KOPERASI MRSM KUANTAN BERHAD KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUANTAN BERHAD Koperasi MRSM Kuantan Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1975. Tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan kakitangan maktab untuk membeli barang keperluan, memberi perkhidmatan dan mendidik pelajar asas-asas perniagaan. Anggota koperasi dianggotai oleh kakitangan dan para pelajar MRSM Kuantan. Pada awal peniagaan, Koperasi MRSM Kuantan Berhad menjalankan perniagaan kedai runcit, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan fotostat. Pada awal penubuhan koperasi, kawasan Koperasi Mrsm Kuantan Berhad terletak di tingkat atas dewan selera MRSM Kuantan. Satu ruang khas telah digunakan bagi menempatkan barang-barang jualan dan perkhidmatan untuk kemudahan warga MRSM Kuantan. Namun seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa, Koperasi MRSM Kuantan telah dipindahkan ke bangunan baharu bersebelahan pintu masuk utama MRSM Kuantan dengan peruntukan di bawah coopmart pada tahun 2012. Lokasi ini sangat strategik kerana terletak berdekatan dengan kawasan aktiviti pelajar dan bangunan akademik pelajar. Hal ini memudahkan pelanggan mendapatkan barang keperluan dan perkhidmatan. Koperasi telah mengorak langkah dengan memulakan perniagaan lain seperti menyediakan perkhidmatan cyber café, menjalankan perniagaan cafe, menyediakan perkhidmatan tempahan hamper dan juga perkhidmatan dobi layan diri. Pihak koperasi mrsm kuantan berhad juga memberi sumbangan kepada para pelajar dan ahli anggota koperasi untuk kebajikan ahli.