KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, ‘ ’ rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus- menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan
perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah
berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.
Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’
serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama
ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah,
adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara
ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara
perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang
dijangkakan.
D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan
yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma
dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat
diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa
berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat
organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma
ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat
kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari
awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.
Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam
gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis
organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949)
menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global
semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang
biasa dilalui oleh kanak-kanak.
Ciri-ciri Perkembangan Individu
Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri
perkembangan yang penting adalah seperti berikut:
Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang
saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran.
Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan
sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif.
Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi.
Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang
sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-
kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum
berdiri dan berjalan sebelum berlari.
Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu
Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan
menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.
Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke
arah tertentu serta dijangkakan.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka
menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong
perkembangan mencapai tahap yang maksimum.
Prinsip-prinsip Perkembangan
Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan;
Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:
- Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)
- Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)
Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada
yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum
berdiri atau berdiri sebelum berjalan.
Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya
umum kemudian khusus.
Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa
fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.
Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi
beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.
Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang
lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan
kematangan mental.
Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak
mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,
bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.
Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi
perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut
melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.
Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses
penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di
dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:
Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan
kognitif;
Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan
dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang
dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna
mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had
keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,
bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam
peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan
setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari
segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan
bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.
Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan
kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama
lain.
Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu
pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam
nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan
kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet
jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat
23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di
antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka
tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah
berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom
berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.
Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan
individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap
perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi
fizikal, mental dan emosi.
Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri
fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria
serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal
luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu
bapa.
Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di
antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.
Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu
dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan
melahirkan anak yang juga cerdas pintar.
Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi
daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil
dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi,
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.
Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.
Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana
rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui
umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga
melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Misalnya;
Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan
kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.
Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak
memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.
Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami
perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.
Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu
perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang
serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.
Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,
khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak
bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan
intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan
rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif
daripada mereka.
Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),
perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang
melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumah
dengan guru dan sekolah dapat dilihat seperti dalam Rajah di bawah.
Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek
sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya:
Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan
individu.
Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup
serta tingkah laku manusia.
Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan
membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha,
bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang
sempurna.
Perkembangan kognitif kanak-kanak
Perkembangan kognitif kanak-kanak
Guru dan sekolahIbu bapa dan rumah
Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap
manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta
mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.
Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan
melahirkan individu yang beriman.
Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber
teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada
maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti
suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita
ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan
meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-
kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning
atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.
Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam
perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah
akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang
kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran
akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah
dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun
1988.
PERKEMBANGAN FIZIKAL PERINGKAT KANAK-KANAK
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.1
Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat
badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih
kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara
langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal
menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka
bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.
Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh
pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga
pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek
fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah
lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna
mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau
pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga
memainkan peranan penting.
Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam
tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri
daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh
yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.
1
DATA PERKEMBANGAN FIZIKAL PELAJAR SK. TG MAHMUD, BESUT, TERENGGANU.