GUA MUSANG, 14 November – Seorang ibu tunggal merayu bantuan orang ramai untuk meringankan beban yang ditanggung selepas anak perempuan bongsunya yang berusia 18 bulan menghadapi masalah penglihatan akibat selaput mata kanannya rosak sehingga hampir menyebabkan buta. Rosmah Yahya berkata bahawa anak bongsunya itu menghadapi masalah mata kiri dan kanan yang diselaputi putih. Ujian imbasan mata mengesahkan kanak-kanak malang itu menghidapi glukoma. “Kini, saya terpaksa berulang alik dari Gua Musang ke Hospital Kuala Lumpur sebanyak tiga kali sebulan . Saya tidak mampu menanggung kos kerana baru kematian suami yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tiga bulan yang lalu, manakala dua orang anak berusia lima dan empat tahun perlu ditanggung,” katanya. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Rosmah Yahya di talian 0135999066