Top Banner
PROPOSAL TESIS ANALISIS PERBANDINGAN KONSEP TAUHID DALAM ISLAM DAN UNITY OF GOD DALAM YAHUDI: KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DISEDIAKAN OLEH: NURHANISAH BINTE SENIN (IHA 110009) PENYELIA: PROF MADYA DR KHADIJAH BINTI MOHD KHAMBALI @ HAMBALI
35

Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

Jul 24, 2015

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

PROPOSAL TESIS

ANALISIS PERBANDINGAN KONSEP TAUHID DALAM ISLAM DAN UNITY OF GOD DALAM YAHUDI: KAJIAN MENURUT

PERSPEKTIF ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:NURHANISAH BINTE SENIN

(IHA 110009)

PENYELIA:PROF MADYA DR KHADIJAH BINTI MOHD KHAMBALI @

HAMBALI

JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAMAKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYAKUALA LUMPUR

Page 2: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

2

1.0 Pendahuluan

Bab ini merupakan gambaran awal kepada keseluruhan kajian yang meliputi latar belakang masalah, definisi tajuk, objektif kajian dan pernyataan masalah. Diikuti dengan kepentingan, skop serta metodologi kajian. Diakhiri pula dengan susunan penulisan tesis ini secara umum mengikut bab.

1.1 Latar Belakang Masalah

Agama Islam, Yahudi dan Nasrani merupakan gagasan agama samawi1 dalam rentetan perjalanan sejarah. Kelahiran ketiga-tiga agama samawi tersebut mempunyai hubungkait dari sudut keturunan golongan Semitik yang terdiri daripada orang Arab, Hebrew dan Phoenicia iaitu orang Aramaen, Babylon dan Assyria. Berdasarkan kronologi pula, agama Yahudi mendahului kedua-dua agama tersebut kemudian diikuti oleh Nasrani dan Islam sebagai penutup agama samawi.

Pada hari ini, agama Islam merupakan satu-satunya agama samawi yang mutlak di mana dengan kedatangan Islam ianya telah menasakhkan agama terdahulu. Tahrif2 dan tabdil3

yang berlaku ke atas kitab suci ajaran Yahudi dan Nasrani adalah kesan daripada perkembangan persekitaran dan seterusnya membawa kepada evolusi doktrin dan kepercayaan dalam agama Yahudi dan Nasrani. Di dalam al-Quran terdapat keterangan yang jelas berhubung dengan kewujudan ketiga-tiga agama samawi tersebut.4

Kedudukan agama Yahudi dan Nasrani sebagai agama samawi menjadikan penganut mereka mendapat tempat yang khusus di dalam al-Quran.

Penganalisaan terhadap doktrin ketiga-tiga agama samawi ini memperlihatkan wujud persamaan dasar pada keseluruhan doktrin agama-agama tersebut disebabkan oleh sumber pengambilan doktrin yang satu iaitu wahyu Allah s.w.t. Selain itu, titik persamaan juga boleh dikesan jika ditelusuri sejarah ketiga-tiga agama yang berawal dari zaman Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Agama Yahudi, Nasrani dan Islam berasal dari asal usul yang sama iaitu Nabi Ibrahim yang mempunyai dua anak Nabi Ismail hasil perkahwinannya dengan Hajar (berbangsa Arab) dan Nabi Ishak hasil perkahwinannya dengan Sarah (berbangsa Israel) yang melahirkan susur galur keturunan Nabi bagi ketiga-tiga agama besar ini. Dari situlah timbulnya terma Abrahamic Faith atau Abrahamic Religion5 yang sering digunapakai oleh pengkaji kontemporari masakini.

Ketiga-tiga agama Abrahamic Faith mengaku mempercayai konsep monoteisme dalam kepercayaan ketuhanan mereka. Islam membawa konsep Tauhid, Yahudi membawa

1 Agama yang diturunkan dari langit oleh Tuhan kepada utusannya yang menjadi pedoman ataupun cara hidup supaya disampaikan kepada pengikut masing-masing. Agama samawi yang diturunkan kepada semua nabi dan rasul membawa akidah yang sama iaitu hanya menyembah Tuhan yang esa. Di antara ciri-ciri agama samawi ialah agama tersebut haruslah mempunyai rasul, kitab suci, akidah, hukum hakam serta ibadat. Sila lihat Mohd Rosmizi Abd Rahman. 2004. 4 Agama Monoteisme. Pahang: PTS Publication. Hlm 4.2 Tahrif ialah menyalah ambil sesuatu maksud dan menukarnya dengan sesuatu yang palsu. Lihat Surah al-Baqarah (2): 75, al-Nisa’ (4): 46, al-Maidah (5): 3 & 41. Lihat Mohd Sani Badron. 2012. Ibn al-‘Arabi’s Conceptions of Religion. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Hlm 43 Tabdil ialah penukaran perkataan yang diwahyukan dengan perkataan manusia. Lihat Surah Al-Baqarah (2): 42, Ali-‘Imran(3): 71 & 187. Ibid4 Surah al-Maidah (5): 44, Surah al-Maidah (5): 46 & Surah al-Maidah (5): 485 Sila lihat Peters, F. E. 1982. Children of Abraham: Judaism, Christianity and Islam. Princeton: Princeton University Press dan al-Farouqi, Ismail Raji. 1986. Trialogue of the Abrahamic faiths. Herdon: International Institute of Islamic Thought.

Page 3: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

3

konsep Unity of God dan Kristian membawa konsep Trinity in Unity, masing-masing membawa hujjah yang tersendiri dalam menegakkan keabsahan konsep ketuhanan mereka. Namun, kajian dalam tesis ini hanya akan memberi fokus terhadap konsep ketuhanan monoteistik dalam Islam dan Yahudi sahaja kerana konsep Triniti dalam Kristianiti menurut Karen Armstrong sebagai “the peculiar complexity of the Christian creed” iaitu kepercayaan Kristian yang kompleks dan unik ini membawa kepada pengeluaran beberapa puak seperti Arians, Nestorians, Monophysites dan lain lagi daripada kesatuan gereja rasmi Kristianiti.6

Dalam kajian perbandingan dan penganalisaan terhadap agama Islam dan Yahudi terdapat banyak persamaan7 di antara keduanya dari sudut prinsip doktrin masing-masing seperti dalam konsep ketuhanan, alam semesta dan kenabian.8 Kewujudan persamaan semamangnya berpokok daripada ciri agama Samawi yang terdapat dalam Islam dan Yahudi. Namun, kerana persamaan ini juga timbulnya konflik pertembungan doktrin di antara keduanya yang menimbulkan kekeliruan terutamanya bagi penganut agama Islam.

Kajian ini amat penting dilakukan teruatama sekali apabila fenomena yang tercetus di Malaysia mengenai kebenaran yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi penggunaan kalimah Allah oleh Akhbar Herald-The Catholic Weekly9 dalam buku-buku agama mereka menyumbang kepada pemikiran pluralisme di kalangan masyarakat yang beranggapan bahawa kebenaran mutlak yang sama dikongsi oleh agama-agama terutamanya agama Samawi. Konsep ketauhidan Allah setentunya tercemar apabila ianya bertentangan dengan konsep ketuhanan Triniti dalam Kristian. Konsep Triniti yang sememangnya jelas membuktikan perbezaannya dengan konsep Tauhid juga turut telah disalaherti apatah lagi konsep Unity of God yang kelihatan amat mirip dengan konsep Tauhid dalam Islam.

Selain itu, fenomena perkahwinan antara agama menjadi trend masakini kesan daripada globalisasi dan asimilasi penganut pelbagai agama dengan pendekatan konsep

6 Karen Armstrong juga menyebutkan faktor daripada ketuhanan Triniti membawa kepada minat penganut agama Kristian kepada Islam terutama sekali apabila melihat kepada Islam yang memartabatkan Jesus (Nabi Isa) tanpa mempertuhankannya seperti yang disebutkan di dalam al-Quran. Karen Armstrong. 1988. Holy War: The Crusades and Their Impact on Today’s World. New York: Anchor Books. Hlm 413. Lihat juga Nancy Roberts. 2011. Trinity vs. Monotheism: A False Dichotomy? Dalam Yahya M. Michot (ed) The Muslim World Vol 101 (1) USA: Hartford Seminary. Hlm 73-937 Antara bukti persamaan doktrin dapat dikesan dari peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah di mana penduduk Madinah lebih mengetahui tentang agama yang dibawa Muhammad kerana mereka terbiasa mendengar cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi mengenai asas doktrin agama Samawi seperti dalam konsep kerasulan dan ketuhanan. Ini membuktikan persamaan dasar doktrin yang terdapat dalam agama Islam dan Yahudi memberi kesan yang besar dalam kehidupan keberagamaan manusia. 8 Dari sudut kenabian mereka mempercayai kenabian Nabi Musa dan nabi-nabi lain yang berbangsa Israel. Akan tetapi mereka tidak mengiktiraf Nabi Muhammad yang berasal dari bangsa Arab. Dari sudut alam semesta pula mereka juga mempercayai penciptaan alam yang berlaku dalam masa enam hari sama seperti Islam. Mereka juga percaya bahawa alam ini diciptakan oleh Tuhan Yhwh iaitu Tuhan kepada bangsa Israel. Sila lihat Bucaille, M. 1994. The Bible, The Quran and Science. Kuala Lumpur: A.S. Nordeen. Manakala dari sudut ketuhanan mereka juga menyembah Tuhan yang satu yang berasaskan konsep Unity of God menunjukkan Tuhan bersifat esa. Ia juga membuktikan Tuhan itu bersifat omnipresent, omni potent dan omniscient. Sila lihat Ismail Abdul Rahman. 1989. Konsep dan Kedudukan Bangsa Pilihan Menurut Agama Islam dan Agama Yahudi. Kuala Lumpur: DBP. Hlm 16 Perbahasan ini akan dikupas dengan lebih jelas dalam kajian ini.9 Keputusan kebenaran Herald guna kalimah Allah dikaji. 1. januari 2010. Berita Harian Online. http://berita.mediakini.com/am/akhbar-online/berita-harian/keputusan-benar-herald-guna-kalimah-allah-dikaji.html. 6 Januari 2012.

Page 4: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

4

pemikiran pluralisme agama10. Dengan keizinan yang diberikan oleh Allah dalam membenarkan seorang Muslim berkahwin dengan wanita Ahli Kitab,11 seringkali ianya disalahfaham dan diambil ringan dalam sudut penentuan Ahli Kitab yang sebenar.12

Kekeliruan berlaku dalam menentukan siapa Ahli Kitab yang sebenar sehingga ramai yang menyangka bahawa umat Kristian dan Yahudi pada hari ini merupakan Ahli Kitab yang harus dikahwini oleh lelaki Muslim. Dalam hal ini, konsep ketauhidan Allah haruslah menjadi penentu utama dalam memastikan status Ahli Kitab seseorang. Konsep ketuhanan Yahudi, Unity of God yang berbentuk monoteisme, harus diperincikan dari sudut konsep, sejarah dan teologi agar ianya dapat dibezakan dengan konsep Tauhid dalam Islam. Ini kerana, kekeliruan yang terdapat pada konsep ketuhanan ini boleh menyebabkan kepada penolakan penasakhan agama-agama sebelum Nabi Muhammad yang telah jelas disebutkan di dalam Quran.

