1
1.0
PENDAHULUAN
Al- Quran menjelaskan bahawa komunikasi merupakan salah satu
perkara fitrah manusia. Antara ayat Al-Quran yang menyebut tentang
komunikasi ialah dalam surah Ali-Imran ayat ke 104 ;
Maksudnya : Hendaklah terdapat sebahagian daripada kamu umat
yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada maruf dan
mencegah kepada kemungkaran dan merekalah orang-orang yang mendapat
keuntungan. (Ali Imran , 2 :104) Pengertian komunikasi menurut
Islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang atau
masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat,
pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat
Islam. Komunikasi Islam merupakan komunikasi bersifat universal
meliputi seluruh aspek dalam kehidupan sepanjang hayat umat Islam
kerana proses komunikasi tersebut melibatkan komunikasi dengan
Allah, komunikasi sesama manusia, komunikasi dengan diri sendiri
(muhasabah diri) dan komunikasi dengan alam. Tujuan komunikasi
adalah untuk memberitahu, menerangkan, member kefahaman, member
ilmu, memberi petunjuk, menyeru kepada kebajikan, memberi hikmah
dan menyampaikan khabar gembira serta memberi peringatan (Ghazali
Sulaiman, 2007 : 3-12) .
Sehubungan itu, atas dasar kepentingan komunikasi terutamanya
komunikasi sesama manusia, satu bidang yang berkait dengan media
massa iaitu bidang kewartawanan dan
sehingga kini kepentingannya tidak dinafikan serta sentiasa
mendapat tempat dalam masyarakat. Peranan wartawan yang berperanan
penting untuk melaporkan berita bersifat terkini dan semasa yang
menyumbang kepada perkembangan dalam masyarakat memberikan impak
positif kepada negara.
2
Namun begitu, sejauhmana kebenaran berita- berita yang
dilaporkan oleh wartawan samada menerusi media elektronik ataupun
media cetak dan adakah berita-berita yang ditulis oleh mereka
menurut etika kewartawanan yang sebenar. Selain itu, adakah
wartawan-wartawan yang ada sekarang mengikut etika kewartawanan
menurut Islam dalam melaporkan berita kepada masyarakat.
Justeru itu, dalam penulisan ini, penulis akan menulis mengenai
konsep dan etika kewartawanan menurut Islam yang sebenar.
3
BAB 1 : DEFINISI DAN KONSEP ETIKA KEWARTAWANAN
1.1
Definisi Etika
Perkataan etika berasal daripada bahasa Inggeris iaitu ethic.
Perkataan ethic pula diambil dari bahasa Greek iaitu ethos yang
membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu
golongan. mendefinisikan etika sebagai Dalam ayat yang ringkas,
sarjana pengurusan sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia
bertanggungjawab menentukan sesuatu tindakan seseorang itu
samada baik atau buruk. Etika dalam erti kata lain ialah mematuhi
nilai-nilai moral (Mustafa Hj. Daud, 1996 : 34).
Manakala etika dari kaca mata Islam bersumberkan Al-Quran dan
As-Sunnah. Etika Islam mengatasi semua etika yang lain kerana
mempunyai ciri kebaikan mutlak, kebaikan sejagat, mudah, mantap,
kewajipan yang dipatuhi dan pengawasan yang menyeluruh. Pelbagai
faktor yang mempengaruhi pembentukan etika seperti manusia itu
sendiri, naluri, adat dan kebiasaan, keturunan, persekitaran, azam,
suara hati dan
pendidikan (Mustafa Hj. Daud, 1996 : 37).
1.2
Definisi Wartawan Dan Kewartawanan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) , wartawan ialah orang
yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah.
Manakala kewartawanan ialah yang
berkaitan dengan bidang tugas atau kegiatan wartawan, segala
yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar
atau majalah.
Secara umumnya wartawan didefinisikan sebagai pemberita samada
mereka bertugas di media cetak ataupun media elektronik. Wartawan
terbahagi kepada tiga golongan iaitu (H.M.Tuah Iskandar, 1990 :
34-36) ;
4
i.
Wartawan Islam Wartawan Islam adalah wartawan-wartawan bebas
iaitu bebas daripada pengaruh kebendaan, pangkat, kedudukan dan
bebas dari dipengaruhi orang lain seperi ahli politik, orang
perseorangan, parti politik dan kerajaan. Golongan ini melaksanakan
tugas semata-mata kerana mencari keredhaan Allah dan berperanan
seperti ulama yang membentuk masyarakat supaya bertaqwa kepada
Allah. Mereka berjihad tanpa rasa bosan dan tanpa rasa khuatir
menghadapi golongan yang lebih berkuasa di sekeliling mereka.
Secara tidak langsung mereka adalah pendakwah yang menulis mengenai
Islam semata-mata untuk menyampaikannya kepada masyarakat.
ii.
Wartawan Bukan Islam
Wartawan bukan Islam adalah wartawan yang bertugas kerana ada
kepentingan dan keuntungan untuk dirinya. Bagi golongan, mereka
bebas melaporkan apa sahaja tanpa ada batasan. Tulisan wartawan ini
tidak mempunyai ciri-ciri penulisan yang mahu mengajak masyarakat
ke arah mentaati Maha Pencipta. Namun, tidak dinafikan ada di
antara mereka bersifat jujur dan penulisan mereka yang baik serta
boleh digunapakai oleh masyarakat. Tetapi kejujuran mereka boleh
dipertikai kerana mereka tidak mengikut hukum-hakam yang telah
digubal oleh Allah.
iii.
