Komuniti Pembelajaran Profesional Pemangkin Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia. Pendahuluan Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online pendidikan bertaraf dunia ialah “ world class is defined as being of the highest caliber in the world . ” Hal ini bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Dari aspek pendidikan bermaksud apa-apa sahaja yang ada pada negara termaju di dunia juga ada di negara kita. Satu lagi ianya membawa maksud pelengkap kepada negara yang termaju di dunia Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia ‘ ’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis. Pendidikan bertaraf dunia merupakan suatu wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai institusi perkembangan ilmu. 1
23
Embed
Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Komuniti Pembelajaran Profesional Pemangkin Hubungan Antara Warga Sekolah Ke
Arah Pendidikan Bertaraf Dunia.
Pendahuluan
Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan
mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau
Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini
meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi
status "World Class Education".
Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online
pendidikan bertaraf dunia ialah
“ world class is defined as being of the highest caliber in the world”.
Hal ini bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Dari
aspek pendidikan bermaksud apa-apa sahaja yang ada pada negara termaju di dunia juga ada
di negara kita. Satu lagi ianya membawa maksud pelengkap kepada negara yang termaju di
dunia
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta
dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari
perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan
dan kemajuan dinamis.
1
Pendidikan bertaraf dunia merupakan suatu wacana dalam dasar pendidikan negara
yang meletakkan proses pendidikan sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang
diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi atau impak yang serius
terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu
(Dr. Ismail Zain.)
Perkembangan teknologi dan ekonomi dunia telah membawa kepada perkembangan
dan peningkatan dalam dunia pendidikan. Dalam usaha Malaysia untuk merealisasikan hasrat
menjadi negara maju menjelang abad ke-21, Ibrahim Ahmad Bajunid (2000) dan Abdul Shukor
Abdullah (2004) mendapati Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa
kehendak pembangunan sistem pendidikan negara ialah dengan menzahirkan sistem
pendidikan berkualiti dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Hasrat ini juga ditekankan dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010, Kementerian
Pelajaran Malaysia (2001), menyatakan ‘...menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap,
berkesan dan bertaraf dunia.’ (Pembangunan Pendidikan 2001 -2010, Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2001:1-12)
Sehubungan itu, fokus utama sistem pendidikan adalah melaksanakan usaha-usaha
strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan sistem tersebut ke tahap kualiti
yang tinggi dan cemerlang supaya sistem itu bertapak kukuh untuk menghadapi cabaran-
cabaran abad ke 21. Pelbagai reformasi dan penstrukturan pendidikan ke arah keberkesanan
pendidikan dan pembangunan sekolah sedang dilakukan, bukan saja di barat malah di benua
Asia Pasifik termasuk Malaysia (Cheng, 1996).
2
Hubungan Antara Warga Sekolah
Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, murid, kakitangan sokongan, pentadbir
sekolah, kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran
tentang pendidikan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan
tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
Peranan Pengetua Ke Arah Mencapai Pendidikan Bertaraf Dunia
Dalam organisasi sekolah, pengetua ialah ketua eksekutif dan pada masa yang sama
beliau merupakan pemimpin sekolah berkenaan. Pengetua merupakan satu jawatan dalam
struktur organisasi sekolah menengah dan pelantikan secara rasmi oleh Kementerian
Pendidikan untuk mengetuai sesebuah sekolah menengah. Ia dipertanggungjawabkan untuk
mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah. (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, 1990)
Pengurusan sekolah menerusi kepimpinan seseorang pengetua atau guru besar
memainkan peranan yang penting untuk mencapai matlamat ke arah pendidikan bertaraf
dunia.Hal ini selaras dengan pandangan. Para pengetua harus mengamalkan cara gaya
pimpinan yang dapat diterima oleh majoriti kakitangan supaya anjakan ke arah kecemerlangan
berlaku. Pengetua harus mengamalkan pengurusan yang bercirikan demokratik dan memberi
pengiktirafan kepada kakitangan untuk penggunaan kreativiti dan inovasi yang menuju kepada
proses kecemerlangan ke arah mencapai pendidikan bertaraf dunia.
