripada keseluruhan jumlah penduduk
Malaysia yang disediakan dengan kemudahan yang sama mengikut angka pada tahun 2005.
Menjelang akhir tempoh RMKe-9, disasarkan bahawa liputan bandar akan mencapai 92%
dan liputan luar bandar akan mencapai 70% di Sabah.
Permintaan air untuk kegunaan domestik dan perindustrian dijangka bertambah selari
dengan pertumbuhan penduduk tahunan. Sejumlah 1,318 JLS bekalan air baru dianggarkan
akan diperlukan antara sekarang hingga tahun 2025.
24 Unit Perancangan Ekonomi 2005
koridor pembangunan sabah _144
Sumber: Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Rajah 5.10: Unjuran Keupayaan Air, Bekalan dan Permintaan
Juta LiterSehari Keupayaan
Pengeluaran
PermintaanTambahan2007 - 2025
Permintaan
+ 1318 JLS
845
2005 2010 2015 2020 2025
1,085
1,201
1,895
2,991
4,721
2,507
2,2551,848
1,7671,362
1,384
Bekalan
Pengeluaran air di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu dilaksanakan oleh
syarikat swasta, manakala kawasan lain pula dibekalkan oleh Jabatan Air. Meskipun begitu,
pengedaran air di seluruh negeri, dikendalikan keseluruhannya oleh Jabatan Air.
5.2.2.1 Cabaran
Bekalan air ke kawasan luar bandar masih terus menjadi isu utama. Membina paip air dan
loji rawatan di kawasan luar bandar terpencil merupakan satu usaha yang melibatkan kos
yang terlalu tinggi disebabkan oleh kekurangan infrastruktur dan sumber air di sesetengah
kawasan ini.
Air Tidak Terhasil (NRW), yang timbul akibat kebocoran paip air dan kecurian di Sabah
berjumlah 57%. Jika dibandingkan, purata NRW negara adalah 37%. Apabila diukur dari segi
NRW, kawasan bandar lebih baik berbanding kawasan luar bandar memandangkan kadarnya
yang lebih rendah. Di sesetengah kawasan pinggiran bandar, NRW boleh meningkat sehingga
paras lebih daripada 60%.
Pencemaran sumber air asli seperti sungai yang disebabkan oleh pembuangan sampah dan
kumbahan perlu diberikan perhatian segera. Perkara ini telah menyebabkan kenaikan kos
rawatan air dan memberikan kesan kepada keupayaan pengeluaran air.
koridor pembangunan sabah _145
5.2.2.2
5.2.3
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
Telekom
Di bawah RMKe-9, sebanyak RM1.313 bilion telah diperuntukkan kepada Jabatan Air Negeri
untuk menjalankan projek di seluruh negeri. Peningkatan keupayaan yang dijana daripada
projek air ini berjumlah 380 JLS menjelang tahun 2010. Projek utama termasuk pembinaan
Empangan Milau dan empat loji rawatan air lain di Tuaran, Papar, Kudat dan Sandakan.
SDC akan:
• Melaksanakan lebih banyak pengairan bawah tanah dan sistem pengumpulan
air hujan di kawasan luar bandar untuk menambah bekalan
• Memberikan tumpuan terhadap usaha mengurangkan NRW dengan memastikan
penguatkuasaan lebih ketat ke atas kecurian air, penggantian paip dan meter,
menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi merancang rangkaian
pengedaran, pemulihan sistem pengedaran dan menaik taraf loji rawatan sedia ada
• Menggalakkan industri dan pembuat, terutamanya dalam POIC, untuk mengitar
semula air dengan menawarkan insentif tarif
• Terus menguatkuasakan perancangan dan perlindungan tadahan air dan sumber
air semula jadi dengan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjimatan air
Telekom Malaysia (TM) ialah syarikat telekomunikasi utama yang beroperasi di Sabah.