Wartawan Islam - Bukan Islam
Golongan wartawan ini kadang-kadang lebih bahaya daripada
wartawan bukan Islam. Wartawan begini hamper sama seperti golongan
munafik. Penulisan mereka sering kali bercanggah dengan suruhan
Allah. Mereka menyeru kepada kebaikan tetapi seruan mereka tidak
berlandaskan ayat-ayat Al-Quran atau Sunnah Rasulullah S.A.W. ,
sebaliknya mereka memetik kata-kata orientalis, secular,
tokoh-tokoh Yahudi atau Kristian. Mereka lebih mengagungkan tokoh
barat daripada tokoh Islam. Golongan ini tetap mengaku Islam dan
mengerjakan amal ibadah tetapi amal ibadah yang dilakukan tidak
mencegah mereka daripada melakukan perbuatan
5
mungkar. Mereka mudah dipengaruhi terutama dari kebendaan,
pangkat dan wanita. Tetapi tidak dinafikan ada sebilangan kecil
wartawan dalam kategori ini memiliki sifat mulia. Tetapi mereka
tidak berpegang kuat kepada agama Islam.
Kewartawanan termasuk dalam Jurnalisme. Selain daripada istilah
wartawan, golongan ini kuga dikenali sebagai golongan jurnalis.
Dari segi istilah, jurnalis ialah kegiatan kewartawanan dalam
mencari, menyusun , menulis, menyunting dan menerbitkan berita di
media massa samada media cetak ataupun media elektronik. Manakala
dari segi bahasa istilah jurnalis berasal daripada perkataan bahasa
inggeris iaitu journal dan bahasa Perancis du jour yang bererti
catatan atau berita harian (Ahmad Y. Samantho, 2002 : 4344).
1.3
Konsep Kewartawanan Menurut Islam
1.3.1 Konsep Kewartawanan
Kewartawanan sebagai satu kerjaya penyebaran maklumat mempunyai
peranan penting dan kesan berterusan kepada individu dan
masyarakat. Justeru kerjaya sebagai wartawan dari beberapa aspek
dilihat sebagai kesinambungan daripada kerjaya atau profesion
sebagai pendidik dan juga dipandang sebagai ibadat oleh Islam (Nik
Yusri Musa, 2009 : 64 -69) ;
i.
Wartawan sebagai Seorang Pendidik
Terdapat dua aspek pendidikan bagi seorang wartawan sebagaimana
dianjurkan Islam iaitu ;
a.
Mendidik pemikiran masyarakat dengan kebenaran berita yang
dipaparkan.
6
Pendidikan merupakan suatu proses merubah pemikiran masyarakat
ke arah yang lebih baik dan matang. Kerjaya sebagai wartawan
sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan pendidikan. Setiap
berita yang disiarkan atau dipaparkan perlu dipertanggungjawabkan.
Andai apa yang ditulis dapat memberi keinsafan, kesedaran serta
mengembalikan manusia kepada fitrah kebaikan pastinya akan diberi
ganjaran oleh Allah. Apabila ditulis adalah mengenai kebejatan
akhlak, kecelaruan fikiran dan menjauhkan manusia dari fitrah
kebaikan, maka pastinya akan menerima akibatnya. Firman Allah dalam
surah An-Nur ayat ke-19;
)( Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita)
perbuatan yang amat keji tersiar di kalangan orang-orang yang
beriman (di kalangan masyarakat), bagi mereka azab yang pedih di
dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak
mengetahui. (Surah An-Nur, 24:19)
b.
Mengelak daripada membuat interpretasi sendiri sehingga
menimbulkan fitnah.
Fitnah mampu mengugat
ketenteraman awam. Sehubungan itu,
Islam
mengingatkan betapa bahayanya fitnah yang tersebar atau
disebarkan secara meluas. Al- Quran menganjurkan agar apa jua
berita atau urusan yang diterima perlu mendapatkan kepastian
daripada pihak yang berwajib dahulu sebelum dibuat interpretasi
sendiri. Justeru itu, atas sifat kebenaran dan integriti, Islam
menganjurkan agar setiap urusan perlu mendapatkan kepastian dari
pihak yang bertanggungjawab. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat
ke 83;
7
)( Maksudnya: Dan apabila kepada mereka suatu berita tentang
keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya dan kalau
mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil Amri di antara mereka
tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan
dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil Amri). Kalau
tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu
mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (diantara kamu).
(Surah An-Nisa, 4:83)
Memastikan kebenaran sesuatu khabar atau berita yang diterima
amat dituntut dalam Islam. Walaupun menghadapi kesukaran, kesusahan
atau apa jua bentuk ujian dalam usaha mendapatkan kebenaran berita
tersebut ianya di anggap sebagai jihad dan diberi ganjaran oleh
Allah. Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w. member peringatan kepada
sesiapa sahaja yang membuat interpretasi sendiri terhadap apa jua
khabar yang diterima tanpa dipastikan atau dirujuk kepada sumber
yang sebenar atau tempat seharusnya dirujuk.
ii.