Fenomena seperti yang disebutkan di atas juga menimbulkan pemikiran pluralisme agama seperti yang dibawa oleh Fritzjof Schuon yang membangunkan konsep pluraliti dalam kebenaran. Ianya seterusnya dikembangkan oleh Stephen Kaplan yang telah menafikan konsep kebenaran mutlak dalam metafizik supaya boleh terjadinya pelbagai kebenaran mutlak dalam satu sistem metafizik.13 Melihat kepada pembangunan teori sebegini, tidak mustahil konsep Tauhid akan dicemari dengan unsur monoteisme dari agama lain yang menyeru kepada kesatuan kebenaran (transcendental truth). Dari sinilah timbulnya kepentingan dalam membandingkan konsep monoteisme di antara agama Islam dan Yahudi agar konsep monoteisme yang menjadi landasan kepada konsep Tauhid dan Unity of God tidak boleh disamakan dengan sewenangnya. Terma Unity of God itu sendiri boleh membawa kepada beberapa penafsiran yang berbeza dalam kalangan para pengkaji barat yang boleh mengelirukan umat Islam. Kesatuan boleh membawa maksud monoteisme14, monolatri15 dan pluralisme16.

Kajian monoteisme telah banyak dibincangkan di kalangan sarjana barat sehingga hari ini. Ianya dinilai bukan sahaja dari sudut teologi dan historis, bahkan monoteisme juga dikaji dari sudut antropologi dan psikologi. Contohnya William Foxwell Albright dan Karen Armstrong yang membincangkan mengenai evolusi monoteisme yang berlaku terhadap masyarakat Yahudi sejajar dengan latarbelakang peralihan persekitaran dari era biblikal sehingga era pembinaan haikal kedua. Manakala dalam aspek psikologi,

10 Konsep pluralisme mengakui kebenaran setiap agama mengikut ukuran masing-masing serta kewujudan agama lain tanpa adanya diskriminasi dan eksklusivisme. Lihat Jalaluudin Rakhamat. 2006. Islam dan Pluralisme: Akhlak Qur’an Menyikapi Perbedaan. Jakarta: Serambi Ilmu Semesta. Hlm 20.11 Surah al-Maidah (5): 5, Surah al-Baqarah (2): 221, Surah al-Mumtahanah (60): 1012 Berlaku pernikahan antara agama terutama di kalangan artis Indonesia seperti Jamal Mirdad (Muslim) dengan Ldya Kandau (Kristian), Nurul Arifin (Muslimah) dengan Mayong (Kristian), Henri Siahaan (Kristian) dengan Yuni Shara (Muslimah), Bagaskara (Kristian) dengan Ira Wibowo (Muslimah), Ahmad Nurcholish (Muslim) dengan Ang Mei Yong (Penganut Kong Hu Chu) dan lain-lain lagi. Syamruddin Nasution. 2011. Pernikahan Antara Agama Dalam al-Qur’an: Kajian Perbandingan Antara Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Misbah. Tesis PhD. Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 213 John Hick. 2007. “Religious Pluralism” dalam Meister C. & Copan P. (ed) The Routledge Companion to Philosophy of Religion. London: Routledge Taylor & Francis Group. Hlm 21614 Merujuk kepada agama yang mempercayai dan menyembah hanya Tuhan yang satu15 Merujuk kepada sistem menyembah Tuhan yang satu tetapi dalam masa yang sama tetap mengiktiraf tuhan-tuhan lain dan mengakui kewujudan Tuhan lain bagi kaum lain. Kamar Oniah Kamaruzaman. 2003. Islam: A Contemporary Comparative Discourse. Selangor: Academy For Civilisational Studies. Hlm 616 Menurut John Hick, kesemua agama mempunyai kebenaran atau matlamat yang sama menerusi pengalaman keagamaan yang berbeza. Beliau menolak sifat eksklusivisme dalam beragama dan menganggap tiada terdapat kebenaran yang absolut dalam mana-mana agama. Sila lihat Eddy P. R. John Hick’s Pluralist Philosophy of World Religions. USA: Ashgate Publishing Company. Hlm 15

Page 5: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

5

seorang pakar psikologi yang tidak asing lagi Sigmund Freud dan seorang pakar dalam kajian Egyptology Jan Assman, menghuraikan kesan negatif monoteisme dari sudut psikologi. Kedua-duanya menolak konsep monoteisme walaupun Sigmund Freud sendiri lahir dari keluarga berbangsa Yahudi. Penolakan konsep monoteisme ini juga sekaligus menolak agama monoteisme yang lain termasuk Islam kerana monoteisme dilihat sebagai memecahbelahkan umat manusia. Oleh yang demikian, kajian ini akan cuba mencari titik jati konsep monoteisme menurut pemikiran Islam dalam mengangkat Tauhid sebagai konsep monoteisme yang membawa kepada keharmonian umat manusia tanpa menggadaikan asas fundamental Islam yang sememangnya bersifat universal.

Sejarah ketuhanan ajaran Yahudi yang pernah melalui tahap politeisme dan monolatral menjadi persoalan dasar dalam menentukan konsep monoteisme sebenar yang dianuti oleh mereka sehingga hari ini. Selain itu, ayat-ayat dari Kitab Perjanjian Lama dan Talmud yang banyak menunjukkan sifat-sifat lemah Tuhan dan sifat tasybih (antropomofisme) Tuhan dengan manusia, mengukuhkan lagi keperluan kepada perbandingan di antara konsep Tauhid Islam dan Unity of God Yahudi. Dengan analisis perbandingan yang dilakukan akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan di antara keduanya dan dapat menghilangkan kekeliruan di dalam benak pemikiran penganut agama. Oleh kerana konsep ketuhanan menjadi tunggak utama dalam agama, ianya haruslah difahami dengan sebaiknya.

Penggagasan Ilmu Perbandingan Agama di dunia Islam sekaligus menjawab persoalan berhubung pendirian Islam terhadap teori ketuhanan ini. Menurut Adam Hertz, sikap toleransi penganut Islam terhadap penganut Yahudi dan Kristian merupakan punca bagi kemunculan serta penerimaan baik terhadap disiplin ilmu tersebut – yang belum pernah dikenali pada kurun pertengahan di Eropah-.17 Sememangnya konsep perbandingan agama ini amat penting bukan sahaja untuk menghamonikan penganut pelbagai agama, bahkan untuk memperkukuhkan lagi kepercayaan seseorang individu terhadap kepercayaan yang dianutinya.

Konsep Tauhid dalam Islam pula telah jelas membuktikan keesaan Tuhan yang bersifat hanya dengan sifat-sifat sempurna dan suci dari segala sifat kekurangan. Asas doktrin agama Islam yang menyeru umatnya menyembah Allah sejak zaman Nabi Muhammad akan terpelihara seperti yang dijanjikan Allah di dalam al-Quran yang menyebutkan al-Quran itu akan terpelihara dari sebarang penyelewengan.18 Jelas di sini ketauhidan dalam Islam sememangnya mendapat tempat yang berbeza dengan Unity of God yang banyak terpengaruh dengan konsep ketuhanan Yunani dan Mesir kuno.

Kesan dari itu, kesalahfahaman yang berlaku di kalangan masyarakat umum juga mengenai konsep Tauhid dan Unity of God ini haruslah diperbetulkan agar akidah Muslim tidak terseleweng dari landasan yang sebenar yang boleh membawa mereka kepada kekafiran dan kesyirikkan. Bertolak dari kebimbangan inilah, konsep ketuhanan monoteisme menurut agama Islam dan Yahudi harus diteliti dan dikaji dengan lebih mendalam lagi bagi menjernihkan pemahaman kedua-dua penganut agama. Yang demikian itu juga, akan melahirkan sikap toleransi serta mahabbah dalam masyarakat pluralistik budaya dan bangsa terutamanya dewasa ini ramai yang berpusu-pusu untuk mencari titik persamaan di antara agama masing-masing sehinggakan kadangkala melewati batasan yang ditetapkan dalam konsep keagamaan.

17 Ilmu Perbandingan Agama hanya lahir di Barat pada akhir abad ke-19 yang bermula di Leiden dan kemudiannya di Oxford, Copenhagen dan Geneva. Lihat Abdul Rahman Haji Abdullah. 2000. Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Hlm 9518 Surah al-Hijr (15): 9

Page 6: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

6

1.2 Persoalan Kajian

1.2.1 Apakah penjelasan konsep Tauhid menurut akidah Islam dan Unity of God menurut teologi Yahudi?1.2.2 Apakah perbandingan persamaan dan perbezaan akidah Tauhid dan Unity of God?1.2.3 Bagaimanakah kedudukan konsep Unity of God menurut perspektif Islam?

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Menjelaskan konsep Tauhid menurut akidah Islam dan Unity of God menurut teologi Yahudi1.3.2 Mengenalpasti secara perbandingan persamaan dan perbezaan konsep Tauhid dan Unity of God 1.3.3 Menganalisis konsep Unity of God menurut perspektif Islam

1.4 Kepentingan Kajian

1.4.1 Menjelaskan persamaan dan perbezaan konsep Tauhid dan Unity of God yang menimbulkan kekeliruan di kalangan penganut agama1.4.2 Menjernihkan konsep Tauhid dari dikaitkan dengan konsep ketuhanan agama Yahudi yang boleh membawa kepada pluralisme agama dalam menyeru kepada kebenaran yang satu (transcendental truth)1.4.3 Menyumbang kepada perencanaan hukum muamalah di antara penganut Islam dan penganut Yahudi berdasarkan keimanan ketuhanan terhadap penganut kedua-dua agama

1.5 Definis Tajuk

1.5.1 TauhidKata Tauhid berasal dari bahasa Arab Tauhid yang bererti ‘mengesakan’. Ianya diambil dari kata asal wahada (وحد)yang bermaksud satu. Tauhid yang berasal dari kata kerja wahhada (د bermaksud mengakui dan beriman ianya adalah satu atau menjadikan (وح�ianya satu.19 Merujuk kepada Lisan al-Arab, Tauhid bermaksud beriman kepada Allah tanpa menyekutukanNya dan Allah adalah satu (waahid) dan esa (ahad). Wahid bererti satu pada zat dan tiada persamaan dengan lainNya. Ahad pula menafikan bilangan lainnya.20 Tauhid adalah bentuk masdar (infinitif) merupakan derivasi dari akar kata wahdah yang bererti keesaan, kesatuan dan persatuan. Dalam terminologi Islam, Tauhid bererti meyakini bahawa Allah itu esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya yang dirumuskan dalam kalimah syahadah ‘Laa Ilaaha Illallah’ yang bermaksud ‘Tiada Tuhan selain Allah’. Ianya dinamakan tauhid kerana pokok pembahasannya yang paling penting adalah menetapkan keesaan (wahdah) Allah dalam zatNya dalam menerima peribadatan dari makhlukNya dan meyakini kepadaNya kita akan kembali. Keyakinan Tauhdi inilah menjadi tujuan utama bagi kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. 21 Pendek kata, Tauhid adalah tunjang utama dalam Islam yang merupakan penentu kepada keimanan serta keselamatan manusia di akhirat kelak.

