KONSEP TASKA DAN KURIKULUM PERMATA Jane Laura Joe Melcorra Anne Judeh Mohd. Hanafi Kamaruzaman Mohamad Rafi Mut @ Asli Mohd. Firdaus Nawawi JABATAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (UPSI) FAKULTI TEKNIK DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 20 OKTOBER 2010 0
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KONSEP TASKA DAN KURIKULUM PERMATA
Jane Laura Joe
Melcorra Anne Judeh
Mohd. Hanafi Kamaruzaman
Mohamad Rafi Mut @ Asli
Mohd. Firdaus Nawawi
JABATAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (UPSI)
FAKULTI TEKNIK DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
20 OKTOBER 2010
0
ABSTRAK
Taman Asuhan Kanak-kanak dikenali sebagai TASKA merupakan mana-mana
premis yang menempatkan empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur
empat tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan
upah. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar
dan pinggir bandar bagi golongan yang berpendapatan rendah dan miskin. TASKA
menggunapakai kurikulum permata dalam melaksanakan program pendidikan awal
kanak-kanak. Tujuan TASKA adalah untuk mendidik kanak-kanak agar mereka
mampu bersosial dan berinteraksi di antara satu sama lain sama ada dengan
kawan-kawannya atau dengan orang dewasa di sekelilingnya. Kurikulum Permata
(KP) merupakan satu program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur budaya dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini. KP telah dirancang dengan mengambil
kira semua aspek perkembangan dan ianya adalah berfokus kepada pembinaan
kualiti individu kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. TASKA dan Kurikulum Permata
mempunyai konsep yang tersendiri dalam pendidikan awal kanak-kanak.
1.0 PENGENALAN TASKA.
TASKA atau Taman Asuhan Kanak-kanak merupakan tempat untuk menjaga kanak-
kanak di antara umur 0 hingga 4 tahun. TASKA menggunapakai kurikulum
bersepadu dalam melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak. Bagi cara
pengajaran, TASKA telah menyediakan suasana pengajaran yang berorientasikan
1
“belajar melalui bermain” (learning through play) bagi merangsang perkembangan
personaliti dan minda kanak-kanak.
TASKA ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak agar mereka mampu untuk
bersosial dan berinteraksi di antara satu sama lain sama ada dengan kawan-
kawannya atau dengan orang dewasa di sekelilingnya di awal usia kanak-kanak lagi.
TASKA juga ingin melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sahsiah mulia kearah
membina generasi cemerlang di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal
insan yang berkualiti.
2.0 PENGENALAN KURIKULUM PERMATA (KP).
Kurikulum permata merupakan sesuatu program pendidikan termasuk kurikulum dan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
budaya dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) Pendidikan
1997).
KP telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan dan
ianya adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah
umur 5 tahun.
KP merupakan satu panduan bagi pihak-pihak yang menguruskan taska atau
Pusat Anak Perdana Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan awal kanak
yang terbaik dalam meningkat potensi kecemerlangan kanak-kanak. Aspek yang
dititikberatkan dalam KP ialah interaksi dengan kanak-kanak, kaedah pengasuhan
2
secara holistik, dan juga panduan dalam merancang sebarang aktiviti bagi tujuan
menguji perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar
dengan ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya.
3.0 DEFINISI TASKA
Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat, Taman Asuhan Kanak-kanak atau dikenali
sebagai TASKA adalah mana-mana premis yang menempatkan empat orang atau
lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun lebih daripada satu isi rumah
diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Program ini memberi perkhidmatan
kepada masyarakat luar Bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan
berpendapatan rendah dan miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah
Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat
Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya adalah
untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi
meningkatkan taraf hidup keluarga
4.0 LATAR BELAKANG KURIKULUM PERMATA
Kurikulum Permata telah dibentuk oleh sekumpulan pakar Pendidikan Awal Kanak-
Kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai
kurikulum sedia ada yang digunapakai di seluruh dunia. Mereka juga telah melawat
dan menghadiri beberapa seminar dan persidangan, dan mengadakan rundingan
dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk mendapatkan idea terbaik bagi
menyediakan kurikulum ini. Di antara program pendidikan awal kanak-kanak yang
didapati paling sesuai dirujuk ialah Program ‘Surestart ‘ dari Pen Green Centre,
Corby, United Kingdom.
3
Antara elemen-elemen yang terdapat dalam Program Surestart di Pen Green
ialah rekabentuk kurikulum dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah
sebagai keutamaan yang menghubungkan Pusat Pendidikan dan Asuhan (nursery)
dengan rumah. Oleh itu, kurikulum ini menekankan penglibatan ibu bapa secara
aktif. Kitaran ini dipanggil “Pen Green Loop” atau singkatannya “PG Loop”.