Kewartawanan Sebagai Suatu Ibadat
Setiap pekerjaan atau amalan yang dilakukan menjadi ibadat
apabila ia dilakukan dengan penuh ikhlas, kesungguhan,
tanggungjawab serta menyedari dengan penuh keinsafan bahawa tugas
dan peranannya sebagai khalifah dan hamba Allah di ala ini.
Syarat-syarat bagi menjadikan amalan umum sebagai ibadat ialah yang
melakukan pekerjaan tersebut merupakan individu yang beriman,
amalannya tidak bertentangan dengan syariat Islam dan pengamalnya
perlu menyematkan keikhlasan dalam dirinya. Firman Allah dalam
surah An-Nisa ayat ke-124 ;
8
)( Maksudnya : Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik
lelaki ataupun perempuan sedangkan is orang beriman, maka mereka
itu masuk ke syurga dan mereka tidak akan dianiaya walaupun
sedikit. (Surah An-Nisa , 4 : 124)
Sehubungan itu, kewartawanan sebagai suatu kerjaya professional
tsememangnya menepati syarat-syarat yang diutarakan, terutama
sekali ia merupakan suatu profesion yang termasuk dalam kategori
amalan yang baik menurut urf dan juga pandangan syara. Justeru itu,
terpulang kepada seseorang wartawan itu, samada mahu menjadikan
sebagai kerjaya profesionalnya itu sebagai satu ibadah atau hanya
semata-mata sebagai satu kerjaya sahaja.
Kesimpulannya definisi kepada etika kewartawanan ialah tindakan,
cara, ciri dan penulisan bagi seseorang wartawan dalam menyampaikan
berita kepada masyarakat. Manakala konsep kewartawanan menurut
Islam ialah wartawan berperanan sebagai pendidik dalam masyarakat
yang membawa masyarakat ke arah kebaikan dan kewartawanan dijadikan
sebagai ibadah apabila melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas,
kesungguhan , tanggungjawab dan menyedari dengan penuh keinsafan
bahawa tugas dan peranannya sebagai nkhalifah dan hamba Allah di
dunia ini.
9
BAB 2 : ETIKA KEWARTAWANAN
2.1
Etika Kewartawanan
Etika kewartawanan ialah suatu sistem yang merangkumi prinsip
atau perilaku yang boleh membimbing para wartawan ke arah perilaku
yang bertanggungjawab dan ini boleh membantu mereka membezakan
keadaan dalam dua situasi yang bertentangan (Faridah Ibrahim, Mohd
Rajib Ghani & Mohd Adnan Hashim : 2000) .
Hal ini menjelaskan bahawa etika merupakan sekelompok garis
panduan yang dibentuk khusus untuk memantau perilaku manusia.
Kewartawanan misalnya, merupakan salah satu bidang yang memerlukan
etika untuk memastikan perilaku pengamalnya sentiasa berada dalam
landasan yang betul. Asas dalam mana-mana etika ialah kejujuran,
maka kejujuran menjadi salah satu tunggak yang menyokong usaha
memartabatkan etika kewartawanan. Konsep kejujuran ini boleh
diperluas dengan melihatnya dalam perspektif yang lebih luas iaitu
kejujuran wartawan terhadap dirinya akan melahirkan rasa kesetiaan
terhadap profesionnya dan organisasi tempat seseorang individu itu
bekerja (Siti Suriani Haji Othman , 2006 : 34-35).
Kesetiaan terhadap profesion ialah kejujuran dalam memberi
maklumat yang menjadi matlamat utama kewartawanan. Usaha untuk
memberi maklumat yang benar, tepat dan lengkap merupakan hasil
kejujuran terhadap profesion yang sekali gus menjunjung tinggi
garis panduan etika kewartawanan yang disarankan. Menyediakan
maklumat yang benar merupakan perkara pertama yang disenaraikan
dalam Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan
Malaysia (NUJM) dan Kod Wartawan Malaysia (Siti Suriani Haji Othman
, 2006 : 34-35).
Manakala menurut Mustafa Haji Daud (1996), terdapat beberapa
etika kewartawanan iaitu:i. Laporan harus benar-benar bijak dan
tepat supaya peristiwa yang dilaporkan member erti atau sumbangan
kepada kehidupan manusia. ii. Orang ramai harus diberi kesempatan
untuk menyampaikan fikiran, ulasan atau teguran.
10
iii.
Liputan luas harus diberi mengenal kegiatan yang boleh dijadikan
contoh oleh satu golongan dari hal golongan lain dalam
masyarakat.
iv.
Laporan harus meliputi tindak tanduk manusia yang boleh dihargai
atau diteladani samada yang beruoa kebaikan atau keburukan dengan
kesan dan akibatnya.
v.
Laporan luas patut dibuat tentang kejayaan usaha manusia, hasil
ciptaan atau kebijaksanaannya dari semasa ke semasa.
vi.
Menghormati kebenaran dan hak orang ramai untuk membaca laporan
yang benar.
vii. Mempertahankan dua prinsip penting: kebebasan mencari dan
mencetak laporan secara jujur dan hak mnegulas dan menegur secara
adil. viii. Laporan dibuat harus berdasarkan fakta-fakta yang jelas
dan dari sumber yang sah. ix. Cara yang digunakan untuk mendapatkan
berita, gambar dan dokumen penting hendaklah secara jujur dan adil.
x. Setiap wartawan hendaklah sanggup menyiarkan kembali kenyataan
yang benar jika kesilapan berlaku dalam laporan yang pertama. xi.