19 Ibrahim Mustafa & Ahmad Hasan Zayyat. (t.t) Mu’jam al-Wasit. Turki: al-Maktabah al-Islamiyyah. Hlm 101720 Al-Imam Abi al-Fadl Jamal al-Din Muhammad Ibn Mukarram Ibn Manzur al-Ifriqi al-Mishri, (t.t). Lisan al-Arab, j. 12. Dar Sadir: Beirut.21 Nina M. Armando et al. 2005. Ensiklopedia Islam. Jilid 6. Jakarta: Ichtiar baru van Hoeve. Hlm 106

Page 7: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

7

1.5.2 IslamDasar kata bagi Islam itu lahir dari perkataan ِل�م) yang bermaksud selamat (َس� dan terlepas. Manakala kata kerja bagi (َال�م ) berasal dari perkataan Arab (ِا�َس� ِل�م� ِل�م�-ِا�َس� ُي�ْس� ) yang bermaksud menyerah dan menurut.22 Merujuk kepada Lisan al-Arab, Islam membawa erti khudu iaitu menjelaskan ketundukan dan kepatuhan kepada Allah. Selain itu, ia bermaksud istislam iaitu penyerahan diri hanya kepada Allah dan ia juga membawa maksud al-Inqiyaadh Lillah iaitu ketaatan hanya kepada Allah.23 Dengan penyerahan dan ibadah akan terjalin hubungan antara Allah dan manusia yang dikenali dengan hablun min Allah wa hablun min an-naas.24 Ketaatan dan kesedaran tersebut bukanlah dari paksaan. Islam merupakan pedoman hidup yang paling sempurna, juga merupakan petunjuk dalam semua kehidupan manusia.25 Untuk menerimanya tanpa paksaan, ketaatan bukan juga harus diterima oleh akal yang sempurna akan tetapi juga ianya haruslah mudah untuk difahami serta tidak mengelirukan dan secara fitrahnya dapat diterima semua golongan manusia.26 Kesimpulannya, Islam adalah kepatuhan, ketundukan dan ketaatan hanya kepada Allah s.w.t.

1.5.3 Unity Of GodUnity berasal dari kata dasar unite yang bermaksud menggabungkan dan menjadikan satu. Unity pula ialah perihal keadaan bersatu.27 God membawa erti suatu kuasa atau semangat yang disembah dan dianggap mempunyai kuasa atas urusan alam dan manusia.28 God juga dianggap sebagai suci.29 Bagi ahli falsafah, mereka akan menggunakan nama seperti ‘ex-nihilio’ ‘al-‘Aqlu al-Awwal’, ‘first cause’, ‘prime mover’ dan lain-lain lagi sebagai ganti nama Tuhan.

Di dalam ajaran Yahudi, mereka percaya kepada Tuhan yang esa yang menciptakan dan menguasai alam ini seperti mana disebutkan di dalam Genesis. Hanya Tuhan yang satu sahaja yang patut disembah walaupun pada mereka Tuhan itu berubah dalam mengekspresikan diriNya mengikut keadaan. Pembacaan doa mereka ‘Shema’ Yisreal Adonai Eloheinu Adonai Echad’30 yang bermaksud ‘Dengarlah Israel: Yahweh adalah Tuhan kita, dan hanyalah satu-satunya Yahweh’31 menjadi bukti bahawa mereka menyembah kepada Tuhan yang satu. Frasa Unity of God ini digunakan bagi mendeskripsi kesatuan Tuhan dalam agama Yahudi dan ianya juga digunakan oleh Maimonide sendiri dalam bukunya ‘The Guide of the Perplexed’ yang membincangkan tentang 13 prinsip ketuhanan. Adapun Unity of God termasuk dalam salah satu prinsip tersebut. Kesimpulannya, konsep unity of God ini menyeru penganut ajaran Yahudi untuk beriman dan yakin serta menyembah kepada Tuhan yang satu tanpa meletakkan sebarang pasangan kepada Tuhan.

22 Ibrahim Mustafa & Ahmad Hasan Zayyat. Op Cit.. Hlm 446. Lihat juga al-Marbawi, Muhd Idris. 1350H. Qamus al-Marbawi. Mesir: Mustafa al-Baba al-Halbi wa Auladuhu. Hlm 29923 Ibn Manzur. (t.t). Op Cit. Hlm 29324 Kamar Oniah Kamaruzaman. 2009. Understanding Islam Contemporary Discourse. Kuala Lumpur: Saba Islamic Media. Hlm 6125 ‘Ajil Jasim al-Nashimi. 1993. Islam wa al-Turath al-Islamiyyah. Bil 19. Kuwait: Majallah al-Shariah wa al-Dirasat Islamiyyah. H. 14226 Kamar Oniah Kamaruzaman. 2009. Op Cit.27 Sharezad Ibrahim (ed). 2002. Kamus Dwibahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 139928 Ibid. Hlm 509.29 Kocku von Stuckrad (ed). 2006. The Brill Dictionary of Religion. Leiden: Koninklijke Brill NV. Hlm 79830 Deutronomy 6: 431 Urubshurow, V. K. 2008. Introducing World Religions. UK: Routledge. Hm 62

Page 8: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

8

1.5.4 YahudiPerkataan Yahudi berasal dari asal kata bahasa Hebrew (Ibrani) iaitu Yadah / Odeh yang membawa maksud bersyukur.32 Menurut Kamus Dewan, Yahudi adalah sebuah bangsa yang lahir dari keturunan Bani Israel.33 Kalimah ini dinisbahkan kepada Yahuda yang merupakan salah seorang daripada anak Nabi Ya‘qub34. Ada juga sebahagian pendapat mengatakan bahawa kalimah Yahuda ini diambil daripada perkataan (( - ُه�ْو�د- د� ْو� ُي�ُه� اد� ُه�yang bererti cenderung, mengadu atau kembali.35 Ini kerana setiap kali datangnya seorang Rasul kepada mereka, bangsa Yahudi akan cenderung, kembali atau mengadu kepada raja mereka supaya membunuh Rasul itu. Namun pendapat yang paling kukuh ialah gelaran ini diambil sempena kejatuhan kerajaan Yahuda pada 586 SM. Lalu nama ini dinisbahkan kepada penganut agama Yahudi atau pengikut ajaran Nabi Musa.36

Ajaran Yahudi juga pada hari ini sangat dikenali dengan terma Judaism di mana penganut Yahudi sendiri menolaknya kerana mereka tidak mengakui agama mereka sebagai ism yang lebih merujuk kepada satu ideologi pemikiran.37 Yahudi bukan sahaja sebuah agama akan tetapi ialah cara kehidupan, bangsa dan budaya. Bagi orang Yahudi mereka menyembah Tuhan yang satu yang menunjukkan dirinya kepada Nabi Ibrahim, Ishak dan Ya’qub. Wasiat serta peraturan pula disampaikan kepada Musa yang mengetuai pengeluaran Israel dari Mesir, di gunung Sinai yang terkandung dalam kitab Torah.38 Apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan nabi-nabi lain tidaklah dinamakan kitab, malah ia dinamakan suhuf.39

Dalam perbincangan perbandingan agama sememangnya memerlukan pengkajian yang objektif tanpa berat sebelah. Namun begitu, justifikasi analisis menurut perspektif Islam yang dilakukan dalam kajian ini adalah berikutan perkaitan agama Islam dan Yahudi dalam al-Quran serta kedudukan khas sebagai ahli kitab yang dijulukkan kepada Yahudi menyebabkan analisis ini amat perlu untuk dilihat dari sudut pemikiran Islam. Oleh itu, analisis konsep Unity of God dalam agama Yahudi akan dianalisa dari aspek monoteisme, penyembahan, hubungan dengan Tuhan, kepentingan menurut al-Quran dan pemikiran Islam.

Secara keseluruhan, tajuk kajian ini membincangkan mengenai konsep ketuhanan yang satu iaitu konsep monoteisme yang terkandung dalam konsep Tauhid menurut Islam dan konsep unity of God menurut Yahudi. Unity atau kesatuan boleh diintepretasikan dalam pelbagai idea. Ianya boleh dianggap sebagai tidak mempunyai sebarang pasangan ataupun keesaan dalam zatNya sendiri ataupun ianya adalah satu-satunya kewujudan yang betul dan al-Haqq ataupun ianya juga boleh digarap sebagai panteisme, iaitu

32 Muhammad Musadiq. 2003. Yudas Bukan Pengkhianat. Jakarta: Istifad Publishing. Hlm 21.33 Noresah bt. Baharom et al. 2000. Op Cit. Hlm 1554.34 Menurut kepercayaan penganut Yahudi, Nabi Ya’qub melahirkan 12 keturunan Bani Israel iaitu Ashe, Benjamin, Dan, Gad, Issachar, Joseph, Judah, Levi, Naphtali, Reuben, Semeon dan Zebulun. Judah merupakan satu-satunya keturunan Bani Israel yang masih ada sehingga hari ini setelah kaum yang lain pupus. www.jewishvirtuallibrary.org. 27 Mac 2012.35 Wan Mohamad Ridzuan Wan Mokhtar. 2006. Yahudi Menurut al-Qur’an, Hadis, Taurat dan Injil, Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd. Hlm 236 Mohd. Rosmizi Abd. Rahman. 2004. 4 Agama Monoteisme. Pahang: PTS Publication. Hlm 1837 Pada asalnya, penganut Yahudi lebih senang dipanggil dengan gelaran Israel kerana menunjukkan asal usul mereka akan tetapi kerana dikhwatiri disalahfaham dengan ajaran Kristian, maka masyarakat am (bukan Yahudi) lebih suka menggelarkan mereka sebagai Jews dan Judaism. Sila lihat Eliezer Segal. 2009. Introducing Judaism. London and new York: Taylor and Francis Group. Hlm 1-5. Dalam penggunaan bahasa Melayu pula, Jews hanya akan dipanggil sebagai penganut Yahudi manakala Judaism sebagai ajaran Yahudi. 38 Gabriel, T & Geaves R. isms: Understanding Relions. London: Herbert Press. Hlm 1339 Shahrastani, Muhammad ibn ‘Abd al-Karim. 2006. al-Milal wa al-Nihal. Muhammad Ramzi Omar (terj.) Agama dan Ideologi. (Terj.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 154

Page 9: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

9

Tuhan adalah segalanya.40 Oleh yang demikian ianya sangat penting untuk memberikan definisi yang tepat bagi kedua-dua konsep tersebut agar ianya tidak mengelirukan.

1.6 Skop Kajian

Kajian ini memberi fokus terhadap isu dalam disiplin ilmu Perbandingan Agama yang akan dibincangkan secara komparatif di antara konsep ketuhanan monoteistik dalam agama Islam dan ajaran Yahudi. Skop yang dibincangkan termasuklah mengenai sejarah ketuhanan, peranan dan fungsi Tuhan dalam kedua-dua agama, sifat dan atribusi Tuhan, dan kepentingan konsep monoteisme itu sendiri dalam kedua-dua agama. Penjelasan ringkas mengenai konsep ketuhanan dalam kedua-dua agama menurut pecahan atau denominasi yang berbeza dalam setiap agama juga akan dijelaskan secara ringkas dalam kajian ini. Selanjutnya, perbandingan dan analisis komparatif akan dibuat bagi melihat persamaan serta perbezaan yang terdapat dalam konsep ketuhanan daripada aspek akidah kedua-dua agama ini.