Selain itu, rekabentuk kurikulum dalam Model Pen Green ini menggalakkan
penglibatan ibu bapa selaras dengan hasil kajian yang secara terang menunjukkan
bahawa ibu bapa adalah guru pertama dan pendidik paling efektif untuk kanak-
kanak. Kajian Brofenbrenner (1998) yang telah menghasilkan Ecological Systems
Theory mendapati pembelajaran seseorang kanak-kanak boleh dimaksimumkan
sekiranya ada kolaborasi dan kesinambungan di antara rumah dan taska atau pusat
didikan dan asuhan kanak-kanak tersebut.
Rekabentuk Kurikulum Permata telah mengambil kira peranan ibu bapa yang
tidak dapat meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam perkembangan anak
mereka. Para pendidik masih boleh menggunakan The PG Loop dengan mengganti
cara berkomunikasi. Kehadiran ibu bapa di pusat didikan setiap minggu boleh diganti
dengan komunikasi menggunakan multimedia atau melalui perbincangan-
perbincangan ringkas semasa mengambil dan menghantar anak berkenaan.
Walaubagaimanapun, cara ini tidaklah sebaik kehadiran ibu bapa selama sejam
setiap minggu.
Model asas kurikulum Pen Green tidak mempunyai tema atau topik tertentu,
manakala Kurikulum Permata telah diperkayakan dengan tema-tema berciri
kebudayaan Malaysia. Kurikulum Permata mempunyai enam bidang pembelajaran
iaitu:
4
I. Perkembangan emosi, rohani dan sosial
II. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
III. Perkembangan pra matematik dan pemikiran logik
IV. Perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran
V. Perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri
VI. Perkembangan daya kreativiti dan estetika
Penilaian dan pentaksiran pembelajaran adalah berasaskan enam bidang
pembelajaran ini. Dokumentasi perkembangan kanak-kanak ini bertujuan menilai
keberkesanan program dan untuk pendidik merancang intrevensi atau pembelajaran
lanjutan bagi membantu perkembangan kanak-kanak. Kurikulum Permata melihat
perkembangan kognitif (intelek) sebagai perkembangan deria dan pengetahuan
tentang dunia (knowledge and understanding of the world), bukan sebagai
penguasaan kemahiran akademik semata-mata. Kurikulum Permata
menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya
setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik.
Rangka teori yang menjadi asas kepada Kurikulum Permata ini adalah unik dan
tidak ada dalam mana-mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak lain. Ini
bermaksud, tidak ada kaedah (dalam pengetahuan kami) yang menggunakannya
kecuali di Pen Green Corby. Isi kandungan Kurikulum Permata adalah sama seperti
yang digunakan di Pen Green iaitu berasaskan konsep skema Piaget dan beberapa
asas teori yang lain seperti:
I. Konsep ‘Involvement’ – oleh Leavar’s (1997)
II. Konsep ‘Well-Being’ – oleh Laevar’s (1997)
5
III. Konsep ‘Attachment’ – oleh Bowlby (1969)
IV. Konsep ‘Holding and containment’ – oleh Winnicot (1965) and Bion
(1962).
Berasaskan model Pen Green ini, Kurikulum Permata digubal dan diuji rintis
di lima buah Pusat Anak Permata Negara dalam Fasa I dan di enam buah Pusat
Anak Permata Negara dalam Fasa II. Dapatan dari penilaian yang telah dibuat
selepas satu tahun pelaksanaannya menunjukkan Kurikulum Permata berjaya dan
sangat berkesan dalam meningkatkan kebolehan dan potensi kanak-kanak yang
maksimum.
Oleh kerana rangka teori Kurikulum Permata ini berasaskan prinsip
perkembangan kognitif, sosioemosi, fizikal dan sahsiah kanak-kanak yang terbaik
daripada semua kurikulum yang telah dikaji, maka ia seharusnya boleh digunapakai
oleh semua kaedah atau program pendidikan awal kanak-kanak yang sudah sedia
ada di Malaysia mahupun yang dibawa masuk dari luar negara. Ini adalah kerana
semua kanak-kanak akan melalui proses perkembangan yang serupa disebabkan
proses perkembangan manusia adalah mengikut genetic blueprint yang sama.
Sifat rangka teori Kurikulum Permata yang boleh diselitkan ke dalam mana-
mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak menjadikannya satu faktor kompromi
untuk pengamal-pengamal kaedah lain seperti Kaedah Montessori dan Reggio
Emilia yang telah lama diperakui kualiti program tersebut di peringkat antarabangsa.