Berita yang didapati dengan persetujuan tidak mendedahkan sumbernya
hendaklah dipelihara dengan teguh. xii. Elakkan kesalahan besar
dengan snegaja termasuk plagiarism, fitnah, umpat, tohmah, caci,
tuduhan tanpa asas, rasuah dalm bentuk apa jua sekalipun dengan
dorongan supaya dicetak atau disembunyikan sesuatu. xiii. Tindak
tanduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman untuk
mempengaruhi keputusan terhadap laporan, cerita atau ulasan yang
difikirkan penting dan patut diketahui umum.
2.2
Etika Kewartawanan Menurut Islam
Menurut Nik Yusri Musa (2009) , etika merupakan suatu sistem
dasar akhlak atau tingkah laku dan kesusilaan seseorang wartawan.
Istilah ini digunakan secara meluas dan lebih umum bagi
menggambarkan prinsip-prinsip moral atau nilai dalam sistem hidup
manusia tidak kira apa bentuk dan jenis kebudayaan sekalipun. Dasar
etika digunapakai dalam apa jua disiplin ilmu dan kemahiran sebagai
suatu usaha untuk mengawal dan menyedarkan manusia tentang peranan
dan
11
tanggungjawab sebagai individu peribadi dan pekerja sosial.
Antara etika perlu ada dalam diri seorang wartawan ialah :-
i.
Disiplin ilmu periwayatan hadis sebagai etika kewartawanan. Ilmu
periwayatan hadis merupakan ilmu salah satu dariapda ilmu-ilmu yang
dilahirkan oleh tamadun Islam. Tidak pernah berlaku dalam sejarah
tamadun umat manusia sesuatu penukilan berita melalui proses yang
begitu ketat sebagaimana berlaku umat Islam. Keprihatinan dan
kesungguhan para cendiakawan muslim mengkaji, menyaring dan menapis
setiap khabar berita yang diterima samada dari penambahan oleh para
pendusta, penyelewengan dan takwilan keterlaluan oleh para juhala
sememangnya berlaku dengan cukup profesional.
Sejajar dengan itu, penulis mendapati bahawa aspek penyaringan
atau penapisan terhadap sesuatu berita perlu diteliti dengan baik.
Penerimaan atau penolakan terhadap sesuatu khabar bergantung kepada
dua aspek yang menjadi asas penting kepada disiplin ilmu
kewartawanan, iaitu keabsahan setiap berita tersebut dari sumbernya
dan juga akhlak seseorang wartawan yang menukilkan sesuatu
berita.
ii.
Ilm al-Jarh wa al-tadil (Ilmu mencela dan memuji seseorang).
Ilmu ini ialah satu ilmu yang dikemukakan oleh para ulama Islam
terutama sekali yang berkecimpung dalam bidang hadis. Tujuan utama
ilmu ini bukannya mencaci, mencela atau memuji seseorang tanpa
tujuan yang betul.Malah cacaian dan pujian itu semata-mata untuk
menjaga kesahihan serta kebenaran riwayat yang diterima. Berikutan
dengan itu, terdapat pujian (tadil) kepada perawi-perawi hadis
kerana ia dikenali dan ketahui kejujuran, keihklasan, rendah diri,
akhlak perinadi yang tinggi serta kepatuhan mereka kepada Allah.
Disamping mempunyai catatan dan ingatan yang kuat dalam periwayatan
hadis seperti Imam al-Bukhari, Imam
12
Malik dan lain-lain lagi. Pujian dan celaan kepada perawi-perawi
hadis dilakukan dengan cukup professional tanpa wujudnya prasangka
buruk dan bukannya atas sesuatu kepentingan malah semata-mata
dengan niat untuk menjaga umat dan masyarakat daripada menerima
khabar atau hadis yang lemah dan tidak dipastikan kebenarannya.
Oleh itu, kriteria yang digunapakai dalam disiplin Ilmu al-Jarh
wa al-Tadil ini seharusnya digunapakai dalam etika kewartawanan
masa kini.
Selain itu, menurut H.M.Tuah Iskandar (1990), dalam pembentukan
etika kewartawanan Islam, etika umum yang diperkenalkan itu tidak
memadai untuk dijadikan nadi kepada satu aktiviti yang penting di
mana disitulah terletaknya keberkesanan dakwah Islamiah samada
diterima atau berlaku sebaliknya oleh mana-mana wartawan yang tidak
mengikut etika yang sebenar ketika menulis sesuatu berita. Antara
etika kewartawanan Islam ialah :
i. ii.
Betulkan niat semata-mata kerana Allah. Memulakan setiap kerja
dengan Bismillah dan apabila selesai mengucapkan Alhamdulillah.
iii. iv. v. vi.
Berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan fardhu
kifayah. Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran.
Bercita-cita menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Melaksanakan Islam dalam diri dan keluarga dengan perkara-perkara
wajib, sunat dan harus.
vii. viii. ix.
Membenci dan meninggalkan perkara-perkara yang haram dan makruh.
Menimba ilmu Islam melalui pengajian, pembacaan dan pemerhatian.
Menggunakan hasil penulisan sebagai pedang jihad dan bukan sebagai
senjata yang digunakan untuk menabur fitnah.
x.
Sentiasa menimbang dengan dosa dan pahala sebelum melakukan
sesuatu.
13
2.3
Permasalahan Etika Kewartawanan
Menurut Saiful Nujaimi Abdul Rahman (2009), terdapat sembilan
aspek permasalahan etika yang sering dihadapi oleh para wartawan.
