i KOMPOSISI JINGLES: MY SWEET LOVE MEMORY DAN SKUTER SUZUKI V100 GAN TING TING Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007
i
KOMPOSISI JINGLES:
MY SWEET LOVE MEMORY DAN SKUTER SUZUKI V100
GAN TING TING
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Muzik)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Catatan: * tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah,
Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat
daripada pihak berkuasa atau organisaai berkenaan dengan menyatakan
sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
dan TERHAD
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN
JUDUL: KOMPOSISI JINGLES YANG BERTAJUK MY SWEET LOVE MEMORY
DAN SKUTER SUZUKI V100
SESI PENGAJIAN: 2006/2007
Saya GAN TING TING mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat
Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan
seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi
5. * Sila tandakan
Disahkan
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: Tarikh:
Alamat tetap:
NO.18, Jalan 32,
Taman Sentul Jaya,
51000 Kuala Lumpur.
SULIT
TTT TERHAD
TIDAK TERHAD
(mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan seperti
termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI
1972)
(mengandungi maklumat Terhad yang telah
ditentukan oleh Organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)
iii
Projek bertajuk My Sweet Love Memory dan Skuter Suzuki V100 telah disediakan
oleh Gan Ting Ting dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
Muzik.
Diterima untuk diperiksa oleh:
Dr. Hasnizam Abdul Wahid
Tarikh:
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan oleh
pengkarya kepada pensyarah-pensyarah atas galakan dan panduan yang begitu
penting semasa pengkarya menjalankan projek tahun akhir pengkarya.
Selain itu, pengkarya juga ingin berterima kasih kepada ahli keluarga
pengkarya, terutamanya ibu bapa yang memberi semangat dan dorongan yang
tinggi serta sokongan kewangan atas kajian ini. Tidak lupa juga kepada kawan-
kawan yang memberi pertolongan dari segi pendapat dan nasihat kepada
pengkarya dalam menjalankan kajian ini.
Terima kasih kepada semua.
v
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
Halaman Tajuk ………………………………………………………………. i
Borang Pengesahan Status Laporan………………………………………….. ii
Pengesahan dan Tandatangan Penyelia………………………………………. iii
Penghargaan………………………………………………………………….. iv
Isi Kandungan………………………………………………………………… v-vii
Abstrak ………………………………………………………………………. viii
Abstract ………………………………………………………………………. ix
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan………………………………………………………………1
1.1.1 Komposisi Jingles Pertama.............................................................2
1.1.2 Komposisi Jingles Kedua...............................................................3-4
1.2 Masalah Kajian........................................................................................4-5
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian…………………………………….........5
1.3.1 My Sweet Love Memory…….........................................................5
1.3.2 Skuter Suzuki V100……................................................................6
1.4 Kepentingan Kajian……………………………………..........................6-7
1.5 Skop Kajian…………………………………..........................................7-8
vi
BAB 2 KAJIAN LITERASI
2.1 Pengenalan…………………………………………………………...9
2.2 Latar Belakang Album Foto Elektronik……………………………...9-11
2.2.1 Klip Video My Sweet Love Memory…………………………...11
2.3 Iklan Skuter yang Lepas……………………………………………...11-12
2.3.1 Klip Video Skuter Suzuki V100………………………………..12
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan……………………………….……………………….......13
3.1.2 Kaedah Primer………………………………………………..13
a. Temubual………………………………………………......13
b. Fotografi……………………………………………….......14
3.1.3 Kaedah Sekunder…………………...…………………….......14
a. Buku Rujukan……………………………………………...14
b. Laman Web………………………………………………..15
3.2 Instrumen Kajian……………………………………………………..15
3.3 Proses Menghasilkan Komposisi Jingles……………………….…....16
3.3.1 Proses untuk Menghasilkan Video……………………………..16-17
3.3.2 Proses untuk Menghasilkan Muzik………………………….....17-19
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan…………………………………….…………….………...20
4.2 Perbincangan Isu-isu tentang Video………………………...…………20
vii
4.2.1 Klip Video untuk My Sweet Love Memory……………………20-23
4.2.2 Klip Video untuk Skuter Suzuki V100…………………………23-25
4.3 Perbincangan tentang Isu-isu Jingles…………………………………26
4.3.1 Jingles untuk My Sweet Love Memory………………………...26-32
4.3.2 Jingles untuk Skuter Suzuki V100……………………………...33-37
BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Rumusan Kajian………………………………………………………38-39
5.2 Cadangan………………………………………………………………39
Rujukan……………………………………………………………………...40-41
Lampiran A.......................................................................................................42-45
Lampiran B…………………………………………………………………...46-53
Lampiran C…………………………………………………………………...54-58
Lampiran D…………………………………………………………………...59-67
Lampiran E…………………………………………………………………...68-70
Lampiran F……………………………………………………………………71-80
viii
Abstrak
Pengkarya telah menghasilkan dua buah komposisi jingles bersama dengan
visual yang mengambil masa sekurang-kurangnya satu hingga tiga minit.