Syarikat ini menyediakan kemudahan talian tetap dan telefon mudah alih selular. Lima
syarikat telekomunikasi lain juga beroperasi di negeri ini. Tetapi setakat ini, mereka hanya
menyediakan kemudahan telefon mudah alih selular sahaja. Sabah mempunyai kadar
penembusan Talian Ibu Sawat Terus (DEL), penembusan selular dan kadar penembusan dail
internet bagi setiap 100 orang penghuni yang terendah.
koridor pembangunan sabah _146
Rajah 5.11: Kadar Penembusan Pertukaran Talian Terus bagi Setiap 100 Penghuni
Mengikut Negeri, 2007
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
DEL menghubungkan kelengkapan pelanggan ke Rangkaian Telefon Pensuisan Awam
(PSTN). Ia mempunyai port khas pada ibu sawat telefon. Kadar penembusan adalah
bilangan DEL bagi setiap 100 orang penghuni.
23.1
23.0
21.4
19.9
17.7
17.6
17.5
16.3
12.8
11.9
11.9
10.8
8.2
6.5
Pulau Pinang
W. P. Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Negeri Sembilan
Perak
Johor
W. P. Labuan
Kedah dan Perlis
Pahang
Terengganu
Sarawak
Kelantan
Sabah
koridor pembangunan sabah _147
93.1
87.6
76.3
75.6
72.6
70.6
70.0
62.4
60.2
57.1
56.6
51.5
51.5
36.9
W. P. Kuala Lumpur
Melaka
Selangor
Negeri Sembilan
Pulau Pinang
Perlis
Johor
Terengganu
Kedah
Perak
Pahang
Kelantan
Sarawak
Sabah
34.5
21.3
19.8
10.8
10.7
9.3
7.6
7.3
7.2
5.4
4.9
4.6
4.6
3.8
3.2
W. P. Kuala Lumpur
Pulau Pinang
Selangor
W. P. Labuan
Melaka
Johor
Perak
Negeri Sembilan
Sarawak
Kedah
Sabah
Pahang
Terengganu
Perlis
Kelantan
Rajah5.12:KadarPenembusanTelefonMudahAlihSelularbagiSetiap100OrangPenghuni
Mengikut Negeri, 2006
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
Rajah5.13:KadarPenembusanJalurLebarbagiSetiap100OrangPenghuniMengikut
Negeri, 2007
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
koridor pembangunan sabah _148
Rajah5.14:KadarPenembusanDailInternetbagiSetiap100OrangPenghuniMengikutNegeri,2007
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
36.6
17.5
16.8
15.6
12.8
11.6
10.8
10.4
9.2
7.0
6.9
6.8
6.7
6.4
4.3
W. P. Kuala Lumpur
Pulau Pinang
Selangor
W. P. Labuan
Melaka
Johor
Perak
Negeri Sembilan
Sarawak
Kedah
Sabah
Pahang
Terengganu
Perlis
Kelantan
5.2.3.1 Cabaran
Negeri Sabah yang amat luas menjadikan pelaksanaan rangkaian telekomunikasi mahal dan
sukar. Pembinaan rangkaian memerlukan perbelanjaan modal yang besar dan permintaan
rendah pada masa ini di kawasan luar bandar tidak dapat menjustifikasikan perbelanjaan
yang begitu tinggi ini.
Umumnya, tahap pendapatan rendah bermaksud masyarakat lebih suka berbelanja untuk
membeli telefon mudah alih dan menggunakan internet di pejabat daripada menyediakan
kemudahan internet di rumah.
Buat masa ini, TM tidak berupaya menghasilkan rangkaian kos rendah dan menyediakan
penetapan harga kos rendah kepada pengguna disebabkan oleh kos kelengkapan yang
diperoleh dari luar negara dengan harga yang tinggi.