Masalah etika ini berevolusi menjadi dilema dunia kewartawanan di
seluruh dunia. Antara aspek tersebut ialah :
i.
Muslihat Apabila bermuslihat dengan sumber demi mendapatkan
berita.
ii.
Konflik kepentingan Apabila wartawan dan agensi memiliki
kepentingan peribadi.
iii.
Setiakawan Apabila perlu melaporkan berita negatif yang
melibatkan rakan-rakan.
iv.
Pemberian Apabila diberikan cenderamata dalam pelbagai
bentuk.
v.
Pemberitaan berbayar Apabila agensi luar membeli kolum akhbar
untuk memuatkan berita bercorak promosi dan publisiti syarikatnya
dalam bentuk berita sisipan.
vi.
Kecenderungan peribadi Apabila agensi atau wartawan berpihak
kepada sesetengah parti politik, isu atau kempen tertentu.
vii.
Pencerobohan ruang privasi Apabila wartawan menceroboh ruang
privasi seseorang sumber atau figura atas aladan melaksanakan
tugas-tugas pemberitaan
viii.
Mengekang maklumat Apabila wartawan merahsiakan sesetengah
maklumat yang diperolehi demi menggunakan maklumat itu untuk
kemudian hari.
ix.
Penciplakan Apabila wartawan menggunakan atau menyalin berita
yang telah ditulis oleh rakan atau agensi media lain untuk tujuan
rujukan, tetapi tidak memberi penghargaan yang sewajarnya.
14
Disamping itu, menurut Nik Yusri Musa (2009) permasalahan utama
ialah sikap serta pemikiran pengamal media itu sendiri. Selain dari
itu campur tangan politik atau pihak atasan samada pemilik syarikat
atau juga yang menentukan dasar juga merupakan antara faktor-faktor
utama mengapa kod etika yang tersedia ada tidak diikuti. Tambahan
pula, mengutamakan kepentingan peribadi atau kelompok tertentu
merupakan antara faktor yang menyebabkan kod etika kewartawanan
tidak dipatuhi. Kod etika kewartawanan yang tersedia ada sebenarnya
memadai untuk dijadikan sebagai panduan, namun sejauh mana ia
diikuti oleh pengamalpengamal media, inilah yang perlu
dititikberatkan.
2.4
Kod Etika Kewartawanan
Di dalam Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan
Wartawan Malaysia (NUJM) dan Kod Wartaawan Malaysia, maka tentunya
ia dapat dijadikan sempadan dan juga panduan. Lapan perkara yang
digariskan oleh NUJM, ianya menggambarkan disiplin ilmu periwayatan
hadis iaitu (Nik Yusri Musa: 2009) :-
i.
Menghormati kebenaran serta hak publik untuk mengetahui
kebenaran merupakan tugas utama wartawan.
ii.
Di dalam melaksanakan tanggungjawab ini wartawan akan
mempertahankan kedua-dua prinsip ini: kebebasan memungut dan
menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan
dan kritikan secara adil.
iii.
Wartawan akan hanya melaporkan fakta-fakta yang diketahui
asal-usulnya. Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat
atau memalsukan sebarang dokumen.
iv.
Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperolehi
berita, gambar dan dokumen.
v.
Sebarang maklumat yang diterbitkan jika didapati tidak tepat,
maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.
vi.
Wartawan akan menghormati rahsia professional berhubung dengan
sumber maklumat.
15
vii.
Wartawan
akan
menganggap
perbuatan-perbuatan
ini
sebgai
kesalahan
professional paling besar: plagiat, mengumppat, fitnah lisan
(slander), fitnah bertulis (libel) dan tuduhan-tuduhan tidak
berasas. Penerimaan sogokan dalam apa jua bentuk sekalipun, sebagai
saguhati untuk penerbitan atau mentembunyikan maklumat. viii.
Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerjanya berhubung dengan
soal-soal professional bidang itu : wartawan akan menolak sebarang
campur tangan daripada pihak kerajaan atau pihak-pihak lain.
Manakala Kod Etika Kewartawanan Malaysia yang dilancarkan pada
20 Mei 1989 oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Persatuan
Editor Akhbar (ONE) pula lebih member tumpuan kepada kod etika
kewartawanan Islam. Bedasarkan kepada kod etika kewartawanan
Malaysia dan juga kod etika kewartawanan yang tersedia ada, maka
terdapat beberapa perkara yang perlu dikemukan sekiranya perlu
membina kod etika kewartawanan Islam. Antaranya ialah (Mustafa
Masyhur :1989) :
i.
Bertaqwa dan takut kepada Allah dalam setiap khabar berita yang
diberi ulasan, serta menjaga akhlah peribadi dengan akhlak dan
adab-adab Islam.
ii.
Bersifat amanah pada diri dan masyarakat dengan menyiarkan
kebenaran dan khabar berita yang berfaedah serta membuat kajian
yang terperinci sebelum disebarkan setiap khabar berita yang
diterima.
iii.
Menjadikan dakwah sebagai matlamat utamanya bukan hanya
mendapatkan keuntungan semata-mata. Dengan cara menghubungkan
isu-isu dan berita yang ditulisnya dengan dakwah kepada Allah, agar
manusia mengetahui bahawa agama Allah atau risalah Islam itu
meliputi seluruh bidang kehidupan.
iv.