1.7 Sorotan Literatur

Dalam bahagian ini, pengkaji membahagikan sorotan literatur kepada tiga bahagian. Pertama, sorotan karya agama. Kedua, sorotan karya konsep Tauhid & Unity of God. Ketiga, sorotan karya konsep monoteisme. Ketiga-tiga bahagian berikut menjadi latar kepada skop kajian tesis ini.

1.7.1 Sorotan Karya Kajian Agama

Dalam karya agama, terdapat beberapa bentuk penulisan yang digunakan seperti historis, deskriptif, komparatif, fenomenologi, antropologi dan sosiologi. Antara karya historis dan naratif ialah seperti yang dibawakan oleh Karen Armstrong dalam bukunya ‘A History of God’41 yang membahaskan tentang perkembangan agama Yahudi, Kristian dan Islam dan juga evolusi dari aspek ketuhanan daripada politeisme kepada monoteisme. Ianya juga menyentuh sedikit sebanyak tentang agama Hindu dan Buddha dalam sorotan sejarah ketuhanannya. Walaupun Karen Armstrong merupakan seorang bekas biarawati, penulisan beliau bersifat objektif tanpa menyebelahi mana-mana agama.

Satu lagi karya agama yang berbentuk historis ialah tulisan Albright W. F. dalam bukunya ‘From the Stone Age to Christianity: Monotheism and the Historical Process’42 membincangkan tentang perkembangan sejarah Yahudi dari aspek keturunan, geografi dan agama Musa sehingga terbentuknya ajaran Kristian. Beliau juga menyentuh tentang konsep ketuhanan orang Israel yang berubah dari politeisme kepada monoteisme. Penemuan kepada kepingan-kepingan Dead Sea Scrolls yang dikatakan merupakan penulisan kitab Yahudi yang asli, membawa Albright dalam menyimpulkan hubungan Yahudi dan Kristian yang amat berkait rapat. Buku ini sesuai dirujuk untuk mengetahui dengan lebih terperinci sejarah perkembangan ajaran Yahudi menurut sejarawan dan ahli falsafah berdasarkan teks Bible.

40 Houtsma, M. T. 1993. Encyclopedia of Islam. Leiden: E. J. Brill. Hlm 70441 Armstrong K. 1997. A History of God. UK: Mandarin Paperbacks 42 Albright, W. F. 1957. From The Stone Age to Christianity: Monotheism and The Historical Process. Neew York: Doubleday & Company

Page 10: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

10

Ramli Awang dalam bukunya ‘Sejarah Tuhan’43 memfokuskan perbahasan mengenai ketuhanan lebih bersifat psikologikal dan historikal dengan fokus utama membincangkan tentang keperluan manusia kepada Tuhan dan seterusnya menghuraikan mengenai sejarah kewujudan Tuhan. Beliau membahagikan penyembahan Yahweh oleh orang Yahudi kepada tiga peringkat iaitu: penyembahan sebelum Haikal didirikan, penyembahan Haikal dan Yahweh selepas Haikal. Monoteisme hanya mula diamalkan oleh orang Yahudi selepas Haikal dimusnahkan oleh Babylon yang membuatkan mereka berfikir Yahweh turut bersama-sama mereka berpindah ke tempat lain dan sekaligus membuktikan mereka terkeluar dari fahaman Tuhan yang berlembaga. Jika dibandingkan dengan buku Karen Armstrong ‘The History of God’ dan Albright ‘From the Stone Age to Christianity: Monotheism and the Historical Process’buku ini dapat dilihat lebih ringkas mengupas tentang sejarah Tuhan.

Selain itu, karya yang berbentuk historis deskriptif juga boleh dilihat dalam buku oleh O. K. Rahmat44 bertajuk ‘Dari Adam Sampai Muhammad: Sebuah Kajian Mengenai Agama-Agama’ serta karangan Huston Smith ‘The Religions of Man’.45 Kedua-dua buku ini mengupas dasar-dasar penting setiap agama seperti Hindu, Buddha, Konfusianisme, Taoisme, Yahudi, Kristianiti dan Islam dalam bab yang tersendiri. Kedua-dua penulis ini mengakhiri buku mereka dengan mengupas agama masing-masing; O. K. Rahmat dengan agama Islam dan Huston Smith dengan agama Kristianiti. Kedua-dua buku ini lebih bersifat deskriptif tanpa terdapat unsur fenomenologi ataupun komparatif.

Ismail Raji al-Farouqi yang mengarang karya ‘Islam and Other Faiths’ dan ‘Trialogue of the Abrahamic Faith’ lebih bersifat komparatif dan fenomenologis di mana al-Farouqi membawa aspek setiap agama dari kacamata agama tersebut. Karyanya juga bersifat komparatif dan teologis apabila beliau banyak membuat perbandingan dalam persoalan-persoalan teologi terutama di antara agama Islam, Kristian dan Yahudi. Ianya disusun sebegitu agar setiap penganut agama dapat memahami agama lain dengan lebih bersifat objektif tanpa berat sebelah dan menimbulkan rasa hormat dan harmoni di antara agama. Menurut al-Farouqi,46 sekiranya dilihat dari sudut konsep ketuhanan pada zaman Nabi Ibrahim, ajarannya dikenali dengan nama hanif yang bermaksud suci. Menurut al-Farouqi lagi, dengan erti kata lain suci dari sebarang bentuk kepercayaan politeistik yang diamalkan oleh bangsa semit terdahulu yang menyembah Tuhan mereka (El, Ba’al, Yamm, Mot, Ashtar, Eshmun, Milkom, Milquart dan lain-lain) yang berkait rapat dengan kejadian alam terutama mengenai kesuburan. Golongan hanif mempertahankan idea Tuhan yang melampaui sifat makhluk iaitu yang dibawa oleh orang terdahulu dan para nabi. Di sini jelas menunjukkan bahawa menurut sejarah bangsa Yahudi doktrin ketuhanan ajaran Yahudi pada asalnya sememangnya mengarah kepada penyembahan Tuhan yang satu.

Hassan Endan dalam bukunya ‘The One Religion’47 membincangkan tentang sejarah asal usulnya kerana ajaran Yahudi bermula sejak 1800SM lagi yang diambil susur galurnya bermula dari Nabi Ibrahim yang mengasaskan perjanjian dengan Tuhan dan berpindah ke Kan’an dengan pengikutnya sekitar 1800SM menurut Bible, menerusi Ishak dan Ya’qub, dan mereka menganggap Ibrahim sebagai pengasas ajaran Yahudi.

43 Ramli Awang. 2003. Sejarah Tuhan. T.t.p: PTS Publication. Hlm 16-1744 O. K. Rahmat S.H. 1976. Dari Adam Sampai Muhammad: Sebuah Kajian Mengenai Agama-Agama. Kelantan: Pustaka Aman45 Smith H. 1958. The Religions of Man. New York: Harper & Row.46 Ismail al-Farouqi. 2008. Islam and Other Faith. Zulkiple Abd Ghani. Islam dan Kepercayaan Lain (Terj). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.47 Hassan Endan. 2007. The One Religion. Kuala Lumpur: Crystal Communication Sdn Bhd. Hlm 85.

Page 11: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

11

Karya ini juga bersifat historis komparatif kerana terdapat di dalamnya perbandingan antara teologi-teologi agama samawi.

Selain itu, karya al-Sharastani (1153M) ‘al-Milal wa al-Nihal’48 dan Ibn Hazm (1064M) ‘al-Fasl fi al-milal wa-al-ahwa' wa-al-nihal’49 membincangkan tentang agama-agama yang wujud pada zaman mereka di antaranya seperti agama Parsi, Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha. Kedua-dua karya ini lebih bersifat deskriptif teologis dalam membahaskan tentang agama-agama. Ia bukan sahaja memuatkan kajian mengenai agama lain tetapi turut menghuraikan pecahan-pecahan dalam Islam. Di antara perbezaan yang terdapat dalam buku ini adalah dalam aspek perbincangan Ahli Kitab di mana Shahrastani menggolongkan Yahudi dan Nasrani sahaja sebagai Ahli Kitab manakala Majusi berada di bawah golongan mirip Ahli Kitab. Manakala Ibn Hazm turut memasukkan Majusi sebagai Ahli Kitab.

1.7.2 Sorotan Karya Konsep Tauhid & Unity of God

Dalam membahaskan persoalan Tauhid, al-Faruqi dalam bukunya Tawhid: Its Implications for Thought and Life50 membincangkan konsep Tauhid secara menyeluruh daripada asas kepercayaan sehingga kedudukan Tauhid dalam prinsip etika, estetika dan ekonomi serta kedudukan Tauhid dengan doktrin ketuhanan agama-agama lain. Ringkasnya, buku ini lengkap untuk dibuat bahan rujukan dalam apa jua isu universal yang berkaitan dengan Tauhid.

Osman Bakar51 dalam bukunya ‘Tawhid and Science’ pula mengatakan bahawa Tauhid adalah doktrin monoteisme yang absah yang menjadi asas kepercayaan dan keimanan setiap muslim dengan merealisasikan Tauhid dalam setiap amalan dan pemikiran muslim. Kesedaran dalam kesatuan ketuhanan dengan meyakini kalimah syahadah haruslah menjadi sumber kepada spiritual sains. Di dalam bukunya beliau memberi penekanan kepada kaitan antara Tauhid dan sains dalam menghubungkaitkan keduanya dan mengharmonikan di antara keduanya dalam memahami alam kosmo dan penciptanya.

Dalam penelitian konsep ketuhanan, perbincangan Ilmu Kalam atau yang dikenali juga sebagai ilmu teologi menjadi dasar utama kajian. Ilmu Kalam yang berakar sejak kurun ke-2H mula hangat dibincangkan apabila perselisihan dalam persoalan ketuhanan timbul. Di antara yang terawal membincangkannya adalah Abu Hanifa al-Nu’man52, Abu Hasan al-Asy’ari53, Abu Mansur al-Maturidi dan seterusnya sehinggalah zaman Abu Hamid al-Ghazali54. Pengaruh Ilmu Kalam di kalangan ahli teologi Islam amat kuat sehingga ahli teologi Yahudi seperti Musa bin Maimon atau dikenali juga sebagai Maimonide turut serta dalam membahaskan mengenai konsep ketuhanan dalam usaha menjernihkan imej Tuhan daripada antropomorfisme (tasybih).