Komposisi jingles pertama adalah sebuah klip video yang bertajuk “My Sweet
Love Memory”. Tujuan pengkarya adalah untuk menyimpan kenangan saat-saat
manis dalam album yang berbentuk foto elektronik. Komposisi jingles kedua
adalah bertajuk “Skuter Suzuki V100”. Ia merupakan sebuah iklan yang
memperkenalkan skuter Suzuki V100.
ix
Abstract
I composed two original jingles composition fitted to a visual frame
around 1 to 3 minutes in duration. My first jingles composition is a video clip
which titled “My Sweet Love Memory”. My purpose is to keep the sweet memory
at that moment in the electronic photo album. My second jingles composition
which titled “Scooter Suzuki V100”. It is an advertisement which introduces the
scooter Suzuki V100.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Jingles, didefinisikan sebagai sebuah komposisi muzikal pendek yang
direka untuk memperkenalkan sesuatu produk. Ia direka dengan menggunakan
irama yang ringkas, mudah diingati dan membawa mesej komersial supaya
pendengar dapat mengingati irama tersebut bersama-sama dengan produk yang
diperkenalkan. Biasanya, jingles digunakan di dalam iklan untuk radio atau
televisyen.
Pengkarya telah menghasilkan dua buah komposisi jingles sebagai Projek
Tahun Akhir. Komposisi jingles pertama merupakan sebuah klip video yang
bertajuk “My Sweet Love Memory”. Ia merupakan sebuah klip video yang
mencerita mengenai kenangan manis cinta dalam format album foto elektronik dan
durasi masanya adalah sepanjang satu minit dan dua puluh tiga saat. Manakala,
komposisi jingles kedua adalah sebuah iklan yang bertajuk “Skuter Suzuki V100”.
Komposisi ini merupakan sebuah iklan yang bersifat komersial untuk
memperkenalkan skuter Suzuki V100 dan durasi masanya sepanjang satu minit dan
lapan belas saat.
2
1.1.1 Komposisi Jingles Pertama
Komposisi jingles pertama yang telah dihasilkan merupakan sebuah klip
video yang bertajuk “My Sweet Love Memory”. Pengkarya menghasilkan jenis klip
video ini kerana ia mempunyai nilai komersial pada pasaran. Pengkarya
menghasilkan komposisi ini dengan kerjasama daripada Encik Ngu Tai Tee yang
memainkan watak sebagai teman lelaki pengkarya dalam komposisi ini.
Klip video ini dipersembahkan dalam format album foto elektronik dengan
menggunakan pelbagai gambar yang indah di antara pengkarya dengan Encik Ngu
Tai Tee. Tujuan utama pengkarya adalah untuk menghasilkan sebuah produk
komersial iaitu klip video yang dapat menyimpan kenangan dan saat-saat manis
dalam bentuk album foto elektronik yang disertakan dengan muzik.
Untuk menghasilkan klip video ini, pengkarya memerlukan gambar Encik
Ngu Tai Tee dengan bilangan yang banyak. Oleh sebab itu, pengkarya perlu
mendapatkan kebenaran dan kerjasama daripada Encik Ngu Tai Tee. Selepas
mendapat kebenaran daripada Encik Ngu Tai Tee, pengkarya mula menghasilkan
klip video ini. Selain itu, pengkarya juga menghasilkan sebuah muzik cinta yang
romantik bagi komposisi ini supaya ia sesuai dengan tema komposisi “My Sweet
Love Memory”.
3
1.1.2 Komposisi Jingles Kedua
Komposisi jingles kedua yang dihasilkan adalah bertajuk “Skuter Suzuki
V100”. Komposisi ini merupakan sebuah iklan yang bersifat komersial untuk
memperkenalkan skuter Suzuki V100. Di dalam komposisi ini, pengkarya telah
menghasilkan sebuah muzik yang bergaya rock untuk mengiringi iklan ini. Selain
daripada itu, pengkarya juga menambahkan bunyi-bunyi seperti bunyi loceng angin
dalam muzik untuk menarik perhatian pengguna. Dari segi video, pengkarya
menunjukkan spesifikasi yang ada pada skuter Suzuki V100 supaya pembeli dapat
mengenalinya dengan lebih dekat dan teliti.