Berusaha menolak segala pembohongan/ penulisan serta pemikiran
yang menyesatkan serta mengembalikan mereka kepada jalan Allah
kerana itulah satusatunya jalan yang memberikan kebahagaiaan kepada
manusia.
Etika kewartawanan secara umumnya ialah perlu wujudnya sifat
kejujuran dalam diri seseorang wartawan. Ianya termasuklah untuk
melaporkan berita yang benar dan sah tanpa
16
melakukan sebarang perubahan fakta mengenai sesuatu berita,
berita yang berbaur fitnah terhadap seseorang, merahsiakan fakta
yang perlu dirahsiakan dan sebagainya. Hal ini kerana tanpa sikap
kejujuran dalam diri seseorang wartawan ianya adalah menyalahi
etika kewartawanan.
Manakala, etika kewartawanan menurut Islam ialah seseorang
wartawan itu perlu mengamalkan disiplin ilmu dalam periwayatan
hadis sebagai cara untuk menafsir, menganalisis dan menggunakan
sesuatu sumber untuk melaporkan berita. Disiplin ilmu periwayatan
hadis yang sangat ketat perlu dicontohi oleh para wartawan agar
dapat melaporkan berita yang benarbenar sahih faktanya supaya dapat
mengelakkan berlakunya fitnah terhadap perkara yang akan
dilaporkan.
Selain itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan Islam
yang perlu dipatuhi oleh wartawan Islam iaitu niat melakukan tugas
kerana Allah, perlu ada sikap kejujuran yang tinggi dan yang paling
penting dalam etika ini ialah perlu menilai dengan baik kesahihan
sesuatu berita serta sumber sesuatu berita agar tidak menimbulkan
sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan kepada
masyarakat.
Selain itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan Islam
yang perlu dipatuhi oleh wartawan Islam iaitu niat melakukan tugas
kerana Allah, perlu ada sikap kejujuran yang tinggi dan yang paling
penting dalam etika ini ialah perlu menilai dengan baik kesahihan
sesuatu berita serta sumber sesuatu berita agar tidak menimbulkan
sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan kepada
masyarakat.
Terdapat juga permasalahan dalam etika kewartawanan. Antaranya
ialah mempunyai konflik kepentingan peribadi, pemberitaan berbayar,
semangat setiakawan di mana berada dalam dilemma untuk melaporkan
berita mengenai rakan sendiri, pencerobohan ruang privasi,
mengekang maklumat, berlaku penciplakan sumber berita ketika
melaporkan berita dan lain-lain.
17
BAB 3 : DUNIA KEWARTAWANAN
3.1
Peranan Wartawan Dalam Menyebarkan Informasi Islam Peranan
wartawan dalam menyebarkan informasi Islam sangat penting, kerana
ianya memainkan peranan yang penting bagi mempertingkatkan
kefahaman tentang Islam, melaporkan maklumat terkini perkembangan
dan kehidupan Islam serta memfokuskan perhatian masyarakat tentang
isu-isu tertentu yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam.
Selain itu, wartawan juga berperanan untuk memberitahu kepada
masyarakat mengenai Islam dan menjelaskan kebenaran mengenai
sesuatu isu kepada masyarakat. Wartawan juga mempunyai peranan
sebagai perantara antara para ulama dengan masyarakat Islam untuk
menyalurkan maklumat yang terkini mengenai Islam kepada masyarakat
(Ghazali Sulaiman, 73-75 : 2007) .
3.2
Cabaran Dalam Dunia Kewartawanan
Media massa mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat.
Sejajar dengan itu, individu yang bertanggungjawab untuk
mempengaruhi masyarakat melalui media massa ialah wartawan ataupun
pengamal media. Terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa
dilalui oleh wartawan bagi mendapatkan sumber berita yang benar
dan sahih. Antara cabaran tersebut ialah (Mustafa Haji Daud : 1996)
:
i.
Cabaran Untuk Berhadapan Dengan Golongan Berpengaruh
Terrdapat segelintir dari golongan orang yang berpengaruh
seperti ahli politik, artis, ahli akademik dan sebagainya
mencurigai wartawan. Mereka menganggap wartawan adalah sebagai
penjaga tepi kain orang lain untuk membongkar rahsia dan seterusnya
menyiarkannya kepada masyarakat.
Selain itu, wartawan juga menghadapi masalah off record yang
diberikan oleh golongan yang berpengaruh untuk pengetahuan diri
wartawan tetapi bukan untuk
18
disiarkan oleh akhbar seperti isu yang melibatkan keselamatan
negara, pergeseran politik dan penyelewengan kewangan.
ii.
Penawaran Sogokan (Rasuah)
Terdapat juga dari segelintir golongan mempergunakan wartawan
untuk tujuan publisiti jangka panjang yang memberikan keuntungan
kepada pihak tersebut. Justeru itu, mereka sanggup menawarkan
beberapa keistimewaan kepada wartawan seperti menaja kos percutian
ke luar negara melalui syarikat pelancongan dan penerbangan serta
memberikan sedikit saguhati berupa barangan ataupun wang.
iii.
Keraguan Terhadap Sumber Berita
Wartawan juga menghadapi cabaran untuk menyampaikan berita yang
benar kepada masyarakat. Hal ini kerana ada kalanya sumber yang
diperolehi boleh diragui kesahihannya ataupun wartawan itu sendiri
salah menafsir sumber ataupun salah membuat kesimpulan dan
analisis. Akibatnya, laporan yang disampaikan oleh wartawan akan
diragui oleh masyarakat.
