MOHD ANWAR BIN AHMAD PENGHARGAAN م س ب له ل ا ن م ح ر ل ا م ي ح ر ل اDENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYANYANG Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam, selawat dan Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.W.T Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat saya menyempurnakan tugasan yang diberikan walaupunkan berada dalam kesibukan harian. Melalui perbincangan bersama rakan kuliah sepanjang menyempurnakan tugasan ini dengan kerjasama yang jitu, padu dan ikhlas dapat saya rasakan. Mudah-mudahan ianya mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pensyarah Ustaz Khairol Anuar bin Ahmad yang banyak membimbing dan memberikan panduan serta semangat sewaktu saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya budimu tidak ternilai harganya. HBQE1203 RASM AL-UTHMANI 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MOHD ANWAR BIN AHMAD
PENGHARGAANالرحيم الرحمن الله بسم
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYANYANG
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam, selawat dan Salam ke
atas junjungan kita Nabi Muhammad S.W.T
Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat
saya menyempurnakan tugasan yang diberikan walaupunkan berada
dalam kesibukan harian. Melalui perbincangan bersama rakan kuliah
sepanjang menyempurnakan tugasan ini dengan kerjasama yang jitu,
padu dan ikhlas dapat saya rasakan. Mudah-mudahan ianya
mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pensyarah
Ustaz Khairol Anuar bin Ahmad yang banyak membimbing dan
memberikan panduan serta semangat sewaktu saya menyiapkan
tugasan ini. Sesungguhnya budimu tidak ternilai harganya.
Terima kasih juga kepada teman hidupku Pn Zarina Zakaria serta
anak-anakku Mohd Afiq Amsyar, Zulfa Hannan kerana memberi ruang
waktu dan tidak jemu memberikan sokongan , dokongan dan
semangat untuk saya menyempurnakan tugasan ini.
Adalah menjadi harapan saya kerja kursus ini akan menjadi sumber
ilham dan rujukkan kepada saya bagi memantapkan diri sebagai guru
pendidikan islam yang cemerlang.
HBQE1203RASM AL-UTHMANI
1
MOHD ANWAR BIN AHMAD
Sekian.....
1.0 PENDAHULUAN
Mukjizat merupakan sesuatu perkara luar biasa yang berlaku dan ia merupakan
anugerah Allah kepada rasul-rasulNya di dalam membuktikan kebenaran kepada
kenabian dan kerasulan mereka dalam menghadapi sebarang cabaran pencabarnya.
Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan dari langit oleh Allah SWT kepada Nabi
Muhammad SAW melalui malaikat Jibril a.s. Sejarah penurunannya selama 23 tahun
secara beransur-ansur telah memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan seluruh
manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai ilmu, hikmah dan pengajaran yang tersurat
mahupun tersirat.
Sebagai umat Islam, kita haruslah berpegang kepada al-Quran dengan membaca,
memahami dan mengamalkan serta menyebarluas ajarannya. Bagi mereka yang
mencintai dan mendalaminya akan mengambil iktibar serta pengajaran, lalu
menjadikannya sebagai panduan dalam meniti kehidupan dunia menuju destinasi
akhirat yang kekal abadi.
Kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, antara lain dinamai
al-Kitab dan al-Quran (bacaan yang sempurna), walaupun penerima dan masyarakat
pertama yang ditemuinya tidak mengenal baca tulis. Ini semua dimaksudkan agar
mereka dan generasi berikutnya membacanya. Fungsi utama al-Kitab adalah
memberikan petunjuk. Hal ini tidak terlaksana tanpa membaca dan memahaminya.
Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; …(QS: Al-Baqarah [2]: 2)
HBQE1203RASM AL-UTHMANI
2
MOHD ANWAR BIN AHMAD
2.0 KONSEP RASM UTHMANI
Pada mulanya mushaf al-Quran yang ditulis oleh para sahabat tidak dilengkapi
dengan pencantuman tanda baca. Oleh karana para sahabat dan para tabi'in adalah
orang-orang yang fasih berbahasa Arab, iaitu bahasa yang menjadi standard penulisan
al-Quran dan hal ini tidak menimbulkan masalah. Namun seiring dengan makin
tersebarnya agama Islam di antara bangsa bukan Arab, timbul kekhuatiran akan
terjadinya kesalahan pembacaan al-Quran. Kesalahan pembacaan mempunyai risiko
terjadinya perubahan makna. Oleh kerana, pada masa pemerintahan Muawiyyah, Abu
Aswad Ad Duali berinisiatif untuk mencantumkan tanda baca yang dituliskan dengan
pena yang berbeza warnanya dengan tulisan al-Quran. Usaha ini kemudian dilanjutkan
oleh generasi berikutnya. Kemudian Al Khalil berinisiatif memperbaharui tanda baca
tersebut. Usaha ini terus berlanjutan, tanda baca mengalami proses penyempurnaan
menuju bentuk tanda baca seperti yang ada pada masa kini.
Huraian di atas memperjelaskan bahawa pengumpulan teks-teks wahyu yang
kemudian ditulis dan disusun ke dalam bentuk mushaf, merupakan suatu keharusan
sejarah yang sangat penting bagi pemeliharaan kemurnian al-Quran dan kesinambungan
penyampaiannya kepada generasi
kemudian. Bagi para sahabat yang
hidup sezaman dengan Nabi maupun
para tabi'in yang masa hidupnya masih
hampir dengan para sahabat,
maklumat yang berhubungan dengan
penjelasan maksud dengan mudah
dapat diperolehi dari sumber yang
boleh dipercayai. Namun
bagaimanakah halnya generasi yang
hidup di zaman setelah zaman para
HBQE1203RASM AL-UTHMANI
3
MOHD ANWAR BIN AHMAD
sahabat dan tabi'in? Dan ini dapat dinilai betapa keputusan untuk membukukan al-
Quran mempunyai nilai yang sangat penting dan amat sesuai dalam sejarah
perkembangan Islam. Betapa jauh visi yang dimiliki oleh para sahabat, yakni visi yang
diajarkan dan dipelopori oleh Rasulullah S.a.w.
Nabi Muhammad S.a.w juga memberi contoh peloporan pada umatnya untuk
menghargai ilmu pengetahuan. Kebebasan para tawanan perang ditebus dengan
mengajarkan pengetahuan tulis baca kepada umat Islam yang buta huruf. Menurut salah
sebuah Hadits, Rasulullah pernah bersabda: "Di akhirat nanti tinta para ulama akan
ditimbang dengan darah syuhada".
Proses penulisan aI-Quran yang telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad
s.a.w, didukung oleh kebijaksanaan beliau dalam meningkatkan kemampuan tulis baca
bagi umatnya, dialog antara dua sahabat: Umar bin Khathab dan Abu Bakar. Dialog
antara dua sahabat itu juga membahas tentang pentingnya catatan wahyu dikumpulkan
dan disusun, yang pada akhirnya tersusun dalam bentuk standard penulisan al-Quran
pada zaman khalifah Uthman bin Affan. Perjalanan sejarah penyiaran Al-Quran seiring
dengan tersebarnya agama Islam ke segala penjuru, melahirkan penambahan tanda
bantu yang dicantumkan pada kitab al-Quran tanpa mengganggu salinan teks asli ayat
yang telah ditulis. Pencantuman tanda bantu dimaksudkan untuk membantu para
pengkaji al-Quran agar mudah memahami bacaannya, sekaligus juga dimaksudkan
untuk menjaga agar tidak berlaku salahfaham atas maksud yang terkandung di dalam
teks wahyu.
HBQE1203RASM AL-UTHMANI
4
MOHD ANWAR BIN AHMAD
Perjalanan sejarah penyalinan al-Quran dengan berpegang pada standard
Uthmani sebagai pemeliharaan kemurnian al-Quran adalah warisan budaya ilmu
pengetahuan dan etika penulisan serta tradisi untuk memelihara yang haq. Perjalanan
sejarah ini pun menjadi perjalanan sejarah sistematika aI-Quran. Sistematika yang
berupa tertib ayat dan surah, sistem pembahagian ruku' dan juz, beserta segala
kelengkapan tanda bantu yang menyertainya.
Secara keseluruhan, penyusunan tersebut membentuk format penyalinan al-
Quran dengan format al-Quran, dan tercantum dalam mushaf berbentuk kitab yang
sangat kita maklumi. Sebagai memelihara yang haq, maka format penyalinan mushaf
al-Quran sudah tentu terkandung maksud untuk membantu umat dalam mempelajari
dan mengkaji Al-Quran. Memelihara kemurnian Al-Quran, adalah tradisi beribadah
yang tunduk kepada inayat Allah seperti dalam Al-Qur'an.