Skuter Suzuki V100 merupakan keluaran daripada Suzuki Motor
Corporation, iaitu sebuah syarikat multinasional Jepun yang unggul. Syarikat ini
telah mengeluarkan pelbagai produk kenderaan seperti kereta, motorsikal dan
skuter. Skuter Suzuki V100 adalah salah satu produk daripada syarikat ini.
Selain itu, pengkarya juga mengadakan temubual dengan Encik Peter Hon
Teck Soon dari Syarikat Yong Chai Motor iaitu wakil sebuah kedai motorsikal
jenama Suzuki. Encik Peter Hon Teck Soon telah memberi kerjasama kepada
pengkarya untuk menghasilkan iklan ini dengan memberi maklumat-maklumat
tentang reka bentuk dan ciri-ciri tertentu pada skuter.
Ciri-ciri yang ada pada skuter Suzuki V100 adalah seperti berikut:-
1. Tayar direka khas tanpa tiub untuk memberikan imbangan, cengkaman dan
keselesaan yang sepenuhnya.
4
2. Tempat duduk yang bermutu dan ruang letak kaki yang luas telah direka
supaya penunggang skuter dapat menunggang skuter Suzuki V100 dengan
selesa.
3. Tupang rekaan khas di sebelah kiri membolehkan skuter ditupang dengan
lebih mudah.
4. Peralatan moden termasuk suis dan lampu isyarat yang mudah digunakan.
5. Reka bentuk skuter adalah direka khas dengan hebat supaya sepadan dengan
enjinnya yang penuh berkuasa.
1.2 Masalah Kajian
Masalah pertama yang telah dihadapi oleh pengkarya adalah untuk
mendapatkan inspirasi bagi menghasilkan lagu atau irama untuk jingles. Inspirasi
dan idea untuk mencipta muzik sering berubah-ubah dan sukar didapati. Oleh sebab
ini, pengkarya memerlukan masa yang agak panjang untuk menghasilkan sebuah
muzik yang baik. Kemudian, pengkarya juga perlu mengubahsuai rentak muzik
tersebut supaya ia serentak dengan perjalanan gambaran dengan mengikut masa
yang tepat.
Masalah kedua adalah maklumat yang sukar diperolehi. Maklumat
mengenai skuter Suzuki V100 sukar didapati. Ia berlaku kerana skuter jenis ini
jarang dijumpai di negeri Sarawak. Maklumat yang didapati oleh pengkarya adalah
maklumat daripada lamam web “The Lion Group” (The Lion Group, 2007) iaitu
salah satu wakil jenama Suzuki dan maklumat daripada Encik Peter Hon Teck Soon
yang memiliki kedai Yong Chai Motor.
5
Masalah ketiga yang dihadapi oleh pengkarya adalah masalah kewangan. Ia
berlaku kerana instrumen-instrumen yang digunakan untuk merakam seperti
kamera digital dan kamera video terlalu mahal. Semakin tinggi piksel yang dimiliki
oleh kamera digital dan kamera video tersebut maka semakin mahal harganya.
Masalah cuaca juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh
pengkarya. Contohnya hari hujan, maka ia akan mempengaruhi dan
memperlambatkan perjalanan untuk membuat sesi rakaman.
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian
1.3.1 “My Sweet Love Memory”
Matlamat pengkarya untuk menghasilkan komposisi jingles ini adalah untuk
menghasilkan sebuah klip video yang mempunyai nilai komersial. Ia tidak
semestinya menggunakan tajuk ini sahaja, namum ia juga boleh digunakan untuk
tujuan kekeluargaan, kawan-kawan, perkahwinan dan sebagainya. Produk ini dapat
disimpan dalam fail elektronik dalam komputer untuk selama-lamanya.
Objektif kajian ini dijalankan untuk:-
a. Menjadi sebuah kenangan pada masa depan.
b. Menghuraikan perasaan seperti cinta dan terima kasih.
c. Menunjukkan pelbagai gambar yang indah.
6
1.3.2 Skuter Suzuki V100
Matlamat untuk komposisi jingles ini adalah untuk memperkenalkan skuter
Sukuzi V100 kepada pembeli terutamanya kepada golongan penunggang
motorsikal supaya menarik minat mereka untuk membeli skuter ini.
Objektif untuk kajian ini adalah untuk:-
a. Membuat promosi untuk skuter Suzuki V100 supaya dapat
meningkatkan jualannya.
b. Memperkenalkan spesifikasi yang ada pada skuter Suzuki V100.
1.3.1 Kepentingan Kajian
Komposisi pertama yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu My Sweet Love
Memory. Jenis klip video seperti ini boleh digunakan sebagai produk komersial.
Contohnya, kedai gaun pengantin pada masa kini menyediakan perkhidmatan
bahawa membuat jenis video klip seperti ini kepada pengantin untuk sebagai
kenangan. Jingles yang dihasilkan oleh pengkarya untuk klip video ini adalah
bersifat romantik. Gaya penghasilan muzik ini adalah sesuai digunakan untuk
mengiringi jenis klip video seperti ini. Dengan ini, ia boleh digunakan sebagai
rujukan kepada individu yang ingin menghasilkan jenis klip video seperti ini.
Manakala, komposisi kedua iaitu Skuter Suzuki V100 merupakan sebuah
iklan yang bersifat komersial. Iklan ini boleh digunakan untuk memperkenalkan
skuter ini untuk menarik perhatian pembeli supaya membeli skuter tersebut. Iklan
7
ini juga boleh digunakan sebagai rujukan kepada individu yang ingin menghasilkan
iklan bagi sesuatu produk.
Melalui penghasilan jingles ini, pengkarya dapat mengaplikasikan ilmu
pengetahuan yang dibelajari selama ini ke dalam komposisi jingles ini. Contohnya
penggunaan perisian Sonar dan ilmu pengetahuan tentang muzik. Perisian Sonar
digunakan oleh pengkarya untuk teknik sequencing dan menyunting muzik.
Kemudian, ilmu pengetahuan muzik yang dibelajari selama ini seperti teori muzik
dan harmoni moden dapat diaplikasikan bagi membantu pengkarya menghasilkan
melodi, kod dan skor muzik untuk kedua-dua komposisi jingles pengkarya.
Selain itu, pengkarya juga dapat mempelajari kursus dan perisian yang baru.
Contohnya belajar teknik merakam video dan mengambil gambar dengan baik.
Perisian-perisian baru seperti Sony Vegas Movie Studio v4.0 dan Ulead Photo
Express 6.0 juga dibelajari oleh pengkarya untuk menghasilkan komposisi jingles
yang berkualiti tinggi. Sony Vegas Movie Studio v4.0 merupakan perisian yang
digunakan untuk menyunting video dan perisian Ulead Photo Express 6.0
digunakan untuk menyunting foto.
1.5 Skop kajian
Skop kajian tertumpu kepada penghasilan muzik yang sesuai dan klip video
yang berkualiti. Tujuan pengkarya adalah untuk menghasilkan komposisi jingles
yang mempunyai nilai yang berkualiti tinggi.
8
Untuk komposisi jingles pertama iaitu “My Sweet Love Memory”, klip
videonya adalah bertumpu pada gambar-gambar yang menunjukkan hubungan cinta
yang manis di antara sepasang kekasih. Tiga buah destinasi telah dipilihkan untuk
membuat sesi penggambaran iaitu di sekitar Kuching, Sibu dan Bintangor.
Untuk komposisi jingles kedua iaitu iklan skuter Suzuki V100, kajian ini
bertumpu kepada skuter Suzuki V100. Pengkarya membuat rakaman penggambaran
dan sesi penggambaran pada skuter Suzuki tersebut.
9
BAB 2
KAJIAN LITERASI
2.1 Pengenalan
Secara amnya, jingles merupakan sebuah irama atau lagu yang ringkas dan
mudah untuk diingati. Ia direka untuk menarik perhatian penonton, terutamanya
digunakan di dalam iklan radio atau televisyen.
Kedua-dua komposisi jingles yang dihasilkan oleh pengkarya adalah berkait
rapat dengan video, foto dan muzik. Oleh itu, pengkarya perlu mengkaji buku-buku
rujukan yang berlainan seperti buku rujukan mengenai penghasilan video dan buku
rujukan mengenai penghasilan muzik.