3.3
Kewartawanan Dan Akhlak
Menurut Aminuddin Basir@ Ahmad (2009) , akhlah tidak dapat
dipisahkan dari bidang kewartawanan. Seorang wartawan mestilah
berakhlak. Berikutan itu, akhlak mempunyai kaitan yang begitu rapat
dengan nilai sesuatu mesej yang disampaikan oleh wartawan. Antara
akhlak yang perlu menjadi pegangan para wartawan ialah :
i. Ikhlas Ikhlas adalah syarat asasi penerimaan sesuatu amalan
dalam Islam. Ikhlas
bermaksud pembersihan dan penyucian hati daripada sebarang
kekotoran serta penyakit yang dapat merosakkan nilai sesuatu ibadah
atau amalan terhadap Allah.
19
Dalam hubungan ini, para wartawan wajib menjalankan
tanggungjawabnya dengan ikhlas.
ii. Amanah Amanah amat perlu menjadi amalan para wartawan.
Sehubungan itu, para wartawan perlu menyampaikan mesej atau
maklumat berdasarkan hakikat yang sebenar tanpa sebarang tokok
tambah dengan mengenepikan citarasa dirinya. Amanah dalam hal ini
juga bererti para wartawan tidak membuka keaiban orang lain,
memfitnah, khianat dan berdusta. Setiap tindak tanduk para wartawan
akan dihisap oleh Allah di akhirat kelak serta akan menerima
pembalasan azab atau nikmat. Berkaitan dengan persoalan ini, Allah
berfirman dalam surah al-Nisa ayat ke-58 ;
)( Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan
amanah kepada ahlinya (Surah al-Nisa 4:58)
iii. Benar
Bersifat benar adalah begitu penting bagi para wartawan. Benar
yang dimaksudkan ialah jujur dalam setiap perkataan dan perbuatan.
Dalam kewartawanan, benar mempunyai maksud memelihara mesej dari
sebarang penyelewengan dan pendustaan. Tanpa bersifat benar, maka
kebenaran tidak dapat ditegakkan. Menegakkan kebenaran adalah satu
daripada kebaikan yang dapat menjamin keselamatan dan keamanan bagi
sesebuah masyarakat. Perintah supaya bersifat benar ini ditegaskan
oleh Allah dalam surah al-Tawbah ayat ke19 :
20
)( Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu
kepada Allah dan hendaklah kamu berada dalam kalangan orang-orang
yang benar (Surah al-Tawbah , 9:19)
iv. Berani
Sifat berani yang ada pada wartawan akan menjadi tunjang sesuatu
mesej yang benar itu dapat diketengahkan dan ditegakkan. Tanpa
keberanian yang ada pada seseorang wartawan, ia akan menggagalkan
penyampaian sesuatu mesej yang berguna lagi mendatangkan manfaat
kepada masyarakat. Barangkali dengan keberanian wartawan
menyampaikan satu mesej yang benar itu akhirnya dapat menyelamatkan
jutaan nyawa sesebuah masyarakat. Lantaran itu, wartawan perlu
berani menyatakan apa yang benar walaupun mesej itu mungkin
mengugat keselamatannya.
v. Adil
Dalam hubungan itu, wartawan hendaklah memastikan mesej yang
disampaikan itu tidak menyebelahi mana-mana pihak atau menzalimi
pihak tertentu. Mesej perlu disampaikan dengan adil, walaupun
berkemungkinan menggugat
kepentingan peribadi. Sehubungan itu, dunia kewartawanan
mempunyai pelbagai cabaran, pengalaman yang baik dan buruk serta
kisah suka duka yang perlu digunakan sebagai pengajaran dan
pemangkin bagi seseorang wartawan untuk menjalankan tugasnya sebaik
mungkin. Wartawan mempunyai peranan yang sangat besar dalam
menyampaikan informasi mengenai Islam kepada masyarakat samada yang
muslim atau yang bukan muslim. Bertentangan dengan itu, wartawan
juga perlu menghadapi pelbagai karenah masyarakat bermula dari
golongan atasan sehingga golongan
21
bawahan. Wartawan perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal
yang tinggi untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan
mempraktikkan akhlak yang baik sepanjang menjalankan tugas.
Antaranya bersifat benar, adil, amanah dan berani.
22
BAB 4 : KESIMPULANKesimpulannya definisi kepada etika
kewartawanan ialah tindakan, cara, ciri dan penulisan bagi
seseorang wartawan dalam menyampaikan berita kepada masyarakat.
Manakala konsep kewartawanan menurut Islam ialah wartawan
berperanan sebagai pendidik dalam masyarakat yang membawa
masyarakat ke arah kebaikan dan kewartawanan dijadikan sebagai
ibadah apabila melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas,
kesungguhan , tanggungjawab dan menyedari dengan penuh keinsafan
bahawa tugas dan peranannya sebagai khalifah dan hamba Allah di
dunia ini.
Etika kewartawanan secara umumnya ialah perlu wujudnya sifat
kejujuran dalam diri seseorang wartawan. Ianya termasuklah untuk
melaporkan berita yang benar dan sah tanpa melakukan sebarang
perubahan fakta mengenai sesuatu berita, berita yang berbaur fitnah
terhadap seseorang, merahsiakan fakta yang perlu dirahsiakan dan
sebagainya. Hal ini kerana tanpa sikap kejujuran dalam diri
seseorang wartawan ianya adalah menyalahi etika kewartawanan.