48 Al-Shahrastani, Abi al-Fath Muhammad bin Abd Karim. (t.t) Al-Milal wa Al-Nihal. Cairo: Maktabah al-Tawfiqiyyah.49 Ibn Hazm, Ali bin Ahmad. 1996. Al-Fasl fi al-Milal wa-al-Ahwa' wa-al-Nihal. Muhammad bin Ibrahim (Tahqiq). Beirut: Dar al-Ajyal50 Al-Faruqi, Ismail Raji. 1988. Tauhid. Rahmani Astuti (terj.) Bandung: Pustaka 51 Osman Bakar. 2008. Tawhid and Science. Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd. Hlm xvii52 Al-Qari, Ali bin Sultan. 2009. Syarh al-Fiqh al-Akbar. Beirut: Dar al-Nafais53 Fauqiyyah Husain Mahmud. 1977. Al-Ibanah ‘an Usuul al-DIyanah li Abi Hasan al-Asy’ari. (t.t.p): Dar al-Ansar 54 Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. 2008. Al-Iqtisad fi al-‘Itiqad. Jeddah: Dar al-Minhaj

Page 12: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

12

Menurut perbincangan ahli Ilmu Kalam Islam, konsep Tauhid dapat dilihat dari dua aspek pembahagian. Pertama, Tauhid yang dibahagikan kepada tiga bahagian yang terdiri daripada Tauhid pada zat, Tauhid pada sifat dan Tauhid pada perbuatan. Kedua, konsep Tauhid terbahagi juga kepada tiga bahagian iaitu Tauhid uluhiyyah, Tauhid rububiyyah dan Tauhid asma’ wa al-sifat. Pendapat yang pertama diperakui oleh golongan Asyairah seperti al-Juwayni, al-Ghazali, al-Sanusi dan lainnya manakala pendapat kedua dibawa oleh golongan Salafiah / Wahhabiah seperti Ibn Taymiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab. Ibn Taymiyyah55 dalam kitabnya al-‘Aqidah al-Wasitiyyah membahagikan Tauhid kepada dua bahagian. Pertama Tauhid dalam pengetahuan dan penetapan yang terkandung di dalamnya Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma’ wa al-Sifat. Dalam konsep Tauhid ini, setiap Muslim haruslah mengesakan Allah sebagai pencipta, pengatur dan penguasa yang bersifat dengan segala sifat yang sempurna.

Kedua ialah Tauhid dalam qasad dan tolab dan ianya adalah Tauhid Uluhiyyah dan ‘Ibadah iaitu dengan mengesakan Allah di dalam ibadah dan tidak menyembah lainnya. Dalam membezakan ketiga-tiganya, menurut Hasan Ayub,56 Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma’ wa al-Sifat tidak mempunyai sebarang percanggahan pendapat di kalangan penganut agama Islam dan juga agama lain kerana mereka semuanya memperakui akan kewujudan Allah. Yang menjadi titik perbezaan adalah pada Tauhid Uluhiyyah di mana mereka tidak beriman dan memperakui Allah sebagai Tuhan yang patut disembah. Di sini boleh disimpulkan bahawa menurut pendapat aliran Salafiyyah / Wahhabiyyah, terdapat titik persamaan di antara agama Islam dan juga Yahudi yang meyakini akan kekuasaan Tuhan sebagai pentadbir alam ini. Menurut Muhammad Rifa’i Muhammad Amin57, pendapat ini disangkal oleh aliran Asya’irah yang membahagikan Tauhid kepada Tauhid dzat, af’al dan sifat.

Fauzi Hamat menukil bahawa Tauhid Rububiyyah yang dikaitkan dengan kepercayaan penganut agama lain tidak dapat diterima kerana Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah sememangnya saling berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan.58 Adapaun Khadijah Mohd Khambali @ Hambali menegaskan bahawa perkataan Rabb mempunyai kekuatan dalam menegakkan keesaan Allah sebagai Tuhan berbeza dengan pemahaman non-muslim yang hanya menganggap Rabb sebagai pencipta alam dan kemudiannya menyembah makhluk Tuhan sebagai perantara. Pendeknya, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali mengharmonikan kesemua pendapat ini dengan mengharuskan bagi non-Muslim menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Rabb dan tidak diharuskan penggunaan Allah yang merujuk kepada Rabb al-‘Alamin yang membawa maksud sebagai Penguasa, Pengatur, Pentadbir dan Pentarbiyyah alam keseluruhannya yang terarah kepada zat Allah sebagai Rabb al-‘Alamin.59

55 Al-‘Uthaimin, Muhammad bin Shalih. 2003. Syarhu al-‘Aqidah al-Wasitiyyah Li Syaikhi al-Islam Ibn Taymiyyah. Mesir: Dar Ibn Rajb. Hlm 1456 Ayub, Hasan. 1994. Tabsit al-Aqaid al-Islamiyyah. Mesir: Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr wa al-Islamiyyah. Hlm 20457 Muhammad Rifa’I Muhammad Amin. 2010. Tathlith al-Tauhid wa Tauhid al-Ummah. Al-Asya’irah dan Cabaran Mutakhir. Kertas kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya58 Fauzi Hamat. 2010. Penolakan Al-Asha`Irah Terhadap Huraian Tauhid Rububiyyah Dan Uluhiyyah Menurut Muhammad Bin Abd Al-Wahhab (1703-1792 M.) Al-Asya’irah dan Cabaran Mutakhir. Kertas kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya59 Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. 2010. Analisis Kalimah Allah Menurut Perspektif Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. Al-Asya’irah dan Cabaran Mutakhir. Kertas kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Page 13: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

13

Konsep Tauhid dalam Islam walaupun secara luaran kelihatan mempunyai beberapa pandangan yang berbeza namun pada dasarnya kesemua ahli teologi bersepakat dalam mengatakan keesaan Allah sebagai Tuhan seluruh alam dan larangan daripada menyekutukannya. Berbeza dengan konsep monoteisme dalam Yahudi, di mana terdapat percanggahan pendapat dari sudut dasar yang menimbulkan satu kumpulan yang menegakkan konsep Unity of God dan juga gagasan pemikiran lain yang menafikan konsep monoteisme dari ajaran Yahudi.

Gagasan pemikiran yang menegakkan konsep Unity of God, Moses Maimonides (1204M) merupakan seorang ahli falsafah Yahudi yang mempertahankan konsep kesatuan Tuhan tanpa mengaitkan Tuhan dengan sifat-sifat kekurangan dan tasybih. Dalam bukunya Dalalat al-Hairin yang bererti ‘Petunjuk bagi mereka yang bingung’, meletakkan 13 prinsip utama dan konsep Unity of God merupakan prinsip kedua daripadanya.60 Menurut Dan Cohn, ahli teologi lain yang juga menegakkan konsep Unity of God adalah Saadiah Gaon, Abraham Daud dan Solomon Ibn Gabriel.61 Dan Cohn menyebut lagi di dalam bukunya yang lain Judaism Today tentang konsep Unity of God di mana sepanjang sejarah orang Yahudi, kepercayaan kepada Tuhan adalah sebagai asas kepada keimanan mereka.62 Ini dapat dibuktikan dengan pembacaan shema63 setiap hari yang berbunyi “Hear O Israel, The Lord our God, the Lord is One.” Shema ini dengan secara langsung menunjukkan bahawa mereka menyembah Tuhan yang satu yang menyatakan ketuhananNya dalam pelbagai cara dan keadaan tanpa sebarang perubahan. Oleh kerana disebabkan kepercayaan yang absolut terhadap Unity of God ajaran Yahudi menolak konsep inkarnasi Tuhan dan konsep Trinity yang boleh merosakkan kesatuan Tuhan dan mengkaburkan antara kemanusiaan dan ketuhanan. Ajaran Yahudi melarang menyamakan konsep ketuhanan dari sebarang ciri-ciri kemanusiaan.64

Ismail Abdul Rahman65 dalam bukunya menyebutkan bahawa konsep Unity of God menunjukkan bahawa Tuhan itu bersifat wahdaniyyah seperti yang difahami dalam Islam. Ia membuktikan bahawa Tuhan itu bersifat wujud mutlak (omnipresent), kudrat mutlak (omnipotent), dan ilmu mutlak (omniscient). Tafsiran konsep Unity of God juga menggambarkan bahawa Tuhan jua yang menjadikan alam daripada tiada kepada ada dan penentu terhadap untung nasib manusia di dunia ini. Tuhan juga adalah mutlak secara langsung menentukan perjalanan seluruh alam ini dengan peraturan-peraturan tertentu. Tuhan juga bersifat pengasih dan penyayang yang secara langsung memperlihatkan sifat-sifat kesempurnaannya.66 Ahmad Syalaby67 pula menyebutkan tentang konsep ketuhanan Yahudi sepertimana yang disebutkan dalam 10 wasiat yang di antaranya seperti apa yang terkandung dalam kitab Torah mereka68 Menurut Heschel pula,69 walaupun mereka mengetahui bahawa Tuhan itu satu namun begitu Tuhan itu

60 David R. Blumenthal (Ed). 1974. The Commentary of R.Hoter Ben Shelomo to the Thirteen Principles of Maimonides. Leiden: E. J. Brill.61 Dan Cohn. 2003. Judaism: History, Belief & Practice. London: Routledge. Hlm 344-34562 Dan Cohn-Sherbok. 2010. Judaism Today. New York: Continuum International Publisher Group. Hlm 19.63 Bermaksud dua atau permintaan kepada Tuhan dalam ajaran Yahudi64 American Jewish Committee. http://www.ajcarchives.org/main.php. 20 Okt 201165 Ismail Abdul Rahman. 1989. Konsep dan Kedudukan Bangsa Pilihan Menurut Agama Islam dan Agama Yahudi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 17 66 Psalms 19-2267 Shalaby, Ahmad. 1977. Agama Yahudi. Syed Ahmad Semait (Terj.). Singapura: Pustaka Nasional. Hlm 26268 Sifir Khuruj 3-1769 Heschel, A. J. 1999. God In Search Of Man: A Philosophy of Judaism. New York: Farrar, Strauss and Giroux. Hlm 140

Page 14: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

14

tetap sebuah misteri bagi mereka. Pengisian utama bagi pemikiran keagamaan Yahudi bukan terletak kepada konsep ketuhanannya akan tetapi adalah kebolehan merasakan keberadaanNya dan menyaksikanNya seperti yang tertulis dalam Isaiah 43: 10 “Ye are My witness” yang bermaksud, ‘Kamu adalah saksiku’. Karya-karya di atas lebih bersifat mengikut sejarah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Namun begitu, realiti keyakinan dan kepercayaan ajaran Yahudi masa kini tidak diteliti dengan lebih mendalam. Tidak dinafikan sememangnya ajaran Nabi Musa yang bersusur galur dari Nabi Adam kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh kesemuanya menyeru kepada keesaan Tuhan. Persoalannya pada hari ini, mereka tidak lagi melaksanakan ajaran Nabi Musa dan bagaimanakah mereka masih boleh dianggap sebagai monoteis.

1.7.3 Sorotan Karya Konsep Monoteisme

Dalam perbahasan isu monoteisme, terdapat dua pendapat yang bertentangan dalam menetapkan samada agama Yahudi sebagai agama yang monoteisme ataupun bukan. Sekiranya dilihat secara kasar dari sudut teologi seperti yang terkandung dalam 10 wasiat, ajaran Yahudi dianggap sebagai agama monoteisme oleh kebanyakan pengkaji agama. Namun sekiranya dilihat dari sudut sejarah dan antropologi serta teori psikohistorikal, ajaran Yahudi tidak dianggap sebagai agama monoteisme malah terdapat pendapat yang menolak Nabi Musa sebagai pembawa agama tersebut.

