KOLERA DATANG LAGI... Artkel oleh : HPO Raisin Shim Gambar oleh : JAV Ag. Anak Salamat Belumpun reda episod wabak kolera yang menyerang sebuah perkampungan di daerah Beaufort, satu lagi wabak kolera dilaporkan berlaku kurang 5 kilometer daripada lokaliti berlakunya wabak kolera di Beaufort sekitar April-Mei tahun ini. Lantaran dengan itu, Unit Promosi Kesihatan dan Kawalan Penyakit, PKK Beaufort mengambil langkah jitu dan proaktif dalam mencegah rebakan penyakit ini. Seperti biasa, dua aktiviti utama yang dilaksanakan ialah pengambilan Rectal Swab oleh Unit Kawalan Penyakit Berjangkit dan aktiviti promosi kesihatan, PKK Beaufort. Antara aktiviti promosi kesihatan yang diadakan ialah nasihat individu, hebahan, edaran risalah dan penampalan poster ditempat-tempat strategik seperti kantin, balairaya, masjid dan dewan. Hebahan Promosi Kesihatan Penyakit Kolera Nasihat Individu, Edaran Poster dan Risalah Promosi Kesihatan Sebagai Usaha Menangani Wabak Kolera Dalam Kalangan Penduduk Di Sekitar Lokaliti Wabak