2.2 Latar Belakang Album Foto Elektronik
Komposisi jingles pengkarya iaitu “My Sweet Love Memory” merupakan
sebuah album gambar yang berbentuk elektronik. Album gambar adalah berkait
rapat dengan fotografi. Oleh itu, pengkarya telah mendapati maklumat mengenai
fotografi daripada modul pengajaran asas fotografi daripada Encik Zulkalnain
Zainal Abidin. Beliau merupakan seorang Pensyarah Fotografi dari Universiti
Malaysia Sarawak. Menurut Encik Zulkalnain Zainal Abidin, fotografi pada
10
asasnya adalah diambil daripada bahasa Greek yang bermaksud: perkataan “Foto”
bermakna cahaya dan perkataan “Grafi” bermakna lukis. Secara amnya, ia
bermakna melukis dengan cahaya. Kedua-dua unsur ini adalah amat penting dan
tidak dapat dipisahkan dalam pembelajaran fotografi. Dari sudut pembelajaran
sains, “Foto” adalah mengenai cahaya dan bahan-bahan yang bersangkut-paut
dengan perakaman gambar dari alam realiti ke atas kertas fotografi. Kemudian,
“Grafi” boleh diperkatakan penggunaan bakat yang bersangkut-paut dengan seni.
Namun, kemunculan kamera digital telah menggugat kestabilan kamera
konvensional yang berasaskan garam-garam perak. Dengan penggunaan kamera
digital segala prosesnya adalah berkonsep “kering hingga kering” kerana tiada
kimia yang perlu bagi pemprosesan filem dalam cetakan gambar. Gambar yang
dirakam secara digital dan imej terbentuk di skrin kamera atau di sambung ke
monitor TV di dalam bentuk “pixel” iaitu singkatan bagi Picture Elements. Piksel
ini merupakan kotak segiempat yang disusun dalam bentuk petak yang mendatar
dan menegak. Setiap piksel bersaiz segiempat tepat serta mempunyai terang
(brightness) dan warna yang seragam. Semakin tinggi piksel yang dimiliki oleh
kamera digital dan kamera video tersebut maka semakin baik gambar dapat
dihasilkan.
Album gambar merupakan satu koleksi daripada satu siri gambar, biasanya
disimpan dalam sebuah buku. Gambar-gambar tersebut boleh diletakan di dalam
ruang yang disediakan, ataupun dilekatkan pada muka surat buku album tersebut.
Tetapi selepas penciptaan kamera digital, gambar yang diambil dikenali sebagai
11
fotograf digital. Ia amat berlainan daripada fotograf filem. Ia telah menggunakan
alat elektronik untuk merakam dan menangkap imej sebagai data perduaan (binary
data). Foto ini boleh disimpan dalam hard disc komputer dan imejnya dapat diubah
dengan menggunakan perisian-perisian tertentu, contohnya seperti perisian “Adobe
Photoshop Album” dan “Ulead Photo Express 6.0”.
2.2.1 Klip Video My Sweet Love Memory
Komposisi jingles pertama yang dihasilkan oleh pengkarya merupakan
sebuah album gambar elektronik yang mempunyai muzik. Komposisi ini dihasilkan
dengan menggunakan gambar-gambar digital yang diambil oleh kamera digital.
Kemudian, pengkarya memindahkan fail foto tersebut dari kamera digital ke
komputer untuk menyimpan gambar-gambar tersebut. Seterusnya, pengkarya
menyunting imej gambar tersebut seperti menghiaskan sekitar gambar dan
menentukan saiz gambar dengan menggunakan perisian Ulead Photo Express 6.0.
Selain itu, pengkarya menghasilkan muzik yang sesuai untuk mengiringi
klip video ini. Komposisi ini adalalah menceritakan tentang kisah cinta. Oleh itu,
pengkarya menghasilkan muzik yang bergaya romantik dan berentak sederhana
untuk mengiringi klip video ini.
2.3 Iklan Skuter yang Lepas
Pengkarya telah mengkaji iklan televisyen skuter yang berjenama lain iaitu
Skuter Devo Honda daripada tahun 1984. Ia boleh dilayari di laman web youtube
(Spudboy, 2005). Iklan ini dikategorikan dalam iklan komedi. Bahan yang
12
digunakan dalam iklan ini adalah bunyi voice over, bunyi effect dan bunyi enjin
skuter tersebut sahaja. Dari segi video, ia hanya menggunakan tiga orang lelaki
yang bercakap mengenai kebaikan skuter dan juga menunjukkan gambar dengan
pelbagai pilihan warna skuter tersebut.
