-
KONSEP IHSANiHSAN merupakan pencapaian tertinggi dalam
pelaksanaan ibadah mahupun kerja seharian seorang hamba. Ianya juga
menjadi tonggak kepada ranting agama selari dengan iman dan Islam
dimana ia menjadi penentu kepada amalan kita sama ada diterima
ataupun sebaliknya disisi Allah SWT.
Namun begitu, ramai dikalangan diri kita yang memandang enteng
dengan konsep ihsan sepertimana yang telah dinyatakan dalam hadis
riwayat Imam Nawawi sehingga kita terlupa akan kepentingannya dalam
kehidupan.
Suatu ketika Malaikat Jibril a.s menemui Rasulullah s.a.w
bersama para sahabat dalam keadaan berwajahkan manusia untuk
mengajarkan mereka tentang agama. Malaikat Jibril a.s bertanyakan
tentang tiga perkara yakni tentang Islam, Iman dan IHSAN. Kemudian,
Rasulullah s.a.w menjawabnya dan dibenarkan pula oleh Malaikat
Jibril a.s.
-
Justeru, apa yang ingin ditekankan dalam kisah ini adalah
pentingnya ihsan sepertimana pentingnya Islam dan iman dalam
menentukan hala tuju diri kita sebagai seorang hamba dalam meniti
kehidupan di dunia mahupun di akhirat sepertimana suruhan Allah
s.w.t didalam surah an-nahl ayat 90 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan Nya) supaya
kamu mengambil peringatan mematuhiNya." APAKAH ITU IHSAN Kita
acapkali melafazkan ihsan dalam kehidupan sehingga perkataan ini
sudah menjadi lali dipendengaran.
-
Namun begitu, pernahkah kita terdetik untuk mendalami dan
menghayati maksud sebenar ihsan? Ihsan dari segi lughahnya
bermaksud berbuat baik dan didefinisikan sebagai bersungguh-sungguh
dalam melaksanakan satu penghasilan yang berkualiti tinggi,
mengabdikan diri serta menginfakkan kebaikannya kepada makhluk
Allah SWT yang lain melalui saluran yang dimiliki seperti harta,
ilmu meskipun jiwa dan raganya.
Adapun yang dimaksudkan ihsan itu ditujukan kepada pengabdian
diri kita kepada Allah SWT sepertimana yang diriwayatkan dalam
hadis Jibril a.s bahawa ihsan adalah,Engkau beribadah kepada Allah
SWT seakan-akan engkau melihat-Nya, dan jika engkau tidak mampu
melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat kamu
-
Namun begitu, konsep ihsan ini bukan sekadar memelihara hubungan
baik dengan Allah SWT dalam beribadah semata-mata kerana konsep
ihsan merangkumi setiap tingkah laku kita samada bersangkut dengan
duniawi mahupun ukhrawi. MENGAPLIKASIKAN IHSAN DALAM KEHIDUPAN
Ihsan mencakupi dua aspek yakni ihsan dalam beribadah kepada Allah
SWT dan ihsan dalam menunaikan hak sesama makhluk. Ihsan dalam
beribadah kepada Allah SWT adalah dengan mencampakkan rasa didalam
hati bahawa diri sentiasa diawasi dan dihitung bagi setiap
gerak-geri. Dengan hadirnya rasa ini, kita akan lebih cenderung
untuk menahan diri kita dari melakukan perkara mungkar dan gerun
untuk meninggalkan perintah Allah SWT. Malah, kita akan lebih
khusyuk dan tawadu serta ikhlas dalam melaksanakan ibadah kepada
Allah SWT.
-
Berbeza pula dengan ihsan dalam menunaikan hak sesama makhluk
yang terbahagi kepada dua hukum yakni wajib dan sunat. Ihsan
menjadi kewajiban bagi setiap individu dalam menunaikan hak kedua
ibubapa kita dan bersikap baik dalam bermuamalah.
Misalnya, setiap dari kita merupakan seorang anak kepada kedua
orang tua dan adalah wajib kita berbakti kepada mereka dan memberi
layanan terbaik selagimana mereka masih hidup dimuka bumi ini
sepertimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 23. Manakala,
ihsan menjadi sunat terhadap perkara yang menjangkaui batas
kemampuan dan kadar kewajiban kita seperti memberikan sumbangan
tenaga dan harta.
Namun begitu, antara ihsan yang paling dituntut dan dipandang
mulia adalah berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat terhadap
diri kita dari sudut perbuatan mahupun sekadar ucapan.
-
REFLEKSI DIRI Sempena cuti semester ini, mari kita singkapkan
kembali tingkat ihsan dalam diri kita. Sejauh mana kita beramal
dengan ihsan sebagai seorang anak, seorang pelajar dan masyarakat.
Sudahkah sempurna kita menunaikan hak-hak mereka yang kita
miliki?
Sekiranya kita seorang anak, penuhilah tuntutan seorang anak
dengan meringankan beban ibubapa kita. Misalnya, kita boleh
sumbangkan tenaga untuk mengambil alih tugas asas mereka semasa di
rumah seperti mengemas, memasak dan urus adik-adik kecil.
Sekiranya, ada keikhlasan dan kesungguhan, maka rumah adalah
tempat yang terbaik untuk kita tingkatkan amalan dan pahala
disisi-Nya. Sekiranya kita seorang pelajar, penuhilah tuntutan
seorang pelajar untuk meneruskan jariah guru-guru kita dengan
menyampaikan apa yang telah dipelajari.
Misalnya, jika diri kita aktif di laman sosial, manfaatkannya
untuk berkongsi ilmu dan menimba pengalaman.
-
Kemaskan konsep sampaikan walaupun satu ayat dengan rapi didalam
diri. Tuliskan kalimah-kalimah yang akan mengembirakan kita di Hari
Perhitungan dan jaga batas-batas tutur kata kerana hilang adab maka
hilanglah nilai ilmu yang kita pelajari.
Dan sekiranya kita adalah kelompok masyarakat, masa cuti inilah
kita raikan peluang yang ada untuk mengenali jiran tetangga dan
menjaga kebajikan mereka kerana mereka juga ada hak diatas diri
kita dan akan dipersoal diakhirat kelak.Berbuat baiklah pada mereka
sepertimana Allah SWT berbuat baik kepada kamu, 385:77.
Oleh itu, sikap ihsan ini seharusnya diusahakan bagi setiap
individu untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian kerana ia
menjadi kekuatan kepada pegangan kita yang disandarkan kepada Allah
SWT dalam setiap perbuatan
-
Misalnya, saat hati kita terdetik untuk melakukan
perkara-perkara mungkar, justeru sikap ihsan ini yang akan
memadamkan segala niat untuk berbuat kejahatan dan sikap ihsan ini
juga membuatkan kita mengoptimumkan kesungguhan dalam melakukan
ibadah-ibadah harian kerana keyakinan kita bahawa Allah SWT sedang
melihat sebagaimana didalam surah al-fajr ayat 14 yang
bermaksud:
"Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawasi dan membalas, (terutama
balasan akhirat)" Akhirul kalam, semoga Allah SWT mengurniakan
nikmat IHSAN dan mewujudkan IHSAN dalam diri kita semua yang
menyedari akan tuntutan agama ini serta digolongkan kita dalam
golongan orang-orang yang bertaqwa sepertimana firman Allah SWT
dalam surah An-Nahl ayat 128.
"Sesungguhnya Allah berserta orang yang bertaqwa dan orang yang
berusaha memperbaiki