Sigmund Freud dan Jan Assmann adalah antara sarjana yang tersohor menafikan konsep monoteisme dalam ajaran Yahudi. Freud dari sudut psikologi menolak kenyataan bahawa Nabi Musa merupakan pembawa asal agama monoteisme terhadap kaum Yahudi dengan hujjah Nabi Musa berbangsa Mesir (bukan berketurunan Yahudi) dan mengatakan bahawa monoteisme asalnya adalah daripada Akhnaten, salah seorang Firaun Mesir yang menyeru kepada penyembahan Tuhan yang satu.70 Jan Assmann, seorang rakyat Jerman yang anti-semitik dan penulisannya terkesan dengan peristiwa holocaust, seperti yang dinukilkan di dalam bukunya Moses the Egyptian: The Memory of Egypt in Western Monotheism71 mempunyai pendapat yang sama dengan Freud. Sebagai pakar dalam disiplin Mesir purba (egyptology) Jan Assmann juga menganggap bahawa Nabi Musa bukanlah pembawa asal agama monoteisme sebenar kerana ajaran monoteisme hanya lahir setelah kewafatan Nabi Musa. Menurut Zeliza Slavetd72 dalam ulasannya terhadap buku Jan Asmann, The Price of Monotheism73 mengatakan beliau menolak idea monoteisme yang padanya merupakan sumber kebencian, keganasan dan perbezaan dalam agama, Assmann melihat konsep monoteisme dan politeisme dari sudut struktur budaya di mana politeisme memainkan peranan utama sebagai penterjemah budaya manakala monoteisme sebagai sesuatu yang mengasingkan dan membezakan. Menurutnya lagi, dengan kemunculan monoteisme dalam dunia purba, maka muncullah perbazaan di antara kebenaran dan kebatilan dalam agama yang mendesak kepada perbezaan dalam pendifinisan antara Yahudi dan Gentile (bukan Yahudi), Kristian dan paganisme serta Islam dan kafir. Permasalahan dari perbezaan ini timbul bukan kerana konsep kesatuan dalam agama ataupun perbezaan di antara manusia akan tetapi kerana kecaman hebat terhadap kebenaran agama dan penganut mereka.

70 J. Phillip Hyatt. 1940. Freud on Moses and the Genesis of Monotheism .Journal of Bible and Religion. 8 (2) pp. 85-88P71 Assmann, J. 1997. Moses the Egyptian: The Memory of Egypt in Western Monotheism. Cambridge, Mass.: Harvard University72 Slavet, E. 2010. A Matter of Distinction: On Recent Work by Jan Assmann. Association for Jewish Studies.73 Assmann, J. 2010. The Price of Monotheism. Robert Svage (terj.) Stanford: Stanford University Press.

Page 15: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

15

Jean Soler74 pula dalam asal usul monoteisme berpendapat bahawa ianya bermula dari bangsa Yahudi dan bukanlah daripada Musa ataupun kitab Bible (Old Testament) kerana pada pendapat beliau ayat ketuhanan yang terdapat dalam Bible menunjukkan keadaan politeisme masyarakat waktu itu di mana dalam mengakui Tuhan yang satu mereka tetap mengakui terdapatnya Tuhan lain. Lebih tepat lagi, ianya bersifat monolatri. Monoteisme dalam ajaran Yahudi bermula hanya selepas kekuasaan Parsi ke atas Babylon yang menumpaskan haikal Sulaiman. Setelah itu, barulah penganut ajaran Yahudi kembali kepada mempercayai Tuhan Yahweh tanpa mengaitkannya dengan sebarang berhala atau Tuhan. Pendapat Jean Soler tidak boleh diterima apabila beliau mengatakan bahasa Musa tidak menyeru kepada monoteisme. Walaupun masyarakat Yahudi pada waktu itu mengamalkan monolatral politeisme, namun begitu hakikat ajaran Nabi Musa yang berasal dari Nabi Ibrahim, Hanif, haruslah diiktiraf. Manakala pendapat beliau mengenai permulaan monoteisme dalam ajaran Yahudi bermula selepas kehancuran Haikal dapat diterima. Pendapat Jean Soler selaras dengan Christopher A. Rollstone75 dengan artikelnya yang bertajuk ‘The Rise of Monotheism in Ancient Israel: Biblical and Epigraphic Evidence’ menyimpulkan bahawa kajian ketuhanan Yahudi tidak boleh hanya didasarkan kepada kitab Old Testament untuk membuktikan konsep monoteisme dalam ajaran Yahudi. Ini kerana Yahweh pada awalnya hanya dianggap sebagai Tuhan kebangsaan mereka dan kemudiannya diangkat pula menjadi ketua Tuhan bagi tuhan-tuhan lain dan akhirnya barulah diangkat sebagai satu-satunya Tuhan bangsa Israel dan menafikan tuhan-tuhan lain.

Konsep monoteisme juga dibahaskan secara ringkas oleh Gibb H. A. R di dalam bukunya Pre-Islamic Monotheism in Arabia76 membincangkan tentang pengaruh konsep monoteisme di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Ianya menerangkan mengenai hubungan Judaeo-Christian dengan Islam seperti yang termaktub dalam al-Quran dan mendapati bahawa masyarakat Arab pada waktu itu tidak asing lagi dengan konsep monoteisme seperti yang diajarkan dalam kitab Nabi Musa; walaupun majoriti dari mereka menyembah berhala. Buku ini walaupun ringkas dari sudut kandungannya, tetapi sedikit sebanyak dapat membuktikan dengan beberapa perbandingan ayat al-Quran dan Bible bahawa konsep monoteisme telah sedia ada sebelum kedatangan Islam.

Schneider L. C dalam bukunya Beyond Monotheism: A Theology of Multiplicity77

membincangkan secara lengkap mengenai teori monoteisme serta asal usulnya di kalangan bangsa Israel dan kemudian perkembangannya dalam agama Kristianiti. Konsep monoteisme dalam pelbagai agama cuba diharmonikan menerusi persamaan moral dan etika dalam kepelbagaian agama tersebut. Walaupun kandungan buku ini amat meluas membahaskan tentang konsep monoteisme, ianya tidak menyentuh konsep monoteisme agama Islam seperti yang dilakukan bagi agama Kristian dan Yahudi.

Dalam memperkatakan tentang monoteisme dalam Islam, Nancy Roberts78

membahaskannya secara komparatif dengan konsep Triniti Kristian yang menurutnya turut diperakui sebagai agama monoteisme. Beliau mengulas tentang kekukuhan serta

74 Jean Soler. 2007. Why Monotheism. Janet Lloyd (terj) Arion. 14 (3). Trustees of Boston University. Pp. 41-6075 Christopher A. Rollstone. 2003. The Rise of Monotheism in Ancient Israel: Biblical and Epigraphic Evidence. Dalam Stone-Campbell Journal. Spring (6). Pp 95-11576 Gibb, H. A. R. (t.t) Pre-Islamic Monotheism in Arabia. (t.t.p) (t.p)77 Schneider, L. C. 2008. Beyond Monotheism: A Theology of Miltiplicity. London: Routledge Taylor & Francis Group. 78 Nancy Roberts. 2011. Trinity vs. Monotheism: A False Dichotomy? Dalam Yahya M. Michot (ed) The Muslim World Vol 101 (1) USA: Hartford Seminary. Hlm 73-93

Page 16: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

16

kejelasan asas monoteisme Islam yang menarik minat penganut agama lain termasuk agama Kristian. Kertas kerja ini membawa aspek yang baik dalam memberikan justifikasi tentang konsep monoteisme dan Triniti dengan menyeru supaya bersifat objektif dalam memahami agama lain menurut perspektif agama tersebut. Ini sejajar dengan pendapat Schuon F. dalam bukunya The Transcendent Unity of Religion79, membahaskan teori esoteris dan eksoteris dalam menerima kepelbagaian agama di mana konsep esoteris dapat menerima penyatuan agama-agama melalui titik temu penyembahan Tuhan yang satu. Manakala konsep eksoteris tidak dapat mengakui terdapat titik pertemuan dalam konsep ketuhanan pelbagai agama. Yang menariknya dalam buku ini, terdapat satu bab yang membahaskan konsep monoteisme menurut agama Yahudi, Kristian dan Islam di mana ianya disimpulkan dengan agama Islam sebagai penyelaras kepada pertentangan konsep monoteisme yang dibawa oleh Yahudi dan Kristian. Namun begitu, teori Schuon boleh dianggap sebagai membawa kepada pluralisme agama yang menyeru kepada tujuan atau matlamat yang sama ataupun dikenali juga sebagai soteriological pluralism. Konsep monoteisme yang sebeginilah dikhuatiri mencemari konsep Tauhid.

Terdapat juga pengkaji yang bersependapat dengan Schuon dalam mengaitkan konsep monoteisme dengan konsep pluralisme. Jean-Luc Nancy80 dalam artikelnya ‘The War of Monotheism: On the Inability of Civilization to Expand: The West Battles against Itself’ menganggap monoteisme membawa kepada peperangan dan perpecahan tamadun timur dan barat apabila masing-masing cuba memberikan definisi kepada konsep universalisme yang terangkum dalam konsep monoteisme. Menurutnya lagi, peperangan hanya dapat dihentikan apabila transformasi tamadun dapat dilakukan dan ianya menuntut kepada pemahaman yang sama dalam kebenaran yang mutlak.

Dalam menjernihkan konsep monoteisme agama lain dari menodai konsep Tauhid dalam Islam, Kamar Oniah Kamaruzaman dalam bukunya, ‘Understanding Islam Contemporary Discourse’81 menyimpulkan beberapa ciri monoteisme yang absolut atau absah adalah apabila sesebuah agama itu bersifat inklusif dan universalistik yang dapat disembah oleh semua golongan manusia tanpa mengira bangsa dan suku kaum melalui cara penyembahan yang sama dan kepada satu Tuhan sahaja. Beliau juga menolak konsep deisme, monolatri dan eksklusif dalam agama-agama dari tergolong dalam konsep monoteisme. Penggunaan terma inklusif dan eksklusif boleh disalahfaham dalam sudut perspektif yang berbeza. Namun begitu, beliau dapat menerangkan secara jelas akan maksud terma-terma tersebut agar ianya tidak dapat disalahfaham.

Terdapat juga sebuah tesis PhD yang ditulis oleh Abdulrazak Abdulahi Hashi bertajuk Islamic Transvaluation of Jewish and Christian Concept of Monotheism.82 Kajian ini menganalisis konsep monoteisme di dalam ketiga-tiga agama yang berasal dari Nabi Ibrahim iaitu Yahudi, Kristian dan Islam yang menyimpulkan bahawa kesemua agama tersebut sememangnya menyembah Tuhan yang satu akan tetapi berlainan dari sudut definisi monoteisme dan sumbernya, sifat Tuhan, penyembahan Tuhan, peranan kitab suci dalam memahami Tuhan, serta hubungan Tuhan dengan ciptaanNya. Namun begitu tesis tersebut tidak mengupas secara terperinci konsep Unity of God dalam pecahan

79 Shuon, F. 1975. The transcendent Unity of Religions. London: Harper & Row80 Jean-Luc Nancy. 2004. ‘The War of Monotheism: On the Inability of Civilization to Expand: The West Battles Against Itself’. Dalam Cultural Critique. Spring (57). Pp 104-10781 Kamar Oniah Kamaruzaman. 2009. Op Cit. Hlm 17-2182 Abdulrazak Abdulahi Hashi. 2008. Islamic Transvaluation of Jewish and Christian Concept of Monotheism. Tesis Ph.D. Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Sosial. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Page 17: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

17

mazhab Yahudi yang berbeza serta perbincangan konsep ketuhanan tidak dibincangkan menurut kitab Talmud sedangkan penganut Yahudi berpegang kepada kitab Talmud. Oleh itu, kajian ini akan lebih mendalami aspek yang sedemikian agar perincian konsep Unity of God dikaji secara menyeluruh dalam ajaran Yahudi.