koridor pembangunan sabah _149
5.2.3.2
5.2.4
5.2.4.1
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
Sisa Pepejal dan Pembetungan
Sisa Pepejal
• Untuk menambah liputan di kawasan luar bandar, rangkaian telefon mudah alih
menawarkan perkhidmatan GPRS. Kini Celcom adalah pembekal terbesar di kawasan
luar bandar
• Projekjalurlebardengankelajuantinggiakanbermulapadaakhirtahun2007
• RM60 juta akan dibelanjakan untuk memperbaiki rangkaian telekom di kawasan
pembangunan baru
• Mewujudkan lebih banyak Wi-Fi hotspot untuk menggalakkan saling hubungan
data dan penembusan jalur lebar yang lebih tinggi
• WiMAXjugaakandiperkenaldalamtempohjangkasederhanakejangkapanjang
Kini terdapat 23 tapak pelupusan sisa pepejal di Sabah di bawah pihak berkuasa tempatan
setiap daerah. Tanggungjawab bagi pengutipan sisa, pengalihan, dan pelupusan terletak
pada setiap Majlis Daerah di kawasan masing-masing. Penduduk di kawasan tanpa kadar
dan penempatan yang tidak rasmi yang tidak diliputi oleh perkhidmatan pengutipan sisa
rasmi, mengambil jalan keluar dengan membakar dan membuang sisa di kawasan tanah
terbuka berdekatan serta melupuskan sisa ke dalam sungai dan laut.
5.2.4.1.1 Cabaran
Reka bentuk tapak pelupusan sisa yang tidak kemas diikuti pula dengan kekurangan
prosedur pengendalian dan penyelenggaraan akan menyebabkan kualiti hidup yang kurang
memuaskan disebabkan oleh kesan persekitaran yang kurang baik. Pencemaran laluan air
semula jadi, air dalam tanah, persekitaran marin dan udara merupakan sebahagian daripada
kesan sampingan yang terhasil. Tambahan pula, kawasan pelupusan yang tidak dipulihkan
secara teratur menyakitkan pandangan dan menjadi isu kesihatan bagi rakyat tempatan dan
pelancong. Cabaran utama termasuk kurang kesedaran mengenai perlunya pengurusan
sisa pepejal yang lebih baik (3R – Reuse, Recycle, Reduce atau Guna Semula, Kitar Semula,
Kurangkan) serta kekurangan kepakaran dalam rawatan sisa pepejal yang berkesan.
koridor pembangunan sabah _150
5.2.4.1.2
5.2.4.2
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
Pembetungan
Program semasa yang sudah siap diatur termasuk Kemudahan Pemulihan Bahan (MRF)
pertama bagi sistem pembuangan tambah tanah (landfills) di Malaysia. Sebelum ini, 100%
daripada sisa domestik yang dipungut oleh DBKK akan dibuang di lokasi pembuangan
tambahan tanah. Dengan sistem baru ini, syarikat mula memulihkan sesetengah sisa yang
boleh dikitar semula. Sisa organik dipulihkan dan ditukar menjadi kompos. Mereka telah
mendapati bahawa hampir 70-75% daripada sisa buangan boleh dipulihkan. Manfaat yang
diperoleh, termasuk pengurangan dalam bahan larut lesap, kenaikan dalam jangka hayat
tapak pembuangan tambah tanah dan manfaat yang paling besar yang diperoleh ialah sistem
ini mesra alam. Sistem MRF berharga RM14 juta.
Projek-projek ini termasuk:
• Memerlukan perancangan, pengurusan dan pengawalan operasi serta
penyelenggaraan sistem pelupusan sisa yang lebih baik
• Memperkenalkan vermikultur berskala besar yang menggunakan cacing untuk
memakan dan menukarkan sisa organik kepada baja semula jadi tanpa bau
• Mewujudkan kesedaran terhadap perlunya pelupusan sisa dan pengitaran semula
melalui pendidikan. Buat masa ini penghasilan kompos telah digalakkan pada tiga
peringkat: komersial, komunal dan seisi rumah
• Bagisisadiperkampunganatasair,DewanBandarayaKotaKinabalu(DBKK) telah
mempromosi pengitaran semula dengan menggalakkan penduduk untuk mengutip
sampah yang akan seterusnya dibeli oleh DBKK daripada mereka
Pada masa ini Sabah menggunakan sistem rawatan sisa air secara bersama dan individu,
dan sistem rawatan enap cemar. Kutipan sisa air dan sistem rawatan bersama digunakan di
pusat bandar dan kawasan kediaman utama. Tangki septik individu digunakan terutamanya
di kawasan kediaman yang lebih lama dan di luar bandar.