Selain itu, James A. E. Stoner (1985) menjelaskan bahawa kebijaksanaan pengurus
sesebuah organisasi menggunakan pola pengurusan yang boleh diterima oleh majoriti orang-
orang bawahannya akan dapat membantu organisasi berkenaan menuju kepada objektif yang
diingini. Hal ini dipersetujui oleh Drucker (1984) yang memberikan penekanan terhadap
3
keupayaan dan meningkatkan prestasi organisasi yang dipimpinnya. Keadaan ini jika
dihubungkan dengan organisasi sekolah akan menimbulkan satu andaian yang mengatakan
bahawa pengetua yang menentukan pencapaian objektif yang digarapkan oleh organisasi
sekolah berkenaan. Kemajuan dan peningkatan mutu pentadbiran sesebuah organisasi
seringkali dihubungkaitkan dengan keupayaan yang diperlihatkan oleh personaliti yang
menerajuinya (Ubben dan Hughes,1992). Begitu juga dengan sistem pendidikan di mana
pengetua sering dianggap sebagai katalis yang bertangungjawab untuk menggerakkan jentera
pentadbiran dan pengurusan sekolah bagi menjamin kecemerlangannya. dalam mengurus
organisasi sekolah, pengetua bukan sahaja berhadapan dengan guru-guru atau kakitangan lain
sahaja, tetapi ia juga melibatkan simbol pimpinan kepada pelajar-pelajarnya. Pengurus atau
pemimpin organisasi sekolah harus mempelbagaikan pola kepimpinannya supaya pola-pola
tersebut sesuai dengan keadaan dan kekangan yang dihadapi bagi memungkinkan tidak
wujudnya masalah baru atau berterusannya masalah yang sedia ada. Unsur-unsur
kepelbagaian dalam membina pengurusan oleh pemimpin sekolah akan dapat membantu
meningkatkan kecemerlangan sekolah berkenaan (Evers, Collin. W, 1991). Pengetua adalah
pembolehubah yang paling penting bagi menentukan prestasi sekolah dari segi akademik dan
budaya sekolah (Hussain Ahmad, 1993). Justeru, dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia,
seseorang pengetua seharusnya memiliki sifat-sifat berikut:
a) Peka terhadap nilai, sikap dan perbezaan yang terdapat dalam kalangan ahlinya.
b) Tidak bersikap monopoli dan mempercayai keupayaan guru-guru.
c) Melahirkan satu sistem pembuat keputusan bersama yang berkesan.
d) Mempunyai tujuan dan mendapat restu guru-guru.
e) Melahirkan perhubungan yang rapat dengan masyarakat sekolah dan persekitaran
sekolah.
Dalam hal ini, pengetua akan dianggap sebagai model yang mempunyai nilai
kepimpinan yang tinggi. Ia tidak autokratik tetapi demokratik. Abdul Shukor Abdullah ( 1991)
4
menganggap pengetua sebegini sebagai “fasilitator”, “initiator” dan supporter”. Selain itu, pola
pengurusan lebih berasaskan tindakan kemanusiaan . Menerusi struktur pengurusan yang
berdasarkan konsep pengupayaan, pemimpin atau pihak pengurusan adalah lebih demokratik.
Pengurus pendidikan yang bertimbang rasa biasanya mempunyai pengikut (pekerja) yang
mempunyai tahap kepuasan yang lebih tinggi dari segi prestasi pekerja (Al-Ramaiah, 1992).
