Top Banner
UHI 2142 PENDIDIKAN ISLAM
34

Konsep Ilmu

Jun 06, 2015

Download

Documents

zamriabd
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Konsep Ilmu

UHI 2142 PENDIDIKAN ISLAM

Page 2: Konsep Ilmu

Objektif

1.Menjelaskan kepada pelajar tentang keunggulan hukum-hukum dan sistem Islam.

2.Menghayati serta mengamalkan segala sistem Islam di dalam kehidupan harian.

3.Meyakini bahawa Islam satu-satunya cara hidup yang diredhai Allah.

Page 3: Konsep Ilmu

Matlamat

• Melahirkan pelajar yang dapat memahami dan menghayati Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap dan sempurna

Page 4: Konsep Ilmu

1. KONSEP ILMU DAN KEPENTINGANNYA DALAM ISLAM

Page 5: Konsep Ilmu

1.1 Definisi Ilmu

• Berasal dari Bahasa Arab yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan sebenar.

• Dalam Bahasa Inggeris ilmu selalunya disebut sebagai ‘sciences’.

• Ilmu dan pengetahuan (knowledge) sebenarnya mempunyai makna yang sama walaupun dari segi penggunaannya kadang-kadang berbeza.

Page 6: Konsep Ilmu

• Dari segi istilah :• 1.  Ilmu ialah fahaman subjek mengenai objek yang

dihadapi.• 2. Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia

yang dikumpulkan melalui proses pengajian dan dapat diterima oleh rasio.

• 3. Ilmu adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian-bahagian dan hukuman tentang hal ehwal yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yang dapat dijangkau oleh pemikiran yang dibantu oleh pancaindera manusia yang kebenarannya diuji secara empiris dan experimental.

Page 7: Konsep Ilmu

• 1.Rosenthal dalam bukunya ‘knowledge Triumphant’ membahagikan 107 buah definisi ilmu dalam Islam kepada 12 kategori mengikut aspek atau sifat serta cirri-ciri ilmu yang hendak ditonjolkan di dalam definisi berkenaan.

• a) Ilmu ialah proses mengetahui dan bersamaan dengan orang yang mengetahui dan apa yang diketahui. Ilmu adalah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui.

• b) Ilmu adalah kognisi (makrifat). Ada sebelas takrif dalam hal ini.

• Contoh :• Ilmu adalah kognisi tentang sesuatu benda menurut

hakikatnya yang sebenar.

Page 8: Konsep Ilmu

• c) Ilmu adalah proses memperolehi atau mencari melalui persepsi mental.

• d) Ilmu adalah proses membuat penjelasan, penegasan atau pengithbatan dan penentuan.

• e)  Ilmu adalah rupa bentuk sesuatu makna, sesuatu konsepsi atau tasawwur dan pengesahan akan sesuatu kebenaran.

• f)    Ilmu adalah kepercayaan.

• g) Ilmu adalah ingatan, imaginasi, imej pandangan atau pendapat.

Page 9: Konsep Ilmu

• h)  Ilmu sebagai gerak geri (iaitu gerak hati).

• i)      Ilmu sebagai hubungan.

• j) Ilmu ditakrifkan dalan kontek hubungannya dengan amal perbuatan.

• k)     Ilmu adalah lawan kejahilan.

h)  Ilmu sebagai gerak geri (iaitu gerak hati).

• i)      Ilmu sebagai hubungan.

Page 10: Konsep Ilmu

• j)   Ilmu ditakrifkan dalan kontek hubungannya dengan amal perbuatan.

• k)     Ilmu adalah lawan kejahilan.

l) Ilmu sebagai hasil intuisi yang dating dari luar atau sebagai hasil renungan akal.

m) Ilmu sebagai hasil intuisi yang datang dari luar atau sebagai hasil renungan akal.

Page 11: Konsep Ilmu

1.2      Kedudukan Ilmu dan Kepentingannya.

• 1. Islam meletakkan ilmu dan orang yang berilmu di tempat yang tinggi. Firman Allah bermaksud :

“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang yang diberikan ilmu di kalangan kamu.” (Q; al – Mujadalah ; 11)

 • 2. Merupakan perintah yang utama dan pertama yang

diturunkan Allah kepada manusia muslim.

Page 12: Konsep Ilmu

• Firman Allah bermaksud:• “Bacalah dengan nama Tuhan mu yang

menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan manusia dengan perantaraan qalam. Yang mengajarkan manusia apa yang mereka tidak ketahui.”

(Q; al-Alaq ; 1-5)

Ayat tersebut mengandungi dua persoalan utama iaitu :• - Perintah supaya manusia membaca dan mencari

ilmu pengetahuan.• - Memerintah manusia supaya berfikir dan mengkaji

tentang kejadian alam dan manusia.

Page 13: Konsep Ilmu

• 3. Islam melarang umatnya melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu yang membolehkan mereka untuk membezakan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk. Firman Allah bermaksud :

“Jangan kamu mengikut sesuatu perkara yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenai (baik-buruk)nya.”

Page 14: Konsep Ilmu

• 4. Agama dalam Islam adalah ilmu, kerana Islam tidak hanya bersandarkan kepada perasaan atau ikutan (taqlid buta) semata-mata, malah didasarkan kepada pengkajian, renungan dan ilmu pengetahuan.

• 5. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Sabda Rasulullah bermaksud ;

“Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap individu muslim”

• 6. Ilmu menjadi alat dan syarat perlaksanaan dan penerimaan ibadat.

 

Page 15: Konsep Ilmu

1.3  Pembahagian Ilmu

• Dapat dilihat dari beberapa sudut :– A. Dari segi hukum mempelajari. – B. Dari segi sumber– C. Dari segi cara memperolehi– D. Dari segi hubungannya dengan syariat

Page 16: Konsep Ilmu

A. Dari segi hukum mempelajari

• Ia terbahagi kepada dua :

a. Ilmu Fardhu Ain b. Ilmu fardhu kifayah

 

Page 17: Konsep Ilmu

a. Ilmu Fardhu Ain

merupakan ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu muslim meliputi soal-soal :–   Aqidah tauhid

–  Ibadat-ibadat fardu

– Ilmu untuk membaca Al-Quran

– Akhlak

– Dan lain-lain perkara yang menjadi kewajipan kepada individu tersebut waktu itu.

 

Page 18: Konsep Ilmu

b. Ilmu fardu kifayah

iaitu ilmu yang mana sebahagian dari Umat Islam wajib menguasainya dan tidak menjadi kewajipan kepada setiap orang

Page 19: Konsep Ilmu

• Ianya meliputi :

– Mempelajari ilmu yang berkaitan akidah ketuhanan secara mendalam.

– Ilmu yang berhubung dengan akidah syariat secara detail.

– Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia umat Islam seperti astronomi, matematik , fizik, kedoktoran dan lain-lain.

Page 20: Konsep Ilmu

B. Dari segi hubungannya dengan syariat :

a. Ilmu syariat

b. Ilmu bukan syariat

Page 21: Konsep Ilmu

a.  Ilmu syariat

iaitu segala yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah yang secara langsung menyentuh persoalan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia.

Page 22: Konsep Ilmu

b. Ilmu bukan syariat

iaitu ilmu yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan kemajuannya.

Page 23: Konsep Ilmu

C.   Dari segi sumber

• Terbahagi kepada dua:

a. Ilmu aqli

b. Ilmu naqli

Page 24: Konsep Ilmu

a.   Ilmu aqli

iaitu yang bersumberkan kepada akal semata-mata.

Page 25: Konsep Ilmu

b. Ilmu naqli

• Ilmu yang diambil atau bersumber dari wahyu Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya.

Page 26: Konsep Ilmu

D.   Dari segi cara memperolehi :

• Terbahagi kepada :1. Ilmu Kasbi

2. Ilmu Laduni (wahbi)

Page 27: Konsep Ilmu

a. Ilmu kasbi

• iaitu yang diperolehi melalui jalan pengkajian dan pembelajaran seperti ilmu matematik, kedoktoran, kejuruteraan dan lain-lain.

Page 28: Konsep Ilmu

b. Ilmu laduni (wahbi)

• iaitu ilmu pemberian langsung dari Allah melalui ilham dan wahyu

Page 29: Konsep Ilmu

1.4 Sumber ilmu dalam Islam

1. Wahyu yang mana kebenarannya adalah bersifat mutlak.

2.   Akal iaitu yang meliputi apa yang dinamakan sebagai instict atau gharizah atau naluri intelligence iaitu kepintaran atau kemampuan untuk memahami.

3.  Pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, rasaan dan lain-lain.

4. Ilham iaitu melalui renungan hayalan dan seumpamanya.

 

Page 30: Konsep Ilmu

1.5 Adab menuntut ilmu

1. Niat yang ikhlas dan bersih dari sifat mazmumah.

2.  Bertujuan mencari kebenaran dan berpegang dengan kebenaran tersebut.

3.    Keredhaan Allah menjadi matlamat utama.

4. Mengetahui hairiaki ilmu dan mendahulukan mana yang fardu serta dipelajarinya secara berperingkat-peringkat

Page 31: Konsep Ilmu

1.5 Adab menuntut ilmu

5. Jauhkan diri dari perkara-perkara khilafiah (perbezaan pendapat) supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

6. Memahirkan ilmu yang dipelajari sebelum berpindah kepada ilmu yang lain.

7. Jauhkan diri dari mempelajari ilmu untuk menang dalam hujah dan perdebatan dengan orang lain.

Page 32: Konsep Ilmu

1.6    Adab terhadap guru• Menghormati dan sentiasa salam kepada guru.

• Berbaik sangka terhadap guru.

• Tidak bertanya kepada guru diwaktu mereka sedang menyampaikan kuliah.

• Apabila guru masuk ke dalam majlis hendaklah menghormatinya dan jauhkan diri dari bercakap-cakap, berbisik-bisik dan seumpamanya.

• Tidak meninggalkan majlis ilmu melainkan dengan keizina darinya.

Page 33: Konsep Ilmu

Renungan

“Kalau anda tidak boleh menjadi garam yang dapat menyelamatkan ikan dari menjadi busuk janganlah pula anda menjadi lalat hijau yang membusukkan ikan.”

Page 34: Konsep Ilmu