5.2.4.2.1 Cabaran
Cabaran yang berkaitan dengan masalah saluran sisa air berpunca terutamanya daripada
kekurangan penyelenggaraan sistem pembetungan. Ini disebabkan oleh kekurangan
pembiayaan dan kepakaran ditambah pula dengan masalah paip yang sudah lama. Di
samping itu, kecekapan rawatan keseluruhan sangat rendah dan dengan itu sesetengah
sistem tidak dapat mengendalikan jumlah kumbahan yang semakin meningkat.
koridor pembangunan sabah _151
5.2.4.2.2
5.2.5.2
5.2.5
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
Pengairan
5.2.5.1 Cabaran
Rancangan penswastaan sesetengah fungsi, contohnya, penyelenggaraan dilihat sebagai
satu cara untuk mengatasi cabaran bagi peningkatan dan penyelenggaraan yang betul.
Berhubung dengan kumbahan di perkampungan di atas air, sistem baru seperti sistem
pembetung vakum boleh membantu mengurangkan kuantiti kumbahan yang dibuang ke laut.
Ini dilakukan dengan menyedut kumbahan dan mengangkutnya melalui paip ke tapak rawatan
yang terletak di darat.
Pembangunan pengairan dan saliran akan menjadi faktor penyumbang yang sangat penting
ke arah memperkenalkan pembangunan pertanian di Sabah. Pertanian berpengairan
telah dikaitkan secara tradisional dengan penanaman padi, tetapi sejak tahun 1970an,
Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) telah pun membangunkan pengairan tanah tinggi
serta menyediakan infrastruktur pengairan untuk tanaman bernilai tinggi. Dalam usaha
merancang infrastruktur pengairan bagi pembangunan tanah pertanian yang dicadangkan,
DID merancang untuk menyelaraskan usaha ini dengan jabatan dan agensi kerajaan yang
berkaitan dengan teliti.
Keluasan kawasan padi di Sabah yang perlu diairi telah meningkat daripada 1,600 hektar
pada 1967 kepada 18,167 hektar menjelang tahun 2006, dan purata hasil padi telah meningkat
daripada lebih kurang 1 tan setiap hektar kepada lebih kurang 4 tan setiap hektar bagi tempoh
yang sama.
DID telah membangunkan hampir 80 skim pengairan. Skim utama terletak di daerah Kota
Belud, Keningau, Kota Marudu, Papar dan Tuaran.
Cabaran utama timbul daripada pengurusan sumber air yang lemah, kecurian air daripada
kawasan perairan dan kekurangan aplikasi dan amalan pertanian yang baik (disebabkan
oleh kekurangan jentera membajak).
• Meningkatkaninfrastrukturpengairandansaliranmelaluipelaksanaanprojekbaru,
bagi kedua-dua tanaman padi dan bukan padi
• Menaik tarafdanmelanjutkan infrastrukturpengairankekawasanberpotensiyang
dikenal pasti berdekatan dengan skim sedia ada
• Meningkatkanpenggunaankemudahanpengairandansaliranyangtelahdisediakan
di kawasan padi sedia ada
koridor pembangunan sabah _152
• Memperbaikiamalanpengurusanairpengairanbersepadu
• Menyediakan bantuan teknikal dalam pembangunan infrastruktur dalam
mempelbagaikan tanaman daripada padi kepada tanaman lain yang menguntungkan
di kawasan bukan jelapang yang dikenal pasti
Untuk mengekalkan air yang ada untuk pengairan, kerja pembangunan untuk skim
pengairan dan saliran akan dijalankan berdasarkan konsep mesra alam sekitar dengan
mengambil kira kesan buruk pengairan ke atas alam sekitar.
Pengekalan dan perlindungan alam sekitar ditegaskan bagi semua projek.
5.3 Pembangunan Modal Insan
Berasaskan banci penduduk terkini, pada tahun 2000, jumlah penduduk Sabah mencapai
angka 2,603,485. Antara tahun 2000 hingga 2005, Sabah mencatatkan perkembangan
penduduk purata pada kadar 2.29% setahun. Penduduk negeri ini rata-rata muda dengan
sebahagian besar daripadanya (80%) di bawah usia 39 tahun. Sabah dianggarkan didiami
oleh seramai 3.1 juta orang penduduk (Jabatan Statistik).
Pada tahun 2006, tenaga kerja Sabah berjumlah 1,264,100. Jumlah ini terdiri daripada
1,190,782 individu bekerja manakala 73,31825 pula menganggur. Kadar penyertaan tenaga
25 Jabatan Statistik
koridor pembangunan sabah _153
Kadar pengangguran Sabah
Kadar pengangguran Malaysia
5.8%
6.5%6.5%
5.4%5.8%5.9%
3.1%
3.8%3.5%3.5% 3.6%3.6%
7.0%
6.0%
5.0%
4.0%
3.0%
2.0%
1.0%
2001 2002 2003 2004 2005 2006
0.0%
Peratus
Pertanian, pemburuanperhutanan dan perikanan
Lain-lain
Pentadbiran awam,pertahanan, perkhidmatankomuniti, sosial dan peribadi
100%
Perlombongan dan kuari
Pembuatan
Pembinaan
Perdagangan borong danruncit, hotel dan restoran
Pengangkutan, penyimpanandan komunikasiKewangan, insurans,hartanah, penyewaan danaktiviti perniagaan
56.1
41.9 34.0 30.5
11.4
7.7
21.5
4.73.5
19.6
8.0
11.4
5.9
17.5
4.63.2
21.3
9.1
6.2
12.6
4.2
21.2
4.83.2
7.8
2.8
19.0
5.1
0.3
0.6
0.30.3
1.8
2.2
2.0
0.9
1980 1991 2000 2006
kerja adalah 64.8%. Kadar pengangguran di Sabah pada tahun 2006 ialah 5.8%, lebih tinggi
daripada kadar nasional yang berada pada paras 3.1%.
Rajah 5.15: Trend Kadar Pengangguran
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
Pertanian, pemburuan dan perhutanan merupakan sektor terbesar mengikut peratus pekerja
yang diambil bekerja mengikut industri (30%). Ini diikuti pula oleh industri perdagangan
borong, perdagangan runcit, pembaikan kenderaan serta barangan isi rumah (15.5%).
Rajah 5.16: Taburan Individu Bekerja mengikut Industri, 1980-2005
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
koridor pembangunan sabah _154
30.5%
15.8%
19.6%
3.5%
4.7%
21.5%
7.7%
11.4%
Lain-lain
Pentadbiran awam, pertahanan,komuniti, pendidikan, kesihatan,sosial dan perkhidmatan peribadi
Kewangan, insuran, hartanah, penyewaan dan aktiviti perniagaan
Pengangkutan, penyimpanandan komunikasi
Perdagangan borong dan runcit,hotel dan restoran
Pembinaan
Pembuatan
0.3% Perlombongan dan kuari
Pertanian, pemburuan, perhutanan dan perikanan
Rajah 5.17: Taburan Individu Bekerja Mengikut Pekerjaan bagi Negeri Sabah, 2006
Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006
Terdapat beberapa kementerian, jabatan, agensi dan badan berkanun yang menyumbang
ke arah pembangunan modal insan di Sabah. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan, dari
pemberian biasiswa secara langsung, pembiayaan, hinggalah ke latihan dan penyediaan
sumber.
5.3.1 Cabaran
Untuk memastikan kemampanan pelaksanaan SDC, keperluan modal insan hendaklah
dipenuhi oleh bekalan tempatan. Bakal pelabur yang ditemu bual mencadangkan yang
kebanyakan majikan memerlukan graduan dalam bidang sains, teknikal atau vokasional
(pengurusan percutian, juruteknik, pengurusan ladang). Walau bagaimanapun, hasil temu
bual menunjukkan pada ketika ini terdapat terlalu ramai graduan dalam bidang sastera
dan kemanusiaan yang melebihi permintaan manakala siswazah dalam bidang sains dan
teknologi pula tidak mencukupi.
koridor pembangunan sabah _155
5.3.2 Strategi
Kepersisan yang lebih jitu diperlukan dalam menjana modal insan yang diperlukan untuk
memenuhi keperluan industri pelancongan, pertanian dan pembuatan. Ini akan ditangani
dengan pelaksanaan strategi berikut:
• Meningkatkan bilangan pekerja mahir untuk memberikan sokongan penuh kepada
pembangunan sektor pelancongan, pertanian serta pembuatan
• Meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan demi membantu negeri ini melalui
perubahan daripada ekonomi berasaskan pengeluaran kepada yang berasaskan
pengetahuan
• Membangunkanpangkalandatayangsentiasadikemaskinibagitenagakerjaberbakat
yang sedia ada berbanding kemahiran yang diperlukan oleh industri yang beroperasi di
Sabah:
º Bilangan tenaga kerja dengan jenis bakat yang sedia ada
º Kajian keperluan tenaga kerja mahir (berdasarkan unjuran ahli industri)
º Pelajar yang telah dianugerahi biasiswa
• Mewujudkan Majlis Perancangan Modal Insan (HCPC) untuk mengawasi
pengumpulan statistik tenaga kerja yang berkaitan, menyelaraskan akademia dan
industri, menyelaraskan pesta perekrutan dan membina pangkalan data bagi
kemahiran individu yang kembali ke Sabah
• Kekurangan kemahiran, seperti,
komunikasi, teknikal, kemahiran
tidak ketara (soft skills)
• Bakal pekerja kurang pendedahan
• Kekurangan pekerjaan yang sedia ada
• Kekurangan graduan yang sesuai
• Sesetengah industri belum wujud
• Pelabur berpotensi perlu
diyakinkan bahawa mendapatkan
tenaga kerja bukan satu masalah
• Wujudkan Majlis Perancangan Modal Insan (HCPC) melalui agensi pelaksana sehenti: º Selaraskan antara industri dan akademia º Latihan bekerja industri º Mengukuhkan pusat perkhidmatan kerjaya
• Dalam SEDIA dan HCPC pegawai pelaburan akan menjamin perkhidmatan dari segi mendapatkan kemahiran, tenaga kerja bagi industri• HCPC akan mengumpulkan statistik tenaga kerja dan membina pangkalan data mengenai mereka yang kembali ke Sabah
Cabaran
Industri SediaAda
Industri Baru• Pelancongan• Pertanian• Hiliran Minyak Sawit• Biotek
Penyelesaian yang dicadangkan
5.3.3 Program
koridor pembangunan sabah _156
• Meningkatkan program latihan secara drastik, iaitu para pelajar yang masih
menjalani kursus boleh bekerja dalam industri semasa dengan peluang untuk
mendapat jawatan tetap selepas tamat pengajian. Kesemua pemegang biasiswa
Yayasan Sabah hendaklah diwajibkan untuk melaksanakan latihan bekerja semasa
cuti
• Memperluaskankeupayaanpendidikansainsdanteknologi,latihandanpendaftaran
demi menyokong pembangunan sektor pertanian dan pembuatan pada masa hadapan.