Seterusnya pengetua harus mewujudkan pemuafakatan dalam hubungan antara warga
sekolahnya. Hal ini kerana pembinaan iltizam berasaskan konsep pemuafakatan akan menjadi
lebih bermakna dan menambah keberkesanan institusi pendidikan. Pemuafakatan ini bukan
hanya terbatas kepada warga sekolah semata-mata tetapi juga melibatkan unsur PIBG. Unsur
bersama antara elemen kepimpinan sekolah, guru, murid dan ibu bapa penting bagi mencapai
matlamat ke arah mencapai pendidikan bertaraf dunia. Situasi yang sedemikian juga
merupakan antara elemen pengupayaan dalam pengurusan institusi persekolahan.
Pengetua juga harus bertunjangkan konsep kebertanggungjawaban yang menyeluruh
terhadap warga sekolahnya demi mencapai pendidikan bertaraf dunia.Dalam pengurusan
organisasi mengikut James A. F. Stoner (1984) bagi penggunaan sumber-sumber dengan
cekap, maka proses penanggungjawaban harus dari atas ke bawah di mana wujudnya
kebolehan maklumat yang mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawab itu dengan cekap.
Oleh yang demikian, ciri ini wujud menerusi pengupayaan di sekolah kerana ia memungkinkan
individu-individu dalam organisasi dapat melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan kepada
mereka dengan lebih efektif
Ahli institusi persekolahan bebas mewujudkan cetusan idea bagi perubahan. Dalam
menangani masalah-masalah di institusi persekolahan, para guru sewajamya diberi kebebasan
oleh pengetua untuk mengemukakan idea bagi perubahan yang lebih bermakna. Hal ini kerana
mematuhi dan melaksanakan tugas tanpa unsur kebebasan akan mewujudkan sindrom
kebekuan minda.Justeru tidak hairanlah jika Dr. Wan Mohd Zahid (1993) sering menekankan
5
konsep cetusan pemikiran berasaskan “unreasonable thinking” kepada guru. Pengalaman ini
merupakan aset terbaik dalam pengurusan di peringkat sekolah.
Seterusnya pengetua harus mengubah tindakannya ke arah yang lebih efektif.
Tindakan-tindakan yang berasaskan kepada menunggu arahan dan surat pekeliling sudah tidak
sesuai dalam melakukan anjakan paradigma pendidikan. Oleh itu, sesuatu tindakan itu harus
terkehadapan supaya kecemerlangan akan menjadi asas pencapaian keseluruhannya. Hal ini
juga mempunyai korelasi yang mantap dengan tindakbalas yang menunjukkan ciri-ciri inovatif,
sifat-sifat imaginasi yang tinggi melangkaui kebiasaan dan rutin dalam gerak kerja.
Akhir sekali ,pengetua harus mewujudkan sistem pemantauan dalam mengurus warga
sekolah. Sistem pengesanan atau pemantauan akan lebih bermakna jika mengikut piawaian
yang difahami dan dipersetujui semua. Hal yang demikian rupa penting dalam menentukan
bentuk penilaian aktiviti-aktiviti yang dilakukan menerusi pengupayaan dalam sesebuah
sekolah.
Peranan Guru Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia
Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang
betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka
bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan dan
keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya sebagai
khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma
pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan
mereka dengan lebih agresif dan progresif.
Guru yang baik adalah guru yang mempunyai anjakan minda yang positif dan sentiasa
mahu menjadi terbilang atau lebih baik daripada sebelumnya. Guru perlu menjadi pendidik
6
cemerlang sebagai model dalam menangani cabaran kerjaya masa depan. Mereka boleh
menjadikan ciri-ciri guru cemerlang sebagai panduan untuk berhadapan dengan tingkah laku,
prestasi dan pencapaian akademik yang berbeza (Rohana Man,2002). Pandangan sarjana
tentang ciri-ciri seorang guru. Mohan dan Hull (1975) mengenalpasti ciri-ciri guru berkualiti
dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek personaliti guru dan aspek pengajaran guru. Mohamed
Bin Muda pula menegaskan guru perlu melengkapkan diri dengan ciri-ciri berikut:
menguasai subjek (kandungan kurikulum)
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka