Jabatan Perkhidmatan Awam 0 KOLEKSI IDEA INOVASI BERDASARKAN ANUGERAH IDEA INOVASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2011 JPA
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 0
KOLEKSI IDEA INOVASI BERDASARKAN ANUGERAH IDEA INOVASI
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2011
JPA
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 1
I. LATAR BELAKANG
Anugerah Idea Inovasi JPA adalah merupakan anugerah baru yang mula diperkenalkan pada Tahun 2011 berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Pasukan Petugas Inovasi (PPI) JPA Bil. 1/2011. Anugerah ini adalah merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh JPA kepada warganya yang menyumbangkan idea inovasi kepada Jabatan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Idea-idea Inovasi berkenaan dikemukakan melalui Pohon Inovasi yang telah dilancarkan oleh YBhg. Dato‟ Sri KPPA pada 14 Disember 2010 semasa Majlis Sambutan Hari Inovasi JPA. Pemberian anugerah ini adalah sebahagian daripada aktiviti utama di bawah Program Kualiti dan Inovasi Tahunan JPA. Pemilihan pemenang dan Majlis Penyampaian Anugerah ini dilakukan secara tahunan di dalam Majlis Sambutan Hari Inovasi JPA.
II. TUJUAN Anugerah Idea Inovasi JPA diwujudkan bertujuan untuk:
a) Memberi pengiktirafan secara formal kepada warga
yang mengemukakan cadangan idea inovasi untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan Jabatan;
b) Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan
inovatif dalam cara kerja yang diamalkan oleh warga; dan
c) Menyumbang kepada peningkatan penyampaian
perkhidmatan kepada pelanggan.
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 2
III. BENTUK ANUGERAH Pemenang-pemenang Anugerah Idea Inovasi akan menerima hadiah-hadiah seperti berikut:
Kedudukan Hadiah
Tempat Pertama - Piala Pusingan - Hadiah Wang Tunai berjumlah
RM1,000 - Sijil Penghargaan
Tempat Kedua - Hadiah Wang Tunai berjumlah RM750
- Sijil Penghargaan
Tempat Ketiga - Hadiah Wang Tunai berjumlah RM500
- Sijil Penghargaan
Tempat Keempat hingga kesepuluh
- Hadiah sagu hati - Sijil Penghargaan
IV. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN Syarat-syarat penyertaan Anugerah Idea Inovasi JPA adalah
seperti berikut:
a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga JPA. b) Cadangan idea inovasi yang dikemukakan oleh warga
perlu disalurkan melalui Pohon Inovasi yang telah ditempatkan di tempat-tempat strategik di JPA;
c) Setiap cadangan idea inovasi yang dikemukakan oleh
warga dan dapat direalisasikan pelaksanaannya oleh Bahagian-bahagian di JPA layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat Anugerah Idea Inovasi; dan
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 3
d) Pasukan Petugas Inovasi akan memilih dan
memutuskan pemenang Anugerah Idea Inovasi berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan;
V. TATACARA PEMILIHAN Semua warga JPA digalakkan menyertai anugerah ini.
Jadual pelaksanaan adalah seperti berikut:
(a) Tarikh tutup mengemukakan idea inovasi:
15 November 2011 (b) Pemilihan pemenang Anugerah Idea Inovasi JPA oleh
Pasukan Petugas Inovasi:
29 November 2011 (c) Pengumuman Pemenang Anugerah Idea Inovasi:
Sambutan Hari Inovasi JPA pada 8 Disember
2011
Sebarang pertanyaan atau untuk mengemukakan permohonan boleh ditujukan kepada: Urus setia Anugerah Idea Inovasi JPA Sektor Pengurusan Inovasi Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 11, Blok C1, Kompleks C 62510 W.P Putrajaya
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 4
Encik Wan Baharudin bin Wan Mahmood Tel. 03-8885 3036 Cik Noor Aini binti Mad Sapii Tel. 03-8885 3132 Cik Rohanida binti Poniran Tel. 03-8885 3122 E-mel: [email protected]
VI. IDEA INOVASI YANG DITERIMA PADA TAHUN 2011 Sepanjang tahun 2011, pihak urus setia telah menerima
sebanyak 234 idea atau cadangan daripada warga dan pelanggan JPA. Senarai idea inovasi yang telah diterima adalah seperti berikut:
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
1. Pohon tugas tambahan untuk mengisi masa senggang anda semasa di pejabat
YBhg. Dato‟ Sri Abu Bakar bin Haji
Abdullah
PEJ KPPA
2. Mewujudkan Unit Khas Inovasi dalam setiap Bahagian yang dianggotai oleh semua peringkat jawatan. Tujuannya melahirkan inovasi Bahagian
Puan Fatimah Hanum binti Haji Mohamad
Hajari
BPPs
3. Mesyuarat Pengurusan peringkat Bahagian boleh dibuka kehadiran kepada Pegawai Kumpulan Sokongan secara bergilir
Encik Mohd Muneer bin Othman
BP
4. Menukar @ meningkatkan bentuk kaunter supaya lebih efisien dan teratur seperti di Kementerian lain. Rekabentuk kaunter sekarang kurang mesra pelanggan
Puan Emi Zufika binti M.Bastaman
BPP
5. Upgradekan sistem talian utama JPA kepada Sistem AVAYA (sistem tercanggih yang telah banyak digunakan oleh kementerian lain)
Puan Nurul Fiziera binti Mohd Kasim
BPP
6. Sediakan tempat pas pelawat yang strategik dan memudahkan pegawai bertugas memberi pas
Puan Emi Zufika binti M.Bastaman
BPP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 5
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
kepada pelanggan. Penggunaan laci kurang sesuai
7. Pencapaian SKT secara online. Objektif supaya semua peringkat pegawai mengetahui status pencapaian skt mengikut Bahagian/Sektor di JPA. Impak persaingan sihat antara Bahagian
Puan Rohamah binti Abu Bakar
BKP
8. Membuat Fail Meja secara maya dimana semua pegawai boleh mengakses fail meja semua pegawai secara capaian untuk memudahkan pegawai memahami tugas pegawai-pegawai lain
Encik Riziandy bin Nawawi
BKP
9. Anjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan
Encik Mohd Hidayat bin Mohd Sauffi
BKP
10. Sediakan MPK dan Fail Meja dalm portal
Encik Huzaimi bin Baharudin
BKP
11. Mewujudkan permohonan pelekat kenderaan secara online
Puan Norfasharina binti Zainal
BKP
12. Permohonan Percetakan secara online
Puan Laili Cheong binti Abdullah
BKP
13. Wujudkan permohonan LO secara online
Encik Mohd Sanizam bin Md. Saad
BKP
14. Struktur pentadbiran INTAN ditukar mengikut pentadbiran Universiti
Encik Wan Baharudin bin Wan Mahmood
BKP
15. ALARM STRESS!!! Untuk melihat tahap stress pegawai-pegawai JPA/diri sendiri dalam masa yang singkat
Puan Hazaila binti Hassan
BKP
16. Satu sistem yang dapat merekod pergerakan pegawai atasan (Contoh:kursus/taklimat/mesyuarat yang boleh dikemaskini oleh PA dan boleh diakses oleh pegawai JPA bagi memudahkan urusan
Nor Jasmin Yazi -
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 6
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
17. Memanfaatkan muka pintu tandas (sebelah dalam atau luar) dengan iklan atau peringatan seperti amalan 5S, kebersihan dan motivasi
Rosli Bidin BMI
18. Kursus/Lawatan sambil belajar supaya tidak tertumpu kepada Negara maju (seperti Negara Barat) dengan Jepun/Korea sahaja tetapi juga Negara Timur Tengah. Bahkan Asia Selatan, Amerika Selatan dan sebagainya
Zahrollail bin Zainal BP
19. Anugerah APC Hadiah Penghargaan Bukan muslim – tawaran melancong
Zahrollail bin Zainal BP
20. Kios/Kedai/Cafeteria JPA sering tutup tiada sambutan. Cadangan berikan kepada peniaga mamak supaya aktif berkembang maju (semua ada dan tak tutup)
Zahrollail bin Zainal BP
21. Semua warga JPA sudah ada rumah sukan elok setiap pegawai/staf sekurang-kurangnya ada satu permainan/aktiviti yang disukainya supaya hidup sihat dan ceria
Zahrollail bin Zainal BP
22. APC: Supaya diterima oleh kumpulan Unit bukan terbatas pada individu kerana kecemerlangan itu wujud daripada kerja berkumpulan/unit
Zahrollail bin Zainal BP
23. Warga JPA sihat : 1 pagi dalam seminggu (7.00 – 8.00 pagi) adakan jogging ramai-ramai (semua terlibat) elok hari Jumaat/Khamis di sekitar Tasik Putrajaya / senam robik ramai-ramai di perkarangan JPA
Zahrollail bin Zainal BP
Umrah & haji percuma
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 7
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
24. Tubuhkan pasukan audit kerosakan kecil bangunan JPA (ahli JKR, BKP dan PTB) supaya tindakan cepat kerosakan kecil seperti tandas, sinki, pintu, tingkap, paip, port elektrik dan sebagainya
Zahrollail bin Zainal BP
25. Prosedur Pakir Wujudkan pakir bertingkat di kawasan kompleks C contoh 8/10 tingkat + kedai (Kios) di Aras G. Bayaran bulanan/harian contoh staff RM 10/RM 20 sebulan. Orang luar RM 1.00
Zahrollail bin Zainal BP
26. Elok JPA buat kerja dasar HRD/HRM sahaja. Kerja-kerja operasi dianak syarikatkan /diperbadankan oleh itu saiz JPA dapat dikecilkan lebih efisen/efektif
Zahrollail bin Zainal BP
27. Untuk kecilkan saiz sumber manusia JPA Sektor Awam maksimumkan tenaga kerja (semak fungsi beban tugas) elok kita lihat system kerja di Air Asia atau di syarikat Toyota. Contoh di unit kecil cukup 2PT,1 KPT sahaja. Maksimumkan penggunaan ICT
Zahrollail bin Zainal BP
28. Pihak Pengurusan perlu mencari cara untuk mengimarahkan surau JPA agar nampak ceria.
Hairi BP
29. Sediakan nombor di kaunter untuk memudahkan pelawat berurusan
Hairi BP
30. Sediakan satu unit komputer di C1 dan C2 untuk pelanggan semak atau mendapatkan info-info JPA dan pekeliling terkini untuk jadikan panduan
Hairi BP
31. Mana-mana warga JPA Kumpulan Sokongan dan PTD yang
Mohd Fadzil Hassan BKP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 8
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
berkhidmat selama 10 tahun wajib tukarkan di mana-mana Jabatan seluruh negeri. Ini untuk mengelakkan dari tekanan jiwa
32. Tubuh unit penguatkuasa, memantau kenderaan Jabatan yang dilihat di sekitar kediaman kuarters yang tidak sepatutnya berlaku (Boleh contohi ATM)
Rashid Md Junus BKP
33. Pertandingan karaoke 3 bahagian - Berduet (lelaki dan wanita) - Single (perseorangan) - Berkumpulan 5 orang -
Rashid Md Junus BKP
34. Sediakan Bilik Persalinan untuk Polis Bantuan di Blok C1 atau C2 untuk tugas harian
Zakri Daud BKP
35. Sediakan TV di lobi Blok C2 bagi pelawat yang datang untuk elakkan pelanggan bosan dan ceriakan lobi C2
Zakri Daud BKP
36. Bagi Pegawai Khidmat Pelanggan yang bertugas di Kaunter disediakan pakaian khas yang melambangkan Integriti JPA. Suka ceria mata pelawat
Zakri Daud BKP
37. Sedikan kotak pungutan surat di Lobi C1 dan C2
- -
38. Mempertingkatkan mutu lokasi kursus di luar daerah dan negeri seperti menghantar ke tempat-tempat jauh dalam beribu batu (contoh Negeri Sarawak)
Wazniah BKP
39. Membuat penyimpanan khas untuk Pas Pelawat bagi tujuan keselamatan
Wazniah BKP
40. Alamat emel warga JPA diringkaskan kerana terlalu panjang
Wan Baharudin bin Wan Mahmood
BKP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 9
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
41. Perluaskan penggunaan aplikasi “Sharing Network” antara Unit/Sektor untuk share folder.
Mohd Najib bin Abdullah
BKP
42. Cadangan supaya membuat panel penilai bagi amalan 5S. Hendaklah dibuat pada bulan 5. Ini sesuai dengan angka 5
Mohd Fadzil Hassan BKP
43. Perlu ada laporan aktiviti/mesyuarat dilaporkan kepada kaunter lobi C1 dan C2 dan Cyberjaya untuk mengelakkan kekurangan pas pelawat. Ini memerlukan kerjasama semua pihak
Emi Zulfika BPP
44. Sediakan air mineral pot atau air bagi pelawat di Blok C1 dan C2
Musiah Ali BPP
45. Upgrade kaunter pertanyaan di Lobi C1 dan C2 yang “ibarat hidup segan mati tak mau” kaunter Jabatan lain jauh lebih hebat
Nurul Fiziera BPP
46. JPA Peneraju Perubahan Perkhidmatan Awam tapi orang awam datang sini pun geli nak pegang Pas Keselamatan yang kotor dan melekit
Nurul Fiziera BPP
47. Waktu anjal Berkesan untuk kaunter tidak perlu bagi kakitangan biasa kerana tugas harian dimulakan selepas doa. Sebelum duduk makan dan berbual
Noraini Idris -
48. Merakamkan kedatangan ke pejabat dengan penggunaan Sistem Biometrik (Imbasan Cap Ibu Jari Tangan) penipuan dalam rakaman kad perakam waktu
Ananis Abdul Halim BPPs
49. Memohon gaji kumpulan sokongan 2 ditambahkan. Tidak hanya tertumpu pada kumpulan Profesional
- -
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 10
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
50. Setiap pegawai di JPA dibekalkan organizer/planner elektronik bagi memudahkan perancangan/penjadualan aktiviti kerja
Roziana -
51. Selamatkanlah skim PTD
Sakinah BMI
52. Mengenal pasti jawatan-jawatan di Bahagian-bahagian di JPA yang tidak berfungsi contoh: W22 ditempatkan di Unit Operasi tanpa menjalankan tugas-tugas kewangan
Norinai Idris BMI
53. Memperkenalkan sistem saraan yang lebih kompetitif (performance based) bagi meningkatkan produktiviti penjawat awam sekaligus menyediakan budaya negatif seperti rasuah
Farid -
54. Pengiktirafan “Benchmarking” di JPA “Benchmarking” merupakan satu daripada TQM yang digunapakai oleh JPA dalam penyelidikan
Mohamad Shahruddin BS
55. Sedikan peti “kios; di Lobi C1 dan C2 untuk pelawat mendapat maklumat terkini dan semasa melawat di JPA
Zakri Daud BKP
56. Adakan facebook khas untuk bayaran balik pinjaman
Hamsiah Nawiham BMI
57. Pengiktirafan pejawat awam yang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma, Degree @ Master dengan imbuhan sewajarnya seperti PTD. Kami skim N41 mohon dinilai semula
Shaiful Anuar UiTM
58. Mohon pelan lokasi blok bangunan dalam laman web JPA mudah untuk locate bangunan
Norhayati Morne Sarawak
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 11
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
59. Sediakan bahan bacaan di Lobi C1 dan C2 untuk pelawat contoh :surat khabar dan majalah
- -
60. Sediakan papan kenyataan/papan informasi di Lobi C1 dan C2. Tidak semua pegawai dapat buka internet/portal JPA
Zakri bin Daud BKP
61. Mewujudkan data Bank soalan KPSL secara online bagi tujuan revision
Noor Aini binti Mad Sapii
BKP
62. Saya cadangkan untuk memasang sistem cctv di dalam lif supaya senang jika ada berlakunya kecemasan dan kehadiran YBhg. dan yang lain-lain
Mohd Nizam -
63. Harap pakaian uniform Pegawai Khidmat Pelanggan/Blazer warnanya supaya barisan hadapan Jabatan nampak lebih gah dan mesra pelanggan. Cadangan warna seperti merah/kuning cair
Fiziera BPP
64. Saya cadangkan JPA membuat petak diantara Blok C1 dan C2 bagi mengelakkan sesuka hati meletak kereta dengan jarak yang kurang sesuai. Perhatian kepada ibu-ibu mengandung dan yang membawa anak ke TASKA.
Khairul Nisak BMI
65. Kaunter lobi C1 dan C2 diubah supaya penggunaan laci dan rekabentuk sekarang tidak lagi digunakan contohi JPM. Tetap mesra pelanggan kerana kaunter sekarang banyak mendedahkan kelemahan JPA kepada pelanggan. Tugas PKP dan PB wajar diasingkan bukan hanya di kaunter yang sama
Zulfika BPP
66. Lobi C2 memerlukan banyak kemudahan seperti di C1 contohnya
Emi Zulfika BPP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 12
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
penggunaan TV perlu dihidupkan bukan untuk hiasan. Sediakan surat khabar untuk kemudahan pelawat menunggu. Pelawat ramai di Lobi C2 Pekeliling Perkhidmatan ada menyebut tentang ciri-ciri ini kemudahan selesa dan sempurna untuk pelanggan perlu dititikberatkan
67. Minta pengusaha makanan di cafeteria Blok C1 ditukar. Menu yang sama hari-hari harga makanan kadang kala tidak tetap dan tidak berpatutan. Muka casher perempuan tersebut masam mencuka dan tak mesra pelanggan menyampah tengok.
- -
68. Kaunter C1 dan C2 perlukan perubahan seperti kaunter di Jabatan lain yang lebih menarik dan dicadangkan kaunter seperti di CIMB dan Maybank agar penampilan lebih elegen.
- -
69. Kafe C1 kelihatan suram. Mohon agar pihak pengurusan cari pengusaha makanan pelbagaikan masakan. Tidaklah hari-hari makan masakan yang sama
Sofian bin Mat Saman BKP
70. Mohon cari peniaga yang betul-betul nak berniaga di kedai cenderamata. Buka kedai lambat, kadang-kadang langsung tak berniaga kesian pada orang awam dan pelajar yang memerlukan perkhidmatan photostat. Kompleks C hanya ada 1 mesin photostat di JPA
Sofian bin Mat Saman BKP
71. Sistem pemantauan kehadiran bagi pegawai yang mohon peperiksaan KPSL tetapi tidak hadir. Sepatutnya pegawai perlu hadir ke pejabat
Noor Aini binti Mad Sapii
BKP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 13
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
tetapi mengambil kesempatan ponteng tanpa diketahui Ketua Jabatan
72. Mohon kemudahan internet di kaunter C1 & C2, PKP dan Polis Bantuan tak boleh akses directory pegawai @ alamat-alamat kementerian /Jabatan lain. Malu bila orang awam minta alamat/nombor jabatan lain kami tak boleh semak.
Nurulfizera BPP
73. Memohon Biasiswa Pelajar Perubatan dipercepatkan.
Penerima Biasiswa -
74. Komputer di Blok C1 dan C2 ditukar mengikut perubahan masa
- -
75. Mohon pihak BKP pantau pemakanan di taska mengikut apa yang telah ditetapkan oleh JKM makanan berkhasiat
- -
76. Kursus Pra Persaraan/Taklimat bagi bakal pesara pegawai di JPA agar dijemput/dihadiri bersama dengan isteri dan suami masing-masing
Kamarulzaman bin Tahir
BP
77. Wujudkan etika berpakaian bagi pegawai wanita mengandung yang bersesuaian ke pejabat (tidak menjolok mata)
Khirwati binti Ishak BKP
78. Masukkan siaran tv. Mesin vendor perlu ada setiap level. Sediakan skrin layar khas untuk perkhidmatan JPA
Fisha/Khaty/Mai BPP
79. Pas Pelawat di kaunter C2 telah berkurangan ini menyukarkan pelawat yang hadir kemudian kerana kena menunggu pelawat yang terdahulu. Minta tambah pas pelawat.
Shahrizal BK
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 14
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
80. Tukar rumah sukan kepada nama seperti Oren - Bendahari, Hijau - Menteri, Kuning - Laksamana dll.
Mohd Rashid bin Mat Junus
BKP
81. Memandangkan pihak JPA mengeluarkan banyak pekeliling dan dasar mengenai perkhidmatan, seharusnya seluruh warga diberitahu melalui email atau media tentang pekeliling yang di keluarkan.
Noor Dieana Saifuddin
BPO
82. Menyediakan peti untuk barang yang hilang dan jumpa di lobi (Lost and Found)
Md Nasir bin Md Zain BPP
83. Sediakan ruangan tertutup 'Taman Permainan Kanak-kanak' supaya kanak-kanak yang datang tidak berlari-lari membuat bising di lobi.
Nurul Fiziera BPP
84. Menyediakan tempat letak payung di setiap lobi C1 dan C2
Md Nasir bin Md Zain BPP
85. Staf JPA yang tiada mengambil MC selama 1 tahun hendaklah di beri hadiah saguhati.
Zakri Daud BKP
86. Bagi pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di kaunter lobi C1 dan C2 disediakan pakaian khas yang melambangkan intergriti JPA serta ceria di mata pelawat.
Zakri Daud BKP
87. Ingin dicadangkan agar ditubuhkan satu kumpulan muzik yang mana ianya akan memeriahkan lagi sebarang majlis yang dilakukan oleh jabatan, secara tidak langsung ianya boleh mencungkil bakat yang terpendam di jabatan ini.
Shahrizal Zakaria BK
88. Sediakan baju uniform untuk digunakan pada hari tertentu
Noraiza BP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 15
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
89. Bina pintu penghalang di basement parkir untuk tiada kenderaan yang tidak sepatutnya masuk.
Pinta Zulfitri BK
90. Pondok 'drive-tru' untuk penerimaan borang seperti KFC untuk elak masalah parker
Ahmad Nizam bin Norali
BP
91. Gunakan thumb print sebagai ganti punch card
Siti Maisarah binti Roslan
-
92. Sistem penilaian prestasi dan pergerakkan gaji berdasarkan star rating seperti di swasta untuk persaingan positif.
Siti Faieyqah bt Mohd Fisall
BP
93. Menggantikan sistem menulis nama pelawat di kaunter lobi kepada satu sistem yang menggunakan mykad sebagai akses pelawat keluar masuk di JPA. Maklumat pelawat dapat direkod secara terperinci seperti menggunakan thumb print.
Emi Zulfikar BPP
94. Memastikan Pegawai khidmat pelanggan dan warga JPA memahami tugasan bahagian bagi memastikan pelanggan disambungkan pada desk officer yang betul.
Kama Azidi Kamarulzaman
BK
95. Mewujudkan satu sistem kedudukan pegawai secara maya untuk pelanggan berinteraksi.
Hairi bin Abu Samah BP
96. Bahagian pengurusan perlu mewujudkan cenderahati khas melambangkan harmoni JPA dan organisasi
Hairi bin Abu Samah BP
97. Wujudkan ruang untuk permainan indoor di sini
Huzaimi bin Baharudin
BKP
98. Penggunaan data perkhidmatan sedia ada menggunakan teknologi
Kamal Azizi bin Shahadan
BPPs
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 16
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
terkini contohnya A.J dan lain-lain
99. Meletakkan buku-buku bacaan pada ruang menunggu
Sham BS
100. Size kapasiti emel melebihi 100mb
Huzaimi bin Baharudin
BKP
101. Sediakan tagline JPA yang cachy contohnya “Inovate Your Dream”
Kamal Azizi bin Shahadan
BPPs
102. Wujudkan sistem PKP di Bahagian Saraan
Ika BPP
103. Jabatan Peguam Negara telah dapat bangunan baru di Presint 4, mohon JPA minta semula Blok C3 untuk kelegaan ruang pejabat JPA.
Zahrollail bin Zainal BP
104. Jika boleh semua perkhidmatan kepada pelanggan atau pelanggan ke JPA semua melalui portal /web seperti maybank 2U (self Assessment/layan diri) dapat jimatkan masa, RM & sm.
Zahrollail bin Zainal BP
105. Dalam satu Bahagian, adakan penggiliran kerja pegawai di unit/sector/seksyen 3 bulan – 1 tahun supaya dapat menguasai kerja Bahagian. Setelah selesai pusingan, tugaskan di unit yang ia minat/berkebolehan.
Zahrollail bin Zainal BP
106. PC tak perlu selalu ditukar, kerana kos yang tinggi, elok up-gred perisiannya sahaja & penyelenggaraan yang baik.
Zahrollail bin Zainal BP
107. JPA adakan bayaran percuma (RM50-RM100) pada hp KPP (Gred 48 ke atas) pada hp peribadi mereka, kerana sering juga digunakan untuk urusan-urusan rasmi.
Zahrollail bin Zainal BP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 17
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
108. Adakan bayaran honorium (bayaran) kepada pegawai PAP yang sering diminta stayback (overtime) oleh penyelia/pengarah.
Zahrollail bin Zainal BP
109. Elok semua perkhidmatan di JPA secara layan diri di portal/web. Contoh: Bakal Pesara terus berurusan dengan BP tanpa melalui Jabatan akhirnya.
Zahrollail bin Zainal BP
110. Banyak perabot seperti kerusi/meja rorak/tertanggal. Elok repair gunakan tukang JKR/HARTANAH JPM. Jimat belanja kerajaan.
Zahrollail bin Zainal BP
111. - BP digabungkan dengan BS - BPO digabungkan dengan BK - INTAN di bawah JPAM atau Kem. Sumber Manusia
Zahrollail bin Zainal BP
112. System Komputer JPA seperti HRMIS sering hang/masalah. Elok kita belajar/pakai system seperti Maybank2U, CIMB Clicks dan sebagainya mereka bagus, tiada masalah & pelanggan lebih ramai.
Zahrollail bin Zainal BP
113. Taklimat/ceramah ke luar: pembahagiannya hendaklah adil/sama rata kerana RMnya banyak (tuntutan ceramah & perbatuan)
Zahrollail bin Zainal BP
114. Golden Handshake 150 hari di bayarkan kepada pegawai yang telah mencapai umur 55 bagi pegawai yang memilih opsyen 58
Norinai Idris BMI
115. Masalah ruang pejabat JPA. Elok dapatkan satu bangunan 20-30 tingkat yang dapat himpunkan semua Bahagian & stor Bahagian dan ruang kosong untuk 5-10 tahun
Zahrollail bin Zainal BP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 18
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
mendatang.
116. Masalah disiplin/integriti/moral- masukkan dalam kursus/kem ibadah (+ 1-4 minggu) atau umrah supaya wujud ketaqwaan dalam diri pegawai.
Zahrollail bin Zainal BP
117. Wujudkan kaunter yang lebih sesuai di Blok C1/C2 kerana sudah lama yang ada buat pada waktu ini iaitu di lobi.
Hamba Perihatin -
118. Khidmat cemerlang (APC) daripada hadiah RM & sijil tukar kepada melancong / umrah dipilih ke program COTI, JICA dan sebagainya.
Zahrollail bin Zainal BP
119. Kedai mini di C1 tidak maju, elok bagi kepada india muslim (mamak), supaya maju & meriah (banyak barang ada).
Zahrollail bin Zainal BP
120. Sediakan sudut pandangan hijau untuk tatapan minda setiap Bahagian.
Sathan Raj A/L Rajan BKP
121. Keutamaan parking untuk warga emas yang berumur 55 tahun ke atas/ pegawai yang sakit seperti stroke, di bawah bangunan – masyarakat perihatin
Norinai Idris BMI
122. Wujudkan koperasi JPA untuk kebajikan / kemudahan anggota JPA/bekas anggota JPA
Zahrollail bin Zainal BP
123. Insuran berkelompok untuk kakitangan Awam
Norinai Idris BMI
124. System „smiley box‟ yang ada sekarang tidak efisyen. Ubah kepada system e-smiley (terus melalui online). Fikirkan kaedah
Nurul Fiziera BPP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 19
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
yang sesuai.
125. Saya ingin cadangkan penggunaan perisian seperti Microsoft office outlock senang dan mudah, malah mempunyai „notification‟ apabila e-mel baru sampai supaya respon pegawai JPA lebih pantas.
Ahmad Razif Ramli BPO
126. Mewujudkan satu pasukan gerakan pengintip JPA untuk memantau pergerakan pegawai JPA yang keluar pada waktu bekerja kecuali PAP yang ditugaskan menghantar surat ke luar jabatan.
Fariza binti Zainuddin BKP
127. Ramai staff minum antara jam 8.00 am – 8.45 am.
Mohd Noor BMI
128. Mengadakan hari tanaman hijau
Sathan Raj a/l Rajan BKP
129. Mengadakan pertandingan kebersihan pejabat di antara Bahagian-bahagian JPA
Fariza binti Zainuddin BKP
130. Kafetaria JPA C1 dan kurang sambutan, kecilkan ruangnya, sebahagian digunakan seperti runag pejabat/stor Bahagian.
Zahrollail bin Zainal BP
131. Jawatan W22 di BMI tiada fungsi. W22 tidak menjalankan tugas kewangan
- -
132. Pasangkan banner etika pakaian pejabat untuk kakitangan/pelawat.
Polis bantuan JPA BKP
133. Cadangan agar kerajaan memberi bantuan subsidi harga basikal dan galakkan penduduk putrajaya berbasikal ke tempat kerja.
Kamarol Hakim BKP
134. Mengadakan pertandingan kitar semula barang terpakai.
Sathan Raj a/l Rajan BKP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 20
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
135. Menggunakan mesin cap jari untuk merekod kehadiran pegawai
Sathan Raj a/l Rajan BKP
136. Minta sediakan kemudahan mesin fotostat untuk kegunaan pelanggan yang datang ke JPA
- -
137. Menyediakan bilik untuk menghilangkan stress waktu kerja.
Sathan Raj a/l Rajan BKP
138. Modul psikologi kemanusiaan diwajibkan untuk diiukuti oleh pegawai pengurusan pertengahn dank e atas (Gred 48 ke atas)
Haslinda binti Abdul Razak
BPPs
139. Perhimpunan bulanan harap staff di Bahagian masing-masing menaikkan bendera.
- -
140. Pihak atasan yang mahukan kemajuan dalam system penyampaian perkhidmatan „front linear‟ perlu mengkaji semula keperluan-keperluan yang wajar disediakan. Jabatan lain jauh lebih maju dari segi keperluan dan perkhidmatan.
- -
141. Perkhidmatan yang disediakan amat baik sekali, teruskan usaha.
- -
142. Mencadangkan agar preventive maintenance untuk computer di JPA diselenggarakan sendiri oleh Jabatan/Bahagian yang mana F17 dan F29 boleh mengambil alih tugas vendor/kontraktor ICT luar dan penjimatan darisegi kewangan.
Mohamad Shahruddin bin Zaidil
BS
143. Wajibkan pemeriksaan kesihatan bagi warga JPA setiap tahun sekali, supaya setiap warga menjaga kesihatan dan mengetahui tahap kesihatan masing-masing.
PPUTM BKP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 21
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
144. Hidupkan semula sesi senaman ringan selepas bacaan doa setiap pagi. Instruktor boleh bersiar dari bilik siar raya dan pegawai akan ikut dari tempat masing-masing.
PPUTM BKP
145. Eluan khas diberikan kepada PT(P/O) yang mahir dalam grafik dan teknologi ICT bagi menggalakkan semua PT mahir ICT
Kamarol Hakim Khairuddin
BKP
146. Tolong tinggikan kaunter pertanyaan. Sangat tidak sesuai meja kaunter terlalu rendah.
- -
147. Sediakan skrin elektronik yang memaparkan/aktiviti yang sedang / akan berlangsung supaya Pegawai Khidmat Pelanggan labih „alert‟ di kaunter Lobi C1 dan C2.
Nurul Fiziera BPP
148. Jangan ambil mudah perkara kecil tetapi memberi impak kepada jabatan. Pihak pengurusan kena peka dan kena ambil tahu kekurangan yang jabatan sediakan kepada pelanggan yang berurusan dengan JPA
- -
149. Terima kasih kerana menceriakan surau.
Mohd Zulhairi BP
150. Makanan di café C1 semakin mahal. Maklumkan untuk mengurangkan harga makanan.
Ahmad Syafiq Mohamad Rudzalan
BKP
151. Sediakan coffe corner @ mineral port di lobi C1 dan C2. Pelawat yang dating kehausan dan kepenatan berjalan jauh. Contoh: pesara/orang awam yang menaiki bas.
Nurul BPP
152. Bil utiliti JPA bagi tahun 2011: Bil utiliti JPA (carbon footprint)=
Siti Khadijah Abd Gani
BPP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 22
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
Tanam banyak pokok
153. Dalam web/portal JPA masukkan semua info/acara perhimpunan bulanan JPA seperti pertukaran/naik pangkat pegawai, berita semasa, ucapan KPPA/ pengarah-pengarah sebaik selesai perhimpunan dalam pautan khas.
Zahrollail bin Zainal BP
154. Memberi penghargaan kepada pegawai yang hadir bekerja tanpa cuti.(tidak pernah mc)
Sathan Raj a/l Rajan BKP
155. Adakan pertukaran dalaman pegawai P&P (gred 41-54) antara Bahagian/unit jika seseirang pegawai itu telah berada 4/5 tahun di Bahagian berkenaan bagi menambahkan pengalaman kerja pegawai.
Zahrollail bin Zainal BP
156. Perkhidmatan shuttle kepada pelawat khususnya pesara. Cadangan ini bersesuaian dalam usaha member khidmat terbaik kepada rakyat.
Nurul BPP
157. Pohon dicadangkan penggunaan paper bag kepada warga ditukarkan kepada fabrik kain yang lebih tahan lama. Ini adalah kerana JPA tidak menggalakkan plastic beg dan menjimatkan kos, saiz yang sesuai dan tahan lama.
Siti Nasibah Hj Ahmad
BKP
158. Hidupkan semula sesi bersenam bersama KPPA setiap petang rabu jam 5.30 – 6.30 petang.
PPUTM BKP
159. Mengadakan hari sambutan kerja untuk penjawat awam.
Sathan Raj a/l Rajan BKP
160. Modul penghayatan nilai-nilai kerohanian islam dimasukkan
Haslinda binti Abdul Razak
BPPs
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 23
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
dalam kursus Induksi Umum untuk semua pegawai Baru.
161. Put in place an emergency procedure!!! Case in paint gempa 14/06/2011
Aida Idris BPP
162. Membuat system e-Aduan JPA.
Rekha Kanapathy BS
163. Menyediakan tanda arah Bilik Mesyuarat di aras 1 berhampiran lif.
Rohani Hussin Cyberjaya
164. Penambahbaikan Sistem HRMIS (RM1.00 x 1.43 juta penjawat awam = RM1.43 juta) -> upgrade server/upgrade talian.
Putri Noorafedah binti Megat Tajudin
Cyberjaya
165. Penggunaan skype sebagai alat komunikasi di antara Jabatan. Skype to skype adalah percuma dan boleh menjimatkan kos panggilan telefon kerajaan.
Rusdi bin Yahya 03-8946 4686 rusdi.yahya
BK
166. Gelaran jawatan pegawai dan kakitangan di bawah selaiaannya diselaraskan mengikut struktur dalam carta organisasi bagi memudahkan rujukan dan komunikasi terhadap pelanggan dalaman dan luaran terutama dalam hal-hal berkaitan fungsi tugas.
Ahmad Fauzi bin Idris 03-8946 4511
afauzi
BK (CPK)
167. Bagi mengurangkan rungutan daripada calon-calon tentang kesukaran mendapatkan parking di Bangunan SAPURA dan kelewatan calon memasuki dewan peperiksaan kerana parking yang sangat jauh daripada Bangunan SAPURA adalah dicadangkan supaya ingatan berkaitan perkara ini dipaparkan di Web JPA dalam bentuk „Pops-Up‟ semasa calon ingin mencetak slip peperiksaan.
Hazri bin Sabtu 03-8946 4501
hazri.sabtu
BK (CPK)
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 24
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
168. Membangunkan sistem pengajaran interaktif secara maya bagi memberi peluang kepada peserta yang tidak berkesempatan berkursus di INTAN bagi menambah pengetahuan dan di samping dapat mengurangkan kos berkursus.
- INTAN
169. Borang permohonan berkursus hendaklah ditukarkan kepada sistem on-line sepenuhnya
- INTAN
170. Kursus berkaitan Pengurusan Perkhidmatan „Video Confrence‟- jimat kos dan masa serta berkesan
Nurdina binti Mohd Sopi
INTAN
171. Menyediakan kiosk „e-guestbook‟ dan „e-smiley‟ di lobi C1 dan C2 untuk pelanggan JPA isi. Penggunaan buku pelawat dan kotak smiley dilupuskan (paperless). Jenuh nak disuruh pelanggan isi buku pelawat dan kira kotak smiley hari-hari.
Jocinta Strutt BPP
172. Pusat Jagaan Anak Mewujudkan pusat ini memberi kelebihan pada ibu bekerja kerana dapat bekerja dengan lebih produktif disamping boleh mengurangkan kos menghantar anak ke pusat jagaan swasta. Anak juga dapat dipantau.
Nurul Kamsiah Hanim INTAN
173. Thumbprint menggantikan punch card
Sukinah Mohamad Rosli
BK
174. Mewujudkan sistem Thumbprint menggantikan punch card
Muhamad Shanizam bin Harun
-
175. Memasang sistem GPS pada setiap kenderaan untuk memantau penggunaan minyak, lokasi dan sebagainya. GPS (black box)
Mohd. Fauzi bin Irin -
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 25
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
176. Menyediakan satu pengkalan data bagi staff JPA untuk akses, download, upload berbagai-bagai seperti movie, fail, cadangan inovasi dan macam-macam lagi.
Khairul Anuar bin Hassan
BPM
177. Cipta satu laman web khas untuk pelajar yang dapat biasiswa JPA yang mengandungi segala maklumat bayaran dan masalah yang dihadapi oleh mereka sekiranya bayaran lambat dibayar supaya mereka sedia maklum dan ambil tindakan sendiri.
Siti Hajar binti Abdul Wahab
-
178. Mewujudkan „customer service‟ (talian) untuk semua bahagian.
Norhana Md Affendy -
179. Membina perumahan Kerajaan dihadapan pejabat bagi mengelakkan lewat sampai ke pejabat dan parking penuh khususnya.Boleh berjalan kaki ke pejabat.
Nik Salmi Mohamat -
180. Pemantauan Telefon Pegawai JPA online.
Mastura BKP
181. Meriahkan suasana tempat kerja. Sebagai contoh dunia dalam fantasi, di petisyen letakkan gambar-gambar yang menceriakan suasana.
BK
182. Menyediakan tempat berkaraoke untuk mengasah bakat dan stress di pejabat.
Abu Huzaifah Arifin -
183. Wujud sistem log buku kursus online atau auto, tiada masalah lupa update (mengemaskini) buku log
Mohd Farid BKP
184. Saya cadangkan supaya JPA menyediakan parking bertingkat supaya pekerja awam dapat datang
Kamarul Afifi bin Zull BPO
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 26
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
kerja dengan lancar.
185. 1) Membina bilik karaoke untuk melepaskan stress 2) Mengadakan pertandingan gusti lengan diantara jabatan
Sathan raj BKP
186. Melibatkan pegawai sokongan didalam mesyuarat Bahagian/Jabatan
Wan Nor Azwani binti Wan Mansor
BP
187. 1) Sistem menggunakan touch screen 2) Punch Card melalui ibu jari
Sarah BPP
188. Set Up networking pc pegawai ke mesin fotostat. Ini akan dapat menjimatkan dari segi kos, masa dan tenaga.
Izwan bin Ishak BK
189. Gunakan Gtalk atau YM sebagai salah satu komunikasi dikalangan pegawai JPA selain dari telefon atau emel. Penggunaan emel juga bagus namun Gtalk atau YM lebih cepat dan tahu status pegawai.
Nor Dahlia BPP
190. Mentransformasikan perubahan JPA ke arah yang lebih maju dan berfikiran yang maju
Siti Nooraishah binti Paurjin
BK
191. Sistem pemberian memo antara bahagian yang lebih efisien / berkesan
Herrniwati Ngatiman BPM
192. Mewujudkan semula „penggunaan mesin taip untuk memudahkan menaip alamat, surat menyurat pada pos laju (form) tanpa menggunakan penulisan tangan yang menggunakan lebih tenaga. Juga menjimatkan masa.
Nor Azrai bin Amran -
193. Menggunakan telefon telinga untuk mempercepatkan jawab panggilan sebelum deringan ke 3.
Nabilah binti Mazlan BK
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 27
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
194. Pengumpulan point individu bagi anugerah staff of the year -medium mesti tidak didalam bidang tugas (cth : kehadiran, penglibatan dan lain-lain)
Mohd Salleh BPM
195. Membuat pertandingan slogan „Hello JPA‟ untuk seragamkan cara jawab telefon di JPA agar lebih mesra dengan pihak luar.
Erny BK
196. Menyediakan klinik kesihatan dan bilik rehat untuk pegawai yang mengalami masalah kesihatan ringan. Contoh pening.
Mohd Syafik bin Mohamed
BK
197. Menggunakan sistem punch card secara online dan hanya boleh punch online bila berada di JPA sahaja.
Emyliza Sharida Asari BPO
198. Setiap bahagian di JPA perlu mengadakan satu perjumpaan diantara bahagian masing-masing untuk berbincang mengenai kelemahan yang berlaku sepanjang tahun di bahagian masing-masing.
Noormanurrah -
199. Apabila ada kelemahan dan ketidakpuasan hati diantara pembantu tadbir dan pegawai, bolehlah dibincang dan dibentangkan semoga hubungan itu bekerja dalam suasana yang aman dan kerja pon ok.
Noormanurrah -
200. Mengadakan “ladies night” di JPA
Haiza BK
201. Menambah Server
Mohd Hanif bin Mukhtar
-
202. Menggantikan Sistem Punch Card manual kepada sistem biometric (thumbprint dan sebagainya)
Mohd Nazri BP
203. Menyediakan ruang rehat untuk pegawai JPA
Ahmad Husaini BPO
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 28
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
204. Mengadakan sensor di setiap di setiap lif dimana sensor tersebut boleh mengsesan individu yang ingin menggunakan lif. Dengan ini, lif akan terbuka dengan sendirinya tanpa menekan butang.
Aryantie binti Ghazali BK
205. Memberi peluang kepada kumpulan sokongan untuk melanjutkan dan meningkatkan kemahiran kerja ke Luar Negara dengan bantuan biasiswa.
Siti Nur Farhana binti Ismail
BK
206. INTAN perlu lebih besar supaya menjadi institut penjawat awam yang unggul
Fakarudin bin Bachek -
207. Membuat semua sistem cuti belajar secara online
Norhafiza bin Mohd Said
-
208. Buat satu sistem untuk mempercepatkan proses naik pangkat. Buat satu sistem supaya tahu siapa yang belum naik pangkat untuk yang memangku.
Syafinar Teh BK
209. Mewujudkan 1 Sistem penilaian baru staf terhadap para bos disamping prosedur yang biasa dilakukan bos terhadap staf
- -
210. -Ubah kedudukan parking dengan penyusunan semula -Dataran JPA ditukar kepada parking berperingkat
Mohamad Idzwan Mustapa
-
211. Wujudkan sistem Peperiksaan secara „online‟, tidak perlu hadir ke pusat peperiksaan.
Fadzillah binti Azimi -
212. Menyediakan garaj menyusur ke tempat parking dari antara bangunan pula itu ada escalator seperti di KLIA bagi golongan OKU
Khairul Anuar bin Hassan
BPM
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 29
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
213. Menyediakan sistem „thumbprint”
Mohd Naim Md Nawi BKP
214. Mewujudkan Klinik Kesihatan 1 Malaysia diJPA, salah satu cara untuk mengelakkan staf kerap mengambil MC yang tidak betul.
Fizian -
215. Mengadakan parking kereta berperingkat
Aryantie Ghazali BK
216. Pengarah harus memastikan pegawai yang dilantik bekerja menggunakan akal yang panjang. Di hantar kursus untuk tugas yang bakal dibuat bukan hanya tahu menjerit dan pegawai muda harus mempunyai sifat pegawai yg baik terutamanya dengan staf veteran maka tidak wujud kelompok-kelompok yang bermaksud ada jurang di antara pekerja.
Azian Sapuwan BMI
217. Membina satu kemudahan untuk penjawat awam seperti tren yang terus menuju ke pajabat-pejabat awam bagi mengelakkan penggunaan kereta yang terlalu banyak.
Sharifatul Aishah BK
218. Sediakan delivery makanan atau nasi bungkus ke meja staf JPA.
Khairul Anuar bin Hassan
BPM
219. Sediakan laluan berbumbung dari tempat parking C2/C1
Mohd Yusoff bin Hassan
BK
220. Menggunakan “thumb print” menggantikan punch card
Syazana.zin BK
221. Tambah parking bertingkat
Izzul Fadzli -
222. Mencadangkan agar JPA dapat menyediakan padang bola dan gelanggang futsal atau badminton, tidak perlu mnyewa gelanggang.
Jazli BPO
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 30
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
223. Bila ada yang minta untuk pilih penempatan sendiri kena ego tidak perlu tinggi untuk jadi yang terbaik individu ada masalah. Jika perubahan tempat kerja boleh buat orang rasa gembira, dia akan rasa gembira bekerja dan prestasi akan meningkat.
Salmi Salim -
224. Mewujudkan satu portal web untuk kakitangan JPA supaya pegawai digalakkan/yang menggunakan smart phone perlu mendaftar di portal tersebut untuk menjadi pergerakan pegawai tersebut yang akan diadaptasi melalui Google Latitude
Mohd. Rizuwan -
225. Menggunakan Akses Keselamatan dalam semua bahagian ICT
R. Sarawana Kumar A/L Rakupathy
-
226. Sistem online yang boleh dipantau dimana jua berada
Abu Huzaifah Arifin
227. Hal parking : Selain masalah Jabatan nak tambahkan parking, PB yang sepatutnya menjaga ruang parking yang tiada garisan petak pada setiap pagi supaya tiada kereta yang meletakkan kereta dengan ruang parking yang besar, yang menyebabkan kereta lain tidak dapat parking.
Noraini Mawarni binti Baharudin
BP
228. Wujudkan satu sistem 3G antara pekerja dengan pakar psikologi JPA untuk mendapatkan bantuan kaunseling sebab masih ramai malu untuk mendapatkan perkhidmatan bila bersemuka.
Mohd Najib @ Mohd Arif
BS
229. Mengadakan / sediakan HRMIS dan juga portal JPA didalam emel setiap pegawai. Boleh dicapai terus.
Azlia BK
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 31
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
230. Sistem yang menggunakan teknologi yang mudah, cepat dan berkesan
Mirnani Nawari -
231. Sistem pantau pergerakan pegawai
M. Nizam Shaharuddin
-
232. Directory pegawai JPA berdasarkan fungsi tugas
Encik Suhaimi bin Ali @ Ahmad
BKP
233. Papan "Event of The Day" Encik Khairulazli bin Othman
BKP
234. Wujudkan pasukan/team customer service untuk menjawab soalan dari pelanggan atau pegawai awam dan pastikan team tersebut mahir dengan dasar, info semasa, tatacara yang betul di JPA tanpa perlu merujuk / sambung kepada pegawai selagi soalan yang diajukan tidak serius. Macam di Bank ada online service untuk layan pelanggan.
Nurul Nazira Binti Razali
-
VII. IDEA INOVASI YANG DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA PENYELARASAN IDEA INOVASI PADA TAHUN 2011
Pihak urus setia telah menerima sebanyak 234 idea daripada
warga dan pelanggan JPA sepanjang tahun 2011. Semua idea yang diterima telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Idea Inovasi yang telah diadakan pada 22 Februari 2011, 24 Jun 2011 dan 12 Oktober 2011. Jawatankuasa telah bersetuju untuk menerima sebanyak 36 idea seperti di bawah dan telah dikemukakan kepada Bahagian-bahagian untuk maklum balas.
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
1. Pohon tugas tambahan untuk mengisi masa senggang anda semasa di pejabat
YBhg. Tan Sri Abu Bakar bin Haji
Abdullah
KPPA
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 32
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
2. Mewujudkan Unit Khas Inovasi dalam setiap Bahagian yang dianggotai oleh semua peringkat jawatan. Tujuannya melahirkan inovasi Bahagian
Puan Fatimah Hanum binti Haji Mohamad
Hajari
BPPs
3. Mesyuarat Pengurusan peringkat Bahagian boleh dibuka kehadiran kepada Pegawai Kumpulan Sokongan secara bergilir
Encik Mohd Muneer bin Othman
BP
4. Menukar @ meningkatkan bentuk kaunter supaya lebih efisien dan teratur seperti di Kementerian lain. Rekabentuk kaunter sekarang kurang mesra pelanggan
Puan Emi Zufika binti M.Bastaman
BPP
5. Upgradekan sistem talian utama JPA kepada Sistem AVAYA (sistem tercanggih yang telah banyak digunakan oleh kementerian lain)
Puan Nurul Fiziera binti Mohd Kasim
BPP
6. Sediakan tempat pas pelawat yang strategik dan memudahkan pegawai bertugas memberi pas kepada pelanggan. Penggunaan laci kurang sesuai
Puan Emi Zufika binti M.Bastaman
BPP
7. Pencapaian SKT secara online. Objektif supaya semua peringkat pegawai mengetahui status pencapaian skt mengikut Bahagian/Sektor di JPA. Impak persaingan sihat antara Bahagian
Puan Rohamah binti Abu Bakar
BKP
8. Membuat Fail Meja secara maya dimana semua pegawai boleh mengakses fail meja semua pegawai secara capaian untuk memudahkan pegawai memahami tugas pegawai-pegawai lain
Encik Riziandy bin Nawawi
BKP
9. Anjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan Encik Mohd Hidayat bin Mohd Sauffi
BKP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 33
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
10. Sediakan MPK dan Fail Meja dalm portal
Encik Huzaimi bin Baharudin
BKP
11. Mewujudkan permohonan pelekat kenderaan secara online
Puan Norfasharina binti Zainal
BKP
12. Permohonan Percetakan secara online
Puan Laili Cheong binti Abdullah
BKP
13. Wujudkan permohonan LO secara online
Encik Mohd Sanizam bin Md. Saad
BKP
14. Struktur pentadbiran INTAN ditukar mengikut pentadbiran Universiti
Encik Wan Baharudin bin Wan Mahmood
BKP
15. ALARM STRESS!!! Untuk melihat tahap stress pegawai-pegawai JPA/diri sendiri dalam masa yang singkat
Puan Hazaila binti Hassan
BKP
16. Memanfaatkan muka pintu tandas (sebelah dalam atau luar) dengan iklan atau peringatan seperti amalan 5S, kebersihan dan motivasi
Encik Rosli Bidin BMI
17. Sediakan TV di lobi Blok C2 bagi pelawat yang datang untuk elakkan pelanggan bosan dan ceriakan lobi C2
Encik Zakri Daud BKP
18. Lobi C2 memerlukan banyak kemudahan seperti di C1 contohnya penggunaan TV perlu dihidupkan bukan untuk hiasan. Sediakan surat khabar untuk kemudahan pelawat menunggu. Pelawat ramai di Lobi C2 Pekeliling Perkhidmatan ada menyebut tentang ciri-ciri ini kemudahan selesa dan sempurna untuk pelanggan perlu dititikberatkan
Puan Emi Zufika binti M.Bastaman
BKP
19. Bagi pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di kaunter lobi C1 dan C2 disediakan pakaian khas
Encik Zakri Daud BKP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 34
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
yang melambangkan intergriti JPA serta ceria di mata pelawat.
20. Harap pakaian uniform Pegawai Khidmat Pelanggan/Blazer warnanya supaya barisan hadapan Jabatan nampak lebih gah dan mesra pelanggan. Cadangan warna seperti merah/kuning cair
Cik Fiziera BPP
21. Perlu ada laporan aktiviti/mesyuarat dilaporkan kepada kaunter lobi C1 dan C2 dan Cyberjaya untuk mengelakkan kekurangan pas pelawat. Ini memerlukan kerjasama semua pihak
Puan Emi Zufika binti M.Bastaman
BPP
22. Mohon pelan lokasi blok bangunan dalam laman web JPA mudah untuk locate bangunan
Puan Norhayati Morne
Sarawak
23. Sediakan bahan bacaan di Lobi C1 dan C2 untuk pelawat contoh :surat khabar dan majalah
- -
24. Kaunter lobi C1 dan C2 diubah supaya penggunaan laci dan rekabentuk sekarang tidak lagi digunakan contohi JPM. Tetap mesra pelanggan kerana kaunter sekarang banyak mendedahkan kelemahan JPA kepada pelanggan. Tugas PKP dan PB wajar diasingkan bukan hanya di kaunter yang sama
Cik Emi Zulfika BPP
25. Sistem pemantauan kehadiran bagi pegawai yang mohon peperiksaan KPSL tetapi tidak hadir. Sepatutnya pegawai perlu hadir ke pejabat tetapi mengambil kesempatan ponteng tanpa diketahui Ketua Jabatan
Cik Noor Aini binti Mad Sapii
BKP
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 35
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
26. Kursus Pra Persaraan/Taklimat bagi bakal pesara pegawai di JPA agar dijemput/dihadiri bersama dengan isteri dan suami masing-masing
Encik Kamarulzaman bin Tahir
BP
27. Menyediakan peti untuk barang yang hilang dan jumpa di lobi (Lost and Found)
Encik Md Nasir bin Md Zain
BPP
28. Menyediakan tempat letak payung di setiap lobi C1 dan C2
Encik Md Nasir bin Md Zain
BPP
29. Meletakkan buku-buku bacaan pada ruang menunggu
Encik Sham -
30. Size kapasiti emel melebihi 100MB Encik Huzaimi bin Baharudin
BKP
31. Directory pegawai JPA berdasarkan fungsi tugas
Encik Suhaimi bin Ali @ Ahmad
BKP
32. Papan "Event of The Day" Encik Khairulazli bin Othman
BKP
33. PC tak perlu selalu ditukar, kerana kos yang tinggi, elok up-gred perisiannya sahaja & penyelenggaraan yang baik.
Zahrollail bin Zainal BP
34. Mencadangkan agar preventive maintenance untuk computer di JPA diselenggarakan sendiri oleh Jabatan/Bahagian yang mana F17 dan F29 boleh mengambil alih tugas vendor/kontraktor ICT luar dan penjimatan dari segi kewangan.
Mohamad Shahruddin bin Zaidil
BS
35. Memberi penghargaan kepada pegawai yang hadir bekerja tanpa cuti (tidak pernah mc)
Sathan Raj a/l Rajan BKP
36. Menyediakan tanda arah Bilik Mesyuarat di aras 1 berhampiran lif.
Rohani Hussin Cyberjaya
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 36
VIII. KEPUTUSAN ANUGERAH IDEA INOVASI TAHUN 2011
Berdasarkan 36 idea berkenaan, pihak urus setia telah membentangkan perkara tersebut untuk diputuskan oleh Pasukan Petugas Inovasi JPA yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato‟ Dr. Ismail Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Urus setia mencadangkan agar idea yang menduduki tempat pertama diberi anugerah sebagai johan, idea tempat kedua sebagai naib johan dan idea di kedudukan ketiga diberikan tempat ketiga. Idea yang di kedudukan empat hingga sepuluh diberikan hadiah sagu hati. Senarai Idea Inovasi yang telah diputuskan untuk menerima Anugerah Idea Inovasi adalah seperti berikut: BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
1. Directory pegawai JPA berdasarkan fungsi tugas
Encik Suhaimi bin Ali @ Ahmad
BKP
2. Menyediakan peti untuk barang yang hilang dan jumpa di lobi (Lost and Found)
Encik Md Nasir bin Md Zain
BPP
3. Kaunter lobi C1 dan C2 diubah supaya penggunaan laci dan rekabentuk sekarang tidak lagi digunakan contohi JPM. Tetap mesra pelanggan kerana kaunter sekarang banyak mendedahkan kelemahan JPA kepada pelanggan. Tugas PKP dan PB wajar diasingkan bukan hanya di kaunter yang sama
Cik Emi Zulfika BPP
4. Upgradekan sistem talian utama JPA kepada Sistem AVAYA (sistem tercanggih yang telah banyak digunakan oleh kementerian lain)
Puan Nurul Fiziera binti Mohd Kasim
BPP
5. Mewujudkan Unit Khas Inovasi dalam setiap Bahagian yang dianggotai oleh semua peringkat jawatan. Tujuannya melahirkan inovasi Bahagian
Puan Fatimah Hanum binti Haji Mohamad
Hajari
BPPs
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 37
BIL IDEA INOVASI NAMA BHG
6. Mesyuarat Pengurusan peringkat Bahagian boleh dibuka kehadiran kepada Pegawai Kumpulan Sokongan secara bergilir
Encik Mohd Muneer bin Othman
BP
7. Memanfaatkan muka pintu tandas (sebelah dalam atau luar) dengan iklan atau peringatan seperti amalan 5S, kebersihan dan motivasi
Encik Rosli Bidin BMI
8. Menyediakan tempat letak payung di setiap lobi C1 dan C2
Encik Md Nasir bin Md Zain
BPP
9. Bagi pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di kaunter lobi C1 dan C2 disediakan pakaian khas yang melambangkan intergriti JPA serta ceria di mata pelawat.
Encik Zakri Daud BKP
10. Sistem pemantauan kehadiran bagi pegawai yang mohon peperiksaan KPSL tetapi tidak hadir. Sepatutnya pegawai perlu hadir ke pejabat tetapi mengambil kesempatan ponteng tanpa diketahui Ketua Jabatan
Cik Noor Aini binti Mad Sapii
BKP
IX. RUMUSAN Pelaksanaan Anugerah Idea Inovasi ini adalah merupakan satu pengiktirafan yang diberikan oleh JPA kepada warganya yang menyumbangkan idea inovasi kepada Jabatan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Dengan pelaksanaan anugerah ini, diharap ianya akan dapat menggalakkan lagi warga JPA menyumbang idea untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan.
Koleksi Idea Inovasi 2011
Jabatan Perkhidmatan Awam 38
Sektor Pengurusan Inovasi Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Awam
MALAYSIA