Manakala, etika kewartawanan menurut Islam ialah seseorang
wartawan itu perlu mengamalkan disiplin ilmu dalam periwayatan
hadis sebagai cara untuk menafsir, menganalisis dan menggunakan
sesuatu sumber untuk melaporkan berita. Disiplin ilmu periwayatan
hadis yang sangat ketat perlu dicontohi oleh para wartawan agar
dapat melaporkan berita yang benarbenar sahih faktanya supaya dapat
mengelakkan berlakunya fitnah terhadap perkara yang akan
dilaporkan.
Selain itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan Islam
yang perlu dipatuhi oleh wartawan Islam iaitu niat melakukan tugas
kerana Allah, perlu ada sikap kejujuran yang tinggi dan yang paling
penting dalam etika ini ialah perlu menilai dengan baik kesahihan
sesuatu berita serta sumber sesuatu berita agar tidak menimbulkan
sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan kepada
masyarakat.
23
Selain itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan Islam
yang perlu dipatuhi oleh wartawan Islam iaitu niat melakukan tugas
kerana Allah, perlu ada sikap kejujuran yang tinggi dan yang paling
penting dalam etika ini ialah perlu menilai dengan baik kesahihan
sesuatu berita serta sumber sesuatu berita agar tidak menimbulkan
sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan kepada
masyarakat.
Terdapat juga permasalahan dalam etika kewartawanan. Antaranya
ialah mempunyai konflik kepentingan peribadi, pemberitaan berbayar,
semangat setiakawan di mana berada dalam dilemma untuk melaporkan
berita mengenai rakan sendiri, pencerobohan ruang privasi,
mengekang maklumat, berlaku penciplakan sumber berita ketika
melaporkan berita dan lain-lain.
Sehubungan itu, dunia kewartawanan mempunyai pelbagai cabaran,
pengalaman yang baik dan buruk serta kisah suka duka yang perlu
digunakan sebagai pengajaran dan pemangkin bagi seseorang wartawan
untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Wartawan mempunyai
peranan yang sangat besar dalam menyampaikan informasi mengenai
Islam kepada masyarakat samada yang muslim atau yang bukan muslim.
Bertentangan dengan itu, wartawan juga perlu menghadapi pelbagai
karenah masyarakat bermula dari golongan atasan sehingga golongan
bawahan. Wartawan perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang
tinggi untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan
mempraktikkan akhlak yang baik sepanjang menjalankan tugas.
Antaranya bersifat benar, adil, amanah dan berani.
Akhir sekali, etika yang paling penting yang perlu ada pada diri
seseorang wartawan ialah perlu mengamalkan sikap jujur dan benar
dalam menafsir, menganalisis, mendapatkan sumber berita dan menulis
berita seterusnya menyampaikan berita kepada masyarakat.
24
RUJUKANAl-Quran Al-Karim
Ahmad Y. Samantho. 2002. Jurnalistik Islami : Panduan Praktis
bagi Para Aktivis Muslim. Jakarta Selatan : Penerbit Harakah.
Aminudin Basir @ Ahmad. 2009. Halatuju Kewartawanan dalam
Konteks Pendekatan Islam Hadhari. Dlm. Mohd Safar Hasim &
Zulkiple Abd. Ghani . (pnyt.). Komunikasi di Malaysia : Suatu
Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari, hlm. 81 - 96. Bangi :
Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Faridah Ibrahim, Mohd Rahib Ghani & Adnan Hashim. 2000.
Falsafah Etika Kewartawanan di Malaysia. Dlm. Faridah Ibrahim &
Mus Khairil Samami. (pnyt.). Etika Kewartawanan. Subang Jaya : FAR
Publishers.
Ghazali Sulaiman. 2007. Media Komunikasi Islam. Dlm. S.
Salahudin Suyurno, Huzaimah Hj. Ismail & Aini Faezah Ramlan.
(pnyt.). Islam dan Komunikasi, hlm. 67 76. Shah Alam : Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.
H.M.Tuah Iskandar.
1990.
Kewartawanan Islam: Dicabar, Tercabar, Mencabar.
Kuala
Lumpur : Karya Media Publisher.
Mustafa Haji Daud.
1996.
Etika Pengurusan.
Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Mustafa Masyhur. 1989. Suri Teladan di Sepanjang Jalan Dakwah.
(Terj. ). Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar.
Nik Yusri Musa. 2009. Konsep dan Etika Kewartawanan Menurut
Islam. Dlm. Mohd Safar Hasim & Zulkiple Abd. Ghani . (pnyt.).
Komunikasi di Malaysia : Suatu Penelitian Awal
25
Pendekatan Islam Hadhari, hlm. 63 79. Bangi : Institut Islam
Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saiful Nujaimi Abdul Rahman. 2009. Kewartawanan Malaysia:
Praktis & Cabaran Dalam Era Revolusi Digital. Petaling Jaya :
Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Siti Suriani Haji Othman. 2006. Membongkar Rahsia Penulisan
Berita Objektif : Pengenalan Kepada Semantik Umum di Malaysia.
Bandar Baru Nilai : Penerbit Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Kolej Universiti Islam Malaysia.