2.3.1 Klip Video Skuter Suzuki V100
Pengkarya menggunakan iklan Skuter Devo Honda sebagai rujukan untuk
iklan pengkarya. Iklan yang dihasilkan oleh pengkarya adalah berbeza daripada
iklan Skuter Devo Honda tersebut. Iklan pengkarya lebih menjurus kepada gaya
yang bersemangat. Walaupun iklan pengkarya tidak mempunyai voice over seperti
iklan Devo Honda, namun pengkarya menggunakan teks perkataan di dalam iklan
ini. Selain itu, pengkarya juga menunjukkan foto bagi setiap spesifikasi skuter
Suzuki V100 di dalam iklan supaya pembeli lebih mengenali tentang skuter Suzuki
V100.
Seterusnya, pengkarya menghasilkan muzik yang sesuai untuk mengiringi
iklan ini. Oleh kerana iklan ini dihasilkan dengan gaya yang bersemangat. Maka,
pengkarya menghasilkan muzik rock yang berentak cepat supaya ia dapat
membawa semangat yang kuat pada iklan pengkarya. Selain itu, pengkarya juga
menambahkan bahan seperti bunyi effect untuk menarik perhatian pembeli.
13
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah
primer dan kaedah sekunder untuk mengumpul maklumat.
3.1.2 Kaedah Primer
Pengkarya menggunakan kaedah primer melalui temubual dan fotografi
untuk mengumpul data.
a. Temubual
Kajian ini dijalankan oleh pengkarya melalui temubual bersama Encik Peter
Hon Teck Soon yang bertempat di Yong Chai Motor. Melalui temubual ini,
pengkarya dapat maklumat yang berguna seperti ciri-ciri dan spesifikasi skuter
Suzuki V100. Maklumat-maklumat ini telah membantu pengkarya untuk
menghasilkan komposisi jingles skuter Suzuki V100.
14
b. Fotografi
Pengkarya telah menggunakan teknologi seperti kamera video dan kamera digital
untuk mengambil gambar serta membuat rakaman penggambaran. Dengan ini,
maklumat dapat disimpan dalam bentuk rakaman dokumentari di dalam video
cakera padat.
3.1.3 Kaedah Sekunder
Pengkarya telah menggunakan kaedah sekunder iaitu melalui buku rujukan
mengenai penghasilan video dan muzik sebagai panduan untuk menghasilkan
jingles. Selain itu, maklumat daripada internet juga dapat digunakan sebagai
rujukan lampiran.
a. Buku Rujukan
Buku rujukan seperti “Video Production Workshop” oleh Tom Wolsky
(2005), dan “Effective TV Production” edisi ke-3 oleh Gerald Millerson (1993)
merupakan buku mengenai teknik-teknik untuk menghasilkan video. Buku yang
bertajuk “Book Sixteen Europes Best Advertising” oleh syarikat Epica (2003)
merupakan buku yang mengumpulkan iklan-iklan yang telah memenangi Anugerah
Epica sesi 2002/2003. Pengkarya menggunakan buku ini sebagai rujukan supaya
pengkarya mendapat idea untuk jalan cerita komposisi pengkarya. Selain itu, nota-
nota yang diberi oleh pensyarah seperti nota teori muzik dan harmoni moden juga
memberikan idea kepada pengkarya untuk menghasilkan muzik.
15
b. Laman Web
Pengkarya juga mengumpulkan maklumat-maklumat daripada sumber
internet. Contohnya laman web Suzuki Motor Corporation (American Suzuki Motor
Corporation, 2006) atau wakil syarikatnya The Lion Group (The Lion Group,
2007). Maklumat tersebut hanya boleh dijadikan sebagai rujukan lampiran kepada
pengkarya.
3.2 Instrument Kajian
Peralatan media yang digunakan oleh pengkarya adalah kamera video Sony
DCR-DVD605E yang berfungsi sebagai rakaman video dan kamera digital BenQ
DC E300 untuk mengambil gambar.
Perisian-perisian seperti Finale, FL Studio 5, dan Sonar digunakan untuk
menyunting fail muzik. Selepas menyempurnakan muzik tersebut, failnya perlu
ditukar ke dalam format audio *wave supaya ia dapat digunakan bersama dengan
klip video yang telah dibuat. Selain itu, perisian Sony Vegas Movie Studio v4.0 dan
perisian Ulead Photo Express 6.0 juga digunakan oleh pengkarya. Perisian Sony
Vegas Movie Studio v4.0 digunakan untuk menyunting video, manakala perisian
Ulead Photo Express 6.0 adalah digunakan untuk penyuntingan foto.