Meningkatkan nisbah kepada 70:30 (sains kepada kemanusiaan)
• Meningkatkan dan menambahbaik profil dan kepentingan kerjaya dalam bidang
pertanian, pembuatan dan pelancongan. Ini boleh dicapai dengan membawa
personaliti pemimpin yang dihormati dalam industri masing-masing ke universiti-
universiti dan kolej-kolej latihan untuk memberi pandangan dan kata-kata semangat
mengenai tugas dan pekerjaan yang mereka jalankan
• Meningkatkanprofil Sabahsebagaidestinasipilihanbagibakalsaintis /penyelidik
dalam bidang pembuatan dan pertanian dan memastikan berlakunya pemindahan
kemahiran dan ilmu kepada tenaga kerja setempat
• Mewujudkan insentif (sumbanganbantumuladansebagainya)bagimenggalakkan
warga Sabah yang berbakat untuk melabur dalam masa depan Sabah. Dana boleh
disalurkan ke arah kerja-kerja usaha sama penyelidikan. Saintis dan bekas eksekutif
MNC seharusnya boleh memohon pinjaman mudah bagi tujuan penyelidikan dan
kemudiannya diberi insentif dalam bentuk penukaran pinjaman mudah tersebut
kepada sumbangan bantuan sekiranya mereka berjaya mencapai sasaran penting
yang ditetapkan. Program seperti ini akan memerlukan panel kajian semula setaraf
untuk memastikan kebolehlaksanaan projek seperti ini
• Di samping itu, pusat latihan dan kemahiran sedia ada seperti Institut Kemahiran
MARA (IKM), Pusat Teknologi Kemahiran Sabah (SSTC), Institut Latihan Perindustrian
(ILP) dan Politeknik Kota Kinabalu akan memainkan peranan penting dalam menjana
modal insan yang sesuai bagi memenuhi keperluan Sabah
5.3.3.1 Hab Pendidikan Sandakan
Selaras dengan tumpuan yang diberikan dalam RMKe-9, iaitu untuk meningkatkan kualiti
modal insan, inisiatif SDC akan mengukuhkan pembinaan kapasiti untuk membangunkan
modal insan yang berilmu, mahir dan inovatif demi memacu negeri ini ke arah ekonomi
berasaskan pengetahuan. Antara projek utama untuk mencapai matlamat ini adalah
pembangunan Hab Pendidikan di Sandakan.
Hab Pendidikan Sandakan (SEH) yang bakal menempatkan institusi pendidikan tinggi,
pusat penyelidikan dan kolej dan politeknik swasta, meliputi kawasan seluas 1,356 ekar ini
adalah juga satu komponen penting dalam Zon Inovasi Agrobio.
koridor pembangunan sabah _157
SEH juga akan menyediakan segala infrastruktur yang diperlukan bagi penyelidikan pertanian
dan ekologi seperti makmal sains dan sebagainya. Pusat penyelidikan dan pembangunan
dan beberapa pusat latihan kemahiran bagi program pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar, biodiversiti dan kehidupan liar, industri bioteknologi dan pembuatan minyak sawit
dan hiliran juga turut dirancang untuk hab ini.
Setakat ini, lima kolej telah menyatakan minat mereka untuk membina kampus mereka di
Sandakan. Mereka merupakan:
• MRSM/MARA
• UniversitiMalaysiaSabah–SekolahPertanian
• PoliteknikSandakan
• KolejTunkuAbdulRahman
• PusatLatihanLembagaHasilDalamNegeri
Pendidikan akan menerima fokus yang diperbaharui di bawah SDC.
koridor pembangunan sabah _158
5.3.3.2 Hab Pendidikan Pedalaman
Sub-Wilayah Tengah merupakan jalur pertanian dan penghasilan makanan utama Sabah. Di
sinilah juga letaknya ikon yang sudah termasyhur di dunia, Gunung Kinabalu dan warisan
budaya yang begitu kaya. Malangnya, kemiskinan begitu meluas di Sub-Wilayah Tengah
ini. Untuk menentukan supaya anugerah alam semula jadi ini dapat dimanfaatkan bagi
menghasilkan pendapatan bagi penduduk di sini, terdapat keperluan untuk menubuhkan
sebuah kelompok institusi pendidikan dan latihan bagi membina modal insan di sub-wilayah
ini yang dikenali sebagai Hab Pendidikan Pedalaman.
Hab Pendidikan Pedalaman ini mungkin boleh dimulakan oleh Yayasan Sabah bagi membina
sumber untuk sektor pelancongan dan pertanian, terutamanya dalam industri kraftangan,
produk asli istimewa, makanan dan ternakan; disamping melatih usahawan tani, dan
membangunkan perniagaan tani. Yayasan Sabah juga mungkin boleh mempertimbangkan
penubuhan sekolah dan kolej berasaskan model MRSM-Yayasan Terengganu untuk pelajar
cemerlang daripada sekolah luar bandar terutamanya pelajar dari keluarga berpendapatan
rendah (rujuk Bab 6).
koridor pembangunan sabah _159