Secara keseluruhannya, konsep Tauhid dan Unity of God masih lagi perlu dicerakinkan secara terperinci dari sudut teologi masing-masing. Kepentingan kajian ini adalah untuk mengatasi pemikiran pluralisme yang semakin giat berkembang dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan penganut agama. Selain itu, konsep Tauhid yang syumul harus lebih dikedepankan dalam menjawab semua persoalan agama terutamanya dalam permasalahan ketuhanan bagi menjawab segala ketidakadilan yang dilontarkan kepada isu ketuhanan.

1.8 Metodologi Kajian

Tesis ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan kepada kajian perpustakaan menerusi metode dokumentasi dan metode analisis data. Metode dokumentasi merupakan satu cara pengumpulan data dengan mencari segala bahan-bahan dokumen yang berkaitan dengan skop kajian. Ianya melibatkan semua bahan elektronik dan bercetak seperti majalah, artikel journal, buku dan sebagainya. Antara dokumen-dokumen yang digunakan adalah al-Qur’an dan al-Kitab (Bible) yang menjadi sumber primer dalam kajian ini untuk dilakukan perbandingan antara ayat-ayat kedua kitab tersebut mengenai konsep ketuhanan. Selain daripada itu, penulis juga menggunakan bahan-bahan yang berkaitan dengan perbandingan agama.

Dalam metode analisis data pula, secara umumnya, apabila keseluruhan data telah terkumpul melalui metode dokumentasi maka pengolahan terhadap data-data tersebut dianalisis menggunakan tiga metode utama iaitu metode induktif, komparatif dan historis. Ketiga-tiga metode ini dianalisis menerusi metode normatif serta analisis deskriptif yang secara umumnya digunakan untuk mengidentifikasi serta meneliti konsep dan teori keberagamaan Islam dan Yahudi.

Metode induktif adalah salah satu cara menganalisis data dengan proses penghuraian atau penafsiran maklumat-maklumat yang membawa kepada pencapaian sesebuah kesimpulan yang bersifat umum dari fakta-fakta yang bersifat khusus. Ianya adalah metode yang digunakan untuk melihat secara keseluruhan konsep ketuhanan dari segi kepercayaan, amalan, perkembangan sejarah dan pendapat sarjana dalam menyimpulkan kesemua maklumat ini untuk mendapatkan hasil kajian bertepatan dengan objektif tesis ini. Penulis akan menggunakan metode ini dalam bab kedua dan keitga.

Metode komparatif adalah metode yang digunakan untuk melihat persamaan dan perbezaan konsep monoteisme yang wujud dalam ajaran Islam dan Yahudi. Metode ini diaplikasi melalui penganalisaan terhadap data-data yang telah terkumpul dalam bab dua dan tiga lalu drbandingkan di dalam bab lima.

Metode historis digunakan dalam menganalisa data-data yang berbentuk sejarah di mana dalam kajian ini, penulis perlu menganalisa sejarah Yahudi dan konsep ketuhanan Mesir purba yang sedikit sebanyak mempengaruhi ideologi mereka serta ajaran-ajaran mereka yang berkait rapat dengan konsep ketuhanan mereka. Penulis menggunakan metode ini dalam bab tiga.

Page 18: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

18

Dalam melakukan kajian agama, pengkaji akan cuba memastikan setiap tulisan bersifat objektif tanpa ada unsur biased dalam memberikan informasi mengenai agama Yahudi. Ini bukan bermakna pengkaji akan bersifat neutralistik terhadap pegangan sendiri iaitu menerima agama lain tanpa penganalisaan dari sudut kacamata pegangan ajaran pengkaji.83 Bersifat objektif dalam kajian bermaksud pengkaji akan cuba untuk meneliti teks-teks Yahudi berdasarkan kepada kitab suci dan karangan para sarjana Yahudi. Dengan memahami ajaran Yahudi dalam konteks pemahaman mereka akan dapat mengelakkan unsur biased atau berat sebelah dan berlaku adil dengan meletakkan sesuatu kedudukan pada tempatnya. Pun begitu, penganalisaan yang bersifat normatif juga menjadi komponen penting agar pengkaji tidak tergelincir dari pegangan melalui sifat neutral. Keseimbangan antara bersifat objektif dan tidak neutralistik merupakan komponen penting dalam kajian perbandingan ini.

1.9 Susunan Penulisan

Dalam bab satu, penulis akan menjelaskan objektif kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian dan juga skop kajian. Kerangka teori monoteisme juga turut diperjelaskan dari sudut sejarah serta konsep monoteisme dalam Islam dan Yahudi. Selain itu, penulis juga menghuraikan latarbelakang masalah kajian serta sorotan perpustakaan di dalam bab ini sebagai gambaran kepada keseluruhan kajian. Penulis turut menyatakan metode-metode yang digunakan dalam mengumpul dan menganalisa data.

Dalam bab dua, penulis akan mengupas konsep Tauhid dalam agama Islam; apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Tauhid sebagai asas kepercayaan dan keimanan umat Islam dengan disertakan nas-nas al-Quran dan hadith yang menjadi sumber utama kepada umat Islam. Selain dari itu, penulis juga akan menghuraikan sifat-sifat Allah, nama-nama Allah, kepentingan Tauhid dalam Islam serta perbincangan ringkas ahlul kalam mengenai Allah.

Dalam bab tiga pula penulis akan menghuraikan tentang konsep Unity of God dalam ajaran Yahudi dengan membahaskan tentang konsep unity itu sendiri serta sifat-sifat yang dijolokkan oleh penganut ajaran Yahudi kepada Tuhan mereka seperti yang disebutkan di dalam kitab suci mereka Taurat dan Talmud. Memandangkan ajaran Yahudi ini datang sebelum masihi lagi, maka harus bagi penulis untuk menerangkan tentang asal usul sejarah ketuhanan bagi orang Yahudi yang mengalami beberapa peringkat kepercayaan kerana terpengaruh dengan keadaan sekeliling mereka. Selain itu, apakah kepentingan serta peranan konep ketuhanan monoteistik ini pada .penganut ajaran Yahudi. Penulis juga akan cuba menghuraikan samada terdapat sebarang percanggahan pendapat mengenai konsep monoteistik di kalangan ahli agama mereka.

Seterusnya dalam bab empat, penulis akan membuat analisis perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan kedua agama berikut dalam konsep ketuhanan mereka yang monoteistik. Adakah sama konsep Tauhid dan konsep Unity of God? Apakah juga yang membezakan keduanya contohnya dari sudut penyembahan, sifat, nama-nama, konsep kesatuan yang ada pada kedua agama dan juga dari sudut proklamasi keimanan serta pembatalan keimanan dalam kedua-dua agama. Penulis juga akan membincangkan kedudukan mereka sebagai ahlul kitab menurut al-Quran serta asas muamalah di antara orang Islam dan penganut ajaran Yahudi yang kadangkala menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam sehingga boleh membawa kepada amalan pluralisme agama.83 Kamar Oniah Kamaruzaman. 2010. Religion and Pluralistic Co-Existence. International Islamic University Malaysia: IIUM Press. Hlm 119-120

Page 19: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

19

Dalam bab lima, penulis akan penulis membuat rumusan serta kesimpulan daripada perbincangan mengenai konsep Tauhid dan Unity of God serta hasil daripada analisis perbandingan yang dibuat dalam bab empat. Penulis juga akan membuat kesimpulan dari perbincangan dalam bab lima mengenai implikasi kedudukan penganut agama Yahudi sebagai Ahlul Kitab dan asas-asas muamalah di antara kededua penganut agama ini. Seterusnya, beberapa saranan dikemukakan kepada para pembaca dan pengkaji lain.

1.10 Kesimpulan

Secara keseluruhan bab ini memberi gambaran awal kajian yang dilakukan penulis berkenaan dengan konsep ketuhanan dalam ajaran Islam dan Yahudi. Dengan hipotesis serta kajian preliminari ini juga menjadi panduan bagi penulis dalam menjelaskan dengan lebih terperinci tesis yang ingin dikaji sehingga dapat membuahkan kesimpulan dan justifikasi yang tepat.

BIBLIOGRAFI

‘Ajil Jasim al-Nashimi. 1993. Islam wa al-Turath al-Islamiyyah. Bil 19. Kuwait: Majallah al-Shariah wa al-Dirasat Islamiyyah.

Abdul Halim Mahmud. 2000. al-Islam wa al-‘Aql. Mohd Fakhrudin Abd Mukti. (Terj.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 2000. Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Abdulrazak Abdulahi Hashi. 2008. Islamic Transvaluation of Jewish and Christian Concept of Monotheism. Tesis Ph.D. Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Sosial. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Agus Hakim. 2006. Perbandingan Agama. Bandung: Diponegoro. Al-‘Uthaimin, Muhammad bin Shalih. 2003. Syarhu al-‘Aqidah al-Wasitiyyah Li

Syaikhi al-Islam Ibn Taymiyyah. Mesir: Dar Ibn Rajb. Hlm 14Albright, W. F. 1957. From The Stone Age to Christianity: Monotheism and The

Historical Process. Neew York: Doubleday & Companyal-Farouqi, Ismail Raji. 1986. Trialogue of the Abrahamic faiths. Herdon: International

Institute of Islamic Thought.al-Faruqi, Ismail Ragi & Sopher. D.E. (ed). Historical Atlas of The Religions of The

Worlds. New York: Macmillan Publishing Co. Al-Faruqi, Ismail Raji. 1982. Trialogue of The Abrahamic Faiths. (t.t.p) : International

Institue of Islamic ThoughtAl-Faruqi, Ismail Raji. 1988. Tauhid. Rahmani Astuti (terj.) Bandung: Pustaka Al-Imam Abi al-Fadl Jamal al-Din Muhammad Ibn Mukarram Ibn Manzur al-Ifriqi al-

Mishri, (t.t). Lisan al-Arab, j. 12. Dar Sadir: Beirut.Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. 2008. Al-Iqtisad fi al-‘Itiqad.

Jeddah: Dar al-Minhaj al-Marbawi, Muhd Idris. 1350H. Qamus al-Marbawi. Mesir: Mustafa al-Baba al-Halbi

wa Auladuhu. Al-Mawdudi, Abu al-‘Ala. 1986. Mutiara Kenabian Dari Sirah Rasulullah. Shah Alam:

Dewan Pustaka Fajar. Al-Mawdudi, Abu al-A’la. 1991. Let Us Be Muslims. United Kingdom: The Islamic

Foundation.Al-Qari, Ali bin Sultan. 2009. Syarh al-Fiqh al-Akbar. Beirut: Dar al-NafaisAl-Shahrastani, Abi al-Fath Muhammad bin Abd Karim. (t.t) Al-Milal wa Al-Nihal.

Cairo: Maktabah al-Tawfiqiyyah.

Page 20: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

20

Al-Zindani, ‘Abdul Majid ‘Aziz. Kitab Tauhid al-Khaliq. Beirut: Dar el-Fikr. American Jewish Committee. http://www.ajcarchives.org/main.php. 20 Okt 2011Armstrong K. 1997. A History of God. UK: Mandarin Paperbacks Assmann J. 2004. “Monotheism and Polytheism” dalam Johnston S. I. Religions of The

Ancient World: A Guide. Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press.

Assmann, J. 1997. Moses the Egyptian: The Memory of Egypt in Western Monotheism. Cambridge, Mass.: Harvard University

Assmann, J. 2010. The Price of Monotheism. Robert Svage (terj.) Stanford: Stanford University Press.

Ayub, Hasan. 1994. Tabsit al-Aqaid al-Islamiyyah. Mesir: Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr wa al-Islamiyyah.

Benjamin. D. S. 2009. The Bodies of the God and The World of Ancient Israel. Illinois: Northwestern University.

Bucaille, M. 1994. The Bible, The Quran and Science. Kuala Lumpur: A.S. Nordeen. Bushrah Basiron. 2011. Status Wanita Muslim dan Yahudi: Kajian Perbandingan Dari

Aspek Keagamaan dan Pendidikan. Tesis Ph.D Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya

Dan Cohn. 2003. Judaism: History, Belief & Practice. London: RoutledgeDan Cohn-Sherbok. 2010. Judaism Today. New York: Continuum International

Publisher Group. Eddy P. R. John Hick’s Pluralist Philosophy of World Religions. USA: Ashgate

Publishing Company. Fatimah Otit. 1981. Keesaan Tuhan Dalam Agama Yahudi, Kristian dan Islam. Latihan

Ilmiah Usuluddin, Universiti Malaya. Fauqiyyah Husain Mahmud. 1977. Al-Ibanah ‘an Usuul al-DIyanah li Abi Hasan al-

Asy’ari. (t.t.p): Dar al-AnsarFauzi Hamat. 2010. Penolakan Al-Asha`Irah Terhadap Huraian Tauhid Rububiyyah Dan

Uluhiyyah Menurut Muhammad Bin Abd Al-Wahhab (1703-1792 M.) Al-Asya’irah dan Cabaran Mutakhir. Kertas kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Forward, M. 2001. Religion: A Beginner’s Guide. Oxford: Oneworld Publications. Gabriel, T & Geaves R. isms: Understanding Relions. London: Herbert Press. Gerakan Ayah Pin diasaskan oleh Arifin bin Mohamad yang mengaku dirinya sebagai

Tuhan kerajaan langit. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-arifin-bin-muhamad-ayah-pin-0. 6 Januari 2012.

Gibb, H. A. R. (t.t) Pre-Islamic Monotheism in Arabia. (t.t.p) (t.p)Hans Kung. 2007. Islam: Past, Present and Future. Oxford: Oneworld Publications. Hassan Endan. 2007. The One Religion. Kuala Lumpur: Crystal Communication Sdn

Bhd. Heschel, A J. 1999. God In Search Of Man: A Philosophy of Judaism. New York:

Farrar, Strauss and Giroux. Houtsma, M. T. 1993. Encyclopedia of Islam. Leiden: E. J. Brill.Ian Richardnetton (ed). 2008. Encyclopedia of Islamic Civilisation and Religion.

London: Routledge Taylor and Francis Group. Ibn Hazm, Ali bin Ahmad. 1996. Al-Fasl fi al-Milal wa-al-Ahwa' wa-al-Nihal.

Muhammad bin Ibrahim (Tahqiq). Beirut: Dar al-AjyalIbrahim Mustafa & Ahmad Hasan Zayyat. (t.t) Mu’jam al-Wasit. Turki: al-Maktabah al-

Islamiyyah. Ismail Abdul Rahman. 1989. Konsep dan Kedudukan Bangsa Pilihan Menurut Agama

Islam dan Agama Yahudi. Kuala Lumpur: DBP.

Page 21: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

21

Ismail Abdul Rahman. 1989. Konsep dan Kedudukan Bangsa Pilihan Menurut Agama Islam dan Agama Yahudi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail al-Farouqi. 2008. Islam and Other Faith. Zulkiple Abd Ghani. Islam dan Kepercayaan Lain (Terj). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Jalaluudin Rakhamat. 2006. Islam dan Pluralisme: Akhlak Qur’an Menyikapi Perbedaan. Jakarta: Serambi Ilmu Semesta.

Jamal A. Badawi. 2001. Monotheism. Singapore: The Muslim Converts’ Association of Singapore

Jean Soler. 2007. Why Monotheism. Janet Lloyd (terj) Arion. 14 (3). Trustees of Boston University. Pp. 41-60

John Hick. 2007. “Religious Pluralism” dalam Meister C. & Copan P. (ed) The Routledge Companion to Philosophy of Religion. London: Routledge Taylor & Francis Group. Hlm 216

Kamar Oniah Kamaruzaman. 2003. Islam: A Contemporary Comparative Discourse. Selangor: Academy For Civilisational Studies.

Kamar Oniah Kamaruzaman. 2009. Understanding Islam Contemporary Discourse. Kuala Lumpur: Saba Islamic Media.

Kamar Oniah Kamaruzaman. 2010. Religion and Pluralistic Co-Existence. International Islamic University Malaysia: IIUM Press.

Karen Armstrong. 1988. Holy War: The Crusades and Their Impact on Today’s World. New York: Anchor Books.

Keputusan kebenaran Herald guna kalimah Allah dikaji. 1. januari 2010. Berita Harian Online. http://berita.mediakini.com/am/akhbar-online/berita-harian/keputusan-benar-herald-guna-kalimah-allah-dikaji.html. 6 Januari 2012.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. 2010. Analisis Kalimah Allah Menurut Perspektif Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. Al-Asya’irah dan Cabaran Mutakhir. Kertas kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Kocku von Stuckrad (ed). 2006. The Brill Dictionary of Religion. Leiden: Koninklijke Brill NV.

Large, C. 1981. The Three Great Semitic Religions. Singapore: Times Books International

Macdonell, A. A. 1979. Lectures On Comparative Religion. Delhi: Bharatiya Publishing House.

Mammad Musadiq. 2003. Yudas Bukan Pengkhianat. Jakarta: Istifad Publishing. Mill, J.M. 1957. Theism. New York: The Liberal Arts Press.Mohamad Sidik Ibrahim. 1981. Keesaan Tuhan Dalam Kepercayaan Manusia. Latihan

Ilmiah Usuluddin, Universiti Malaya.Mohd Fauzi Hj. Awang. 1971. Ugama-Ugama Dunia. Kelantan: Pustaka Darul Aman. Mohd Rosmizi Abd Rahman. 2004. 4 Agama Monoteisme. Pahang: PTS Publication.Muhammad ‘Uthman El-Muhammady. 2002. “Tauhid Menentang Syirik Dalam

Fahaman dan Amalan”.Persidangan Isu dan Proses Pembukaan Minda Melayu Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Muhammad Rifa’I Muhammad Amin. 2010. Tathlith al-Tauhid wa Tauhid al-Ummah. Al-Asya’irah dan Cabaran Mutakhir. Kertas kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Muhammad Uthman El-Muhammady. 2002. Tauhid Menentang Syirik Dalam Fahaman Dan Amalan. Persidangan Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 22: Konsep Tauhid dalam Islam dan Unity of God dalam Yahudi

22

Nancy Roberts. 2011. Trinity vs. Monotheism: A False Dichotomy? Dalam Yahya M. Michot (ed) The Muslim World Vol 101 (1) USA: Hartford Seminary. Hlm 73-93

Nancy Roberts. 2011. Trinity vs. Monotheism: A False Dichotomy? Dalam Yahya M. Michot (ed) The Muslim World Vol 101 (1) USA: Hartford Seminary. Hlm 73-93

Nicholas De Lange. 2010. An Intro to Judaism. United Kingdom: Cambridge University Press. H

Nina M. Armando et al. 2005. Ensiklopedia Islam. Jilid 6. Jakarta: Ichtiar baru van Hoeve. Hlm 106

O. K. Rahmat S.H. 1976. Dari Adam Sampai Muhammad: Sebuah Kajian Mengenai Agama-Agama. Kelantan: Pustaka Aman

Osman Bakar. 2008. Tawhid and Science. Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd. Hlm xvii

Peters, F. E. 1982. Children of Abraham: Judaism, Christianity and Islam. Princeton: Princeton University Press

Ramli Awang. 2003. Sejarah Tuhan. T.t.p: PTS Publication. Hlm 16-17Ramli Awang. 2005. Akidah Penghayatan Tauhid al-Quran. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia Skudai. Safiah Abd Razak. 1998. Konsep Kerasulan Menurut Agama Yahudi: Satu Kajian

Khusus Dalam Bible Perjanjian Lama dan Pandangan Islam Terhadapnya. Disertasi Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya.

Schneider, L. C. 2008. Beyond Monotheism: A Theology of Miltiplicity. London: Routledge Taylor & Francis Group.

Shahrastani, Muhammad ibn ‘Abd al-Karim. 2006. al-Milal wa al-Nihal. Muhammad Ramzi Omar (terj.) Agama dan Ideologi. (Terj.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shalaby, Ahmad. 1977. Agama Yahudi. Syed Ahmad Semait (Terj.). Singapura: Pustaka Nasional.

Shane Nicolas Pereira. Particularizing Global Gods: The Sathya Sai Baba Movement In Singapore. Masters Dissertation. Faculty of Sociology. National University of Singapore.

Sharezad Ibrahim (ed). 2002. Kamus Dwibahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shuon, F. 1975. The transcendent Unity of Religions. London: Harper & RowSlavet, E. 2010. A Matter of Distinction: On Recent Work by Jan Assmann. Association

for Jewish Studies.Smith H. 1958. The Religions of Man. New York: Harper & Row.Smith M. 2001. The Origins of Biblical Monotheism: Israel’s Polytheistic Background

and The Ugaritic Texts. Oxford: Oxford University Press. Syamruddin Nasution. 2011. Pernikahan Antara Agama Dalam al-Qur’an: Kajian

Perbandingan Antara Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Misbah. Tesis PhD. Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Toshihiku Izutsu. 1964. God and Man in The Quran. Tokyo: Keio University. Urubshurow, V. K. 2008. Introducing World Religions. UK: Routledge. Wan Mohamad Ridzuan Wan Mokhtar. 2006. Yahudi Menurut al-Qur’an, Hadis,

Taurat dan Injil, Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd. Zunaidawati Bte Mat Daud. 2002. Konsep Rasul Terakhir Menurut Agama Yahudi dan

Islam: Satu Kajian Perbandingan. Latihan Ilmiah Usuluddin Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya.