Top Banner
NCC 3000 ISLAM DAN ALAM SEKITAR PENULISAN: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM Disediakan oleh: 1. RASYIHAH SYAHARUDIN (UK 22606) 2. SITI NURFATEHAH HAJI OTHMAN (UK 23682) 3. MIMI NOR ASMIDA BINTI ISMAIL (UK 23514)
15

KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

Jul 06, 2015

Download

Education

Fatehah Othman

Subjek Islam dan Alam Sekitar
KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

NCC 3000

ISLAM DAN ALAM SEKITAR

PENULISAN: KONSEP PENJAGAAN ALAM

SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Disediakan oleh:

1. RASYIHAH SYAHARUDIN (UK 22606)

2. SITI NURFATEHAH HAJI OTHMAN (UK 23682)

3. MIMI NOR ASMIDA BINTI ISMAIL (UK 23514)

Page 2: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

1

PENDAHULUAN

Pada era globalisasi hari ini, Malaysia jelas kelihatan telah berkembang pesat

dari sudut teknologi dan pembangunan yang maju. Teknologi yang berkembang

pesat termasuklah kecanggihan alat-alat komunikasi, mesin-mesin utama di kilang-

kilang yang tujuan utamanya dicipta kecanggihan ini adalah semata-semata untuk

memudahkan manusia mengeratkan hubungan silaturrahim sesame mereka dan

memudahkan manusia untuk lebih efektif dalam melaksanakan tanggungjawab

seharian yang mana dalam pada masa yang sama boleh menghasilkan hasil

produktif yang berkualiti serta dapat menjimatkan tenaga manusia. Selain itu,

dengan berkembang pesatnya sesebuah Negara itu terbukti bahawa Negara tersebut

mengalami perkembangan dari sudut ekonomi dan naiknya bangunan-bangunan

utama serta majoriti kawasan pedalaman dan kampung telah dibangunkan untuk

menjadikan bandar-bandar utama adalah bertujuan untuk kesenangan manusia.

Namus sedarkah kita bahawa setiap perkembangan dan kemajuan yang

dihasilkan ini juga ada kesan baik dan buruknya. Baiknya ia memberi kemudahan

kepada manusia dan bukti kepesatan sesebuah Negara. Manakala kesan buruknya

pula adalah terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, kestabilan hutan di Negara ini

semakin terancam kerana banyak kawasan hutan diterokai untuk rancangan

pertanian dan pembalakan. Hutan penting untuk kawasan tadahan hujan yang mana

pokok boleh menolong memegang air dalam tanah. Sekiranya pokok ditebang, tanah

tidak lagi berupaya memegang air yang mana air yang mengalir di atas permukaan

tanah boleh menyebabkan hakisan dan secara tidak langsung menyebabkan

pemendapan di muara-muara sungai. Selain itu, pembinaan bangunan-bangunan di

lereng bukit juga boleh mengakibatkan tanah runtuh dan ekosistem di kawasan

tersebut turut terjejas. Menurut sumber Utusan Malaysia Online yang bertarikh 22

Mei 2011, kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar Kuala Lumpur di Highland

Towers pada 11 Disember 1993 dan Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 itu

adalah antara dua kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di negara

ini. Terbaru satu lagi kejadian tanah runtuh yang membabitkan Rumah Anak-anak

Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dan

Page 3: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

2

dalam kejadian yang bertarikh 21 Mei 2011 pada pukul 2.30 petang itu, seramai 25

orang terdiri daripada anak yatim, penuntut, warden dan kakitangan rumah anak

yatim itu tertimbus.

Jika dilihat daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku ini, jelas

menunjukkan bahawa usia bumi kita semakin hari semakin tua. Oleh yang demikian,

sebagai khalifah di muka bumi ini, wajib bagi kita menjaga bumi dan alam anugerah

Allah sebaiknya. Tetapi apa yang berlaku hari ini, tangan-tangan kita sendiri yang

memusnahkan alam sekitar untuk kepentingan masing-masing tanpa memikirkan

kesannya kepada alam dan generasi akan datang tanpa merujuk pada landasan

yang disyariatkan Islam.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30;

“Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana

perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan

sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan

yang benar)”

Islam itu sebuah agama yang lengkap dan syumul yang telah diajarkan

semua perkara, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Tidak

terkecuali garis panduan yang telah diajarkan kepada kita bagaimana untuk

memelihara alam sekitar perspektif Islam yang terdiri daripada beberapa sudut

tertentu, iaitu sudut Aqidah, sudut Syariah dan sudut Akhlak.

Page 4: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

3

KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT :

“AQIDAH”

Perkataan aqidah berasal dari Bahasa Arab “aqada” yang bermaksud ikatan atau simpulan atau janji yang kuat. Manakala pengertian dari sudut istilah pula ialah

bermaksud kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan

terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Pentingnya setiap individu yang

dilahirkan sebagai khalifah mempunyai Aqidah yang sebenar.

Kepentingan Aqidah dalam soal penjagaan alam sekitar ialah kerana

kepercayaan kepada Allah merupakan teras kepada ajaran Islam yang menjadi dasar

kepada seluruh tindak tanduk manusia dalam urusan kehidupan seharian. Selain itu,

melalui Aqidah yang kukuh serta dengan bersumberkan Al-Quran (wahyu)

menjadikan seseorang itu berfikiran lapang serta dapat memandu jiwa mereka untuk

bertindak seperti yang disarankan oleh Al-Quran. Sebagai contoh, terdapat banyak

dalil Al-Quran yang menerangkan secara jelas mengenai alam sekitar bumi ini

seperti perintah untuk tidak berbuat kerosakan di bumi, kesan dan akibat dari

perbuatan manusia, balasan bagi orang yang menyombongkan diri serta balasan

bagi orang yang berbuat kerosakan.

Antara surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran yang disebut tentang semua

yang berkaitan alam sekitar adalah seperti yang berikut:

1) PERINTAH UNTUK TIDAK BERBUAT KEROSAKAN DI BUMI

Surah Al- Baqarah ayat 11;

“dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu

membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka

menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya

membuat kebaikan".

Page 5: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

4

Surah Asy Syu’araa’ ayat 183;

"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan

janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di

bumi”

2) KESAN DAN AKIBAT DARI PERBUATAN MANUSIA

Surah Ar-Rum ayat 41;

“telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat

dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh

tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah

hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan

perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan,

supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

3) BALASAN BAGI ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN

Surah Ar-Ra’d ayat 25;

“dan (sebaliknya) orang-orang Yang merombak (mencabuli)

perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan

perkara-perkara Yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan,

serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka

bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh

balasan hari akhirat Yang seburuk-buruknya”.

4) PERBANDINGAN ANTARA ORANG BERIMAN DAN ORANG YANG ZALIM

TERHADAP ALAM SEKITAR

Surah Huud ayat 116;

“maka sepatutnya ada di antara umat Yang telah dibinasakan

dahulu daripada kamu itu, orang-orang Yang berkelebihan

Page 6: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

5

akal fikiran Yang melarang kaumnya dari perbuatan-

perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! tidak ada Yang

melarang melainkan sedikit sahaja, Iaitu orang-orang Yang

Kami telah selamatkan di antara mereka. dan orang-orang

Yang tidak melarang itu telah menitik beratkan Segala

kemewahan Yang diberikan kepada mereka dan menjadilah

mereka orang-orang Yang berdosa”.

Jika setiap individu di muka bumi ini faham dan patuh akan setiap dalil-dalil

Al-Quran yang telah jelas, maka tidak mustahil kerosakan bumi ini dapat

dikurangkan selain daripada faktor usia bumi. Tetapi hakikat yang sebenar tidak

ramai yang mampu patuh akan arahan yang diperintahkan kerana lemahnya Aqidah

tersebut telah memberi kesan terhadap persekitarannya. Melalui asas Aqidah,

manusia mampu untuk memahami peranan mereka ke atas alam sekitar. Terdapat

tiga tanggungjawab yang berkaitan dengan Aqidah yang digariskan oleh Sayyed

Hossien Nasr iaitu tanggungjawab u’budiyyah, khalifah dan amanah. Ketiga-tiga

tanggungjawab ini penting untuk memahami hakikat Aqidah sebenar dalam diri

setiap individu.

Tanggungjawab u’budiah ialah melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar

dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kita mampu menggunakan kuasa untuk

mencegah penebangan hutan secara berleluasa atau manghalang pembuangan sisa

toksik ke dalam sungai, itu sudah menepati tanggungjawab u’budiah kita dalam

memantapkan akidah dalam kehidupan. Bagi tanggungjawab khalifah pula ialah

sentiasa mengingatkan kita bahawa kita bukan pemilik mutlak kepada alam. Oleh

itu, kita lebih berwaspada dalam melakukan sesuatu yang melibatkan alam sekitar

kita selain dengan memakmurkan dan mengurus bumi dengan tidak melakukan

kerosakan. Manakala tanggungjawab amanah terhadap alam sekitar pula ialah

menggunakan semua yang ada di bumi menurut peraturan yang telah diperintahkan

oleh Allah yang dijelaskan di dalam Al-Quran.

Page 7: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

6

KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT:

“SYARIAH”

Umum mengetahui, syariah merupakan perundangan hidup Islam yang

berlandaskan alQuran dan asSunnah. Pelaksanaan syariah dalam konsep penjagaan

alam sekitar cukup memberi impak yang amat besar. Hal ini kerana hanya Islam

yang melaksanakan lunas-lunas peraturan yang berasaskan Islam agar persekitaran

alam sekitar di kekalkan dan di gunapakai mengikut peraturan-peraturan yang telah

di tetapkan dan bukan hanya mengikut hawa nafsu dan kehendak manusia semata-

mata.

Alam sekitar merupakan salah satu kurniaan teragung Allah S.W.T kepada

ummat-ummatnya dalam memenuhi tuntutan fitrah manusia. Malahan, bumi ini

hanyalah tanah gersang semata-mata andai tidak dikurniakan alam sekitar yang

indah seterusnya menjadi tempat tinggal bagi manusia serta makhluk sekalian alam

untuk mensyukuri serta menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T.

Dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia serta khalifah Allah di

muka bumi ini, manusia perlu dipandu dan diajar mengikut ajaran-ajaran yang telah

ditetapkan Islam. Pendidikan Islam dalam mendidik manusia terhadap penjagaan

alam sekitar amat berbeza dengan pendidikan yang ingin disampaikan oleh barat.

Pendidikan Islam merangkumi aspek fizikal dan rohani tetapi pendidikan barat hanya

menekankan aspek fizikal.

Saban waktu, alam sekitar sering dikaitkan dengan penerokaan terhadap

sesuatu pembangunan. Manakala pembangunan pula tidak dapat dipisahkan dengan

hakikat kehidupan manusiawi yang memerlukan pembangunan untuk meneruskan

kebelangsungan hidup seperti bangunan-bangunan kediaman, tempat sumber

pendapt serta tempat untuk memperoleh keperluan harian. Namun seiring dengan

itu, manusia seharusnya mengetahui batas-batas serta menjaga kepentingan Islam

dalam penggunaan alam sekitar. Kepentingan alam sekitar dan pembangunan yang

dicipta manusia adalah seiring. Manusia tidak boleh semata-mata mementingkan

pembangunan, sementara alam sekitar hanya dipandang enteng. Alam sekitar

Page 8: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

7

seperti pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang menhijau merupakan elemen

utama dan penting bagi membekalkan sumber oksigen kepada makhluk sekalian

alam. Andai alam sekitar ini tidak diurus tadbir dengan seeloknya seperti

pembalakan yang tidak terurus serta pencemaran alam sekitar yang berleluasa

dikhuatiri bakal mengancam kebelangsungan hidup makhluk-makhluk yang

mendiami. Di sinilah peri pentingnya, syariah dalam mengurus tadbir penjagaan dan

penggunaan alam sekitar. Dalam syariah, Islam menggariskan perkara-perkara

tertentu agar elemen-elemen penting alam sekitar dapat diselia dengan rapi dan

seimbang untuk menjamin masa hadapan kepada generasi-generasi mendatang.

Sesuai dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran bahawasanya

Allah berfirnan dalam Surah Ar-Ra’du:3,

“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan

padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang

mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya

pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih

berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda

kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”

Page 9: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

8

KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT :

“AKHLAK”

Definisi akhlak dari sudut bahasa ialah berasal daripada perkataan (al-

akhlaaku) iaitu kata jama’ daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan,

perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu

sendiri. Manakala dari sudut istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang

dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa

pemikiran, penelitian dan paksaan. Akhlak juga merupakan satu fasa yang

membincangkan tingkah laku dan tatacara hubungan manusia terhadap Allah,

hubungan manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar.

Konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam juga turut menekankan dari

sudut akhlak. Ini kerana, akhlak memainkan peranan penting yang berkait rapat

lahir dari Aqidah yang utuh serta pemahaman yang terperinci dalam syariah. Melalui

akhlak, keperibadian seseorang muslim dibina dengan sifat-sifat yang terpuji dalam

tindakan terhadap alam sekitar. Empat contoh sifat terpuji dalam Islam yang perlu

ada dalam diri setiap individu yang mampu memberi kesan terhadap penjagaan

alam sekitar ialah Qanaah, Mahabbah, Ihsan dan Ta’awun.

Qanaah ialah sikap meredai segala kurniaan Allah untuk keperluan hidup.

Dalam erti kata lain ialah sikap yang tidak tamak dan sentiasa bersyukur dengan

kurniaan Allah serta tidak tergolong dalam golongan pembazir. Individu yang

mempunyai sikap ini dalam mengurus alam sekitar akan menunjukkan rasa tidak

puas hati jika melihat hasil bumi dieksploitasi untuk kepentingan individu lain.

Sebagai contoh, mereka yang mempunyai sikap Qannah dalam diri mereka tidak

akan terlibat dengan pembalakan hutan secara berleluasa dan kurang menyenangi

sesetengah pihak yang sanggup membangunkan Negara untuk mendapat nama

tanpa memikirkan akan kesan terhadap alam sekitar seperti tanah runtuh dan

hakisan tanah. Keadaan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran surah Al-Qashash ayat

83 iaitu:

Page 10: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

9

“negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami

sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat

pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan

kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang yang

bertaqwa”.

Mahabbah pula ialah sikap mengasihi manusia dan makhluk lain. Mengasihi

manusia dan makhluk lain termasuklah sayang akan alam sekitar serta berusaha

memelihara alam sekitar sebaiknya. Ini kerana sikap mahabbah ini mampu

melahirkan kepercayaan yang telus bahawa setiap komponen alam tabii sentiasa

berzikir memuji Allah. Komponen-komponen alam sekitar ini termasuklah tumbuh-

tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui rasa mahabbah

yang tinggi mampu mengawal individu untuk tidak berlaku zalim terhadap alam

sekitar serta sentiasa berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu yang melibatkan

sensitivity alam sekitar. Surah Al-Qashash ayat 77;

“Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah

kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah

Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;

dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah

berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-

limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi;

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat

kerosakan ".

Sikap manusia yang sentiasa berhati-hati di dalam melakukan tindakan

kerana merasai Allah sentiasa mengawasinya ialah Ihsan. Melalui sikap ihsan ini,

mampu melatih manusia supaya lebih peka akan keadaan sekeliling. Sebagai contoh

yang boleh dikaitkan dengan konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam ini

ialah seseorang yang dalam keadaan marah mampu untuk mengawal dirinya

daripada merosakkan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya kerana masih ada sikap

ihsan di dalam dirinya. Begitu juga jika seseorang yang hendak mencuri balak-balak

di hutan akan segera membatalkan niat jahatnya jika dalam dirinya masih ada rasa

bahawa sentiasa ada yang memerhati segala tindak tanduknya walaupun bukan di

Page 11: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

10

khalayak ramai. Hakikatnya, melalui sikap ihsan ini jugalah manusia akan sedar

bahawa segala yang berada di muka bumi ini hanya milik Allah dan akan merasa

takut untuk membuat kerosakan di bumi ini. Surah Yunus ayat 40;

“dan di antara mereka ada Yang beriman kepada Al-Quran, dan ada di

antaranya Yang tidak beriman langsung kepadanya; dan (ingatlah),

Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang Yang melakukan

kerosakan”.

Ta’awun berasal dari Bahasa Arab Ta’awana, Yata’aawuna, Ta’awuna, yang

ertinya tolong-menolong, gotong-royong, bantu-membantu dengan sesama manusia

untuk memperoleh kebaikan serta menghindarkan keburukan. Sikap Ta’awun ini

bertepatan dengan ayat Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2, yang bermaksud;

“…..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan

dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan

dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana

Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang

melanggar perintahNya)”

Sifat ini mengajar manusia untuk sentiasa bertanggungjawab sesama

manusia dan tidak mementingkan diri sendiri. Islam telah menggariskan beberapa

petunjuk dalam menjaga alam sekitar. Contohnya, Islam mengajar bahawa

membuang duri dan halangan di jalan sebagai salah satu daripada cabang

iman. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Telah ditunjukkan kepadaku amal perbuatan umatku, sama ada yang

baik atau yang buruk. Aku dapati di antara amalan kebaikan ialah

membuang halangan dari jalan dan di antara amalan buruk, membuang

kotoran ( hingus atau air liur) di masjid lalu tidak ditimbus.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Sekiranya membuang duri kecil merupakan satu tuntutan , maka sudah tentu

membuang kotoran sisa toksid, asap, kotoran kilang dan lain-lain pencemaran lebih

Page 12: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

11

dituntut demi menjaga kesejahteraan awam. Melalui sifat ta’awun dalam diri sudah

semestinya alam sekitar dan sekeliling kita terjamin dari pencemaran dan harmoni.

Page 13: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

12

KESIMPULAN

Alhamdulillah, segala syukur dan puji hanyalah kepada Pencipta yang Esa

yang menghidupkan dan mematikan makhluk-makhlukNya. Sesungguhnya apa yang

telah dikurniakan oleh Allah kepada ummat-ummatNya hanyalah pinjaman semata-

mata dan merupakan satu amanah kepada kita untuk menjaga dan memeliharanya

sebaik-baik kurniaan. Alam sekitar merupakan anugerah dan penciptaan teragung

Maha Pencipta kepada hamba-hambanya untuk manusia menginsafi diri di alam

yang fana ini. Islam menggariskan hal-hal tertentu bagi menjamin dan memulihara

alam ini agar sentiasa terpelihara seterusnya dapat diselami oleh generasi-genarasi

yang akan datang.

Bermulanya dari aqidah, islam menekankan betapa pentingnya sifat

u’budiyyah iaitu sifat kehambaan yang dizahirkan oleh manusia dalam memelihara

alam sekitar ini. Melalui sifat ini, manusia lebih amanah dan secara tidak langsung

akan menjaga amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya. Apabila manusia

mengerti terhadap pengertian aqidah dan tuntutan-tuntutannya dalam melestari

kehidupan seharian, maka secara langsungnya segala perlakuan tidak

bertanggungjawab terhadap alam sekitar ini akan terpelihara. Begitulah aqidah

mendidik dan mentarbiyah makhluk yang mempunyai akal dan membimbing naluri

kemanusian makhluk.

Seterusnya, dalam kefahaman aqidah membimbing manusiawi, islam

menggariskan system perundangan islam dalam membatasi perbuatan dan perilaku

manusiawi dalam mengurus tadbir alam ini. Bagi menjaga kemaslahatan dan

keberlangsungan hidup manusia, maka syariah perlu ditegakkan dan dipatuhi.

Pelaksanaan syariah ini bermula apabila larangan-larangan Allah di dalam al-Quran

jelas dinyatakan agar jangan membuat kerosakan terhadap ala mini. Dalam hal ini

syariah mengariskan hal-hal tertentu bagi menjaga alam ini, seterusnya memberi

petunjuk yang sewajarnya apabila telah menguna pakai alam ini bagi tujuan

pembangunan dan sebagainya.

Akhlak merupakan salah satu aspek penting dalam penjagaan alam sekitar

mengikut perspektif islam. Manusia yang berakhlak jelas dan terang-terangan akan

Page 14: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

13

memastikan kepentingan alam sekitar ini terhadap makhluk sekalian alam. Antara

akhlak dan tingkah laku mulia yang disarankan Islam adalah sifat qanaah dalam

menerima segala pemberian, sifat mahabbah terhadap makhluk sekalian alam ini,

sifat ihsan yang merasakan Allah sentiasa memerhati, serta sifat ta’awun yang saling

bantu-membantu sesame makhluk.

Begitulah keseimbangan etika alam sekitar menurut pandangan islam.

Lengkap dan padat dalam mengimbangi struktur serta elemen-elemen penting alam

sekitar yang telah diamanah kepada makhluk yang berakal khusunya manusia yang

mendiami. Adat meminjam seharusnya mengembalikan segala nikmat yang telah

dipinjamkan dalam keadaan elok dan sejahtera tanpa kerosakan dan begitulah alam

sekitar ini kepada manusia harus menjaga dan memulihara seeloknya amanah yang

telah diberikan dan memulangkannya dengan elok. Wallahu’lam.

Page 15: KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (subjek Islam & Alam Sekitar)

14

Sumber Rujukan:

1. Buku: “Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Islam, Timur dan Barat”

oleh Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali.

2. Buku: “Masalah Semasa Alam Sekitar Malaysia” oleh Ismail Sahid.

3. Buku: “Alam Sekitar Permasalahan dan Pengawalan” oleh Surtahman

Kastin Hasan dan Abd. Ghafar Ismail.

4. Buku: “Islam dan Alam Sekitar” oleh Zaini Ujang, Seyyed Hossien Nasr

dan Ziauddin Sardar.

5. Internet: http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf

6. Internet:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0522&sec=Terki

ni&pg=bt_24.htm#ixzz2Sljn797m © Utusan Melayu (M) Bhd.

7. Internet:

http://bicarakalbu02.blogspot.com/2007/09/hubungan-syariat-dengan-

alam-sekitar.html

8. Internet:

http://dakwahsyariah.blogspot.com/2012/01/alam-dan-lingkungan-hidup-

menurut-islam.html