Secara ringkasnya, Kurikulum Permata menggunakan hasil penyelidikan yang
terkini dan terbukti boleh diaplikasikan dalam suasana sebenar. Ianya berasaskan
proses perkembangan kanak-kanak yang universal yang menjadi sebab utama ianya
boleh digunapakai oleh mana-mana kaedah atau program pendidikan awal kanak-
6
kanak. Kami mengesyorkan agar kurikulum ini boleh digunakan sepenuhnya atau
dimasukkan ke dalam program yang sedia ada dengan tujuan untuk
memperkayakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran walau apa jenis program
yang beroperasi di negara ini.
5.0 PERBANDINGAN KONSEP TASKA DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA
Konsep Taska Mengikut Pandangan Tokoh Dalam Negara
1. PROF MADYA DR. MASTURA BADZIS
Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan
dan psikologi kanak-kanak, pada peringkat umur 6 tahun pertama, inilah merupakan
peringkat paling utama dan baik menerusi perkembangan kanak-kanak untuk
menerima perkembangan kognitif berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap
umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan
psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan
intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga 4 tahun manakala satu pertiga
yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun . kajian
yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80-85% perkembangan otak
manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan
peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal
dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa
ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak
merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.
2. DR. MAHANI RAZALI
7
Ramai telah menghantar email kepada beliau tentang definisi sebenar kanak-kanak
yang dikategorikan dalam “ Pendidikan Awal Kanak-Kanak ” atau “ Early Childhood
Education ”. Beliau cuba menjawab persoalan ini dengan memetik sedikit penulisan
berhubung dengan perkara dalam tesis PhD beliau. Berikut adalah petikan yang
dapat kita kongsi bersama: “There is some variation across countries in the ages of
children considered to be in early childhood education. According to Swiniarski,
Breitborde, & Murphy (1999), the definitions of early childhood care and education
differ around the world. The more industrialized nations consider early childhood to
be the period from birth through to age 8 (Essa, 1999; Wortham, 2000), while
developing nations focus on birth through to age 6 (Eville-Lo & Mbugua, 2001;
UNICEF, 2002). Graves et al (1996) stress that regardless of such determinations
the increased interest in early childhood education around the world reflects
respective nations' and/or societies' particular philosophical beliefs about children. In
the United States and Canada, children start school at age 6. Nursery schools
generally cater for children aged 3–5 years old, and kindergartens cater for children
aged 4–5 years old. In England, Scotland, and Wales, children in nursery schools
are normally aged between 3 and 5 years, and in Northern Ireland, between 2 and 4
years. In England and Wales, some schools have classes called “reception” classes
for children who have not yet reached the compulsory school age (5 years old).
Sweden has pre-schools for children aged 0–5 (förskola) and another pre-school for
6-year-olds (föreskoleklass) (Mahani, 2006).
Konsep Taska Mengikut Pandangan Tokoh Luar Negara
1. JEAN PIAGET
8
Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka
yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan
sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan
perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif
itu berlaku dengan berperingkat peringkatdan peringkat yang lebih awal adalah
mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya kerana
peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat
yang berikutnya.
2. ERIC ERIKSON
Seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa kehidupan
manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke
tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu.
Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja , awal
dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan
seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan
individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini
jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan
ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung
Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya.
Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum,
perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup.
Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di
sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran
yang tidak memberangsangkannya. Pendapat ini bercanggah dengan pendapat
9
Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai
perkembangan tertentu.
Secara keseluruhannya pandangan dan pendapat tokoh atau pakar di
Malaysia dan luar negara mengenai perkembangan awal kanak- kanak adalah
berbeza-beza. Konsep TASKA di Malaysia, menurut Prof Madya Dr. Mastura badzis
menyatakan pendapat bahawa hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang
dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, pada peringkat
umur 6 tahun pertama, inilah merupakan peringkat paling utama dan laju
perkembangan kanak-kanak untuk menerima perkembangan kognitif berbanding
dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan
seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat
bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia
kanak-kanak 0 hingga 4 tahun, manakala satu pertiga yang lain sempurna
perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian yang dilakukan oleh
pakar neurologi mendapati bahawa 80- 85% perkembangan otak manusia berlaku
dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat
perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh
enam tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti
pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada
keseluruhan perkembangannya yang akan datang.
Di luar negara, Jean Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai
corak perkembangan mereka yang tersendiri . Oleh sebab itu, kanak-kanak yang
dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi
juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat
bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat dan
10
peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat
yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi
perkembangan peringkat yang berikutnya.
Di samping itu juga, seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson
berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial
yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri
berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak- kanak,
zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang
akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian
Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia
mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah